Artikel "Pertanian" Terkini
Terengganu Bakal Wujudkan Garis Sempadan Tukun Dari Kemaman ke Besut
MARANG, 30 Mei - Kerajaan negeri dan agensi persekutuan sedang merancang projek usaha sama untuk mewujudkan garis sempadan tukun daripada Kemaman sehingga ke Besut sepanjang 245 Kilometer.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebanyak lapan hingga unit 10 tukun disasarkan bagi dilabuhkan di setiap kelompok.
Katanya, projek itu merupakan satu usaha besar yang akan memberi manfaat kepada 8,309 nelayan Terengganu.
"Alhamdulillah pada tahun ini kita mendapat peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang kini dalam proses perolehan sebanyak RM3 juta bagi membolehkan sebanyak 100 unit tukan akan dapat dilabuhkan pada tahun ini.
"Usaha berterusan ini semakin lama semakin membuahkan hasil yang diperkatakan di semua peringkat termasuk usaha kita untuk menyelesaikan tiga isu besar nelayan.
"Iaitu pertama isu ketiadaan sumber, kedua isu perlesenan dan yang ketiga isu pencerobohan nelayan asing." ujarnya.
Beliau demikian berkata demikian semasa sidang media di Program Melabuh Tukun Tiruan Konservasi, di Jeti Pelancongan Marang, di sini, hari ini.
Dr Azman berkata pada hari ini sebanyak 12 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Pulau Kapas dan Pulau Redang, yang berada dalam kawasan taman laut sebagai tukun konservasi.
"Tujuannya adalah untuk memastikan berlaku pembiakan ikan yang kita labuhkan di kawasan larangan menangkap ikan.
"Usaha selama ini menampakkan impak positif yang sangat sangat ketara di mana peningkatan hasil perikanan Terengganu tahun 2023 berbanding tahun 2022 meningkat kira-kira 32 peratus.
"Suatu peningkatan yang sangat ketara dan maklumat ini diberikan secara langsung oleh para nelayan di lapangan," ujarnya.
30 May 24
303
2.4 Juta Benih Ikan Dilepaskan di Tasik Kenyir
HULU TERENGGANU, 22 Mei- Jabatan Perikanan Malaysia Terengganu (Perikanan) telah melepaskan sebanyak 2.4 juta benih ikan asli di Tasik Kenyir sejak tahun 2020 hingga 2023.
Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, pelaksanaan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan di bawah Program Pengayaan Sumber Perikanan Darat Negeri Terengganu itu dianggarkan bernilai RM1 juta sepanjang tempoh berkenaan.
"Untuk tahun ini, kita telah melepaskan 250,000 ekor benih ikan dan masih ada lagi beberapa sungai dalam progam pengayaan sumber perikanan darat yang akan dilaksanakan.
Ruzaidi menunjukkan benih ikan yang dilepaskan kepada Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Sean Keong.
"Lokasinya adalah sungai-sungai utama yang menjadi tumpuan aktiviti nelayan darat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Pelepasan Benih Ikan di Sungai Cacing, Tasik Kenyir, semalam.
Program berkenaan diadakan sempena pembukaan Sungai Cacing bagi aktiviti memancing oleh Taman Negara Terengganu dan Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu.
Tambah beliau, pihaknya akan berusaha mencapai sasaran pelepasan 350 ribu benih ikan sebagaimana dirancang pada tahun ini.
"Hasil program ini kita telah lihat dalam tempoh setahun dua ini, berlaku peningkatan pendaratan hasil perikanan yang direkodkan nelayan darat kita.
"Tahun lepas, kita berjaya mendaratkan 190 tan metrik berbanding 160 tan metrik pada tahun sebelumnya," katanya.
Dalam pada itu, Ruzaidi turut mengharapkan kerjasama orang ramai bagi mengekalkan kelestarian sumber perikanan darat negeri dengan mengelakkan penggunaan kaedah terlarang ketika menangkap ikan.
"Nasihat kita, supaya jangan menangkap ikan dengan kaedah terlarang terutama menggunakan peralatan elektrik, senapang ikam dan sebagainya.
"Aktiviti ini boleh menjadikan kepupusan sumber ikan sangat ketara.
Selain itu, berdasarkan Kaedah Perikanan Sungai 1988, sebarang aktiviti menangkap ikan secara terlarang boleh dikenakan tindakan sewajarnya," ujarnya.
