lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Pemuda PAS Terengganu Lancar Skuad Cegah Maksiat
Pemuda PAS Terengganu Lancar Skuad Cegah Maksiat
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar (Skuad Amar) peringkat negeri Terengganu dilancarkan malam tadi bagi memperkasakan gerakan dakwah di negeri berkenaan. Timbalan Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan, Ridzuan Hashim berkata, penubuhan Skuad Amar dalam skala besar itu diharap dapat mengurangkan gejala tidak bermoral di kalangan masyarakat Terengganu. "Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), kita harap selepas ini Skuad Amar akan diwujudkan dan diperkasakan di setiap kawasan bagi memastikan gejala maksiat ini tidak berleluasa. "Berdasarkan pengalaman skuad yang diwujudkan di Marang dan Hulu Terengganu, umumnya kita berjaya sedikit sebanyak mengurangkan gejala maksiat di kalangan masyarakat kawasan tersebut. "Skuad ini bukan semata-mata untuk menangkap, tetapi kita mendidik masyarakat menimbulkan kesedaran untuk membina generasi muda yang lebih baik," katanya. Beliau berkata demikian ketika kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Skuad Amar di Wisma Seri Iman, semalam. Turut hadir, Ketua DPPNT, Mohd Harun Esa. Serentak itu, sempena tahun baharu Skuad Amar turut bergerak menyampaikan risalah ke tiga lokasi di kuala Terengganu dengan kekuatan seramai 80 orang.    
01 Jan 22
1536
Remaja Bawah Umur Dicekup Berdua-duaan
Remaja Bawah Umur Dicekup Berdua-duaan
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Dua remaja bawah umur ditahan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam operasi pencegahan jenayah syariah, awal pagi ini. Dalam Op Ambang Tahun Baharu itu, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditahan ketika berdua-duaan dalam kenderaan bersama seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada jam 2.30 pagi di kawasan parkir Pantai Batu Buruk. Tinjauan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) bersama penguatkuasa PPS mendapati ketika ditemui remaja lelaki itu berada dalam keadaan tidak berbaju manakala remaja perempuan berpakaian lengkap. Kedua-dua remaja berasal dari Marang dan Dungun itu dibawa ke ibu pejabat agama daerah (PAD) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut pada kira-kira 2.45 pagi. Sekiranya didapati bersalah, kedua-duanya boleh didakwa di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 atas eksalahan khalwat yang boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Pihak UPDI masih belum menerima maklumat lanjut berhubung kes terbabit daripada Ketua Unit Penguatkuasaan PAD Kuala Terengganu, Mohd Nordin Abd. Aziz disebabkan pasangan tersebut di bawah umur. Dalam operasi berkaitan, Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar (Skuad Amar) Terengganu di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Terengganu mengedarkan risalah dakwah di sekitar daerah ini. Langkah berkenaan bertujuan mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang larangan serta suruhan agama Islam.
01 Jan 22
33047
Masjid Lumpuh Akibat Banjir Lumpur Kembali Pulih
Masjid Lumpuh Akibat Banjir Lumpur Kembali Pulih
MARAN, 30 Disember - Masjid di Kampung Sekara, Chenor yang ditenggelami banjir lumpur baru-baru ini kembali pulih selepas dibersihkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dalam Operasi Bantuan Banjir. Imam masjid, Mat Yunus Abu Bakar berkata, khidmat yang diberikan agensi terbabit memberikan kegembiraan kepada jemaah masjid. Katanya, sepanjang berlaku bencana berkenaan segala aktiviti termasuk Solat Jumaat terpaksa dihentikan. "Insya-Allah selepas ini ia akan kembali dihidupkan, terima kasih kepada sukarelawan yang hadir pada hari ini bagi melakukan kerja-kerja pembersihan masjid ini. "Mudah-mudahan Allah kurniakan fadilat kepada tenaga bantu yang bertungkus lumus bagi membersihkan rumah-rumah penduduk serta masjid ini," ujarnya ketika ditemui di masjid berkenaan semasa operasi pembersihan semalam. Dalam pada itu Ketua operasi pasca banjir APM Terengganu, LT. (PA)  Mohd Jeffri Johari berkata 15 anggota dan sukarelawan dari Terengganu beserta telah ditugaskan khas untuk membersihkan masjid berkenaan. "Hari ini merupakan hari kedua APM terlibat dalam operasi membersihkan institusi ini dimana kawasan tumpuan kita adalah Temerloh dan juga Maran. "Jika sebelum ini agensi kami hanya terlibat dalam pengoperasian memindahkan mangsa banjir, namun pada kali ini kami turut berperanan membantu masyarakat di Pahang dalam melakukan kerja-kerja pasca banjir dengan tempoh yang diberikan selama tiga hari," katanya. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung tersebut, Muzafar Harun mewakili penduduk setempat menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan Terengganu kerana telah membantu penduduk di daerah terbabit. "Terutamanya kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, barisan Exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta seluruh agensi dan para sukarelawan yang terlibat dalam misi ini. "Alhamdulillah, bantuan telah sampai kepada kami walaupun kampung ini berada agak jauh di pedalaman serta jauh dari pusat bandar," ujar beliau.  
