Artikel "Politik" Terkini
'Mohon Tunjuk Ajar Senior-Senior' - MB Terengganu
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUANTAN, 21 Jun - Naib Presiden baharu PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan cuba menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya sambil mengharapkan bimbingan daripada 'orang lama' parti itu.Ahmad Samsuri berkata, tugas baharu itu pastinya lebih mencabar dan memerlukan komitmen dan kepakaran yang tinggi.Jelasnya, fokus parti khususnya tentang hala tuju untuk berdepan PRU15 dan hasrat kerjasama Pas dengan parti-parti lain pastinya menjadi keutamaan."Saya akan terus belajar daripada senior-senior saya dalam parti. Saya perlu dibantu dan dibimbing untuk sama-sama menjalankan amanah ini."Fokus kita tentunya untuk melakukan pengukuhan sebagaimana dalam ucapan dasar Presiden yang memperincikan banyak perkara dalam pelbagai sudut," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Pertandingan jawatan Naib Presiden PAS bagi sesi 2019 hingga 2021 menyaksikan kejutan apabila penyandangnya, Datuk Ir Iskandar Samad menolak pencalonan daripada perwakilan.Sekaligus, ia memberi laluan kepada Ahmad Samsuri untuk mengisi kekosongan tersebut bersama Idris Ahmad dan Dato' Nik Mohd Nik Abdullah.Keputusan itu diumumkan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh.Dalam masa yang sama, Ahmad Samsuri berkata, Iskandar telah menjalankan tugas dengan baik semasa beliau menjawat jawatan sebagai Naib Presiden parti tersebut.Katanya lagi, Iskandar merupakan senior yang banyak berjasa dan akan terus menyumbang pada parti walaupun tidak lagi memegang jawatan ketiga tertinggi dalam PAS."Beliau juga telah melakukan banyak penambahbaikan terutama dari segi Unit Bencana dan penambahan ahli parti. Tentunya kerja cemerlang ini perlu diteruskan," tambah beliau.
21 Jun 19
835
Muktamar PAS : MB Terengganu Kini Naib Presiden PAS Baharu
KUANTAN, 21 Jun - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini sah menjadi Naib Presiden PAS untuk sesi 2019 hingga 2021.Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, keputusan itu berikutan salah seorang penyandang kerusi tersebut, Datuk Iskandar Samad tidak menjawab surat pengesahan pencalonannya.Jelasnya, empat calon layak untuk bertanding kerusi naib presiden namun Iskandar tidak mengambil tindakan seperti yang sepatutnya."Untuk jawatan naib presiden, hanya tiga orang yang menjawab untuk bertanding. Beliau bukan tarik diri cuma cara macam tak nak bertanding," ujarnya.Ini sekaligus menjadikan ketiga-tiga calon yang lain menang tanpa bertanding.Tambah Mohd Fuad, dua lagi naib presiden PAS bagi sesi 2019 hingga 2021 Idris Ahmad dan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang merupakan penyandang terdahulu.Sementara itu, Iskandar menyifatkan orang yang sesuai untuk menduduki jawatan naib presiden sepatutnya berprofil tinggi dan beliau berpendapat Ahmad Samsuri menepati ciri berkenaan."Sebagai MB Terengganu saya rasa dia calon yang sesuai untuk jawatan itu."Kita (PAS) dah ada seorang timbalan menteri besar iaitu Mohd Amar, ada juga Ustaz Idris iaitu yang orang lama," katanya lagi semasa ditemui media selepas penangguhan muktamar petang ini.
21 Jun 19
282
4 MB Hadir Muktamar PAS Pusat
Dr Ahmad Samsuri MokhtarKUANTAN, 21 Jun - Hubungan pembangkang antara PAS dan UMNO di Terengganu dengan negeri pembangkang lain amat baik selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hubungan menteri besar PAS dan UMNO sangat baik dengan adanya perjumpaan di peringkat pusat sebelum ini."Dengan penyertaan menteri besar dalam Muktamar PAS Pusat hari ini menambah erat lagi hubungan sedia terjalin sebelum ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Di Stadium Tertutup SUKPA Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.Empat menteri besar negeri pembangkang hadir ke Muktamar PAS Pusat di stadium tersebut termasuk dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perlis.Mereka itu ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man.Penyertaan kepimpinan UMNO dalam muktamar tersebut amat luar biasa jika dibandingkan dengan program PAS sebelum ini.Sebelum itu satu jawatankuasa pemandu kerjasama kedua-dua belah pihak telah ditubuhkan dan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat untuk mengatur langkah kerjasama antara PAS dan UMNO.
