lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Empty Image
Terengganu Tubuh Hab Pemprosesan Dan Pengembangan Cendawan Pertama Di Malaysia
Dr Azman (tengah) memeriksa cendawan segar yang terdapat di HPPC.BESUT, 19 November - Penubuhan Hab Pemprosesan dan Pengembangan Cendawan (HPPC) di Tempinis, Besut  yang pertama di negara ini mampu membantu menjana pendapatan pengusaha cendawan, selain mengelak berlakunya lambakan tumbuhan itu di pasaran.HPPC berupaya menghasilkan pelbagai produk hiliran berasaskan cendawan segar dan cendawan kering, termasuk murtabak, sos, karipap, bebola, burger, perencah masakan dan yang terbaru satar dan keropok cendawan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, apa yang dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (Mestecc) itu merupakan  projek perintis dan menjadi satu contoh pertanian menuju ke arah inovasi dan teknologi moden.Oleh itu, katanya, kerajaan berharap pengusaha cendawan di negeri ini memanfaatkan peluang yang ada dengan menambah jumlah tanaman dan mempelbagaikan produk hiliran.“Mereka boleh menghantar cendawan segar ke HPPC untuk diproses dan dikeringkan yang bertujuan memanjangkan ketahanan tumbuhan itu kepada setahun berbanding seminggu seperti sebelum ini,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan HPPC di Tempinis, Besut, hari ini.Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkefly Harun dan  Timbalan Ketua Setiausaha Sains Teknologi dan Inovasi Mestecc, Prof Madya Dr Ramzah Dambul.Berdasarkan rekod, hampir 230,000 kilogram cendawan segar dengan nilaian kira-kira RM1.3 juta mampu dihasilkan 39 pengusaha aktif di negeri ini sepanjang Januari sehingga Oktober lalu.Dr Azman turut memberitahu, mereka dibantu kerajaan melalui Program Pembangunan Ladang Organik dengan suntikan peruntukan sebanyak RM496,799 bagi tempoh 2014 sehingga 2018.“Peruntukan bagi tujuan sama akan diteruskan  kerajaan di bawah  kepimpinan PAS dengan jangkaan modal suntikan lebih tinggi. “Perkara itu akan diumumkan Menteri Besar dalam pembentangan  Belanjawan Negeri 2019 akhir bulan ini,” katanya.
19 Nov 18
305
Empty Image
Terengganu Bangun Makmal Kualiti Madu Pertama Di Pantai Timur
Dr. Azman melihat proses ujian menggunakan mesin HPLC.KUALA NERUS, 18 November - Kerajaan Terengganu menerusi Jabatan Pertanian Negeri bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membangunkan makmal untuk menguji ketulenan madu yang dihasilkan termasuk madu yang diternak atau madu yang dikutip daripada lebah liar.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata, banyak madu yang dijual di pasaran bukan madu yang tulen bermakna terdapat campuran gula."Industri madu adalah tumpuan baru negeri yang boleh menjana ekonomi rakyat dan negeri. Cuma, isunya ialah tahap ketulenan madu yang dihasilkan di pasaran."Sebelum ini, kita tidak memiliki satu alat moden untuk mengukur ketulenan produk secara saintifik. "Alhamdulillah, dengan biaya kerajaan negeri dan disokong kepakaran UMT, kita berjaya wujudkan  makmal ini yang pertama di pantai timur," katanya ketika melawat Makmal Kualiti Madu Pantai Timur di Kampus Utama UMT Gong Badak, hari ini.Terengganu mampu bangun standard khusus untuk industri madu.Makmal bernilai RM420,000 itu memiliki mesin High Performance Liquid Chroatograph (HPLC) yang hanya memerlukan 100 gram sampel madu untuk menilai ketulenan kandungannya.Beliau menjelaskan dengan kemudahan yang ada, proses ujian itu akan dijenamakan sebagai satu standard khusus secara berperingkat."Kita akan bermula daripada proses mendapatkan akreditasi sehingga memperoleh satu pensijilan rasmi. Dijangkakan ia akan selesai pada tahun hadapan," katanya."Makmal ini akan dibuka kepada pengusaha madu dengan harga yang belum ditentukan dan kami akan memastikan harganya lebih rendah daripada ujian untuk kormesial," katanya.Industri madu lebah mampu jana ekonomi rakyat dan negeri.Pengurus makmal, Azmi Ismun menjelaskan, proses ujian mengambil masa 15 hari bekerja daripada peringkat awal sehingga keputusan dikeluarkan.UMT dijangkakan akan mula menerima sampel pertamanya pada penghujung tahun ini.Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, Profesor Madya Dr. Shamsul Bahri Abd Razak.
