Artikel "Komuniti" Terkini
Usaha AADK Wujudkan 'Komuniti Tanpa Dadah' Disambut Baik
SETIU, 23 Februari–Kerajaan melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Setiu melalui program 'Cakna Komuniti Tanpa Dadah' merupakan suatu usaha yang baik bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti di daerah terbabit.
Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd kadir berkata, inisiatif yang diadakan oleh agensi berkenaan berupaya memberi kesedaran kepada masyarakat awam khususnya golongan muda agar tidak terjebak dengan gejala negatif yang merupakan isu utama dalam negara pada ketika ini.
"Umum tahu kesannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku jadi langkah yang diambil melalui program seumpama ini perlu dilakukan secara berterusan serta diperbanyakkan lagi bagi memberi kesedaran kepada seluruh agar menjauhi perkara yang mendatangkan kerugian kepada negara.
"kita juga turut berharap agar mereka yang pernah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah ini serta Orang Kena Pengawasan (OKP) kembali ke pangkal jalan dan benar-benar insaf dengan menjadikan kehidupan sudut gelap itu sebagai pengajaran dan sempadan serta berusungguh-sungguh berusaha tidak akan mengulangi lagi kesilapan itu lagi.
"Jangan putus asa, perlu yakin bahawa segala kesalahan itu akan diampuni Allah setelah kita betul-betul ingin kembali kepada jalan Allah serta benar-benar bertaubat,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaan di Gelanggang Futsal Kampung Bukit Pelong, di sini, semalam.
Program yang dianjurkan itu melalui kerjasama diantara AADK Setiu, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Setiu dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Buluh Hulu diisi dengan pelbagai aktiviti dimana pertandingan futsal yang melibatkan kumpulan yang diwakili oleh klien pengawasan AADK Setiu, Kakitangan AADK Setiu dan wakil dari komuniti turut diadakan.
23 Feb 22
316
Tangki Statik Elak Masalah Air Taman Bukit Bayas Indah
KUALA TERENGGANU, 23 Februari – Beberapa tangki statik akan ditempatkan di Taman Bukit Bayas Indah sebagai langkah awal untuk menyelesaikan isu masalah krisis air di taman tersebut.
Menurut Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Timur, Azamy Abdul Aziz Abdul Aziz berkata tangki tersebut akan diletakkan secepat mungkin oleh Syarikat Air Terengganu (SATU).
“Kita akan cuba berhubung dengan pihak penduduk untuk memastikan lokasi yang sesuai bagi meletakkan tangki tersebut.
“Manakala, satu kajian akan dijalankan beserta pembinaan Loji Air Kuala Terengganu Utara (KTU) ialah penyelesaian jangka masa panjang kepada masalah ini,” kata Azamy ketika ditemui pemberita hari ini.
Perjumpaan SATU dan SPAN bersama penduduk Taman Bukit Bayas Indah
Menurut beliau, bantuan bekalan air tangki statik tersebut akan dihantar secara berterusan sehingga krisis air ini selesai.
Tambahnya, punca berlakunya krisis air ini kerana pembangunan yang pesat di kawasan sekitar telah menyebabkan tekanan air menjadi rendah di kawasan taman tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Taman Bukit Bayas Indah, Che Zulkarnain Abdul Wahab mengucapkan terima kasih kepada pihak SPAN dan SATU atas keprihatinan dalam isu ini.
“Setelah mendengar penerangan dan penyelesaian yang diberikan pihak SATU dan SPAN, saya berasa sedikit lega kerana ia dapat membantu kami untuk menjalani aktiviti harian,” ujar beliau.
Satu pertemuan antara wakil penduduk Taman Bukit Bayas Indah bersama pihak SPAN dan SATU telah diadakan pada 21 Februari lalu di sebuah kedai makan sekitar taman tersebut.
23 Feb 22
475
SJPay Mudahkan Pelancong Ke Pulau Redang
SETIU, 23 Februari– Melalui tiket secara atas talian 'Setiu Jetty Pay (SJPay) yang dilancarkan oleh Majlis Daerah Setiu akan memudahkan orang ramai yang berhasrat untuk melancong ke Pulau Redang yang seringkali menjadi tumpuan rakyat tempatan dan juga luar negara datang berkunjung
Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, kemudahan tersebut akan membantu pelancong untuk membuat bayaran fi akses di jeti Merang.
“Bermula hari ini, aplikasi ini boleh dimuat turun di Google play dan App Store, sistem ini juga akan turut membantu Majlis Daerah Setiu meningkatkan kecekapan melalui daftar masuk secara automatik dan pantas tanpa melalui kaunter.
