Artikel "Pertanian" Terkini
Task Force Selesaikan Ancaman Ulat Bungkus - Dr Azman
Dr Azman melakukan gimik perasmian bulan penanaman tumbuhan berfaedah.KEMAMAN, 22 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa komited untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi yang terlibat dalam komuniti sawit bagi membantu menyelesaikan masalah peladang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan baru-baru ini telah bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyelesaikan ancaman Ulat Bungkus.Jelasnya lagi, pasukan itu akan memberi tumpuan kepada kawalan secara ‘chemical’ dan biologi bagi menyelesaikan masalah Ulat Bungkus yang juga dikenali sebagai Ulat Pemakan Daun (UPD)."Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan dan keputusannya kita menubuhkan satu 'task force' untuk mengambil satu langkah dan tindakan berkesan dalam rangka kita untuk menghadapi ancaman Ulat Bungkus."Kawalan kita ini tertumpu kepada kawalan secara ‘chemical’ dan juga kawalan secara biologi, kawalan chemical melalui suntikan batang dan semburan daun, dan kawalan secara biologi dengan tanaman bermanfaat", katanya.Dr Azman ketika menyampaikan taklimat ancaman ulat pemakan daun kepada 100 peladang.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Bulan Penanaman Tumbuhan Berfaedah untuk mengawal serangan UPD di Felda Kerteh 5 bersama komuniti Felda hari ini.Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Hilmi Harun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi serta Pegawai Penyelidik (Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda.Pasukan petugas khas itu dianggotai oleh FELDA, FELCRA, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Ladang Rakyat, TDM Berhad (TDM) serta peneroka dan pekebun kecil.Pasukan tersebut akan turun ke setiap kawasan bagi memberikan taklimat dan kempen berkenaan ancaman dan cara menghadapi UPD.Demontrasi oleh Dr Azman tentang kawalan secara 'Chemical' iaitu suntikan batang.Untuk rekod, UPD mula menyerang tanaman peladang dan pekebun kecil pada 2017 hingga menyebabkan kerugian yang besar dialami oleh peladang-peladang yang bergantung hidup pada industri sawit .Serangan UPD ini menyebabkan kerugian hasil dialami oleh peladang-peladang di antara 33 hingga 47 peratus sebulan.
22 Jan 19
214
Terengganu Kembang Hab Pasaran Lembu Sado
Dr. Azman harap pengusaha gunakan peluang sebaik mungkin.KUALA TERENGGANU, 13 Januari - Kerajaan Terengganu bakal melaksanakan program penggandaan induk bagi mengembangkan industri daging Lembu Sado dengan slogan 'Mu Buat Kami Bantu'.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan mensasarkan 80 pengusaha negeri itu bakal dibantu bagi meningkatkan produktiviti pasaran ternakan itu."Bagi tahun 2019, Kerajaan Terengganu mensasarkan program peringkat pertama melibatkan 10 penternak setiap daerah."Dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), kita akan mengeluarkan separuh modal mendapatkan induk (benih) lembu dan separuh lagi iaitu kos penternakan dibiayai penternak, sesuai dengan slogan tersebut.Tan Sri Halim tawar penerokaan pasaran luar negara untuk industri Lembu Sado."Ini bertujuan mengembangkan industri ini. Pembangunan industri Lembu Sado dilihat mampu memenuhi pasaran daging tempatan."Kapasiti penternakan yang ada hari ini hanya mampu memenuhi 30 peratus permintaan daging."Berdasarkan data yang ada, kita melihat potensi 70 peratus pasaran yang boleh diterokai oleh pengusaha-pengusaha negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis 'Business Matching' Hab Lembu Sado Terengganu di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, hari ini.Dalam majlis itu, kerajaan negeri memeterai usaha sama bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dengan bantuan tokoh perniagaan, Pengerusi Halim Mazmin Berhad, Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad untuk memajukan industri daging Lembu Sado ke tahap lebih tinggi.Dr. Azman turut berharap pengusaha negeri itu menggunakan peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya."Hari ini kita mempunyai persetujuan bersama untuk meneroka usaha sama bersama JPV yang boleh menjana pendapatan untuk rakyat kita."Tan Sri yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menawarkan kesediaan untuk mencari pasaran luar bagi meningkatkan permintaan daging Lembu Sado," katanya.Perkhidmatan Veterinar bersedia hadapi peningkatan produk ternakan Lembu Sado. Dalam pada itu, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dato' Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam memaklumkan, kini terdapat sebanyak 22,000 ekor Lembu Sado di seluruh negara."Dengan pengeluaran 3,700 metrik tan daging lembu ini tahun lalu, kita mensasarkan untuk meningkatkan sasaran 40,000 ekor lembu pada masa akan datang," katanya.
