lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

300 Peserta Sertai Langkah Merdeka Masjid Seberang Takir
300 Peserta Sertai Langkah Merdeka Masjid Seberang Takir
KUALA NERUS, 22 Ogos - Lebih 300 peserta menyertai program Langkah Merdeka sebagai simbolik sambutan hari kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi.   Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Seberang Takir, Zakaria Dagang dalam ucapanya menzahirkan penghargaan buat  Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JAPENT), Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) dan Masjid Seberang Takir dan JPKK atas penganjuran aktiviti itu. Katanya, program berkenaan cukup meriah kerana turut disertai pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama komuniti setempat. "Mudah-mudahan program dapat menyuburkan lagi semangat kemerdekaan, semangat hari kebangsaan dan juga memupuk hubungan antara kita sebagai satu keluarga Malaysia," ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Masjid Seberang Takir. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dato' Dr. Alias Razak yang turut hadir berkata, fenomena filem Mat Kilau pastinya akan memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan tahun ini. "Sebenarnya filem ini mengingatkan rakyat Malaysia ataupun Tanah Melayu khususnya kita orang-orang melayu dan Islam kita dijajah sejak tahun 1911. "Selama tempoh itu, ada yang mati ada yang syahid serta dibuang negara dan sebagainya. Penderitaan yang dilalui oleh nenek moyang kita yang berjuang adalah orang-orang Islam dan melayu berusaha memerdekakan negara kita, mereka tidak duduk sahaja," katanya. Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab Ketika dihubungi berkata, beliau terharu dengan sambutan yang baik dari warga Seberang Takir dan juga agensi-agensi kerajaan antaranya MBKT, JAPENT, UMT dan UniSZA “Penghargaan saya  Masjid Seberang Takir atas pengajuran program tersebut dan berharap kempen berterusan dapat diadakan bagi melahirkan kecintaan terhadap negara walau apa jua cara," jelasnya. Seorang peserta, Johari Julkipli, 22, daripada Kelab Rukun Negara Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) teruja dapat berkolaborasi dengan Masjid Seberang Takir bagi menjayakan program Langkah Merdeka 2022 “Alhamdulillah seramai 42 orang daripada kelab kami dan mereka yang hadir betul-betul bersemangat menyambut hari kemerdekaan yang bakal tiba. “Nasihat saya kepada anak-anak muda supaya terus menyertai program seperti ini bagi mewujudkan semangat cintakan negara, patriotism dikalangan pelajar-pelajar. “Anak muda merupakan tunjang kepada nagara untuk berjuang bagi kesejahteraan kepada negara," tambahnya.
22 Aug 22
315
Dadah Perosak Institusi Keluarga
Dadah Perosak Institusi Keluarga
DUNGUN, 22 Ogos - Penyalahgunaan dadah telah banyak merosakkan institusi keluarga dan masyarakat seharusnya menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing agar ahli keluarga terutamanya tidak terjebak dengan kegiatan tidak berfaedah itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, beliau merasa kecewa kerana masih ada lagi manyarakat yang tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sebelum ini. "Dulu abang mati kesan daripada dadah, hidup tidak terurus, kurus kering, tapi bila abang mati, adik pula yang ambil dadah, langsung tidak mengambil pengajaran," katanya ketika berucap di Program Sekampit Beras Seekor Ayam di Balai Raya Kampung Rantau Abang, di sini.  Seramai 50 orang penerima daripada empat buah kampung iaitu Kampung Baru Kuala Abang, Rhu Batil, Rantau Abang dan Kuala Abang menerima bantuan pada program yang diadakan sempena 'YB ADUN Rantau Abang Bersama Rakyat di UDM Kuala Abang itu. Seterusnya, beliau turut mengajak agar masyarakat setempat bersama-sama membendung dan mengawasi anak-anak dengan sentiasa mengambil tahu aktiviti seharian anak-anak.  "Kenali kawan anak-anak kita, pastikan anak kita sembahyang, jangan tinggal sembahyang,'sesungguhnya solat itu mencegah mungkar', sama-samalah kita berdoa supaya bala ini tidak kena kepada keluarga kita, " katanya.  Pelbagai aktiviti diadakan sempena program yang bertujuan mendekati masyarakat di keempat-empat komuniti tersebut iaitu solat dan tazkirah subuh, sembang kedai kopi, menziarahi sebanyak 60 buah rumah terpilih , tukar minyak hitam motosikal untuk 50 buah motosikal terawal dan Majlis Bacaan Yasin untuk muslimat di rumah salah seorang penduduk kampung. 
