lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
PAS Konsisten Sokong Tun Mahathir Sebagai PM
KUALA NERUS, 11 Februari- "Hanya mereka yang paranoid akan bertindak menentang usul undi percaya kepada Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan dibentangkan parti itu di parlimen bulan depan," menurut Naib Presiden Pas, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau berkata, parti itu tetap konsisten dengan pendirian menyokong kepimpinan Tun Mahathir sebagai ketua negara sehingga penggal pemerintahan berakhir.Menurutnya, dakwaan bahawa usul undi percaya itu sebagai usaha Pas untuk memecah belahkan Pakatan Harapan (PH) adalah tafsiran pihak yang paranoid terhadap isu berkenaan."Kenapa, dia tidak sokong perdana menteri ke?  kalau sokong sepatutnya sama-sama bersetuju untuk beri sokongan kecuali yang bercakap itu ada hasrat lain tidak sokong PM."Hanya orang paranoid dan takut kepada bayang-bayang sahaja cuba alih isu ini, yang nyata PM adalah orang yang jalankan tugas pada waktu ini."Kita konsisten bahawa PM mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk membawa negara keluar dari keadaan sebelum ini kepada yang lebih baik."Kalau sekejap-sekejap hendak tukar driver perjalanan  mungkin entah ke mana,  jadi lebih baik dengan driver sama teruskan perjalanan," katanya hari ini.Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah empower ECER Terengganu di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini hari ini.Dr Ahmad Samsuri turut menafikan penglibatan Pas dalam Pakatan Nasional sebagaimana yang digemburkan pihak tertentu sebaliknya parti itu kekal bekerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional.Malah katanya, sokongan kepada perdana menteri juga tiada kaitan dengan dakwaan kononnya Pas terikat kerana menerima dana dari Kerajaan Persekutuan."Saya pun tidak faham apa kaitan antara dua perkara itu. Undi percaya bagi mana-mana pihak dalam parlimen kepada PM adalah perkara yang tidak pelik untuk beri keyakinan perdana menteri teruskan kerja (kerana) sekarang ini kita banyak dengar ada pihak bercita-cita nak jadi PM sehingga timbullah istilah PM tepi dan sebagainya," katanya.
11 Feb 20
33
Empty Image
‘G25 Patut Minta Maaf Kepada Umat Islam’ - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang. Foto oleh - Hidayah Azlin.KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Kumpulan bekas penjawat tinggi awam, (G25) harus memohon maaf kepada umat Islam atas pelbagai kenyataan dan pembawakan mereka yang mengelirukan.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pemikiran kumpulan tersebut bukan hanya memeningkan tetapi turut membahayakan akidah orang Islam.  “Sepatutnya mereka yang harus minta maaf, bukan saya, mereka harus minta maaf kepada umat Islam. Saya hanya bercakap dan menulis mewakili pihak Islam,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas berucap dalam program Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini hari ini. Semalam, G25 menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Abdul Hadi Awang, atas kenyataan presiden PAS itu terhadap mereka.Abdul Hadi dalam satu kenyataan beberapa minggu lalu menyifatkan G25 sebagai kumpulan makhluk perosak, jahil serta lebih bahaya daripada kumpulan militan al-Maunah.“Apabila mereka menegaskan konsep kehidupan manusia tidak boleh dicampur dalam urusan agama kerana agama itu urusan Tuhan.“Maka jelas terang lagi bersuluh bahawa mereka telah beriman kepada Kitab Injil yang telah diubah daripada ajaran Nabi Isa A.S. mengikut catatan para paderi yang mengubah kitab Allah,” tambah beliau.Kenyataan itu dibuat susulan laporan G25 bertajuk ' Administration of Matters Pertaining Islam ' yang mengkritik terhadap undang-undang Islam dengan mengatakan tindakan murtad misalnya adalah urusan seseorang dengan Tuhan.
