lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Empty Image
'PH Tebuk Atap, Kita Datang Baiki' - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang.KUALA LUMPUR, 11 Mac - Perubahan kerajaan yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan wujudnya usaha menggulingkan Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir dari kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, ia sekali gus menafikan dakwaan songsang mengatakan kerajaan yang terbina hari ini hasil gabungan pintu belakang."Apabila berlakunya kerja memecahkan diri sendiri oleh Pakatan Harapan (PH), bukan kami yang buat (iaitu) terdapat usaha menggulingkan Perdana Menteri."Mereka menekan dengan cara yang dilihat oleh umum (seperti) desakan dan sebagainya. Ini adalah untuk mengambil alih pemerintahan melalui atap, bukan pintu belakang. Mereka (PH) tebuk atap," kata Presiden PAS itu dalam perutusan khas yang disiarkan melalui facebook beliau semalam.Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, menyedari perpecahan dalaman itu sejak awal, pihaknya bersama UMNO bertindak menubuhkan satu muafakat."PAS mengambil langkah untuk mengambil alih kerajaan bagi menyelamatkan kerajaan (dan) negara dengan proses demokrasi serta mengambil Sunnah Nabi S.A.W iaitu menyatukan umat Islam dan masyarakat majmuk."Alhamdulillah akhirnya kita berjaya dengan cara demokrasi iaitu Mengikut Perlembagaan yang sah dan berlakulah satu perubahan yang sangat menarik serta tidak mengorbankan dan menyusahkan rakyat,  bukan cara pintu belakang," ujarnya.Tambah beliau, pihaknya bersyukur kerana berjaya membentuk Kabinet Perpaduan Umat terdiri daripada parti-parti politik yang terlibat dalam perubahan itu."Bukan sahaja jumlah wakil rakyat yang dipilih rakyat termasuklah jumlah parti-parti politik yang berbagai. Bukan dua parti, tiga parti sahaja, (sebaliknya) yang berbagai," jelasnya.
10 Mar 20
116
Empty Image
'Saya Kagum Dengan Abdul Hadi' - Mufti Perlis
Abdul Hadi semasa memasuki Kompleks Sri Perdana petang tadi.KUALA LUMPUR, 9 Mac - Sikap terbuka Ahli Parlimen Marang yang tidak mewajibkan dirinya dilantik dalam mana-mana jawatan Menteri mengundang rasa kagum Mufti Perlis.Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) dalam satu hantaran di Facebook peribadinya berkata, sewaktu berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau dimaklumkan tentang perkembangan akhir sebelum pembentukan kabinet diumumkan."Antara yang saya kagum, beliau memberitahu sikap terbuka Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mewajibkan agar dirinya mesti dilantik (ke dalam kabinet)."Walaupun beliau mengemukakan senarai nama dari partinya, tapi beliau tidak bertegas membuat tuntutan untuk dirinya. Kita patut memuji sikap yang seperti itu," katanya.Tambah Dr Maza, matlamat sebenar untuk melihat satu kerajaan yang stabil, cekap, melindungi asas-asas negara perlu diutamakan berbanding kepentingan lain."Para pemimpin yang mencari redha Allah, Jika kita semua tulus kerana Allah, banyak urusan umat ini akan berjaya kita laksanakan," jelasnya.Pada Jumaat lepas, Abdul Hadi dalam satu sidang media menegaskan, beliau terbuka kepada Perdana Menteri dan tidak mewajibkan dirinya dipilih."Kalau saya tak dipilih saya balik jadi nelayan pun tak apa, tak jadi masalah. Saya nak bekerja untuk negara," katanya.Sementara itu, mengulas tentang pembentukan kabinet hari ini, Abdul Hadi berkata ia adalah satu permulaan yang baik untuk negara dan rakyat."PAS menyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan hari ini, demi membawa kebaikan kepada negara dan rakyat."Kami percaya pembentukan Kabinet ini dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira aspek integriti dan kelayakan, serta keseimbangan di antara wilayah dan masyarakat majmuk untuk memastikan mutu perkhidmatan yang baik oleh pihak kerajaan," ujarnya.Abdul Hadi turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan kepada PAS dalam membangunkan negara.