21 Jun 19
87
Muktamar PAS: 'Sistem Pendidikan PH Celaru’- Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi AwangOleh:Fidee AzizKUANTAN, 21 Jun - Kerajaan Pakatan Harapan(PH) gagal memperkenalkan sistem pendidikan bertunjangkan agama dalam menyelesaikan masalah sosial berleluasa di Malaysia hari ini.Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana pencapaian pelajar hanya menggunakan kayu pengukur tidak menyeluruh bagi menjadikan sistem pendidikan menjadi terbaik.“Guru-Guru diperkenalkan dengan eksperimen baharu yang terus memberi penekanan kepada bidang perguruan.“Mereka (Kerajaan PH) menjadikan guru dan murid sebagai bahan eksperimen dengan memperkenalkan dasar-dasar baharu," jarnyaBeliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini.Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Dato’Seri Azlan Man.
21 Jun 19
69
Muktamar PAS : Terengganu, Kelantan Bukti PAS Serius Banteras Rasuah
Abdul Hadi memeriksa barisan Jabatan AmalKUANTAN, 21 Jun - PAS terus komited untuk memperjuangkan negara beritergriti dan ia telah dibuktikan melalui dua negeri ditadbir mereka iaitu Terengganu dan Kelantan.Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS bukan sekadar berteori semata-mata seperti sesetengah pihak."Berdepan dengan pentadbiran PH, PAS akan terus komited memperjuangkan Malaysia yang bebas rasuah, telus dan berdaya saing dengan kritikan yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini."Kita bukan berteori kerana telah membuktikan dengan rekod bebas rasuah, telus, berhemat dan adil untuk semua sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu termasuklah Kedah, bukannya seperti Pakatan Harapan ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih," ujarnya.Menteri Besar Kelantan dan Terengganu.Beliau berkata demikian dalam Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Indera Mahkota, di sini, hari ini.Abdul Hadi turut mengulangi saranan agar satu penilaian bebas dan menyeluruh dibuat menerusi badan yang berautoriti tinggi dalam menguruskan gejala tersebut Katanya, segala tuduhan rasuah juga haruslah disiasat dan diadili dengan cara yang terbaik tanpa memilih latar belakang orang yang didakwa."Segala pertuduhan rasuah dan pecah amanah perlu disiasat dan didakwa di mahkamah secara adil oleh hakim, bukannya dibicarakan di ‘mahkamah media’ oleh menteri," ujarnya."Ia harus dibuat melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)."Bagi meneliti setiap laporan dan syor yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Bank Negara Malaysia (BNM)," kata beliau.Tambah beliau, hal itu penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan kecekapan operasi di pihak Tabung Haji (TH), Felda, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan institusi ekonomi Bumiputera yang terpenting.
21 Jun 19
86
Muktamar PAS: Keadilan Kelantan Dan Terengganu Terbukti
Dato' Seri Abdul Hadi (tengah) membuang undi dalam Pemilihan Jawatan Kerja PAS Pusat, di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Bandar Indera Mahkota, Kuantan hari ini.KUANTAN, 21 Jun -PAS melalui pemerintahan di Kelantan dan Terengganu sudah berjaya membuktikan keadilan kepada semua kaum dan bangsa.Presiden PAS berkata kejayaan itu bukan hanya ucapan kosong sebaliknya sudah dibuktikan melalui hak kebajikan dan beragama yang dijaga oleh kerajaan di bawah kepimpinan PAS.Katanya, hubungan dalam masyarakat majmuk wajib dipelihara dengan mengutamakan mesej Islam dan telah berjaya disampaikan.“Jangan sekali-kali bertindak dengan cara melulu sehingga menutup pintub bermasyarakat dan menghalang dakwah dengan tindakan kononnya beragama tetapi melakukan kejahilan dengan menghalang Islam disampaikan melalui pergaulan masyarakat yang telah ditetapkan sempadannya oleh hukum Islam.“Kita bukan berteori kerana telah membuktikan dengan rekod bebas rasuah, telus, berhemat dan adil untuk semua sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu termasuk Kedah, bukannya seperti Pakatan Harapan (PH) ibarat kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Betara Kanan Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan wakil dari beberapa kedutaan asing.
