Artikel "Politik" Terkini
Muktamar PAS : UMNO Terengganu Dipelawa Bantu Kerajaan Negeri
Mohd Nor Hamzah.KUANTAN, 23 Jun - Kerajaan Terengganu membuka ruang seluas-luasnya untuk UMNO membantu dan memperkasakan pembangunan negeri bagi memberi manfaat kepada rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya juga menunaikan tanggungjawab tanpa bersikap pilih kasih kepada penyokong UMNO demi menjaga kestabilan politik yang wujud di negeri itu. Jelasnya, muafakat politik antara PAS dan UMNO yang sedang berjalan di peringkat pusat pastinya akan disambut baik di negeri berkenaan.“Sebagai contoh kita memberi bantuan tanpa mengira ideologi politik mereka, bahkan kita masih memberikan ruang buat penyokong UMNO yang berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini untuk meneruskan khidmat mereka. “Kita melihat pimpinan UMNO tidak terlalu agresif, bahkan mereka memberikan pandangan yang boleh diterima, cuma saya mengharapkan supaya ahli-ahli UMNO yang berada di bawah tidak menjadi alat yang dipergunakan Pakatan Harapan (PH),” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, perbezaan pendapat yang ada dalam kalangan ahli PAS dan UMNO tidak seharusnya menjadi sebab untuk terus bertelagah.Sebaliknya, demi menjaga perpaduan yang telah wujud antara kedua-dua parti terbesar melayu itu, perbincangan secara bersama harus diadakan. “Sebaliknya mereka (ahli UMNO) sepatutnya cuba untuk membantu kerajaan dan kita sedia berjumpa dengan ahli UMNO bagi memberi penerangan berkaitan isu terkini kerajaan negeri dan rakyat,” tambah beliau.Semalam, muktamar meluluskan usul supaya pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan UMNO.
23 Jun 19
101
PAS Dapat Kerjasama Dari Kerajaan Pahang
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.Oleh: Nasir AbdullahKUANTAN, 23 Jun - PAS mendapat manafaat dari taawun dengan Umno apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang membuka untuk mendapat kerjasama dengan semua agensi kerajaan negeri itu.Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berpegang prinsip sebagai parti yang bersikap terbuka sedia bekerjasama dengan semua pihak demi menjayakan cita-cita perjuangan dan membina masyarakat berteraskan Islam.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini. Menceritakan taawun siasi dengan UMNO beliau mendedahkan bahawa dalam satu mesyuarat bersama PAS-UMNO, tiga perkara telah dibentuk dan mendapat persetujuan bersama.Ini termasuk yang pertama, bertanding satu lawan satu berdasarkan tempat parti popular mudah menang bertanding dalam mana-mana pilihanraya.“Yang kedua, kita bersetuju di mana-mana sahaja isu yang melibatkan kepentingan Islam dan umatnya perlu ada kemuafakatan untuk penyelesaian isu tersebut," terang beliau.Manakala yang ketiga kataya, bersepakat untuk menangani isu parlimen bersesuaian dengan dasar parti.“Jika taawun ini dapat diteruskan, maka akan banyak lagi faedah yang bakal diterima bukan sahaja parti tetapi sudah tentunya rakyat,” jelasnya.
23 Jun 19
46
Muktamar PAS: 'Kukuhkan Muafakat Politik'- Ir Khairil Nizam
Ir Khairil Nizam Khirudin.KUANTAN, 23 Jun -Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan agar kepimpinan baharu PAS memperkukuhkan muafakat politik Malaysia.Ketuanya Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, politik yang dibawa oleh PAS adalah politik Islam yang menekankan politik damai berasaskan tiga strategi asas.“Ini termasuk tahaluf siasi dengan gagasan sejahtera dan perlu diperkasakan gagasan tersebut.“Yang kedua kita ada taawun siasi dengan seteru politik kita sebelum ini (UMNO) dan kita lebar luaskan dengan kawan-kawan kita dari MCA dan MIC melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. Kita melaksanakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri atas kesetabilan politik negara,” jelasnya.Justeru katanya PAS digelarkan pembangkang konstraktif dan setia.Beliau berkata demikian ketika menyamoaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Ke-65 Stadium Tertutup SUKPA di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.Katanya,salah satu visi dan misi PAS ialah menyutukan rakyat dengan formula Islam."Kepimpinan PAS di semua peringkat disarankan tidak perlu malu memaafkan sekutu politik sebelum ini," katanya.
