Artikel "Pertanian" Terkini
Projek Mega Tanaman Lada Hitam Dibangunkan Di Terengganu
Dr Azman.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 22 April - Terengganu mensasarkan untuk membangunkan sebuah projek mega berimpak tinggi bagi tanaman lada hitam yang melibatkan tanah seluas 500 hektar di Lembah Bidong, di sini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, menerusi projek tersebut pihaknya menjangkakan akan meraih pelaburan melebihi RM320 juta termasuk pembinaan sebuah kilang pemprosesan."Kita juga jangkakan lebih 2,000 peluang pekerjaan mampu dihasilkan dalam tempoh tiga tahun," kata beliau kepada pemberita setelah melawat tapak projek tersebut di Rhu Tapai, di sini semalam.Mengulas lanjut, beliau berkata, bukti kejayaan projek seperti itu sudah ada apabila syarikat bertaraf antarabangsa berpengkalan di Amerika Syarikat berjaya membangunkan tanah seluas 20 hektar dengan komoditi lada hitam."Setakat ini pokok lada hitam yang berusia tiga tahun telah berjaya menghasilkan sebanyak 3.6 metrik tan lada hitam setahun. Nisbah penghasilan yang lebih tinggi berbanding penanaman lada hitam di tanah berbukit," jelasnya.Bercakap tentang segelintir masyarakat tempatan yang tidak bersetuju tindakan kerajaan memberikan projek tersebut kepada syarikat luar, Dr Azman menjelaskan bahawa di Rhu Tapai terdapat Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seluas lebih 500 hektar."Ia diberi dalam bentuk pajakan kepada warga tempatan dengan lot seluas antara 10 dan 20 ekar seorang untuk dimanfaatkan."Namun akhirnya, kami terpaksa mengambil tindakan menamatkan pajakan lot tanah kerana ia terbiar dan ditumbuhi semak tanpa pdiusahakan melebihi tiga tahun."Bayaran sewa yang dikenakan hanyalah RM150 bagi setiap hektar setahun. Kita bagi tanah akhirnya terbiar begitu saja. Dalam masa yang sama, ada rakyat yang dapat tanah dan berusaha. Kelompok ini saya puji," ujarnya.Katanya lagi, rakyat tempatan tetap diutamakan dalam segala bidang tetapi projek berimpak tinggi yang memerlukan modal ratusan juta memerlukan sebuah organisasi kompeten dan lengkap dalam segala teknologi."Kita juga mahu syarikat luar melabur di sini bagi menjana ekonomi negeri dan negara dengan lebih mampan."Serta mencipta lebih peluang pekerjaan buat rakyat tempatan, di situ rakyat kita juga beroleh manfaat, banyak perkara baharu boleh dipelajari dalam pertanian," tambah beliau.
22 Apr 20
3951
577 Penternak Terima Bantuan Makanan Ikan
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 22 April – Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM115,400 untuk agihan bantuan makanan ikan kepada 577 orang penternak di seluruh negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, agihan bantuan itu disalurkan secara berperingkat dalam bentuk barangan."Penternak ikan air payau dan air tawar yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Terengganu di semua daerah akan menerima sumbangan."Ia bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan penternak dengan bantuan berjumlah RM200 seorang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya, kerajaan negeri memahami akan bebanan yang ditanggung penternak ikan sama ada sangkar atau kolam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pasaran yang terlalu terhad. "Dalam masa yang sama penternak perlu menanggung kos makanan ikan setiap hari sehingga ramai di kalangan penternak mengadu mereka telah kehabisan modal pusingan."Bantuan ini diagihkan segera. Semoga yang sedikit dapat membantu meringankan beban sambil kita berdoa semoga wabak ini segera berakhir untuk kehidupan ini diteruskan seperti biasa," tambah beliau.
