lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
'Tulisan Jawi Mesti Diperkasa' - Khairuddin
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.KUALA NERUS, 6 Ogos - "Orang Melayu mesti tegas memperkasakan tulisan Jawi kerana ia sebahagian hak bahasa Melayu sebagaimana diperuntukkan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967," demikian kata Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Katanya, orang Melayu mesti tegas dan jangan berundur dari prinsip bahawa 'Unified Examination Certificate' atau Sijil Peperiksaan Bersepadu mesti ditentang daripada diiktiraf."Orang Melayu mesti tegas mempertahankan hak istimewa mereka sebagaimana diperuntukkan oleh perlembagaan."Kita mesti tegas bahawa tulisan Cina tidak boleh dibenarkan dalam penggunaan rasmi termasuk papan tanda. Hanya bahasa Melayu bahasa rasmi."Orang Melayu mesti tegas menyatakan bahawa Islam sahaja agama berdaulat dalam negara ini yang berhak diberikan peruntukan oleh kerajaan. Adapun agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai," tegas beliau dalam satu kenyataan media di status Facebooknya semalam.Seksyen 9 di bawah sub tajuk Tulisan Bagi Bahasa Kebangsaan ada menyatakan bahawa tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi dengan syarat bahawa ia tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.Dalam pada itu, dilaporkan bahawa sebanyak 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT).Dr Mohd Khairuddin berkata, lihatlah betapa yakin dan konsisten kumpulan pendesak Cina dan Tamil memperjuangkan apa yang dirasakan hak mereka iaitu menolak tulisan Jawi.Justeru katanya, orang Melayu mesti tegas bahawa mana-mana warganegara yang gagal bertutur dalam bahasa Melayu tidak layak menjadi warganegara. "Malah ahli Parlimen yang pelat dan gagap bahasa Melayu perlu diarahkan berkursus sehingga lidahnya sepetah lidahnya bertutur bahasa Inggeris yang juga bukan bahasa ibundanya," tegasnya lagi.Katanya, orang Melayu mesti tegas menyatakan hanya orang Melayu Islam wajar menjadi Perdana Menteri, bukannya bangsa lain."Sangat malang apabila Melayu pula layu dalam memperjuangkan kehendak mereka."Adapun pengkhianat Melayu, tunggulah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai hukuman," ujarnya.
05 Aug 19
334
Empty Image
'Pengundi 18 Tahun Mesti Ambil Tahu Politik' - Abdul Hadi Awang
Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Foto - Media Presiden PASMARANG, 12 Julai - Pengundi berumur 18 tahun mesti mengambil tahu dan memahami politik supaya kuasa politik tidak terlepas ke tangan parti dan pemimpin yang tidak sepatutnya menerajui negara.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, ramai di kalangan orang Islam yang tidak ambil tahu politik dan menganggap sama sahaja siapa pun yang memerintah negara.Dengan sebab itu katanya, orang bukan Islam  berkuasa memerintah negara milik majoriti umat Islam."Ada yang mendakwa orang Islam perlu duduk di masjid mengerjakan sembahyang sahaja, tidak perlu ambil tahu hal politik."Akhirnya berlakulah seperti negara China, orang komunis berkuasa dan tidak membenarkan orang Islam pergi sembahyang di masjid, bahkan tidak benar sembahyang, bagaimana nak buat?" soalnya.Katanya, ini semua diajar oleh penjajah barat supaya orang Islam menjauhkan diri dari dunia politik agar mereka mudah menguasai negara-negara orang Islam.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini hari ini.Katanya, PAS, UMNO dan sebuah parti politik di Sabah menyokong cadangan Kerajaan Pusat itu sekiranya pendaftaran pengundi dibuat secara automatik."Kami menentang cadangan itu sekiranya pengundi berumur 18 tahun tidak didaftar secara automatik."Bagaimanapun kami penyokong pindaan undang-undang tersebut kerana Kerajaan Persekutuan setuju pengundi berdaftar secara automatik setelah berumur 18 tahun," ujarnya lagi.
