lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Kerajaan Berusaha Atasi Islamophobia Di Malaysia
Kerajaan Berusaha Atasi Islamophobia Di Malaysia
PUTRAJAYA, 28 Oktober - Kerajaan sentiasa berusaha memberi kefahaman serta gambaran jelas mengenai Islam bagi mengatasi isu islamophobia terhadap pelaksanaan syariat dalam kalangan Keluarga Malaysia. Menteri Di Jabatan perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, susulan itu pemerkasaan dakwah sedang giat dilakukan melalui pelbagai ruang dan medium untuk menerangkan kepada masyarakat agar melihat bahawa Islam merupakan ajaran serta cara hidup yang sempurna meliputi segala aspek dalam kehidupan. "Alhamdulillah dalam aspek mengembangkan dakwah kita mengambil peluang menerusi slot ruangan agama dalam TV Al-Hijrah termasuk RTM untuk kita menceritakan tentang Islam yang syumul melalui pelbagai kaedah dan program yang telah kita aturkan. "Itu antara perkara yang kita akan lakukan dalam usaha untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat, maka saya telah mengarahkan untuk mewujudkan program dengan pengisian yang bermanfaat menerusi saluran di televisyen, di samping akan melibatkan pakar-pakar tentang perundangan Islam untuk mendedahkan pengetahuan dan memberikan gambaran tentang hukum Islam. "Selain itu kita akan menganjurkan seminar mengenai tentang hukum sebat(rotan) mengikut acuan Islam yang ternyata lebih mendidik masyarakat," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPD) selepas menerima kunjung hormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah , di Kompleks Islam Putrajaya, baru-baru ini. Dalam pada itu Idris Ahmad berkata setiap anggota masyarakat perlu memilki ilmu yang lengkap agar tidak timbul kecelaruan dan kepincangan dalam beragama serta tidak mudah terjebak dengan ideologi dan pemikiran bertentangan dengan ajaran Islam. "Sebagaimana yang Allah firmankan dalam surah Al-Alaq yang menyarankan agar kita melengkapkan diri dengan ilmu agar tidak berpendirian kepada perkara yang tidak diketahui akan sumbernya. Kita mesti tegakkan prinsip dalam diri kita di atas dasar ilmu. "Ilmu ini pula kena mengaji dengan guru yang mursyid, guru yang mengajar dan beramal dengan ilmunya barulah akan dapat melakukan amalan dengan cara yang tepat. Jangan belajar ilmu di tempat-tempat yang kita tidak tahu puncanya di mana," ujarnya. Sebaliknya menurut beliau ilmu agama perlu dipelajari di tempat yang khusus serta ilmu perlu diamalkan untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
27 Oct 21
1287
Kerajaan Ambil Langkah Tangani Isu Haiwan Liar
Kerajaan Ambil Langkah Tangani Isu Haiwan Liar
KUALA LUMPUR, 26 Oktober –Kerajaan memandang serius isu berkaitan konflik manusia dan haiwan liar untuk menangani isu berkenaan melalui pelbagai program yang dilaksanakan diantaranya ialah melakukan kaedah Penakaian (pemindahan) di kawasan yang berisiko untuk haiwan berkenaan pupus dan terdedah kepada bahaya. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata program berkenaan diadakan secara bersepadu melibatkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung  melalui Program Perangkap  Komuniti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat dengan masalah berkenaan. “Konflik manusia dan hidupan liar seperti kehadiran gajah liar di kawasan kampung berlaku akibat (berlaku) pengecilan habitat mereka. Menyebabkan gajah menjadikan kebun-kebun dan tempat yang berhampiran hutan sebagai tempat rayauan (jajahan) mereka. "Ia sama seperti manusia, apabila rumah manusia diganggu dan diceroboh, mereka akan mencari tempat lain untuk dijadikan tempat tinggal. “Kebanyakan kejadian disebabkan kawasan kebun penduduk tidak dilengkapi dengan langkah-langkah fertigasi seperti pagar eletrik, ini menyebabkan gajah senang untuk ceroboh kawasan berkenaan,"ujarnya. Beliau berkata demikian di dalam Sidang Dewan Rakyat pada petang ini bagi menjawab berikutan soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Setiu,ShaharIzukirnain  Abd Kadir ketika ucapan Perbahasan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021, di Dewan Rakyat, semalam. Dewan rakyat pada semalam telah meluluskan Rang Undang-Undang berkenaan yang turut meningkatkan denda 100 peratus berbanding hukuman sedia ada bagi membendung penjenayah pemerdagangan hidupan liar, khasnya pemburu haram akan berhadapan denda mencecah RM1 juta. "Jadi pendekatan ini bukan sahaja bertujuan untuk melindungi hidupan liar malah turut melindungi habitatnya," katanya.