31 Jan 20
133
Empty Image
Komen Dr Jomo Tentang ECRL Hanya Pendapat ‘Orang Ekonomi’
KUALA TERENGGANU, 27 September - Menteri Besar Terengganu, YAB Dato seri Ahmad Samsuri Mohtar menyifatkan komen Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram terhadap Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pandangan beliau adalah berdasarkan kemahiran.Tetapi menurut beliau, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan politik yang berbeza.“Pandangan Profeser Jomo itu  adalah  pandangan seorang ahli ekonomi  dan kalau kita tanya ahli ekonomi yang lain (pun) ada pandangan yang berbeza, sama seperti yang berlaku di Amerika. “Jadi pada saya  ahli-ahli ekonomi seperti  Profeser jomo  sebenarnya ada pendapat dia  berbeza dengan ahli ekonomi yang lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Terengganu 2019 di Dataran Pekan Jabi, semalam.Oleh itu, kata beliau, Negeri Terengganu mengambil beberapa pandangan yang sesuai dengan kedudukan semasa dan perancangan serta kehendak kerajaan.“Jadi pada saya ikut (pendapat) Perdana Menteri dalam bab ini,” tegasnya.Menurut laporan media, Dr Jomo berkata, kerajaan kini tidak ada sebab untuk meneruskan komitmennya kepada projek ECRL selepas terbongkar yang projek itu digunakan untuk membayar hutang 1MDB.Namun demikian menurut Tun Dr Mahathir, kerajaan tetap komited melaksanakan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kerana pandangan Dr Jomo adalah pandangan peribadi beliau.
27 Sep 19
149
Empty Image
Iran Bakal Hadapi Ancaman Amerika Syarikat, Israel - Muhammad Khalil
Oleh : Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 23 September - Iran bakal menghadapi ancaman terbesar daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel apabila pakatan mereka mendapat alasan untuk menyerang negara itu melalui loji penapisan minyak.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata,  pakatan AS dan Israel yang berupaya menimbulkan perang dunia akan turut menjayakan hasrat mereka untuk melemahkan Iran“Setelah berjaya mengekang pengaruh Iran dan mengasingkan Iran daripada dunia antarabangsa, AS mahupun Israel kali ini mendapat alasan yang cukup kuat untuk menyerang Iran."Baru-baru ini loji penapisan minyak Abqaiq, yang terbesar di dunia milik Aramco, syarikat minyak dan gas milik Arab Saudi telah diserang oleh drone yang dipercayai milik tentera Houthi di Yaman," ujarnya.Menurut beliau, serangan ke atas loji penapisan minyak tersebut menyemarakkan lagi api peperangan yang sememangnya sudah sedia membara di rantau Timur Tengah.Namun, yang dikesali adalah sikap membisu organisasi-organisasi yang sepatutnya lantang bersuara menentang kezaliman."Yang paling menyedihkan sekali ialah Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Liga Arab, semenjak berlakunya konfrontasi ini mereka langsung tidak bermaya dan diam seribu bahasa."Perdana Menteri Iraq, Adil Abdul Mahdi memberi gambaran bahawa peperangan besar akan berlaku akibat daripada peristiwa tersebut dengan bumi Iraq akan menjadi medan pertembungan utama Amerika Syarikat dan sekutunya menentang Iran," tambah beliau.
23 Sep 19
51
Empty Image
Dato' Dr Mohd Khairuddin Dilantik Bendahari Pemuda ICAPP
Dr Mohd Khairuddin (dua dari kanan) menyertai Persidangan ICAPP di Azerbaijan baru-baru ini.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 10 September - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai Bendahari Sayap Pemuda, Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (PAPPA) Sesi 2019-2021 di Baku, Azerbaijan, 7 September lalu.Beliau berkata, jawatan itu merupakan satu amanah yang berat dan tidak mampu dipikul seorang diri sekali gus memerlukan kerjasama dari semua pihak.“Itu adalah amanah yang berat namun ia perlu digalas sebagai khidmat bakti kepada masyarakat dunia.“Antara tindakan awal selepas saya dilantik ialah saya akan mewujudkan satu pasukan kecil yang boleh membantu melaksanakan tugas dengan pelbagai idea kerana tugasan yang berat ini tidak mampu digalas oleh saya sendirian.“Mudah-mudahan saya dapat melaksanakan amanah ini dengan cara yang paling baik dan dapat diwarisi oleh orang terkemudian yang akan menggalas amanah itu selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. Suasana Pesidangan ICAPP di Azerbaijan.Menurut beliau lagi, jawatan tersebut adalah amanah yang perlu ditunaikan bukannya satu pangkat kemuliaan yang perlu dibangga-banggakan.Katanya, PAPPA atau 'International Conference of Asian Political Parties' (ICAPP) merupakan forum antarabangsa menghimpunkan parti-parti politik seluruh Asia sama ada yang menjadi kerajaan mahupun pembangkang. "Ia diasaskan sejak tahun 1990 yang dipengerusikan oleh Speaker Parlimen Filipina, Jose de Venecia yang juga pengasas kepada program ini," jelasnya.