22 Aug 22
367
12 Pasangan Ditahan Dalam Ops Bonceng
12 Pasangan Ditahan Dalam Ops Bonceng
MARANG,  21 Ogos - Seramai 12 pasangan ditahan penguatkuasa agama dalam operasi bersepadu sekatan jalan raya di Kampung Rhu Renggeh semalam kerana membonceng motosikal dan menaiki kereta bersama bukan mahram. Ketua Skuad AMAR Marang, Nasaruddin Samsudeng berkata, operasi itu disertai pihaknya dalam membantu dan memberi tenaga tambahan kepada pasukan trafik dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pejabat Agama Daerah Marang (Unit Penguatkuasaan). Ulas Nasaruddin, individu berusia lingkungan 18 hingga 25 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan seawal jam 8.30 hingga 11.30 malam. "Operasi diketuai Pejabat Agama Daerah Marang dibantu SKUAD AMAR dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dijalankan di bawah Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (2001) berkait perbuatan tidak sopan di tempat awam. "Jika sabit kesalahan individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi di sini, pada sabtu. Hadir sama dalam operasi, Setiausaha PAS Kawasan Marang Merangkap ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Penasihat Skuad AMAR Negeri Terengganu, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkifli dan Pengarah Skuad AMAR Negeri Terengganu Ustaz Yusuf Abdul Hadi. Menurut Nasaruddin, kesemua pasangan turut diberi notis ini supaya hadir ke Pejabat Agama Daerah Marang untuk sesi khidmat nasihat. "Jadi, kesemua pasangan penunggang, pembonceng motosikal dan menaiki kereta yang ditahan dalam operasi itu telah diberi notis arahan hadir ke pejabat Agama Daerah bagi sesi khidmat nasihat. "Kita mengharapkan ibu bapa agar memantau pergaulan anak-anak terutama melibatkan keluar pada lewat malam," jelasnya. Menurut Nasaruddin, Skuad AMAR akan terus memberi komitmen dalam membantu Pejabat Agama Daerah Marang dalam operasi-operasi mendatang dari masa ke masa di daerah bagi membendung perlakuan dan aktiviti tidak bermoral daripada berleluasa.  
21 Aug 22
2374
Kerajaan Rancak Adakan Program Tiada Kaitan PRU
Kerajaan Rancak Adakan Program Tiada Kaitan PRU
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - Lambakan program dilakukan oleh kerajaan negeri sejak mengambil alih pentadbiran tiada kaitan dengan  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, setiap program yang dijayakan itu merupakan komitmen PAS untuk dijadikan platform berdakwah bagi meningkatkan lagi syiar Islam di negeri ini. Katanya, dakwaan segelintir pihak bahawa program diadakan itu hanya ketika hendak meghadapi PRU semata-mata langsung tidak tepat dan merupakan suara nakal yang cuba mengalih perhatian rakyat. "Saya rasa rakyat pun dapat melihat selepas kemenangan PRU Ke-14, sepanjang empat tahun kita mengerakkan pelbagai agenda dan usaha di mana ini merupakan perjuangan kita yang berterusan dalam mengajak masyarakat di negeri ini untuk menghayati 'keindahan Islam' serta menyampaikan mesej Rasulullah kepada umat agar memartabatkan ajaran Islam untuk kesejahteraan seluruh rakyat. "Kerana itu setiap tahun kita anjurkan pelbagai program yang penuh dengan pengisian yang bermanfaat mengajak rakyat menghayati nilai-nilai Islam untuk diamalkan dalam kehidupan. "Menunjukkan bahawa kerajaan hari ini komited dengan perjuangan meninggikan syiar Islam secara berterusan untuk menterjemahkan matlamat yang ingin dicapai selama ini untuk menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS)," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Peneragan Darul Iman (UPDI), selepas merasmikan Karnival Penghayatan Islam TDM Berhad, bertempat di Dataran Khairunnisa, Jalan Sultan Omar, di sini kelmarin. Mengulas mengenai program tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, sambutan baik telah diberikan oleh rakyat di negeri ini khusunya daripada masyarakat Kuala Terengganu. "Ini menunjukkan rakyat memberikan sokongan dan dokongan yang kuat kepada program-program penghayatan Islam yang memberikan kefahaman yang jelas mengenai kehidupan beragama. "Sambutan meriah ini juga adalah kerana selama ini rakyat rindu untuk menghadiri program secara fizikal sebegini yang mula kembali diadakan setelah kita baru sahaja mula keluar dari era pandemik dan berada dalam fasa transisi endemik, dengan kehadiran yang ramai ini menujukkan rakyat Terengganu memang cintakan kepada program-program penghayatan Islam yang memberikan ilmu yang bermanfaat. "Gelombang yang sama juga dapat diperhatikan dengan keadaan masjid dan surau-surau, saya sendiri melalui Pejabat Parlimen Kuala Terengganu sedang merangka pelbagai program keagamaan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi meneruskan usaha meningkatkan syiar Islam di negeri ini," ujarnya lagi. Terdahulu, pada program tersebut, TDM telah menyampaikan bantuan RM80,000 kepada seramai 400 penerima dari Kuala Terengganu yang merupakan golongan B40.