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
23 May 24
368
Isu Tanah Felda : Terengganu Tuntut Hak Rakyat
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri tiada pilihan selain menuntut hak negeri dan rakyat Terengganu yang sepatutnya daripada Felda.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim memaklumkan hasrat itu disuarakan dalam Mesyuarat Penyelarasan Isu Tanah Felda antara Kerajaan Negeri dan wakil Felda pada Mac lalu.
"Isu utama ialah seluas 13,686 hektar tanah milik Kerajaan Negeri yang dibangunkan ladang sawit oleh Felda sejak tahun 1985.
"Tanah ini Felda telah diserahkan kepada Felda Global Venture (FGV) pada 2012 dan diistiharkan di Bursa Saham Kuala Lumpur sebagai aset FGV.Â
"Selama lebih kurang 39 tahun Felda mengusahakan tanah milik negeri tanpa dokumen hak milik sah dan Kerajaan Negeri sebagai tuan tanah tidak diberikan hak yang sepatutnya," katanya sambil menyatakan, ruang perbincangan yang dibuka oleh kerajaan negeri sebelum ini tak bersambut sebaiknya.Â
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.
Tambahnya, Felda telah menuai hasil dan keuntungan hampir 40 tahun tetapi tuntutan negeri tetap dipandang ringan.Â
"Mesyuarat baru-baru ini hanya ada dua pilihan yang boleh ditawarkan iaitu berikan hak rakyat Terengganu dalam bentuk bayaran premium tanah, cukai tanah dan perkongsian keuntungan.Â
"Jalan kedua ialah proses undang-undang. Jalan kedua tentu panjang dan berliku tapi kita perlu lalui demi hak negeri ini," katanya.
25 Apr 24
328
Kerajaan Digesa Bendung Lambakan Sayuran Dari Thailand
KUALA TERENGGANU, 24 April- Kerajaan Terengganu digesa agar mencari jalan membendung lambakan pelbagai jenis sayuran dari dari Thailand yang memasuki negeri ini hingga mengakibatkan para petani tempatan mengeluh kerana pendapatan mereka terjejas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Mohd Yusop Majid berkata, tidak dinafikan negara seberang itu memiliki kepakaran yang tinggi dalam bidang pertanian sehingga menghasilkan sayur-sayuran berkualiti.
"Kemahiran dari negara terbabit boleh dipelajari dan dicontohi namun bukannya membiarkan produk negara terbabit terus memasuki negeri ini.
"Kerana limpahan produk yang masuk dari negara seberang itu akan menyebabkan hasil usaha petani negeri kita ini tidak mendapat sambutan dan harga untuk pasaran akan dimainkan oleh orang tengah.
"Selain itu adalah perlu untuk diaktifkan agensi pemasaran yang tidak membebankan petani, contohnya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dahulunya aktif, tetapi hari ini kita tidak berapa mendengar agensi ini memainkan peranan yang sewajarnya dalam membantu para petani," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.
Mengulas lebih lanjut, Yusop berkata adalah menjadi harapan para petani supaya pihak FAMA mengaktifkan agensinya supaya dapat membantu para petani mendapat hasil jualan yang sewajarnya.
"Kerajaan negeri juga perlu memberi bantuan yang sewajarnya bagi memastikan industri makanan dalam negeri rancak.
"Kerajaan negeri juga perlu mewujudkan pemantau-pemantau bebas dalam sektor pertanian agar laporan yang diterima adalah tepat, kita tidak mahu orang yang berkait agensi pertanian yang membuat laporan biar ada pihak yang bebas," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri juga perlu membuat pengezonan pertanian supaya tidak terjadi petani mengusahakan tanaman yang sama yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan harga pasaran.
"Kalau kita dengar rata-rata tanam jagung, tanam tembikai sehingga hari ini harga dia RM1.20 sekilo cuma ketika Ramadan baru ini harganya mencecah RM3 ia berlaku kerana tidak akan pengezonan.
"Juga menjadi kewajipan bagi pihak kerajaan membuat kawalan dan penguatkuasaan supaya petani dapat meletakkan harga yang sesuai.
"Terakhirnya ialah perlu mengerakkan kempen merakyatkan pertanian dalam negeri Terengganu," ujarnya.
