lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

RM40 Juta Agihan Zakat Perkasa Pendidikan
RM40 Juta Agihan Zakat Perkasa Pendidikan
KUALA TERENGGANU, 27 November - Menyedari melalui pendidikan akan dapat mengubah nasib dan kehidupan seseorang terutama yang datang dari keluarga miskin setiap tahun Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengagihkan lebih RM40 juta bagi memperkasakan pendidikan anak-anak Terengganu. Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, strategi Maidam membasmi kemiskinan yang dialami dalam kalangan keluarga berkenaan ialah menerusi pendidikan dengan harapan sekurang-kurangnya 80 peratus anak Terengganu menyambung pengajian ke universiti. "Sebagai galakan kerana itu sebelum ini kita berikan RM1,000 kepada setiap anak -anak yang dapat masuk ke institusi pengajian tinggi untuk menampung keperluan mereka dan baru-baru ini kita telah merangka kertas kerja untuk turut memberikan memberikan laptop berharga RM3,000 kepada anak-anak orang miskin. "Peringkat diploma pula kita berikan RM800 dan kita sedang merangka satu kertas kerja untuk memastikan anak Terengganu yang dapat memasuki ke sekolah berasrama penuh dapat RM 500,"ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas merasmikan Kursus Umrah Perdana dan Bantuan Zakat Ikhlas dengan kerjasama AMCARE, di Dewan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini, semalam. Tambanya lagi, anak-anak Terengganu yang cemerlang dalam pelajaran jika tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan di Terengganu atau dalam negara, jangan takut untuk mencuba nasib bekerja di luar negara terutamanya di Timur Tengah. "Kerana di sana memerlukan tenaga dari Malaysia terutamanya dalam bidang ekonomi, ini kerana Malaysia menjadi pakar rujuk kepada dunia Islam kerana kita memiliki sistem kewangan yang terbaik di dunia,"katanya. Dalam pada itu menurutnya, sebagai langkah untuk membasmi kemiskinan melalui anak-anak yang kurang berjaya dari sudut akademik pula katanya kaedah lain sedang difikirkan. "Terutama mereka yang tidak minat hendak belajar, hendak buat itu tidak boleh, buat ini tidak boleh kita hendak kumpulan mereka dan kenalpasti kemahiran apa yang mereka miliki untuk mengikuti sebarang kursus bagi mendapatkan pekerjaan yang baik untuk membantu dan mengubah nasib keluarga,"katanya.
26 Nov 22
269
Wanita Tionghua Terharu Ibu Tunggal Dihargai
Wanita Tionghua Terharu Ibu Tunggal Dihargai
DUNGUN, 14 November - Seorang wanita berbangsa Tionghua melahirkan rasa terharu kerana Kerajaan Negeri Terengganu begitu menghargai golongan ibu tunggal seperti ibunya melalui pemberian bantuan untuk ibu tunggal. "Saya berterima kasih kepada kerajaan yang ingatkan orang tua, hargai 'single mom' ( ibu tunggal) macam mak saya," ujar Chow See Wee, 47, dengan nada terharu.  Wee ditemui ketika menemani ibunya di Dewan Arena Merdeka di sini semalam.  Sementara itu seorang penerima pencen rakyat, Mohd Ali Mohamad, 75 bersyukur dengan rezeki di hari tuanya yang kini tidak mempunyai pendapatan.  "Pak Cik buat macam-macam kerja masa muda, tapi tak dok pencen, sebab kerja swasta, bersyukurlah kepada Allah dengan kerajaan yang memberi tidak kira fahaman politik, semoga kerajaan ini kekallah," ujarnya yang tinggal di Seberang Pintasan.  Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun yang berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pencen Rakyat, Ibu Tunggal dan OKU itu berkata kerajaan Terengganu tidak pernah menyisihkan setiap golongan yang menjadi rakyatnya.  "Hari ini seramai 574  orang penerima bantuan  terdiri daripada 369  orang menerima Pencen Rakyat, 153 orang ibu tunggal dan 52 orang Orang Kelainan Upaya(OKU), guna lah sebaiknya sumbangan tanda keprihatinan kerajaan itu," katanya. 
