lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 Bakal Gapai Kejayaan Lebih Unggul
Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 Bakal Gapai Kejayaan Lebih Unggul
KUALA TERENGGANU, 7 Januari - Pelan Strategik Pertanian Terengganu (PSPT) 2024-2030 menyasarkan kejayaan lebih unggul berbanding PSPT yang lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata ia bakal dilancarkan pada hujung bulan Februari ini oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. "PSPT 2019-2023 telah menutup tirainya. Impak daripada pelaksanaan ratusan program dan projek dalam PSPT itu telah menghasilkan natijah positif dalam pembangunan sektor pertanian Negeri Terengganu," katanya. Beliau berkata demikian dalam laman rasmi miliknya hari ini Tambah Dr. Azman, sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2018 sebanyak -2.5 peratus telah berjaya meningkat kepada 7.5 peratus pada 2023. "Masih tidak banyak yang boleh dibanggakan, tetapi kita telah berjaya menukar angka negatif menjadi positif. Meneruskan kejayaan itu biasa, mengubah kegagalan menjadi kejayaan itu yang luar biasa. "Sebagai kesinambungan kepada PSPT lepas, insya-Allah pelan 2024-2030 bakal dilancarkan oleh YAB MB Terengganu pada minggu ketiga Februari tahun ini, "Tentu sekali kejayaan PSPT 2019-2023 sedang diteruskan lagi pada skala yang lebih besar dalam PSPT 2024-2030, dalam masa yang sama kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki. Bila kita gagal merancang kita sebenarnya merancang untuk gagal," tambahnya.
07 Jan 25
558
Terengganu 'Ajak' Bakat Muda Sertai Sektor Agromakanan
Terengganu 'Ajak' Bakat Muda Sertai Sektor Agromakanan
KUALA TERENGGANU, 18 November - Kerajaan Terengganu mengajak anak muda untuk menceburi sektor agromakanan sekali gus mengangkat negeri terbabit sebagai pelopor utama pengeluar makanan. Menteri Besar, Dato Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi menggalakkan lagi penyertaan bakat muda dalam sektor agromakanan pelbagai usaha terkini akan dilaksanakan seiring dengan era revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dunia hari ini. Katanya, antara perkara yang bakal dilakukan kerajaan negeri akan melaksanakan pelbagai aktiviti pemindahan kemahiran dan pengaplikasian teknologi IoT dan automasi menerusi program latihan dan amali. "Serta penyediaan pelbagai kemudahan pembiayaan dan infrastruktur (dan) di samping itu, ke arah membangunkan pertanian berskala industri, beberapa anak syarikat kerajaan negeri seperti TDM Berhad, Ladang Rakyat Terengganu dan TADC juga mengerakkan usaha melibatkan pemain industri dan para pelabur. "Untuk perkongsian sumber dan kepakaran antaranya bagi memajukan projek penanaman cili, pembangunan ladang kelapa dan projek agrivoltaic," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ketika membentangkan belanjawan 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Dalam pada itu katanya, bagi meningkatkan pengeluaran komoditi makanan utama di negeri ini kerajaan negeri akan membuka kawasan baharu bagi memperluaskan lagi kawasan untuk bertanam. "Melibatkan tanah terbiar serta membangunkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) baharu di setiap daerah selain turut memperkukuh program pertanian komuniti di samping menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur di kawasan sawah padi. "Bagi meningkatkan tahap sara diri (SSR) pengeluaran beras," katanya. Berkongsi perkembangan terkini, Ahmad Samsuri berkata, sektor pertanian pada tahun 2023 telah kembali memulih kepada 7.4 peratus berbanding pengucupan 3.3 peratus pada tahun 2022. "Didorong oleh peningkatan yang signifikan dalam subsektor tanaman iaitu buah-buahan dan sayuran serta subsektor perikanan. "Pencapaian ini menjadi bukti keberhasilan Pelan Strategik Pertanian (PSP) 2019-2023," jelasnya.
