lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

MISZ Home Sediakan Rawatan Fisioterapi Ke Rumah
MISZ Home Sediakan Rawatan Fisioterapi Ke Rumah
KUALA TERENGGANU, 26 Januari - MISZ Home Physiotheraphy (M) Sdn.Bhd menjadi pusat rawatan fisioterapi pertama di negeri ini yang menyediakan perkhidmatan terus ke rumah pesakit dengan menggunakan teknik serta teknologi terkini. Pengurusnya, Muhammad Izzat Syazwan Zakaria berkata, bertemakan slogan 'kekayaan sebenar adalah kesihatan' MISZ Home menetapkan matlamat untuk membantu seluruh masyarakat dengan rawatan efektif . "Pihak kami menyediakan rawatan ke rumah bagi memudahkan pesakit terutamanya yang mengalami penyakit strok kerana kita tahu pergerakan mereka sangat terbatas tambahan pula terpaksa menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan "Kini alhamdulillah dah ramai yang tahu, pada wakanya orang tidak percaya dengan rawatan fisio ini kerana menyangka ia adalah berasaskan rawatan urutan semata-mata, jadi bermula tahun 2017 saya berazam untuk ubah kefahaman masyarakat agar menyakini kaedah seumpama ini. "Testimoni yang dijalankan terhadap penerima rawatan daripada kalangan pesakit strok, ramai yang tidak boleh bergerak akhirnya dalam masa dua minggu dengan izin Allah boleh berjalan, juga pada tahun 2018 terdapat satu kes bayi yang tidak bergerak, tapi selepas menjalani rawatan ini bayi itu boleh melakukan pergerakan," ujarnya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di pusat rawatan berkenaan, terletak di Tingkat Bawah Kompleks Perkedaian Permint Harmoni, Jalan Batas Baru, di sini, baru-baru ini. Mengulas mengenai rawatan yang dijalankan, katanya fisioterapi meliputi pesakit strok, scoliosis, parkinson, sakit sendi serta mereka yang cedera akibat kemalangan dan rawatan kepada kanak-kanak autism, CTEV9 (clubfoot), 'cerebral palsy' dan 'develolment delay'. "Rehab sukan untuk atlet dan mereka yang aktif dalam sukan ditawarkan rawatan first aider, kecederaan otot akibat sukan, sesi 'recovery', urutan, 'tapping', latihan istimewa sukan dan 'ice bath'. Paling istimewa kami juga menyediakan jururawat peribadi ke rumah dengan menyediakan khidmat cuci luka, mandikan pesakit, tukar tiub makan dan tiub kencing serta sedut kahak pesakit. "Kami sanggup menyediakan perkhidmatan ke rumah kerana pesakit yang terlantar atau tidak mampu untuk menjalani fisioterapi di hospital dengan harga berpatutan, yang saya boleh bagitahu ialah jika pesakit hendak dibawa ke hospital sewa ambulans dah RM300 pergi balik, dengan harga sebegitu kami boleh menawarkan empat sesi rawatan di rumah. "Kami juga menyediakan servis tambahan seperti bekam, urutan perubatan, pembetulan tulang, ceramah kesihatan, perhidmatan ambulans dan servis sewa oksigen. Perkhidmatan yang kami jalankan adalah patuh syariah di mana pesakit wanita untuk perawat wanita, manakala pesakit lelaki adalah untuk lelaki. kakitangan kami walaupun masih muda semuanya terlatih dan mempunyai kelayakan serta pengalaman," katanya.   Mengulas mengenai kejayaan yang pernah dicapai katanya, syarikatnya itu pernah memenangi pertandingan 'Khazanah Impact Innovation Challenge (KIIC)'. "Fokus utamanya ialah pembangunan rumah orang tua dan warga emas menjelang tahun 2050, sebelum ini kita telah berjaya menambat hati juri dengan menunjukkan model bisnes yang kami jalankan ini. Selain itu katanya, MISZ home bercita-cita besar pada masa akan datang untuk mewujudkan rumah penjagaan orang tua secara swasta dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik. "Di samping perkhidmatan ini akan dikembangkan di Dungun, Kemaman dan Insya-Allah kita akan buka di Tanah Merah, Kelantan.  "Sebenarnya kita mempunyai perancangan dan strategi yang besar untuk memperkenalkan MISZ Home ini. Kerana itu, kami juga bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjadi penaja acara sukan dan sebagainya, setakat ini kami telah menjadi penaja kepada pasukan ragbi Terengganu, Terengganu Cycling Team (TSG) agar lebih dikenali masyarakat," ujarnya.    