"Dengan adanya sistem ini, secara tidak langsung juga dapat membendung penularan wabak Covid-19 yang sedang menular kerana para pelancong tidak lagi perlu bersesak untuk beratur di kaunter sebagaimana sebelum ini,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis perlancaran 'SJPay' ini di Jeti Pelancongan Merang ,semalam.
Dengan tindakan produktif oleh pihak majlis daerah berkenaan, Shaharizukirnain merakamkan ucapan syabas kerana inisiatif berkenaan untuk memastikan sektor pelancongan di daerah berkenaan kembali rancak setelah terkesan dengan Printah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
"Dengan memiliki pulau yang cantik sebagai Pulau Redang, selain itu Pulau Lang Tengah, Hutan Lipur Lata Changkah, Hutan Lipur Lata Payong, Setiu Wetlands dan pelbagai lagi tarikan yang kita ada akan kembali meriah dikunjungi oleh pelancong dalam negara bahkan pelacong asing akan kembali berkunjung apabila sempadan negara akan mula dibuka kelak,"katanya.
23 Feb 22
772
ADUN Belia Platform Anak Muda Sampaikan Cadangan
KUALA NERUS, 22 Februari - Idea melaksanakan sidang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia adalah cadangan daripada Menteri Besar Terengganu bagi membolehkan anak muda menyampaikan sebarang penambahbaikan kepada kerajaan negeri.
Pegawai Urus Setia Belia Sukan Dan NGO Negeri Terengganu (UBSNT), Tuan Nornajihah Tuan Ramli, berkata tujuan asal ADUN Belia ini adalah untuk memberi pendedahan kepada belia tentang undang-undang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dasar kerajaan.
"Terengganu mempunyai Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) di mana pada tahun ini UBSNT perlu laksanakan akademi Al-Fateh dan Anjung Sejahtera (NGO), doakan semoga ianya bermanfaat untuk belia, " ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Kem Temuduga ADUN Belia 2021-2023 Generasi 2 yang dijalankan di Felda Wilayah Terengganu, Tepoh di sini kelmarin.
Sementara itu, Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail ketika merasmikan majlis penutup program terbabit berkata cabaran kepimpinan hari ini sangat hebat dan kemungkinan di masa akan datang bertambah lagi.
"Pamerkan kepimpinan yang baik malah lebih baik daripada ADUN Belia generasi satu," pesannya lagi kepada 30 peserta yang hadir.
22 Feb 22
237
Kukuhkan Institusi Perkahwinan Dan Kekeluargaan
DUNGUN, 21 Februari - Antara fokus kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri adalah memperkukuhkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan.
Timbalan Pengerusinya, Alias Harun berkata, untuk mencapai matlamat tersebut kerajaan turut memperkasa wanita bagi kesejahteraan bersama, menjamin hak dan kesejahteraan kanak-kanak disamping meningkatkan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan untuk sistem sokongan yang berkesan dan menyeluruh.
"Jadi wanita adalah sebahagian daripada agenda sumber manusia yang tidak pernah diketepikan dan Program Suara Hati Wanita sebegini sangat baik untuk rakyat Terengganu menimba ilmu pengetahuan dari pelbagai sudut pengetahuan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Suara Hati Wanita bertajuk ' Bangkit Dari Sakit, I Am OK,' di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, di sini hari ini.
Program bual bicara yang membincangkan cara mengawal tekanan anjuran Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) DUN Sura itu turut dihadiri Pengarah USWa, Wan Sakinah Din.
Menurut Alias, pengetahuan dan kefahaman dari pelbagai aspek kehidupan yang mantap dapat menyelesaikan banyak perkara kerana agama meletakkan wanita di satu tempat yang istimewa.
"Wanita mestilah sentiasa mencari ilmu dan bersedia menerima ilmu supaya setiap tindakan yang dilakukan terhadap wanita adalah berlandaskan hukum agama," katanya.
21 Feb 22
342
5,000 Penduduk DUN Manir Dapat Barangan Murah Sempena PJKM
HULU TERENGGANU, 21 Februari - Sekitar 5,000 penduduk DUN Manir tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas lebih murah sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang berlangsung selama dua hari baru-baru.
PJKM yang menawarkan harga ayam bersih RM6, dan daging segar RM25 sekilogram serta belbagai pilihan barang keperluan harian dengan harga 20 peratus lebih rendah.
Timbalan Pengerusi Pertanian, Industri Makanan, Komuditi dan Pembangunan Luar Bandar Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, menerusi program sebegini rakyat dapat menikmati penjimatan di antara 20 hingga 30 peratus sekali gus dapat meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat.
