lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Pesakit Strok Tak Sangka Cepat Dapat Bantuan
Pesakit Strok Tak Sangka Cepat Dapat Bantuan
KUALA TERENGGANU, 8 Februari – Seorang pesakit strok, Khadijah Kassim, 74, di Kampung Batu Buruk tidak menyangka akan menerima bantuan katil daripada kerajaan negeri. Menurut anaknya, Salbiyana Ismail, 57, dia cukup terkejut kerana mendapat bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk dengan mudah dan cepat. “Alhamdulillah, saya tidak sangka mudah sahaja untuk dapat bantuan katil ini. “Saya ucapkan terima kasih kepada pihak ADUN Batu Buruk, Dr Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atas bantuan ini,” kata Salbiyana ketika menerima serahan katil ini.  Katil pesakit tersebut telah diserahkan oleh Pegawai Khas ADUN Batu Buruk, Mohd Izzat Abdullah di kediaman pesakit, hari ini. Sementara itu, Muhammad Khalil turut mendoakan semoga Khadijah diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan. Pegawai PKM sedang menunjukkan cara mengendalikan katil pesakit kepada Salbiyana  
08 Feb 23
470
Amin, Hidayah Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu
Amin, Hidayah Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu
SETIU, 7 Februari - Qari dari Kampung Bukit Mundok, Mohd Amin Ismail dan qariah dari Kampung Ladang Bari, Nor Hidayah Abd Rahman dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu 1444H/2023M di Masjid Kampung Rahmat, Chalok malam tadi. Dengan keputusan itu, mereka layak membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, selain piala iringan, plak dan sijil penyertaan. Kejayaan itu sekali gus melayakkan mereka mewakili Setiu bagi menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu yang akan berlangsung di Dewan Majlis Marang pada 28 Februari hingga 2 Mac depan. Tempat kedua pula dimenangi qari dari Tahfiz Assobur Bukit Kemudu, Rozali Muhammad dan qariah dari Kampung Chalok Kedai Dr. Shayuti Mohamed Adnan. Mereka membawa pulang hadiah RM 2,000, cenderamata dan sijil penyertaan. Tempat ketiga dimenangi qari dari Kampung Pak Kancil, Md Ayoub Hamzah dan qariah dari Kampung Chalok Kedai, Halimah Ibrahim. Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Setiu, Encik Ahmad Rizal Mamat diiringi Penyelaras DUN Langkap, Encik Azmi Maarof bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Tuan Zalizan Sulong dan Pegawai Agama Daerah Setiu, Tuan Mohd Faiz Azuan Marzuki. Terdahulu Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Daerah Setiu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoniti dan Pembangunan Luar Bandar, YB Dr. Azman Ibrahim selepas solat Maghrib.  
07 Feb 23
549
Bilangan Ibu Tunggal di Terengganu Meningkat
Bilangan Ibu Tunggal di Terengganu Meningkat
KUALA TERENGGANU, 6 Februari- Bilangan ibu tunggal di Terengganu meningkat sehingga hampir 10,000 orang dalam masa tiga tahun berdasarkan statistik terbaru yang direkodkan kerajaan Terengganu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, peningkatan kepada 43,471 orang pada tahun 2020 berbanding sekitar 35,000 orang pada 2018 amat mengejutkannya. "Mereka merupakan antara segmen atau sasaran paling dekat dengan ADUN Wanita dan ia satu cabaran bagi saya sendiri. Sebab itu, banyak usaha dijalankan antaranya melalui pencegahan dan pemulihan menumpukan isu melibatkan nafkah, pengabaian, dera dan sebagainya. "Kadang-kadang, apabila terjadi perceraian pasti akan berlakunya pengabaian anak-anak dan nafkah. Di peringkat negeri, kita ada kelab ibu tunggal di 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu dan dipantau rapi oleh di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)," katanya dalam Bicara Isu Semasa di TV Darul Iman, baru-baru ini. Jelasnya, kerajaan negeri cuba menangani isu tersebut dengan dua keadaan iaitu mencegah dan memulihkan serta penjagaan kebajikan dan perlindungan mangsa. Kerajaan negeri melalui Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) menyediakan modul kemahiran dalam mengurus kewangan dan pendidikan berikutan banyak juga perceraian disebabkan kewangan serta program kesedaran buat wanita dalam undang-undang bagi memberdaya wanita di Terengganu "Kita turut menyarankan supaya dalam khutbah disebut juga peranan suami sebagai usaha memberi kesedaran kepada kaum lelaki dalam memberi nafkah anak-anak dan menjaga kerukunan rumah tangga selain mengadakan kempen melalui program Second Honeymoon oleh YPK. "Bantuan kebajikan juga cukup banyak yang disalurkan kepada golongan wanita. "Bermula Januari sehingga sekarang, kita melaksanakan gerak kerja menunaikan Belanjawan 2023 yang dibentangkan kerajaan negeri. "Bagaimana kita nak mengamalkan negeri berkebajikan, supaya rakyat merasai nikmat yang Allah SWT kurniakan di Terengganu ini seperti royalti dan kita dapat salurkan kepada rakyat yang memerlukan," katanya. ADUN Wanita itu menambah, agenda membangunkan wanita perlu seiring dalam membangunkan peribadi lelaki yang bertanggungjawab. "Hari ini, keadaan anak-anak muda kita cukup rapuh. Apabila diuji perkahwinan awal usia mereka sering mengambil jalan singkat untuk bercerai. Kita tidak mahu perceraian terus berleluasa," luahnya.  