26 Oct 21
968
Sentiasa Dekati Rakyat Di Luar Bandar, Pedalaman
Sentiasa Dekati Rakyat Di Luar Bandar, Pedalaman
Oleh : Rohayati Ripin SETIU, 26 Oktober -  Semua kakitangan kerajaan dinasihati agar terus menjalinkan hubungan rapat dengan masyarakat terutama di luar bandar dan kawasan pedalaman di negeri ini. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, kesedaran hidup bersama dalam sebuah Keluarga Malaysia merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seluruh lapisan masyarakat dan badan pentadbiran. "Kita harus mendekati masyarakat dengan sebaik-baiknya kerana kekuatan kita bukan sahaja kekuatan parti dan juga jentera parti. "Tetapi sebagaimana yang saya sebutkan ialah kita perlu mendekati seberapa ramai kalangan rakyat dan ahli supaya apabila kita mendekati rakyat serta berbuat baik kepada rakyat insya Allah mereka akan kasih Kepada kita,” jelasnya. Beliau berkata demikian selepas menziarahi penduduk kampung di sekitar kawasan DUN Langkap, semalam. Turut hadir sama ialah Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof dan Ketua Muslimat negeri Terengganu, To’ Puan Hajah Zarani Othman dan wakil Iman Care. Beliau berharap agar semua kakitangan tak kira dari lantikan politik atau tidak agar sama-sama berkorban dan berjuang untuk menjadikan kerajaan yang ada sekarang lebih kuat. “Parti kena lebih kuat bergabung dengan kerajaan untuk kita berusaha sedaya mungkin mendekati masyarakat. “Buatlah apa sahaja pendekatan hasil kebajikan, dakwah supaya mereka boleh bersama-sama dengan kita,” kata Dato’ Yahaya. Menurutnya, tanggungjawab sebagai pegawai kerajaan amat berat kerana memikul amanah seluruh rakyat negeri ini. “Walaupun benda kecil sekalipun apabila menjadi kerajaan ni kena ambil cakna sebab tanggungjawab kerajaan untuk menguruskan kepentingan rakyat  sesuai kedudukan kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. “Apabila turun ke bawah kita dapat menyelami sendiri susah payah masalah  dan keadaan kehidupan rakyat. Kitalah sebagai kerajaan yang menjadi harapan mereka untuk memberikan perlindungan dan juga pembelaan,” ujar beliau. Justeru itu, kata beliau, kerajaan bertanggungjawab menyelesaikan walaupun sekecil-kecil masalah yang dihadapi oleh rakyat.
26 Oct 21
119
BKP Diagihkan Mulai Hari Ini
BKP Diagihkan Mulai Hari Ini
PUTRAJAYA, 26 Oktober - Bantuan Kehilangan Pekerjaan( BKP) akan mula diberikan secara one-off bermula pada hari ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan Keluarga Malaysia berada dalam keadaan sejahtera setelah mengharungi detik sukar dalam kehidupan akibat Pandemik Covid-19. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 870,000 akan menerima manfaat bantuan sebanyak RM500 yang membabitkan individu hilang sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini. "Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini," katanya dalam kenyataan semalam. Mengulas mengenai semakan status kelululusan bantuan berkenaan, Ismail berkata ia boleh disemak melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my. Untuk mengetahu maklumat terperinci, penerima juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimunat naik di portal tersebut.  
25 Oct 21
437
Khairunnisa' Sumbang Keperluan PKRC Terengganu
Khairunnisa' Sumbang Keperluan PKRC Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Oktober - Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Bekas Wakil-Wakil Rakyat Pas Terengganu (Khairunnisa') tampil menghulurkan bantuan untuk pusat kuarantin yang memerlukan sumbangan. Pengerusinya, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman berkata, walaupun dalam keadaan yang semakin pulih dengan pengurangan kes-kes positif Covid-19 secara mendadak, pihaknya berwaspada dan prihatin terhadap Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) yang masih dibuka dan menjalankan rawatan. "Kita prihatin akan keperluan kakitangan dan pesakit yang masih berada di pusat kuarantin di mana mereka menjalankan tugas dan rawatan. Justeru hari ini kita menghulurkan sumbangan untuk PKRC Stadium Negeri ini. "Kita menderma sebanyak 100 karton air serta beberapa set alat untuk perkhidmatan perubatan seperti glucometer (alat kesan tahap kencing manis), BP (blood pressure) scan, thermoscan dan sebagainya. "Alhamdulillah kami mendapat maklumat barang-barang keperluan PKRC daripada Ketua Kluster Kesihatan Khairunnisa', Dr Farhaana Abdullah," katanya ketika ditemui pemberita pada serahan bantuan berkenaan di sini hari ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor dan ahli-ahli Khairunnisa'. Kira-kira RM3,000 diperuntukkan bagi agihan tersebut selain mereka turut merancang untuk menyerahkan sumbangan seumpamanya kepada pihak yang memerlukan. Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Siti Salmy Mat Nor berkata, pihaknya sangat berterima kasih kepada Khairunnisa' atas kecaknaan membabitkan keperluan mereka sepanjang rawatan. "Saya mewakili PKRC di sini khususnya mengucapkan terima kasih kepada To' Puan Seri dan Khairunnisa' yang sudi datang pada hari ini dan menyumbangkan sumbangan yang sangat kami hargai. "Air minuman semestinya keperluan utama di samping alat perubatan yang disumbangkan akan membantu pengurusan kami di sini," katanya.