22 Apr 20
38
Gagal Patuhi Jadual Penanaman, Petani Berdepan Masalah
Dr Azman menunjukkan kawasan tanah yang kering.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 15 April - Kegagalan mematuhi jadual penanaman padi bakal mengundang pelbagai masalah kepada petani sama ada dalam proses pembesaran mahupun penuaian. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kesedaran terhadap jadual amat penting bagi memastikan tidak berlaku kerugian kepada mana-mana pihak.Jelasnya, masalah kekeringan air dihadapi oleh sesetengah petani di perairan sawah Kerandang timbul bukan kerana ketiadaan air di empangan tetapi disebabkan penjadualan penanaman tidak serentak. "Kawasan sawah mula kering dan ada kawasan tanah yang sudah merekah. Dalam tempoh begini memang padi memerlukan air. Tanpa air, padi tak ‘masuk isi’ dan hasilnya tidak dapat dituai."Bekalan air adalah daripada Empangan Jajar, Besut yang mengairi sekitar 5,000 hektar tanah sawah kawasan IADA KETARA. "Sistem pengairan akan ditutup disebabkan ada kawasan ini padi mula dituai," beliau berkata demikian selepas meninjau sawah padi Kampung Kerandang, Jabi, semalam.Sistem pengairan sawah padi.Menurutnya, terdapat sebahagian daripada sawah dalam kawasan IADA KETARA seperti di kawasan Pohon Tal, Apal telah mula dituai.Namun, masih ada lagi yang berumur dalam lingkungan dua bulan dan masih memerlukan masa sekitar sebulan lagi untuk dijual."Secara mudahnya kawasan ini terlewat tabur. Sistem pengairan dalam kawasan padi IADA KETARA diuruskan secara berpusat. Kalau buka, semua dapat air. Tutup maknanya semua kering. "Kita tak boleh buka semula bekalan air kerana ia akan menganggu kerja menuai di kawasan lain. Jadi, kita perlu guna pam khas untuk pam air sungai ke kawasan yang perlukan air. Ia memerlukan kos tambahan.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, penambaikan serta disiplin para petani perlu ditingkatkan di masa depan bagi mengelakkan masalah ini berulang."Saya dah maklum kepada Pengarah IADA KETARA. Musim depan, sebelum mula musim baru, saya nak jumpa sendiri semua Ketua Tani dalam IADA KETARA."Semua mesti patuh kepada jadual penanaman. Yang ketinggalan tanpa alasan kukuh, saya tak berkompromi kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak," tambahnya.
15 Apr 20
446
TADC Bantu Pasarkan Ikan Spesies Bernilai Tinggi
Dr Azman.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 15 April – Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) membantumemasarkan ikan sangkar spesies bernilai tinggi di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, TADC bertindak mengambil langkah itu dengan memasarkan hasil-hasil ikan di beberapa outlet yang terpilih di daerah Dungun dan Kuala Terengganu.Katanya, ia berikutan PKP yang dikuatkuasakan kerajaan menjejaskan jualan dan kewangan penternak ikan tersebut."Dalam konteks negeri ini, ikan sangkar seperti siakap dan kerapu hybrid saya istilahkan sebagai spesies bernilai tinggi. Ruang pasaran mereka sebelum ini adalah restoran dan perhotelan."Namun dalam tempoh PKP ini, operasi restoran dan perhotelan terhenti menyebabkan ikan tidak terjual."Jadi kita cuba mencari ruang secara berperingkat malah kerajaan negeri membantu dengan sekadar yang mampu dari segi pemberian makanan ikan," katanya ketika ditemui media di Kampung Alor Tok Kabar, semalam.Tambahnya, walaupun tiada insentif khusus untuk penternak, beliau akan berusaha mencari bantuan kewangan dan lain-lain bagi membantu meringankan beban."Insya-Allah dalam sedikit masa lagi apabila ruang di pasaran lebih terbuka saya meletakkan keyakinan, sedikit demi sedikit daripada ikan-ikan yang ada di sangkar ini boleh dijual."Mungkin dengan harga yang lebih rendah daripada sebelum PKP ini. Tapi sekurang-kurangnya kita tidak rugi walaupun tidak untung besar," jelasnya.Sementara itu, nelayan yang terlibat penangkapan ikan spesies gred A seperti kerapu, ikan merah atau kerapu pisang turut berdepan dengan sedikit masalah dari segi pasaran."Namun, ikan yang menjadi keperluan harian rakyat awam kategori gred biasa seperti kembung, selar atau selayang tidak menjadi masalah," tambah beliau.
