lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Empty Image
Terengganu Komited Mahu Terus Majukan Tanah Terbiar
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 27 Ogos – Terengganu mengulangi hasratnya untuk terus membangunkan tanah pertanian terbiar bagi menjana pendapatan baharu kepada ekonomi rakyat dan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, keluasan tanah pertanian terbiar di seluruh Terengganu sama ada hak persendirian atau syarikat adalah berjumlah 12 ribu hektar.Katanya, pada masa ini seramai 1,150 orang terlibat dalam usaha memajukan tanah terbiar di negeri Terengganu yang melibatkan Daerah Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.“Dari segi kejayaan memajukan tanah terbiar ini, Terengganu berada di kedudukan kedua selepas negeri Pahang dan kita akan terus bekerja keras bagi memajukan tanah-tanah tersebut.“Setiu merupakan daerah yang dikira sebagai daerah pertanian kerana tanah terbiar masih banyak, semasa mesyuarat jawatankuasa tanah Setiu, minit mesyuarat tanah daerah Setiu sangat tebal jika dibandingkan dengan daerah Besut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Borang 5A Peringkat Daerah Setiu yang disampaikan oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Tarom, petang semalam.Dalam perkembangan lain, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat mengurus dan menjayakan majlis agihan tanah untuk kategori rumah dan pertanian berkenaan.“Tahniah diucapkan kepada yang bekerja keras sehingga meletakkan Daerah Setiu antara yang terawal yang berjaya mengadakan majlis untuk mengagihkan borang 5A pada hari ini,” tambah beliau.
27 Aug 19
45
Empty Image
Terengganu Serius Mahu Jadi Negeri Pengeluar Makanan
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 20 Ogos - Pelaksanaan dasar baharu pertanian membuktikan kerajaan Terengganu serius untuk menjadi negeri pengeluar makanan utama di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 itu turut selaras dengan hasrat kerajaan pusat melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengembangkan potensi pertanian negara. Jelasnya, pelan berkenaan mengariskan enam teras yang mengandungi 61 strategi dengan 128 program yang dirancang dalam tempoh lima tahun bagi meningkatkan ekonomi bumiputera Terengganu.“Bidang pertanian kontan yang mendatangkan pulangan ekonomi segera atau ‘cash crop’ akan diberikan tumpuan.“Sama ada daripada segi peruntukan pengembangan atau kelulusan tanah kerajaan bagi projek pertanian baharu,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.Tambah beliau, pelan strategik tersebut turut memberi keutamaan kepada tanaman sawit dan getah yang dijangka menjana pendapatan lumayan masyarakat luar bandar negeri itu.“Ada pun untuk komoditi sawit dan getah, kita kekalkan keluasan sedia ada. Permohonan tanah kerajaan untuk pembukaan kawasan baru penanaman getah dan sawit bukan lagi keutamaan kerajaan untuk diberikan pertimbangan,” jelasnya. Dalam pada itu, Azman turut bersyukur dengan perkembangan industri pertanian di Terengganu yang mula mendapat perhatian banyak pihak termasuk kerajaan pusat.“Kedatangan dua Menteri Persekutuan ke sini yang berbincang mengenai pertanian dalam tempoh seminggu membuktikan industri berkenaan di Terengganu mula berkembang. “Berbeza parti bukan halangan untuk kita duduk bersama demi agenda rakyat atas dasar semangat federalisma,” katanya lagi.Untuk rekod, Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 telah dilancarkan pada 4 Ogos yang lalu oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman.