14 Nov 22
169
Tindakan Proaktif Sediakan Tapak Tong Sampah
Tindakan Proaktif Sediakan Tapak Tong Sampah
KUALA TERENGGANU, 13 November - Calon Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah mengambill tindakan proaktif memberikan peruntukan untuk menyediakan tapak pembuangan sampah dalam bentuk konkrit di 15 buah kampung kawasan ini. Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, beliau mahu mengekalkan imej Kuala Terengganu antara 10 bandar raya paling bersih dengan mengambil kira masalah pengurusan sampah tersebut. "Sewaktu  menjadi Ahli Parlimen tak salah saya yang sempat saya buat di 15 buah kampung melalui peruntukan di bawah Ahli Parlimen Kuala Terengganu. "Kita akan teruskan lagi supaya tapak di mana sampah itu dilonggokkan tong sampah diletakkan lebih kemas," jelasnya. Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata demikian ketika ditemui pihak media pada hari ini. Menurutnya, isu sampah bukan hanya terjadi di negeri ini tetapi masalah tersebut yang harus ditangani segera. "Walaupun di negeri lain isu  yang sama tapi kita tak boleh bagi alasan negeri lain buat perkara yang sama. Sepertimana yang diketahui saya antara yang bising berkaitan dengan masalah pengurusan sampah ini dan hasil daripada teguran yang telah saya buat dan juga rakyat banyak melaksanakan teguran penambahbaikan sedang dilaksanakan dari segi pengurusan sampah oleh pihak bandar raya. "Dan pihak bandar raya telah beri komitmen untuk 'review' balik kontrak pengurusan sampah ini dan saya rasa ia semakin baik , insya Allah," ujar beliau. Beliau menambah, pihak bandar raya sedang menyelesaikan isu berkaitan tong sampah, kekerapan mengambil sampah dan pembahagian kerja.   "Kita dah capai anugerah itu, kita nak kekal dan  buat lebih baik lagi," tambah Amzad lagi.
12 Nov 22
215
Mangsa Ribut Terharu Pemuda 'Baju Merah' Hulur Bantuan
Mangsa Ribut Terharu Pemuda 'Baju Merah' Hulur Bantuan
MARANG, 31 Oktober - Mangsa ribut yang mengalami kerosakan rumah di Kampung Undang, Bukit Payung di sini terharu menerima bantuan daripada anak-anak muda berbaju merah. Kumpulan pemuda terbabit difahamkan adalah anggota Jabatan Amal Malaysia Marang yang datang membersihkan rumah mangsa sebaik ribut reda. Ketuanya, Sabudin Ahmad berkata, pihaknya mendapat maklumat berlaku kejadian ribut tersebut selepas melibat video tular di whatsapp. "Selepas itu kami terus menghubungi anggota kami yang berada di Bukit Payung, dia menceritakan keadaan semasa yang memerlukan kami turun dengan segera. "Sebaik ribut reda, saya dan beberapa rakan yang lain turun ke lokasi terjejas, sekurang-kurangnya 10 rumah dan premis kedai mengalami kerosakkan dan banyak pokok tumbang di kawasan rumah. "Kami membantu sekadar kemampuan, pokok yang tumbang kami potong dan alihkan ke tempat lain, begitu juga dengan atap yang jatuh," katanya kepada pemberita petang tadi. Menurutnya, Jabatan Amal merupakan entiti yang sememangnya bersedia membantu masyarakat termasuk ketika musim tengkujuh. "Bagi persiapan banjir, sebelum ini kami ada menyertai simulasi banjir bersama agensi kerajaan negeri dan persekutuan, ini sudah biasa bagi Jabatan Amal. "Bantuan ini juga bagi meringankan beban mangsa yang rata-ratanya terdiri daripada golongan B40.  "Insya-Allah kami akan terus memberikan bantuan, bantuan ini juga merupakan rutin setiap kali musim tengkujuh," katanya. Sementara itu, Pegawai Bahagian Kebajikan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Kamanordin Md Jusoh, berkata pihak akan menjalankan siasatan lanjut bagi membolehkan bantuan kewangan dihulur. Katanya, nilai kerugian belum dapat dipastikan, namun bantuan segera akan disalur bagi meringankan beban mangsa, selain untuk keselesaan penduduk terbabit memandangkan kini hujan kerap susulan peralihan ke musim Monsun Timur Laut Petang tadi, sebanyak 25 premis, termasuk kediaman dan kedai mengalami kerosakan teruk akibat ribut yang melanda kira-kira jam 2.30 petang.