09 Mar 20
232
Empty Image
Empat Figura Terengganu Dilantik Sebagai Menteri
PUTRAJAYA, 9 Mac - Barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menampilkan empat figura Terengganu.Mendahului senarai tersebut ialah bekas mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama.Alumni Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Kuala Terengganu itu akan dilantik sebagai senator bagi memegang jawatan menteri kanan.Zulkifli akan dibantu oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dari PAS, Ahmad Marzuk Shaary, sebagai timbalan.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali pula diangkat sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.Kementerian tersebut merupakan portfolio baharu yang diwujudkan bagi menjana pendapatan negara dengan mampan.Terdahulu, Muhyiddin turut mengumumkan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Di samping Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim melengkapkan empat kuota selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Kabinet akan diadakan esok.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, istiadat berkenaan akan diadakan di Istana Melawati di sini jam 3 petang.
09 Mar 20
1445
Empty Image
PAS Tegas Lantik Ahli Kabinet Berintegriti - Abdul Hadi
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.Oleh : Hidayah AzlinMARANG, 6 Mac – PAS mengulangi ketegasan supaya Perdana Menteri melantik barisan Jemaah Menteri yang terdiri daripada kalangan berintegriti, berkelayakan, berkemahiran dan mewakili masyarakat majmuk.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, cadangan yang dikemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu perlu dijayakan supaya negara berada di landasan terbaik setelah kemelut politik berakhir."Saya tegas dalam pertemuan dengan  Perdana Menteri semalam, PAS istiqamah, konsisten dengan pendirian kita memilih anggota kabinet yang punyai integriti, yang bersih, berkepakaran, kalangan ahli politik dan kalangan profesional kerana kita mahu menyelamatkan negara," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Rusila hari ini.Mengulas tentang kes pemimpin tertentu yang sedang dibicarakan di mahkamah, beliau berkata, kerajaan baharu tidak akan mencampuri urusan terbabit.Sebaliknya, ia diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa termasuk badan kehakiman untuk menjalankan proses pengadilan.Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir."Kita juga berharap agar semua pihak menghormati proses kehakiman. Jangan kita jadikan media sosial (sebagai) keputusan mahkamah. Itu tidak boleh, biar mahkamah buat keputusan."Mengikut konsep kehakiman Islam, orang yang dituduh belum didapati bersalah lagi kecuali sudah dibuktikan di mahkamah."Kita mengambil kira keputusan mahkamah. Berbeza dengan Pakatan Harapan (PH), tengah perbicaraan pun dia hentikan kerana ada orang tertentu yang ada kes ini termasuklah yang diletak di bawah karpet.  Kita tahu, kes-kes besar dia letak bawah karpet," ujarnya.Dalam masa yang sama, Abdul Hadi mahu kerajaan baharu meneruskan segala agenda yang memberi manfaat kepada rakyat."Apa yang baik dari kerajaan dulu kita teruskan. Sebarang janji mustahil, kita tak boleh buat. Janji dia yang elok kita akan buat, walaupun PH dah jatuh."Termasuklah juga janji kita sendiri. Ada perkara yang sama,ada yang berbeza. Ia akan dilihat," tambah beliau.
06 Mar 20
82
Empty Image
PN Untuk Rakyat Dan Tiada Unsur Perkauman - Khairuddin
Foto Ehsan: The Malay MailOleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 6 Mac – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melihat ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menimbulkan persepsi negatif kepada Perikatan Nasional (PN) dengan memainkan unsur perkauman dan ketidakadilan kepada semua kaum.Beliau berkata, semua pihak perlu melihat ucapan pertama Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menunjukkannya sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat dan ini merupakan satu bentuk keadilan.“Kita (rakyat Malaysia) perlu melihat ucapan Perdana Menteri yang merupakan ucapan dasar iaitu menunjukkan beliau sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan inilah bentuk keadilan.“Sebab itulah tema dalam PAS ialah keadilan untuk semua dan berkebajikan untuk semua tanpa mengira kaum dan perkara ini diterangkan dalam agama Islam,” ujar beliau sewaktu ditemuramah dalam Bernama TV baru-baru ini.Menurut Dr Khairuddin yang juga Pengarah Strategi Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat, antara punca keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan ialah kegagalan mereka dalam menggambarkan keadilan untuk semua yang sebenar.Ujar beliau, adil bukan bermakna sama rata, tetapi keadilan dalam Islam ialah memberikan hak kepada orang yang berhak.“Antara sebab keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan ialah kegagalan mereka dalam menggambarkan bahawa keadilan untuk semua (keadilan yang sebenar).“Adil bukan bermakna sama rata, tetapi keadilan ialah memberikan hak kepada orang yang berhak menurut Islam,” tambah Dr Khairuddin.