26 Jan 22
2247
Keperluan Orang Muda Jadi Keutamaan Kerajaan
Keperluan Orang Muda Jadi Keutamaan Kerajaan
DUNGUN, 26 Januari - Kerajaan Terengganu sangat mengambil berat keperluan orang muda terutamanya yang sudah berkeluarga dan berhasrat untuk membina kehidupan sendiri. Mohd Hairi Amri Mohd Zakaria, 32 menyifatkan demikian sambil berkata pemberian tanah tapak rumah adalah sangat bertepatan dengan situasi sekarang rata-rata orang muda yang berkeluarga tinggal di rumah sewa. "Kalau dulu harga sebidang tanah hanya RM20,000 tetapi sekarang mencecah sehingga ratusan ribu, jadi langkah kerajaan menyediakan tanah kepada kami dengan hanya perlu membayar 10 peratus daripada harga nilaian semasa amat wajar sekali," ujar bapa kepada dua orang anak itu.  Hairi ditemui selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah DUN Rantau Abang di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah, di sini semalam.  Mohd Hairi    Di dalam majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun itu, seramai 206 orang peserta Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) menerima geran hak milik tanah masing-masing.  Turut hadir di majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, Pegawai Khas Ahli Parlimen Dungun, Mohd Amin Hamid dan Ketua Penolong Tadbir Tanah Daerah Dungun,  Syukri Ibrahim.  Manakala , Mohd Hasrull Farzuzi Mohd Zaili, 37, berpuas hati dengan kerajaan yang ada pada hari ini, hampir semua manifesto dilaksanakan. "Janji - janji manifesto untuk orang muda sudah dilaksanakan dan dengan pemberian tanah ini, saya bersyukurlah dapat tanah tapak rumah, macam orang memerlukan seperti saya," katanya yang bekerja sebagai tukang cat. Sementara itu, Alias di dalam ucapannya mengingatkan tanah yang diberi hak milik itu adalah amanah dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
26 Jan 22
161
Sukan Elak Aktiviti Negatif
Sukan Elak Aktiviti Negatif
Oleh : Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris DUNGUN, 26 Januari – Penglibatan anggota masyarakat dalam bidang sukan dapat mengelakkan seseorang itu terjerumus kepada aktiviti yang tidak sihat.  Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, malah aktiviti sukan seperti bola sepak contohnya dapat mencungkil bakat terpendam. "Kita harap dengan aktiviti sukan ini dapat melahirkan atlet yang berbakat untuk mewakili kampung, daerah, negeri mahupun di peringkat negara khususnya," ujarnya.  Wan Hassan berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Liga Bola Sepak Daerah Dungun Piala YB Ahli Parlimen Dungun 2022 yang diadakan di Padang Arena Merdeka, disini, baru-baru ini. Turut hadir pada majlis perasmian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Bukit Besi, Roslee Daud, Pegawai Daerah Dungun merangkap Yang DiPertua (YDP) Persatuan Bolasepak Daerah Dungun, Anuar Awang, YDP Majlis Perbandaran Dungun, Huzairil Nizam dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Senator Razali Idris.  Menurutnya, sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan itu yang melibatkan penyertaan dari seluruh Dungun yang akan berlangsung selama tiga bulan. "Mungkin akan ada antara mereka ini yang akan mengharumkan nama Daerah Dungun suatu hari nanti, insya-Allah," katanya. 
