lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Pergolakan Politik Sabah Bukan Perkara Pelik – Abdul Hadi
Pergolakan Politik Sabah Bukan Perkara Pelik – Abdul Hadi
  MARANG, 31 Julai - PAS menyifatkan pergolakan politik di Sabah bukan perkara pelik kerana situasi pertukaran kerajaan yang silih berganti sememangnya cukup sinonim dengan negeri itu sejak dari dahulu.  Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada rakyat Sabah dan pemimpinnya untuk mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan kemelut perebutan kuasa itu. Bagaimanapun, beliau berharap pergolakan tersebut dapat dikendalikan mengikut peruntukan Perlembagaan dan pendekatan politik yang sihat. “Parti Warisan Sabah (Warisan) bukan parti majoriti semasa penubuhan kerajaan negeri (selepas pilihan raya umum), jadi kedudukannya tidak kukuh dan kalau (kerajaan negeri) jatuh, kita tidak pelik. “Terpulang kepada rakyat Sabah dan pemimpin politiknya jika mahu melakukan pilihan raya, mereka lebih tahu. Sabah sudah ada pengalaman buat Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Rusila, di sini hari ini. Pergolakan politik Sabah kian memuncak apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Krisis di negeri itu mula tercetus apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa mendapat sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan berhak menerajui kerajaan baharu. Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) di samping Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN). Ketika ditanya adakah PAS terkejut dengan pendirian UMNO untuk tidak menyertai PN sebagai komponen dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beliau berkata, terpulang kepada parti itu untuk membuat keputusan. “Terpulang kepada parti masing-masing, tentunya jawatankuasa pimpinan parti itu sudah buat perbincangan.  “Bagi PAS, kita dan UMNO sama-sama bersetuju untuk MN dan dalam masa sama kita akan teruskan dengan PN,” katanya Sumber : Utusan Malaysia
31 Jul 20
5409
PN Mula Runding Pembahagian Kerusi Peringkat Awal - Ahmad Samsuri
PN Mula Runding Pembahagian Kerusi Peringkat Awal - Ahmad Samsuri
MARANG, 22 Julai - Gabungan Perikatan Nasional (PN) sudah mula berunding tentang pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang namun ianya baru di peringkat permulaan. Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan perkara tersebut ekoran pertemuan rasmi antara PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diwakilinya di ibu negara semalam. "Ya antara agenda pertemuan semalam adalah pengagihan kerusi di peringkat negeri, bagaimanapun kita belum membincangkan dengan lebih dalam tentang perkara itu. Kita lebih fokus kepada agenda penting iaitu memperkasakan kesatuan dalam PN. "Masing-masing ada 'wishlist' (kehendak) yang perlu diharmonikan. Maka akan ada pertemuan demi pertemuan untuk membincangkan perkembangannya dari masa ke masa," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menyifatkan pertemuan tersebut sangat positif dan dalam keadaan mesra antara kesemua wakil-wakil parti. Turut mengiringi Ahmad Samsuri, pimpinan utama PAS termasuk Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor serta dua Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Dalam pertemuan berkenaan, parti UMNO diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Yaakob manakala Bersatu diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Terdahulu Ahmad Samsuri menyampaikan Suratan Hak Milik Tanah Dan Notis Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan, Gong Cempedak Mukim Pulau Kerengga DUN Rhu Rendang Daerah Marang di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM) di sini hari ini. Hadir sama dalam majlis itu, isterinya, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Tengku Seri Bijaya Raja Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.
