lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

120 Asnaf Terima Sumbangan
120 Asnaf Terima Sumbangan
KUALA TERENGGANU, 11 Mac - 120 asnaf di Flat Bukit Kecil, Batas Baru dan Ladang Tok Pelam yang terkesan dengan pandemik Covid-19 menerima sumbangan daripada Yayasan Amal Alumni Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur - Putrajaya (ASAS @YAA). Mewakili Badan Bukan Kerajaan itu, Dato’ Muhatar Abdullah berkata sumbangan tersebut adalah dengan kerjasama ASAS CAPTER Terengganu (ACT) melibatkan 40 orang setiap flat tersebut. "Nama-nama penerima kita dapat daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di tempat masing-masing, sebelum ini kita hanya menyampaikan sumbangan sebegini di flat-flat sekitar Lembah Kelang," katanya.  Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Agihan Bantuan Untuk Asnaf di Dewan Serbaguna Flat Bukit Kecil di sini semalam. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Ahmad Kamal Ali.  Manakala Ahmad Kamal yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato Tengku Hassan Tengku Omar berkata, Allah menjadikan kaya dan miskin itu adalah untuk membuktikan keadilan Allah SWT.  "Dengan keadilan ini, Allah menjadikan orang kaya dapat masuk syurga dengan sifat suka menolong orang miskin dan orang yang susah dapat pahala dengan sikap bersyukurnya," jelasnya.
11 Mar 22
440
'Mobile Team' Santuni Penduduk Miskin
'Mobile Team' Santuni Penduduk Miskin
KUALA NERUS, 9 Mac – Penduduk miskin di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir terus mendapat perhatian kerajaan negeri di bawah program 'Mobile Team' Pegawai Penyelaras (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, program ziarah sentiasa diatur pihaknya berpandukan data penerima daripada senarai e-kasih. "Bentuk sumbangan yang diberikan adalah bantuan sara hidup, persekolahan, kanak-kanak, bantuan am bulanan negeri, dan bantuan modal perniagaan,” katanya selepas dihubungi wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini. Turut bersama program ini beberapa agensi seperti Pusat Khidmat Masyarakat (DUN) Seberang Takir, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM). Sementara itu, menurut wakil Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT), Mohd Ridwan Omar, program itu merupakan aktiviti berkala dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Nerus. "Hari ini kami menyantuni 2 buah keluarga yang mana mereka amat memerlukan. “Penerima pertama Mohd Afandi sudah diluluskan permohonan dan penerima kedua Mohd Hamiluddin dalam proses meluluskan,” tambahnya lagi.
10 Mar 22
204
MARPA, ANM Pacu Perubahan Tanggapan Negatif Terhadap Nuklear
MARPA, ANM Pacu Perubahan Tanggapan Negatif Terhadap Nuklear
KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Persepsi awam mengenai sinaran nuklear seringkali dikaitkan dengan perkara - perkara ancaman keselamatan dan permusnahan sama ada pada manusia, hidupan liar dan alam sekitar. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata tanggapan ini perlu ditepis dengan memberikan maklumat serta fakta-fakta yang betul kepada masyarakat awam. "Teknologi nuklear ini mampu menyumbang kepada keselamatan sejagat, kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara. "Malah hakikatnya, teknologi nuklear ini amat penting dalam sektor perubatan dan industri. Seterusnya, aspek keselamatan amat perlu dititikberatkan semasa pengendalian,"katanya. Beliau berkata demikian mewakili YAB Menteri Besar Terengganu ketika berucap dalam Program Perasmian Raditation Protection Conference & Workshop 2022 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, Isnin lalu. "Tahniah diucapkan kepada Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) dan Agensi Nuklear Malaysia atas penganjuran persidangan ini sebagai acara yang penting, landasan terbaik untuk memacu dan mempertingkat prestasi perlindungan sinaran di sesebuah organisasi. "Pada waktu yang sama dapat meningkatkan status profesionalisme Pegawai Perlindungan Sinaran di Malaysia,"ujarnya lagi.
