Artikel "Komuniti" Terkini
1.4 Tan Sampah Dipungut Di Pantai Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Sebanyak 1.4 tan sampah dipungut di sepanjang lima lokasi pantai di Kuala Terengganu oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO), Geng Plastik Ija dalam masa dua bulan tahun ini.
Ketua Geng Plastik Ija Kuala Terengganu, Dr Mohd Ariff Hafizi Fouzi memberitahu, di Pantai Batu Buruk sebanyak 165.2 kg, (47 beg) sampah berjaya dikutip, manakala di Pantai KTCC Ladang Tanjung pula sebanyak 136.6 kg (50 beg) dipungut.
"Di sepanjang pantai Jambatan Angkat Terengganu sebanyak 964 kg sampah dengan 161 beg.
"Pantai Teluk Ketapang pula 27 kg, dan hari ini di pantai Batu Buruk pula 160 kg," katanya.
Beliau yang juga Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah Zahirah di Pantai Batu Buruk di sini semalam.
Menurut beliau, pihaknya berharap akan dapat bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) serta orang ramai untuk membantu membersihkan kawasan pantai.
"Sekarang kita baharu sahaja melepasi musim tengkujuh dan banyak sampah-sampah dari laut yang dibawa oleh ombak, ini sudah tentu mempengaruhi sektor pelancongan yang menjadi punca pendapatan setengah penduduk.
"Jika pantai kita tercemar, pelancong sudah tentu tidak berminat untuk berkunjung dan ini sudah tentu memberi kesan juga kepada penduduk tempatan yang terlibat dengan sektor ini," jelasnya.
Sementara itu seorang penduduk yang ditemui, Halias Abu Bakar berkata menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama dan berterima kasih dengan NGO yang mengambil inisiatif yang murni itu.
"Saya merayu kepada pengunjung supaya sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan pantai ini, dengan sebab sampah orang dapat membaca peribadi kita," katanya.
20 Mar 22
1457
Pembangunan Rohani Jadi Keutamaan
KEMAMAN, 19 Mac - Selain pembangunan material untuk rakyat, pembangunan jiwa amat penting dalam membangun sesebuah negeri mahupun negara.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh berkata, dalam memajukan masyarakat dengan kebendaan duniawi jangan tertinggal kemajuan akhirat.
"Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah salah satu platform awal yang baik dalam pembentukan jiwa, insan dan akhlak kepada anak-anak kita.
"Dengan sedikit kuasa pemerintah yang ada ini, alhamdulillah kita permudahkan urusan pembinaan pusat pendidikan Islam dalam membentuk generasi yang menyuburkan agama,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian PASTI Bestari Nur Iman di Kampung Payoh, Kijal kelmarin.
Hazri juga berharap agar akan terbina lagi PASTI dikampung lain dalam menampung keperluan pembelajaran awal islam yang menjadi satu kemestian dan perhatian para ibubapa kebelakangan ini.
"Persepsi masyarakat kita perlu diperbetulkan. Soal pembangunan, menyelesaikan masalah tanah, masalah jalan dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab kepada pemerintah sesebuah negeri.
"Malah kerajaan komunis atau kapitalis sekalipun memenuhi tanggungjawab mereka terhadap rakyatnya.
"Yang lebih penting lagi adalah tanggungjawab kita dalam memastikan seluruh masyarakat beriman dengan ajaran islam, bertaqwa dan pergantungan hanyalah kepada Allah.
19 Mar 22
494
Pasar Tani Kekal Chukai Mula Beroperasi
KEMAMAN, 18 Mac - Pasar Tani Kekal (PTK) Chukai yang bertempat di Kampung Dusun Nyiur telah memulakan operasi perniagaannya secara rasmi sejak semalam.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, PTK Chukai diwujudkan bagi menempatkan para peniaga di bawah satu bumbung dengan menyediakan premis kekal yang lebih kemas.
"PTK adalah kesinambungan projek pembangunan bagi menaiktaraf serta penambah baik operasi Pasar Tani Runcit.
"Peserta PTK akan ditempatkan di bawah satu bumbung dan akan menjalankan perniagaan setiap hari dalam suasana yang selesa dan kondusif. Situasi ini akan memberi persekitaran yang mampu meningkatkan "volume" urusniaga dan secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan masalah pemasaran hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan setiap hari.
Katanya, PTK akan mengekalkan "positioning" Pasar Tani Runcit iaitu memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan," ujarnya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, dengan adanya PTK Chukai ini memberi pilihan yang lebih luas buat masyarakat setempat untuk mendapatkan barangan keperluan mereka.
"Terima kasih FAMA yang menyediakan kemudahan ini," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan pembukaan PTK Chukai itu, semalam.
18 Mar 22
759
TDM Sumbang RM80,000 Kepada Asnaf
DUNGUN, 18 Mac- Sebanyak RM80,000 disumbangkan TDM Berhad kepada 400 penerima daripada kalangan asnaf memerlukan sempena Karnival Dakwah Penghayatan Islam.