15 Apr 20
57
Terengganu Antara Pengeluar Utama Tembikai Di Malaysia
Dr Azman (duduk kanan).Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 15 April – Terengganu menjadi antara negeri pengeluar utama Tembikai di Malaysia apabila memiliki kebun dan ladang penanaman seluas 1,000 hektar dan penghasilan buah sekitar 750,000 metrik tan setahun.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, tanaman sepanjang tahun itu dilaksanakan secara berperingkat serta berjadual bagi memastikan bekalan berterusan dan berupaya mengelakkan berlaku lambakan hasil."Dengan 1,000 hektar kawasan yang ditanam tembikai di seluruh negeri ini, boleh saya nyatakan bahawa Terengganu adalah salah satu negeri pengeluar utama tembikai di Malaysia."Ia melibatkan seramai 3,000 petani yang menanam bukan secara serentak dan berjadual yang disusun oleh Jabatan Pertanian Negeri," katanya ketika ditemui media selepas Program Pemantauan Belian Tembikai Kelompok, Tanaman Tembikai FAMA di Kampung Alor Tok Kabar, semalam.Mengulas lanjut beliau berkata, hasil daripada itu, kerajaan berjaya memastikan rakyat Terengganu memiliki bekalan makanan yang mencukupi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Dr Azman berkata, usaha FAMA dan TADC menyelesaikan masalah pemasaran tembikai sangat dihargai.Dalam pada itu, seramai 25 peserta yang terlibat dalam kelompok tanaman tembikai di Kampung Alor Tok Kabar, Kampung Nyatoh di sini menarik nafas lega apabila Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu memasarkan hasil tananam mereka ke semenanjung Malaysia."Dengan keluasan 14.5 hektar itu, mereka berjaya menghasilkan kira-kira 436 matrik tan yang bernilai dalam lingkungan RM343,000," jelasnya.Sementara itu, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) turut memainkan peranan penting dalam memasarkan hasil pertanian dalam tempoh PKP ini."Dalam fasa pertama dan kedua PKP, TADC berjaya memasarkan kira-kira 1,000 tan metrik."Untuk fasa ketiga kita menjangkakan dalam 1,000 tan metrik lagi tembikai akan dipasarkan. Jadi dalam dalam tempoh sebelum dan semasa PKP ini boleh disimpulkan sebanyak 3,000 tan metrik telah dikeluarkan," jelasnya.Dr Azman turut berharap agar petani terus menjalankan aktiviti pertanian dan kerajaan akan membantu sedaya mungkin.Mengulas tentang kadar harga tembikai, kata beliau, keadaan semasa ini tidak mampu mengembalikan harga sebagaimana tempoh sebelum PKP kerana berkait dengan permintaan."Namun dari segi harga apabila di atas daripada RM0.50 satu kilogram, petani tidak akan rugi. Petani akan rugi sekiranya harga tembikai RM0.40 ke bawah sahaja," tambah beliau.