20 Aug 19
151
Empty Image
Jualan Durian Di Terengganu: 71 Tan Metrik Hingga 31 Julai lalu
Penggemar durian teruja dengan 'jualan anak beranak' FAMA di Pulau Kambing. Mereka berduyun-duyun datang membeli durian di situ dengan harga serendah RM5 sekilogram. KUALA TERENGGANU, 8 Ogos – Para peniaga Terengganu berjaya menjual sebanyak 71 tan metrik durian pelbagai jenis dengan harga RM350,080 di seluruh negeri ini dengan kekerapan sebanyak 21 kali jualan sehingga 31 Julai lalu.Pengerui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ishak Ismail berkata, sebanyak 65 tan metrik durian dengan harga RM296,580 dijual di pasar tani dengan kekerapan sebanyak 16 kali.Ini termasuk di Padang Hiliran, Kuala Terengganu (empat kali), Chukai Kemaman dan KT Walk Kuala Terengganu (masing-maing tiga kali) Gong Badak Kuala Nerus dan Jerteh (masing-masing dua kali), Pantai Penunjuk, Kijal dan Kuala Berang, Hulu Terengganu (masing-masing satu kali).Beliau berkata demikian ketika membuat satu kenyataan media sempena Majlis Pelancaran Jualan Durian Day (Jualan Anak Beranak) dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Terengganu di sini semalam.Ishak berkata, sebanyak tiga tan metrik durian dengan harga RM27,500 dijual di Pasar Tani Kekal (PTK) Kerteh Kemaman dengan kekerapan jualan sebanyak dua kali.Ishak Ismail“Turut dijual sebanyak tiga tan metrik raja buah itu dengan kekerapan sekali jualan di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri dengan harga RM26,000,” jelasnya.Beliau berkata, antara buah-buahan yang dijual di Terengganu tahun ini ialah Durian Kampung Gred A, Durian Kampung Gred B, Durian Jenis Musang King, Manggis dan Rambutan.Katanya, harga Musang King di ladang ialah antara RM32 hingga RM34 sekilogram, harga borong (antara RM35 hingga RM38 sekilogram) dan harga runcit (antara RM40 hingga 45 sekilogram) dikira pada harga kelmarin.“Durian Kampung Gred A pula dijual dengan harga antara RM5 hingga RM6 sekilogram di ladang, harga borong (antara RM7 hingga RM8 sekilogram) dan harga runcit RM10 sekilogram.“Durian Kampung B dijual dengan harga antara RM2.50 hingga RM3.00 sekilogram, harga borong antara RM5 hingga RM6 sekilogram dan harga runcit (antara RM7 hingga RM8 sekilogram),” jelasnya lagi.Harga manggis pula katanya dijual antara RM2 hingga RM3 sekilogram di ladang, antara RM3 hingga RM3.50 sekilogram secara borong manakala harga runcit pula antara RM4 hingga RM5 sekilogram. Dalam pada itu harga rambutan di ladang pula ialah antara RM2 hingga RM2.50 sekilogram, harga borong (antara RM3 hingga RM3.50 sekilogram) manakala harga runcit pula antara RM4 hingga RM5 sekilogram.Sementara itu sebanyak 95.83 tan metrik buah-buahan dengan nilai RM594,991 berjaya dijual di seluruh negeri Terengganu tahun lalu.
07 Aug 19
437
Empty Image
10,719 Pengusaha Durian Terengganu Terima Peruntukan RM2.4 Juta
Dr Azman (tengah) dalam satu sesi lawatan kerja di Dungun baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Seramai 10,719 pengusaha tanaman durian seluruh Terengganu menerima berita gembira kerana Jabatan Pertanian Terengganu menyediakan peruntukan sebanyak RM2.4 juta khusus kepada pengusaha tanaman tersebut di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bagaimanapun, mereka yang berkenaan perlu datang sendiri ke Pejabat Pertanian Daerah masing-masing untuk membuat permohonan.Katanya, daripada peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan itu, bagi kluster durian  bakal menerima sebanyak RM20 ribu minimum sehektar, sementara  RM6 ribu sehektar pula diperuntukkan bagi projek tanam semula buah terpilih.“Manakala peruntukan di bawah Sumber Kekayaan Baru (SKB) tiada had berdasarkan kepada pembangunan kebun atau dusun,” katanya ketika dihubungi hari ini.Menjawab satu soalan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, pengusaha tersebut kebanyakannya menanam durian kampung dan ada sebahagian daripada mereka mengusahakan tanaman durian klon berkualiti.“Kebanyakan pengusaha menanam durian kampung dan ada juga pengusaha telah pun mengusahakan tanaman durian klon terpilih dan berkualiti seperti D197, D24, D101 dan sebagainya” jelasnya lagi.Tambahnya, pokok durian boleh mendapat hasil seusia empat hingga enam tahun sekiranya benih disemai dalam polibeg.  "Sekiranya ditanam biji terus di ladang ia akan berbuah antara enam hingga lapan tahun," jelasnya.Sementara itu, katanya, musim durian di Terengganu telah bermula pertengahan Julai lalu dan akan berakhir awal September depan.