Pengarah Eksekutifnya, Najman Kamaruddin berkata, pihaknya ingin berkongsi rezeki kurniaan Allah dengan harapan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung.
"Ianya diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak pihak yang terlibat dalam membantu masyarakat," katanya.
Najman berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Festival SEDAYA (Seni, Dakwah dan Budaya) Vintage Dungun 2.0 di Dewan Arena Merdeka di sini, hari ini.
Festival yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Saiful Bahri Mamat itu akan diadakan selama tiga hari.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif TDM Plantation Berhad, Hamdan Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.
Dalam ucapan perasmian Saiful berkata, portfolio Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah tidak menghalang sebarang program asalkan mematuhi Syariah.
"Satu garis panduan 'Do and Don' t' , apa yang boleh dan tidak boleh dan sebagainya supaya dapat sentiasa mengambil kira perkara - perkara yang patuh syariah termasuklah iklan, billboard dan jika mereka ingin mengadakan program di sini, mereka sedia maklum perkara - perkara yang patuh syariah, " jelasnya.
17 Mar 22
328
600 Pemburu Kerja Hadiri Program Outreach
SETIU, 17 Mac : Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan dan Keusahawanan Jamin Kerja peringkat Daerah Setiu mencatatkan penyertaan kehadiran lebih 600 orang pencari kerja.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, seharusnya peluang yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) dimanfaat sebaik mungkin oleh rakyat terutama mereka yang sedang menganggur.
"Ada diantara mereka yang terus mendapat pekerjaan selepas menghadiri temuduga, mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapat jawapan." ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan dan Keusahawanan Jamin Kerja Rakyat Terengganu, Daerah Setiu.
Program yang berlangsung dua hari itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom yang turut disertai dengan kehadiran usahawan produk tempatan dan peniaga kecil.
Dalam program tersebut ,turut disampaikan faedah PERKESO dan inisiatif jamin kerja kepada mereka yang hadir serta terdapat beberapa syarikat tempatan dan luar yang menawarkan peluang pekerjaan antaranya TDM Plantation, McCORMICK, APTIV, Mybrush, Malaysia Rail Line dan Hartalega.
Program berkenaan turut diserikan dengan pelbagai acara termasuklah Master Chef of Setiu, 'Fun Run', cabutan bertuah, sukan rakyat dan costplay transformer.
"Melalui program ini Kita akan cuba permudahkan urusan rakyat agar peluang yang ada ini dimanfaatkan sebaik mungki insyaa- Allah," tambahnya lagi.
17 Mar 22
479
Kerajaan Beri Tumpuan Utama Bina Jambatan Tok Nandong
SETIU, 17 Mac –Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah bersetuju bagi memberi keutamaan kepada pembinaan jalanraya dan jambatan di Kampung Tok Nandong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Setiu.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Seri Mahdzir Khalid berkata demikian dalam ucapanya bagi memberi jawapan berkenaan pertanyaan Ahli Parlimen Setiu berkenaan status permohonan projek ini, di Persidangan Dewan Rakyat ,pada hari ini.
“Pihak kementerian telah menerima permohonan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu berkenaan projek menaiktaraf jalan dan membina jalan di Kampung Tok Nandong, Setiu.
"Skop yang telah dimohon pembinaanya adalah 100meter dalam spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) Dua. Permohonan tersebut telah pun disemak oleh JKR dan memastikan skop dan kos pembinaanya adalah tepat,"ujarnya.
Tambahnya lagi, UPEN Terengganu meletakkan projek ini sebagai salah satu keutaamaan untuk negeri ini dan kementerian telah memohon untuk dimasukkan dalam Rolling Plan Tiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12.
Sementara itu, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd kadir berkata, RP3 RMK-12 itu akan dibentangkan pada tahun ini dan menyatakan bahawa ia merupakan satu berita baik buat rakyat Setiu kerana kementerian terbabit telah memberi tumpuan utama untuk menyegerakan perkara tersebut demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat.
17 Mar 22
568
Festival Sedaya Vintage Dungun 2.0 Bakal Gegarkan Bandar Dungun
DUNGUN, 16 Mac- Penganjuran Festival Seni, Dakwah dan Budaya (Sedaya) Vintage Dungun 2.0 pada 17 hingga 19 Mac ini dijangka akan menggegarkan warga Dungun dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan acara menarik untuk semua lapisan masyarakat.
Pengarah program, Dr. Tengku Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, bertemakan "Gallok gallok jugok, semayang jangan lupe”, festival tersebut mengajak masyarakat berhibur dengan hiburan yang sihat.
"Antara aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung termasuk liga penalti, nyanyian dakwah, ayam ratu, mewarna, puding berhias, doodle dan explore race serta hadiah hadiah yang menarik menanti semua.