26 Jan 22
388
Lelaki Myanmar Ditahan Rogol Remaja Perempuan
Lelaki Myanmar Ditahan Rogol Remaja Perempuan
MARANG, 26 Januari- Seorang lelaki warga Myanmar telah ditahan polis di sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di daerah ini kira-kira jam 2.10 petang semalam, selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Ketua Polis daerah berkenaan, Superitendan Mohd Zain Mat Dris berkata, penahanan yang dilakukan oleh pihaknya itu setelah menerima aduan daripada keluarga mangsa pada Ahad lalu. Katanya, suspek mengaku bersalah di atas perbuatan tersebut serta pemeriksaan lanjut juga turut menemui beberapa gambar bogel di telefon milik suspek disyaki gambar remaja terbabit. "Siasatan awal juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain bebas daripada pengaruh dadah. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol,"katanya sebagaimana yang dilaporkan Harian Metro, pada semalam.  
26 Jan 22
289
Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk Bertukar Lokasi
Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk Bertukar Lokasi
KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah berpindah ke lokasi baru bermula semalam. Lokasi tersebut bertempat di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai bersebelahan restoran CR Signature Western & Thai Food dan Surau Kampung Padang Luar.  Menurut ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi antara faktor lokasi pejabat tersebut berpindah ialah bagi memudahkan orang ramai untuk berurusan. "Lokasi yang baharu ini lebih mudah untuk orang ramai nampak kerana ia terletak di tepi jalan utama (Jalan Sultan Mahmud). "Di samping itu juga, keadaan pejabat lama kurang sesuai kerana masyarakat yang datang ke pejabat untuk berurusan perlu menaiki tangga ke tingkat atas dan pintu masuk juga berada di sebelah belakang.  Lokasi pejabat lama "Justeru, ia menyukarkan bagi mereka yang berumur atau kurang upaya untuk datang berurusan di situ," jelas Ustaz Muhammad Khalil ketika ditemui pemberita. Menurut beliau lagi, pejabat tersebut telah mula beroperasi pada, namun persediaan sepenuhnya dijangka siap pada minggu hadapan. Pintu masuk ke pejabat lama melalui bahagian belakang kurang sesuai untuk orang ramai berurusan.   
25 Jan 22
3550
Rumah RM180 Ribu Dijual Hanya RM54 Ribu
Rumah RM180 Ribu Dijual Hanya RM54 Ribu
BESUT, 24 Januari - Percaya atau tidak, sebuah rumah dengan kos RM180 ribu akan dijual pada harga RM54 ribu sahaja. Itulah harga yang dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibrahim bagi Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) di Beting Lintang, di sini. Jelasnya, sebanyak 50 buah kediaman bakal dibina dalam projek berkenaan melibatkan kos sebanyak RM7.6 juta. "Jualan tersebut melibatkan kaedah jual beli selama 25 tahun dengan ansuran bulanan serendah RM180 sebulan. "Projek ini merupakan salah satu daripada tiga projek PSN negeri Terengganu dengan kos kira-kira RM24 juta. “RM13 juta adalah sumbangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), dan kerajaan negeri tambah RM11 juta untuk mencukupkan jumlahnya. “Ini tidak termasuk biaya penyediaan tapak sebanyak RM10 juta yang turut ditanggung kerajaan negeri dan tanah diberikan secara percuma," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah PSN berkenaan di Beting Lintang, semalam. Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II; Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Kota Putera; Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia; Dato' Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu; Dato' Shahidan Embok. Sementara itu, Dr. Samsuri dalam ucapan perasmiannya berharap, pembinaan PSN akan memberikan kemudahan kepada golongan nelayan yang sangat memerlukan kediaman. “Kita dapat melaksanakan program perumahan kediaman yang menyediakan kediaman selesa kepada nelayan. “Hari ini adalah untuk 50 nelayan sebagai permulaan dengan dana yang ada. Walaupun penempatan ini boleh dibina bagi menempatkan sehingga 200 kediaman, tetapi kita bermula dengan 50 buah buat masa ini. “Insya-Allah, jika ada rezeki kita cuba teroka lagi untuk melengkapkan kepada 200 buah,” katanya. Beliau turut berharap projek yang dibina berdasarkan ciri-ciri spesifikasi Rumah Darul Iman (RAHMAN) yang patuh syariah dengan berkeluasan 800 kaki persegi merangkumi 3 bilik tidur dan 2  bilik air. Diharapkan agar spesifikasi yang ditambah baik ini akan dijadikan ‘blue print’ atau piawaian tetap kepada agensi kerajaan atau pemaju-pemaju luar yang ingin melaksanakan pembinaan rumah mampu milik di negeri Terengganu,” katanya. Sebanyak tiga PSN Terengganu bakal dibangunkan iaitu di kawasan Pulau Sekepeng, Kemaman (7.26 hektar), di Beting Lintang ini (7.17 hektar) dan di Penarik, Setiu (4.69 hektar) dengan 50 buah rumah bagi setiap tapak.  