09 Mar 22
246
200 Bakul Makanan Buat Mangsa Banjir Hulu Besut
200 Bakul Makanan Buat Mangsa Banjir Hulu Besut
BESUT, 9 MAC - Sebanyak 200 bakul makanan diagihkan sekitar lima buah Jabatan Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sekitar Hulu Besut yang terjejas teruk akibat banjir, baru-baru ini. Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor yang baru pulih dari jangkitan COVID-19 mengambil peluang menyantuni mangsa-mangsa banjir dengan antara JPKK yang terjejas ialah Kampung Keruak,Pak Sik,Bela Oh,PPRT Bela Oh dan Felcra Keruak. "Sebelum-sebelum ini, wakil (Pejabat Penyelaras Parlimen) sudah pun turun kelapangan-lapangan sekitar Besut untuk membantu dan menghantar sumbangan. "Alhamdulillah, hari ini saya sendiri berpeluang turun kelapangan bertemu mangsa-mangsa terjejas", katanya. Agihan tersebut turut dibantu agensi bukan kerajaan (NGO) Kelab Pacuan Empat Roda Malaysia yang dikenali dengan nama "Republic Of 4x4" dan Muslim Care Malaysia.    
08 Mar 22
137
KMKT Agih 2,000 Pek Makanan Kepada Mangsa Banjir Hulu Terengganu
KMKT Agih 2,000 Pek Makanan Kepada Mangsa Banjir Hulu Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 Mac – Badan Bukan Kerajaan Khidmat Malaysia Kuala Terengganu (KMKT) mengagihkan 2,000 pek makanan selama tiga hari berturut-turut kepada mangsa banjir Hulu Terengganu. Pengerusi KMKT, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, makanan tersebut telah dimasak dan dibungkus di Markaz Tarbiyah Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam sebelum di hantar ke DUN Telemong. “Bermula 5 Mac hingga 7 Mac kami sediakan makan tengah hari dan makan malam untuk 1,000 orang penduduk di DUN Telemong. “Insya-Allah, jumlah tersebut cukup untuk menampung penduduk dalam kira-kira empat atau lima buah kampung di sana,” katanya  kepada pemberita. Menurut beliau lagi, KMKT masih lagi membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang kepada mangsa bajir di sana. KMKT kini sedang mengumpulkan sumbangan untuk memberikan bantuan barangan elektrik seperti dapur gas dan periuk nasi elektrik. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Pertubuhan Khidmat Sukarelawan Kuala Terengganu (1301 7018 3058 67).  
08 Mar 22
426
Rumah Tenggelam Dalam Tempoh Kuarantin
Rumah Tenggelam Dalam Tempoh Kuarantin
KEMAMAN, 7 Mac – Satu keluarga di Kampung Teladas reda dengan ketentuan Allah apabila hampir seluruh barang dan perabot musnah dalam bencana banjir baru-baru ini.  Ketika banjir melanda, Mohd Asman Kasman, 52, dan keluarganya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Putih sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi pesakit COVID-19 hingga tamat tempoh kuarantin. “Tiada satu pun yang sempat kami selamatkan kerana perlu menjalani kuarantin. “Setelah tamat kuarantin, air banjir sudah surut maka kini proses pembersihan dan pemilihan barang masih berjalan,” katanya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman sewaktu sesi ziarah Menteri Besar Terengganu ke Kampung Teladas. Asman berkata, Sungai Kampung Teladas merupakan penanda bagi penduduk kampung bersiap siaga sekiranya limpahan sungai berlaku bagi tindakan pemindahan. Asman sekeluarga kini berteduh di rumah ibunya setelah rumahnya tenggelam hingga ke ketinggian siling dalam banjir tersebut.  Dalam pada itu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut meluangkan masa menziarahi mangsa banjir dan menyampaikan bantuan kepada mereka selepas sesi Dialog Bersama Mahasiswa bagi Penerima Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Yayasan Terengganu di Darul Iman Training Centre. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat mengiringi menteri besar bagi menyantuni mangsa banjir.  Sekitar hampir 259 mangsa banjir (76 keluarga) Kampung Teladas dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Teladas kerana terkesan dengan bencana itu.  
