lightning-solid
Berita :

Artikel "Politik" Terkini

Jangan Manipulasi Sistem Federalisme Demi Kepentingan Politik Sempit
Jangan Manipulasi Sistem Federalisme Demi Kepentingan Politik Sempit
KUALA TERENGGANU, 20 April - Terengganu memberi peringatan kepada mana-mana pihak agar tidak memanipulasikan sistem federalisme demi kepentingan politik sempit yang akan menghakis keyakinan rakyat terhadap struktur negara. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sistem federalisme yang menjadi asas hubungan antara negeri dan Persekutuan harus dikembalikan ke atas neraca keadilan sebenar. Tegasnya, saranan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tentang penubuhan suruhanjaya ke arah reformasi federalisme amat wajar. "Negara ini dibina atas asas perkongsian kuasa, bukan pemusatan kuasa mutlak. "Maka adalah menjadi kewajipan untuk memastikan tiada satu pihak pun ditindas atau dinafikan hak (royalti petroleum) hanya kerana perbezaan pentadbiran atau prinsip perjuangan," ujarnya melalui satu kenyataan semalam. Mengulas lebih lanjut, Khalil berkata umat Islam tidak pernah diajar untuk tunduk kepada kezaliman dan penindasan. "Kita diajar untuk menegakkan kebenaran dan memperjuangkan hak dengan hujah yang jelas, fakta yang kukuh dan tawakal yang penuh kepada Allah," ujarnya.
20 Apr 25
78
'Tiada Pemimpin Kekal Kuasa Selama-Lamanya' - Dr. Sam
'Tiada Pemimpin Kekal Kuasa Selama-Lamanya' - Dr. Sam
KUALA TERENGGANU, 19 April – Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan peringatan penuh makna bahawa kuasa politik adalah sesuatu yang bersifat sementara, manakala sistem pentadbiran adalah warisan yang wajib dijaga daripada dicemari kepentingan peribadi. Menurut beliau, sejarah membuktikan bahawa tiada seorang pun pemimpin mampu terus menongkat langit dan kekal berkuasa selama-lamanya. "Ada ketika kita berkuasa dan ada ketika kuasa hilang dari tangan kita," katanya dalam sesi penggulungan DUN, di Wisma Darul Iman, kelmarin.  Beliau menegaskan bahawa struktur kerajaan tidak boleh sekali-kali dipaksa untuk tunduk kepada kehendak politikus yang ingin mengekalkan kekuasaan mereka. "Sistem ini tidak boleh dipaksa-rela digunakan oleh political masters untuk tujuan politik kepartian," ujar beliau. Samsuri turut menempelak cubaan segelintir pihak yang menyerangnya dengan memutarbelit isu dan fakta, seolah-olah beliau baru memegang kuasa dan tidak memahami selok-belok pentadbiran. "Saya mula menggalas jawatan ini sejak 2018 lagi.  "Tapi isu ini hanya timbul enam bulan kebelakangan ini sahaja," ujarnya. Mengulas lebih lanjut, beliau menyatakan dirinya tidak naif dalam isu pentadbiran dan tahu dengan jelas apa itu Travel Control Order (TCO) dan kesan status sebagai VIP. "Saya agak segan menyebut terma VIP, tapi saya gagahkan juga, supaya masing-masing tahu pandangan saya tidak sama dengan pandangan mainstream," katanya.
