Artikel "Komuniti" Terkini
Kerajaan Negeri Suntik Semangat Pelajar SPM
KUALA TERENGGANU, 6 Februari – Persediaan akhir pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihangatkan lagi dengan inisiatif program motivasi pelajar anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk.
Menurut ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi program motivasi berkenaan merupakan rentetan daripada program Tuisyen Rakyat DUN Batu Buruk yang telah diadakan pada 3 Februari yang lalu.
Antara peserta program motivasi
“Program yang kita adakan ini merupakan usaha untuk membantu anak-anak pelajar kita agar berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan akan dihadapi nanti.
“Apa yang penting ialah kita berusaha, niatkan ikhlas kerana Allah SWT dan berdoa supaya dipermudahkan untuk memahami dan menjawab soalan nanti,” pesannya dalam ucapan majlis penutup program motivasi tersebut.
Program tersebut telah diadakan di Dewan Dato’ Wan Abdul Muttalib, Kuala Ibai dan disampaikan oleh pakar motivasi, Mohamad Mizan Mohd Nor.
Ustaz Mohamad Mizan menyampaikan motivasi kepada pelajar
Dalam pada itu, Program Tuisyen Rakyat bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik diadakan baru-baru ini telah diadakan disertai seramai 90 orang pelajar.
05 Feb 22
411
Pengeluaran Telur Berkurang 50 Peratus
KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menjelaskan bekalan telur bagi gred tertentu adalah terhad berikutan jumlah stok yang dibekalkan pengeluar kepada pemborong dan pihak pasar raya buat masa ini berkurangan kira-kira 50 peratus daripada kebiasaan.
Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, telur di negeri ini tidak kehabisan sepenuhnya sebagaimana dihebahkan pihak tertentu.
"Bekalan telur di Terengganu ini bukanlah habis langsung seperti didakwa. Bekalan telur ada tetapi gred-gred tertentu agak terhad.
"Ada pengguna menumpukan untuk membeli satu-satu gred telur dan telur papan sahaja namun telur yang dijual 10 biji untuk sepaket itu masih ada di kedai dan pasar raya," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Beliau mengulas laporan mengenai masalah bekalan telur ayam di Terengganu.
Saharuddin berkata kekurangan stok telur bagi gred tertentu buat masa ini adalah isu nasional yang saling berkait dengan beberapa faktor termasuk peningkatan harga makanan ternakan dan cuaca serta ia dihadapi oleh kebanyakan negeri bukan sahaja Terengganu.
Dalam pada itu, beliau berkata kekurangan stok bekalan telur turut dipengaruhi peningkatan permintaan ke atas bahan makanan itu berikutan musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.
"Bagi membantu mengatasi masalah ini, ada pasar raya yang melakukan kawalan kendiri dan mengehadkan jumlah pembelian. Contohnya, setiap pembeli hanya dibenarkan mengambil dua papan telur sahaja," katanya. – BERNAMA
03 Feb 22
389
Gadis 'Pomen' Bukan Hanya Cekap Di Dapur
KUALA NERUS, 1 Februari - Tidak sahaja cekap beraksi di dapur, anggota Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh turut berkemahiran mengganti keperluan motosikal sebagaimana kaum lelaki.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kali ini pihaknya memanfaatkan kepakaran sekumpulan wanita terbabit dalam program Tukar Minyak Hitam anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN beliau.
"Aktiviti yang diadakan melibatkan penyertaan sangat memberangsangkan dari kalangan penduduk
"Mereka pula berjaya mempamerkan bakat mereka dalam menukar minyak hitam motosikal yang sebelum ini sinonim sebagai aktiviti kaum lelaki," katany Hishamuddin kepada media ketika ditemui di program tersebut.
Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, sebanyak 200 botol minyak silinder telah disediakan dalam penganjuran terbabit.
"Penyertaan pemilik motosikal dari kalangan wanita juga semakin meningkat ekoran penyertaan 'pomen ppuan' pada kali ini.
"Ruang khas untuk motosikal milik wanita dan diuruskan oleh ‘pomen ppuan’ ini menyebabkan sambutannya semakin baik berbanding penganjuran sebelum ini," tambah beliau.
Terdahulu, Ameerah DUN Tepoh telah menganjurkan satu kursus buat anggota Ameerah untuk membiasakan dengan kerja menukar minyak hitam di kalangan mekanik bertauliah.
01 Feb 22
811
Pengamal Perubatan Disaring Bendung Amalan Khurafat
KUCHING,1 Februari - Mantan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad berharap agar kerajaan negeri melalui jabatan berkenaan terus menyaring pengamal perubatan Islam bagi membendung amalan khurafat dan syirik.
Katanya, siasatan sebelum ini mendapati segelintir mereka yang mendakwa mengamalkan perubatan Islam turut melakukan perbuatan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar
"Sebagai contoh yang terkenal adalah melakukan rawatan secara batin menggunakan bantuan jin dan seumpamanya, ini boleh memesongkan akidah masyarakat Islam.
