lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

2,251 KIR Terima Bantuan Persekolahan Di DUN Kijal
2,251 KIR Terima Bantuan Persekolahan Di DUN Kijal
KEMAMAN, 30 November - Seramai 2,251 Ketua Isi Rumah (KIR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menerima Bantuan Persekolahan Negeri Terengganu 2021 sebanyak RM100. Salah seorang penerima bantuan Mohd Azan Abu Bakar, 49, ketika ditemui pemberita bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana bantuan tersebut. "Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana saya terpilih sebagai penerima bantuan persekolahan ini. Mohd Azan Abu Bakar "Sekurangnya ia dapat meringankan beban perbelanjaan kami sekeluarga memandang keluarga kami merupakan keluarga yang agak besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas penyerahan bantuan ini di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal semalam. Sebahagian daripada penerima yang hadir. Azan merupakan KIR kepada sebelas orang anak dimana dua orang anaknya layak menerima bantuan. Dia bekerja sebagai pembuat pagar besi secara kecilan kini menetap di Taman Rakyat Bestari, Bukit Kuang. "Harapan saya agar kerajaan meneruskan bantuan seumpama ini agar golongan berpendapatan rendah turut merasa nikmat yang dikurniakan oleh Allah," ujarnya.
29 Nov 21
583
Sukarelawan DUN Telemong Siap Siaga Hadapi Banjir
Sukarelawan DUN Telemong Siap Siaga Hadapi Banjir
HULU TERENGGANU, 25 November - Sukarelawan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dalam keadaan bersiap siaga menghadapi kemungkinan bencana banjir di daerah itu. Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, dengan kerjasama pelbagai pihak diantaranya Khidmat Malaysia, Jabatan Amal, Pemuda PAS, Ameerah dan badan bukan kerajaan (NGO) sekitar DUN Telemong, para sukarelawan bersedia untuk digerakkan ke lokasi terjejas banjir bagi membantu mangsa jika berlakunya bencana tersebut. "Sukarelawan banjir peringkat DUN Telemong kini dalam mod bersiap siaga dan bersedia untuk digerakkan ke lokasi terbabit serta menyampaikan bantuan yang perlu kepada mangsa terlibat. “Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana seperti banjir di kawasan kita. “Sebagai sebuah angensi kerajaan, kita mendapat kerjasama baik daripada beberapa NGO dan pelbagai pihak yang sanggup berkorban tenaga menghulurkan bantuan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Khidmat Malaysia dan Sukarelawan Banjir Peringkat DUN Telemong, baru-baru ini. Tambahnya lagi, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, Terengganu diantara negeri yang diramal bakal menghadapi ancaman banjir besar. "Di DUN kita terdapat beberapa kawasan yang kebiasaan dilanda banjir terutamanya di Mukim Hulu Telemong dan sebahagian kampung di Mukim Tersat. "Kita di Peringkat Pusat Khidmat Masyarakat DUN sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan," ujarnya.   Dalam majlis tersebut, Mohd Safari turut merasmikan bot dan kelengkapan untuk kegunaan dalam operasi banjir.
28 Nov 21
535
Penduduk Dinasihat Guna Jalan Alternatif
Penduduk Dinasihat Guna Jalan Alternatif
DUNGUN, 28 November - Penduduk di Hulu Dungun yang terputus hubungan susulan jalan utama di Kilometer 10, Jalan Tepus-Pasir Raja mendap dan rosak dinasihat supaya menggunakan laluan alternatif sehingga proses pembaikan selesai sepenuhnya. Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Minda, Wan Zawawi Wan Ahmad berkata, kerosakan kali ini lebih serius berlaku berbanding dahulu dan penduduk tidak perlu merisikokan nyawa masing-masing kerana notis jalan ditutup telah dikeluarkan. "Jadi penduduk mereka boleh menggunakan dua jalan alternatif bagi menyelesaikan urusan mereka walaupun agak jauh, boleh menggunakan laluan sama ada melalui Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) ataupun melalui Kampung (kg) Besol Lama yang akan memakan masa selama 30 minit atau 40 minit. "Pada masa ini, kawalan keselamatan telah dilakukan dengan meletakkan kon dan mohon kerjasama semua pihak  kerana ia akan menyukarkan pihak berkuasa memberikan bantuan sekiranya berlaku kecemasan," katanya ketika dihubungi pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPD), di sini, hari ini. Beliau juga berkata, sejak banjir besar 2014 jalan berkenaan sering kali berlaku mendapan dan proses pembaikan dilakukan dengan menampal jalan, kali terakhir ia dibuat pada akhir Ogos baru-baru ini. Sementara itu, seorang penduduk, Nodin Saman berkata akibat kejadian berkenaan kesulitan turut dialami para guru, pelajar serta ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah. "Lima buah sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Jengai, SK Jongok Batu, SK Syukur, SK Pasir Raja dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jengai. "Kalau hendak ke sekolah terpaksa menggunakan jalan yang agak jauh iaitu Jalan Bukit Besi-Besol Lama dan Ke Kampung Rantau Panjang dengan jarak sejauh 30 Kilometer membabitkan masa sekitar 40 minit, diharapkan perkara ini mendapat perhatian segera pihak berkuasa," ujarnya. Foto - Astro Awani.