30 Dec 21
773
Sira Labu Dan Gulai Ayam Hanyut Air
Sira Labu Dan Gulai Ayam Hanyut Air
Oleh : Muhammad Safwan Mohd Sukeri  LANCANG,  30 Disember 2021- Tidak terungkap dengan kata-kata sebaik melihat barang-barang untuk masakan sira labu dan gulai ayam hanyut dan  tidak sempat  diselamatkan  dalam kejadian banjir pada 20 Disember lalu.  Mangsa, Mohammad Ali, 56 berkata kebetulan pada hari kejadian, beliau dan isteri  bangun awal pagi kira-kira jam 3.00 pagi bagi menyiapkan tempahan makanan pelanggan untuk 300 tetamu. "Tetapi malang , kami tidak mampu berbuat apa-apa, tidak dapat selamatkan barangan masakan,  hanya mampu lihat dapur ditenggalami banjir. Air naik terlalu cepat sehingga paras bumbung. Ketika itu hanya ingat untuk menyelamatkan diri dan  berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS)  " luahnya sambil mengenang kembali saat-saat cemas yang dilaluinya.      Mohammad yang juga mengusaha katering memberitahu demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman semasa kerja-kerja membersih rumahnya oleh Jabatan Amal Besut. Katanya, sepanjang 30 tahun tinggal di rumah berkenaan, buat pertama kalinya kediaman berkenaan dinaiki  air.  "'Semua perabot, alatan elektrik, pakaian, alatan ketering ditenggelami air dan kebanyakkannya rosak dan terpaksa dilupuskan.   “Saya redha, Alhamdulillah nyawa saya selamat, orang lain ada yang kematian ahli keluarga," ucapnya sambil tidak henti - henti mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang dihulurkan.
30 Dec 21
199
YADIM Terengganu Permudah Mangsa Banjir Beribadah Di PPS
YADIM Terengganu Permudah Mangsa Banjir Beribadah Di PPS
KUALA TERENGGANU, 30 Disember - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu buat julung kali mengadakan misi sukarelawan dan bantuan sumbangan banjir pertamanya tahun ini di Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja, di Dungun baru-baru ini. Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saidin berkata, misi itu sebagai permulaan untuk berdakwah kepada mangsa banjir dalam musim tengkujuh Katanya, pihaknya juga menyediakan kain sejadah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kedua-dua kampung berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan penduduknya beribadah dengan sempurna. "Sebanyak RM22 turut disediakan untuk sumbangan makanan keperluan dapur kepada semua penduduk di kedua-dua kampung itu dan peruntukan bahan masakan ke PPS selama dua hari. "Ini yang pertama usaha kami di Terengganu. Sebenarnya ia adalah satu persediaan awal untuk sebarang kemungkinan, kami sediakan makan percuma kepada semua penduduk kampung untuk sekurang-kurangnya membantu mangsa banjir lebih selesa untuk beribadah," katanya. Beliau berkata selepas hadir pada Misi Bantuan Bencana Banjir Dapur Rakyat anjuran YADIM yang disempurnakan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli. Selain itu, YADIM Terengganu turut merancang pelaksanaan misi yang sama di Air Putih-Teladas, Kemaman, diikuti Setiu dan Kuala Berang tidak lama lagi.