07 Mar 22
338
Jualan Keluarga Malaysia Terima Sambutan Menggalakkan
Jualan Keluarga Malaysia Terima Sambutan Menggalakkan
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang diadakan di Tapak Pasar Malam Tok Adis pada Jumaat dan Sabtu yang lalu menerima sambutan yang menggalakkan. Dilaporkan jumlah kehadiran selama dua hari tersebut hampir mencecah seribu orang pengunjung meskipun dalam keadaan hujan.  PJKM merupakan sebuah inisiatif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk membantu mengurangkan kos sara hidup dan beban yang ditanggung oleh rakyat. Menurut Ahli Jawatankuasa PJKM Parlimen Kuala Terengganu, Hamiezah Mohd Lazim program tersebut telah bermula sejak Disember yang lalu di Kuala Berang.   “Kami mengadakan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), pasaraya, pemborong dan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk memastikan harga jualan di sini lebih rendah daripada biasa.  Puan Hamiezah menginringi En. Mohd bertemu dengan usahawan IKS “Parlimen Kuala Terengganu akan bergilir-gilir dengan Parlimen Kuala Nerus dengan lokasi jualannya ditetapkan oleh pihak kami.  “Sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu kita pernah adakan di Giant (DUN Bandar), Nirwana (DUN Wakaf Mempelam) dan sekarang di Tapak Pasar Malam Tok Adis (DUN Batu Buruk), kata Hamiezah ketika ditemui pemberita di lokasi jualan itu.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk juga telah menyampaikan sumbangan kepada sebahagian pembekal untuk dikurangkan lagi harga jualan.  Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pembantu Penyelia Hal Ehwal Kemasyarakatan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MITS) DUN Batu Buruk, Mohd Yusof. Sebarang maklumat berkenaan lokasi mingguan PJKM ini boleh rujuk di laman Facebook KPDNHEP Terengganu. Harga daging selepas potongan harga hasil sumbangan ADUN Batu Buruk  
06 Mar 22
472
Kayuhan Amal PDRM Kutip Lebih RM21 Ribu Untuk Mangsa Banjir
Kayuhan Amal PDRM Kutip Lebih RM21 Ribu Untuk Mangsa Banjir
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Kayuhan basikal amal ‘Bridge To Bridge’ Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu 2022 telah berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM 21,634 bagi membantu rakyat Terengganu yang terkesan akibat banjir baru-baru ini. Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato’ Zaini Jass berkata, hasil sumbangan tersebut adalah daripada sebahagian kutipan yuran dan sumbangan orang ramai. “Penganjuran ini telah berjaya melibatkan penyertaan daripada sepuluh buah negeri dengan penyertaan seramai 1,126 peserta. “Peserta termuda adalah berusia 12 tahun manakala peserta paling veteran berusia 73 tahun dari Segamat, Johor," katanya selepas program di Dataran Batu Buruk semalam. Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja serta Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa. Jelas Zaini, program yang dianjurkan ini juga bertujuan bagi merapatkan hubungan antara PDRM dengan masyarakat. “Ini menunjukkan PDRM dan rakyat berpisah tiada, sesuai dengan moto yang selalu dipakai oleh PDRM. “Program ini adalah program yang kita galakkan, apabila kita bersukan, kita tidak melupakan kepada mereka yang ditimpa bencana banjir,” ujarnya. Mengulas lanjut, Zaini berkata, program ini mencapai objektif penganjurannya, kutipan sumbangan program ini juga akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui kerajaan negeri. “Melalui sumbangan ini juga, Kita juga mengalu-alukan kerajaan Terengganu agar dapat menyumbangkan sebahagian sumbangan ini kepada 48 keluarga PDRM Terengganu serta rakyat Terengganu yang terjejas banjir," tambah beliau.