18 Nov 24
509
196 Vessel Nelayan Asing Dijadikan Tukun Tiruan
196 Vessel Nelayan Asing Dijadikan Tukun Tiruan
BESUT, 18 November - Sebanyak 196 vessel serta bot nelayan asing yang menceroboh perairan Terengganu sejak 2018 sehingga 2024 telah dijadikan tukun tiruan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, selain itu tindakan akan dikenakan terhadap pemilik bot jika disabitkan tekong boleh didenda tidak melebihi RM6 juta. Manakala katanya, 'awak-awak' akan dikenankan denda RM600 ribu. "Bot akan dirampas atau dilucutkan hak serta akan melalui mahkamah maka apabila selesai ia akan melalui proses untuk dijadikan tukun. "Enjin dan peralatan-peralatan lain dikeluarkan kemudian, kita tenggelamkan sebagai tukun tiruan dan ini merupakan sebahagian program memperkayakan sumber perikanan negeri Terengganu," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menghadiri Program Melabuh Bot Lucut Hak Jabatan Perikanan Malaysia Sebagai Tukun Tiruan, di Beting Lintang Besut, di sini, semalam. Dr Azman berkata, sebanyak dua buah bot nelayan asing yang ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan telah dijadikan tukun tiruan. "Alhamdulillah, sejak dilabuhkan turun tiruan dari bot yang ditenggelamkan di sekitar perairan hasilnya sangat baik, maknanya ia merupakan salah satu dari tukun berjaya menarik hidupan laut untuk bersarang. "Justeru, kita akan teruskan kerana banyak lagi bot-bot nelayan asing yang sedang melalui proses mahkamah dan dila ia selesai kita akan tenggelamkan bagi dijadikan tukun tiruan. "Ini sebagai satu amaran keras kerapa penceroboh yang menceroboh perairan kita khususnya negeri Terengganu. "Masih banyak lagi bot (akan ditenggelamkan) sama ada yang dirampak Jabatan Perikanan Negeri Terengganu ataupun yang ditahan oleh agensi penguatkuasaan maritim Malaysia," katanya.  
18 Nov 24
113
84 Nelayan Dungun, Kemaman Terima Bantuan Peralatan
84 Nelayan Dungun, Kemaman Terima Bantuan Peralatan
DUNGUN, 20 Oktober - Kerajaan Negeri terus komited menghulurkan bantuan dan meringankan beban nelayan pantai, kali ini melibatkan seramai 84 nelayan dari daerah Dungun dan Kemaman. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata kerajaan Terengganu pada tahun ini telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM300,000 dalam bentuk bantuan peralatan kepada nelayan pantai sebagai langkah proaktif untuk membantu meningkatkan hasil tangkapan bagi memastikan bekalan ikan di negeri ini kekal mencukupi. “Bantuan peralatan kepada nelayan adalah bertujuan untuk meringankan kos pembelian peralatan untuk menangkap ikan, meningkatkan keefisienan tangkapan ikan serta mengekalkan kualiti hasil tangkapan. “Bantuan peralatan juga membantu nelayan tempatan meningkatkan pendaratan ikan dan menyumbang kepada sumber bekalan ikan berterusan di negeri ini. “Peralatan yang diberi pada tahun ini adalah ‘fish finder’, pukat tangsi dan kawat bubu kepada 232 orang nelayan pantai di seluruh Terengganu. “Pada hari ini, seramai 33 penerima bantuan dari Dungun, manakala daerah Kemaman adalah seramai 51 orang,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Unjam Daerah Dungun dan Bantuan Peralatan kepada Nelayan Pantai Daerah Dungun dan Kemaman di Pengkalan Seberang Pintasan, di sini, hari ini. Hadir sama, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat, Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Amran Hashim. Sebelum pada itu, Ir Saiful yang mewakil Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, berjaya menyempurnakan program melabuh unjam daerah Dungun. “Pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, bagi tujuan pembangunan unjam di negeri ini, yang melibatkan dua daerah iaitu Kuala Terengganu dan Dungun. “Pada hari ini, sebanyak 40 unit unjam berjaya dilabuhkan di perairan pantai Seberang Pintasan di lokasi tidak melebihi 5 batu nautika dari pantai. “Program ini bakal memberi manfaat kepada nelayan tradisional atau nelayan pantai yang mengunakan peralatan tradisional untuk menangkap ikan seperti pukat hanyut, bubu dan alatan kail. “Pihak kerajaan sangat berharap agar komuniti nelayan terus komited melibatkan diri dalam menjaga unjam yang telah dibina dengan sebaik-baiknya, dan memastikan unjam sentiasa  ditambah untuk menjamin sumber bekalan ikan di kawasan unjam dilabuh,” ujarnya. Untuk rekod, program pembangunan unjam oleh Kerajaan Terengganu telah bermula pada tahun 2018. Sehingga tahun 2023, Kerajaan Negeri telah menghabiskan sejumlah RM540,000.00 melibatkan 1,016 unit unjam berjaya dilabuhkan di seluruh perairan Terengganu.
