Artikel "Pertanian" Terkini
Masalah Pengagihan Benih Padi Perlu Ditangani Segera
Shaharizukirnain Abdul Kadir.KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani digesa menangani masalah pengagihan benih padi dengan segera bagi mengelakkan pesawah menanggung derita.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, beliau cukup terkilan dengan isu pesawah yang kerugian RM4.5 juta disebabkan oleh kelewatan pengagihan benih padi sedangkan mereka amat bergantung kepada subsidi benih tersebut.Tegasnya, pihak berwajib seharusnya memastikan benih padi yang disalurkan benar-benar sampai kepada pesawah tepat pada masanya. “Kelewatan pengagihan benih padi memberi impak yang besar bukan sahaja kepada mereka malah kepada hasil pengeluaran beras negara. “Para pesawah menghadapi masalah kekurangan bekalan, malah bekalan yang diterima kurang berkualiti turut membawa implikasi negatif kepada hasil beras tempatan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya lagi, perkara itu turut memberi kesan kepada sasaran kerajaan bagi meningkatkan tahap sara diri beras (SSL) negara. “Berdasarkan jawapan lisan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Sidang Dewan Negara baru-baru ini, tahap sara diri beras masih pada paras 70 peratus.“Ia agak mustahil untuk mencapai sasaran kerajaan iaitu 75 peratus bagi tahun 2020 jika isu pengagihan serta penambahbaikan kualiti benih padi tidak diselesaikan,” jelasnya.Tambah beliau lagi, pengeluaran padi sepatutnya mencapai 70 peratus hasil beras tempatan dan hanya 30 peratus sahaja adalah beras import.Namun katanya, kualiti beras tempatan yang semakin berkurang mendorong kepada permintaan beras import yang lebih tinggi.“Kerajaan wajar bertanggungjawab terhadap isu kelewatan pengagihan benih dengan segera memberi pampasan kepada pesawah bagi menampung kerugian yang dialami,” ujarnya.
08 Jan 20
83
Terengganu, UMT Jalin Kerjasama Perkasa Industri Pertanian
Dr Azman (dua dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani MOU antara TADC dan UMT.KUALA TERENGGANU, 5 Januari - Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini bagi membangunkan industri pertanian dan akuakultur di negeri berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerjasama melalui anak syarikat kerajaan negeri itu merupakan langkah permulaan kepada detik penting dalam gerak kerja untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri pengeluar makanan.Katanya, persefahaman tersebut meliputi perkongsian pintar dan beberapa bidang lain yang telah dikenal pasti berpotensi untuk dimajukan bersama institusi pengajian itu.“UMT memiliki kepakaran dalam kajian, TADC pula mempunyai aset-aset dan projek-projek yang boleh dijadikan bahan kajian, sekali gus memberikan manfaat kepada semua yang terlibat.“Projek-projek seperti Melon Manis Terengganu (MMT), penyelidikan dalam sektor bekalan makanan ternakan berasaskan napier juga menjadi fokus kita, di samping Projek Rimbunan Kaseh (akuakultur) terus diperkasakan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani MOU terbabit, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Dr Azman percaya Terengganu mampu menjadi negeri pengeluar makanan utama di Malaysia.Hadir sama, Dekan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT, Prof Dr Mohd Effendy Abd Wahid dan Pengurus Besar TADC, Azhar @ Wahab Jusoh.Menurut Dr Azman yang juga Pengerusi TADC, melalui kerjasama itu pihaknya juga bercadang untuk meneroka peluang-peluang baharu yang mampu menjana ekonomi rakyat.“Kita juga sedang merangka untuk menceburi bidang ternakan ketam di kawasan Setiu Wetland dan ternakan ayam di Besut,” tambah beliau.Sementara itu, Mohd Effendy berkata, kemahiran UMT dalam sektor perikanan dan sains akuatik akan dimanfaatkan sebaik mungkin agar para petani serta nelayan tidak menghadapi banyak masalah.“UMT juga sedang berusaha untuk memperkayakan sumber-sumber berasaskan marin, contohnya kita telah melepaskan benih-benih udang di perairan Setiu, dan MoU ini adalah pertama kita buat sebagai tanda keseriusan kita,” jelasnya.Mohd Effendy (paling kiri).