11 Jul 19
129
Empty Image
Tiada Kenyataan Rasmi Dari PAS Berhubung Pelawaan Tun M
KUALA NERUS, 9 Julai - Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan bahawa tidak ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh parti itu berhubung pelawaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengajak semua parti politik Melayu termasuk PAS dan Umno menyertai Bersatu.“Setakat ini tiada pendirian rasmi dari PAS sebab isu penggabungan dan sebagainya ini adalah isu yang menyentuh bidang kuasa Majlis Syura ulama’ PAS Pusat yang akan membuat pertimbangan,” ujarnya bagi mengulas mengenai pendirian PAS mengenai pelawaan tersebut.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bengkel Penyediaan Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah MSNT, Ibnu Amin Busu.Beliau menyifatkan perkara berkenaan mudah untuk disebut daripada dibuat kerana tentunya terdapat cabaran dan bermacam isu yang kompleks terpaksa ditangani terlebih dahulu.“Pada saya apa yang penting pada waktu ini adalah memastikan keharmonian dalam masyarakat itu tidak terjejas, sebabnya setiap manusia mempunyai pandangan berbeza berdasarkan parti politik masing-masing.“Tapi akhirnya yang penting adalah politik yang dibawa oleh mana-mana parti sekalipun haruslah politik yang harmoni dan politik yang tidak memusnahkan apatah lagi perlu menghindari fitnah ,adu domba dan seumpamanya.“Jadi, saya rasa itulah yang perlu diutamakan terlebih dahulu pada peringkat ini untuk memastikan keharmonian yang menjadi titik teras dan pada saya itu antara sebab kenapa Tun M memberi cadangan supaya parti-parti politik Melayu bergabung,” ujarnya.
09 Jul 19
30
Empty Image
Piagam Muafakat Nasional PAS-Umno Ambil Kira Kepentingan Bersama - Takiyuddin
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Piagam Muafakat Nasional yang mengukuhkan lagi ‘taawun siyasi’ antara PAS dan Umno yang akan dibentangkan pada 10 Julai  ini bakal menyaksikan perkongsian seimbang kedua-dua parti melalui perjanjian berkenaan.Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, mesyuarat tersebut akan dibarisi oleh lima orang wakil untuk aspek teknikal, manakala peringkat jawatankuasa membabitkan 11 wakil bagi setiap parti, yang mana turut dianggotai oleh kepimpinan tertinggi."Kita akan meneliti piagam yang telah disiapkan dan jika tidak ada masalah berbangkit, akan dimeterai persetujuan antara dua pihak pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang diketuai timbalan presiden parti masing-masing."Piagam ini akan meletakkan kepentingan dua parti secara seimbang dan kepentingan kedua-duanya turut diambil kira," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian  Bengkel Literasi Dewan Undangan Negeri Terengganu di Camelia Grand Ballroom, Paya Bunga Square, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negeri, Yahaya Ali dan bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.Menurutnya lagi, piagam yang hampir tiga muka surat menyentuh  kepentingan dua parti berkenaan yang merangkumi pelbagai aspek.Namun begitu, Takiyuddin enggan menjelaskan kandungan piagam itu dengan alasan ia masih terlalu awal untuk diumumkan.Ta'awun Siyasi PAS dan Umno bakal menyaksikan perkembangan positif apabila pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu  menandatangani draf akhir piagam serta dokumen perjanjian persefahaman mengenai kerjasama itu.
07 Jul 19
106
Empty Image
Turun Had Umur Mengundi : Pemuda PAS Terengganu Setuju Bersyarat
KUALA TERENGGANU, 1 Julai - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun namun meletakkan satu syarat.Ketua Pemudanya, Mohd Nasir Abdul Razak menjelaskan, pelaksanaan pendaftaran mengundi secara automatik apabila cukup umur mengundi adalah syarat yang perlu dilaksanakan oleh Perdana Menteri.Jelasnya, perkara itu sangat penting bagi memudahkan rakyat Malaysia yang layak mengundi terutama pengundi kali pertama melaksanakan tanggungjawab berkenaan.“Tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) lepas, DPPNT melihat kesedaran dan kematangan golongan muda yang cakna terhadap politik sehingga mampu merubah pentadbiran kerajaan.“DPPNT bersetuju usul had kelayakan umur tersebut namun kami mendesak dengan meletakkan syarat bahawa kerajaan Pakatan Harapan perlu melaksanakan pendaftaran secara automatik,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.Tambahnya, DPPNT sangat yakin cadangan tersebut juga akan disokong parti lain sama ada dalam Pakatan Harapan atau Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin melihat perubahan dalam negara ini.“Persetujuan itu seiring dengan peredaran zaman yang menuntut pembaharuan dalam arus semasa yang menyaksikan pengundi muda berminat dalam landskap politik tanah air,” katanya lagi.Difahamkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membentangkan usul untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dalam sidang dewan rakyat yang bermula hari ini.