14 Apr 20
398
Penternak Ikan Sangkar Luah ‘Rasa Nak Mati’
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 9 April – Penternak ikan sangkar meluahkan ‘rasa nak mati’ akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan 18 Mac lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia ekoran perniagaan yang diusahakan mengalami kemerosotan jualan sehingga menjejaskan kewangan mereka.Jelasnya, kerajaan tidak mampu membeli hasil pertanian dan ternakan untuk diagihkan kepada rakyat kerana ruang-ruang pasaran sangat sempit dan terhad."Semua sektor terjejas teruk, termasuk sektor penternakan akuakultur ikan dalam sangkar. "Sejak PKP, jumlah ikan siakap dan kerapu hibrid yang berjaya dijual hampir tiada kerana restoran dan hotel tidak beroperasi," katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Penyerahan Bantuan Makanan Ikan kepada penternak Daerah Setiu, di Kuala Setiu, Permaisuri.Walau bagaimanapun, Dr Azman berkata, masalah tersebut tidak akan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya sumbangan makanan ikan untuk pemilik sangkar ikan di Kuala Setiu sentiasa disalurkan."Dengan usaha yang ada juga, kita ikhtiar untuk bantu cari pasaran. Ada hasil yang boleh jalan dan ada hasil terkandas," ujarnya.Sementara itu, menurut beliau, langkah pemprosesan pembekuan seperti daging burung puyuh dan arnab perlu dijalankan bagi menghalang peningkatan kos penternakan."Saya sudah minta Pengarah Pertanian Negeri untuk tunjukkan kaedah membuat lada kering kepada petani yang tak dapat pasarkan lada. "Ruang sejuk di negeri kita terhad untuk semua hasil disimpan dalam bentuk sejuk beku," jelas beliau.Tambahnya, Pengarah Pertanian Terengganu juga telah menghubungi sendiri beberapa pasaraya di Terengganu untuk menawarkan hasil pertanian keluaran tempatan dipasarkan di premis mereka. "Di samping itu, kita juga berhubung dengan rakan-rakan di negeri-negeri lain bagi mencari ruang pasaran. Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) juga membuka 37 outlet pemasaran hasil pertanian seluruh negeri sebagai tambahan," jelasnya.
08 Apr 20
912
Terengganu Bakal Jadi Hab Kenaf
Khairuddin (kiri).Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 7 April - Terengganu bakal menjadi hab kenaf di Malaysia selepas Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bercadang untuk mewujudkan Kenaf Terengganu Valley seluas 10,000 hektar di daerah ini.Menterinya, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan."Setakat ini, tanaman kenaf sudah ditanam sejak tahun 2016 di daerah Setiu seluas 230 hektar dan kawasan utama penanaman adalah di Kampung Guntung dan Kampung Bahagia."Terdapat 296 orang penanam berdaftar di Terengganu dan 119 daripada Setiu. Setiap seorang mengusahakan satu ke dua hektar tanah, jadi kita berhasrat untuk mengembangkan lagi," katanya ketika ditemui media kelmarin.Hadir sama, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LTKN) (Pengurusan dan Operasi), Idris Mohd Salleh, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik LTKN, Mohd Fadzhel Mohd Nasir.Tambah beliau, di Setiu juga terdapat kilang pemprosesan 'non-voven thermoboarding'."Yang terletak di Kampung Saujana dan ia merupakan satu-satunya di Malaysia," jelasnya.Produk-produk kenaf terkenal dengan sifatnya yang mesra alam serta mudah lerai.Antara produk kenaf adalah bekas makanan 'biodegradable', fiber tilam, kit pakai buang hospital dan 'Pet Litter'.
07 Apr 20
194
Kilang Padi Termoden Di Malaysia Beroperasi Hujung April Ini
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 2 April – Sebuah kilang padi termoden bernilai RM25 juta yang telah siap dibina di daerah ini akan mula beroperasi pada hujung April nanti.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Konsortium Kilang Padi PP Terengganu yang berada di bawah selian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu mempunyai kemampuan untuk menjalankan pemprosesan padi sehingga 400 tan metrik sehari.Katanya, ia sekali gus dapat menyelesaikan masalah kekurangan kilang padi yang membelenggu pesawah di negeri Terengganu selama ini."Kilang ini terletak di Kampung Dalam Oh, Jabi. Saya dimaklumkan bahawa, ini adalah antara kilang padi dengan penggunaan teknologi termoden."Sebelum ini, masalah kilang padi yang tidak dapat menampung keperluan pengeluaran setempat menyebabkan padi dari Terengganu terpaksa dihantar ke Kedah untuk diproses."Ia melibatkan kos tambahan dari segi pengangkutan dan logistik,’’ katanya dalam satu kenyataan, semalam. Tambah Dr Azman, beliau mewakili kerajaan negeri terharu dengan usaha dan peranan yang dimainkan kerajaan Persekutuan."Bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu, saya merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta LPP atas usaha bagi memajukan lagi industri padi beras di Terengganu," ujarnya.