21 Aug 22
388
Polis Dan Masyarakat Jalin Hubungan Kacau Bubur Asyura
Polis Dan Masyarakat Jalin Hubungan Kacau Bubur Asyura
DUNGUN, 19 Ogos - Mengambil peluang kedatangan bulan Muharam, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dungun dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) menganjurkan aktiviti mengacau bubur Asyura bagi menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Rantau Abang, Alias Harun memuji inisiatif yang dilakukan oleh pasukan PDRM mewujudkan kesejahteraan negara.  "Dengan slogan" Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada ' sewajarnya masyarakat menjadi mata kepada anggota polis, tambahan JPKK pula lebih mengenali penduduk kampung mereka, " ujarnya.  Beliau berkata demikian di dalam ucapan ringkas di Program  Kacau Bubur Asyura Masyarakat bersama Polis Pondok Rantau Abang.  Turut hadir, Ketua Balai Dungun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, ASP Mohd Nawawi Mat. Orang ramai yang hadir juga berpeluang membawa pulang hamper setelah berjaya menjawab soalan kuiz mudah.  Menurut ASP Nawawi  dengan keterlibatan empat JPKK iaitu JPKK Rantau Abang, Kuala Abang, Rhu Batil dan Kampung Baru Kuala Abang  telah memeriahkan program yang sebelum ini hanya buat di kawasan IPD sahaja. "Bukannya nak kacau syura sangat, tetapi hendak bersama - sama orang kampung, jadi kita adakan program ini dengan sumbangan anggota polis IPD sikit sorang untuk menyediakan dua kawah bubur Asyura dan makan tengah hari ini," katanya.
19 Aug 22
338
Lautan Manusia Banjiri 'Talk' UAI, Zizan
Lautan Manusia Banjiri 'Talk' UAI, Zizan
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - 'Talk Show' Anak Muda bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI), Zizan Razak dan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran mencecah puluhan ribu orang. Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Kamaruzaman Abdullah berkata tiada ungkapan terucap melainkan ucapan alhamdulillah melihat begitu ramai orang muda yang hadir membanjiri majlis Karnival Penghayatan Islam anjuran TDM Berhad malam tadi  “Ternyata gandingan mantap Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Razak buat orang ramai terutama orang muda untuk kekal bersama hingga akhir program. “Banyak ilmu dan pengalaman baru yang ditimba para pengunjung yang hadir walaupun penuh dengan sulaman senyuman dan gelak ketawa,” jelasnya. Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan di laman facebook miliknya selepas program bersama UAI dan Zizan Razak di Dataran Khairunnisa’, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, semalam. Karnival Penghayatan Islam ini berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Ogos 2022 dengan pelbagai pengisian yang menarik disediakan buat para pengunjung. Sementara itu, pelbagai hadiah menarik disediakan buat para pengunjung yang hadir seperti motosikal, TV dan pelbagai lagi sepanjang Karnival itu berlangsung.  
19 Aug 22
2034
Zizan, UAI Bakal 'Gegarkan' Kuala Terengganu Esok
Zizan, UAI Bakal 'Gegarkan' Kuala Terengganu Esok
KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Gandingan mantap antara Zizan Razak dan Ustaz Azhar Idrus (UAI) bakal memeriahkan pembukaan karnival Penghayatan Islam TDM Berhad malam esok. Pengarah program, Abdul Rahman Che Mat berkata program selama tiga hari itu bertujuan untuk memberikan kesedaran islam khususnya anak-anak muda di kawasan Kuala Terengganu. Katanya, karnival tersebut bakal berlangsung bermula 18 hingga 20 Ogos 2022 bertempat di dataran Khairunnisa’, Kuala Terengganu. “Program ini juga akan menampilkan artis-artis terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Faizal Tahir, Nazrey Raihan dan ramai lagi.  “Dalam masa yang sama, program ini juga berhasrat untuk memupuk semangat masyarakat setempat  dalam menyampaikan kerja dakwah islam kepada komuniti,” jelasnya. Program akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Ahmad Amzad Hashim. Sementara itu, Karnival ini juga akan mengambil berat tentang penderitaan masyarakat dengan penyampaian bantuan-bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tambah Abdul Rahman, pelbagai acara sukaneka seperti Fun Ride, perlawanan Bola Sepak 3on3, pertandingan e-Sport dan banyak lagi akan diadakan. Selain itu, tidak ketinggalan juga gerai-gerai pameran serta jualan yang akan turut serta bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.