04 Jan 20
818
Terengganu Anjur Himpunan Lembu Sado Khamis Ini
Antara lembu sado yang mencuri perhatian ramai.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 30 September - Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Persatuan Penternak Ruminan Terengganu bakal menganjurkan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur (HLSPT) pada tiga hingga lima Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, perkara itu diputuskan selepas melihat sambutan yang luar biasa daripada pengusaha lembu sado dalam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) 2019.Katanya, pameran dan pertandingan lembu sado turut menjadi tumpuan utama pengunjung HPPNT sejak program itu bermula Rabu lalu."Lantaran permintaan tinggi daripada para pemilik lembu sado dan juga ramai yang tidak dapat menyertai HPPNT kerana kuota pada kali ini sangat terhad."HLSPT bertempat di Dataran Pekan Jabi pada tiga hingga lima Oktober ini dengan hadiah sebanyak lima ekor lembu, Insya-Allah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Lembu Sado sempena HPPNT, di Dataran Pekan Jabi, di sini kelmarin.Azman turut berkata, penyertaan adalah terbuka kepada semua lembu yang dipelihara di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan konsep pasar ternakan."Insya-Allah, kita akan menghimpunkan seramai yang mungkin. Ia juga akan dibuat dengan konsep pasar ternakan. Bagi yang membawa lembu tetapi tidak mahu membawa balik, dia boleh jual terus di pasar ini."Kita akan jadikan acara HLSPT ini sebagai acara tahunan dengan dataran Pekan Jabi ini akan jadi tuan rumah," tambah beliau.Orang ramai yang berminat untuk menyertai HLSPT dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi saudara Amirul di talian 019-9222757.
30 Sep 19
855
'Bulat' Dinobat 'King Of Sado' HPPNT 2019
Amirul (dua dari kiri).Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 30 September – Lembu baka Belgium Blue, Bulat dinobatkan juara pertandingan lembu sado dalam kategori senior di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Terengganu (HPPNT) 2019 kelmarin.Pemiliknya, Amirul Firdaus Sasfarizam, 17, berkata, disebabkan minat mendalam terhadap lembu sado, dia berkecimpung dalam bidang itu sejak di bangku sekolah lagi.Anak muda yang berasal dari Chalok, Setiu itu mengusahakan penternakan lembu sado tiga tahun lalu bersama bapa saudaranya."Memang hobi berada bidang ternakan ini sejak daripada kecil. Dulu saya menternak lembu kampung, sekarang semuanya sudah dijual. Kini lembu baka Belgium Blue, Limousin dan Charolaise menjadi pilihan saya dan kesemuanya berjumlah 16 ekor."Sebanyak sepuluh kilogram dedak dan rumput Napier sehari diberi kepada ‘Bulat’ dan dimandikan tiga kali sehari pagi, petang dan malam," ujarnya ketika ditemui pemberita.Dr Azman bersama 'bulat'.Menurut Amirul, dia pernah mendapat naib juara dalam pertandingan sempena Road To Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA), di Manir, tahun lalu."Saya rasa sangat gembira sebab dengan niat saya bawa lembu berumur dua tahun empat bulan ini, saya sudah dapat merasakan nombor satu dalam genggaman."Alhamdulillah, dengan izin Allah, Tuhan bagi sebuah kejayaan kepada saya," tambah beliau.HPPNT yang bermula 25 hingga 28 september itu diadakan sebagai satu pengiktirafan kerajaan terhadap sektor pertanian.Jawatankuasa gerai pameran dan jualan melaporkan berjaya mengutip hasil jualan berjumlah RM562,273.60 selama empat hari.