"Walaupun ia sukar dikesan terutama apabila telah mendapat tempat dalam kalangan anggota masyarakat namun usaha melalui penyelarasan jawatankuasa pemantau pengamal perubatan berkenaan diperkasakan bagi mengelakkan daripada ia terus berleluasa," jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas menghadiri Lawatan Penanda Aras Ke Jabatan Agama Islam Sarawak, di sini, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Timbalan Pengarah 1 JAIS, Ahmad Sukarno Saini, Ketua-ketua Bahagian JAIS serta Ahli Jawatankuasa Pemantau Perawatan Islam (Ilaj Syarie) Negeri Terengganu.
Mengulas lanjut, Mat Azmi Arshad berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian serius kerana ia boleh membawa kepada kes jenayah seperti cabul.
"Kerana itu jawatankuasa ini akan dilaksanakan agar tiada lagi pengamal perubatan seperti ini dan senarai nama-nama mereka yang bertauliah dalam bidang ini akan dipamerkan untuk perhatian masyarakat," ujarnya.
Bercakap mengenai lawatan kerja ke Sarawak, beliau berkata, ia bagi melihat tatacara pelaksanaan jawatankuasa perubatan secara Islam di negeri terbabit.
"Melalui jawatankuasa khusus ini mereka telah menilai serta memastikan pengamal perubatan Islam di negerinya mematuhi garis panduan bagi memastikan rakyat tidak tertipu.
"Pelaksanaannya turut melibatkan kerjasama antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), polis, Jabatan Imigresen, mereka telah berjaya membendung amalan salah ini kerana pemantauan secara bersepadu, ini yang kita ingin laksanakan di negeri kita.
"Jadi perkara ini adalah penting dan ia merupakan inovasi bagi JHEAT untuk menyelesaikan masalah masyarakat, saya harap ia akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin serta kerajaan melalui jabatan ini akan sentiasa komited untuk sentiasa berusaha bagi memastikan kesejahteraan rakyat," katanya lagi.
31 Jan 22
1988
Bazar Abdul Rahman Bin Auf Tingkat Pendapatan Peniaga Kecil
DUNGUN, 1 Februari- Kewujudan Bazar Abdul Rahman Bin Auf diharap dapat meningkatkan pendapatan peniaga kecil di Pasar Besar Dungun.
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, dengan adanya bazar yang bernilai RM 608,263 itu akan merancakkan lagi ekonomi di daerah Dungun.
"Saya juga mengharapkan semua pihak yang ingin membuka ruang - ruang perniagaan dan kiosk - kiosk di Dungun ini, melibatkan kepentingan yang diurus oleh Majlis Perbandaran Dungun (MPD), di mana kehendak perniagaan itu dipenuhi," katanya.
Wan Hassan berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Bazar Abdul Rahman Bin Auf di perkarangan Pasar Besar Dungun di sini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim.
Sementara itu Huzairil berkata, bazar yang menempatkan 20 unit kedai itu telah memulakan operasi awal Januari lalu.
"Bazar ini didirikan hasil daripada kutipan MPD yang datangnya daripada komitmen, sumbangan dan apa jua bayaran yang merupakan hasil pendapatan daripada warga Dungun.
"Jadi kita mengharapkan dengan kemudahan yang disediakan oleh MPD dan kerajaan negeri ini akan merancakkan ekonomi selepas pasca pandemik COVID-19 sekali gus mengembalikan pendapatan seluruh peniaga Dungun, " katanya.
Rahimah Abdul Rahim
Sementara itu, seorang peniaga Rahimah Abdul Rahim, 49, berkata, dia yang sebelum ini menyewa di tingkat atas Pasar Besar Dungun sangat gembira terpilih untuk berniaga dibazar berkenaan.
"Harap-harap dengan berniaga di bazar baru ini akan dapat meningkatkan hasil jualan dan pendapatan," katanya yang telah 20 tahun berniaga di tingkat atas Pasar Besar Dungun.
31 Jan 22
763
4040 Limau Mandarin Diagihkan Sempena Tahun Baharu Cina
KUALA TERENGGANU, 3 Februari – Bersempena Tahun Baharu Cina 2022, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah mengagihkan sebanyak 4040 biji buah Limau Mandarin.
Agihan buah Limau Mandarin itu telah disempurnakan oleh ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi kepada masyarakat kaum Tionghoa dalam DUN tersebut.
“Agihan buah limau yang kita adakan hari ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di samping memperkukuhkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat khususnya di DUN Batu Buruk ini.
“Justeru, saya mengucapkan selamat bercuti buat semua dan selamat Tahun Baharu Cina 2022,” kata Ustaz Muhammad Khalil ketika ditemui pemberita.
31 Jan 22
258
Parlimen Setiu Adakan Majlis Rai Masyarakat Kaum Tionghua Sambut Tahun Baru
SETIU, 1 Februari – Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir pada sambutan tahun baru masyarakat Tionghua pada kali ini bagi meraikan kaum berkenaan dengan mengadakan majlis di kawasannya.