19 Apr 25
215
Delegasi Malaysia Ke London Kaji Reformasi Pengasingan Perundangan
Delegasi Malaysia Ke London Kaji Reformasi Pengasingan Perundangan
LONDON, 12 Mac –  Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh kini berada di London, United Kingdom, sebagai wakil blok pembangkang dalam lawatan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Lawatan ini turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bersama delegasi yang terdiri daripada Ahli Parlimen, pegawai kerajaan, serta wakil Majlis Peguam Malaysia. Kajian ini bertujuan meneliti model pengasingan fungsi pendakwaan dan penasihatan undang-undang yang diamalkan di United Kingdom bagi menilai keberkesanan pelaksanaannya di Malaysia. Delegasi telah menghadiri sesi perbincangan meja bulat yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), JPM, Fakulti Undang-Undang University College London dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sesi ini turut dihadiri oleh mantan Peguam Negara UK, The Rt. Hon. Victoria Prentis KC, serta mantan Pendakwa Raya England dan Wales, Sir Max Hill KCB KC, yang berkongsi pengalaman mereka mengenai struktur pentadbiran perundangan di negara tersebut. Selain perbincangan dengan pakar perundangan, delegasi juga mengadakan sesi libat urus dengan organisasi berkepentingan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan pertubuhan masyarakat sivil yang menekankan aspek tadbir urus dan integriti dalam sistem kehakiman. Perbincangan ini memberi peluang kepada delegasi untuk memahami cabaran dan keperluan dalam pelaksanaan pengasingan peranan ini, sejajar dengan reformasi institusi yang sedang dirangka. Lawatan ini merupakan kesinambungan daripada kajian terdahulu yang telah dijalankan di Australia dan Kanada, dalam usaha memperkukuh sistem keadilan negara. Hasil dapatan daripada siri kajian ini akan menjadi asas kepada cadangan model terbaik yang boleh diadaptasi dalam rangka kerja perundangan Malaysia bagi memastikan sistem pendakwaan yang lebih bebas dan telus. Sebagai wakil pembangkang dalam delegasi ini, Zulkifly terus memainkan peranan aktif dalam memastikan setiap aspek reformasi yang dicadangkan mengambil kira kepentingan semua pihak. Beliau menegaskan bahawa sebarang perubahan dalam sistem perundangan negara mestilah berlandaskan prinsip keadilan, ketelusan, dan kesejahteraan rakyat.
11 Mar 25
246
Saman Anwar, Amzad Selesai Tanpa Pengakuan Salah dan Kos
Saman Anwar, Amzad Selesai Tanpa Pengakuan Salah dan Kos
KUALA TERENGGANU, 7 Mac – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim menegaskan bahawa penyelesaian kes saman sivil antara beliau dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dipersetujui tanpa sebarang pengakuan salah, tanpa permohonan maaf dan tanpa pembayaran kos oleh mana-mana pihak. Menurutnya, penyelesaian itu dicapai atas dasar muhibah bagi mengelakkan perbicaraan berpanjangan yang boleh memberi kesan kepada kedua-dua pihak. “Penyelesaian ini dibuat dengan mengambil kira kepentingan semua pihak agar tidak memanjangkan isu yang boleh merugikan kedua-dua belah pihak,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan laporan media yang menggunakan istilah 'kenyataan fitnah' kerana dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan, hanya dinyatakan bahawa kenyataan terdahulu ditarik balik tanpa sebarang rujukan kepada fitnah. “Setahu saya, dalam kenyataan bersama dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, hanya disebut ‘menarik balik kenyataan’. Tidak ada perkataan ‘fitnah’. Jadi, frasa ‘kenyataan fitnah’ yang digunakan oleh media ini datang dari keputusan mahkamah mana?,” ujarnya. Beliau menegaskan bahawa oleh kerana kenyataan tersebut menjadi pertikaian, adalah munasabah untuk menyelesaikannya dengan meninggalkan perkara yang dipertikaikan. “Itu sahaja, mudah,” katanya ringkas. Dalam masa yang sama, beliau menegaskan komitmennya untuk terus membawa suara rakyat dan memperjuangkan kepentingan negara. “Dengan penyelesaian ini, isu berkenaan tidak lagi relevan, dan perhatian seharusnya diberikan kepada perkara yang lebih penting demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan negara,” tegasnya. Beliau turut menghargai sokongan yang diterima dan berharap keputusan ini dihormati oleh semua pihak demi keharmonian Malaysia  
07 Mar 25
258
DAP Tabur Tuduhan Karut Dakwa JKPK Tidak Pernah Bermesyuarat