06 Mar 22
513
Pilih TESDEC Demi Masa Hadapan Lebih Terjamin
Pilih TESDEC Demi Masa Hadapan Lebih Terjamin
KUALA TERENGGANU, 6 Mac- Antara kriteria yang menjadikan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) menjadi rebutan dan pilihan belia dan beliawanis di negeri ini adalah kerana ia menjamin masa hadapan yang cerah untuk para graduannya. Ia terbukti apabila laporan Ketua Audit Negara pada dua tahun lepas menyatakan hampir 85 peratus pelajar lepas institusi ini telah mendapat pekerjaan hanya dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian mengikut bidang masing-masing. Menurut pelajar terbaik TESDEC, Siti Mariam Jaafar berkata, dari pengalaman yang ditimbanya selama dua tahun dalam kursus jahitan mengakui bahawa latihan yang diberikan mampu untuk menjadikan para pelajarnya memiliki kemahiran tinggi. "Saya masuk ke sini dahulu saya tiada memiliki apa-apa kemahiran , bermula daripada kosong, namun dengan belajar di sini saya benar-benar menekuni pengajian dalam jurusan yang saya minat ini. "Saya mengetahui tentang TESDEC ini semasa belajar di Sekolah Menengah Seri Nering, Besut dimana ketika diadakan lawatan ke pusat ini saya memasang impian untuk ke sini. "Kerana yakin bahawa TESDEC ini telah terbukti melahirkan ramai tenaga mahir, saya berkeyakinan dengan latihan yang diikuti selama ini saya mampu untuk membuka kedai jahitan sendiri, kerana ilmu yang dipelajari telah menjadikan saya mahir untuk menjahit pelbagai jenis pakaian mengikut citrasa terkini. "Namun, buat masa ini saya hendak cari pengalaman dahulu bekerja dengan majikan, saya yakin apa yang dipelajari selama ini adalah bersesuaian dengan kehendak semasa dan mampu buat yang terbaik untuk majikan apabila diterima bekerja kelak,"ujarnya yang merupakan anak jati Besut. Siti Mariam berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Majlis Konvokesyen Ke-4 dan Pelancaran Jubli Perak TESDEC. di Pusat Konvesyen, Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, semalam. Dimana dalam majlis berkenaan, 126 pelajar telah diberikan sijil kerana telah menamatkan latihan dan seramai 11 graduan akan dianugerahkan sebagai graduan terbaik mewakili kursus masing-masing. Katanya, kepada mana-mana pelajar yang memasang impian untuk turut menyambung pengajian di institusi berkenaan perlu yakin bahawa sehingga ke hari ini para graduannya telah ramai yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Sementara itu, seorang lagi pelajar terbaik, Amir Hamzah Omar berkata, sebaik sahaja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus tekad untuk menyambung pengajian di TESDEC dalam pengajian Diploma Kejuruteraan Automotif kerana yakin mudah mendapat pekerjaan. "Saya minat dalam bidang ini semenjak di bangku sekolah lagi, itulah diantara mendorong minat saya untuk belajar di sini, serta mengetahui mengenai para graduan di sini semuanya telah mendapat pekerjaan yang baik itu antara faktor yang menjadi pendorong saya. "Sebagai seorang pelajar di sini saya merasa sangat bertuah kerana menimba ilmu serta pengalaman yang berharga sebagai persediaan untuk bekerja di luar sana, mana-mana yang hendak belajar di sini sangat dialu-alukan kerana pensyarahnya sangat mahir dan berpengalaman dalam bidang  masing-masing. "Apa yang utama selepas habis menamatkan pengajian di sini pergilah ke mana-mana pun, pasti akan diterima untuk bekerja kerja sijilnya laku dan diiktiraf,"ujarnya.    
06 Mar 22
2230
NGO dan Alumni Bekerjasama Bersih Sekolah
NGO dan Alumni Bekerjasama Bersih Sekolah
Oleh : Aqilla  Foto: Syafiq  KUALA TERENGGANU, 5 Mac- Para sukarelawan dan Alumni Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang turun Padang bersama-sama membantu membersihkan kawasan sekolah tersebut yang dilimpahi dengan banjir lumpur. Seorang guru swasta, Sakinah Isa, 28,  bersyukur, setelah sekian lama tidak  menjejakkan kaki ke sekolah lama,  akhirnya dapat menyumbang tenaga berganding bahu bersama dengan guru-guru yang lain. "Di sebalik diuji dengan banjir, terdapat nilai murni semangat tolong-menolong antara satu sama lain. "Di masa yang sama dapat membina semula hubungan antara guru dan pelajar, sahabat lama yang sudah lama terpisah serta bersama membantu untuk membersihkan sekolah," jelasnya ketika ditemui pemberita. Katanya, Pusat Khidmat  Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang turut menyumbang makanan untuk mereka yang terlibat.  "Sementara, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Warga Cakna telah menyerahkan tiga unit water jet    kepada pihak sekolah untuk memudahkan urusan pembersihan," katanya. 
05 Mar 22
408