01 Jul 19
860
Empty Image
PKR Terengganu Perlu Sedar Diri
Ustaz Mohd Nor Hamzah.KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu seharusnya menjadi jaguh dalam isu-isu negara, bukannya menyibukkan diri dengan urusan parti-parti lain.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia berikutan tindakan parti tersebut yang mempertikai 'taawun siyasi' (kerjasama politik) PAS dan UMNO dengan mendesak kedua-dua parti menyerahkan kerusi masing-masing, kononnya tanda pembuktian kerjasama yang dijalinkan."Sebab apa PKR sibuk dengan urusan parti lain? Pimpinan PAS dan UMNO tahu mengurus strategi dan polisi dalam taawun siyasi ini. PKR urus parti sendiri dulu, biar tersusun dan bersatu padu."PKR Terengganu sepatutnya berfikir untuk membawa pembangunan di negeri-negeri pembangkang yang menjadi sebahagian tanggungjawab Kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk Terengganu."Mereka sepatutnya sibuk dengan apa idea pimpinan PH Terengganu untuk kepentingan rakyat negeri ini, khususnya agensi di bawah PH seperti KETENGAH, FELDA dan lain-lain," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam, mengulas tentang kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan desakan parti berkenaan dalam kerjasama PAS dan UMNO."Tolong desak Kerajaan PH supaya tunai janji-janji manifesto bagi menunjukkan keikhlasan dalam janji dan menunaikan amanah."PKR Terengganu juga sepatutnya menjadi jaguh untuk menunjukkan keikhlasan memperjuangan kepentingan rakyat dan mendesak Kerajaan Persekutuan membayar hutang-hutang Kerajaan Persekutuan kepada negeri," tambahnya.
29 Jun 19
490
Empty Image
Pre-Council Sulung Ahli Parlimen Pembangkang Akhir Jun Ini
Ahmad Amzad (dua dari kanan) di satu Majlis Aidilfitri di Kuala Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Ahli-ahli Parlimen PAS dan Barisan Nasional (BN) buat julung-julung kalinya akan mengadakan mesyuarat 'pre-council' di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur 30 Jun ini.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, mesyuarat tersebut akan membincangkan isu-isu berkait dengan masalah negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH), menjelang Persidangan Dewan Rakyat 1 Julai ini."Itu kali pertama 'pre-council' yang menghimpunkan Ahli-ahli Parlimen daripada PAS dan juga UMNO secara rasmi bagi menangani pelbagai isu rakyat secara bersama."Isu yang dijangka akan dibincangkan termasuk 'inquest' (siasatan kehakiman untuk menentukan fakta yang berkaitan dengan kematian) Adib, Peguam Negara, tuduhan terhadap PAS berkait dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), pengambilalihan empat konsesi lebuhraya melibatkan kewangan yang besar iaitu RM6.2 bilion dan beberapa isu lain," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini hari ini.Menurut Ahmad Amzad, pengambilalihan konsesi itu membabitkan  perbelanjaan besar dan membebankan rakyat kerana ada di antara lebuh raya itu akan tamat tempoh dalam masa empat tahun lagi."Jadi, ini semua mungkin menjadi latar belakang kepada perbahasan di Parlimen," jelasnya lagi.