21 Jun 19
152
'PAS Sedia Hadapi PRU15' -Abdul Hadi
Ketibaan Tuan Guru Presiden PAS Ke Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-65. Oleh: Fidee AzizKUANTAN, 21 Jun- PAS mengambil pendekatan untuk mengarah semua jentera parti membuat persiapan lebih awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menggunakan strategi yang berkesan.Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata jentera parti perlu bersedia lebih awal bagi mengharungi pilihanraya tersebut dengan melakukan gerak kerja yang berstrategi.“Saya menyeru seluruh organisasi PAS untuk mengatur persiapan bagi menghadapi PRU15 yang boleh berlangsung lebih awal daripada tempoh lima tahun dari sekarang.“Keutamaan perlu diberikan kepada aspek penambahan ahli, pendaftaran pengundi, pelebaran pengaruh dan penguasaan media secara berstrategi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini.Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man dan wakil-wakil kedutaan asing.Dr Ahmad Samsuri berkata, kerja asas Jabatan Pilihan Raya perlu disepadukan di semua peringkat melibatkan kesediaan jentera, latihan, simulasi dan kewangan mengikut tanda aras dan arahan yang ditetapkan.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan bahawa sebarang kerjasama politik, pembahagian kerusi dan pemilihan calon perlu diserahkan kepada Majlis Syura Ulama dan PAS pusat.
21 Jun 19
42
Muktamar PAS : Junjung Perpaduan, Tolak Budaya Ekstrem
Abdul Hadi memberi amaran kepada pencetus ketegangan kaum.KUANTAN, 21 Jun - PAS menolak sebarang budaya dan pemahaman ekstrem yang boleh menggugat perpaduan pelbagai kaum termasuk etnik di Sabah dan Sarawak.Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu akan bekerja bagi terus mengukuhkan keharmonian dan mengelak perpecahan daripada berlaku.“Kita perlu menolak sebarang usaha untuk memisahkan penyatuan dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Selatan Sudan serta Timur-Timur yang lebih malang nasibnya selepas berpisah.“Jadi anggota PAS Sabah dan Sarawak berperanan untuk memimpin perpaduan ini, mewakili suara umat Islam di tengah kemajmukan kaum dan etnik melalui pendekatan dialog serta aktiviti kebajikan supaya dapat membuka lembaran baru kerjasama politik yang mencerminkan wajah Malaysia harmoni,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Indera Mahkota hari ini.Ahli Parlimen Marang itu turut bertegas supaya semua rakyat mempertahankan kewujudan masyarakat majmuk dalam negara ini.Jelasnya, perkara itu adalah berlandaskan petunjuk Islam, bukannya bermain politik, ia buktikan dengan adanya sayap bukan Islam dalam PAS.“Dan adanya pada Parti UMNO yang bersifat Melayu Islam tidak berpisah dan Bumiputera tegar, namun tetap menjalin rantaian yang tidak putus dengan semua kaum yang lain.“Maka kita menentang sesiapa sahaja yang mahu membakar api perkauman dan fanatik agama yang merosakkan masyarakat majmuk ini,” tambah beliau.
20 Jun 19
32
Muktamar PAS : Kelantan Dan Terengganu Sebagai Ikon Pentadbiran
Dato' Dr Mahfodz (berdiri) menyampaikan Ucaptama di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-58 di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota.KUANTAN, 20 Jun - Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan agar kejayaan Kelantan dan Terengganu diangkat sebagai ikon pentadbiran PAS untuk Malaysia sebagai suatu model pentadbiran ‘nubuwah’ sekiranya Allah mengizinkan PAS dan pakatannya memerintah Malaysia kelak.Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata, anugerah kemenangan yang Allah kurniakan kepada PAS pada Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mentadbir dua buah negeri tersebut mesti dimanfaatkan sebaik-baiknya.Katanya, kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Kelantan dan Terengganu tidak hanya sebagai tatapan untuk rakyat sahaja, malah ia merupakan bukti kejayaan PAS dalam mencorakkan pentadbiran berlandaskan Islam.“Kejayaan di Kelantan dan Terengganu mesti diangkat sebagai ikon pentadbiran PAS untuk Malaysia sebagai suatu model pentadbiran ‘nubuwah’ sekiranya Allah mengizinkan PAS dan pakatannya memerintah Malaysia kelak,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-58 di Wisma Belia di Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, wakil Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat dan mantan Ketua-ketua Dewan Ulama PAS Pusat.Dato' Dr Mahfodz berkata, peranan media dan 'lujnah' penerangan parti amat penting dalam memperluaskan capaian kejayaan di Kelantan dan Terengganu.Malah katanya, ia perlu dipromosikan secara lebih meluas kepada rakyat Malaysia untuk mereka berkunjung ke Kelantan dan Terengganu bagi melihat suasana dan perkembangan terkini di negeri-negeri tersebut.“Tahun melawat Kelantan dan Terengganu mestilah dijadikan peluang bagi menyebarluaskan penerangan serta informasi berkaitan kejayaan, pembaharuan serta pencapaian yang telah dikecapi oleh Kelantan dan Terengganu.“Malah kajian perbandingan hasil pentadbiran PAS dengan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu juga dibuat bagi membuktikan kemampuan dan kewibawaan PAS dalam pentadbiran,” ujarnya.Katanya, selain kajian di peringkat pentadbiran yang ditonjolkan, kajian mengenai disiplin dan etika kalangan wakil rakyat PAS juga mesti ditonjolkan, agar rakyat mampu menilai bahawa kejayaan negeri yang ditadbir oleh PAS adalah hasil 'tarbiyah' yang diterapkan dalam PAS.Sehubungan itu, tambahnya, seluruh kepimpinan termasuk wakil rakyat PAS perlu terus komited dengan agenda tarbiyah PAS kerana ia adalah kunci rahsia kejayaan.