DAP Tabur Tuduhan Karut Dakwa JKPK Tidak Pernah Bermesyuarat
KUALA TERENGGANU, 6 Mac - Dakwaan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Thiong bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang diketuai pembangkang (Perikatan Nasional) tidak penah bermesyuarat merupakan tuduhan yang sangat karut. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pihaknya sangat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen itu sedangkan pada waktu itu JKPK sedang bermesyuarat. Tegasnya, tuduhan itu tidak berasas kerana seluruh rakyat dan orang ramai boleh melihat setiap kali aktiviti mesyuarat yang diadakan kerana ia dimuat turun dalam facebook rasmi Parlimen Malaysia.. "Sebaik selesai mesyuarat saya terus kembali ke Dewan Rakyat dan memohon speaker mengeluarkan petua atas kenyataan menyeleweng daripada ahli parlimen DAP ini. "Untuk pengetahuan, bagi tahun 2023, JKPK telah mengadakan 10 mesyuarat dan satu lawatan kerja ke Lynas (manakala) bagi tahun 2024, JKPK telah mengadakan 16 mesyuarat, 5 lawatan kerja ke MCRE Resources, Agensi Angkasa, MGTC, NAHRIM dan Agensi Nuklear, serta telah membentangkan empat penyata dalam dewan. "Bagi tahun 2025 pula setakat bulan Februari, JKPK telah pun mengadakan dua mesyuarat dan satu lawatan kerja ke Sarawak. Malah, saya baru sahaja selesai mempengerusikan satu lagi mesyuarat JKPK pada 2.30 petang tadi (semalam),"ujarnya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di facebooknya, semalam. Dalam pada itu beliau mencabar Ahli Parlimen Kota Melaka itu sekiranya dakwaannya itu benar maka keluarkan sekali lagi kenyataan yang sama. "Jika berani, Ahli Parlimen Kota Melaka boleh mengulangi fitnah ini di luar dewan,"tegas beliau. Dalam perkembangan yang sama, beliau menyatakan beliau telah mempengerusikan mesyuarat JKPK Untuk Alam Sekitar Sains dan Perladangan dengan menerima kehadiran Kementerian Perladangan dan Komoditi. Jelasnya, apa yang menjadi perbincangan selalu berkait dengan kepentingan rakyat sebagaimana minggu lepas pihaknya telah berbincang mengenai Industri Sawit. "Hari ini (semalam) kami membincangkan Industri Getah,"ujar beliau.  
06 Mar 25
223
Senator DAP Desak Persekutuan Salur Royalti Terus Kepada Kerajaan Terengganu
Senator DAP Desak Persekutuan Salur Royalti Terus Kepada Kerajaan Terengganu
KUALA LUMPUR, 5 Mac - Senator DAP, Dato' Kesavadas A. Achyuthan Nair, menegaskan bahawa pembayaran baki royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu perlu dilakukan secara langsung demi memastikan kebajikan rakyat negeri itu terjamin serta memperkukuh pembangunan ekonomi negara. Dalam sesi perbahasan di Dewan Negara, beliau mengakui kepentingan Akta Kemajuan Petroleum 1974 serta perjanjian yang dimeterai antara kerajaan negeri dan Petronas sejak 1978. Menurutnya, rakyat Terengganu berhak menerima manfaat penuh daripada hasil minyak dan gas yang diperoleh dari perairan negeri tersebut. “Terengganu dan seluruh rakyatnya berpegang bahawa minyak dan gas yang diperolehi di perairan Terengganu adalah hak negeri ini sejak 1978. “Saya juga percaya dengan pembayaran baki royalti itu, kerajaan negeri dapat menambah hasil negeri yang seterusnya membantu menjaga kebajikan rakyat selain memberikan impak positif kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya. Beliau turut mempersoalkan mengapa wang hasil petroleum tersebut tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri, sebaliknya diberikan kepada pihak ketiga. Baginya, ketelusan dalam pembayaran royalti adalah penting agar hak negeri tidak dinafikan. Sementara itu, Ahli Dewan Negara Terengganu, Senator Hussin Ismail menyatakan bahawa isu royalti itu bukan sekadar hak rakyat Terengganu, tetapi telah termaktub dalam perjanjian sah yang dimeterai antara kerajaan negeri dan Petronas. "Perjanjian itu turut disaksikan oleh Menteri Kewangan ketika itu," tegasnya. Menjawab perkara tersebut, Kesavadas mengesahkan bahawa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian berkaitan memang termaktub dalam dokumen rasmi dan beliau tidak menafikan fakta tersebut. Namun, beliau tetap menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu bekerjasama dalam memastikan ekonomi negara berkembang dengan baik. “Saya beranggapan sekiranya tiada kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan, maka amat susah, sukar untuk membangunkan ekonomi negara,” tambahnya.  