28 Nov 21
4552
Bantuan Persekolahan Terima Reaksi Positif Ibu Bapa
Bantuan Persekolahan Terima Reaksi Positif Ibu Bapa
KUALA TERENGGANU, 27 November – Hasil tinjauan sebahagian penerima Bantuan Persekolahan Tahun 2021 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk rata-rata menunjukkan respon yang amat positif terutamanya daripada golongan ibu bapa. Kebanyakkan menyifatkan sumbangan tersebut mampu meringankan beban dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka. “Saya ada empat orang anak yang masih bersekolah dan dana ini membolehkan saya untuk membeli pakaian dan alatan persekolahan anak-anak, tanpa perlu risau kos seperti sebelum ini” kata Roslan Ali, 42, ketika ditemu bual pemberita.   Sementara itu, ibu kepada dua orang anak, Liza Ali, 39, merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan atas sumbangan permulaan persekolahan tersebut yang juga diberikan setiap tahun. “Alhamdulillah, setiap tahun kami sekeluarga menerima dana ini, wang tunai sebanyak RM100 akan dimanfaatkan untuk perkakasan sekolah pada sesi baharu ini. “Justeru, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pihak kerajaan atas bantuan yang diberikan ini,” kata Liza. Seramai 2212 orang penerima telah menerima Bantuan Persekolahan Tahun 2021 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk semalam dalam satu majlis yang dirasmikan oleh ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.  Jumlah penerima tersebut merupakan yang tertinggi dalam Parlimen Kuala Terengganu.
27 Nov 21
558
60 Penerima Bersyukur Terima Bantuan Bakul Makanan
60 Penerima Bersyukur Terima Bantuan Bakul Makanan
HULU TERENGGANU, 26 NOVEMBER - 60 penerima bantuan bakul makanan menarik nafas lega apabila menerima sumbangan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM ) dan orang perseorangan yang diselaras oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ajil. Rata-rata mereka melafazkan rasa syukur dan terharu atas pemberian bantuan itu. Seorang warga emas, Harun Ahmad, 61, berkata, bantuan itu amat bermakna baginya dan beliau berterima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan. “Allah sahaja mampu membalas jasa semua pihak yang datang sampaikan bantuan kepada saya. “Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang menghulurkan bantuan  kerana membantu rakyat yang kurang berkemampuan seperti kami” katanya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) pagi tadi. Perasaan sama dikongsikan Munah Ali, 77, yang berharap lebih banyak bantuan seperti itu disalurkan kepada individu memerlukan pada masa akan datang. “Syukur Alhamdulillah dengan rezeki diberikan. Semoga pihak yang memberi bakul makanan ini dilimpahkan rezeki dan dikurnia kesihatan berterusan,” katanya yang menetap di Kampung Betong. Bagi Zamilah Sulaiman, 49, berkata, bakul makanan ini sangat membantu dirinya dalam meringankan beban memandangkan dia seorang ibu tunggal dan hanya bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan RM 700 sebulan. “Saya ucap terima kasih serta bersyukur kepada Allah atas bantuan ini kerana Bakul Makanan ini menjadi penyelamat bagi menampung perbelanjaan dapur,” katanya. Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bukan sekadar membantu kerajaan, tetapi lebih utamanya adalah menjadi tulang belakang kepada golongan yang memerlukan dan menyokong mereka dalam bentuk pek makanan dalam membantu rakyat kesusahan yang memanfaatkan ribuan isi rumah. "Peranan yang dilaksanakan oleh NGO ini adalah serentak dengan tanggungjawab menyelaraskan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar selain tambahan kepada bantuan bakul makanan yang disalurkan oleh kerajaan," ujar beliau.  