30 Sep 19
491
Enam Teras, 60 Strategi Dan 130 Program Dalam Pelan Strategik Pertanian
KUALA TERENGGANU, 27 September - Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu yang dirangka untuk tempoh lima tahun bermula tahun 2019 hingga 2023 mengandungi enam teras strategik, 60 strategi dan 130 program.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelan tersebut melibatkan golongan sasar dalam industri pertanian yang terdiri daripada rakyat awam .“Golongon belia yang bakal memacu tampuk pemerintahan, persatuan, koperasi, syarikat-syarikat, pelabur, GLC dan yang berkenaan yang mana golongan ini adalah amat penting dalam merealisasikan usaha pelan strategik halatuju pertanian terengganu 2019 – 2023. “Pelan strategik yang dirangka ini adalah kemas, lengkap dan dapat dijadikan rujukan akademik dan oleh semua pihak yang terlibat dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian ketika berucap dalam Program Hari Penternak, Peladang dan Nelayan negeri Terengganu 2019 di Dataran Pekan Jabi, disini, semalam.Oleh itu , menurutnya pelan tersebut yang telah dilancarkan pada 4 ogos yang lalu telah pun melalui fasa pertama iaitu fasa pemulihan semua kemudahan dan infrastruktur pertanian dan industri asas tani yang telah sedia ada“Strategi (yang) kedua ialah fasa menyenarai dan mengemaskini semula status tanah-tanah kerajaan yang dirizabkan dan diwartakan di bawah seksyen 62 kanun tanah negara (ktn) bagi tujuan pertanian, perikanan dan penternakan.“Strategi ketiga pula. fasa memanfaatkan tanah-tanah kosong serta memperkayakan sumber perikanan dan penternakan,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau yakin ramai pengunjung yang akan mengambil peluang dalam industri tani di samping berkongsi idea sepanjang empat hari sambutan hari Peladang, Penternak dan Nelayan tersebut.“Di samping memberi manfaat kepada mereka yang mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian.“Kita juga berhasrat melahirkan ‘agropreneur’ muda supaya masyarakat peladang, penternak dan nelayan berjaya menukar minda tradisional kepada lebih moden.“Dengan mempraktikkan amalan pertanian baik dengan teknologi terkini yang merupakan kunci kejayaan kepada golongan peladang, penternak dan nelayan berpendapatan tinggi,” tambah beliau.
27 Sep 19
316
Ubah Pertanian Dengan Teknologi Digital Dan IR 4.0
SETIU, 26 September - Setiap Jabatan dan agensi pertanian negeri Terengganu mesti mengubah cara dan kaedah pendekatan untuk menarik minat golongan muda menerusi penggunaan teknologi digital dan IR 4.0.Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar berkata, golongan tersebut lebih terdedah dengan kecanggihan teknologi berbanding kaedah tradisional sebelum ini.Oleh itu, katanya, pihak yang terlibat perlu proaktif dan mempergiatkan usaha bagi membantu kerajaan dalam merealisasikan matlamat dan halatuju pertanian.“Evolusi teknologi dalam pertanian hari ini membantu dalam pelbagai aspek. Bermula dengan penggunaan gajet atau peralatan, kaedah atau sistem yang digunakan, kita dapat melihat pembaharuan demi pembaharuan dilakukan."Hasilnya, kos operasi, tenaga buruh, masa dan penggunaan ruang dapat dikurangkan. Begitu juga teknik persembahan serta pembungkusan hasil pertanian juga telah jauh lebih bersih, kemas dan menarik semata-mata bagi memenuhi permintaan pasaran dan minat pengguna,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2019 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di Dataran Pekan Jabi, disini pada hari ini.Menurutnya, golongan muda sekarang tidak berminat dalam bidang pertanian berbanding orang tua.“Kebanyakan peladang, petani dan nelayan majoritinya adalah terdiri daripada warga emas. Oleh itu, negara kekurangan pelapis generasi muda untuk memperhebat dan meneruskan kerancakan bidang pertanian negara kita.“Oleh kerana itu, adalah jelas bahawa bidang pertanian bukan bidang yang berkelas rendah. Bidang pertanian merupakan sebuah bidang yang menjadi sumber rezeki yang kukuh kepada para petani, penternak dan nelayan,” ujarnya.Justeru itu, beliau menyeru dan menyarankan agar para ibubapa dapat memupuk minta anak-anak muda mendekati bidang pertanian.“Pelbagai insentif dan kemudahan disediakan bagi membuka peluang kepada pelapis dan pemain baharu dalam bidang pertanian.“Walaupun tempat kerjanya tidak di pejabat berhawa dingin, namun jika dilaksanakan dengan tekun dan mengikut kaedah yang tepat, InsyaAllah anak kampung mampu menjadi usahawan dan jutawan kelak kerana berbudi kepada tanah,’’ tambah beliau.