01 Apr 20
1280
COVID-19 : TADC Tangani Masalah Hasil Pertanian Terengganu
Dr Azman.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 24 Mac – Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) dilantik sebagai ejen pemasaran bagi menangani masalah hasil pertanian ekoran wabak COVID-19 di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, mesyuarat khas portfolio semalam bersepakat berbuat demikian untuk memastikan hasil pertanian dapat dipasarkan dengan baik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Jelasnya, TADC akan memanfaatkan kemudahan pasaran sedia ada iaitu sembilan Agrobazar Rakyat, 17 Agrobazar Kedai Rakyat, tujuh Pasar Tani Kekal Nyior, Pasar Tani Kekal Kerteh, Kemaman, My Farm Outlet dan Agrobazar Online di Chendering."TADC juga akan mengambil peranan untuk mencari ruang pasaran yang ada untuk memasarkan hasil pertanian Terengganu ke seluruh negara."Di samping Distribution Center (DC) yang lengkap dengan kemudahan bilik sejuk milik TADC di Telaga Papan, Setiu pula akan berperanan sebagai pusat pengumpulan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Mengulas lanjut, Dr Azman turut mengharapkan agar petani, nelayan dan penternak yang berhasrat memasarkan hasil pertanian masing-masing menghubungi pegawai TADC bagi mendapatkan maklumat lanjut."Hubungi pengurusan TADC untuk info lanjut antaranya saudara Azhar di talian (013-9832467, Pengurus DC), Mahadi (017-9842738, Pengurus Logistik), Razih, (013-9481717, Pegawai Pemasaran), Hafiz, (014-5174389, Pegawai Penghantaran), dan Hazli, 011-17992564."Semoga langkah dan tindakan ini dapat menangani sebahagian isu pasaran hasil pertanian yang timbul disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan kerajaan sekarang," tegasnya.Baru-baru ini Dr Azman membangkitkan isu pemasaran hasil pertanian yang menjadi kerisauan bagi petani dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19."Walaupun pergerakan kenderaan yang membawa hasil pertanian dibenarkan, namun mereka berdepan dengan isu ruang pasaran sangat terhad apabila pasar borong, pasar tani, pasar sehari dan pasar malam dihentikan operasi."Selain pertanian, hasil akuakultur seperti kerapu hibrid juga berdepan isu sama," tambah beliau.
24 Mar 20
479
Terengganu Sambut Baik Penjenamaan Semula Beberapa Kementerian
Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 11 Mac – Terengganu menyambut baik penjenamaan semula beberapa kementerian setelah perubahan barisan Kabinet Menteri yang baharu dilantik di bawah pentadbiran Perikatan Nasional. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, amat menarik apabila Bahagian Industri Asas Tani dijenamakan sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan selaras dengan fungsi utamanya untuk jaminan makanan (food security) bagi negara Malaysia. "Kerja utama kita ialah mencukupkan bekalan makanan negara sehingga paling minima mencapai tahap ‘Self Sufficient Level’ (SSL),’’ katanya dalam satu kenyataan semalam.Tambah beliau, berbilion wang negara mengalir keluar setiap tahun bagi tujuan pengimportan bahan makanan di negara kita."Sedangkan Allah mengurniakan kepada kita bumi yang subur, sungai yang mengalir, pantai yang panjang dan pelbagai lagi sumber yang boleh dimanfaatkan," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengembalikan semula kepimpinan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi kepada orang Melayu."Sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Industri Utama yang dipimpin Menteri DAP yang berasal dari kota raya."Inilah kementerian yang menjaga kepentingan majoriti orang Melayu yang mengusahakan kebun getah, sawit, kenaf, lada hitam dan lain-lain lagi di kampung serta desa. Cabaran besar menunggu Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali dan pasukan."Hampir dua tahun bekerja di sektor ini, tentunya ada banyak perkara yang telah kami dilalui. InsyaAllah, saya akan menyusun kunjungan hormat segera kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato' Ronald Kiandee berserta Timbalan-timbalan beliau bagi mengadakan perbincangan dua hala," jelasnya.
11 Mar 20
69