Â
24 Apr 24
210
Masyarakat Perlu Lapor Aktiviti Bom, Tuba Ikan
KUALA TERENGGANU, 23 April - Kerajaan negeri menyeru masyarakat menjadi 'mata dan telinga' pihak penguatkuasa bagi membanteras aktiviti haram seperti bom, tuba dan karan/ elektrik kan daripada berleluasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, masyarakat perlu sedar bahawa sumber perikanan yang ada hari ini perlu diwariskan kepada generasi akan datang.
"Ini adalah kegiatan yang menyumbang kemusnahan sumber perikanan darat. Semuanya adalah kesalahan berdasarkan Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Negeri Terengganu 1988 pindaan 1993. Kita ada undang-undang yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.Â
"Tetapi dari segi geografi, Negeri Terengganu mempunyai sungai, parit, tasik dan kolam yang sangat luas. Tak mudah untuk dipantau dan dikawal 24 jam secara efektif oleh pihak berkuasa. Sebab itu, kerjasama masyarakat setempat sangat penting dalam membantu pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan (DOF) dan Polis Marin bagi memelihara ekosistem dan sumber perikanan.Â
"Masyarakat setempat perlu jadi mata dan telinga bagi menyalurkan aduan jika mendapat maklumat berkenaan aktiviti terlarang. Sumber yang ada bukan hanya untuk makan hari ini sahaja. Ia perlu dijaga untuk diwarisi oleh generasi anak cucu nanti. Hendak buat apa-apa, kena fikir apa yang akan jadi di belakang hari," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15, di sini, hari ini.
Tambahnya, di samping pelbagai kempen kesedaran kepada masyarakat, rondaan secara berkala turut dipergiat DOF dan Polis Marin di kawasan titik panas aktiviti terlarang berkenaan seperti Tasik Kenyir, Sungai Terengganu dan Sungai Kemaman.
"Pertama, kita kawal supaya tidak rosak dan kedua, kita kena tambah sumber melalui program pelepasan anak benih ke perairan umum.
"Dalam tempoh tiga tahun terakhir, tahun 2021 kita telah melepaskan 1,700,548 anak benih, tahun 2022 sebanyak 660,100 anak benih dan tahun lalu sebanyak 374,215 anak benih," katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri secara keseluruhannya telah melepaskan sebanyak 2,734,863 anak benih terdiri daripada antaranya spesis Lampan Sungai, Baung, Kelah, Udang Galah, Patin, Siakap, Haruan, Sebarau serta Ketam Nipah.
Beliau berharap usaha kerajaan itu dapat menambah sumber perikanan dan menjadi salah satu sumber rezeki nelayan darat.
Â
23 Apr 24
98
Beras Rosak Boleh Dijadikan Makanan Ternakan
KUALA TERENGGANU, 19 April - Beras rosak dan dikatakan tidak selamat dimakan manusia masih boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan berbanding dibuang begitu sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sangat merugikan jika hasil titik peluh para petani di sawah akhirnya dibuang di tempat pembuangan sampah.Â
"Ketika majoriti rakyat sukar untuk mendapatkan bekalan beras, ada pihak yang boleh menyimpan stok beras sehingga rosak. Biasanya kerana lama tempoh masa ia disimpan," ujar beliau ketika mengulas isu beras dibuang di Pahang.
Menurut beliau, beras yang dimasuki bubuk bukan bermakna beras telah rosak dan tidak selamat dimakan.Â
Jelas Dr Azman, ia boleh dicuci dan dibersihkan semula menggunakan mesin yang ada di kilang pembungkusan beras.Â
"Memang beras tempatan agak cepat masuk bubuk berbanding beras import kerana beras tempatan tak ada campuran bahan kimia.
"Tiada bahan kimia menjadikan ia lebih baik dan selamat untuk dimakan.Â
"Bubuk juga cepat masuk jika beras disimpan ditempat lembab. Tolong jangan buang beras kalau tengok ada bubuk. Ia masih selamat dimakan selepas dicuci dan diproses semula," katanya.
Terdahulu, tular video yang memaparkan barangan asas antaranya beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah.Â
Video tular sejak semalam di media sosial itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.
Â
19 Apr 24
2347
Kawasan Sawah Padi Jadi Pilihan Berbuka Puasa
HULU BESUT, 31 Mac - Penanam Padi di Hulu Besut membuat kelainan tersendiri apabila menjadikan kawasan sawah padi tempat mereka mencari rezeki sebagai lokasi untuk mengadakan majlis berbuka puasa sehingga tular di media sosial.
