Artikel "Komuniti" Terkini
Wanita Maut Motosikal Terbabas Ke Longkang
Seorang wanita terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke longkang di Kampung Gong Kepas Dalam, Jerteh, tengah hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa Azizun Mohd Noor, 39, dari Kampung Keluang, Besut dikatakan menunggang bersendirian menuju ke Kampung Gong Bayor apabila motosikalnya hilang kawalan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata mangsa yang cedera parah di kepala, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jertih yang tiba di tempat kejadian, membantu mengangkat mayat mangsa yang terhumban ke longkang.
"Mangsa yang bekerja di kedai makan menunggang motosikal milik suaminya dan tidak mempunyai lesen memandu," katanya sebagaimana dilaporkan oleh Berita Harian.
09 Sep 16
225
Australia Larang Aktif Galaxy Note 7 Dalam Pesawat
Dua buah syarikat penerbangan Australia, Qantas dan Virgin Australia, melarang para penumpangnya untuk mengaktifkan dan mengecas Samsung Galaxy Note 7 semasa penerbangan dalam pesawat mereka.
Agensi berita Agence France-Presse (AFP) melaporkan, larangan keras tersebut terpaksa dikuatkuasakan kerana beberapa siri kes yang membabitkan bateri telefon bimbit pintar model itu terbakar atau meletup semasa sedang dicas oleh penumpang.
Samsung yang merupakan pengeluar telefon pintar terbesar antarabangsa dalam kenyataannya pada minggu lalu menyatakan bahawa kesemua produk Galaxy Note 7 yang sedang dipasarkan di seluruh dunia telah ditarik balik.
Menurut sebuah laman berita luar negara, difahamkan syarikat telekomunikasi gergasi terkenal dari Korea Selatan itu telah menarik sebanyak 2.5 juta unit model tersebut yang berada dalam pasaran seluruh dunia.
“Berikutan penarikan peranti elektronik peribadi Samsung Galaxy Note 7, kami meminta para penumpang agar mematikan atau tidak mengecas telefon itu semasa penerbangan,” kata jurucakap Qantas menerusi kenyataan.
Larangan penggunaan Samsung Galaxy Note 7 semasa dalam penerbangan dikuatkuasakan untuk semua destinasi, sama ada penerbangan laluan domestik mahupun antarabangsa.
Selain Qantas, pesaing syarikat itu, Virgin Australia juga mengeluarkan amaran yang sama melalui satu kenyataan mereka dan perkara itu diumumkan kepada penumpangnya sebelum penerbangan bermula.
Sumber : Mynewshub
08 Sep 16
73
60 Pelancong Singapura Bakal Sertai Ibadah Korban
Seramai 60 pelancong dari Singapura dijangka akan menyertai ibadah korban sempena Aidiladha di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit pada 12 September ini.Majlis yang akan bermula pada pukul 9.45 pagi melibatkan sebanyak tujuh ekor lembu dan tiga ekor kambing.Program julung kali itu adalah hasil inisiatif kerajaan negeri menerusi Sekretariat Beautiful Terengganu bersama Unisza Tourism Sdn BhdIbadah korban bersama pelancong dari Singapura tersebut adalah hasil rundingan dan jualan sempena program Beautiful Terengganu di Singapura pada 11 hingga 14 Ogos lalu.
08 Sep 16
46
Pasangan Mat Salleh Kutip Sampah Untuk Bantu Jiran Tetangga
Baru-baru ini, rakaman gambar pasangan suami isteri Mat Salleh memungut sampah di sebuah kawasan perumahan menjadi viral di media sosial.
Rakaman yang dikongsi oleh akaun Facebook bernama Zaki Bai menunjukkan pasangan suami isteri, Micheal Joseph dan Tammy Sue sedang membersihkan kawasan perumahan di Pasir Gudang, Johor Bahru dengan memungut sampah-sarap.