25 Oct 21
413
Dua Lokasi Di Setiu Diisytihar Kampung Pelancongan
Dua Lokasi Di Setiu Diisytihar Kampung Pelancongan
SETIU, 24 Oktober - Dua perkampungan iaitu Kampung Mangkuk dan Kampung Baru Penarik telah diisytiharkan sebagai Kampung Pelancongan Terengganu di mana ia berpotensi menonjolkan identiti negeri di persada negara dan dunia. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, bertemakan perkampungan tradisional, keunikan budaya, makanan dan lokasi itu juga membolehkan ia dicalonkan sebagai kampung pelancongan terbaik di Malaysia. “Tempat ini dipilih untuk bersaing dengan dua lokasi lain iaitu Miso Walai, Sabah dan Kampung Bario, Sarawak anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). “Perkampungan ini juga berpotensi sebagai pendapatan ekonomi alternatif buat para nelayan dan penduduk setempat memandangkan kesukaran mencari rezeki disebabkan musim tengkujuh. “Antara produk lain di sini seperti kawasan sungai ini juga merupakan lokasi sesuai bagi tapak penetasan tuntung laut dan sungai, Taman Bencah Setiu (Setiu Wetlands), Rumah Botol, Terrapuri dan banyak lagi,” katanya. Rumah botol antara salah satu produk pelancongan di Kampung Mangkuk. Tambahnya, menerusi tarikan tersebut, pihaknya mencadangkan tarikan lokasi berdekatan Kampung Mangkuk digabungkan dalam bentuk pakej-pakej bagi pengunjung untuk menginap di kampung tersebut dan berkunjung ke lokasi pelancongan yang ada, sekali gus memberi hasil kepada komuniti. Beliau berkata demikian selepas merasmikan pengisytiharan tersebut di Desa Pancaran Delima, semalam. Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Zulbhari A Rahman, Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Fadhli Yusof Zakaria dan Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif. Sementara itu, Ariffin turut berkongsi Terengganu khususnya Setiu sebagai tumpuan rakaman dan produksi filem serta drama kerana lokasi pantai cantik bukan sahaja di pulau-pulau dan pedalaman, malah di rumah-rumah perkampungan tradisional. “Ini secara langsung mempromosikan negeri di kaca televisyen,” jelasnya lagi. Katanya lagi, pihaknya akan terus bekerjasama dengan daerah tersebut bagi menjadikan ia sebagai tempat tumpuan pelancongan bukan sahaja bagi pengunjung dalam negara malah dari antarabangsa.