26 Nov 21
1204
2,212 Pelajar Di Batu Buruk Terima Bantuan Persekolahan
2,212 Pelajar Di Batu Buruk Terima Bantuan Persekolahan
KUALA TERENGGANU, 25 November – Seramai 2,212 pelajar di Dewan Undangan Negeri Batu Buruk menerima Bantuan Persekolahan Tahun 2021. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, jumlah tersebut merupakan yang tertinggi dalam Parlimen Kuala Terengganu. “Alhamdulillah, bantuan persekolahan ini diteruskan lagi oleh kerajaan negeri pada tahun ini sebagai satu usaha dalam memberikan kebajikan kepada rakyat. “Bantuan yang kita sampaikan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat supaya hasil kerajaan negeri dapat kembali kepada rakyat dalam pelbagai bentuk dan sektor seperti sektor pendidikan, kebajikan, dakwah, pelaksanaan syariah, ekonomi, pertanian dan sebagainya. “Di samping itu juga, saya berpesan kepada semua untuk sama-sama kita menjaga diri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) terutama dalam kalangan anak-anak yang hadir ke sekolah,” katanya dalam majlis penyerahan bantuan itu. Majlis yang diadakan di Dewan Dato’ Haji Wan Abdul Muttalib, Kuala Ibai itu berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.  
25 Nov 21
389
'Skuad Uniti' Pasukan Hadapan Urus Komuniti Hadapi Banjir
'Skuad Uniti' Pasukan Hadapan Urus Komuniti Hadapi Banjir
KUALA TERENGGANU, 24 November - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui Skuad Uniti sedia berperanan sebagai pasukan hadapan untuk menghadapi serta menangani situasi tidak terduga seperti bencana banjir. Ketua Pengarahnya, Abdul Halim Hasan berkata, pihaknya melalui skuad terbabit akan mengguna pasukan 'Bantu Mula' di Kawasan RukunTetangga (KRT) seluruh negeri. "Pasukan akan membantu memindahkan mangsa-mangsa  banjir, bertindak menyalurkan maklumat pada setiap masa, serta melakukan segala kerja-kerja yang berkaitan pada peringkat awal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). "Kita juga akan akan turut berperanan menenangkan mereka yang terlibat menghadapi musibah berkenaan dengan menyampaikan motivasi bagi memulihkan psikologi mereka dalam tempoh awal berlaku itu. "Manakala pada pasca banjir pula sukarelawan ini akan membantu melaksanakan kerja pembersihan," ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita pada Majlis Penghargaan Sukarelawan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK), di Sumai Hotel Apartment, di sini, pada hari ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri, Mohd Rosli Alias. Dalam program itu seramai 457 sukarelawan telah diberikan sijil penghargaan melalui wakil di setiap daerah terlibat melaksanakan MOVAK, iaitu Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut. Mengulas mengenai MOVAK, beliau berkata program yang diadakan bermula Julai merupakan usaha melalui Kementerian Perpaduan bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada seluruh masyarakat terutama kepada mereka yang berada di luar bandar. "Program ini telah ditamatkan, setakat ini belum ada keperluan untuk turut membantu rakyat dalam bagi mendapatkan dos penggalak, jika ada keperluan kita bersedia untuk laksanakannya," ujarnya.    