"Kita juga menampilkan 'otai' rock, Ramli Sarip, yang dibawa dari Singapura untuk mengubat kerinduan peminatnya dengan lagu - lagu berunsur nasihat dan ketuhanan, pada 19 Mac jam 9 malam bertempat di Dewan Arena Merdeka, disini.
"Juga 'otai - otai' dari seluruh Malaysia antaranya Yen SK, Hatu Guni, Piji LOKIEN dan ramai lagi serta tidak ketinggalan kumpulan - kumpulan nasyid kesayangan ramai, " jelasnya ketika dihubungi.
Menurutnya, program anjuran bersama Persatuan Belia Sahabat Sejahtera Daerah Dungun dan TDM Berhad itu merupakan program anjuran GLC) itu di setiap daerah di Terengganu, tetapi di Dungun ada sedikit kelainan.
"Hasil perbincangan bersama program yang sepatutnya hanya sehari di daerah lain tetapi di Dungun, kita adakan selama tiga hari," jelasnya.
Disamping itu, tambahnya lagi, sempena festival terbesar itu, banyak peluang untuk menjana pendapatan disediakan kepada warga tempatan dan juga bagi sesiapa yang berminat untuk membuka gerai-gerai perniagaan.
16 Mar 22
615
Warga SMASID Gembira Dapat Van Baharu
DUNGUN, 17 Mac – Warga Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail (SMASID) meluahkan rasa gembira selepas menerima van baharu untuk aktiviti seharian mereka.
Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, hasil permohonan yang dibuat oleh PIBG untuk memudahkan urusan terutamanya ketika pandemik Covid-19, ia sudah menemui kata putus.
"Dengan pengunaan ini dapat memudahkan pelajar untuk ke klinik kesihatan ketika pandemik yang masih ada buat masa ini.
"Proses permohonan memakan sedikit masa akibat berdepan dengan PKP dan beberapa prosedur yang diambil bagi memudahkan kerja. Ia juga ekoran Van yang diminta hendaklah memenuhi speksfikasi yang mendalam dan ciri-ciri keselamatan yang lengkap untuk para pelajar," katanya ketika ditemui media di SMASID.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Dato’ Indera Nik Nasaruddin Mohd Zawawi, Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Pengetua Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID) Ustaz Haji Mohd Sabri Ali.
16 Mar 22
828
MAFI Komited Bantu Petani Terjejas
KUALA LUMPUR , 15 Mac – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa berusaha mencari jalan dalam membantu semua golongan serta para petani yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata langkah proaktif telah diambil dengan mengaktifkan bilik gerakan bencana.
“Ia telah diaktifkan bermula 27 Februari 2022. Warga agro yang terkesan boleh berhubung terus bilik gerakan bencana atau berhubung dengan wakil jabatan atau agensi daerah di negeri yang berhampiran," ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir mengenai nasib para petani yang mengalami kerugian akibat kesan banjir, pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata lagi, sehingga 7 Mac 2022, sebanyak 4,343 golongan sasar yang terkesan akibat banjir di Pantai Timur sedang dalam proses untuk dibantu.
“Kawasan yang terlibat adalah sebanyak 17,860 hektar dan jumlah kerugian dialami dianggarkan sebanyak RM42.5 Juta.
Dalam pada itu, tafsiran kerugian telah selesai dinilai dalam jawatankuasa teknikal program pembangunan semula agro makanan mengikut sektor masing-masing dan penyaluran akan dibuat dalam masa terdekat.
“Kerajaan akan terus komited dalam usahanya bagi meringankan beban semua golongan yang terjejas akibat banjir dan sentiasa bersedia dalam menyediakan bantuan yang sewajarnya," ujarnya.
15 Mar 22
174
Proses Bina Tapak Parkir Masjid Gong Tok Nasek Dimulakan
KUALA TERENGGANU, 14 Mac – Pembinaan tapak parkir Masjid Gong Tok Nasek (MGTN) telah dimulakan pada semalam dengan kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut.
Pembinaan tapak parkir berkeluasan setengah ekar itu dibuat bagi menyelesaikan isu parkir di masjid tersebut yang terhad dan kos pembinaan akan dibiayai melalui hasil sumbangan orang ramai dengan anggaran RM30,000.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menyelesaikan pembayaran pengambilan tanah kepada penduduk yang terlibat.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang telah meluluskan pengambilan tanah bagi pembinaan ini dan disokong oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
“Harapan saya agar ianya dapat memberikan keselesaan dan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat bagi sama-sama hadir mengimarahkan lagi masjid ini,” kata Pengerusi MGTN, Ustaz Mohd Soud Said kepada pemberita.
Pengerusi MGTN, Ustaz Mohd Soud Said
Menurut beliau lagi, kerja-kerja pembinaan tersebut dijangka akan memakan masa selama 2 minggu.
“Insya-Allah, pembinaan ini dapat memberikan manfaat kepada jemaah masjid khususnya menjelang ketibaan bulan Ramadan nanti yang kebiasaannya akan menjadi tumpuan penduduk setempat,” tambahnya.
13 Mar 22
863