26 Sep 19
446
50 Ribu Pengunjung Dijangka ‘Serbu’ HPPNT 2019
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 23 September – Lebih 50,000 pengunjung dijangka akan memeriahkan pekan Jabi sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) 2019 yang bermula 25 hingga 28 September nanti.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, HPPNT 2019 yang diadakan dua tahun sekali itu adalah sebagai satu pengiktirafan kerajaan kepada pemain dalam sektor pertanian.Katanya, banyak jasa dan sumbangan yang telah mereka berikan terhadap pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri.“HPPNT juga menjadi satu medan untuk memudahkan orang ramai bertemu dengan agensi berkaitan pertanian bagi mendapatkan maklumat terkini serta khidmat nasihat.“Dengan penuh takzim, bagi pihak Jawatankuasa Induk HPPNT 2019, saya mempersilakan semua tetamu untuk berkunjung menjadi sebahagian dari kejayaan dan kelangsungan program ini selama empat hari,’’ beliau berkata demikian ketika dihubungi media, hari ini.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, pengunjung yang hadir dalam program tersebut akan dihidangkan dengan pelbagai acara menarik.“Antara yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung ialah pertandingan dan pertunjukan lembu sado, kambing comel, pameran penyu, kerapu gergasi, dan pertandingan silat jatuh.“Kita juga serikan program tersebut dengan forum perdana hal ehwal Islam pameran jentera dan peralatan pertanian, pameran hasil pertanian unik, karnival jualan, pameran pelbagai jabatan dan agensi serta banyak lagi,” tambah beliau.Katanya lagi, beliau menjemput seluruh warga Terengganu untuk tidak melepaskan peluang bagi turut serta dalam program terbabit.
23 Sep 19
98
Gabung Sawah : Selesaikan Masalah Utama Pesawah Dahulu - Dr Azman
Dr Azman IbrahimKUALA TERENGGANU, 19 September – Kerajaan Pusat disaran menyelesaikan pelbagai isu berbangkit melibatkan soal pertanian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu yang baharu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, masalah yang dihadapi oleh pesawah selama ini seperti sistem perparitan, isu kualiti benih, padi angin dan sebagainya adalah perkara yang perlu diberikan perhatian.Katanya, para pesawah setiap tahun berhadapan dengan masalah tersebut sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.“Isu-isu tersebut sedang menghantui pesawah-pesawah dan ia perlu diselesaikan dahulu, kalau kita kata nak gabungkan sawah padi supaya ia menjadi luas, sebenarnya ini dah ada (di Terengganu).“Sawah padi yang ada juga tidak terbiar kecuali yang tidak dapat diusahakan kerana masalah pengairan, punca inilah yang harus diteliti, gabung ini kalau ada yang kecil digabungkan menjadi besar,” katanya ketika ditemui media di Wisma Darul Iman, semalam.Azman meninjau sawah padi di Terengganu.Menurut beliau, isu penggabungan padi tidak timbul di Terengganu memandangkan semua sawah padi telah diusahakan dan beroperasi secara bersama cuma dengan milikan yang berbeza.“Ada yang memiliki sawah seluas lima ekar, ada yang 10 ekar dan soal gabung tanah pesawah bagi kami di Terengganu tidak ada.“Kemudahan di kawasan jelapang padi juga memang dibina secara bersepadu dan semua perkara termasuk jadual menabur, menuai, membajak, dan bekalan air memang diselaraskan,” tambah beliau.Untuk rekod, keluasan sawah padi di Terengganu adalah melebihi 12,00 hektar yang meliputi kawasan jelapang sebanyak 5,000 dan luar jelapang seluas 7,000 hektar.Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, masalah kemiskinan yang membelenggu golongan pesawah padi hanya dapat diatasi jika mereka bersedia menerima kaedah menggabungkan tanah sawah mereka untuk diusahakan sebagai estet perladangan.Perdana Menteri berkata, mempelajari daripada kejayaan penggabungan tanah industri getah dan kelapa sawit, pemilik tanah sawah kelak akan dapat melaksanakan penanaman padi secara besar-besaran dengan melibatkan kepakaran dan kemahiran pertanian.
