lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Dakwah Tanggungjawab Setiap Individu Muslim
Dakwah Tanggungjawab Setiap Individu Muslim
KUALA TERENGGANU, 15 Disember – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah menganjurkan Program Dakwah Jalanan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab dakwah di Dataran Pantai Batu Buruk, baru-baru ini. Pengarah Program Dakwah Jalanan, Mohd Kazman Ishak ketika ditemui berkata, tanggungjawab meyampaikan dakwah merupakan peranan setiap individu Muslim kerana mereka semua merupakan duta yang mencerminkan kecantikan Islam. “Justeru, tugas ini tidak hanya terletak kepada golongan ustaz dan ustazah sahaja. “Kita boleh menyampaikan dakwah melalui percakapan ataupun melalui perbuatan dengan menjaga tingkah laku kita dengan baik,” katanya. Antara pemenang hadiah cabutan bertuah Tambahnya, apa sahaja perbuatan yang mendekatkan diri dan masyarakat kepada Allah SWT dikira sebagai dakwah.  “Alhamdulillah, kehadiran peserta pada hari ini dianggarkan sekitar 60 orang walaupun dalam keadaan hujan,” katanya.  Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut ialah penyampaian tazkirah, agihan risalah, penyampaian hadiah cabutan bertuah, agihan aiskrim percuma dan agihan belon percuma. Agihan aiskrim percuma kepada peserta  
14 Dec 21
550
Tumpuan Sama Rata Kementerian Pendidikan Kurangkan Jurang Perbezaan
Tumpuan Sama Rata Kementerian Pendidikan Kurangkan Jurang Perbezaan
KUALA LUMPUR, 14 Disember– Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di gesa agar memberikan tumpuan sama rata kepada sekolah-sekolah di luar bandar agar pembangunannya seimbang dengan institusi pendidikan berkenaan yang berada di bandar bagi mengurangkan jurang perbezaan.  Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata ia termasuk dalam menyediakan fasiliti bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta selamat, dimana KPM perlu menyegerakan peruntukkan untuk membaikpulih fasiliti-fasiliti yang telah usang bagi sekolah di pedalaman. “Saya ingin membangkitkan isu yang berkaitan dengan baikpulih sekolah luar bandar seringkali terlewat menerima peruntukkan, ianya membimbangkan kerana kerosakkan yang berlaku boleh mengancam keselamatan murid dan warga sekolah bahkan terdapat juga sehingga ke hari ini masih belum diterima. "Diantara masalah yang dihadapi ialah kerosakan pada litar pemasang elektrik yang mana kerosakkan dialami itu menelan kos yang besar untuk dibaik pulih dan juga didapati sistem perpaipan yang terlalu lama juga perlu diperbaiki. "Perkara ini membawa implikasi besar. Kerana bil air sekolah melambung tinggi, mencecah ribuan ringgit akibat terdapat banyak tempat kerosakkan yang tidak diperbaiki segera.Begitu juga dengan komputer yang berada di pejabat dan bilik khas, fasiliti-fasiliti ini perlu di naiktaraf dengan kadar segera," ujarnya pada persidangan Dewan Rakyat, semalam. Tambah beliau lagi,  apa yang berlaku pada hari ini, makmal sekolah, sekolah luar bandar telah usang dan sesetengah kes hampir runtuh bahkan bangunan-bangunan bagi pembelajaran vokasional menengah atas juga memerlukan bangunan baru agar proses pengajaran dan pembelajaran kondusif dan berkesan. “Saya juga ingin membangkitkan berkenaan kerosakan pagar di SK Chalok, di Setiu akibat dilanda banjir. Sudah dua kali banjir melanda, setakat hari ini masih belum dapat dibaiki. Saya memohon agar kementerian dapat menyalurkan peruntukkan bagi masalah-masalah yang telah saya bangkitkan, bagi memastikan kemudahan infrastruktur sekolah luar bandar khususnya, diperkasakan sekaligus hak pelajar luar bandar untuk mengecapi pendidikan yang sempurna tercapai,"ujarnya. Dalam pada itu katanya, cadangan untuk melantik warden bukan daripada kalangan guru juga sewajarnya dipertimbangkan oleh pihak kementerian. "Jika sekiranya ia tidak dapat dipertimbangkan, saya cadangkan supaya elaun warden di kangan guru ini dapat ditingkatkan bagi menaikkan semangat mereka untuk bertugas," ujarnya