05 Mar 20
45
Empty Image
Amzad Harap Perikatan Nasional Jana Kemajuan Negara
Oleh: Husein HusainiKUALA TERENGGANU, 5 Mac - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berharap pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke lapan yang disertai Muafakat Nasional (MN) serta parti-parti lain akan menjana negara ke arah yang lebih maju dan saksama melalui gabungan kerajaan Perikatan Nasional.Jelas Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, setelah piagam muafakat dibuat dan pelancaran muafakat dirasmikan, MN dilihat stabil dan teguh menghadapi cabaran daripada mana-mana kuasa besar parti politik lain di negara ini.Kerjasama politik yang dibuat mempamerkan kredibiliti yang mampu mentadbir negara dengan baik serta bersih dari kuasa asing yang mampu menggugat keharmonian negara.Pentadbiran di Terengganu sendiri dilihat telah hampir memenuhi separuh daripada manifesto PAS yang dijanjikan kepada rakyat.“Sebagaimana yang telah dijanjikan, kerajaan Terengganu akan menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam masa 5 tahun.Tetapi tidak sampai dua tahun, kini sudah 18,000 peluang pekerjaan mampu disediakan.”, tegasnya ketika menghadiri program Bicara Politik di Dataran Kedai Makan, Pasar Borong Gong Pauh, baru-baru ini.Tambahnya, kebangkitan rakyat yang ditunjukkan pada lima pilihanraya kecil yang terkini termasuk di Tanjung Piai dan Kimanis menunjukkan bahawa rakyat sudah lali dengan mainan politik Pakatan Harapan.Ahmad Amzad juga turut menzahirkan rasa syukur beliau dengan perlantikan ini menerusi hantaran di laman facebooknya dan turut melahirkan rasa hormat atas apa yang telah ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
04 Mar 20
115
Empty Image
Utama Selamatkan Negara, Bukan Jawatan Kabinet - Abdul Hadi
Foto Ehsan: HarakahdailyKUALA LUMPUR, 3 Mac - Keutamaan PAS ketika ini adalah memastikan negara diselamatkan terlebih dahulu setelah melalui kemelut dan krisis politik berbanding percaturan untuk menduduki Kabinet.Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan demikian pada sidang media khas yang telah dilangsungkan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini sebentar tadi.Malah, menjawab pertikaian bahawa PAS kini bersama pemimpin Umno yang terlibat skandal dan masih dalam perbicaraan, beliau berkata tuduhan ke atas pemimpin terpalit itu belum berhenti melalui proses mahkamah.Bahkan ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang, , tuduhan sama juga ada terpalit kepada pemimpin PH dan menjawab mengenai ura-ura Usul Undi Tidak Percaya, beliau menyatakan betapa hal itu masih berupa andaian.“Itu satu andaian, satu andaian yang kita tak terima. Kita berpegang kepada prinsip yang kita pegang pada hari ini ialah memberi kepercayaan (kepada Perdana Menteri).“Tak ada ‘akan’ (menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin), tak ada ‘akan’. ‘Akan’ itu benda andaian. Saya tak boleh jawab soalan andaian. Saya tak tahu nak mati bila, nak hidup bila,” ujarnya yang terdahulu menegaskan PAS mendukung penuh Perdana Menteri kelapan itu.Sebelum itu Ahli Parlimen Marang ini juga menyifatkan bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong telah memecahkan segala keraguan berkaitan yang ditimbulkan sepanjang tempoh kemelut politik negara kebelakangan ini.Jelasnya, Baginda telah mendapat pandangan Wakil-wakil Rakyat dipilih oleh rakyat secara demokrasi berparlimen dan mengambil kira jumlah parti politik yang mendukung Perdana Menteri di mana itu sudah cukup menghilangkan keraguan berkaitan.“Cukup dengan kenyataan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Dipertuan Agong. Merupakan kuasa yang ada mengikut Perlembagaan. Dalam demokrasi, biasalah ada yang tak puas hati. Tak ada yang dapat sokongan 100 peratus seluruh dunia.“Yang penting ialah, setelah mendapat pandangan yang dilihat oleh Baginda, merupakan pandangan yang terbanyak, yang terbaik, untuk negara dan rakyat. Itu yang dipilih,” ujarnya.Ditanya mengenai langkah dan pendekatan seterusnya PAS dari Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), jawabnya bahawa prinsip itulah menghasilkan keadaan ketika ini serta perpaduan yang wujud dari perbezaan ideologi, kaum dan agama yang ada. Sumber – HARAKAHDAILY