23 Jun 19
845
Muktamar PAS: ‘Ahli Perlu Sumbang Kepada Perjuangan PAS’ – Abdul Hadi
Dato' Seri Abdul Hadi Awang.KUANTAN, 23 Jun - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak ahli PAS menyumbang sesuatu untuk memenangkan perjuangan PAS sebagaimana disarankan oleh Mursyidul Am, Dato’ Hashim Jasin.Katanya, ahli PAS jangan bertanya apa sumbangan parti kepada mereka tetapi perlu bertanya apa sumbangan mereka kepada parti dan perjuangannya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.Dato' Hashim Jasin.Katanya, perjuangan PAS adalah kesinambungan perjuangan ulama zaman silam yang perlu diteruskan generasi hari ini dan akan datang.Beliau berkata, perjuangan itu diteruskan dengan kadar kemampuan yang ada walaupun tidak sama dengan kemampuan lawan.“Ada orang yang mampu memberi sumbangan RM10 dan ada orang yang boleh memberi sumbangan lebih dari itu,” katanya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Allah tidak bertanya mengapa tidak berjaya mencapai kemenangan tetapi Allah bertanya apa sumbangan anda untuk mencapai kemenangan.
23 Jun 19
82
Muktamar PAS: ‘Persiap Hadapi PRU15 Lebih Awal’- Dr Ahmad Samsuri
Dr Ahmad Samsuri Ahmad.KUANTAN, 23 Jun – PAS mengarahkan ahli parti membuat persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) lebih awal kerana usia Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak panjang.Pengerusi Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPPP) berkata, ini kerana berlaku pergolakan genting dalam kepimpinan PH di peringkat pusat memungkinkan piliahanraya itu diadakan tidak sampai empat tahun lagi.Katanya, pergolakan dalaman kepimpinan PH Pusat memungkinkan pelabur asing mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat pelaburan di Malaysia.Justeru, setiap ahli perlu membuat persiapan awal dalam semua aspek untuk menghadapi PRU15.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.Katanya, untuk mencapai kejayaan dalam pilihanraya tersebut JPPP telah meletakkan lima objektif pencapaian termasuk memperkasakan program tarbiyah ahli, memperkasakan organanisi, melebarkan dakwah Islam dalam masyarakat, menguasai beberapa buah negeri dan menguasai beberapa kerusi parlimen.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, untuk tujuan itu lima objek perlu dicapai termasuk pemerkasaan parti dan transformasi imej, pertabiyahan ahli dan pemantapan organisasi ahli dan membina hubungan dengan pelbagai pihak.PAS juga katanya berhasrat untuk menangani media sosial dan penerangan lebih berkesan dan tidak beredar di kalangan ahli sahaja.“Apa yang berlaku sebelum Pilihanraya Umum Ke-14, medium media sosial dan penerangan hanya berkisar di kalangan ahli sahaja,” jelasnya.
22 Jun 19
258
Muktamar PAS : Kecelaruan Politik, Desak Penyatuan Pembangkang
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Afif FideeKUANTAN, 23 Jun – Kecelaruan politik yang berlaku di negara ini mendesak dua parti terbesar melayu, PAS dan UMNO menjalinkan kerjasama politik bagi mengekang perkara itu daripada terus berlarutan.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim menegaskan, kesepakatan pembangkang itu berikutan wujudnya pelbagai masalah yang melingkari isu agama islam dan kebajikan rakyat.Jelasnya, Islam akan diletakkan sebagai teras utama untuk memimpin agenda penyatuan ummah tersebut bagi mengembalikan semula kepentingan agama dan seluruh rakyat malaysia yang berbilang kaum.“Situasi politik terkini memerlukan satu kesepaduan dan kesepakatan suara di kalangan umat islam di Malaysia khususnya bagi menghadapi pelbagai ancaman yang timbul terhadap isu berkaitan dengan agama kita sendiri.“Sepertimana kita lihat dalam suasana muktamar kali ini, ia tidak hanya diwarnai oleh warna hijau, tetapi juga turut kelihatan warna merah, melambangkan dalam isu agama kita boleh duduk semeja walaupun ada titik perbezaan yang menjadi pertelingkahan sebelum ini,” ujarnyaBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Muktamar Tahunan PAS Ke-65, di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), di sini semalam.Semalam, muktamar meluluskan usul supaya pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan UMNO.Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.Ketika membentangkan usul itu, Mohd Asri berkata PAS tidak boleh menjalin taawun siyasi (kerjasama demi kepentingan Islam) semata-mata, sebaliknya hendaklah diikuti dengan tahaluf siyasi (muafakat politik).“Dalam masa sama, (PAS) hendaklah mengadakan garis panduan asas, syarat-syarat dan batas kerjasama politik dengan parti politik tersebut,” katanya.Kali terakhir PAS mengadakan perjanjian politik ialah bersama DAP pada 2008 sebelum ia ditamatkan setelah berlaku pelanggaran syarat pada Julai 2015.