Tindakan itu nyata mengejutkan netizen, dan pelbagai pujian melimpahi media sosial.
Rata-rata netizen memuji perbuatan murni pasangan itu yang sanggup mengutip sampah demi menjaga kebersihan kawasan tersebut.
Memetik laporan media tempatan, Joseph dan Tammy berkata mereka tidak menyangka perbuatan mereka akan menjadi viral.Menurut Joseph, khidmat itu dilakukan sejak tiga hingga empat bulan lalu selepas mereka berpindah ke negeri itu pada Disember 2014.
Tambahnya, ia merupakan satu langkah yang dilakukan secara sukarela dan sebahagian daripada prinsip hidup mereka – sentiasa berbuat baik kepada orang lain.
"Ini hanya sumbangan kecil kami kepada jiran tetangga.
"Kami ingin membantu mereka dengan memastikan kawasan perumahan ini sentiasa bersih selain memudahkan tugas petugas yang memungut sampah di kawasan ini,” kata Joseph sebagaimana dilaporkan portal Harian Metro.
Menurut bekas wartawan Texas itu, dia dan isterinya mengambil keputusan ini ketika melakukan senaman dengan berjalan di sekitar kawasan perumahan itu.
Sejak hari itu, mereka mengambil masa kira-kira 45 minit setiap hari Isnin dan Khamis bagi melakukan perkara tersebut.
Menurut Tammy yang juga bekas jururawat di Texas, dia dan suaminya selama ini diajar untuk mencintai orang sekeliling dan itu antara cara mereka menunjukkan kasih sayang kepada jiran tetangga.
"Ada jiran memberitahu bahawa gambar kami tersebar di laman sosial.
"Jiran dan orang sekeliling amat menghargai apa yang kami lakukan.
“Ada yang akan memberhentikan kenderaan dan mengucapkan terima kasih, malah ada juga yang menghulurkan makanan dan minuman buat kami.
"Bagi kami, ini bukan soal kebersihan semata-mata kerana di mana saja, malah di Amerika Syarikat juga, sampah sarap itu memang akan wujud,” katanya kepada wartawan.
Sumber : Astro Awani
07 Sep 16
193
15 Kanak-Kanak Tadika Berjaya Daki Bukit Kapal
Walaupun terpaksa mendaki bukit yang agak curam namun 15 kanak-kanak Tadika Perpaduan Permaisuri dan Pak Kancil, Setiu mampu bersaing dengan orang dewasa untuk sampai ke puncak Bukit Kapal, Gerdong, Hulu Terengganu.Pendakian yang bermula jam 10.30 pagi itu disertai kira-kira 200 ahli Kelab Rukun Tetangga (KRT) Setiu termasuk beberapa kakitangan jabatan kerajaan di Setiu.Aktiviti yang memakan masa kira-kira 40 minit bermula dari Kampung Pelong itu adalah antara acara sempena Program Gegar 10,000 Langkah dan Kayuhan Merdeka Kementerian Kesihatan yang diadakan serentak di seluruh negara, semalam.Pegawai Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Setiu, Ikhwan Hafis Akmal Hizri berkata, Program Kabat Bukit Kapal Bulan Kebangsaan sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Setiu yang dianjurkan pihaknya mendapat sambutan baik dari peserta."Alhamdulillah, semuanya sampai ke destinasi pagi ini termasuklah seramai 15 kanak-kanak dari Tadika Perpaduan Permaisuri dan Pak Kancil."Kanak-kanak tadika ini diawasi oleh guru-guru mereka dan ternyata mereka ini kental kerana untuk sampai ke tempat Batu Kapal itu perjalananya lebih 2 kilometer dan agak mencabar," katanya.Turut hadir menyertai ekspedisi itu ialah Pegawai Kesihatan Daerah Setiu, Dr Suhaila Abdul Syukur dan Pegawai Risda Daerah Setiu, Nazihah Othman.Ikhwan Hafis berkata, selain dapat melihat sendiri sebuah batu besar yang dikatakan berasal dari sebuah kapal terdampar di atas bukit itu pada zaman dahulu, ianya juga dapat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta."Kami berada hampir satu jam di tempat batu kapal itu untuk melihat bentuk batu kapal itu yang sememangnya seperti sebuah kapal besar yang terdampar selain bergambar kenangan dan menikmati keindahan tempat itu yang juga terdapat kawasan air terjun," katanya.Program itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Setiu Dan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (J3K) Pelong.