20 Oct 24
242
Terengganu Sasar Semua Pengusaha Akuakultur Miliki Sijil MyGAP
Terengganu Sasar Semua Pengusaha Akuakultur Miliki Sijil MyGAP
KUALA TERENGGANU, 30 September - Kerajaan Terengganu menyasarkan semua penggiat dan pengusaha akuakultur di negeri ini memiliki Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) dalam tempoh tiga tahun. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri, Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, setakat ini sebanyak 43 pensijilan MyGAP telah dianugerahkan kepada premis akuakultur melibatkan lebih 500 penternak. "Sasaran kita supaya semua penggiat akuakultur yang mengamalkan pelbagai sistem termasuk hatcheri ikan marin, ladang ternakan udang serta ternakan ikan air tawar dan ikan air payau dalam sangkar memiliki sijil MyGAP. "Sijil MyGAP ini penting untuk mengesahkan produk dihasilkan mempunyai kualiti yang baik dan selamat dari sudut kandungan antibiotik, racun ataupun logam. "Dengan itu ia membolehkan produk yang dihasilkan berkembang ke tempat yang lebih jauh dan memasuki pasaran antarabangsa dan menembusi pasaran-pasaran pasar raya ternama," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Amalan Akuakultur Baik dan Pelancaran Dashboard Supply Quality Assurance (SQA) Red Kenyir, di Auditorium pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, di sini, semalam. Dalam pada itu, Dr. Azman memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang berusaha untuk mewartakan beberapa lokasi sebagai zon industri akuakultur antaranya ialah di Sungai Cemor Tasik Kenyir. "Seluas lebih 3,000 hektar melibatkan kawasan daratan dan tasik dalam proses diwartakan sebagai zon industri akuakultur. "Apabila ia diwartakan membolehkan dari sudut pengurusan akan lebih sistematik dan mudah juga akan melalui proses birokrasi yang lebih singat. "Melalui usaha yang berterusan ini kita sasarkan supaya Terengganu menjadi negeri pengeluar produk akuakultur yang utama di Malaysia," ujarnya.  
30 Sep 24
264
Terengganu Catat Hasil Jualan RM528,000 di MAHA
Terengganu Catat Hasil Jualan RM528,000 di MAHA
KUALA TERENGGANU, 29 September - Pavilion Terengganu menjadi tumpuan ramai semasa berlangsungnya Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) dengan menghasilkan jualan sebanyak RM528,000. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, selama 11 hingga 22 September ia diadakan MAHA berjaya lebih 156,000 pengunjung. "Pavilion Terengganu menjadi antara yang paling ramai menggamit kehadiran pengunjung. "Alhamdulillah melaluinya kita boleh memperkenalkan pelbagai produk negeri Terengganu dan dalam masa yang sama dapat membantu pengusaha-pengusaha mengembangkan jualan mereka serta dalam masa yang sama menjana pendapatan yang sangat lumayan dalam tempoh 11 hari," ujarnnya. Beliau berkata demikian kepada berita selepas hadir merasmikan Seminar Amalan Akuakultur Baik dan Pelancaran Dashboard Supply Quality Assurance (SQA) Rend Kenyir di Auditorium Pusat Sains dan Kretaiviti Terengganu, di sini, hari ini. Dalam pada itu berkongsi mengenai perkembangan semasa pelaburan dalam pertanian Dr Azman memaklumkan, Syarikat McCormik Global yang akan mengusahakan penanaman lada hitam secara komersial di Lembah Bidong kini di fasa terakhir. "Kini sudah sampai ke peringkat pembinaan kilang. "Selain itu kita kini sedang dalam perbincangan terakhir dengan sebuah syarikat untuk mengusahakan ladang ternakan ayam daging di Gong Katup, Setiu dengan pelaburan bernilai ratusan juta. "Insya-Allah nampak keseriusan daripada pihak pelabur, sangat positif dan kita yakin projek ini boleh dijayakan," katanya. Selain itu katanya, ada beberapa projek dalam peringkat perbincangan antaranya Taman Stevia dan juga pelaburan sektor padi di Kampung Jelapang, Langkap. "Membabitkan kira-kira 100 ekar tanah yang terbiar sejak sekian lama dengan harapan ia akan menghidupkan semula kawasan jelapang padi di Kampung Jelapang ini," ujarnya.  