06 Feb 23
1361
Al-Quran Penyembuh Jiwa
Al-Quran Penyembuh Jiwa
DUNGUN, 6 Februari - Al-Quran merupakan ubat paling mujarab dalam mengubati masalah kemurungan.  Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, setiap permasalahan dan kemudaratan dalam kehidupan, al-Quran adalah ubat terbaik.  "Kehidupan kita tidak boleh berpisah dengan mukjizat Nabi Muhammad SAW itu," katanya. Wan Hassan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dungun 1444H/2023 di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik; Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dan Pegawai Daerah Dungun, Jasman Ibrahim. Menurut Wan Hassan lagi, al-Quran tidak akan berjaya dimusnahkan walaupun ia dibakar atau dibuang ke laut.  "Kerana adanya para penghafal Al-Quran yang akan menulisnya kembali," ujarnya lagi.  Di majlis tersebut Mohd Qasim Husni telah dinobatkan sebagai Johan Qari Peringkat Daerah Dungun manakala Johan Qariah pula disandang oleh Norasid@Norasiah Ali.
06 Feb 23
186
11 Peniaga Terima Kunci Kedai
11 Peniaga Terima Kunci Kedai
KUALA NERUS, 5 Februari - Seramai 11 peniaga bertuah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir bersyukur kerana berjaya memiliki kunci kedai masing-masing setelah memohon sejak beberapa bulan lalu. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, peniaga yang telah terpilih hendaklah menjalankan perniagaan dan berusaha memelihara aspek-aspek bagi keselesaan pelanggan selain mutu makanan. “Kedai bersih orang suka, tandas yang disediakan juga dikenakan sedikit bayaran bagi memastikan kebersihan terjaga. “Kita jangka ramai lagi peniaga diluar sana akan bertanya pasal kedai ini memandangkan kadar sewa yang agak murah dan reka bentuknya cantik serta landskap yang menarik," katanya dalam majlis penyerahan kunci terbabit baru-baru ini. Seorang peniaga, Rozilawati Mat Yahya Ketika ditemui selepas majlis berkata, dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian itu memandangkan keluarga mengalami masalah kewangan. “Dengan adanya kedai ini saya akan kembali berniaga dan mohon penduduk flat Taman Batin Perdana sama-sama ‘support’ perniagaannya apabila dibuka nanti. “Kadar sewa yang murah berbanding sebelum ini, menyewa dengan orang persendirian memang agak tinggi sikit lah," jelasnya. Berbeza dengan Asmawi Ismail, 40, dia ingin mencuba nasib dan berpendapat golongan peniaga mesti sanggup menghadapi risiko. “Sebelum ini saya berniaga nasi ayam dan kali ini menu yang sama saya perkenalkan, melihat keadaan sekitar dan menawarkan harga yang rendah," katanya. Terdahulu, wakil PMINT, mengharapkan peniaga menjaga fasiliti itu dan tidak menjadikan stor merujuk kes yang berlaku sebelum ini yang ada peniaga mengambil kesempatan menjadikannya stor kerana kadar sewa murah.
05 Feb 23
444
LEGASI Perkukuh Hubungan Antara Masyarakat
LEGASI Perkukuh Hubungan Antara Masyarakat
HULU TERENGGANU, 4 Februari - Program Lepak Santai Cergas (LEGASI) merupakan inisiatif serta usaha mengeratkan hubungan antara rakyat dengan kerajaan negeri serta menjadi medium merapatkan hubungan antara masyarakat terutamanya golongan belia dan beliawanis. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program yang diadakan di Taman Rekreasi Kuala Berang itu merupakan kali ketiga dianjurkan oleh Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT). Ujarnya, sebelum ini program berkenaan telah diadakan di Bukit Maras, serta di Lata Changkah. "Kita berhasrat mengadakan program ini di semua daerah dalam Terengganu, tujuan utamanya adalah untuk merapatkan hubungan diantara masyarakat khusnya golongan anak muda melalui agensi UBSNT melalui program-program yang diadakan secara santai, beriadah serta adanya pengisian yang bermanfaat. "Hari ini kita telah mengundang pendakwah selebriti, Ustazah Asma Harun dan juga menampilkan  'influencer' terkenal, Sukri Sulaiman bersama 'Medang', alhamdulillah mereka telah berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan mereka bagaimana mendekati masyarakat," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman, di program berkenaan, di sini, semalam. Mengulas lanjut, Wan Sukairi berkata pihaknya berhasrat untuk meneruskan program berkenaan setelah melihat sambutan yang cukup baik daripada anggota masyarat setiap kali ia diadakan. Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sangat menitikberatkan kebajikan membabitkan seluruh masyarakat. "Dalam tempoh hendak masuk lima tahun, dapat dilihat perkembangan yang dilakukan oleh kerajaan dari hari ke hari, di mana pelbagai program terutamnya membabitkan kebajikan, majlis ilmu, pembangunan modal insan dan sebagainya sangat subur di negeri ini. "Kerana itu kerajaan yang ada pada hari ini perlu dikekalkan, bukan sahaja program yang bermanfaat untuk rakyat terus diadakan, tetapi akan dapat dilakukan penambahbaikan," ujarnya lagi.