22 Jun 19
34
‘Muktamar PAS Pahang Paling Berjaya’ - Yahaya Ali
Yahaya (tengah) melawat 'booth' Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Kuantan Pahang.Oleh Adli MohamadKUANTAN, 22 Jun - Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Pahang pada tahun ini adalah paling berjaya dari segi kehadiran kerana ia disertai oleh pelbagai pihak termasuk parti-parti politik, kedutaan asing dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).Timbalan Pesuruhjaya PAS III, Yahaya Ali berkata, ia juga berjaya kerana Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan ucapan dasar yang agak menarik yang menggambarkan bahawa sudah sampai masanya PAS memimpin satu perubahan besar kepada negara Malaysia dalam Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.“Pendekatan-pendekatan yang disebutkan oleh Dato’ Seri Presiden dalam ucapan dasarnya merangkumi semua aspek merangkumi perpaduan, pentingnya mempertahankan status-quo negara termasuk Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Islam dan soal bangsa Melayu mesti memimpin.“Ini semua boleh diterima oleh mereka yang ingin bersama dengan PAS sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita mengulas Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini.Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu berkata, PAS mempunyai begitu banyak pengalaman dalam ‘tahaluf siyasi’ (perjanjian politik), ‘taawun’ (kerjasama) dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima dasar perjuangan PAS.“Menerima perjuangan PAS tidak mesti mereka perlu bersama-sama dengan perjuangan Islam tetapi sekurang-kurangnya mereka perlu menghormati apa yang diperjuangkan oleh PAS,” jelasnya.
22 Jun 19
109
Muktamar PAS : Medan Persiapkan Langkah Menuju PRU-15 - Dr Khairuddin
Foto oleh - Pok AbasKUANTAN, 22 Jun – Muktamar tahunan PAS kali ke-65 yang berlangsung di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) adalah medan untuk mempersiapkan parti itu bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU-15) nanti.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, semua perkara yang ditegaskan sepanjang muktamar menerusi ucapan dasar presiden adalah berkenaan strategi baharu menghadapi saingan Pakatan Harapan (PH).Jelasnya, bagi mendepani situasi itu agenda penyatuan ummah dan kerjasama politik bersama UMNO akan terus diperkukuh.“Kita lihat menerusi perbahasan-perbahasan ucapan dasar presiden, perwakilan dilihat menghayati hasrat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.“Di samping itu, kita juga menggariskan perkara-perkara penting sebagai gerak kerja masa depan, untuk kita perkasakan parti kita sebagai bukan hanya kerajaan menanti, tetapi kerajaan contoh untuk semua melalui Terengganu dan Kelantan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Muktamar Tahunan PAS ke-65, di sini hari ini.Mengulas tentang tema Ucapan Dasar Presiden, Khairuddin menegaskan kerjasama dengan UMNO adalah memberi keutamaan kepada isu yang berkaitan dengan islam.“Ini kali yang kedua kita memaparkan tajuk yang sama untuk ucapan dasar, bagi menegaskan bahawa yang patut memimpin (diletak di hadapan) ‘taawun siyasi’ yang bakal kita laksanakan bersama UMNO adalah islam.“Bukan isu parti mana, Islam yang kita dahulukan dan itulah perjuangan kita sejak dahulu,” tambah beliau.Muktamar Tahunan PAS Ke-65 selama tiga hari yang akan berakhir petang esok dijangka menentukkan hala tuju baharu parti itu selepas menjalinkan kerjasama erat bersama UMNO dalam beberapa isu besar yang melanda negara.