17 Nov 18
465
Empty Image
Kampung Talong Dimajukan Sebagai Hab Limau
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 13 November- Kira-kira 25 hektar Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Sungai Rambai, Bukit Besi, di sini akan dimajukan sebagai hab limau negeri, tidak lama lagi.Bagi merealisasikan usaha itu, seramai 31 pemilik dari Kampung Talong, di sini, akan mengusahakan tanaman itu secara sah di kawasan masing-masing. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negerj (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kerajaan negeri akan memastikan tanah berkenaan diusahakan di tanah masing-masing dengan kaedah yang betul dan mampu mendatangkan hasil dengan cepat."Hasrat kita untuk jadikan kawasan ini sebagai hab limau. Sekarang ini terpulang kepada mereka (penduduk), sama ada mengusahakannya sendiri, diserah kepada anak atau diusahakan bersama dengan penduduk yang lain," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa meninjau kebun limau milik penduduk, di Kampung Talong, semalam. Menurut Ghazali, kerajaan negeri serius bagi membantu penduduk dan mengalakkan mereka  bercucuk tanam untuk menambah sumber pendapatan."Tambahan pula limau ini memulangkan hasil yang lumayan. Ianya akan diagihkan kepada FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk dipasarkan dan dijual ke seluruh negeri, malah berpotensi untuk dieksport ke luar negara," jelasnya.Tambahnya, penduduk di kawasan itu sudah lama mengusahakan limau, bagaimanapun terdapat sedikit masalah berhubung status pemilikan tanah apabila dikatakan sebahagian RTB Sungai Rambai itu kepunyaan pengusaha (agensi) lain."Semoga ianya akan memberi kesejahteraan kepada penduduk di sini. Melalui usaha ini penduduk lebih bersungguh-sungguh mengusahakannya apabila tanah berkenaan milik sendiri," tegasnya.
13 Nov 18
495
Empty Image
Terengganu Buka Hab Cendawan Pula
Dr Azman Ibrahim menjawab persoalan rakyat pada Majlis Sesi Dialog Menteri Pertanian Bersama Petani, Perternak dan Nelayan.Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU, 10 November - Kerajaan Terengganu akan mewujudkan Hab Pemprosesan dan Pengembangan Cendawan (HPCC) yang akan dirasmikan pada 19 November ini di Balai Informasi Pertanian Kampung Tempinis, Besut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha untuk membantu dan menaikkan industri cendawan sebagai satu tumpuan baru sektor pertanian Negeri Terengganu.Dalam tumpuan lain, untuk memperkayakan sumber perikanan di Perairan Terengganu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM250,000 pada tahun 2018 dibantu dengan peruntukan RM380,000 dari Kerajaan Pusat untuk Program Labuh Unjam dan Tukun di perairan negeri ini."Rizab sumber perikanan di perairan pantai timur sudah berada pada kod merah  berbanding perairan Sabah yang berada pada kod kuning," jelasnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sesi Dialog Menteri Pertanian Bersama Petani, Perternak dan Nelayan di Kompleks Pertanian Ajil, Hulu Terengganu, semalam.Dalam perkembangan sama, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi memberitahu, tujuan memperbanyakkan tukun dan unjam ini adalah supaya ikan yang 'berhijrah' dapat singgah dan sekaligus berpotensi memperkayakan sumber untuk faedah nelayan di negeri Terengganu.Di samping itu, unjam dilabuhkan dengan jarak sekitar 4 batu nautika dari persisiran pantai agar para nelayan dapat menangkap ikan walaupun keadaan cuaca tidak menentu dan mereka sempat pulang apabila cuaca tidak mengizinkan.Majlis tersebut bermula jam 10 pagi dan dihadiri sekitar 300 orang masyarakat petani, penternak dan nelayan dari seluruh Negeri Terengganu.Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Haji Salahuddin Ayub dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun.