14 Dec 21
523
Sukarelawan Jabatan Amal Terima Anugerah Wira Perdana
Sukarelawan Jabatan Amal Terima Anugerah Wira Perdana
KUALA NERUS, 10 Disember – Atas jasa kesukarelawanan, Bekas Pengarah Jabatan Amal Negeri Terengganu, Sauji Abd Rasid diumumkan sebagai penerima Anugerah Wira Perdana sempena Sambutan Hari Sukarelawan Peringkat Negeri Terengganu 2021. Beliau telah bergiat aktif dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Amilin Amal Terengganu dan sebagai sukarelawan Yayasan Amal serta telah menabur bakti di dalam misi kemanusiaan dalam dan luar negara. “Boleh dikatakan saya hidup mati dengan Jabatan Amal, walaupun tidak mampu menolong dari segi kewangan, namun kami infaqkan tubuh dan tenaga bagi membantu masyarakat. “Alhamdulillah, bila dapat anugerah ini saya bersyukur, sebelum ini kerja kebajikan saya tidak meminta sebarang balasan dan biar Allah menilai, tapi terus doakan kami agar terus istiqamah berbakti kepada komuniti,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Hari Sukarelawan Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Konvensyen Raia Hotel, malam semalam. Sementara itu, penerima Anugerah Wirawati Perdana, Azizah Mahmood yang menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai anugerah daripada Allah agar terus meningkatkan semangat sukarelawan dalam meringankan beban mereka yang memerlukan. “Perasaan saya amat terkejut dan rasa memang tidak layak terima, tapi mungkin ini adalah hasil melibatkan diri dalam misi kemanusiaan di Indonesia, Bangladesh, Brunei dan lain-lain lagi. “Sejak daripada bangku sekolah lagi saya telah terlibat dengan pelbagai persatuan, jiwa memang tidak boleh lari dan akan dibawa sampai tua, mudah-mudahan saya terus menabur bakti kepada masyarakat,” katanya yang mewakili NGO Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI). Kedua-dua penerima berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 serta plak penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sambutan tersebut diadakan bersempena Hari Sukarelawan Sedunia bagi meraikan sukarelawan dan NGO dalam pelbagai segmen daripada alam sekitar sehingga kebajikan. “Hasrat kita untuk meningkatkan lagi semangat mereka dalam membuat kerja kebaikan. “Perancangan tahun depan agar acara tahunan ini dapat diadakan dengan lebih banyak kategori,” jelasnya. Untuk rekod, antara kategori lain dipertandingkan seperti Anugerah Bakti Perdana serta Pertandingan Video Sukarelawan pelbagai segmen. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Mohd Izwandy Ismail dan Pengarah Urus setia Belia Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT), Mohd Nasir Abd Razak.  
10 Dec 21
882
JPKK Rantau Abang Agih Bantuan Persekolahan
JPKK Rantau Abang Agih Bantuan Persekolahan
DUNGUN, 12 Disember - Menyedari masih lagi ramai pelajar yang sepatutnya menerima bantuan persekolahan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Rantau Abang mengambil inisiatif mengeluarkan bajet membantu. Pengerusi JPKK tersebut, Muhammad Deraman berkata penduduk di sini rata-rata adalah golongan B40 yang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang layak menerima Bantuan Persekolahan 2021  yang diagihkan Kerajaan Terengganu mulai awal November lalu.  Alias berucap merasmikan Majlis sambil diperhatikan oleh Muhammad(kanan)  "Tetapi memandangkan hanya 46  orang terpilih maka kami mengambil inisiatif mengeluarkan peruntukan yang kerajaan beri kepada JPKK sebelum ini untuk menampung mana-mana yang layak tetapi tidak terpilih." katanya. Dalam majlis Bantuan Persekolahan 2021 Peringkat Kampung Rantau Abang yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN), Alias Harun di Balai Raya Kampung Rantau Abang itu, seramai 25 orang pelajar menerima sumbangan sebanyak RM100 seorang.