Katanya, ini merupakan inisatif kerajaan pusat dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu Dato’ Rosol Wahid dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir untuk komuniti luar bandar.
"PJKM menawarkan termasuk barangan makanan asas seperti gula, beras, minyak masak, dan banyak lagi pada harga patut yang lebih murah dan kompetitif ke arah menangani kos sara hidup rakyat.” ujarnya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke jualan tersebut di Dataran PAKR Batu Hampar Manir semalam.
Program PJKM bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengahari itu berlangsung selama 2 hari bermula Sabtu dan berakhir Ahad..
21 Feb 22
325
Baru Dibuka, 'Uptown' Pantai Kuala Kemasik Diserbu Penduduk
KEMAMAN, 21 Februari - Baru hari pertama dibuka, Jualan 'Foodtruck Uptown' Pantai Kuala Kemasik telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa apabila diserbu ribuan pengunjung dari dalam dan luar komuniti setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, idea itu dicetuskan bagi menghidupkan pantai tersebut selain memberi pulangan buat rakyat.
"Kami bawakan Foodtruck dari Drawbridge Kuala Terengganu ke Kemasik khas untuk orang Kemaman khususnya warga Kemasik, semoga inisiatif ini dapat mengisi masa lapang bersama keluarga beriadah ke sini," katanya.
Inisiatif yang dilakukan itu turut mendapat kerjasama Persatuan Foodtruck Terengganu.
Kawasan jualan tersebut terletak di Kampung Gong Chengal Kemasik, sebuah tempat yang strategik dapat dihidupkan kembali.
Pandangan atas waktu siang suasana Foodtruck Uptown Pantai Kuala Kemasik,
yang berlatarkan mercu tanda Kemasik.
Sebanyak 20 buah Foodtruck dari Kuala Terengganu bertapak di tempat jualan ini, pelbagai aneka makanan dan minuman disajikan kepada semua yang datang. Juga ada beberapa hiburan kepada para pengunjung seperti busking, maskot kartun dan sebagainya lagi.
Waktu jualan tersebut pada setiap hari rabu dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili bersama isterinya Ustazah Husna Abdul Rahman.
Pergi melawat ke Foodtruck dengan diiringi oleh JPKK kampung ini, Bisharim Talib (berjubah putih).
21 Feb 22
5274
'Birthday Girl' Terima Kejutan
KUALA TERENGGANU, 20 Februari – Beliawanis di Kampung Tok Ku Chabang Tiga yang menyambut ulang tahun kelahiran menerima kejutan daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata seramai 12 orang di Kampung Tok Ku menerima kejutan selamat hari lahir tanda keperihatinan pihak PKM Bandar kepada golongan muda.
“Program ini merupakan rutin PKM Bandar ke setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di dalam Dun Bandar.
"Kali ini kami bergerak ke JPKK Tok Ku Chabang Tiga untuk bertemu 12 orang beliawanis bagi meraikan hari kelahiran mereka,” katanya ketika menziarahi Kg Tok Ku dalam program 'YB cakna Rakyat'.
Ahmad Shah ketika menziarahi warga emas di Kampung Tok Ku Chabang Tiga.
Tambahannya lagi, PKM Bandar bukan sahaja meraikan hari kelahiran, malah turut menziarahi ibu baru yang lahirkan anak, dan warga emas.
“Selain dari membuat kejutan hari lahir, pihak kami turut menyantuni ibu dalam pantang bersalin dan warga emas,” ujarnya.
20 Feb 22
261
20 Pasukan Rebut Piala ADUN Bukit Payong
MARANG, 20 Februari - Sebanyak 20 pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Bukit Payong tahun ini.
Perkara itu diumumkan ketika perlawanan pembukaan Titian Baru FC melawan Kampung Bukit FC di Padang Bola Seri Payong, disini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah berkata, tujuan utama dianjurkan kejohanan tersebut adalah bagi mengeratkan lagi ukhwah di antara anak muda.
“Matlamat tidak menghalalkan cara malah Islam tidak menghalang untuk bersukan. Namun ikutilah garis panduan dan bertandinglah dengan penuh semangat kesukanan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perlawanan Pembukaan Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Bukit Payong di Padang Bola Seri Payong, semalam.
Sementara itu, katanya kejohanan yang berlangsung kali ini berjalan dalam suasana baru dan lebih meriah dengan tidak tertumpu pada satu padang bola sahaja supaya dapat menghidupkan kembali padang-padang bola di seluruh DUN Bukit Payong.