10 Nov 18
54
Empty Image
Terengganu Sebagai Hub Limau Madu
Datuk Salahuddin Ayub (tiga dari kanan) memegang sebiji limau madu dalam satu lawatan beliau di Hulu Terengganu, hari ini.HULU TERENGGANU, 10 November - Hubungan Kerajaan Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan pada dasarnya terjalin erat dengan menjadikan program pembangunan bersama sebagai jambatan untuk mencapai kerjasama tersebut bagi kebaikan rakyat dan negara. Kerajaan negeri tidak pernah menolak kerjasama dengan kerajaan pusat walaupun dipimpin oleh parti yang berlainan antara kedua-dua belah pihak. Terbaharu,  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri,  Dr Azman Ibrahim mewakili kerajaan negeri menyambut baik hasrat kerajaan pusat untuk menjadikan Terengganu,  sebagai Hub Limau Madu Negara. Pada dasarnya Menteri Pertanian,  Datuk Salahuddin Ayub bersetuju menjadikan Terengganu hub limau madu dengan teknologi terkini ketika  beliau berada di Ajil,  di sini hari ini. Limau madu adalah satu perusahaan pertanian popular di kalangan petani Hulu Terengganu dan beberapa daerah lain di negeri ini. Ia juga mempunyai pasaran yang baik di Malaysia dan perlu dikembangkan dari semasa ke semasa. Ketika pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004, Durian Mentangau Dungun pernah dijadikan hub limau madu Terengganu. 
09 Nov 18
376
Empty Image
Road To Maha Peringkat Terengganu Raih Jualan RM725,000
Dr Azman menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas Road To Maha Terengganu, semalam.KUALA TERENGGANU, 5 November - Kejayaan membanggakan program Road To Maha Peringkat Negeri Terengganu pada 25 hingga 27 Oktober lalu, yang meraih nilai jualan hampir RM725,000 memberi petunjuk baik sektor pertanian negeri boleh dimajukan ke tahap lebih komersial dan dinamik.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, program tahunan yang menarik lebih 50,000 pengunjung sepanjang tiga hari itu menjadi sebutan ramai kerana menyediakan pelbagai tarikan dan manfaat kepada rakyat negeri ini."Tanggungjawab memastikan sektor pertanian negeri akan terus diperkasakan memerlukan kerjasama dan komitmen semua agensi dan jabatan berkaitan."Bukan hanya untuk menjayakan program (Road To Maha) seperti ini, tapi untuk bersama-sama berganding bahu bekerja bagi meletakkan sektor pertanian Terengganu di tempat yang disegani dan dibanggakan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika meraikan semua Jawatankuasa Panitia Induk dan petugas program Road To Maha 2018 Peringkat Terengganu di Hotel Grand Continental, di sini, semalam.Majlis itu turut dihadiri semua wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah Portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani negeri.Dr Azman turut mengucapkan terima kasih dengan komitmen dan kerja keras serta semangat  kekeluargaan yang utuh sehingga Road To Maha mengukir sejarah tersendiri dalam penganjuran program terbesar pertanian di negeri ini. Road To Maha Peringkat Negeri Terengganu berlangsung tiga hari bermula 25 Oktober lalu di pekarangan Pejabat Mardi, Manir, di sini dirasmikan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Program itu bertujuan mempromosikan Ekspo Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (Maha 2018) yang bakal diadakan pada 22 November hingga 2 Disember 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
05 Nov 18
172
Empty Image
Pusat Pemprosesan Susu Kambing Tenusu, Jana Pendapatan Penternak
Dr Azman menandatangani plak perasmian Program Inkubasi Pengembangan dan Keusahawanan Tenusu.KUALA TERENGGANU, 1 November - Pembukaan Pusat Pemprosesan Susu Kambing Tenusu yang mampu memproses kira-kira 1,000 liter susu sehari di Pusat Pengembangan Veterinar Kampung Jenang, Marang, pada tahun hadapan dijangka mampu menambah pendapatan puluhan penternak di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebelum ini, seramai kira-kira 50 penternak aktif di kampung-kampung hanya memproses susu kambing secara manual.Katanya, kaedah itu pastinya mengurangkan kepercayaan orang ramai yang menganggap cara memproses susu adalah kurang bersih dan tidak berkualiti, selain produk tidak dapat dipasarkan ke luar dan hanya berlegar di sekitar kampung sahaja."Dengan adanya pusat ini, ia diharapkan dapat membantu penternak berskala kecil serta sederhana bagi meningkatkan mutu produk mereka sekaligus meningkatkan pendapatan pada masa akan datang."Kerja-kerja memasukkan mesin dan peralatan yang bernilai RM700,000 sedang dijalankan di pusat yang terletak Kampung Jenang, Marang dan akan mengambil masa antara satu hingga dua bulan sebelum boleh beroperasi sepenuhnya kerana perlu melalui beberapa prosedur dan ujian,” katanya.Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas menghadiri program Inkubasi Pengembangan dan Keusahawanan Tenusu di Dataran Kaprima, Bukit Kecil, hari ini.Turut hadir, Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Mohd Termizi Ghazali. Seramai 150 peserta dari seluruh negeri menghadiri program tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).Beliau berkata, untuk permulaan, projek ini akan melibatkan 50 penternak kambing tenusu yang aktif tetapi jumlah ini dijangka meningkat kerana dijangka lebih ramai penternak kecil- kecilan akan turut datang untuk menggunakan perkhidmatan di pusat berkenaan."Permintaan susu kambing di Terengganu agak tinggi kerana ia sering diwar-warkan sebagai produk kesihatan dan dalam negeri pun kita tidak ada cukup bekalan khususnya dalam bentuk susu segar."Oleh itu, sasaran kita selepas ini adalah untuk memenuhi keperluan dalam negeri dan juga pasaran di Lembah Klang. Sebelum ini memang ada permintaan dari luar, tetapi kita tak dapat nak bekalkan kerana selain masalah stok, kita juga tidak ada sijil halal dan sebagainya yang amat diperlukan untuk satu-satu produk pergi lebih jauh," katanya.