10 Dec 21
541
Tebatan Banjir Perlu Dibina Di Setiu
Tebatan Banjir Perlu Dibina Di Setiu
PUTRAJAYA, 9 Disember– Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) perlu memberi penekanan bagi projek rancangan tebatan banjir di Setiu bagi mengatasi masalah tersebut yang sering melanda kawasan berkenaan.  Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abd Kadir berkata perkara tersebut perlu disegerakan kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah utama yang dihadapi rakyat di daerah tersebut  terutama apabila tibanya musim tengkujuh. “Selain itu, rancangan tebatan banjir di sungai Renek, Jabi juga amat diperlukan kerana apabila berlakunya banjir akibat limpahan sungai tersebut,ia amat memberi kesan kepada beberapa kampung berdekatan termasuk kampung Tok Dor, Anak Ikan, Padang Lengkuas, Bukit Jeruk dan beberapa kampung lagi. "Kesan banjir ini juga turut menjejaskan pesawah-pesawah padi di sekitar kawasan itu.Malah ia menjejaskan kawasan penanaman padi seluas 800 hektar. Melibatkan skim Bukit Jeruk, Gong Kelikong, Kepala Gajah dan Gong Macang," ujarnya Beliau berkata demikian ketika berucap di persidangan Dewan Rakyat pada hari ini, dimana beliau telah membangkitkan persoalan mengenai perancangan membina tebatan banjir di Kampung Tok Jiring dan Batu Rakit, pada hari ini. Tambah beliau, limpahan air di sungai Setiu juga sering mengundang kepada berlakunya bencana.  “Antara kawasan bersiko ialah Kampung Guntung, Kg Tasik, Kg Chalok, Kg Gong Terap, Kg Bukit Kemudu, Kg Permaisuri dan Kg Nyatuh. Kawasan ini juga memerlukan pembinaan rancangan tebatan banjir bagi menyelesaikan masalah ini,"ujar beliau.
09 Dec 21
1304
'Pulanglah Nur Haisyah Ke Pangkuan Keluarga'
'Pulanglah Nur Haisyah Ke Pangkuan Keluarga'
KEMAMAN, 8 Disember – Seorang gadis berusia 22 tahun yang hilang sejak hampir sebulan lalu dirayu agar pulang semula ke pangkuan keluarga di Kampung Pengkalan Binjai, Chukai di sini. Kakak sulung gadis itu, Nur Hasyimah Hashim, 28, berkata, kehilangan Nur Haisyah, 22, sejak 19 November lalu disedari selepas dia menghantar mesej pelik menerusi aplikasi WhatsApp kepada ibu mereka, Mahani Ibrahim, 48. “Berdasarkan mesej itu, dia meminta maaf kepada ibu dan berjanji akan balik (ke rumah) apabila sudah tenang. “Kami keliru kerana hubungan ahli keluarga lain dengan adik saya (Nur Haisyah) amat baik malah dia ceria bersembang dengan kami pada malam sebelum kehilangannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Nur Hasyimah berkata, Nur Haisyah telah meninggalkan rumah sehelai sepinggang dan tidak membawa beg duit selain telefon bimbitnya juga kini sudah tidak aktif. Tambahnya, mereka juga pelik pada malam kehilangan adiknya, pintu dan pagar rumah mereka juga berkunci rapi. "Sebenarnya kami syak mesej dihantar adik (Nur Haisyah) kepada ibu itu bukan dia yang hantar kerana gaya penulisannya berbeza,” katanya. Nur Hasyimah berkata, orang ramai yang mengenali atau terjumpa dengan adiknya, boleh menghubunginya di talian 01159094857 atau 018-3773313. – K! ONLINE
08 Dec 21
4947
Projek Perumahan Rakyat Baharu Akan Dibina Di Kemaman
Projek Perumahan Rakyat Baharu Akan Dibina Di Kemaman
PUTRAJAYA, 7 Disember - Kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan projek perumahan terbaharu di atas tanah kerajaan seluas 211.55 ekar di Kemaman bagi memastikan lebih ramai rakyat di negeri ini memiliki kediaman sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, pihaknya akan menyerahkan tawaran projek di Bandar Kerteh Jaya dan Semanyor itu kepada pihak pemaju swasta, Ireka Development (Terengganu SDN. BHD). Katanya, untuk permulaan pihak pemaju akan membina dua variasi rumah sebelum baki empat lagi melibatkan rumah teres, rumah berkembar, rumah banglo satu tingkat dan dua tingkat disiapkan dalam jangka masa enam tahun sejajar pembangunan di kawasan itu termasuk Stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang siap pada 2027. "Projek ini dibuat secara bercampur membabitkan dua lokaliti dengan jumlah RM468,683,500, melibatkan empat fasa dan enam variasi rumah yang akan ditawarkan kepada bakal pembeli dijangka siap dalam masa enam tahun. "Namun, bagi mengembirakan rakyat maka pihak pemaju telah bersetuju untuk membina rumah jenis A (RM80,000) sebanyak 356 unit dan jenis B (RM185,000) sebanyak 547 unit untuk disiapkan dahulu. "Harga yang ditawarkan oleh pihak pemaju adalah relevan dalam situasi rakyat dan negara sedang bangkit selepas mengharungi detik yang mencabar memerangi Covid-19 yang bukan sahaja melanda negara bahkan seluruh dunia," ujarnya Katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Penyerahan Surat Tawaran Cadangan Pembangunan Perumahan Mesra Rakyat dan Bercampur Secara Penswastaan Di Bandar Baru Kerteh dan Kampung Semanyor, Kemaman, di The Everly Hotel, di sini, kelmarin. Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Pengerusi Ireka Corporation Berhad, Tan Sri Dato' Mohd Ismail Che Rus, engarah Urusan Kumpulan Ireka Corporation Berhad, Mohd Hasnur Ismar Mohd Ismail dan pengarah Eksekutif Ireka Corporaton Berhad, Wan Ahmad Nazim Mohamad Nor. Dalam perkembangan berkaitan, Dr Alias berkata Terengganu menyasarkan 60,000 unit rumah akan dapat dibina menjelang 2030. "Dalam masa terdekat kita ingin memastikan menifesto yang dijanjikan untuk menawarkan 20,000 unit rumah kepada rakyat akan dapat dicapai. "Yang telah berjalan sekarang sebanyak 16,000 kerana tahun 2022 tiada peruntukan daripada kerajaan pusat dan kita mengambil inisiatif menyerahkan projek perumahan kepada pihak pemaju,"ujarnya. Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan terus menjalin kerjasama dengan para pemaju bagi memastikan hasrat itu dicapai termasuk dengan merangka dasar perumahan yang mesra pemaju pada masa hadapan.      
08 Dec 21
1877
JPS Pasang Siren Hantar Amaran Banjir Kepada Penduduk
JPS Pasang Siren Hantar Amaran Banjir Kepada Penduduk
HULU TERENGGANU, 8 Disember - Sebanyak 21 stesen siren amaran awal banjir dibangunkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu bagi memberi isyarat kepada penduduk mengenai bencana banjir di Terengganu. Timbalan Pengarah JPS Terengganu, Osman Abdullah berkata, stesen siren yang bernilai RM80,000 setiap satu itu dinaik taraf menerusi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) untuk memberi lebih kecaknaan kepada penduduk setempat berdepan musim tengkujuh. "Bunyi siren ini dapat didengar dalam jarak radius satu kilometer serta ia mengeluarkan arahan dan peringatan dalam bahasa Melayu dan tempatan untuk memudahkan penduduk.  "Ada dua bunyi yang disetkan, satu menandakan amaran air sungai telah melimpahi tebing. Manakala kedua, bunyi amaran bahaya supaya penduduk segera berpindah. "Ini penting kerana kawasan ini terutamanya, kadar kecepatan air naik adalah cukup tinggi, jadi siren ini amat membantu memberi amaran pada sebelah malam terutamanya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke stesen pemantauan banjir di Masjid Kampung Pengkalan Ajal Hulu Terengganu di sini hari ini. Jelasnya, stesen siren amaran itu ditempatkan di lembangan di Terengganu terutama di kawasan yang sering dinaiki air dan berhampiran rumah penduduk. Katanya, daripada jumlah itu, enam siren ditempatkan di Setiu, Hulu Terengganu (lima), Kemaman (empat), Besut (tiga) dan masing-masing satu Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Marang dan Dungun. "Kita juga bercadang menambah lagi beberapa stesen ini pada masa akan datang mengikut keperluan setempat antaranya di kawasan Kemaman dan Besut," katanya. Tambah Osman lagi, sebanyak RM6.6 juta diperuntukkan untuk penyelenggaran lebih 80 sungai dan alur serta parit di seluruh Terengganu pada 2021 bagi mengurangkan risiko banjir. Selain itu, JPS Terengganu turut giat menyelenggara dan memastikan stesen-stesen pemantauan banjir di seluruh negeri berada dalam keadaan baik sekaligus berfungsi dengan sewajarnya. Setakat ini, terdapat 59 stesen hujan dan air, 21 stesen amaran awal banjir dan 7 kamera litar yang siap sedia  menghadapi Monsun Timur Laut (MTL). Usaha berkenaan  ditingkatkan lagi dengan penambahan 34 stesen ramalan dan amaran banjir melalui pelaksanaan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yamg telah siap dan mula beroperasi. Baki 66 stesen lagi sedang dilaksanakan di bawah Projek PRAB Fasa 2 dan dijangka siap sepenuhnya pada November tahun depan dan Negeri Terengganu bakal mempunyai 159 stesen pemantauan banjir menjelang November 2022.