06 Sep 16
675
Sepahtu Sinar Belajar Dialek Terengganu Dengan Mat Dan
Sepahtu Sinar belajar cakap dialek / loghat Terengganu dengan bergurukan Mat Dan atau nama sebenarnya Muhammad Kareef Daniel (setelah memeluk Islam) yang fasih berbahasa Terengganu.
Mat Dan sebelom ini menjadi viral di laman sosial kerana fasih bercakap loghat Terengganu walaupun berbangsa Inggeris yang berasal dari Bristol, England.
Beliau mula menjejakkan kaki di Malaysia pada tahun 2009 ketika berusia 19 tahun. Pada asalnya dia mengembara ke Thailand dan Laos sebelum seorang rakan mencadangkan untuk bercuti ke Pulau Perhentian.
Seterusnya dia singgah pula ke Pulau Kapas dan jatuh cinta dengan keindahan di situ. Jadi dah lebih kurang 7 tahun dia tinggal di Malaysia sejak tiba pada 2009.
Menurut Mat Dan, bukan senang sebenarnya nak belajar bercakap Bahasa Melayu ini. Lebih kurang tiga empat tahun juga lah. Bila ditanya macam mana cara dia belajar , jawapannya mudah, ‘langgar’ je.
Lama kelamaan dia makin fasih dan menguasai bahasa tempatan. Nak bergaul dengan orang kampung kena lah belajar kan.
Disebabkan dah fasih sangat Bahasa Melayu, dia pernah ditegur kawan-kawannya di England kerana bahasa inggeris dia dah lain.
Mat Dan kini menjadi perhatian masyarakat Malaysia sejak viral di laman sosial dan turut menerima undangan ke beberapa stesen radio bagi berkongsikan kisahnya yang unik itu.
06 Sep 16
240
Program Gegar 10,000 Langkah Jadi Amalan Gaya Hidup Sihat
Program Gegar 10,000 Langkah yang dianjurkan setiap tahun mampu menerapkan amalan hidup cergas sekali gus menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu,Doktor Noriah Mahmud berkata aktiviti sukan sebegini juga akan menjadikan tubuh badan menjadi sihat bagi membantu pembangunan negara."Saya berharap aktiviti sukan ini akan menjadi amalan hidup kita kerana adalah penting apabila kita berkhidmat untuk kerajaan, kita juga perlu masa untuk rekreasi dan bersukan."Dengan kesihatan yang baik, maka mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan besar dan mencabar serta meningkatkan produktiviti kerja bagi memajukan institusi serta negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Gegar 10,000 langkahl, hari ini.Perasmian program disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang merangkap Ahli Dewan Undangan Kuala Berang.Sementara itu,Tengku Putera berkata, pada masa akan datang, laluan berjalan kaki di taman-taman dan kampung-kampung dapat dibina untuk kegunaan penduduk Kuala Berang melakukan aktiviti sihat ini."Saya harap selepas ini banyak lagi jabatan membuat program ini untuk melahirkan rakyat yang sihat kerana menjaga kesihatan adalah amat penting untuk kita mencari rezeki dan membuat amal ibadah,"katanya.Pada program yang bermula awal pagi itu, 500 peserta mengambil bahagian menjayakan aktiviti senamrobik, berjalan 10,000 langkah dan menjalani pemeriksaan kesihatan.
06 Sep 16
283