31 Oct 22
660
Gajah 'Penceroboh' Ditangkap
Gajah 'Penceroboh' Ditangkap
KUALA TERENGGANU, 30 Oktober- Seekor gajah betina daripada sekumpulan 15 ekor gajah yang menceroboh masuk ke kawasan kediaman penduduk Kampung Basung, Hulu Terengganu berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu semalam. Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, dua ekor gajah denak digunakan bagi menjinakkan gajah betina itu. Katanya, penduduk kampung berkenaan memaklumkan, gangguan sekumpulan gajah liar tersebut telah merosakkan tanaman serta memasuki kawasan penempatan mereka. Tambah beliau, pejabat Menteri Besar turut membuat aduan Khamis lalu berkenaan gangguan gajah liar itu, dan bertindak atas aduan berkenaan pasukan petugas telah turun dan berjaya menangkap seekor gajah betina semalam. “Terdapat kira-kira 15 ekor gajah liar yang merayau di Kampug Basung, justeru bagi meredakan kebimbangan penduduk, pasukan Perhilitan sentiasa memantau dan ada membuat tembakan menghalau gajah tersebut. “Dengan tangkapan gajah betina tersebut, diharap gajah-gajah lain akan beredar daripada kawasan ini,” ujarnya.  
30 Oct 22
705
SK Kompleks Seberang Takir Berarak Hayati Maulidur Rasul
SK Kompleks Seberang Takir Berarak Hayati Maulidur Rasul
KUALA NERUS, 19 Oktober - Lebih 800 pelajar termasuk guru Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir (STARS) menyertai perarakan Maulidur Rasul yang diadakan di sini hari ini. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM), Zaharah Mohammad berkata, kesemua mereka terlibat dalam perarakan yang bermula di sekolah dan berakhir di lokasi sama dengan anggaran jarak dua kilometer. "Selain berarak, tentatifnya ada pertandingan mewarna. Dan jika cuaca yang baik, kita buat ceramah. Ni merupakan acara tahunan sebenarnya tetapi 2 tahun sudah kita tidak meneruskannya akibat PKP baru-baru ini lah. "Terima kasih kepada ibu-bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada kami termasuk PIBG sekolah yang sentiasa bersama-sama dalam perlaksanaan program," ujarnya. "Harapan saya semoga jalinan antara sekolah dan komuniti di Seberang Takir ni semakin erat dan terima kasih atas sokongan semua pihak," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Mohd Fadhil wahab dalam ucapan perasmian berkata, ketibaan Maulidur Rasul SAW saban tahun menjadi detik bermakna kepada seluruh umat Islam untuk memperingati nikmat terbesar pengutusan Nabi Muhammad SAW iaitu penyebaran risalah Islam. "Bagi menzahirkan kesyukuran atas pengutusan Nabi Muhammad SAW, kita sedaya upaya bertanggungjawab mempertahankan syiar agama, memelihara akidah dan iman, mempamerkan serta mengamalkan akhlak terpuji seperti yang ditunjukkan oleh nabi sepanjang hayat baginda dalam kehidupan seharian, buat la apa-apa program bagi menunjukkan kecintaan kita terhadap baginda," ujarnya lagi Perarakan diiringi laungan selawat ke atas nabi junjungan SAW yang dipimpin oleh guru-guru menerusi unit bergerak Turut bersama, beberapa pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
19 Oct 22
817
EPIC Agriprentice Bantu Golongan B40 Jana Pendapatan
EPIC Agriprentice Bantu Golongan B40 Jana Pendapatan