22 Jul 20
1165
Ahmad Samsuri Wakili Pas Pertemuan PN di KL, Malam Esok
Ahmad Samsuri Wakili Pas Pertemuan PN di KL, Malam Esok
BESUT, 20 Julai - Gabungan Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan pertemuan secara formal di ibu negara pada malam esok bagi tujuan perundingan antara PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Naib Presiden Pas, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengesahkan pertemuan itu antara lain akan membincangkan soal pembahagian kerusi di samping gerak kerja dan persiapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi pilihan raya.  "Malam ini tiada mesyuarat… malam esok baru ada mesyuarat di Kuala Lumpur… Ya, pertemuan tiga parti.  "Pas diketuai saya selaku Naib Presiden dan pemimpin parti lain," katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan.  Terdahulu beliau hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perumahan Mampu Milik & Bercampur dan melancarkan rumah patuh syariah atau Rumah Darul Iman (Rahman) di Dendong, Tembila, Besut di sini hari ini. Menurut Ahmad Samsuri, kerajaan PN akan memaklumkan kepada pihak media butiran mengenai pertemuan itu selepas perbincangan di antara mereka selesai.  "Bagi suasana tenang dan aman dulu sebelum kami bermesyuarat," katanya. 
20 Jul 20
2671
Pertukaran 'Speaker' : Takiyuddin Jawab Telahan Pembangkang
Pertukaran 'Speaker' : Takiyuddin Jawab Telahan Pembangkang
Oleh : Muhammad A. Rahman KUALA LUMPUR,  13 Julai – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan menjawab semua tuduhan ahli parlimen pembangkang berkaitan usul pemilihan 'speaker' dengan tersusun dan berfakta. Ahli Parlimen Kota Bharu itu mengemukakan tiga aspek penting iaitu usul tersebut adalah berdasarkan perlembagaan dan peraturan mesyuarat, mengikut lunas perundangan dan peraturan mesyuarat serta ia telah diterima oleh bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff sendiri. “Saya ingin memaklumkan usul ini dibuat berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan dalam Parlimen. “Sebagai contoh, tidak pernah berlaku dalam negara ada Perdana Menteri interim, tetapi ia berlaku dan kita menerimanya. “Jadi jangan hanya melihat Peraturan Mesyuarat kerana Peraturan Mesyuarat dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya ketika menggulung usul berkenaan. Terdahulu, usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi hangat apabila pihak pembangkang membantah pertukaran tersebut. Ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang dilihat berat sebelah dengan usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-9. Keputusan undi belah bahagian namun berpihak kepada kerajaan apabila memperoleh 111 undi berbanding 109 dari pihak pembangkang  
15 Jul 20
164
Perubahan DUN Berdasarkan Perkembangan Semasa
Perubahan DUN Berdasarkan Perkembangan Semasa
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Perubahan  Dewan Undangan Negeri (DUN) dari sudut fizikal dan pengurusan hendaklah berjalan dengan baik serta mengikut keperluan semasa. Mantan Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Ustaz Husain Awang berkata, ia mesti dilakukan secara teliti dan baik bagi menjadikan DUN sentiasa relevan. "Perkembangan suasana baharu penting untuk dinilai sebelum apa-apa perubahan dibuat," jelasnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Negara negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media di Pejabat DUN pada semalam. Untuk rekod, beliau memulakan perkhidmatan sebagai Speaker pada 20 Disember 1998 hingga 31 Mac 2004 sewaktu Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu.  
02 Jul 20
131
Badan Legislatif Wajar Dipertingkatkan - Yahaya Ali
Badan Legislatif Wajar Dipertingkatkan - Yahaya Ali
Oleh : Rohayati Ripin PUTRAJAYA, 2 Jun - Kerajaan negeri berpendapat Badan Legislatif amat penting dipertingkatkan sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memperkasakan peranannya. Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, ia merupakan salah satu perkara penting yang perlu diambil kira. Kata beliau, kunjungannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Takiyuddin Hassan disifatkan amat bermakna dan penting. "Selain dari dapat mengikuti perkembangan semasa politik nasional banyak perkara yang dibincangkan terutama mengenai kepentingan meningkatkan wibawa badan legislatif, sama ada di peringkat Parlimen mahupun DUN,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato' Takiyuddin Hassan di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini. Sehubungan itu, kata Yahaya, beliau turut mengesyorkan agar dapat diadakan Persidangan Speaker-Speaker seluruh Malaysia secara maya walaupun dalam suasana PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) menghadapi Covid-19. "Meskipun sebagai 'menteri baharu' yang diberi tanggungjawab yang luas oleh Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin) bagi mengurus dan memantau pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. "Saya yakin dengan kewibawaan dan pengalaman beliau (Takiyuddin) dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang, Insya’Allah,” jelasnya. Terdahulu, kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik tiga Menteri dan lima Timbalan Menteri daripada PAS. Selain dari Dato’ Takiyuddin, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Menteri Alam Sekitar dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Manakala, lima lagi pemimpin PAS dilantik sebagai Timbalan Menteri iaitu Ahmad Marzuk Shaary sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Ini termasuk Awang Hashim (Timbalan Menteri Sumber Manusia), Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff  (Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga), Ahmad Amzad Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi sebagai Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan.