13 Jan 19
197
Golongan Petani Perlu Berani Berubah
MARANG, 7 Januari - Golongan petani dan nelayan perlu berani berubah sikap untuk keluar dari kehidupan lama yang sering dikaitkan dengan kemiskinan.Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka perlu berani menggunakan pendekatan lebih moden sekali gus mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata."Bila sebut pertanian, ia menjadi satu bidang yang dikaitkan dengan kemiskinan dan semua bergantung kepada kerajaan terutamanya pada musim-musim tertentu. Bila berlaku sesuatu, mereka yang pertama menderita."Sudah tiba masanya mereka fikir apa sebabnya tidak dapat tambah pendapatan dengan menceburi bidang baharu seperti perniagaan dan industri berasaskan hasil produk tempatan yang ada di sekeliling mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Warga Tani Terengganu melibatkan 600 orang petani, peladang, penternak dan nelayan di negeri ini yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), di sini petang tadi.Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sallehuddin Ayob.Tambah Tun Dr. Mahathir lagi, Kerajaan Pusat juga sedang mencari langkah serta cara terbaik untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan ini supaya tidak lagi hidup dalam kemiskinan."Jangan bergantung kepada wang percuma sahaja tetapi tambah hasil pengeluaran untuk tingkatkan pendapatan masing-masing ke arah perubahan skala yang lebih besar."Saya tidak percaya melalui bantuan kerajaan akan dapat membantu mengubah kehidupan mereka, sebaliknya apa yang lebih baik ialah melalui usaha mereka sendiri," katanya.
07 Jan 19
42
Rumput Napier Kukuh Industri Ternakan Terengganu
Dr. Azman melakukan lawatan kerja ke ladang rumput napier yang terletak di Kampung Kuala Ping, hari ini.HULU TERENGGANU, 2 Januari - Kerajaan negeri melalui Terengganu Agrotech Development Corp Sdn.Bhd (TADC) kini dalam perangkaan untuk meningkatkan hasil pengeluaran rumput napier bagi memenuhi permintaan industri makanan ternakan yang semakin berkembang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pihaknya sedang merangka bagaimana untuk memanfaatkan secara optimum sumber yang ada berdasarkan keluasan dengan permintaan daripada pelanggan."Kita dapat lihat bagaimana industri bekalan makanan ternakan berasaskan napier boleh pergi jauh cuma memerlukan sedikit penambahbaikan supaya ianya mampu berkembang."Kalau tengok apa yang berlaku sekarang, penggunaan manual untuk memotong rumput dan meracik menyebabkan pengeluaran terhad sehinggakan ada kawasan ladang terbiar sehingga rumput menjadi tua dan tidak bermanfaat," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah TADC berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Ladang Rumput Napier di Kampung Kuala Ping, di sini hari ini.Dr. Azman mendengar taklimat daripada Penyelia Ladang, Ab Rahman Munap tentang pemprosesan secara manual yang mereka lakukan untuk menghasilkan silaj.Turut hadir, ahli-ahli lembaga pengarah TADC dan Pengarah UPDI, Mohd Soud Said.Menurutnya lagi, TADC kini dalam perancangan menggunakan teknologi yang lebih moden iaitu menggunakan mesin menuai (harvester) yang mampu memotong rumput di kawasan yang lebih luas dalam satu hari termasuk meracik."Permint sebagai syarikat induk kepada TADC akan menyediakan peruntukan dalam masa terdekat untuk membeli mesin ini supaya kita dapat hasil yang lebih banyak."Jika kita lihat pengeluaran sekarang mampu menghasilkan 30 tan rumput napier dalam sebulan dengan tenaga manual tetapi dengan adanya mesin ini, ia akan meningkat kepada 80 tan sebulan," ujarnya.Projek di Kuala Ping ini dimulakan pada tahun 2016 dengan memfokuskan pembangunan ladang napier seluas 22 hektar bagi menampung keperluan makanan ternakan di dalam negeri.Secara keseluruhannya, projek ini akan mengukuhkan sumber kewangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) melalui pembangunan bekalan tanaman ternakan dan dalam masa yang sama menjadi pemain dalam industri ini.