05 Mar 25
2484
Cadangan Wujudkan Menteri Hal Ehwal Bukan Agama Islam Cetuskan Kebimbangan
Cadangan Wujudkan Menteri Hal Ehwal Bukan Agama Islam Cetuskan Kebimbangan
Pada 12 Februari lalu, Ahli Parlimen Raub, Tuan Chow Yu Hui, mencadangkan dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua, iaitu satu untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk urusan agama bukan Islam, kononnya untuk membentuk Malaysia yang lebih inklusif, majmuk dan juga harmoni. Ini ialah kenyataan lengkapnya menurut Penyata Rasmi Parlimen: “Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua. Satu khusus untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk hal ehwal bukan Islam. Menteri ini boleh melantik seorang pemimpin yang dihormati daripada kalangan masyarakat bukan Muslim untuk menguruskan hal ehwal bukan Islam. Kerajaan melantik seorang Menteri Hal Ehwal Islam dan seorang Menteri Hal Ehwal Bukan Islam bukan saja dapat memastikan pengurusan agama yang adil, tetapi juga dapat mengukuhkan perpaduan negara serta mengelakkan mana-mana pihak daripada terpinggir. Kedua-dua Menteri ini juga dapat berkomunikasi secara mendalam mengenai pelbagai isu keagamaan bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang tidak perlu. Langkah ini akan membantu membentuk Malaysia yang lebih inklusif, majmuk dan juga harmoni.” Cadangan ini telah mencetuskan kebimbangan banyak pihak dari pelbagai golongan dan aliran yang melihatnya sebagai berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat serta mengandungi agenda tersirat.  Malaysia telah sekian lama hidup dalam keadaan harmoni dan saling menghormati antara agama. Namun, kebelakangan ini, DAP sering mencetuskan cadangan yang dilihat menggugat keseimbangan sedia ada. Percubaan ini boleh membuka ruang kepada tuntutan yang lebih besar pada masa akan datang. Dalam hal ini, adalah penting untuk meneliti peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam hal ini. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, namun agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Perkara 11(4) pula membenarkan kawalan terhadap penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.  Ini menunjukkan bahawa Perlembagaan telah menyediakan mekanisme mencukupi bagi menjaga kepentingan agama di Malaysia. Oleh itu, kewajaran penubuhan Menteri Hal Ehwal Bukan Islam perlu dipersoalkan. Tambahan pula, Pakar Perlembagaan, Prof. Madya Datuk Dr. Shamrahayu Abd Aziz, turut menegaskan bahawa Perlembagaan tidak pernah membincangkan pelantikan menteri untuk agama bukan Islam. Sebaliknya, kedudukan Islam jelas dinyatakan dalam Perkara 12(2), yang memperuntukkan penubuhan institusi Islam.  Beliau berpandangan bahawa melantik Menteri Hal Ehwal Bukan Islam boleh membawa kepada kesamarataan antara agama (pluralisme), yang bercanggah dengan niat asal Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan. Sebenarnya ini bukan kali pertama pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan berunsur sedemikian. Sebagai contoh, pada 11 Jun 2014, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, menyatakan bahawa hak untuk meninggalkan agama harus dihormati, selaras dengan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan.  Ini petikan kata-katanya: “Saya ingin menegaskan kalau kita semua boleh menghormati peruntukan dalam Perlembagaan kita, semua masalah ini boleh diselesaikan dengan baik dan Perkara 11(1) jelas menyatakan bahawa setiap orang ada hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya… Saya berharap juga orang-orang Islam juga boleh terima peruntukan 11(1) ini yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan dan kalau seseorang itu memang hendak meninggalkan agama itu dan beliau (berusia) lebih daripada 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang telah Tuhan berikan kepada seseorang itu dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita ini”. Pada 28 Disember 2023 pula, Ngeh mencadangkan agar kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kompetensi DUN dalam kerangka yang ditetapkan Perlembagaan bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat. Katanya, "Dalam mengharmonikan undang-undang