23 Oct 21
923
Berbeza Ideologi Jangan Sampai Rosakkan Perpaduan
Berbeza Ideologi Jangan Sampai Rosakkan Perpaduan
DUNGUN, 23 oktober - Masyarakat di negeri ini dinasihatkan agar tidak merosakkan perpaduan hanya kerana berbeza pandangan, ideologi, dan fahaman politik. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, sebaliknya orang ramai di negeri ini yang majoritinya adalah muslim sewajarnya mencari ruang untuk membina kekuatan agar tidak didominasi oleh musuh Islam.  "Mereka sedang memiliki kekuatan, dan mengambil kesempatan atas sikap orang Islam tidak bersatu dan berbalah terhadap perkara remeh temeh, bahkan mereka menunjukkan tanda untuk menguasai politik bagi mentadbir negara ini dan mereka pernah berjaya menguasainya. "Sudah sampai masanya untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri kerana wujudnya perbezaan pandangan sehingga berlakunya salah faham, bersamalah kembali membina kekuatan dalam kehidupan bermasyarakat berlandaskan apa yang diajarkan didalam Islam," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I) @Dungun, dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) peringakat daerah ini, di Padang Bola Felda Jerangau , di sini, pada hari ini. Turut hadir, Pengarah YADIM negeri, Nasrul Hadi Saidin. Mengulas mengenai program berkenaan Mohd Nor berkata, kerajaan sangat mengalu-alukan program yang diadakan bersempena Pelancaran Bulan Dakwah itu dalam menyemarakkan usaha dakwah di negeri ini dan mendidik rakyat agar mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya. "Kerja mengajak dan menyeru masyarakat kembali sedar mengamalkan ajaran Islam untuk membentuk keperibadian mukmin yang baik, ini adalah kerja setiap orang, bukan sahaja pendakwah dan pihak tertentu, bahkan kerja ini juga perlu digerakkan dalam keluarga. "Untuk menyampaikan peringatan kepada setiap orang mengenai peri pentingnya kewajipan menutup aurat dengan sempurna, menghadirkan diri ke masjid bagi mengikuti pengajian agama Islam sekali gus memakmurkan rumah Allah. "Alhamdulillah, kini masjid sudah terbuka luas, pengajian kuliah telah dibenarkan apatah lagi pada Isnin ini negeri ini telah memasuki fasa keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN) maka lagi banyak program-program dakwah yang boleh diadakan, dalam usaha kerajaan untuk mendidik seluruh masyarakat agar bertakwa kepada Allah SWT," ujarnya. Sementara itu Nasrul berkata, pihak YADIM melalui program berkenaan yang diadakan kali pertama membabitkan masyarakat di felda Jerangau selama dua hari menetapkan tiga matlamat utama. "Iaitu bagi menyantuni komuniti tanpa mengira latar belakang mereka, supaya sentiasa hidup dalam perpaduan dan keharmonian.  "Mengukuhkan hubungan strategik dengan NGO Islam melalui pendekatan 'dakwah bil hal' serta menambah bilangan pasukan sukarelawan YADIM yang melibatkan komuniti setempat menandakan bahawa di sini sudah memiliki sukarelawan seramai 30 orang," katanya.
23 Oct 21
275
32 Lagi Peserta Tanah Terkilan DUN Telemong Terima Geran Hak Milik
32 Lagi Peserta Tanah Terkilan DUN Telemong Terima Geran Hak Milik
  HULU TERENGGANU, 21 Oktober - Seramai 32 orang peserta tanah terkilan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bukit Sirih, Kampung Kemat menerima geran milik tanah, baru-baru ini. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata kerajaan negeri terus mengotakan janji manifesto dengan penyerahan geran tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan 2004. "Alhamdulillah, hadiah kerajaan kepada rakyat, setelah hampir 20 tahun menunggu saat ini. Penyerahan geran hak milik tanah ini membuktikan kerajaan negeri sangat komited menyelesaikan masalah rakyat. "Ini adalah gambaran jelas bahawa kerajaan memang bersimpati dengan apa yang dihadapi oleh mereka yang sebelum ini mendapat tanah dan akhirnya dinafikan," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah Kepada Peserta Tanah Terkilan RTB Bukit Sirih yang diadakan secara pandu lalu di Perkarangan Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau,  Dr Mamad Puteh bersama Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kemat, Kamaruddin Ali berkata, beliau berasa lega dan bersyukur kerana berjaya mendapatkan kembali tanah yang diusahakan oleh perserta selama hampir 20 tahun lalu. "Terima kasih di atas kesungguhan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong dan Pejabat Tanah yang bertungkus lumus menyelesaikan permohonan peserta memandangkan ianya telah berlarutan begitu lama, sejak 2004 lagi, tapi Alhamdulillahlah, permohonan ini berjaya juga akhirnya." ujarnya. Turut berlangsung dalam majlis yang sama, penyerahan geran hak milik tanah kepada peserta RTB Air Itam, Sungai Lila di Kampung Pelam seramai 21 orang peserta.  
