lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Empty Image
Kabinet Baharu, Nelayan Luah Kegembiraan
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 11 Mac – Perubahan barisan kepimpinan negara yang baharu memberi kegembiraan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan petani, nelayan dan penternak. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, para nelayan dari seluruh negara yang menghadiri program Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Kuala Lumpur di sini mengharapakan perubahan positif dengan pertukaran kerajaan."Kawan-kawan daripada Persatuan Nelayan Terengganu (PENENTU) berkali-kali memohon maaf sebab tidak dapat  menjemput kita hadir dalam Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Kawasan dan Mesyuarat Agung Persatuan Nelayan Terengganu."Puncanya kerana ada surat hitam putih yang melarang. Sedangkan hubungan kami di lapangan sangat rapat samada di daratan atau di lautan. Nak hadir majlis rasmi, kita dihalang," beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.Tambah Dr Azman, beliau menyedari terdapat banyak halangan yang diletakkan apabila kerajaan negeri dan Persekutuan tidak selari."Namun sepatutnya ia tidak ditonjolkan kepada khalayak dan juga rakyat. "Kita tetap berfikiran positif, berlapang dada dan berjiwa besar demi rakyat. Kita mahukan para nelayan sentiasa gembira dan optimis bahawa masalah mereka dalam perhatian kerajaan negeri dan kita sedang bekerja untuk mengatasinya."Kesukaran dan kesedihan kita jangan dizahirkan depan rakyat. Kalau kita sebagai pemimpin dah menangis maka rakyat akan meraung," tegasnya.
10 Mar 20
73
Empty Image
Anak Muda Komited Usahakan Tanaman Tembikai
Oleh: Aslam WiraMARANG, 25 FEBRUARI – Lapan pemuda dari Rusila, di sini komited mahu mengusahakan tanaman tembikai yang mampu memperoleh pendapatan sehinggan ribuan ringgit bagi setiap musim.Pegawai Pejabat Pertanian Daerah Marang, Nik Mohd Haizul Nik Supian berkata,  buat permulaan kawasan seluas dua hektar di Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang akan menjadi lokasi bagi anak-anak itu.Katanya, mereka bakal menjadi contoh kepada anak muda lain di mana bersungguh-sungguh mahu menjadi bidang pertanian sebagai peluang kerjaya.“Hasil tanaman nanti akan dipasarkan di serata tempat, selain bakal dibantu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memperluaskan pasaran sehingga ke serata daerah.“Pihak kami juga akan terus memberikan khidmat nasihat dan sokongan lebih-lebih lagi dengan bantuan seorang ‘Rakan Strategik’ Jabatan Pertanian yang telah berjaya dalam bidang pertanian Tembikai,”katanya..Beliau berkata ketika melawat ke tapak pertanian Tembikai itu di Kampung Rusila, semalam.Sementara itu, Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin menjelaskan bahawa, kehadiran ‘Rakan Strategik’ yang dibawa oleh Pejabat Pertanian Marang akan membantu peserta pertanian menguruskan keseluruhan tanaman tersebut dengan lebih baik kerana pengalaman daripada pengusaha berjaya juga sangat penting.“Yang paling penting juga adalah, semangat dan usaha daripada peserta itu sendiri untuk menguruskan pekerjaan ini sehingga berjaya di samping menawarkan peluang serta ruang pekerjaan kepada mereka.“Para peserta telah mula menyemai tanaman ini bermula hampir sebulan sebaik sahaja tapak ini selesai dibersihkan,”tambahnya lagi.
26 Feb 20
322
Empty Image
'Tolong Simpan Label Benih Padi' - Dr Azman Ibrahim
Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 18 Februari – Petani di seluruh Terengganu diingatkan agar menyimpan setiap label benih padi yang digunakan sebagai persediaan sekiranya berlaku sebarang permasalahan di masa depan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, maklumat tertera pada label tersebut amat penting untuk dijadikan bahan rujukan dan bukti. “Kita selalu terima aduan yang berkaitan dengan masalah benih padi. Jadi, kita minta dijadikan amalan supaya mencabut terlebih dahulu label pada guni itu dan simpan baik-baik. “Jangan rendam sekali dengan label itu kerana apabila padi bermasalah dan mahu membuat aduan, segala maklumat pada kertas itu diperlukan,” katanya.Bergotong-royong bersama komuniti.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gotong-Royong Komuniti di Skim Pengairan Gong Telikong dan Bukit Jeruk, Jabi hari ini.Katanya, di Malaysia hanya terdapat sembilan syarikat pengeluar benih padi yang diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).Tambahnya, kerajaan negeri menumpukan bidang penanaman padi kerana pengeluaran tanaman itu di Terengganu belum mencapai tahap yang diperlukan oleh rakyat. “Iaitu hanya 43 peratus sahaja. Ia separuh daripada keperluan. Dalam erti kata lain kita terpaksa import beras luar untuk keperluan rakyat kita.“Mudah-mudahan Allah merahmati kita dengan mengurniakan rezeki, menjauhkan kita daripada bencana dan bala yang boleh mendatangkan kerugian pada kita,” katanya.