20 Jun 19
542
Muktamar PAS : ‘Taawun PAS-UMNO Mimpi Ngeri PH’
Dato' Dr Mahfodz Mohamed. KUANTAN, 20 Jun - Hasil kerjasama (taawun) antara PAS-UMNO menjadi satu mimpi ngeri buat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata, ini ditambah dengan 'mood' rakyat telah berubah kerana bosan dengan sikap kerajaan yang tidak menunaikan janji manifesto.“Mood rakyat terutama kalangan anak muda dilihat sudah bosan dengan sikap Kerajaan PH yang tidak menunaikan janji manifesto yang ditawarkan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu dengan alasan yang tidak berkesudahan.“Kerajaan itu hanya menyalahkan kerajaan terdahulu setelah gagal melaksanakan agenda mereka.“Malah dalam siri-siri pilihan raya kecil (PRK) yang berlaku sebanyak tujuh kali di semenanjung Malaysia dan satu di Sabah, hasil taawun PAS-UMNO telah berjaya memenangi majoriti PRK tersebut,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Muktamar Dewan Ulama PAS Ke-58 di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.Perwakilan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-58.Turut hadir Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, wakil Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat dan mantan Ketua-ketua Dewan Ulama PAS Pusat.Dato' Dr Mahfodz berkata, taawun PAS-UMNO juga mempunyai kekuatan yang besar malah mengatasi kiraan undi popular PH jika dilihat daripada sudut strategi gabung undi dalam PRU14 lalu.Katanya, berdasarkan capaian dalam pilihan raya itu, PH mendapat sebanyak 5.8 juta undi manakala UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) mendapat undi sebanyak 4.09 juta dan PAS pula menerusi Gagasan Sejahtera mendapat 2.04 juta undi.“Secara kasar atas perkiraan undi popular ini, gabungan antara PAS-UMNO telah melebihi undi yang mereka (PH) perolehi. Disebabkan itu , PH sama sekali tidak akan membenarkan kerjasama PAS-UMNO ini berjaya dibentuk,” jelasnya.Wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat turut hadir di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-58.Justeru itu, katanya, gabungan undi yang melibatkan pengundi Melayu Islam menerusi taawun itu merupakan strategi ampuh bagi memastikan keberadaan kaum Melayu sebagai kaum teras, menjadi penentu kestabilan politik tanah air.“Jika gabungan undi ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan sempurna, maka paling minimum 65 peratus kesatuan suara pengundi Melayu akan berjaya dibentuk,” ujarnya.Katanya, menurut analisa PRU14 secara atas kertas, sokongan pengundi Melayu kepada PAS adalah sekitar 30 hingga 35 peratus manakala UMNO pula sebanyak 35 hingga 40 peratus.“Walaupun peratusan tidak mencecah 90 peratus, namun ia tetap meresahkan pihak kerajaan PH khususnya DAP.“Ini kerana komposisi kaum Melayu dan bumiputera adalah besar iaitu mencecah 69.1 peratus berbanding kaum Cina (23 peratus), India (6.9 peratus) dan lain-lain kaum (1 peratus). Ini berdasarkan kepada laporan Perangkaan Malaysia mengenai komposisi kaum di Malaysia pada tahun 2018,” tambahnya lagi.
20 Jun 19
110