01 Mar 20
66
Empty Image
PAS Terengganu Siap Hadapi Kemungkinan
Satiful Bahri Mamat.DUNGUN, 27 Februari - PAS Terengganu bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku dalam kemelut politik tanah air ketika ini.Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan, konflik dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah sebelum ini merupakan yang terbesar pernah berlaku.“Situasi sekarang tidak sebagaimana yang kita nampak, ia menjurus kepada pelbagai arah yang tidak dijangka.“Setakat ini, kita bersetuju dengan keputusan  yang ditentukan oleh kepimpinan pusat kedua-dua parti dan dalam masa sama kita juga bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan yang berlaku,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS) Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah.Jelasnya, rakyat Malaysia bagaimanapun perlu taat menanti titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah terhadap perkara ini.“Kita jelas dengan perkara ini. Secara peribadi, saya mengharapkan keputusan yang diputuskan akan menghasilkan kestabilan dalam negara sama ada dari segi ekonomi, keselamatan negara dan perpaduan antara kaum.“Sebagaimana yang diutarakan oleh wakil MN iaitu Dato’ Seri Anuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan dalam sidang media lalu, lebih baik keputusan diserahkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu yang lebih stabil dan mampu memperbaiki isu-isu yang berlaku dalam negara,” katanya.
26 Feb 20
120
Empty Image
MB Terengganu Jumpa Tun M
PUTRAJAYA, 25 Februari - Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dilihat tiba di Bangunan Perdana Putra kira-kira jam 11.55 pagi dengan menaiki kenderaan rasminya.Beliau yang tiba dengan polis pengiring, antara pemimpin politik yang dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.Pemimpin PAS itu antara beberapa pemimpin politik yang kini berkumpul di sini, termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Berita Harian.
24 Feb 20
220
Empty Image
Tindakan DAP Tidak Hormati Mahkamah - Dr. Khairuddin
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At Takiri.Oleh: Mohd Irsyadi Abu BakarKUALA NERUS, 13 Februari - Tindakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen yang menyanggah keputusan Mahkamah Persekutuan melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut memperlihatkan kepada rakyat bahawa mereka benar-benar tidak menghormati mahkamah.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali melalui satu hantaran di laman Facebooknya menyatakan, lebih membimbangkan lagi apabila kenyataan tersebut dibuat oleh seorang pemimpin yang menjadi sebahagian daripada anggota pentadbiran Kerajaan Pusat seperti Chong Chieng Jen yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.“Jika Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi dalam negara, maka tidakkah ini akan menjadikan rakyat biasa lebih berani untuk mempersoalkan keputusan mana-mana mahkamah selepas ini?“Chong Chieng Jen adalah seorang peguam dan patut tahu bahawa amalan tradisi Mahkamah Persekutuan adalah suara menentang (dissenting voice) akan diberikan secara individu oleh tiap-tiap hakim yang menentang manakala suara majoriti (majority voice) pula lazimnya diberikan secara bersama,” tulisnya.Jelasnya, apa yang sepatutnya pemimpin DAP lakukan adalah meminta maaf kepada pengundi Pujut khasnya dan kepada rakyat Sarawak umumnya kerana kesilapan memilih Dr Ting Tiong Choon sebagai calon di DUN Pujut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak walaupun beliau tidak layak.“Rakyat Malaysia yang menghormati undang-undang negara seharusnya beramai-ramai bersuara mendesak Chong Chieng Jen dan DAP meminta maaf atas keterlanjurannya ini,” katanya.
12 Feb 20
107