17 Aug 22
5730
52 Rumah Di Bukit Besi Rosak Dipukul Ribut
52 Rumah Di Bukit Besi Rosak Dipukul Ribut
DUNGUN, 17 Ogos- Kira-kira 52 buah rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi rosak akibat dipukul ribut yang melanda kawasan terbabit kelmarin.  Antara rumah yang terlibat di Al Muktafi Billah Shah ialah Taman Mulia (6 buah), Taman Indah (13 buah), Taman Abadi (13 buah), Taman Setia (7 buah), Taman Madani (11 buah) dan di Kampung Besol, Bukit Besi (2 buah). Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kejadian yang berlaku dalam tempoh lebih kurang setengah jam itu mengakibatkan sebahagian bumbung rumah penduduk diterbangkan angin kuat.  “Angin kencang yang disertai hujan lebat itu juga mengakibatkan banyak pokok tumbang, namun tiada rumah penduduk yang dihempap pokok," ujarnya selepas dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Ghazali berkata, beliau telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing untuk menilai kerosakan rumah-rumah yang dilanda musibah itu. "Kita juga telah menghulurkan bantuan atap kepada penduduk terlibat,”katanya. 
16 Aug 22
1192
Rusila FC Rai Juara Bola Bersama Anak Yatim
Rusila FC Rai Juara Bola Bersama Anak Yatim
MARANG, 16 Ogos - Juara Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang 2022, Rusila FC telah mengadakan majlis makan malam bagi meraikan kemenangan bersama anak-anak yatim di sekitar kawasan ini. Penaung Rusila FC, Mohd Hafiz Naim Mohamad berkata seramai 30 orang anak yatim dan penjaga telah dijemput ke program makan malam di Dewan Tok Guru, Rusila, bersama sama dengan keluarga pasukan Rusila FC. "Program itu juga turut meraikan pemain pasukan 'RusilaJr', 'RusilaKids' dan pihak pengurusan bersama-sama tetamu yang dijemput khas, Wakil Pusat Khidmat Parlimen Marang, Yusuf Abdul Hadi dan Ahli Jawatankuasa Kejohanan. "Ribuan terima kasih diucapkan kepada Rumah Anak Yatim Baitul Sakinah yang telah menerima jemputan pihak kami dan mendoakan agar anak-anak ini suatu hari nanti dapat menjadi insan yang soleh dan solehah kelak serta berjaya dunia dan akhirat. Menurutnya lagi, sedikit sumbangan dan cenderahati telah diberikan oleh pihak Rusila FC kepada anak yatim, kerana rezeki yang dikongsi lebih diberkati. "Pihak Rusila FC harus mengekalkan momentum sedia ada untuk berdepan dalam kejohanan lain yang akan datang terutamanya pada peringkat parlimen akan datang. "Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang dan Rusila FC akan terus berjaya", tambahnya lagi. Baru-baru ini, Rusila FC telah berjaya merampas kembali kejuaraan dengan membawa pulang semula piala pusingan bersama-sama hadiah utama bernilai RM4000. Perlawanan akhir diantara Rusila FC melawan Bukit Kecil FC berakhir seri 1-1 dan berjaya dalam penentuan penalti dengan mata 4-3.
16 Aug 22
167
Lebih 1,270 Ikan Nemo Dilepaskan
Lebih 1,270 Ikan Nemo Dilepaskan
KUALA NERUS, 16 Ogos - Lebih 1,270 ekor ikan nemo dilepaskan ke perairan Pulau Bidong sebagai simbolik 'pembebasan' sesuai dengan tema penganjuran Program Selaman Skuba Merdeka Bidong iaitu meyelam untuk kebebasan. Pengarah Pelancongan Terengganu, Fadli Yusof Zakaria berkata program itu mendapat pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ sebagai pelepasan ikan nemo terbanyak di negara ini. Katanya, aktiviti itu dijayakan melalui kerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). “Anak ikan tersebut ditetas dan diternak di Pusat Penetasan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (Akuatrop) UMT setelah melalui kajian dan penyelidikan sejak tahun 2017. “Selaman Skuba Merdeka Bidong merupakan salah satu acara diatur sempena Bulan Menyelam Skuba Terengganu yang bakal berakhir 15 September depan,” jelasnya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Dive Month 2022 bertempat di Stesen Penyelidikan Alami UMT, Pulau Bidong, Merang di sini semalam. Turut hadir Naib Cancelor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar. Tambah Fadli Yusof, program tersebut dianjurkan bersama UMT adalah kerana IPTA itu mempunyai ramai kepakaran dalam bidang marin serta serius mengenai kepentingan konservasi alam sekitar.  “Ilmu ini perlu diserapkan kepada masyarakat bagi membentuk lebih ramai generasi yang berpengetahuan dan mempunyai berkesedaran tinggi terhadap kepentingan menjaga kelestarian ekosistem,” katanya.  
16 Aug 22
337