18 Feb 20
963
Empty Image
Exco Redah Hutan, Tinjau Kerosakan Kawasan Tadahan Air
Dr Azman bersama pihak yang terlibat meredah hutan.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 12 Februari - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim meredah hutan bagi meninjau kerosakan kawasan tadahan air di Bukit Felda Selasih di sini kelmarin.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu berkata, beberapa kerosakan  telah dikenal pasti menjejaskan aktiviti pertanian dan ia memerlukan pembaikian segera.“Sekarang, inilah sumber utama bagi sistem bekalan air untuk pengairan pertanian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tok Dor.“Pembaikian sistem pengairan ini adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemulihan TKPM sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu,” katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan.Kawasan tadahan air yang menjadi sumber peserta TKPM Tok Dor.Meskipun meredah hutan dan mendaki bukit sejauh tujuh kilometer, Dr Azman berpuas hati dengan tinjauan itu yang bakal merungkai segala permasalahan peserta TKPM.“Dulu kawasan tadahan air inilah yang membekalkan air untuk kegunaan penduduk Kampung Tok Dor sebelum mendapat bekalan air bersih,” tambah beliau.Tinjauan tersebut turut melibatkan Pegawai Jabatan Pertanian Negeri, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Dor dan Felda Selasih serta peserta TKPM Tok Dor.
11 Feb 20
755
Empty Image
Terengganu Tambah Baik Dasar Tanah Negeri
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 4 Februari - Kerajaan Terengganu telah berjaya membuat pembaharuan Dasar Tanah Negeri setelah menaungi tampuk pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu bagi memudahkan urusan rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, penambahbaikan dari semasa ke semasa sentiasa dilakukan bagi membuka peluang dan membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.“Antara beberapa pembaharuan yang telah dilaksanakan adalah menaikkan tempoh pajakan mukim bagi tanah pertanian dari 60 kepada 99 tahun. “Ia sama sebagaimana tempoh pajakan mukim tanah bangunan dan kediaman,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Sementara itu, menurut beliau, kelayakan untuk memohon bayaran premium tanah secara ansuran juga telah dinaikkan daripada pendapatan bulanan tidak melebihi RM700 kepada pendapatan RM1,700 sebulan. “Dengan ini lebih ramai rakyat yang kurang berkemampuan layak untuk memohon bagi membayar premium tanah secara ansuran selama tempoh tiga tahun.“Selain itu, permohonan tanah haram turut dibuka semula bermula Mei 2019 sehingga Disember 2020 setelah ia ditutup sebelum ini pada tahun 2012," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi menyeru agar seluruh rakyat Terengganu merebut dan memanfaatkan peluang itu sebaiknya sebelum tamat tempoh.
03 Feb 20
212
Empty Image
Ladang Ternakan Rusa Bakal Wujud Di Setiu
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 4 Februari - Kerajaan negeri bakal membina sebuah ladang ternakan rusa di daerah ini bagi merancakkan industri itu di Terengganu sesuai dengan peruntukan dalam Bajet 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pengubahsuaian kepada Ladang Ternakan Haiwan di Chalok akan dilakukan dalam beberapa masa lagi selepas proses kajian dibuat.Katanya, antara kemudahan perlu disiapkan di kawasan berkenaan adalah struktur pagar siklon (cyclone) setinggi enam kaki yang mempunyai daya lenturan bagi mengelakkan kecederaan kepada rusa. “Dengan ketinggian enam kaki itu ia sudah mencukupi dan tidak mampu dilepasi oleh rusa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Mengulas lanjut, beliau memaklumkan kawasan yang dipagar itu juga perlu dibahagikan kepada beberapa sektor ragutan bagi memudahkan aktiviti untuk haiwan itu dilakukan secara bergilir-gilir dan teratur.“Kawasan ragutan itu juga perlu ditanam dengan rumput bermutu seperti rumput jenis ‘pasture humidicola’.“Selain itu, pokok-pokok hutan yang besar sebahagiannya perlu dibiarkan sebagai tempat rusa berteduh dan berehat dan memberi suasana hutan yang hampir sama dengan habitat asalnya,” jelasnya.Dalam pada itu, Dr Azman turut berkata, spesies rusa ‘Timorensis’ telah menjadi pilihan atas beberapa sebab terutamanya penjagaan yang mudah, tahan penyakit dan cepat membiak.