01 Aug 19
184
Empty Image
Durian Ikan Singgang Kijal, Isi Enak Tapi 'Kedekut'
Pak Bakar menunjukkan isi Durian Ikan Singgang.KEMAMAN, 1 Ogos - Pernah dengar tentang Durian Ikan Singgang? Buahnya besar, tetapi hanya yang bertuah sahaja dapat merasainya.Menurut salah seorang pemilik dusun durian di Bukit Berapit, Abdullah@Abu Bakar Yaakub, 69, atau lebih dikenali sebagai Pak Bakar, Durian Ikan Singgang mendapat namanya kerana saiz pangsa buahnya yang besar."Dahulu, durian ini saiznya besar-besar. Apabila dibelah buahnya, kata orang-orang tua dahulu dalam pangsa durian itu boleh diletakkan seekor ikan kembong singgang berserta kuahnya sekali."Sayangnya, pokok durian ini sudah tidak banyak di sini mahupun di tempat lain," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di dusunnya, baru-baru ini.Tambahnya, mungkin kerana isinya sedikit menyebabkan ramai tidak mahu menanam benihnya."Durian ini, kadangkala dalam sebiji cuma ada seulas atau dua ulas sahaja. Isinya pula kuning, lemak manis, lazat dan bersaiz besar."Walaupun sedap, tidak ramai boleh merasainya," jelasnya.Zamri jarang menjual Durian Ikan Singgang bimbang pembeli kurang berpuas hati.Hal ini diakui Muhammad Zamri Muda, 51, yang menjaga dusun milik abang iparnya.Katanya, masih terdapat beberapa batang pokok durian Ikan Singgang yang tersisa di dusun jagaannya."Tetapi, sekarang buahnya tidak lagi begitu besar, orang-orang di sini kini memanggilnya Anak Ikan Singgang."Biasanya, durian ini tidak dijual kerana kami tidak mahu orang yang membelinya rasa rugi, sebaliknya hanya dibawa pulang untuk makan bersama keluarga," katanya.Di Bukit Berapit, dianggarkan terdapat sekitar 100 pemilik dusun dengan pelbagai jenis durian yang 'sohor'  di kalangan masyarakat setempat sejak tahun 50-an lagi.Rata-rata mereka menjualnya sendiri atau menjualnya kepada peraih-peraih kecil di pasar-pasar sekitar Kijal.Alias (berbaju merah) dan Zakaria (berbaju putih), dua beradik antara pemilik deretan dusun durian di Bukit Perapit.
01 Aug 19
1141
Empty Image
'Raja Buah' Terengganu Luruh Ogos
Foto ihsan - GoogleKUALA TERENGGANU, 18 Julai - Jabatan Pertanian Negeri memaklumkan musim durian Terengganu dijangka mencapai kemuncak hasil bermula Ogos ini.Ketua Bahagian Penerangan dan Penilaian Jabatan Pertanian Negeri, Hamidah Abdul Hamid berkata, berdasarkan jangkaan tahun ini, daerah Besut, Kemaman dan Hulu Terengganu bakal memperoleh hasil lebih tinggi dengan pengeluaran anggaran hasil keseluruhan hampir 5,000 tan metrik (Mt).“Tahun ini, dianggarkan pengeluaran raja buah di seluruh negeri adalah sekitar 7,163.8 Mt dengan luas berhasil yang direkodkan seluas 1,336.1 Hektar (Ha).“Setakat ini, beberapa kawasan sekitar daerah Kuala Nerus dan Besut sudah mula mengeluarkan hasil, tetapi masih belum banyak,” katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Hamidah turut menjelaskan, kemasukan durian-durian luar terutama daripada Johor tidak akan menyebabkan lambakan raja buah itu di pasaran.“Kita jangkakan tidak akan berlaku lambakan durian kerana hasil anggaran yang bakal diperolehi tahun ini berkurang 15 peratus berbanding tahun 2018.“Tahun lalu, tidak berlaku lambakan walaupun sebanyak 8,582.8 Mt hasil dipasarkan dengan purata jualan RM4.00 sehingga RM10.00 sekilogram,” katanya.