29 Sep 24
536
92 Ribu Kediaman Terlibat Banci Pertanian Terengganu
92 Ribu Kediaman Terlibat Banci Pertanian Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos- Sebanyak 92,000 tempat kediaman dan 480 pertubuhan di negeri Terengganu yang telah dikenal pasti terlibat dalam aktiviti pertanian akan melalui proses Banci Pertanian 2024. Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja memaklumkan, setakat ini sebanyak 10,000 tempat kediaman telah selesai dibanci dalam proses yang diajalankan bermula 7 Julai. Jelasnya, data-data yang dikumpulkan penting untuk negara dan negeri bagi merancang penstrukturan di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. "Bancian ini merupakan kali keempat, yang kali terakhir dibuat oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 2005 iaitu 19 tahun lalu. Jadi, data-data daripada DOSM memang memerlukan penambahbaikan. "Kali ini, bancian ini saya kira dibuat pada skala besar dan akan melibatkan isi rumah dan pertubuhan, perniagaan yang terlibat dengan aktiviti pertanian merangkumi empat sektor iaitu tanaman makanan dan komoditi, ternakan, perikanan dan akuakultur, perhutanan serta pembalakan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Operasi Banci Pertanian Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri, Marlini Sahul Hamid. Menurutnya, mesyuarat berkenaan menghimpunkan jabatan dan agensi, pertubuhan  yang secara langsung terlibat dalam aktiviti pertanian. "Hari ini kita berjaya melaksanakan mesyuarat dan dianggarkan kita akan hanya ada dua mesyuarat iaitu satu hari ini dan selepas selesai bancian nanti, kita anggarkan ia akan berakhir 10 Oktober. "Kita tidak tertumpu kepada sesuatu perkara, selagi mana ia termasuk dalam aktiviti pertanian yang disebutkan (empat sektor) semua kita akan tengok. Semua data-data akan kita ambil. "Cuma, kencenderungan negeri kepada apa. Kalau macam Kedah, memang dia tertumpu lebih kepada padi, mungkin Terengganu sekarang dalam pertanian lebih kepada buah-buahan contohnya mungkin kita tertumpu kepada Melon Manis Terengganu," ujarnya. Beliau menambah, Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 yang dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini turut membantu mendapatkan data bancian dengan lebih terperinci. "Tentulah, seperti yang disebut tadi data yang dibuat ini adalah secara menyeluruh dan pada skala besar, apa yang dibuat oleh DOSM merupakan data bersepadu yang bukan sahaja diambil daripada lapangan, ia juga akan didapatkan daripada agensi dan dikumpulkan dalam satu pengkalan data yang kukuh dan boleh dipakai bukan sahaja untuk negeri, tetapi semua agensi dan individu yang terlibat kerana hasilnya boleh dicapai. "Data-data yang dikumpulkan nanti kita boleh membuat perancangan rapi tentang haluan pada masa depan atau daripadanya mungkin ada tindakan perlu kita hebatkan lagi dan sebagainya," katanya.    