KUALA TERENGGANU, 6 Oktober - Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) telah menganjurkan EPIC Agriprentice Program Ternakan Kelulut untuk membantu meningkatkan ekonomi golongan berpendapatan rendah (B40) melalui ternakan kelulut.  Sebanyak RM30,000 telah diperuntukkan bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial koperat tersebut melibatkan penyertaan 10 peserta terpilih dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Ridzuan Ali, objektif utama program itu adalah membantu golongan pendapatan rendah yang ingin menjana pendapatan sampingan serta menggalakkan mereka menceburi industri kecil dan sederhana. “Pelaksanaan EPIC Agriprentice Program Ternakan Kelulut merupakan sebahagian dari program tanggungjawab sosial syarikat dalam menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Terengganu. "Ia juga bertujuan membimbing pengusaha ternakan kelulut yang baru bermula dan kita turut membantu menambahbaik peralatan bagi memenuhi kehendak pasaran dalam dan luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis. Menurut beliau lagi, program tersebut diisi dengan tujuh modul pengendalian dan latihan praktikal asas memasang ‘topping’ serta proses penyedutan hasil madu kelulut oleh Pengasas Galeri Madu Kelulut Bukit, Sufian Mat Nor. Di samping itu, para peserta juga diberikan tiga set sarang lebah kelulut dan alat penyedut madu selepas menghabiskan kursus ternakan kelulut itu.  Program tersebut telah diadakan di Galeri Madu Kelulut Bukit dengan kerjasama Galeri Madu Kelulut Bukit dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk. Turut hadir dalam program ini Ketua Kumpulan Penyelidik Lebah & Kelulut dari Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Shamsul Bahri Abd. Razak, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Terengganu, Mohamad Wisam Mejam dan Pegawai Khas ADUN Batu Buruk, Abdul Fatah Ghani @ Abdul Ghani.  
06 Oct 22
454
Cucu Lahir Baru Dapat Lot Rumah
Cucu Lahir Baru Dapat Lot Rumah
DUNGUN, 5 Oktober - "Cucu lahir baru dapat lot rumah," itulah luahan seorang peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pinang Stesen dengan nada penuh kesyukuran setelah sekian lama menanti dengan penuh harapan akhirnya menjadi kenyataan. Sulaiman Essa, 56 yang tinggal di Paya Kemudi berkata, dia pernah memohon tanah lot rumah pada tahun 1999 di mana anaknya yang sulong ketika itu berusia enam tahun. "Sekarang dia dah kahwin dan mempunyai tiga orang anak. "Tak kisahlah tanah itu jauh sikit daripada yang dulu, dulu berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut tetapi sekarang di Pinang Stesen, " ujar ayah kepada empat orang anak itu.  Suliman berkata demikian ketika ditemui wakil UPDI selepas Majlis Penyerahan Borang 5A dan Geran Tanah Bagi DUN Rantau Abang di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini.  Di majlis penyerahan yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun itu, seramai 81 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah Pinang Stesen yang merupakan peserta Terkilan RTB Tapak Rumah Padang Pulut menerima Borang 5A.  Selain itu, 42 orang peserta RTB Tapak Rumah Kampung Batu Putih turut menerima borang berkenaan.  Manakala Che Muhammad Che Pa, 65 yang tinggal di Jalan Lembah dalam DUN Sura bersyukur ke hadrat Allah setelah lama menunggu akhirnya dia mendapat balik tanah yang pernah dipohonnya sekian lama.  "Saya juga berterima kasih kepada Cikgu Alias dan YB Cikgu Wan Hapandi yang banyak menolong sehingga saya dapat balik tanah, walaupun bukan di DUN Sura seperti sebelum ini tetapi di DUN Rantau Abang," ujarnya.  Sementara itu, Alias berharap kepada yang baharu memohon dapat bersabar kerana prosesnya memakan masa. "Mereka yang terima hari ini telah memohon sejak sekian lama, bukan baharu memohon, kerajaan Terengganu hendak beri kepada semua yang layak tanpa mengira pegangan politik," katanya.  