18 Jul 19
271
Empty Image
Kerajaan Negeri Buka Kembali Permohonan Tanah Rentahan Haram Pertanian
ADUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 16 Julai - Kerajaan Terengganu bersetuju membuka kembali permohonan Tanah Rentahan Haram Pertanian bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memajukannya.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, permohonan berkenaan dibuka bermula Mei lalu (2019) sehingga 31 Disember 2020."Setelah tujuh tahun iaitu kali terakhir dibuka pada tahun 2012, pejabat-pejabat tanah daerah bersedia memproses permohonan baharu."Jadi, rakyat yang mempunyai tanah rentahan haram dan memenuhi syarat ditetapkan boleh ke pejabat tanah daerah untuk mengisi Jadual Satu dan perlu didaftarkan sebelum tamat tarikh pada tahun hadapan," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua DUN Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Dr. Azman berharap, keputusan itu menjadi satu rangsangan untuk memajukannya sebagaimana syarat yang ditetapkan kerajaan."Kami yakin perkara ini akan mendapat sambutan hangat daripada rakyat," katanya.Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri turut memanjangkan tempoh hak milik sementara tanah rentahan pertanian daripada 60 tahun kepada 99 tahun demi kelangsungan penghasilan sumber makanan negeri.
16 Jul 19
1112
Empty Image
Jom, Bina Kebun Depan Rumah - Dr. Azman
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 15 Julai - Rakyat Terengganu diseru memanfaatkan ruangan di sekeliling rumah dengan bercucuk tanam menggunakan kaedah fertigasi. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, melalui kaedah tersebut hasil tanaman diperoleh semaksimum mungkin meski dalam ruangan yang terhad.“Daripada tanam pokok puding dan bunga kertas,  lebih baik kita tanam sesuatu yang boleh dimakan.  “Sekurang-kurangnya apabila  memasak singgang ikan, kacang bendi sudah ada di rumah. Walaupun dalam skala kecil, kita lebih yakin dari segi kesuciannya selain boleh dijadikan hobi waktu lapang,’’ katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan rombongan Muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh yang bertandang ke Jabi dalam Program Lawatan Mahabbah, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu turut  menyarankan rakyat yang berminat boleh mendapatkan bantuan daripada agensi-agensi berkaitan.“Teknologi sekarang sudah semakin maju. Sekiranya tiada kemahiran, Pejabat Pertanian serta  Peladang menyediakan macam-macam kursus samada jangka pendek, sederhana untuk dimanfaatkan dan paling penting, ia ditawarkan secara percuma.“Benda ini kita boleh buat di sekeliling rumah. Ia sangat mudah dan kita dapat membudayakan pertanian ini selaras hasrat kerajaan untuk menjadikan Terengganu sebagai hab pengeluaran makanan,“ katanya seraya menegaskan bahawa negeri itu memiliki potensi pertanian yang baik.“Kita sebenarnya tidak ketinggalan dari segi pertanian. Kaedah menggunakan ‘polybag’ amat memudahkan proses tanaman yang mencampurkan bahan medium seperti sabut, hampas kelapa sawit dan juga barang-barang kompos lain. Pelbagai  tanaman telah dihasilkan seperti lada, terung, kacang bendi, Nenas MD2 serta Melon Manis Terengganu yang hari ini menjadi ikon pertanian negeri,” katanya.Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan pihaknya masih berbincang dengan pihak TDM Berhad bagi mendapatkan hampas kelapa sawit atau kompos secara percuma sebagai satu Corporate Social Responsibility (CSR) untuk menolong rakyat yang mahu terlibat dalam pertanian  secara fertigasi.