20 Oct 21
1306
KPDNHEP Pantau Ketulenan Emas, Logam Berharga
KPDNHEP Pantau Ketulenan Emas, Logam Berharga
KUALA TERENGGANU, 18 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempergiatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas ketulenan logam berharga melalui Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga 1994) di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, ia bagi memastikan pematuhan peniaga ke atas peruntukan undang-undang ini dipatuhi sepenuhnya.  "Sejak tahun 2019 sehingga tahun 2021, sebanyak 42 tindakan kes telah diambil berhubung isu logam berharga ini melibatkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM53,463.00 manakala sebanyak RM7,700.00 kompaun telah dikeluarkan dan denda sebanyak RM20,000.00 telah dikenakan kepada syarikat atau individu yang terlibat. "Sepanjang tahun 2021 pula, sehingga Oktober 2021, sebanyak 11 aduan telah diterima oleh KPDNHEP dan sembilan tindakan kes telah disiasat melibatkan nilai rampasan sebanyak RM3,950.00," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Menurut Azman, bagi memastikan tindakan penguatkuasaan ke atas pemeriksaan logam berharga itu dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan, KPDNHEP melalui Bahagian Penguat Kuasa (BPGK) telah membuat perolehan bagi dua set peralatan pengujian ketulenan logam berharga pada tahun 2020. "Setiap set peralatan ini mengandungi beberapa alat termasuk Radas Sinaran Sinar-X (Thermofisher Scinentific NITON DXL 800) atau lebih dikenali sebagai alat XRF. "Alat XRF merupakan suatu alat pengujian ketulenan logam berharga yang menggunakan kaedah pengujian tanpa musnah (Non-Destructive Testing Method) ke atas lebih 100 jenis unsur logam seperti emas, perak, gangsa dan lain-lainnya," jelasnya. Mengulas lanjut, menurutnya, KPDNHEP juga akan menambah lebih banyak alat ujian XRF ini berserta Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) dan Pekerja Sinaran (PS) dari semasa ke semasa bagi membolehkan lebih ramai anggota penguat kuasa KPDNHEP berkelayakan untuk mengendalikan alat ini. "Ini sekali gus akan menyebabkan tindakan penguatkuasaan dan pemeriksaan dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh dan berkesan di seluruh negara," katanya. Setakat ini, KPDNHEP telah menjalankan tiga siri pemeriksaan ketulenan logam berharga di Jalan Masjid India (Kuala Lumpur), Pekan Kuala Pilah (Negeri Sembilan) dan juga AEON Mall Shah Alam (Selangor). Secara keseluruhan, sebanyak 11 premis kedai emas telah diperiksa dengan menggunakan alat XRF ini. Barang kemas yang diperiksa adalah emas yang berupa gelang, cincin, loket, rantai dan juga subang. "Pihak KPDNHEP ingin memberikan amaran kepada semua peniaga yang menjual logam berharga ini agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan ini dan tidak mengambil kesempatan dengan menjual logam berharga yang tidak tulen kepada pengguna. "Syarikat atau individu yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga) 1994, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 bagi pertubuhan perbadanan manakala bagi individu didenda tidak melebih RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya," katanya. Sekiranya pengguna mempunyai maklumat berkenaan salah laku peniaga berhubung perkara ini bolehlah melaporkan kepada KPDNHEP melalui saluran berikut: i.    Portal e-aduan.kpdnhep ii.    Call Centre 1-800-886-800 iii.    Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my iv.    Ez ADU KPDNHEP v.    Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 vi.    Whatsapp 019-279 4317
18 Oct 21
1108
Daftar Niaga, Kerjasama Jabatan Bantu Usahawan Kecil
Daftar Niaga, Kerjasama Jabatan Bantu Usahawan Kecil
MARANG, 17 Oktober - Seramai 14 orang usahawan kecil di kawasan Rhu Rendang telah terlibat dalam pendaftaran perniagaan dalam satu program melibatkan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang. SSM telah membantu daftar niaga usahawan ini melibatkan pendaftaran secara percuma beberapa orang peserta dan memudahkan urusan dalam program tersebut. Ketua Seksyen Operasi SSM, Mohd Khairuddin A Manaff berkata, pihaknya telah membantu tiga orang peserta mendaftar secara percuma manakala dua orang lagi di bawah Bantuan Prihatin Nasional. “Usahawan perlu mendaftar SSM agar dapat manfaat bantuan daripada agensi atau jabatan terlibat untuk bantu perusahaan mereka. “Seperti contoh lain juga, kemudahan mendapatkan latihan, mendapat pinjaman daripada agensi, memudahkan usahawan untuk membuka akaun dan meningkatkan keyakinan pelanggan itu sendiri," katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan daripada pihak SSM. “Program ini merupakan kali kedua diadakan setelah sebelum ini seramai sembilan orang telah berdaftar pada program kali pertama. “Mudah-mudahan dapat membantu para peniaga kecil kita di kawasan DUN Rhu Rendang," ujarnya. Seorang usahawan kecil yang membuat ukiran bot, turut diserahkan sendiri daftar niaga oleh SSM di rumahnya. Turut hadir, Pengurus Pembangunan Usahawan YPU Negeri Terengganu, Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad dan Pengarah Kraftangan Negeri Terengganu, Juhairi Azmi.
17 Oct 21
463