19 Sep 19
733
Pertanian Tingkat Pendapatan Penduduk Pulau Redang
Oleh : Hidayah Azlin Foto : Izzat Al QushairiSETIU, 4 September - Kerajaan Terengganu akan terus menggalakan aktiviti pertanian di semua kawasan termasuk Pulau Redang bagi menambahkan lagi sumber ekonomi penduduk di sana.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri , Dr Azman Ibrahim berkata, aspek pertanian tidak akan dipinggirkan walaupun Pulau Redang merupakan destinasi pelancongan dan perikanan berprestasi tinggi di Malaysia."Kita tidak meminggirkan daripada aspek pertanian kerana ada kebun-kebun milik penduduk yang terbiar dan tanah kerajaan yang masih lagi kosong. "Kita nampak ada satu peluang yang sangat luas untuk kita manfaatkan agro pelancongan memandangkan tanah di Pulau Redang sangat sesuai dan subur untuk durian Musang King."Kita akan galakan masyarakat untuk terlibat dalam industri pertanian secara kecil-kecilan (dahulu) supaya sekurang-kurangnya kos sara hidup mereka boleh dikurangkan sedikit dengan mereka ada barang-barang keperluan yang boleh dipetik di halaman rumah sendiri," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Dialog Bersama Nelayan Pulau Redang di Balai Raya Kampung Pulau Redang, semalam.Menurut Dr Azman, golongan wanita turut akan diketengahkan dalam kursus-kursus yang berkait dengan industri asas tani seperti pembuatan satar ikan dan industri hiliran berasaskan perikanan."Insya-Allah ia akan diambil perjalanan oleh jabatan perikanan untuk mengadakan kursus-kursus jangka pendek bagi memberikan mereka ilmu yang ingin diceburi," tambah beliau.Mengulas tentang masalah kemudahan di jeti, isu tanah, bekalan minyak diesel bersubsidi untuk nelayan dan permohonan pembinaan tukun rekreasi khusus untuk masyarakat Pulau Redang, beliau memaklumkan, perkara tersebut akan diberikan perhatian."Walaupun bukan semua perkara berada di bawah bidang kuasa kita untuk memberikan jawapan dan solusi tapi kita tidak akan tinggal semua perkara itu."Setiap perkara yang dikemukakan ada jalannya. Insya-Allah semua isu-isu dikemukakan ini akan diambil perhatian dan ada beberapa perkara yang akan diambil tindakan dalam masa terdekat," katanya lagi.
04 Sep 19
213
Penutupan Kilang Padi Melayu Tidak Berlaku Di Terengganu
Azman Ibrahim.SETIU, 3 September - Penutupan kilang padi milik orang Melayu akibat kekurangan sumber tidak berlaku di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menegaskan, penghasilan padi yang banyak di Besut dan Setiu menyebabkan kilang padi di negeri berkenaan mendapat sumber cukup untuk beroperasi.Jelasnya, dua buah syarikat yang beroperasi iaitu Kilang Bernas di Bukit Kenak, Jerteh serta Kilang Mutiara Timur di Kerandang adalah milik orang melayu sepenuhnya."Berbeza dengan kilang padi di negeri lain seperti Kedah yang tidak cukup padi untuk dikilangkan, di Terengganu pula padi tidak cukup kilang terutama ketika kemuncak musim menuai."Lori yang bawa padi terpaksa beratur sehari semalam menunggu giliran di hadapan Kilang Bernas untuk buang padi."Malah padi dari Terengganu sebahagiannya hanya dikeringkan di Kilang Bernas sebelum dihantar untuk diproses di Kedah," ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.Mengulas lanjut, beliau memaklumkan masalah kekurangan kilang untuk menampung padi di Terengganu akan diselesaikan secepat mungkin."Insya-Allah semua itu akan selesai apabila Kilang Padi milik Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Baruh Masin, Hulu Besut mula beroperasi dalam masa terdekat dengan kapasiti pemperosesan sebanyak 400 tan sehari," tegas beliau.
03 Sep 19
233