08 Dec 21
872
Kemalangan Di LPT 2 Akibat Haiwan Ternakan Perlu Diberi Perhatian
Kemalangan Di LPT 2 Akibat Haiwan Ternakan Perlu Diberi Perhatian
KUALA LUMPUR, 8 Disember - Kemalangan akibat haiwan ternakan yang sering kali berlaku di lebuh raya perlu diberi perhatian. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir di Persidangan Dewan Rakyat pada hari ini menggesa kerajaan dan Kementerian Kerja Raya agar menitik beratkan hal itu. Beliau berkata, berdasarkan kajian yang telah dijalankan di beberapa kawasan di sekitar Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), kebanyakan pagar yang dibina telah dirosakkan oleh penternak bagi memberi laluan kepada haiwan ternakan mereka meragut rumput. “Perkara ini amat membimbangkan pengguna lebuh raya tersebut sehingga mengakibatkan sering berlaku kemalangan. “Oleh itu saya memohon keselamatan pengguna dipertingkatkan lagi dengan membina kawalan pagar yang lebih kukuh di sepanjang LPT 2 bagi menghalang kemasukan haiwan ternakan ke lebuh raya tersebut, sekali gus kemalangan dapat dielakkan," katanya. Dalam pada itu, beliau turut meminta agar jalan raya di parlimennya dibaik pulih. “Saya memohon peruntukan untuk menaik taraf dan membaik pulih jalan seperti di Kampung Bukit Bintang di daerah Besut. “Jalan ini menjadi laluan keluar masuk pelajar dan guru untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Dor dan Sekolah Kebangsaan Anak Ikan," katanya. Selain itu, Shaharizukirnain juga mencadangkan agar kementerian mengenalpasti jalan dan kawasan yang berisiko berlakunya kemalangan serta dapat memasang dan menambah lampu jalan.
08 Dec 21
1106
Jalan Raya Perlu Sentiasa Diselenggara Elak Kemalangan
Jalan Raya Perlu Sentiasa Diselenggara Elak Kemalangan
  KUALA LUMPUR, 7 Disember– Kerajaan diminta agar memandang serius isu kemalangan jalan raya yang kerap berlaku akibat kurangnya peyelenggaraan. Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata perkara tersebut  perlu dititikberatkan demi keselamatan pengguna jalan raya. Katanya diantara perkara yang perlu diberi pehatian ialah berkaitan  garisan jalan yang merupakan salah satu medium untuk mengawal trafik dan menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya. “Saya memohon agar pihak kementerian untuk memasukkan peruntukkan untuk kelulusan baikpulih garisan jalan yang pudar dari Kg Gemuruh ke Besut dan Batu Rakit ke Kota Putera, Besut melalui jalan pantai. "Juga memohon agar pihak kementerian dapat meluruskan selekoh tajam berhadapan dengan Balai Polis Chalok. kerana ia mengundang bahaya kepada pengguna. Apatah lagi selepas selekoh tersebut terdapat sekolah rendah dan mempunyai lampu trafik berhadapan sekolah tersebut. “Ini kerana kadang-kadang pengguna tidak menyedari akan lampu trafik tersebut akibat berhadapan selekoh tersebut,"ujarnya pada persidangan Dewan Rakyat.  Katanya lagi dalam ucapanya itu pada petang semalam, berdasarkan kenyataan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Selangor, sebanyak 223 kemalangan direkodkan berpunca dari fizikal jalanraya termasuk jalan berlubang serta rosak akibat kerja-kerja pembinaan sepanjang 2018-2020. “Oleh itu saya memohon agar penguatkuasaan diberi tumpuan di kawasan pembinaan. Ini kerana kebanyakan kemalangan jalanraya berlaku akibat kecuaian pemaju projek pembinaan yang tidak menitikberatkan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan tersebut,"tegasnya. Shahrizukirnain berkata, beliau memberi sokongan penuh kempen ‘Kita Jaga Jalan Kita’ yang menitikberat tanggungjawab pengguna untuk bertanggungjawab terhadap jalan raya yang diguna Bersama. “Namun begitu, saya juga memohon kerosakkan jalan raya akibat kenderaan berat menggunakan jalan tersebut perlu diberi penekanan dalam kempen tersebut.”
07 Dec 21
506