syariah dengan Perlembagaan, adalah penting pandangan orang bukan Islam diambil kira supaya hak dan perlindungan yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang bukan Islam serta asas negara kita tidak terjejas.” Semua ini adalah simptom kepada masalah dalam asas perjuangan DAP. Jika dilihat kepada Matlamat DAP dalam Perlembagaannya ada disebut pengiktirafan DAP ke atas kebebasan beragama sebagai hak asasi. Di dalam Fasal II Perlembagaannya ada disebut DAP “Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi.” Namun, jika DAP benar-benar komited terhadap keharmonian negara, ia sepatutnya turut mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Sepatutnya Matlamat DAP dipinda dengan memasukkan sama “Mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan”. Jika ini tidak dibuat maka cabaran ke atas kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan berterusan. Sekiranya cadangan mewujudkan Menteri Hal Ehwal Agama Bukan Islam ini diterima, ia boleh membawa kepada persoalan besar dalam masyarakat Islam, termasuk kemungkinan hilangnya keistimewaan Islam dalam pentadbiran negara. Ini boleh membuka ruang kepada fahaman bahawa semua agama adalah sama, seterusnya melemahkan pegangan umat Islam terhadap agama mereka. Justeru, umat Islam perlu sedar akan kepentingan politik dalam mempertahankan kedudukan Islam di Malaysia. Politik adalah alat utama dalam memastikan Islam terus terpelihara di bumi bertuah ini serta menghalang sebarang usaha yang boleh menggugat keharmonian agama di negara ini. Adli Mohamad adalah seorang penganalisis sosio-politik tempatan
15 Feb 25
134
PAS Ajak UMNO, PH Heret 'Penjenayah Addendum' ke Muka Pengadilan
PAS Ajak UMNO, PH Heret 'Penjenayah Addendum' ke Muka Pengadilan
KUALA TERENGGANU, 7 Januari – Pemuda PAS Terengganu mengajak UMNO, DAP, PKR dan PAN untuk membuat laporan polis sekali gus mengheret pihak yang menyembunyikan titah addendum tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak ke muka pengadilan.  Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin menegaskan, tindakan menyorok titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 itu adalah perbuatan jenayah dan pelakunya perlu dihukum. "Ini bukan soal parti politik atau individu semata-mata, tetapi soal amanah kepada rakyat dan institusi negara.  "Dalang yang sengaja menyembunyikan titah ini, mereka perlu dihadapkan ke muka pengadilan tanpa kompromi. "Institusi Raja adalah simbol kedaulatan, perpaduan dan kehormatan negara, pelanggaran terhadap titah Sultan tidak hanya dianggap sebagai isu undang-undang, tetapi juga melibatkan moral dan etika," tegasnya. Beliau berkata demikian kepada media di IPD Kuala Terengganu selepas membuat laporan bagi menggesa pihak polis menyiasat dalang yang menyorok dan melanggar titah YDPA. Mengulas lanjut, Irsyad Syafiq berkata, pihaknya berasa ralat, kerana sepatutnya pihak Pemuda UMNO lebih ke depan membuat laporan polis kerana melibatkan bekas Presiden UMNO.  "Namun tidak mengapa, atas dasar menjaga institusi negara, PAS membuat laporan ini. "Juga atas asas menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sewajarnya pihak PKR, DAP dan PN turut membuat laporan sama agar perkara ini disiasat segera, berbanding mengeluarkan kenyataan sebaris per sebaris.  "Pihak pemuda PAS Terengganu mengingatkan pihak penderhaka jangan lari, pihak kami yakin pihak polis akan menyiasat perkara ini hingga ke lubang cacing kerana jelas melanggar undang-undang dan menderhaka kepada YDPA," tambah beliau. Dalam Mahkamah Rayuan semalam, ada sepucuk surat yang merupakan dokumen baharu dalam kes rayuan Najib berkaitan titah itu bertarikh 4 Januari 2024, dihantar kepada anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar oleh Pengelola Bijaya Diraja Ke-Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman. Surat berkenaan memaklumkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku YDPA ke-16 telah menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah (house arrest) melalui titah addendum bertarikh 29 Januari 2024. Sehubungan itu, Pengelola Bijaya bagi pihak Sultan Pahang memperakukan titah addendum tersebut adalah wujud dan sahih.