05 Oct 22
262
PSMZA Bantu Pelajar Pondok Dan Tahfiz Timba Kemahiran
PSMZA Bantu Pelajar Pondok Dan Tahfiz Timba Kemahiran
DUNGUN, 5 Oktober - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) komited membantu pelajar pondok dan pusat tahfiz menimba kemahiran menerusi Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, program latihan kemahiran kepada pelajar tahfiz, sekolah pondok dan Techno Huffaz dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) di  Makmal Komputer JTMK .  "Kursus Asas Microsft Office Siri 1 melibatkan pelajar-pelajar Akademi Pengajian Al-Bahjah, Kijal, Kemaman.  "Manakala Kursus Asas Editing Menggunakan Canva Siri 1 bersama pelajar Madrasatul Quran Pinang Baru, Bukit Besi Dungun, " katanya.  Menurutnya, kursus yang telah diadakan pada 29 dan 30 September 2022 bagi sesi pertama akan berlangsung beberapa siri berikutnya iaitu pada 14 hingga 15 Oktober dan 20 dan 21 Oktober ini.  Sementara itu, Jabatan Kejuruteraan Awam pula telah mengadakan Program  Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran Latihan  Teknikal dan Vokasional (TVET) Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) bersama Pelajar Institusi Tahfiz, Sekolah Pondok dan Pelajar Techno Huffaz Politeknik.  Menerusi program ini seramai  40 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Bayan, Paka yang berlangsung selama dua hari pada 1 dan 2 Oktober 2022.  "Mereka telah menyertai Kursus Asas Pemasangan Paip, Kursus Asas Kerja Konkrit dan Ikat Bata yang berjalan secara serentak.  "Dengan menyertai kursus-kursus berkenaan, pihak kami berharap ianya berjaya memberi pendedahan dan manfaat kepada mereka berkaitan dengan kemahiran asas yang menjadi keperluan dalam kehidupan seharian.  "Secara tidak langsung, ia juga menjadi permulaan yang baik dalam menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian di politeknik," katanya.   
04 Oct 22
499
Warga Emas Dua Kali Menang Motosikal
Warga Emas Dua Kali Menang Motosikal
DUNGUN, 2 Oktober- Seorang warga emas menganggap motosikal yang diperolehi selepas memenangi hadiah cabutan bertuah hadiah utama Modenas Kris 110 sempena Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera (TMBS) DUN Bukit Besi baru-baru ini sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka. Zainon Mohamad, 63 yang berasal dari Kampung Tepus terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang ketika menghadiri ceramah pada malam perasmian karnival tersebut. "Rezeki tidak pernah salah alamat, mak cik bersyukur kerana Allah telah memilih mak cik dapat hadiah cabutan bertuah. "Mak cik suka dengar ceramah dan tidak pernah ketinggalan untuk hadir walaupun diadakan di mana sahaja, kalau tidak sakit demam, sampailah mak cik," katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman. Lebih mengujakan itu adalah kemenangan kali kedua Zainon memenangi hadiah cabutan motosikal kerana sebelum ini dia turut terpilih memenangi motosikal SYM Sport 110E pada  Sambutan 70 Tahun PAS Peringkat Kawasan Dungun. Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera merupakan medan untuk rakyat berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Karnival ini juga merupakan ruang terbaik bagi kerajaan negeri untuk menyampaikan dan memaklumkan tentang apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sepanjang tempoh empat tahun mentadbir negeri.
01 Oct 22
410