Ujarnya, antara veneu terlibat ialah padang bola Kampung Atas Tol, Surau Haji Daud, Sena Rendang dan Bukit Payung.
Pada perlawanan pembukaan tersebut, perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Ttian Baru FC dengan jaringan tiga gol tanpa balas dari Kampung Bukit FC.
Kejohanan itu akan selama dua bulan dengan menawarkan hadiah sebanyak RM3,000 untuk johan, RM2,000 naib juara dan tempat ketiga serta keempat RM1,000.
20 Feb 22
660
Kesedaran Islam, Suasana Tenang Faktor Terengganu Digemari Siswa Antarabangsa
KUALA NERUS, 20 Februari – Tahap Kesedaran Islam yang baik serta suasana tenang adalah diantara faktor utama mengapa Terengganu digemari sebagai destinasi pembelajaran dan tempat tinggal, menurut pendapat mahasiswa-mahasiswi antarabangsa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Doktor Falsafah (PhD) Ekonomi, Dr Umar Muhammad Dabachi Bida, 38, yang menyifatkan penghayatan Islam di negeri ini amat berprinsip termasuk semangat Ukhwah tinggi setiap kali beliau berkunjung ke masjid di sekitar universiti.
“Bila lihat di sekitar Kampus Gong Badak dan Kuala Nerus, ini adalah tempat yang sangat aman, tahap jenayah di sini sangat rendah berbanding Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, keselamatan memuaskan ada disini.
“Anda jarang melihat mana-mana orang Islam berpakaian menjolok mata, Masjid di mana-mana, malah dalam masyarakat orang menghormati integriti dan kemanusiaan.Semuanya di sini amat sederhana dan mudah. Sebagai seorang Muslim daripada Nigeria, saya berada di tempat yang selamat.
“Dari segi ekonomi, kos sara hidup di sini juga agak murah, dengan dua ringgit anda boleh membeli makanan di luar, sesiapa sahaja terutama pelajar asing mampu tinggal di sini,” kata ilmuwan Nigeria itu.
Selain itu, Umar turut menasihatkan penduduk setempat agar terus memperkasakan cara hidup beragama dengan ilmu, mempelajari bahasa Inggeris, bahasa Arab sambil menyarankan kerajaan tempatan dan ibu bapa mengajar al-Quran dan Hadis untuk generasi akan datang.
Beliau juga menyifatkan UniSZA sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bermutu tinggi, dilengkapi kemudahan dan tenaga pengajar bertaraf dunia yang membolehkannya menguasai bidang pembangunan, alam sekitar dengan minyak dan gas.
Seorang lagi pelajar yang turut berkongsi pengalaman positifnya mengenai persekitaran Islamik ialah Fatimah Abdullah (Xu Jing), 38, berkata UNISza bahawa adalah tempat yang lebih mudah baginya untuk mengamalkan agama Islam.
“Sejak pertama kali datang ke sini pada 2013, surau dan masjid adalah perkara biasa dan mudah didapati, saya boleh memakai hijab dan mencari makanan halal dengan mudah, pengalaman yang sama sekali berbeza berbanding di China.
“Selain itu, saya berasa lebih selesa tinggal di sini dengan tempat-tempat yang indah untuk dikunjungi dan orang-orang serta rakan-rakan yang mesra sepanjang perjalanan,” kata guru bahasa Mandarin itu.
Jelas seorang pula mahasiswa PhD dalam Pemasaran Pelancongan dari Pakistan, Asif Sanaullah Balti, sifat aktif dan kecantikan masjid tempatan juga diantara faktor kenapa beliau serta anaknya meminati Terengganu.
Bapa berusia 35 tahun yang tinggal di Tok Jembal itu berkongsi rasa cintanya rumah ibadat tersebut yang indah dan banyak di sekitar Kuala Nerus, berkata khutbah dan bacaan al-Quran setiap hari membuatkan dia merasa tenang.
Sementara itu, Pengarah Pusat Antarabangsa UniSZA, Anuar McAfee menyebut bahawa persekitaran majoriti Islam disamping perkhidmatan pendidikan kualiti tinggi, memainkan pengaruh besar dalam membawa masuk pelajar asing baru datang dan tinggal di sini.
“Berbanding cabaran dan dugaan di luar pantai timur, Terengganu mampu menjadi ‘kampung’ buat mereka, kami pada mulanya bimbang sama ada warga luar ini akan menyesuaikan diri di sini atau tidak, tetapi nampaknya mereka sebati dengan baik dan diterima masyarakat,” katanya.
20 Feb 22
536