Kumpulan pesawah terbabit menjadikan ia sebagai program serta acara tahunan setiap kali Ramadan dengan memilih kawasan lapang dan jalan utama ISU 4 di Kampung Padang Baloh sebagai lokasi iftar.
Program itu menghimpunkan rakan-rakan petani bersama ahli keluarga sekali gus memeriahkan program iftar tersebut.
Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air (KPA) TPBA, Wan Abdullah Wan Abdul Kadir berkata majlis berkenaan melibatkan pesawah dari tiga kampung (kg) utama iaitu Kg Padang Baloh, Kg Jeram Melintang dan Kg Gong Resam serta kawasan berdekatan.
"Lebih daripada 60 hidangan telah disediakan untuk memenuhi keperluan pada hadirin dalam majlis berbuka puasa ini.
"kehadiran para pesawah ini mencerminkan semangat kebersamaan di kalangan pesawah," ujarnya melalui satu kenyataan, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu besut, Mohd Husaimi Hussin berkata pihaknya berhasrat untuk menjadikan acara itu sebagai program wajib tahunan.
"Memandangkan sambutan yang baik diberikan oleh para petani dan pesawah," ujarnya.
Â
31 Mar 24
617
Beras Madani : Kerajaan 'Kluk Klek', Rakyat Jadi Mangsa
BESUT, 18 Februari - Kenyataan yang saling bercanggah dalam isu utama negara terutama melibatkan sumber makanan ruji negara seperti beras tidak boleh diterima sama sekali.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr. Azman Ibrahim menegaskan, percanggahan keputusan dalam kementerian lebih-lebih lagi apabila melibatkan makanan utama akan memberi impak kepada seluruh rakyat.
"Di kalangan teraju yang menjaga sektor makanan negara tidak sepakat, baru-baru ini ada seorang keluar kenyataan (Ahli Parlimen Bukit Gantang), semalam pula menteri (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan-KPKM), keluar kenyataan menafikan kenyataan itu.
"Saya tengok ada sesuatu isu yang perlu diselesaikan di peringkat kementerian, bagaimana seorang boleh mengeluarkan kenyataan dan apakah dia berautoriti dalam bidang kuasanya? Tanpa kelulusan kabinet dan menteri pula hari ini memberi kenyataan tidak merestui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
"Bagaimana boleh tidak sepakat dalam perkara ini, selesaikanlah. Jangan jadikan rakyat keliru serta buat satu solusi yang terbaik," katanya.
Belilau berkata demikian ketika ditemui di Pesta Main Selut Bukit Tanah 2024 yang diadakan di Baruh Padi Gong Telikung, semalam.
Tambah Dr. Azman, keputusan tersebut seharusnya dikaji semula oleh kementerian terbabit sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas ini kerana sebarang keputusan akan memberi impak besar kepada rakyat.
"Kita tidak dapat elak situasi pembelian panik berlaku kerana ada kemungkinan harga akan naik pada suatu tarikh yang ditetapkan apabila ia berkuatkuasa.
"Semoga ia dikaji semula kerana dilihat tiada kesepakatan. Daripadakenyataan dikeluarkan sebelum ini (oleh Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL)) seolah-olah mendapat restu Perdana Menteri, tetapi hari ini dinafikan pula.
"Kita harap mereka tengok semula kepentingan rakyat, jangan kita jaga kepentingan taikun-taikun yang akhirnya menekan rakyat dengan sektor makanan ruji seperti ini," nasihatnya.
Sebagai rekod, pada 14 Februari lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mengetuai NACCOL mengumumkan bahawa kerajaan bakal memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih yang dinamakan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara.
Namun, hari ini Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan media menafikan perkara itu. Jelasnya dalam kenyataan itu, kerajaan belum ada ketetapan yang dibuat atas cadangan Datuk Syed Abu Hussin, sebaliknya menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan membincangkan secara kolektif isu Beras Putih Malaysia Madani dalam Mesyuarat NACCOL akan datang.
Nota: Kluk klek merupakan loghat Terengganu yang bermaksud tidak tetap pendirian.Â
18 Feb 24
494
Beras Madani Buat Rakyat Makin Tersepit
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Keputusan kerajaan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih untuk menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara bakal menyebabkan rakyat tersepit kerana tiada pilihan dalam mendapatkan sumber makanan ruji itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, dahulu rakyat yang kurang berkemampuan boleh membeli beras tempatan berharga murah.