10 Sep 19
43
Empty Image
Guan Eng Tak Perlu Melenting! - Dr Khairuddin
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.KUALA NERUS, 7 September - Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak perlu melenting mengenai Kempen Beli Produk Muslim kerana menjadi hak orang Islam dalam sistem demokrasi membeli produk keluaran rakan mereka sendiri.Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman  Razali berkata, mengutamakan produk muslim adalah hak rakyat Muslim."Tentulah setiap orang lebih mengutamakan saudaranya sendiri yang berniaga. Itu adalah hak persaudaraan Islam. Itu juga hak demokrasi pengguna untuk memilih dan mengutamakan produk yang mereka suka," ujarnya.Beliau mempertikaikan kenapa Menteri Kewangan itu panas punggung mengenai tindakan tersebut."Adakah ia memberi kesan kepada ahli perniagaan DAP yang menjadi pendokong dan pembiaya utama DAP. "Kalau benar, maka betullah tindakan umat Islam mengutamakan produk muslim sebagai respon terhadap sikap biadap pendokong DAP terhadap Islam dan Melayu akhiran ini," katanya dalam satu kenyataan media di status Facebooknya baru-baru ini.Beliau berkata, Nabi s.a.w. membina pasar baru untuk orang Islam di Madinah apabila kehadiran Nabi s.a.w. berniaga di pasar Bani Qainuqa yang didominasi oleh Yahudi tidak dialu-alukan. Akhirnya kata beliau, para pengguna Arab dan Muslim mengutamakan pasar Nabi s.a.w. sehingga memaksa pedagang Yahudi juga akhirnya berniaga di pasar Nabi. "Tetapi tentulah mengikut peraturan pasar Nabi iaitu tiada penipuan, tiada monopoli, tiada riba dan tiada cukai."Saya menyokong kempen utamakan produk muslim," jelasnya.
07 Sep 19
32
Empty Image
Pencerobohan Nelayan Vietnam : Apa Kesannya Lawatan PM?
Bot nelayan asing dikesan di perairan Terengganu baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 4 September - Apa kesan lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Vietnam berkait dengan hubungan dua hala antara kedua-dua anggota ASEAN khususnya mengenai sekatan kemasukan nelayan Vietnam ke Perairan Malaysia?Tun Dr Mahathir berpendapat Pemilik Lesen Bot Laut Dalam atau diistilahkan sebagai nelayan tempatan sepatutnya tidak 'mengalibabakan' lesen bot mereka sebaliknya turun ke laut menangkap ikan sendiri.Beliau membidas mereka terbabit tidak memanfaatkan lesen untuk menangkap ikan sebaliknya mereka tinggal di rumah membiarkan lesen mereka digunakan orang lain termasuk nelayan asing menangkap ikan di perairan negara.Bidasan itu dibuat selepas selesai lawatan kerja tiga hari beliau ke Vietnam baru-baru ini.Namun persoalan timbul kenapa berterusan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak putus-putus menahan nelayan asing dengan bot dan hasil tangkapan berjumlah berjuta-juta ringgit Yang terbaru di Kemaman dilaporkan, sebanyak dua buah bot nelayan asing yang dinaiki 17 nelayan termasuk tekong ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu berserta nilai rampasan RM1.7 juta selepas menceroboh perairan negeri ini kelmarin.Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli dilaporkan sebagai berkata, dua bot bersama 17 nelayan Vietnam berusia 20 hingga 53 tahun itu ditahan pukul 9.30 pagi dan 11.15 pagi Ahad lalu pada kedudukan 145.2 kilometer hingga 147.4 kilometer timur laut Tanjung Mat Amin, Kuala Kemaman.Beliau memberitahu, selain dua bot yang ditahan itu, sebanyak 2,000 kilogram ikan campur, 2,000 kilogram ikan baja, diesel dengan anggaran 2,000 liter dan peralatan menangkap ikan turut dirampas."Kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM1.7 juta, bot serta hasil rampasan bersama nelayan Vietnam ini telah dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman pukul 2.35 petang semalam. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa lesen dan kebenaran yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia.“Selain itu mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana bot beroperasi tanpa lesen yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dan juga Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah." katanya ketika ditemui media di sini baru-baru ini. Muhammad Suffi berkata, Op Naga Barat Siri 1/2019 yang bermula pada 26 April 2019 hingga sekarang telah berjaya membuat 1,637 pemeriksaan dan 96 tangkapan yang merangkumi semua pemeriksaan dan tangkapan pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi itu."Jika sabit kesalahan, tekong berkenaan boleh didenda RM1 juta atau penjara sehingga dua tahun dan awak-awak boleh didenda RM100,000 setiap seorang atau penjara sehingga dua tahun dan dilucutkan hak ke atas vesel berkenaan,” jelasnya.Beliau memberitahu, kesemua nelayan asing itu dikenakan tahanan reman selama 14 hari berakhir 17 September ini.Muhammad Suffi menarik perhatian, sehingga 31 Ogos lalu, Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia berjaya memungut sebanyak RM8.8 juta hasil daripada denda yang diperintahkan oleh mahkamah dan sebanyak 25 buah bot daripada 96 kes dilucut hak.Jelasnya lagi, operasi membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam ini akan diteruskan tanpa henti dan Maritim Malaysia juga akan menggunakan pelbagai kaedah pelaksanaan operasi bagi melindungi hasil laut negara dan khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing.Difahamkan antara sebab kenapa nelayan Vietnam sentiasa menceroboh perairan Malaysia ialah kerana Kerajaan negara itu sendiri menggalakkan rakyatnya pergi menangkap ikan di luar laut negara mereka.Dikatakan, perairan mereka tidak terdapat banyak ikan seperti di perairan Malaysia.Difahamkan juga di Vietnam, sebuah bot laut dalam dikeluarkan sebanyak sebuah setiap hari. Ini menunjukkan betapa seriusnya golongan nelayan asing berusaha menangkap ikan ke merata tempat di seluruh dunia termasuk di perairan Laut China Selatan.
04 Sep 19
522
Empty Image
Kerajaan, PDRM Perlu Tegas Tangani Penghina Jalur Gemilang – Abdul Hadi
MARANG, 23 Ogos - Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap bersikap lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, bendera adalah simbol bagi sesebuah negara dan seluruh rakyat Malaysia perlu menghormati simbol berkenaan.“Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama perlu menghormati Jalur Gemilang dan anak-anak muda turut dinasihatkan agar terus menghayati erti kemerdekaan negara.“Mereka yang anti kemerdekaan merupakan saki-baki penjajah dan komunis yang mempunyai dendam terhadap perajurit negara. Kita menghargai tentera kita yang menentang komunis di samping pejuang kemerdekaan dalam semua kalangan termasuk Cina dan India,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediamannya sejurus selesai mengadakan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini hari ini.Mengulas lanjut, Presiden PAS turut itu berkata, pengorbanan tentera dan perjuang-pejuang kemerdekaan termasuk orang Cina, India yang sama-sama memperjuangkan kemerdekaan harus dihargai semua pihak.“Kita hormati dan Jalur Gemilang adalah persetujuan bersama mereka yang memperjuangkan kemerdekaan itu.“Kita menghargai, orang PAS masa itu parti pembangkang, bukan kerajaan, hanya satu kerusi sahaja pada masa itu tahun 1955,” katanya lagiBeliau berkata, partinya menerima kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan itu dengan cara yang betul dan bukannya dengan cara mencabut bendera atau menterbalikkan bendera keramat itu.“Bendera itu tetap kita pertahankan. Apa lagi bendera itu ada simbol simbol dia, simbolik (maksud) sesebuah bendera ini ada maknanya,” tambah beliau.Baru-baru ini 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat isu Jalur Gemilang yang didakwa sengaja dipasang secara terbalik di beberapa premis seluruh negara.