25 Jan 22
2930
1,346 Terima Pencen Rakyat Di Dungun
1,346 Terima Pencen Rakyat Di Dungun
DUNGUN, 24 Januari - Seramai 1,346 orang warga emas di Dungun terpilih menerima pencen rakyat yang melibatkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN). Ketua Penyelia i-MiTS Parlimen Dungun, Jamaluddin Jusoh berkata,daripada jumlah tersebut seramai 547 orang penerima Dari DUN Paka, Rantau Abang (209), Bukit Besi (425) serta Sura (165). "Keempat - empat DUN sudah mengadakan majlis penyerahannya iaitu Paka pada 13 Januari, Sura pula 16 Januari manakala Rantau Abang pada 19 Januari dan Bukit Besi mengadakannya 20 Januari," jelasnya ketika dihubungi pemberita,hari ini.  Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Dana Pencen Rakyat Negeri Terengganu 2021 baru - baru ini, menzahirkan ucapan tahniah kepada kerajaan Negeri Terengganu yang telah berjaya melaksanakan satu lagi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). "Tahniah juga kepada yang terpilih anggaplah  ini adalah rezeki dari Allah S.W.T, masih ada lagi yang layak tetapi nama mereka tercicir, insyaAllah akan diambil tindakan segera," katanya.  Turut hadir di majlis yang diadakan di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan, Inivasi & Korporat, Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu(YPKT) Nazri Yusof.
24 Jan 22
341
PERANTAU Platform Anak Rantau Perolehi Maklumat Kerajaan
PERANTAU Platform Anak Rantau Perolehi Maklumat Kerajaan
HULU LANGAT, 24 Januari - Anak rantau dari negeri Terengganu digesa agar lebih aktif menyertai segala program dan aktiviti yang dilakukan oleh Sekretariat Kepimpinan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU). Setiausaha badan bukan kerajaan (NGO) tersebut, Awasi Mohamad berkata, melalui penyertaan program yang dianjurkan oleh persatuan tersebut, segala maklumat berkenaan insentif bantuan daripada kerajaan kepada rakyat dari negeri ini yang berada di perantauan akan diperolehi. "Kita sentiasa menganjurkan perjumpaan dengan mengadakan pelbagai program sosial, sukan dan melaluinya perkembangan semasa mengenai kerajaan negeri disampaikan. "Apabila bertemu kita akan dapat maklumat untuk disimpan jika berlaku apa-apa permasalahan, dalam masa yang sama memelihara kebajikan mereka," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyantuni rakyat Terengganu di Selangor yang terkesan banjir baru-baru ini, di sini, semalam Beliau mewakili anak-anak rantau telah dikunjungi oleh rombongan kerajaan negeri yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat turun padang bagi menyantuni mereka yang terkesan banjir secara mobil. Dalam pada itu, Awasi berkata dengan menyertai persatuan PERANTAU juga memberi peluang anak negeri mengemukakan cadangan dan permasalahan untuk disalurkan kepada kerajaan negeri. "Saya juga mahu mencadangkan agar Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap kampung menyalurkan maklumat mengenai anak-anak Terengganu yang berada di perantauan dengan menghantar senarai nama kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (PKMD) masing-masing. "Tujuannya, agar segala maklumat terbaru mengenai rakyat Terengganu yang berada di luar ini dapat kita perolehi. "Sehingga kini, seramai 2,000 lebih yang aktif menyertai persatuan ini di negeri Selangor dan kita mengharapkan di masa akan datang akan lebih ramai menyertainya agar segala insentif ditawarkan kerajaan akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya.