14 Jul 19
148
Empty Image
Rakyat Terengganu Perlu Bina Mentaliti Baharu
Pemimpin dan rakyat perlu berganding bahu mewujudkan budaya 'lama' yang harmoni seperti gotong- royong - Dr. Azman.Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 18 Jun – Rakyat Terengganu dinasihatkan agar membina mentaliti dan cara berfikir baharu serta memahami bahawa bukan segala permasalahan dapat diselesaikan dengan peruntukan dan tender.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri terus komited berdepan dengan cabaran besar ini dan berusaha menyemarakkan semula budaya gotong-royong dalam masyarakat.“Bila tiada peruntukan, kita ‘pakat’ duduk termenung tidak boleh buat apa-apa. Kemana pergi budaya gotong-royong untuk selesaikan isu dan masalah yang bersangkutan dengan kepentingan kita bersama seperti cuci longkang dan parit kawasan padi?“Mari kita semarakkan semula budaya murni ini. Kita ajak jabatan dan orang kampung bersama-sama turun padang,’’ katanya ketika merasmikan Program Gotong-royong Komuniti di Skim Pengairan Kerandang Timur, di Kampung Bukit Tanah, dua hari lalu.Slot penerangan berkaitan petanian turut menjadi pengisian program.Turut serta, Pengarah Pertanian Negeri, Zulkepli Amin Yusof dan Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara), Fatimah Hamid.Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, apabila menghadapi masalah keterbatasan  peruntukan, pimpinan masyarakat perlulah kreatif menyelesaikan masalah walaupun hasilnya tidak sempurna 100 peratus.  “Sering saya sebut, ada benda kita boleh selesaikan dengan tulang empat kerat, saling berganding bahu dibantu jentera daripada jabatan tanpa perlunya peruntukan. Apa yang penting, sebahagian daripada isu-isu besar dapat kita tangani.Berbincang, muafakat perlu disemarakkan dalam masyarakat.“Disebabkan hal ini, apabila timbul sesuatu permasalahan saya lebih suka melibatkan Ketua Tani, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) duduk berbincang dengan jabatan supaya masalah ini biar ‘jijok’ di bumi nyata,” katanya yang turut menyediakan makanan, minuman dan jentera pengorek-kaut (backhoe) bagi program berkenaan. Dr. Azman turut memaklumkan Besut dan setiu merupakan kawasan tumpuan utama jelapang padi yang berkeluasan lebih 5,000 hektar lebih akan ditingkatkan kepada 10,000 hektar dalam projek Ketara fasa dua.Projek tersebut juga dijangka akan turut melibatkan Skim Pengairan Kerandang Timur.
17 Jun 19
208
Empty Image
Teroka Sumber Pertanian Baharu, Tampung Krisis Harga Sawit Dan Getah
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 12 Mei - Terengganu akan menerokai tanaman pertanian baharu bagi menampung krisis kejatuhan harga sawit dan getah yang memberi tekanan terhadap peladang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ketidakstabilan harga getah dan sawit yang berpanjangan dalam pasaran menyebabkan terdapat perubahan terhadap tumpuan utama sektor itu.Jelasnya, penjenamaan tanaman kontan dan kekal adalah inisiatif  baharu yang perlu diceburi bagi mengatasi masalah tersebut."Dengan itu, kita perlu melihat fokus serta tumpuan lain apabila merancang untuk pembukaan tanah pertanian baru."Dalam Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 memberi tumpuan terhadap tanaman yang menyumbang kepada pengeluaran makanan negeri."Samada tanaman kontan atau kekal, itu akan dilihat dan diusahakan bagi membantu para peladang menjana pendapatan mereka," ujar beliau.Beliau berkata demikian melalui laman rasmi Facebook beliau, semalam.Azman berkata, tanaman kontan dapat memberi pulangan harian dan ia membolehkan peladang terus memperoleh pendapatan, sekali gus tidak terjejas teruk dengan kejatuhan harga sawit dan getah.Katanya, anak muda adalah golongan yang digalakkan untuk menceburi tanaman tersebut di ladang masing-masing."Generasi muda lebih digalakkan untuk menceburi bidang tanaman kontan kerana ia membuahkan hasil yang cepat serta memberi pulangan ekonomi dalam tempoh yang singkat."Saya berharap anak muda yang menceburi bidang ini terus cekal untuk membuktikan bahawa bidang ini bukan kerjaya orang gagal," katanya lagi.
11 May 19
28