01 Jul 20
149
Kerajaan PN Serius Tangani Pemandu ‘Mabuk’
Kerajaan PN Serius Tangani Pemandu ‘Mabuk’
Oleh : Ahmad Sabri Yusof KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandang serius insiden kemalangan maut yang berpunca daripada memandu di bawah pengaruh alkohol. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Ahmad Amzad Hashim menjelaskan, walaupun pihaknya di peringkat kementerian tidak terlibat secara langsung dalam undang-undang tersebut, MOSTI aktif memberikan pandangan dari segi saintifik dan sebagainya. “Kita sedar di peringkat dunia pun WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) sendiri menyifatkan alkohol adalah merupakan sesuatu yang memudaratkan kepada kesejahteraan  umat manusia. "Bahkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengarahkan supaya dirangka pindaan yang diperlukan bagi membolehkan undang-undang lebih tegas diperkenalkan," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman, semalam. Jelasnya, kerajaan PN sedang mencari jalan bagi membolehkan pindaan undang-undang dilakukan di Parlimen dalam Sidang Dewan Rakyat yang akan datang. “Insya’Allah, dengan inisiatif ini kita sedang bergerak ke hadapan untuk mengambil langkah yang perlu bagi menjaga kesejahteraan rakyat. “Saya juga mengalu-alukan pelbagai pandangan yang telah dikemukakan oleh banyak pihak termasuk NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan sebagainya yang sedikit sebanyak membantu kerajaan dalam menilai perkara ini,” katanya. Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu turut menyatakan, penglibatan PAS sebagai sebahagian dari kerajaan PN hari ini membuka saluran bagi parti itu mengemukakan pandangannya kepada kabinet secara lebih terperinci. “Kita dalam PAS pun sejak dahulu lagi, kita telah memperjuangkan tentang masalah alkohol ini, supaya dikawal dan tidak sewenang-wenangnya diminum secara terbuka. “Lebih-lebih lagi mereka yang dalam keadaan mabuk ini tidak sewajarnya dibenarkan berada di tengah-tengah masyarakat, memandu sehingga menimbulkan banyak masalah termasuklah insiden kemalangan maut,” tegasnya.