01 Nov 18
367
Empty Image
Atam Dan Davic Juara King Of Sado
Dr Azman Ibrahim (kiri) bersama seekor lembu sado yang dipertandingkan.Oleh: Hidayah AzlinKUALA TERENGGANU, 28 Oktober - Atam, lembu baka Belgian Blue seberat 912 kg milik Ibrahim Mohamad dari Kampung Gong Pak Maseh Kuala Terengganu muncul juara pertandingan lembu sado kategori sado senior sempena Road To Malaysia Agriculture, Horticulture and Agroturism Show (MAHA) 2018 dengan menewaskan 15 peserta lain.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, lembu sado bakal diberi tumpuan oleh Pejabat Veterinar Terengganu untuk dikembangkan kerana berpotensi pada masa hadapan."Ada beberapa pelan perancangan di pihak portfolio pertanian dan industri asas tani untuk menjadikannya sebagai industri yang boleh menjana pendapatan untuk rakyat," katanya.Lembu jantan berwarna hitam berusia 4 tahun 2 bulan berharga 17 ribu ringgit ternyata cukup sado untuk ditandingi oleh peserta lain.Sementara Davic dari baka Limousine milik Mohd Taufik Mohamad Nor dari Kerteh Kemaman muncul Naib Juara. Davic yang mempunyai berat badan 876 kg bernilai 18 ribu ringgit juga seusia dengan Atam, 4 tahun 2 bulan.Pameran dan Pertandingan Lembu Sado ini sebagaimana dijangka telah menjadi 'wow factor' yang paling mencuri tumpuan pengunjung Road To MAHA telah disertai 16 ekor lembu sado dari semua daerah dalam negeri Terengganu.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Hadiah Road To MAHA di perkarangan Pejabat MARDI, Manir, semalam.Juara pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,500 manakala naib juara dihadiahkan wang tunai RM 1,000 beserta piala dan sijil.Menurut Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, terdapat 70 gerai  termasuk pameran dan jualan dari pelbagai agensi dan jabatan dari seluruh Negeri Terengganu dikunjungi peserta sepanjang tiga hari tersebut."Insya-Allah program ini akan disambung ke peringkat nasional di MAEPS Serdang, Selangor pada 22 November sehingga 2 Disember nanti," ujarnya."Saya berharap pengunjung yang hadir dapat mengambil manfaat dari pelbagai jualan, pameran, seminar dan lain-lain acara yang julung kali diadakan di Negeri Terengganu," tambahnya.Antara pameran dan acara yang mencuri tumpuan ialah lembu sado, penyu comel, anak pokok, anak benih dan demo sate ikan aye (tongkol)."Jualan happy hour juga berjaya menarik tumpuan dengan kadar diskaun sebanyak 10%," jelasnya.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali.