03 Feb 20
627
Empty Image
Masalah Bekalan Baja Padi Dalam Perhatian NAFAS, LPP
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinBESUT, 19 Januari – Masalah bekalan baja padi yang dibangkitkan para pesawah sudah diberi perhatian dan berada dalam perhatian Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk tindakan segera.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, permasalahan yang sudah berlarutan selama dua musim berturut-turut itu berlaku kerana proses bekalan Skim Bantuan Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBBPKP) tidak berjalan dengan lancar.Katanya, IADA Ketara merupakan antara kawasan yang agak terjejas dengan isu tersebut dan menyebabkan penanam padi berdepan masalah lain.“Padi di Kawasan Besut sudah perlu ditabur baja untuk kali yang pertama. Pesawah masih menunggu bekalan baja yang masih tak kunjung tiba.“Semoga pihak NAFAS dapat menyelesaikan isu berkaitan seberapa segera dan bekalan baja sampai kepada pesawah kita,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi menegaskan, kepentingan dan bebanan yang ditanggung para petani sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.“Berhadapan dengan isu ini, kepentingan petani adalah keutamaan kita. Saya juga telah panjangkan isu ini kepada pihak LPP supaya proses tindakan lanjut dapat dijalankan dengan segera.“Kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk bersama membantu apa yang perlu demi manfaat rakyat kita, kita akan cuba usahakan sebaik mungkin apa yang terdaya,” tambah beliau.Untuk rekod SBPKP adalah bantuan yang diberi oleh kerajaan kepada penanam padi yang bertujuan meringankan kos ditanggung pesawah dalam penanaman padi.Dalam masa yang sama ia dijangka mampu memastikan kelestarian pengeluaran padi dan beras negara.Dari sudut pengurusan SBPKP, LPP sebagai agensi pelaksana sentiasa memantau kesemua 198 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang berperanan sebagai pengedar baja subsidi agar mematuhi manual pelaksanaan atau pun prosedur operasi standard (SOP) SBPKP.
18 Jan 20
157
Empty Image
Terengganu Sasar Halalkan ‘Tanah Haram’ Petani
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 18 januari – Kerajaan terengganu terus komited membantu para petani untuk menghalalkan tanah tanaman padi yang berstatus tanah haram. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebelum menjelang akhir tahun 2020 petani yang tidak layak mendapat skim bantuan subsidi baja, racun dan benih kerana tanah berstatus haram akan diberi perhatian.Jelasnya, status tanah halal atau mempunyai hak milik dijangka mampu meningkatkan hasil dan pendapatan para petani apabila memperolehi banyak keistimewaan.“Tanah padi haram perlu diubah status menjadi halal iaitu dengan pemberian geran hak milik atau paling kurang Lesen Menduduki Sementara (LMS). Memiliki LMS sudah melayakkan pesawah mendapat skim bantuan subsidi yang dimaksudkan.“Benih, baja dan racun padi semuanya di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Kita kerajaan negeri hanya bantu sebagai pemudahcara antara bahagian Industri Asas Tani (MOA) dengan rakyat kita,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Dalam pada itu, beliau bersyukur kerana sasaran untuk menyelesaikan status tanah padi haram pada tahun lepas di baruh gong machang dan gong telikong besut telah tercapai hasil kerja keras semua pihak. “Saya menyeru kepada semua yang masih mengusahakan tanah haram dengan tanaman padi untuk tampil ke pejabat tanah daerah di mana lokasi tanah tersebut berada. Isi borang jadual 1 permohonan tanah atau isi borang permohonan LMS.“Untuk tanah padi keluasan maksimun yang boleh dimohon ialah dua ekar. Walaupun mengusahakan tanah kerajaan secara haram.“Kerajaan bukan mahu mengambil tindakan undang-undang tetapi kita mahu bantu supaya yang haram jadi halal,” jelasnya lagi.