22 Jun 19
41
Muktamar PAS: Terengganu Sedia Pelopor Gagasan Penyatuan Ummah
Ustaz Sulaiman Sulong.KUANTAN, 22 Jun – Kerajaan Terengganu bersedia untuk menjadi jambatan penghubung agenda Penyatuan Ummah antara PAS, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.Perwakilan Terengganu, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, dalam konteks negara Malayia, PAS perlu memimpin bagi memastikan penyatuan ummah dapat direalisasikan.“Kita harus sedar dan akur bahawa perlunya dibentuk gagasan penyatuan baru antara PAS, parti-parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi mendepani isu dan kemelut perpaduan ini, agar ianya tidak membarah dan menghancurkan masa depan negara yang tercinta.“Kita faham betapa sukar dan payahnya untuk membentuk penyatuan ummah. Banyak pengalaman pahit maung yang telah dilalui oleh PAS dalam melaksanakan agenda penyatuan ini,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika membahas Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.Turut hadir Mursyidul Am PAS, Dato’ Hashim Jasin dan semua kepimpinan PAS Pusat.Katanya, PAS pernah bersama dengan UMNO dan merasai betapa peritnya dicerai tanpa talak oleh UMNO Perikatan ketika itu.“Kita pernah bersama dengan Parti Semangat 46 yang kini sudah berkubur tanpa kesan. Kita pernah bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bertujuan menyelamatkan Malaysia namun kita difitnah dan dinista sehingga kita dipaksa meninggalkan persefahaman tersebut.“Segala pahit maung dan parut luka yang ditinggalkan masih membekas dan masih meninggalkan kesan.“Namun di sana kebijaksanaan kepimpinan amat diharapkan agar agenda ini akan menjadi realiti yang bakal mengubat luka yang pernah terguris dek khianat dan rakusnya rakan yang dipercayai,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, PAS akan terus mencuba memimpin perpaduan dan membina rakan taawun siyasi bersama UMNO dan lain-lain parti politik serta NGO di saat mereka merasai peritnya hilang kuasa akibat tidak bersatu.Katanya, rakan taawun perlu berjiwa besar dan berlapang dada untuk memberi ruang kepada PAS mengetuai gagasan penyatuan tersebut.Beliau berkata, PAS perlu memimpin gagasan itu kerana parti itu Kosisten dan komited dengan agenda Islam dan penyatuan ummah serta keharmonian kaum dan agama sejak wujudnya PAS di negara ini.Untuk merealisasikan gagasan tersebut, PAS Terengganu mencadangkan lima strategi untuk dilaksanakan termasuk budaya politik matang perlu diperkasakan dalam konteks kerajaan, parti politk dan NGO.“Perkara ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Terengganu termasuk perundingan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam isu berkait dengan rakyat.“Ini termasuk juga penyatuan Melayu Islam PAS, UMNO, NGO dan NGI, menangani isu perbezaan mazhab dan feqah dengan berhikmah, memperkasakan ekonomi ummah serta menangani keruntuhan moral dengan berkesan," jelasnya lagi.
22 Jun 19
139
Muktamar PAS: Kerjasama Pembangkang Natijah Terbaik PRU15
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUANTAN, 22 Jun - PAS mahu melihat kerjasama strategik antara parti-prti pembangkang memberi natijah terbaik untuk Pilihan raya Umum Ke- 15 (PRU15) akan datang.Naib Presidennya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setiap negeri mempunyai peranan masing-masing untuk tujuan tersebut. “Pada saya bukan persoalan Terengganu menjadi pelopor kepada penyatuan ummah kerjasama antara PAS dengan UMNO tetapi (peranan) parti-parti yang lain ke arah PRU15.“Pada saya ia lebih kepada setiap negeri mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan kerjasama ini dapat di teruskan dan ianya akan membawa kepada kerjasama pilihan raya yang menyeluruh ke seluruh negara dalam PRU15,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, berkata, parti-parti itu ada peranan masing-masing negeri dengan suasana yang berbeza-beza. “Suasana di Kelantan, Terengganu atau di Pantai Timur, tidak sama dengan suasana di Pantai Barat, ada keunikan-keunikan masing-masing.“Semua ini perlu diterokai (explore) dan dilihat secara mendalam dengan satu objektif iaitu memastikan kerjasama strategik PAS dan parti-parti lain dalam pilihan raya akan datang memberi natijah yang terbaik dalam PRU15,” jelasnya.Berhubung peranan Naib-naib Presiden PAS, beliau berkata, memang pada teorinya parti mahu ada wakil naib presiden di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.“Tetapi apa yang penting ialah semua Naib Presiden dan kepimpinan parti tidak bekerja seorang diri. Kita bekerja secara berkumpulan, dan membuat keputusan secara bersama dalam parti.“Walaupun Naib Presiden daripada negeri tertentu seperti saya dari negeri Terengganu, Dato’ Nik Amar daripada Kelantan dan Ustaz Idris Ahmad daripada Perak, tetapi masing-masing mempunyai peranan untuk memastikan bahawa keseluruhan parti di negeri-negeri secara umumnya bahawa mereka boleh memainkan peranan yang sama seperti negeri-negeri yang lain,” jelasnya.Katanya, tindakan itu juga dibuat oleh Naib-naib Presiden PAS sebelum ini apabila setiap mereka ada wilayahnya sendiri untuk berkhidmat.“Sebagai satu contohnya untuk Sabah dan Sarawaknya ada Naib Presiden tertentu yang membantu seperti bapa angkat kepada negeri berkenaan.“Pantai Barat, ada Naib Presiden yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga wilayah-wilayah di Pantai Barat,” ujarnya lagi.
22 Jun 19
91