05 Aug 24
898
Lebih 70,000 Meriahkan HPPNT
Lebih 70,000 Meriahkan HPPNT
SETIU, 29 Julai - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) dan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur (HLSPT) 2024 mendapat sambutan yang luar biasa dengan kehadiran pengunjung lebih dari 70,000 dengan menghasilkan jumlah jualan luar jangkaan iaitu mencecah RM702.433. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, rata-rata orang ramai menilai penganjuran program kali ini sebagai yang paling berjaya. Katanya, secara peribadi beliau meletakkan jumlah kehadiran adalah lebih daripada apa yang direkodkan. "Kerana Dataran Pekan Jabi ialah sebuah kawasan terbuka di mana pengunjung boleh masuk dari segenap penjuru begitu juga dengan hasil jualan diyakini ia lebih tinggi. "Itu tidak termasuk lagi impak secara umum, di mana kawasan sekitarnya turut merasa limpahan ekonomi hasil daripada ramai yang datang berkunjung melibatkan perniagaan rumah inap, hotel, kedai sate, stesen minyak, kedai runcit dan gerai-gerai tepi jalan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Perasmian Penutup HPPNT & HLSPT, di Dataran Pekan Jabi, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut Dr Azman berkata pihaknya sangat bersyukur atas kejayaan program yang diadakan selama empat hari tiga malam itu. "Apa yang kita rancang berjalan mengikut landasan yang betul dan insya-Allah pada tahun-tahun akan datang kita cuba perbaiki lagi beberapa kelemahan dan kekurangan yang ada untuk kita persembahkan apa yang terbaik untuk rakyat. "Di sini adalah medan untuk berjumpa dengan semua pemain dari semua sektor yang berada di bawah pertanian, penternakan, perikanan dan juga asas tani untuk sama-sama berbincang dan berkongsi idea dalam memajukan lagi sektor ini," ujarnya.  
29 Jul 24
510
Masalah Petani Telaga Nibong Temui Penyelesaian
Masalah Petani Telaga Nibong Temui Penyelesaian
KUALA LUMPUR, 17 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin, telah mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah yang dihadapi petani yang menanam padi di Kawasan Pertanian Air (KPA) Gong Lawang, Telaga Nibong kesan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Katanya, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk  Seri Darwish Abdul Razak, serta wakil daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (IADA KETARA), Ketua Jurutera Projek, Encik Ahmad Tarmizi, di Pejabat CEO MRL SDN BHD, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, baru-baru ini. "Hasil perbincangan ini telah membawa berita baik kepada para petani yang terjejas. Masalah mereka telah mendapat perhatian serius dan menemui jalan penyelesaian yang akan dilaksanakan secepat mungkin ini merupakan berita baik buat petani yang terlibat," ujarnya.   Dalam pada itu katanya Datuk Seri Darwish juga telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan kunjungan ke Hulu Besut. "Kunjungan ini amat dialu-alukan dan dijangka akan memberi keutamaan pekerjaan kepada penduduk sekitar apabila Projek ECRL siap kelak. "Ini adalah langkah positif yang diambil  dalam memastikan kepentingan dan kesejahteraan petani terus terjaga," ujarnya.
17 Jul 24
182
RM16.5 Juta Dirampas, 123 Ditahan
RM16.5 Juta Dirampas, 123 Ditahan
KUALA TERENGGANU, 8 Julai- Hasil laut dan bot bernilai RM16.5 juta dirampas serta 123 nelayan asing telah ditahan sepanjang tahun ini oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid memaklumkan, keseluruhan nilai rampasan tersebut melibatkan 15 kes tangkapan vesel nelayan asing Vietnam di perairan negeri Terengganu. Tambahnya, Maritim Negeri Terengganu telah berjaya menahan dua lagi vesel nelayan asing Vietnam di kedudukan 95.01 batu nautika Tenggara Muara Terengganu sekitar jam 3.30 hingga 3.50 petang pada Khamis lalu. "Kedua-dua vesel tersebut ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara. "Seramai 20 orang kru termasuk tekong telah diperiksa, didapati tidak memiliki pengenalan diri yang sah serta melakukan aktiviti perikanan tampa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. "Nilai rampasan kedua-dua vesel terbabit dianggarkan berjumlah RM30 juta," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di ibu pejabat Maritim Negeri Terengganu, hari ini. Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut kru dan tekong berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.  
08 Jul 24
1144