23 Aug 19
55
Empty Image
Zakir Naik : Tun M Buat Keputusan Bijak - Abdul Hadi
MARANG, 23 Ogos - Tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membenarkan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik terus berada di negara ini adalah keputusan yang bijak dan tepat.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan yang dibuat itu menunjukkan Dr Mahathir menilai isu berkenaan berdasarkan hujah, dan bukannya berpandukan sentimen sesetengah pihak.Jelasnya, dalam masa yang sama kerajaan perlu menyiasat siapa yang menimbulkan polemik politik berhubung isu terbabit termasuk pihak media.“Isu ini isu akademik dan dakwah, maka perlu ditangani dengan secara akademik, serta demokrasi, kalau ikut demokrasi, dialog akademik itu perlu diadakan dan dialog yang bertujuan politik pula kita larang.“Dr Zakir perlu dipertahankan kerana keilmuan dia, dan kita perlu hormat ilmunya dalam berdialog, bukan hantar balik sehingga menandakan kebodohan, kelemahan kita sendiri,” katanya ketika sidang media di rumahnya.Beliau yang juga Presiden PAS turut menegasakan, pihaknya melihat keperluan untuk mengundang pendakwah bebas dari India itu mengadakan ceramah atas kepakaran dan sumbangan dalam dunia dakwah.Semalam, Dr Mahathir berkata, Malaysia tetap kekal dengan pendirian untuk membenarkan Dr Zakir tinggal di sini walaupun desakan mahukan beliau dihantar pulang ke India cukup kuat.Ini kerana, wujud ancaman bunuh terhadap penceramah itu selain beliau sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini. “Pada saat ini pendirian kita tidak berubah,” katanya pada sidang akhbar di Perbadanan Putrajaya.Penceramah kontroversi itu kini disiasat polis berikutan kenyataannya semasa berucap di Kelantan baru-baru ini yang didakwa berbaur perkauman.Walau bagaimanapun, Dr Zakir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan menyifatkan ucapan beliau telah diputarbelitkan pihak tertentu termasuk media.Dr Zakir turut membuat laporan polis terhadap Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees dan bekas duta Malaysia ke Kanada, Dennis J Ignatius kerana didakwa membuat kenyataan fitnah mengaitkan dirinya.
23 Aug 19
201
Empty Image
Zakir Naik : Tiga Asas Perlu Dihormati - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang.KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - Tiga asas perlu dihormati semua pihak dalam isu membabitkan pendakwah bebas terkenal, Dr Zakir Naik yang dikatakan telah mencetuskan ketegangan di negara ini.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, beliau mengikuti dengan cermat perkembangan isu Zakir yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu atas tujuan mengeruhkan suasana.Jelasnya, isu tersebut harus ditangani segera dengan tiga perkara utama membabitkan ruang demokrasi seperti budaya debat dan dialog harus dihormati agar masalah tersebut berjaya menemui jalan keluar.“Semua pihak perlu bersedia untuk bersemuka dan berdialog secara ilmiah demi mencari ‘kebenaran dan kebersamaan’. Pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan kerajaan negeri wajar menyuburkan budaya ini.“Kedua, perpaduan masyarakat majmuk adalah kerukunan hidup yang perlu dipelihara. Semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga sensitiviti pelbagai kaum dan agama dalam negara,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, siasatan juga perlu dilakukan terhadap pemimpin politik dan pengamal media yang menjadi ‘makhluk perosak’ sehingga mencetuskan kegelisahan dalam kalangan masyarakat. “Ketiga, jaminan keselamatan yang perlu dijaga tanpa mengira agama dan bangsa, sebagaimana yang terkandung dalam ajaran Islam,” katanya.Tegasnya, status penduduk tetap (PR) yang diberikan kepada Dr. Zakir Naik adalah hak asasi manusia yang diiktiraf dunia dan negara bertamadun. “Hak keselamatan ini juga adalah jaminan Islam terhadap sesiapa yang terancam keselamatannya, walaupun terhadap bukan Islam. “Kerajaan dan agensi berkaitan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertegas dalam memberi jaminan keselamatan ini,” tambah beliau.
19 Aug 19
62