01 Jul 20
51
Kerajaan PN Dapat Mandat Rakyat - Ahmad Amzad
Kerajaan PN Dapat Mandat Rakyat - Ahmad Amzad
KUALA TERENGGANU,13 Mei - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk menerajui pemerintahan negara hari ini juga mendapat mandat rakyat. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata kerajaan yang ada hari ini (Perikatan Nasional) wakil rakyatnya adalah mereka yang mendapat mandat rakyat. “Saya jadi wakil rakyat ini juga dipilih oleh rakyat yang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu. Kita bentuk kerajaan (PN) pun terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. “Apa yang rakyat mahu pada masa pilihan raya yang lalu? Rakyat mahu harga minyak yang pada waktu itu dijanjikan RM1.50 satu liter. Ini gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). “Tapi, hari ini di bawah kerajaan PN, rakyat pergilah ke stesyen minyak mana-mana pun harga minyak RM1.25 satu liter,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam 'Bicara Wajarkah Usul Tidak Percaya Terhadap PM8' bersama Pengalisis Politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya di Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Kuala Terengganu semalam. Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menjelaskan, harapan rakyat ketika pertukaran kerajaan pada PRU-14 lalu adalah untuk melihat ekonomi menjadi lebih baik. “Tetapi di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, kita lihat lebih kencang dari segi membuat pinjaman (luar), tidak cukup daripada China, (buat) ‘bon’ Samurai (Jepun) lagi. “Rakyat mahu langkah-langkah yang boleh meringankan beban rakyat. Malangnya, rakyat tidak dapat melihat semua ini di bawah kerajaan PH selama 22 bulan yang lalu. “Tiba-tiba di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada hari ini, dalam tempoh yang singkat sahaja, bukan 22 bulan tetapi baharu dua bulan lebih sikit. Kita telah menunjukkan bahawa Malaysia mampu untuk mempunyai sebuah kerajaan yang betul-betul menjaga kebajikan rakyat,” jelasnya. Jelas Amzad, di bawah pentadbiran kerajaan PN ini rakyat seakan mendapat sinar baharu dengan lebih banyak mesej-mesej positif tentang keadaan dalam negara. Menurutnya, fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini sebagai permulaan ekonomi negara digerakkan semula setelah terhenti akibat COVID-19. “Apabila kita bercakap tentang PKPB adalah bertujuan untuk kita ‘start’ semula ekonomi negara kita. Sebab, pada ketika kita mengadakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini yang semua aktiviti ekonomi tidak berjalan. “Kita (negara) kerugian antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion sehari. Jadi apa pun, kerajaan kena pastikan supaya kita boleh gerakkan semula ekonomi kita secepat mungkin. Tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh melakukan serta merta, mesti ada prosesnya,” ujarnya. Amzad menegaskan, situasi negara sekarang masih terkawal dan kerajaan mempunyai keutamaan tertentu yang disusun oleh mereka yang pakar. Menurut beliau, setakat ini kesannya dapat dilihat satu persatu bahawa negara sedang menangani situasi ekonomi dalam masa sama mengawal keselamatan rakyat dengan cara yang terbaik.
30 Jun 20
81
Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting - Parti Politik Turki
Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting - Parti Politik Turki
Abdul Hadi Awang. KUALA TERENGGANU, 17 April - Pelantikan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah sangat penting bagi mengembalikan semula keamanan di sana. Presiden Parti Saadet Turki, Temel Karamollaoglu berkata, kepakaran yang dimiliki Abdul Hadi pasti akan memberikan keuntungan kepada banyak pihak. "Wilayah Timur perlukan keamanan, ia amat memerlukan seseorang yang sangat berpengalaman, mengenali kami dan Timur Tengah. "Saya percaya Abdul Hadi akan memberi sumbangan dalam proses keamanan berdasarkan pengalaman beliau yang meluas," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Temel Karamollaoglu. Di samping itu, Temel turut berbangga dengan penglibatan Parti Islam Semalaysia (PAS) ke dalam kerajaan yang dibentuk baru-baru ini. "Penting untuk mereka berada dalam kerajaan, saya yakin mereka akan berjaya memacu kemajuan di Malaysia," tambah beliau. Dalam masa yang sama, Temel juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan ke jawatan itu.    
16 Apr 20
365
Empty Image
Abdul Hadi Dilantik Sebagai Duta Khas Ke Timur Tengah - PM
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.KUALA LUMPUR, 2 April - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah hari ini.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan rasmi hari ini berkata, pelantikan bertaraf Menteri itu dibuat selaras dengan pengalaman luas di peringkat global yang dimiliki Presiden PAS terbabit."Abdul Hadi merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS)."Beliau pernah menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004," jelasnya kenyataan itu.Menurut Perdana Menteri lagi, kecemerlangan dalam bidang akademik juga menjadi faktor Abdul Hadi dipilih."Selain itu, beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan ijazah Sarjana dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam bidang Sains Politik."Di samping tersenarai sebagai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada tahun 2016," jelas kenyataan itu.
02 Apr 20
325