07 Jan 25
433
Dr. Sam Reveals Reason for Resigning from PN
Dr. Sam Reveals Reason for Resigning from PN
KUALA TERENGGANU, December 15 - The resignation of Terengganu Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, as Treasurer of Perikatan Nasional (PN) is a move to strengthen the party. According to Ahmad Samsuri, who is also the Vice President of PAS, this action is not related to any internal rift within PN, as claimed by certain parties. "There is no rift at all; instead, we are seeking the best way to strengthen PN so that it becomes a more robust political coalition before we face the elections in two years' time," he said. He made these comments after the 5th Imaratul Ilmi event at the Terengganu Quran College (KQT) at the Islamic Civilization Park Convention Center (TTI) here earlier today. In the meantime, Ahmad Samsuri also emphasized that his resignation has no connection to the decision of the Sabah Progressive Party (SAPP) to leave PN yesterday. "There is no rift, that is a separate issue, and it has nothing to do with the Sabah party. The issue concerning the Sabah party is unrelated to the issues in Peninsular Malaysia," he said. When asked if any other individuals would take similar action, Ahmad Samsuri said he had no information on the matter. "I don't know, you can ask the individual concerned," he said. Recently, he announced his resignation through a brief statement to the leadership of PAS Central and PN.
15 Dec 24
466
Terengganu Konsisten Seru Penyatuan Ummah
Terengganu Konsisten Seru Penyatuan Ummah
KUALA TERENGGANU, 24 November- Kerajaan Terengganu konsisten memanfaatkan kudrat yang termampu dalam melontarkan suara menyeru ke arah penyatuan ummah di kalangan dunia Islam. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, justeru itu Persidadngan Antarabangsa Terengganu (TIS) 2024 mengangkat satu tema yang sangat besar ertinya iaitu penyatuan ummah. "Mungkin ada terfikir dalam diri kita, apalah sangat yang mampu dilakukan di peringkat negeri Terengganu? samalah juga sebagaimana yang kita fikir apabila Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menjatuhkan hukuman tangkap ke atas penjenayah perang, Benjamin Netanyahu, apa yang mampu dilakukan? "Ini kerana negara haram Israel sebenarnya menguasai sistem politik, ekonomi dan undang-undang antarabangsa pada ketika ini. "Namun begitu kita perlu melihat ke hadapan. Keputusan itu memberikan satu impak yang sangat besar kepada politik, samalah juga apabila kita bicara tentang penyatuan ummah.   "Perkara baik dalam Islam mempunyai barakahnya, walaupun ia kecil. Apabila kita sering membicarakannya, berusaha dengan segala keringat yang ada, InsyaAllah, Allah Taala akan memberikan jalan keluar dan memberi natijah yang sepatutnya pada masa yang ditetapkan-Nya," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup TIS 2024 di Duyong Marina & Resort, semalam. Persidangan selama sehari itu menampilkan lima pembentang utama dari luar negara iaitu Oman (Syeikh Ahmed Saudi Al-Siyabi), Rusia (Anuar Birgalin Azamatovich), Turkiye (Ustaz Atid Agdag) dan Indonesia (Dr. Hurriyah El Islamy). Dalam pada itu, Dr Muhammad Khalil turut mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada cendekiawan dari pelbagai negara yang hadir ke bumi Terengganu dan memberikan idea serta pandangan dalam menjayakan TIS 2024. "Mewakili pihak penganjur saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak samada terlibat secara langsung atau tidak dalam perisdangan kali ini, semoga Allah SWT memberkati kalian dan mengurniakan balasan pahala atas segala usaha yang kita lakukan," katanya.       .
24 Nov 24
95