17 Jan 20
285
Empty Image
Kebun Komuniti Bandar Permaisuri Bantu Peserta Jana Pendapatan
SETIU, 13 Januari - Projek Pertanian Bandar (Komuniti) atau lebih dikenali sebagai program kebun komuniti yang dijalankan di daerah ini telah membuahkan hasil dan menjana pendapatan sampingan kepada peserta terlibat.Pengerusi Projek Pertanian Bandar (Komuniti) Permaisuri, Shamsiah Mohamad berkata, tanah terbiar seluas 2.5 hektar milik Majlis Daerah Setiu dibersihkan dan ditanam dengan pelbagai jenis tanaman jangka pendek.“Projek ini bermula tiga bulan lalu bermodalkan sumber sendiri dan hasil pengumpulan wang secara berkumpulan berjumlah RM40,000.“Bermula dengan 200 polibeg sehinggalah sekarang mempunyai 5,000 polibeg, pelbagai tanaman boleh dinikmati seperti cili, timun, terung, petola, bayam brazil, kangkung, sawi, kailan dan sebagainya,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Projek Pertanian Bandar (Komuniti) Bandar Permaisuri yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, di Setiu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa'), To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh.Katanya, tercetusnya idea untuk mengusahakan kebun komuniti itu adalah disebabkan melihat terlalu banyak tanah kosong yang terbiar di daerah terbabit.“Mula-mula saya terfikir untuk memajukan dan mewujudkan kasih sayang di daerah Setiu ini.“Melihatkan di Setiu ini begitu banyak tanah terbiar membuatkan saya nekad membuat kertas kerja untuk melaksanakan kebun komuniti dan diangkat kepada Majlis Daerah Setiu dan alhamdulillah ianya diluluskan,” ujarnya yang merupakan seorang pengusaha perabot.Bagi Shamsiah, selain mampu menjana pendapatan sampingan, aktiviti bercucuk tanam juga merupakan salah satu terapi untuk medapatkan ketenangan.“Sebenarnya projek kebun komuniti yang dilaksanakan di atas tanah terbiar milik kerajaan ini bukan sahaja membantu peserta menjana pendapatan tetapi secara tidak langsung memupuk kasih sayang sesama peserta dan masyarakat selain kehijauan tanaman memberikan rasa tenang kepada kita,” ujarnya.Katanya, kini Projek Pertanian Bandar (Komuniti) Permaisuri yang diusahakan secara bersama oleh 10 ahli itu telah menjadi model dan rujukan kepada penduduk daerah itu.
13 Jan 20
1609
Empty Image
Usahakan Tanah Terbiar Dengan Kaedah Pertanian Fertigasi
SETIU, 13 Januari- Semua kelompok masyarakat, termasuk graduan dan mereka yang berkerjaya boleh mengambil peluang bergelar usahawan tani dengan mengerjakan tanah terbiar menggunakan kaedah fertigasi.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahimberkata, kerajaan negeri menyediakan pelbagai bantuan sama ada dari segi insentif kewangan dan pemasaran produk.Katanya, mereka yang mahu menyertai perniagaan berasaskan pertanian tidak perlu terlalu bergantung kaedah konvensional, sebaliknya bertukar kepada teknologi terkini yang mampu menjana pendapatan yang lebih lumayan.“Sebagai contoh, projek pertanian bandar yang diusahakan komuniti Bandar Permaisuri menerusi kaedah fertigasi diatas tanah seluas 2.5 hektar ini telah mula menampakkan kejayaan.“Walaupun dengan keluasan yang tidak begitu besar, dalam tempoh tiga bulan projek ini dijalankan dengan tanaman pelbagai jenis sayur-sayuran tempatan secara puratanya komuniti yang mengusahakan boleh menghasilkan 20 tan metrik dengan nilai pengeluaran RM30,000,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Projek Pertanian Bandar (Komuniti) Bandar Permaisuri di Setiu, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa'), To’ Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkepli Amin Mat Jusoh.Katanya, projek pertanian bandar adalah salah satu program yang menunjukkan teknologi pertanian pada masa kini dan akan datang yang mana teknik penanamannya lebih kepada penggunaan air baja secara fertigasi dan hidroponik.“Melalui kaedah penanaman ini, keluasan tanah yang minima boleh dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian dan medium yang digunakan juga boleh didapati dengan kos yang agak murah.“Setakat ini medium yang banyak digunakan di Terengganu ialah sekam padi, sabut kepala dan juga sisa buangan dari kilang kelapa sawit,” ujarnya.Katanya, kerajaan negeri sememangnya menggalakkan semua kelompok masyarakat terlibat dengan aktiviti pertanian yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja.“Pertanian bukan setakat satu perniagaan yang menghasilkan sumber pendapatan tetapi pada masa yang sama satu usaha murni untuk kita menghasilkan satu sumber bekalan yang bukan setakat halal, berkat tetapi dalam masa yang sama bersih dan terjamin selamat,” ujarnya.
12 Jan 20
365