24 Nov 21
545
Bubur Lambuk Eratkan Silaturahim
Bubur Lambuk Eratkan Silaturahim
DUNGUN, 25 November- Bubur lambuk adalah  makanan tradisi orang Terengganu dan menjadi juadah istimewa yang mampu mengeratkan silaturahim sesama anggota masyarakat. Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu, Alias Harun berkata bubur lambuk merupakan simbol keakraban masyarakat kampung terjalin erat. "Bukan sahaja masa kita hantar bubur lambuk kita dapat bertanya kabar tetapi  tradisi bergotong royong untuk  menyediakannya juga salah satu cara untuk bertemu mata jiran  sekampung.  " Tetapi dengan budaya norma baharu untuk  mematuhi Prosedur Operasi Standard(SOP) jadi terpaksalah had bilangan orang kampung yang boleh datang bergotong royong, " katanya Alias berkata demikian di dalam ucapan ringkasnya sebelum mengedarkannya kepada penduduk - penduduk di Kampung Rantau Abang di sini. Gimik Agihan Bubur Lambuk, Alias menerima bubur lambuk daripada Jamaluddin(tengah) sambil diperhati Pengerusi JPKK Rantau Abang, Muhammad Deraman(paling kanan).  Program sempena 'Himpunan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) Parlimen Dungun(HI-PADU 0.5) itu adalah anjuran iMiTS Parlimen Dungun yang melibatkan kakitangan iMiTS DUN-DUN di Dungun dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Rantau Abang serta penduduk setempat. Sehubungan itu, Pengarahnya, Jamaluddin Jusoh berkata program tersebut adalah sebagai 'batu loncatan' untuk memasyarakatkan iMiTS. "Di masa yang sama kita mahu mengumpulkan semua kakitangan iMiTS dan kita melihat penerimaan masyarakat sangat positif disamping kerjasama yang erat antara ADUN Rantau Abang dan masyarakat kampung," katanya. 
24 Nov 21
465
200 Kaum Hindu Jabor Perasing Diraikan
200 Kaum Hindu Jabor Perasing Diraikan
KEMAMAN, 22 Nov - Kira-kira 200 orang kaum beragama Hindu diraikan dalam satu majlis sambutan perayaan Deepavali yang telah berlangsung di Ladang Jabor Perasing, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, beliau merasa bersyukur kerana dapat mengadakan program sedemikian bagi meraikan kaum Hindu. "Syukur dengan izin-NYA, saya hari ini dapat bersama-sama dengan anda semua yang baru sahaja bergembira menyambut Deepavali bersama keluarga dan sanak-saudara. Kami mengharapkan anda semua dapat menjalani kehidupan yang baik agar dapat mencapai kebahagiaan bersama.  "Seiring dengan semangat dan aspirasi Keluarga Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Bulan Keluarga Kebangsaan yang disambut pada November setiap tahun bakal dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia,"ujarnya. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai berkata demikian ketika merasmikan program itu. Katanya lagi, Bulan Keluarga Malaysia 2021 akan memfokuskan nilai pengkayaan Keluarga Malaysia iaitu K.A.S.I.H. yang merangkumi kasih sayang, akhlak atau peribadi mulia, sihat fizikal dan mental, berilmu serta harmoni sebagai nilai yang perlu ada dalam setiap ahli keluarga. Dalam majlis itu, kerajaan negeri turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan dapur penerima yang hadir. Majlis dimeriahkan lagi dengan jamuan dan cabutan bertuah. Turut bersama ADUN Air Putih, Razak Ibrahim, Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krishnan dan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ustaz Ramlan Mahmood dan lain-lain.
22 Nov 21
452
'Kerosakan Pusat Akuatik Batu Buruk Perlu Dibaiki Segera'
'Kerosakan Pusat Akuatik Batu Buruk Perlu Dibaiki Segera'
KUALA TERENGGANU, 18 November - "Kerosakan di Pusat Akuatik Batu Buruk perlu dibaiki segera," gesa Ahli Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) selepas melakukan lawatan kerja baru-baru ini. Wan Mokhtar Wan Kadir berkata, lawatan berkenaan juga bertujuan untuk mencari penyelesaian susulan bil air di pusat terbabit yang mencecah sehingga RM10,000 sejak sekian lama. "Hasil lawatan kami mendapati ia antaranya berpunca daripada dua bola tangki dan tiga 'butterfly valve' rosak.  "Ia menyebabkan air sentiasa mengalir keluar, walaupun kolam renang tersebut tidak digunakan," katanya. Katanya kepada media selepas mengadakan lawatan tersebut bersama dan kakitangan MBKT serta pegawai-pegawai Syarikat Air Terengganu (SATU).  Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar pihak pengurusan MBKT membaiki segera kerosakan kolam renang yang menjadi tarikan pelancong dan juga orang ramai untuk melakukan aktiviti renang.  "Janganlah biarkan kerosakan tersebut terlalu lama untuk dibaiki kerana ia akan memberikan kerugian memandangkan ia juga adalah salah satu daripada punca pendapatan MBKT," ujarnya.
18 Nov 21
1699