02 Jan 19
1427
Jelapang Padi Fasa 2 Tampung Kekurangan Bekalan
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Kerajaan negeri merancang untuk membangunkan jelapang padi fasa kedua bagi menampung kekurangan bekalan makanan ruji tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pengeluaran padi dalam kawasan sedia ada hanya mampu memenuhi 53 peratus sahaja permintaan rakyat tempatan.Katanya, keselamatan makanan (food security) adalah perkara paling penting bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan di negeri ini.Ianya kerana, menurut beliau, dalam konteks Terengganu, bekalan beras untuk negeri ini mempunyai sekitar 12 ribu hektar kawasan padi.“Lima ribu hektar berada di kawasan jelapang yang menjadi tumpuan pengeluaran padi beras negara dan lebih tujuh ribu hektar berada di luar jelapang yang tidak memiliki kelengkapan pengairan dan infrastruktur yang lengkap untuk penanaman dua kali setahun.“Jadi, daripada 12 ribu hektar kawasan penanaman padi, kita cuma mampu membekalkan sekitar 53 peratus keperluan bagi negeri Terengganu. Dengan makna, kita terpaksa beli beras daripada negeri lain, beras yang diimport daripada Thailand umpamanya,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian dalam temubual Pasca Bajet 2019 yang disiarkan secara langsung melalui ManisFm kelmarin.Oleh itu, katanya, tujuh ribu hektar kawasan sawah padi yang berada di luar jelapang akan dijadikan jelapang padi dengan cara memanfaatkan sistem pengairan dan empangan Paya Peda yang berada di Besut, Terengganu. “Satu empangan yang disiapkan dengan kos lebih RM300 juta yang sehingga sekarang airnya belum digunakan untuk tujuan pengairan . Maka air dari empangan Paya Peda inilah yang kita rancang untuk dialir dan disalurkan ke sekitar lima ribu hektar lagi kawasan padi.“Ianya untuk kita jadikan 10 ribu hektar jelapang padi negeri Terengganu insya-Allah mampu untuk membekalkan sekitar lebih 80 peratus keperluan beras di negeri ini,” jelasnya. Dengan itu, kata beliau, negeri Terengganu akan mencapai kadar kecukupan sara diri (SSL) walaupun tidak mencapai 100 peratus.Dr Azman menambah, terdapat 12 kawasan jelapang padi di seluruh negara yang menjadi tumpuan dan dibangunkan dengan segala infrastruktur yang diperlukan oleh pihak kerajaan.
19 Dec 18
175
2,800 Hektar Rizab Padang Ragut Tidak Dimanfaatkan
Dr. Azman IbrahimKUALA TERENGGANU 16 Disember-Terengganu mempunyai kira-kira 2,800 hektar rizab padang ragut yang belum digunakan sepenuhnya daripada 4,800 hektar tanah dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, rizab padang ragut ialah tanah rizab untuk kegunaan awam bagi maksud tujuan penternakan.Jelasnya, tanah rizab padang ragut ialah tanah kerajaan dengan Pengarah Veterinar Negeri sebagai pegawai pengawal. “Bermakna pemilik tanah ialah kerajaan, cuma dijaga oleh pegawai pengawal.Boleh ambil rumput atau masukkan ternakan tapi tak boleh dijadikan kawasan persendirian, dengan makna lain, penternak kampung sekitar boleh pakat-pakat guna dan ambil manfaat.“Kalau berniat nak jadikan sebagai kawasan kegunaan persendirian, kena mohon pajakan dari Jabatan Veterinar dan pihak jabatan akan majukan permohonan untuk pertimbangan pihak berkuasa negeri,”katanya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di sini hari ini.Tambahnya, penggunaan rizab padang ragut di Terengganu tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk penternakan malah sebahagiannya dicerobohi dengan penanaman kelapa sawit.“Kerana itulah, bila timbul isu lembu berkeliaran di jalan raya kononnya tak ada tempat nak pelihara, ia agak pelik kerana kita ada sekitar 2800 hektar lagi rizab padang ragut yang belum digunakan,”ujar Dr. Azman.
15 Dec 18
625
Terengganu Bina Tapak Ekspo Pertanian Negeri
Petugas MAHA 2018 merakamkan kenangan bersama hadiah kemenangan Pavilion Terengganu.Oleh: Nurul Fatimah Az-zahra ZainudinKUALA TERENGGANU, 11 Disember - Kerajaan Terengganu bakal membina lapangan ekspo pertanian seiras tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim memaklumkan, kerajaan negeri akan memanfaatkan Kompleks Pertanian Negeri di Ajil yang memiliki keluasan lebih 70 hektar untuk tujuan tersebut."Kita akan membina pavilion milik jabatan-jabatan berkaitan yang mempamerkan pelbagai produk pertanian dan industri asas tani."Sebelum ini, program 'Road to MAHA' julung kali dianjurkan negeri Terengganu pada Oktober lalu di perkarangan Pejabat MARDI Kuala Terengganu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018."Tapak baharu ini bakal dijadikan tapak tetap 'Road to MAHA' yang diadakan secara dwi tahunan," katanya.Dr. Azman Ibrahim.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu meraikan petugas Pavilion Terengganu dalam Majlis Meraikan Petugas MAHA 2018 di Wisma Peladang Terengganu, hari ini.Lebih 200 petugas hadir terdiri daripada kakitangan Jabatan Pertanian Negeri, MARDI, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri.