27 Jun 19
194
Empty Image
Penyatuan Ummah Mula Bersinar
Hishamuddin (kiri) mengalukan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham (kanan) ke Majlis Hari Raya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini hari ini menjadi medan pertemuan dan cetusan kemesraan antara kepimpinan PAS dan UMNO negeri sekali gus menampakkan penyatuan ummah mula bersinar.Pertemuan di majlis itu menyerlahkan hubungan sebagai rakan politik dengan niat dan hasrat mengembalikan semula kuasa Melayu Islam sebagai teraju kerajaan di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.Masing-masing bertekad mencapai cita-cita murni itu dengan memulakan langkah membina hubungan dan sering bertemu jika ada kesempatan berbuat demikian seperti di majlis berkenaan.Dijangka ada langkah-langkah progresif akan diambil kedua-dua belah pihak untuk merealisasikan hasrat murni itu.Kira-kira 15 ribu tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan parti hadir di majlis tersebut.Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ibni Sultan Ismail antara tetamu kehormat turut hadir memeriahkan majlis tersebut.Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman serta Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan isteri, Hajah Zarani Othman.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman  Yahya dan bekas Pegawai-pegawai Kanan Terengganu.Ia diikuti oleh beberapa orang pemimpin tertinggi UMNO Terengganu termasuk Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan  Ustaz Ramli Noh.Mereka disambut mesra oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang dan semua kepimpinan parti negeri itu.
27 Jun 19
38
Empty Image
Sambutan Aidilfitri PAS Terengganu Pertemukan Trio Wakil Rakyat Tepoh
Kemesraan terjalin antara trio wakil rakyat Tepoh, Ustaz Hishamuddin (dua dari kanan), Ustaz Ramli (tengah) dan Dr Abu Bakar (kiri) di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini hari ini mempertemukan dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh dengan ADUN kawasan itu, Hishamuddin Abdul Karim.Mereka terdiri daripada Dr Abu Bakar Abdullah (PAS) dan Ustaz Ramli Noh (UMNO).Majlis  itu disifatkan sebagai medan pertemuan trio wakil rakyat Tepoh sama ada yang sedang berkhidmat dan yang telah tamat perkhidmatan dengan sebab-sebab tertentu.Sementara itu, Hishamuddin berkata, beliau gembira dapat bertemu dua orang kepimpinan dalam majlis itu.Katanya, walaupun keuzuran, Dr Abu Bakar sentiasa menghadiri majlis yang dianjurkan parti pada saban tahun itu."Bekas ADUN Tepoh, Ustaz Ramli turut serta hari ini dan kedua-duanya menjadi rujukan saya bagi menyelesaikan masalah rakyat."Cuma Dr Abu Bakar agak keuzuran tetapi sentiasa memberi komitmen dan bimbingan kepada saya selama beliau berkhidmat di DUN Tepoh," jelasnya.Dr Abu Bakar yang menghidap angin ahmar hanya berupaya melaungkan takbir "Allahuakbar" tiga kali bagi menyatakan bahawa itu sahaja kemampuan beliau untuk bercakap.Ustaz Ramli ketika turut berucap di majlis itu mengakui pernah bertarung dalam pilihan raya umum dengan Ustaz Hishamuddin dan Dr Abu Bakar."Namun atas dasar taawun, kisah pertarungan politik itu diketepikan demi kebaikan bersama," ujarnya.
27 Jun 19
544
Empty Image
Muktamar PAS : Kesucian Islam Terus Dipelihara - Husain Awang
Dato' Husain Awang.Oleh:Fidee AzizKUANTAN, 22 Jun - Ucapan Dasar Presiden PAS semalam membuktikan kesucian dan keagungan Islam akan terus dibela oleh parti itu.Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Husain Awang berkata, penekanan tentang konsep islam dalam pentadbiran sesebuah negara dan organisasi amat penting supaya unsur luar tidak membarah dalam masyarakat.Jelasnya, usaha itu penting berikutan perkembangan yang sangat membimbangkan berlaku dalam Malaysia.“Ucapan dasar merupakan benteng yang terakhir untuk mempertahankan kesucian islam dan keangungan agama Allah S.W.T.“Ucapan yang mengambarkan tentang perkembangan politik semasa dan juga langkah-langkah yang perlu diambil dan difahami oleh para perwakilan ke arah mengembalikan kedaulatan negara dan perlembangaan,” ujarnya lagiBeliau berkata demikian ketika ditemui wartawan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini harini.Muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu mengumpulkan semua penggerak PAS dari seluruh negara.Ia menjadi medan bermuhasabah, melakar hala tuju dan memilih pemimpin baharu untuk menerajui parti tersebut.
23 Jun 19
185