"Apa pun, kenaikan ini meletakkan rakyat dalam situasi tiada pilihan. Hendak tanak nasi, inilah saja beras yang ada.Â
"Beras adalah sumber makanan ruji rakyat. Kenaikan ini meletakkan rakyat dalam situasi memikul bebanan perbelanjaan tambahan demi mendapatkan bekalan makanan ruji, lebih-lebih lagi dalam keadaan kos hidup yang sudah sedia membebankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kerajaan perlu memberi penjelasan samada Beras Putih Malaysia Madani itu merupakan beras tempatan atau beras import, atau beras campuran keduanya.
"Kalau ia beras tempatan, bermakna ada kenaikan harga kira-kira RM1 bagi setiap kg berbanding harga sebelum ini RM2.50/kg.
"Sekiranya beras import, bermakna ada penurunan harga kerana sebelum ini beras import biasanya dijual sekitar RM3.80/kg.Â
"Saya tak merasakan ia adalah beras import kerana kuantiti import beras kita hanya sekitar 33 peratus dari keperluan negara," ujarnya.
Menurutnya lagi, jika ia dihasilkan daripada campuran tempatan dan import, komposisi campuran tentunya 60-70 peratus ialah beras tempatan dan bakinya adalah beras import.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan keputusan memperkenalkan Beras Madani pada sidang media, dua hari lalu.
Serentak itu, kerajaan turut menetapkan harga siling bagi beras putih pada kadar RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg), berkuat kuasa Isnin ini.
Dalam sidang media tersebut, Syed Abu Hussin Hafiz memaklumkan, penetapan harga siling muncul sebagai mekanisme menoktahkan tindakan pemanipulasian bekalan beras putih tempatan.
Beliau turut memberitahu media bahawa ketetapan dibuat selepas mengambil kira tiada kenaikan harga beras putih selama 18 tahun dan perkara berkenaan sudah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
16 Feb 24
964
Nelayan Curi Hasil Perikanan Terengganu Ditahan
MARANG, 29 Januari - Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) Terengganu berjaya menahan tiga bot pukat tunda nelayan negeri jiran yang menceroboh dan mencuri hasil perikanan di perairan Merchang, di sini sekitar jam 1.00 hingga 2.00 pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim ketika meninjau bot-bot yang ditahan di Pelabuhan Perikanan Chendering, hari ini berkata, tindakan lanjut akan dilakukan pihak bertanggungjawab terhadap pencerobohan itu.
"Bagi pihak kerajaan negeri saya mengucapkan tahniah kepada JPM Terengganu di atas kejayaan menangani aduan nelayan kita yang berhadapan ancaman pencerobohan khususnya bot pukat tunda negeri jiran.
"Sebenarnya ia satu isyarat kepada penceroboh yang mencuri khazanah laut kita di perairan Terengganu bahawa walaupun dalam keadaan laut bergelora, penguatkuasa kita tidak 'tidur'.
"Saya dimaklumkan, bot yang ditahan melanggar Akta Perikanan 1985; apabila melakukan tangkapan menggunakan pukat tunda pada jarak enam batu nautika dari pantai.
"Ada dua kesalahan yang dilakukan bot yang ditahan. Pertama, Akta Perikanan 1985 menetapkan bahawa 12 batu nautika adalah zon tangkapan negeri tersebut dan dalam kes ini ia adalah kawasan eksklusif nelayan Terengganu sahaja," jelasnya.
Beliau menambah, kesalahan kedua membabitkan aktiviti pukat tunda yang hanya dibenarkan pada 12 batu nautika ke atas.
Menurut Dr. Azman, semua bot merupakan pemilikan tempatan namun dioperasikan kru asing daripada Myanmar seramai 15 orang berusia antara 21 hingga 50 tahun.
"Pada pemeriksaan awal, didapati dokumen pengenalan diri mereka agak meragukan, jadi hal ini diserahkan kepada pihak imigresen untuk siasatan lanjut.
"Rampasan pula terdiri ikan campur bernilai RM500 ribu dengan keseluruhan nilai tangkapan berserta peralatan bernilai RM3 juta," katanya.
Berdasarkan rekod, tangkapan berkenaan merupakan tangkapan pertama JPM Terengganu pada tahun ini.Â
Tahun lalu, kerjasama JPM Terengganu dan Polis Marin dalam 28 operasi telah berjaya melakukan 47 tangkapan melibatkan satu bot nelayan asing dan selebihnya merupakan bot negeri jiran.
29 Jan 24
617