30 Dec 21
456
Banjir Sedarkan Empat Sekawan
Banjir Sedarkan Empat Sekawan
TEMERLOH, 29 Disember - Banjir yang melanda Temerloh telah membuka mata empat sekawan untuk terus berbakti kepada golongan terjejas. Kasbudin Zakaria, 55, pemandu lori yang juga merupakan pemandu kenderaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu berkata, tragedi bah tersebut membuka peluangnya bersama tiga rakan untuk menyertai operasi di bumi Pahang dengan kepakaran yang mereka ada. "Kami membawa lori yang dilengkapi dengan sistem semburan air bagi mempercepatkan proses pembersihan rumah mangsa yang terlibat," jelasnya kepada pemberita. Tambah rakanya, Engku Mohd Nasir Engku Ismail, 50, mereka berempat bersama-sama mengangkut air sebelum ke rumah mangsa banjir. "Setelah itu, kami akan bertanya dari satu rumah ke rumah yang lain bagi membersihkan rumah mereka. "Sekiranya rumah mereka masih belum dicuci atau tidak begitu bersih, kami akan menggunakan tembakan semburan air yang kuat untuk membersihkan rumah mereka. "Alhamdulillah, setakat ini kita telah berjaya membersihkan 10 buah rumah di Taman Mentakab Indah ini," katanya.
29 Dec 21
590
Banjir Besar Hadirkan Keinsafan
Banjir Besar Hadirkan Keinsafan
TEMERLOH, 29 Disember - Banjir besar yang melanda Taman Mentakab Indah di sini mendatangkan keinsafan kepada penduduk setempat. Menurut Sufian Sulaiman, 43, berkata musibah kali kedua  berlaku dalam tahun yang sama itu amat sukar untuk dilupakan. "Baru sahaja berlaku awal tahun, terpaksa pula hadapinya sekali lagi, perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini, cuma dugaan pada kali ini sangat dahsyat, jika awal tahun boleh lagi mengharungi air, namun pada kali ini air naik mendadak iaitu satu jam sekaki paras air naik sehingga menenggelamkan taman ini. "Pada waktu itu tidak fikir apa dah, paling utama selamatkan keluarga dan pindahkan mereka ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala saya pula lari ke tempat yang lebih tinggi di ladang sawit. "Tujuannya adalah untuk menjaga segala harta dan aset yang ada dalam rumah untuk melakukan pemantauan serta berjaga-jaga bagi memastikan tidak akan ada pihak yang ambil kesempatan untuk larikan barang-barang berharga," ujarnya. Bekas tentera itu berkata demikian, ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di rumahnya dalam program misi pasca banjir di sini semalam. Tambah Sufian, tindakan kerajaan Terengganu menghantar sukarelawan sangat tepat pada masanya kerana dapat  membantu meringankan beban 400 keluarga di taman berkenaan. "Penduduk sini termasuk saya gembira apabila dimaklumkan kedatangan sukarelawan ini. "Penat awal tahun dulu belum hilang lagi, hati yang sedih pun belum terubat lagi, namun apa jua yang Allah kehendaki berlaku akan tetap berlaku. "Walaupun selama ini saya memilih untuk menetap di sini kerana selama ini difikirkan selamat tidak pernah terfikir kawasan ini akan mengalami nasib sebegini teruk sekali," katanya. Sementara itu, seorang anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan Terengganu, Wan Hisyam Wan Yusof berkata, pihaknya sangat berbesar hati diberi peluang untuk turut serta dalam misi yang dianjurkan kerajaan negeri. "Sedikit sebanyak kami dapat menyumbangkan tenaga dan berganding bahu dengan sukarelawan yang lain dalam menjayakan misi pada kali ini," katanya.
29 Dec 21
245
'Sira' Labu Dan Gulai Ayam Hanyut Banjir
'Sira' Labu Dan Gulai Ayam Hanyut Banjir
Oleh : Muhammad Safwan Mohd Sukeri  LANCANG,  28 Disember 2021- Tidak terungkap dengan kata-kata sebaik melihat barang-barang untuk masakan sira labu dan gulai ayam hanyut dan  tidak sempat  diselamatkan  dalam kejadian banjir .  Menceritakan kejadian memilukan itu, pengusaha tersebut Mohammad Ali, 56 berkata kebetulan pada hari kejadian, beliau dan isteri  bangun kira-kira pukul 3.00 pagi  kerana menerima tempahan untuk 300 orang makan.  "Tetapi masa tu, kami melihat dapur kami banjir dan air naik terlalu cepat sehingga paras bumbung menyebabkan kami hanya ingat untuk menyelamatkan diri dengan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS) tanpa sempat menyelamatkan harta benda dan tempahan makanan, " luahnya sambil mengenang kembali saat-saat cemas yang dilaluinya.   Mohammad memberitahu demikian ketika ditemui semasa kerja-kerja membersih rumahnya oleh Jabatan Amal Besut di sini.  Katanya, sepanjang 30 tahun tinggal di rumah berkenaan, buat pertama kalinya kediaman berkenaan dinaiki  air.  "'Semua perabot, alatan elektrik, pakaian, alatan ketering ditenggelami air dan kebanyakkannya rosak dan terpaksa dilupuskan.   “Saya redha, Alhamdulillah nyawa saya selamat, orang lain ada yang kematian ahli keluarga," ucapnya sambil tidak henti - henti mengucapkan terimakasih. 