Dimana bermula sejak semalam lagi ia telah diadakan di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Setiu, dengan turut diberikan angpau yang membabitkan 89 penganut agama Budha terdiri daripada kaum Cina dan Siam diraikan.
“Ini tanda kita menghargai keberadaan mereka yang telah menetap di sini sejak berpuluh tahun dahulu lagi dimana kalangan masyarakat siam mereka telah menetap di Jabi.
“Jadi saya mengambil kesempatan bagi meraikan masyarakat siam dan cina bersempena Tahun Baru pada kali ini ini. Cara kita buat majlis di perkarangan Masjid Kampung Fikri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)Permaisuri dan ada sebahagianya kita kunjung rumah ke rumah, begitu juga bagi DUN Batu Rakit.”
"Dengan harapan mereka akan gembiran menyambut perayaan ini disamping keluarga yang tercinta," ujarnya ketika ditemui pihak media, di sini, pada semalam.
31 Jan 22
164
Warga Emas Kaum Tionghua Terima 'Angpau'
KUALA TERENGGANU, 30 Januari - Warga emas kaum Tionghua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di sini ceria apabila menerima 'angpau' daripada pihak kerajaan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, aktiviti ziarah dan sumbangan bantuan menjadi rutin pihaknya bukan sahaja pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Namun, katanya bantuan kali ini agak istimewa kerana ia berdekatan dengan perayaan kaum cina.
"Menjadi tanda bahawa kerajaan kini sangat mengambil berat tanpa mengira bangsa dan agama.
"Kesemua aktiviti ziarah dan juga agihan bantuan dijadikan rutin bagi PKM Bandar untuk melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.
"Ini juga tanggungjawab kami kepada orang awam terutama warga emas yang telah diteliti kurang berkemampuan daripada maklumat yang diterima daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing," katanya ketika menziarahi kaum cina di Kampung Cina, Kampung Pulau Kambing dan Kampung Banggol hari ini.
Ahmad Shah (berkopiah) ketika menghulurkan sumbangan kepada warga emas masyarakat cina di Kg. Pulau Kambing.
Katanya lagi, beliau berharap agar bantuan dari pihak PKM Bandar dapat meringankan kos sara hidup keluarga sekali gus menceriakan sambutan Tahun Baharu Cina mereka.
“Diharapkan dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga," tambah beliau.
31 Jan 22
308
Benteng Sungai Runtuh Timbulkan Kerisauan Penduduk
Oleh: Naim Fadhilah
DUNGUN, 27 Januari - Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Buaya, Kuala Dungun bimbang apabila benteng di tebing sungai itu mendap dan runtuh, sekaligus membahayakan keselamatan penduduk.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Sungai Buaya, Mukhtar Che Man berkata, beliau telah menerima aduan daripada penduduk yang menyedari kejadian tanah runtuh terbabit.
"Setelah menerima aduan, saya terus ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kejadian tanah runtuh itu," ujarnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, beliau telah mengambil maklum kejadian itu dan akan terus berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi tindakan lanjut.
"Saya telah memaklumkan kepada pihak berkenaan untuk ambil tindakan dengan kadar yang segera kerana kita bimbang kemungkinan runtuhan menjadi lebih buruk apabila air pasang besar," katanya ketika ditemui pemberita sewaktu meninjau lokasi kejadian.
Beliau turut meminta JPKK untuk sentiasa membuat pemantauan di kawasan tersebut dan memastikan keselamatan penduduk terjamin.
"Pihak JPKK akan membuat pemantauan secara berkala dan memaklumkan kepada penduduk supaya lebih berhati-hati apabila melalui jalan berdekatan kawasan itu terutamanya apabila air sungai pasang," ujarnya.
27 Jan 22
946
PPTS Teres Lebih Menjimatkan - Hazri
KEMAMAN, 27 Januari - "Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dalam bentuk teres lebih praktikal dan menjimatkan ruang," kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh.
Katanya, sebelum ini beliau pernah mencadangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Kemaman agar rumah terbabit dibina dalam bentuk sedemikian memandangkan permintaan terhadap rumah PPTS yang agak mendesak.
Hazri Jusoh sedang berucap.
Hazri berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Rumah PPTS kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Titian Berayun kelmarin.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat walaupun ianya mengambil masa yang agak lama.
"Setinggi terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan negeri menerusi Tabung Darul Iman (TDI), Pejabat Daerah Kemaman, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Kijal bahagian kemasyarakatan dan JPKK kerana berjaya menyiapkan rumah ini walaupun banyak kekangan di musim pandemik ini," ucapnya lagi.
Kuntom Mohamad (duduk) menerima kunci rumah PPTS.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengawai Daerah, Tuan Sharifah Khairuzita Tuan Khecil, Penolong Jurutera Pejabat Daerah, Khairul Hisham Endut dan Ahli Majlis Perbandaran Kemaman, Zabidin Awang serta Pengerusi JPKK yang terlibat.
26 Jan 22
618