27 Oct 18
898
Empty Image
Terengganu Sedia Dana 10 Juta Untuk Pertanian - Dr Samsuri
Menter Besar yang hadir bersama isteri melihat lembu sado yang bakal bertanding.KUALA NERUS, 26 Oktober - Kerajaan Negeri Terengganu menggalakkan golongan belia menceburi sektor pertanian terutama bidang tanaman jangka pendek seperti timun, tembikai dan lain-lain.Ini kerana ia dapat memberikan hasil lumayan kepada pengusaha.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri meningkatkan jumlah dana bantuan dalam bidang itu kepada 10 Juta pada tahun 2019."Dana bantuan ini disediakan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang iaitu Dana Usahatani Negeri Terengganu (DUTA)."Yayasan Pembangunan Usahawan juga menawarkan skim-skim pinjaman mudah industri asas tani berbentuk pinjaman tanpa faedah," katanya ketika merasmikan Road To MAHA (RTM) di pejabat MARDI, Manir, semalam.Dr Samsuri membelah melon manis sebagai simbolik perasmian sambil diperhatikan Timbalan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Hilmi Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.RTM yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam melibatkan 25 agensi kerajaan dan 68 usahawan di bawah seliaan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa.Pengerusinya, Dr. Azman Ibrahim menyifatkan program ini sebagai pertemuan antara agensi dan pengusaha dalam usaha memacu industri pertanian ke arah lebih baik."Saya juga berharap rakyat akan mengambil manfaat daripada RTM kerana ia menyediakan banyak peluang untuk membangun kerjaya dalam bidang pertanian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pelancaran RTM semalam.RTM menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung dalam program dwi tahunan yang julung kali diadakan itu.Selain pameran hasil ternakan dan pertanian, RTM mengadakan tujuh seminar berkaitan industri itu untuk pendedahan umum dan boleh disertai orang awam sepanjang program.Pertandingan Lembu Sado dan Ikan Hiasan turut memeriahkan program selain tarikan utama pameran Penyu Comel yang menjadi tumpuan ramai.RTM dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dengan menampilkan pelbagai aktiviti. Rakyat dijemput hadir beramai-ramai.Menteri Besar turut meninjau perniagaan ikan hiasan yang mendatangkan pulangan lumayan.
26 Oct 18
238
Empty Image
Road To MAHA 2018 Banyak Kejutan - Azman Ibrahim
KUALA TERENGGANU, 19 Oktober - Kerajaan Negeri Terengganu menyeru seluruh rakyat Terengganu dan negeri-negeri berjiran untuk berkunjung ke program Road To MAHA bertempat di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Manir, Kuala Terengganu pada 25 hingga 27 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, program ini berkonsepkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan buat julung kalinya di negeri Darul Iman."Terdapat banyak pengisian menarik yang menanti kehadiran para pengunjung  ke program ini."Ianya melibatkan sektor utama peladang, penternak dan nelayan serta pelbagai agensi dan jabatan di bawah Portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu."Antara pengisian Road To MAHA yang dijangka mampu menjadi 'wow factor' ialah pameran penyu comel, lembu sado, pameran kambing, pameran ikan hiasan, ayam serama, ayam ratu dan sebagainya."Kami menjangkakan pameran tersebut mampu menggamit para pengunjung berkunjung ke tapak program," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini (19 Oktober), mengulas tentang program Road To MAHA bertempat di Mardi Manir, Kuala Terengganu pada 25 hingga 27 Oktober ini.Dalam perkembangan yang sama, menurut Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, gerai-gerai jualan pelbagai produk pertanian, penternakan dan perikanan juga akan diadakan."Agensi serta jabatan kerajaan yang terlibat antaranya ialah Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Mardi, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Ketara, Lembaga Pertubuhan Peladang, Agro Bank, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)."Di samping itu, agensi lain seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), FELCRA, Felda, Terengganu Agrotech Development Corp (TADC) Sdn Bhd, Jabatan Perhutanan, Perhilitan, Jabatan Pelancongan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia juga akan turut sama memeriahkan program."Panitia Road To MAHA turut juga mengundang beberapa syarikat swasta untuk mereka memperkenalkan teknologi dan jentera baru dalam bidang pertanian samada dari segi teknologi jentera, benih, fertigasi dan produk-produk baru pertanian."Terdapat juga jualan pelbagai produk yang dihasilkan usahawan di bawah bimbingan jabatan dan agensi terlibat."Justeru, saya mewakili Jawatankuasa Induk Road To Maha mengajak semua rakyat untuk meluangkan masa dalam tempoh 3 hari bermula 25 hingga 27 Oktober ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk sama-sama hadir berkunjung ke Mardi Kuala Terengganu bagi sama-sama memeriahkan dan mengambil manfaat daripada program yang diadakan," tambahnya.Program Road To MAHA akan mengisi Kalendar Pertanian Negeri Terengganu bagi setiap 2 tahun sekali.
18 Oct 18
559