29 Dec 21
450
Buruh Rugi RM15,000
Buruh Rugi RM15,000
TEMERLOH, 28 Disember - Seorang buruh di Taman Mentakab Indah di sini kerugian hampir RM15,000 selepas pakaian dan barang kelengkapan rumah musnah ditenggelami banjir lumpur. Mohd Khairul Anuar Sabudin, 33, berkata, dia tidak menyangka bah kali ini memberi kesan mendalam buat keluarga. Katanya, ia berlaku sekelip mata, rumah dua tingkat miliknya ditenggelami air sehingga satu tingkat setengah. "Sebelum kejadian saya telah membuat persediaan dengan menggalihkan semua barangan elektrik dan pakaian ke tingkat atas. "Namun, kesemuanya musnah, tragedi yang menimpa ini menyebabkan semua barangan tersebut yang dianggarkan kira-kira RM15,000," katanya ketika ditemu Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) pasca operasi pembersihan sukarelawan Terengganu semalam. Bah Hampir 2 Tingkat di Taman Mentakab Indah Menurut Khairul Anuar, tragedi itumerupakan kejadian kedua menimpanya tahun ini. "Selama 20 tahun kami menetap di sini, inilah banjir yang paling teruk sekali," ujarnya. Sukarelawan Operasi Pasca Banjir dari Terengganu Tambah bapa seorang anak itu, kebiasaannya air hanya mencecah paras lutut sahaja tetapi kali ini sangat berbeza. "Air naik dengan sangat cepat sehingga kami mengambil tindakan sendiri untuk ke tempat selamat bagi menyelamatkan nyawa kami," katanya.
29 Dec 21
795
Mangsa Banjir Pahang Terharu Bantuan Rakyat Terengganu
Mangsa Banjir Pahang Terharu Bantuan Rakyat Terengganu
TEMERLOH, 28 Disember – Orang ramai di daerah ini terharu dengan keprihatinan dan bantuan sukarelawan dari Terengganu yang membersihkan premis serta kediaman terjejas banjir. Pembantu Klinik Kesihatan Temerloh yang juga mangsa bah, Mohd Faizal Alian, 29, berkata usaha sukarelawan daripada agensi kerajaan Hulu Terengganu membersih sampah dan longkang di luar klinik tersebut menyentuh hati mereka. “Banyak jasa dan bantuan tenaga dikerahkan oleh pasukan ini, segala sisa-sisa daripada banjir baru-baru ini telah dikumpulkan mereka dalam satu tempat. “Dinding dan pagar turut dibersihkan daripada lumpur menggunakan ‘water jet’, kalau ikutkan seluruh lantai perkarangan klinik ini dipenuhi kesan banjir, alhamdullilah hari ini sudah berkurang hasil usaha mereka. “Saya mewakili klinik kesihatan di sini berterima kasih kepada wakil yang datang daripada negeri Terengganu, Kerajaan negeri, Jabatan Kerja Raya Hulu Terengganu dan mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat,” katanya yang juga anak perantau berasal dari Telemong. Beliau berkata demikian selepas Operasi Bantuan Banjir Terengganu ke Pahang di Klinik Kesihatan Temerloh, hari ini. Terdahulu, Faizal menceritakan detik cemas apabila tempat kerjanya itu dinaiki air pada 20 Disember akibat limpahan Sungai Semantan yang terletak berhampiran klinik. “Ini menyebabkan kami terpaksa memindahkan operasi kesihatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh sepanjang lima hari. “Kebanyakan peralatan penting telah dipindahkan oleh staf-staf kami melihat kepada keadaan air yang meningkat dengan kadar yang laju,” katanya lagi. Untuk rekod, seramai 650 sukarelawan terdiri daripada Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) melalui T-Volt (Terengganu Volunteer) serta agensi kerajaan lain akan mengadakan operasi bantuan pasca banjir selama tiga hari bermula hari ini melibatkan kawasan Temerloh dan Mentakab.  
28 Dec 21
3005