11 Dec 18
103
Produk Berasas Nenas Mampu Lonjak MD2
Harwani (kanan) bersama Penolong Pengurus Sofea Pineapple, Nur Shaheda Zabli.SERDANG, 3 Disember - Kepelbagaian produk berasaskan nenas mampu membawa jenama Nenas MD2 Terengganu setaraf nenas keluaran Johor dan Kedah.Pegawai pemasaran Sofea Pineapple, Harwani Mohd Yusuf berkata, Nenas MD2 mempunyai kualiti untuk dipasarkan ke seluruh negara."Pelbagai produk boleh dihasilkan berasaskan nenas dan ia mampu merancakkan pengeluaran hasil dalam negeri."Daripada daun nenas kita boleh menghasilkan benang, kain dan kertas."Manakala, benih nenas boleh disalurkan ke zoo untuk makanan haiwan yang menjadikan keseluruhan hasil yang dituai dapat menjana pendapatan," katanya ketika ditemui di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 kelmarin.Pameran pertanian terbesar negara yang berakhir semalam itu menyaksikan Nenas MD2 mendapat sambutan menggalakkan.Kepelbagaian produk manfaat lebih pengeluaran.Harwani berharap kepelbagaian produk daripada nenas akan melonjakkan pasaran buah itu selain mengangkat nama Terengganu sebagai pengeluar buah-buahan negara."Terima kasih kerajaan negeri dan Lembaga Perindustrian Nenas Negeri Terengganu kerana membuka peluang kepada anak muda mengusahakan tanaman nenas berkelompok."Kami para usahawan berharap kerajaan negeri akan terus memberi sokongan berterusan kepada usahawan dalam usaha mempelbagaikan produk berasaskan nenas," katanya.
03 Dec 18
935
MAHA 2018: Pavilion Terengganu Raih Tempat Kedua Terbaik
KUALA LUMPUR, 2 Disember - Tampil dengan pelbagai keunikan dan aktiviti menarik antara faktor kemenangan tempat kedua terbaik yang dicapai Terengganu pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.Pavilion Terengganu yang diperbuat daripada kayu cengal menyajikan lebih 12 aktiviti sepanjang pameran yang berlangsung selama 12 hari, bermula 22 November dan berakhir hari ini.Antaranya pengunjung dapat melihat secara dekat penyu albino, demontrasi membuat nasi dagang, keropok lekor dan pelbagai makanan tradisional Terengganu, selain pertunjukan mencanting batik dan sutera.Hadiah kemenangan diterima oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri,YB Hilmi Harun pada majlis penutupan MAHA 2018 pagi tadi.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kemenangan itu menjadi pendorong kepada Kerajaan Terengganu yang dibantu 33 jabatan di bawah portfolionya untuk mencuba yang terbaik pada MAHA akan datang.“Tidak mustahil dengan kerjasama, idea, sokongan dan semangat kerja berpasukan Terengganu mampu mengulangi kejuaraan seperti yang pernah diraih pada 2014 dan tempat kedua pada 2016,” katanya.Terengganu merekodkan lebih 35,000 pengunjung dengan catatan jualan kira-kira RM140,000 sepanjang pameran berlangsung.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri Tuan Faizah Abd Rahman serta beberapa ahli rombongan sempat mengunjungi Pavilion Terengganu pada 30 November lalu.
02 Dec 18
220
MB Terengganu Harap Rakyat Sahut Seruan
Dr. Samsuri bergambar bersama rombongannya dan pegawai pavilion.SERDANG, 30 November - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membangunkan industri asas tani dalam Bajet Terengganu 2019 yang dibentangkan baru-baru ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah itu adalah permulaan kepada pembangunan asas tani di negeri itu."Sekiranya kita mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna, kita akan cuba mencari lagi pembiayaan untuk mengembangkan industri ini.Dr. Samsuri ingin industri tani Terengganu berkembang luas."Ini kerana, ia bukan mengenai industri sahaja tetapi ia mencipta pekerjaan bagi rakyat Terengganu."Saya berharap rakyat dapat menyahut seruan untuk menjadikan sektor ini satu perniagaan dan kerjaya."Kerajaan akan mencari jalan untuk membantu rakyat melaksanakannya," katanya ketika ditemui pemberita di Pavilion Terengganu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018, hari ini.Beliau yang ditemani isteri, Tuan Faizah Ab Rahman turut melawat produk-produk hasil inovasi negeri sambil memberi sokongan kepada pengusaha yang terlibat."Saya percaya pengusaha yang terpilih teruja dengan pemasaran di sini."Gunakan ruang yang diberikan untuk mempromosi bukan sekadar perniagaan, tetapi bawalah nama Terengganu ke peringkat lebih tinggi ke seluruh negara dan antarabangsa," katanya.Turut hadir, Pengerusi JawatankuasaPertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim dan timbalannya, Hilmi Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman serta Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Norkhuzaini Ab. Rahman.
30 Nov 18
66