23 Jan 22
666
’Tidak Pernah Terima Bantuan Sebelum Ini’ - Penerima Pencen Rakyat
’Tidak Pernah Terima Bantuan Sebelum Ini’ - Penerima Pencen Rakyat
KUALA NERUS, 22 Januari – Hampir keseluruhan 797 warga emas yang menerima bantuan kewangan pencen rakyat Terengganu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading melahirkan rasa gembira dan terharu terhadap inisiatif terbaharu kerajaan negeri. Lijah Ibrahim, 78, yang berasal dari Kampung Banggol Donas menyifatkan, insentif itu dalah suatu usaha yang sangat baik dan membuktikan kecaknaan kerajaan negeri terhadap golongan warga emas sepertinya. “Makcik tidak pernah dapat sebarang bantuan sebelum ini. Terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu kerana bantu makcik,” ujarnya ketika ditemubual selepas Majlis Penyerahan Bantuan Pencen Rakyat Negeri Terengganu Peringkat DUN Buluh Gading di Dewan Sivik Kampung Buluh Gading, baru-baru ini. Sementara itu, salah seorang penerima yang berasal Kampung Tanjung Sabtu, Wook Embong, 82, menganggap bantuan itu adalah rezeki yang tidak disangka-sangka. “Syukur alhamdulillah, ada juga rezeki makcik, boleh lah buat tampung belanja harian,” ujarnya lagi. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, pencen rakyat merupakan satu daripada 20 perkara yang disenaraikan dalam manifesto pilihanraya umum lepas. “Dua manifesto yang belum dapat dilaksanakan iaitu menubuhkan pusat pengajian tinggi menggantikan KUSZA dan membina bandar bestari. Kedua-duanya akan dilaksanakan pada tahun ini. “Antara yang telah kita berjaya laksanakan adalah caj wad kelas ketiga secara percuma jika dimasukkan ke hospital dan kad sejahtera bagi rawatan pesakit luar,” katanya lagi. Jelas beliau, satu lagi berita gembira pada tahun ini adalah dana i-fitri yang akan diagihkan untuk menampung kos dan keperluan bagi menghadapi Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga. “Jumlah yang dibayar adalah RM400 untuk keluarga B40 yang berpendapatan bawah RM2,500 dan RM250 untuk sebahagian keluarga M40 yang berpendapatan antara RM2,500 dan RM5,000. “Inilah komitmen Kerajaan Negeri Terengganu untuk membantu dan memberi keselesaan kepada kehidupan rakyatnya,” tambah beliau lagi.
23 Jan 22
576
ADUN Batu Buruk Raikan Peniaga Kecil
ADUN Batu Buruk Raikan Peniaga Kecil
KUALA TERENGGANU, 22 Januari – Seorang peniaga di Pantai Batu Buruk, Faridah Kasim, 39, telah menerima sumbangan sebuah kanopi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.  Sumbangan tersebut telah diserahkan sendiri oleh Ustaz Muhammad Khalil yang turun bertemu mata dengan Puan Faridah di tempat beliau berniaga, kelmarin. Menerusi satu hantaran di laman Facebook ADUN Batu Buruk itu, beliau menyatakan sumbangan itu telah diberikan bagi memudahkan urusan perniagaan Faridah.  “Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan sumbangan ini dan saya boleh teruskan perniagaan saya di sini,” kata Puan Faridah ketika ditemu bual pemberita.  Beliau yang merupakan seorang ibu tunggal telah berniaga selama 11 tahun dengan jualan ayam goreng, keropok goreng dan air minuman.  Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah wakil daripada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pantai Batu Buruk, Puan Hadida Jauhari.  
21 Jan 22
410