04 Feb 23
353
JPNT Usaha Semarak Seni Gamelan
JPNT Usaha Semarak Seni Gamelan
KUALA TERENGGANU, 30 Januari- Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) berusaha menyemarakkan seni muzik gamelan yang semakin dilupakan generasi kini. Pengarahnya, Fadli Yusof Zakaria berkata, bagi mengembalikan nostalgia gamelan, JPNT melalui Kampung Budaya Terengganu (KBT) mengambil inisiatif menganjurkan Program Bicarawara KBT 2.0 - Gamelan Melayu bersama Pakar Rujuk Gamelan, Sulong Ismail di Istana Tengku Long, KBT, semalam. Katanya, program seumpama itu sewajarnya diperbanyakkan kerana bukan sahaja dapat  memenuhi aktiviti KBT malah mampu memberi pendedahan kepada orang ramai terutama pelapis, pelajar sekolah dan peminat seni  muzik gamelan tentang kesahihan seni itu. “Program dan ilmu tentang gamelan sukar diperoleh ditempat lain, jika ada pun dibimbangi dicampur aduk dengan perkara lain. “Justeru, kita akan menambah baik setiap sudut rumah-rumah lama di KBT, sebagai contoh meletakkan info dan maklumat berkaitan gamelan di Istana Tengku Long. Pendekatan itu adalah penting untuk tatapan dan rujukan pelapis seni gamelan yang akan datang,” katanya kepada pemberita selepas program tersebut. Turut hadir, Pengurus Besar KBT, Ahmad Fathil Abd Ghani. Pada program itu, seramai 35 orang guru dan pelajar sekolah, IPTA, penggiat pelancongan, peminat dan pengamal muzik gamelan telah diberi penerangan berkaitan asal
30 Jan 23
264
JPKKP : Terengganu Kekalkan JPKK
JPKKP : Terengganu Kekalkan JPKK
KUALA NERUS, 29 Januari - Kerajaan Terengganu tetap akan mengekalkan jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) biarpun kerajaan Persekutuan menubuhkan JPKK Persekutuan (JPKKP) di negeri terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Terengganu mampu menguruskan sendiri segala perbelanjaan JPKK termasuk menyalurkan peruntukan dengan ditanggung oleh kerajaan negeri. "Saya telah memaklumkan dalam mesyuarat baru-baru ini bersama dengan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (Datuk Seri Zahid Hamidi), Terengganu akan kekal dengan JPKK sedia ada tidak akan berganjak dengan akan terus dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu. "Apabila jadi dua orang 'driver' dalam satu kampung harapan kita tidak akan berlaku pertembungan di tengah jalan, jadi itu sahajalah yang kita kita harapkan. "Sebenarnya di Terengganu ini memang kita telah lama mengambil perjalanan untuk membiayai sendiri JPKK termasuk menyediakan geran JPKK kita sendiri yang melaluinya disalurkan peruntukan, jadi kita tidak bergantung kepada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Halatuju Sektor Pertanian Terengganu Untuk Masa Hadapan, di Dewan Perdana Al-Wathiqu Billah, di sini, hari ini. Mengulas lanjut kata Dr Azman, pelantikan JPKKP itu menjadi fokus ketika hadir dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri itu. "Kita dimaklumkan mengenai keputusan kabinet yang telah ada dan proses pelantikan sedang diuruskan, dalam konteks Negeri Terengganu, JPKKP ini akan diuruskan oleh Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah negeri. "Manakala urusan pembayaran elaun serta peruntukannya pula akan disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)," ujarnya.  
29 Jan 23
6243
Masyarakat Cina Sinonim Dalam Kehidupan Saya - Abdul Hadi
Masyarakat Cina Sinonim Dalam Kehidupan Saya - Abdul Hadi
MARANG, 23 Januari – Masyarakat kaum Cina bukanlah asing dalam kehidupan Ahli Parlimen Marang yang telah menjadi tradisi keluarganya untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina saban tahun biarpun secara sederhana. Beliau yang juga Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, datuknya memiliki ramai anak angkat daripada kaum Cina, sama ada yang memeluk agama Islam atau pun tidak seterusnya menjadi sebahagian daripada keluarganya. "Ketika berlaku Perang Dunia Kedua, terdapat pelarian Cina yang datang ke Pantai Timur, datuk saya pernah menyelamatkan seorang pelarian Cina bukan Islam dan disembunyikan di kebunnya, ketika itu beliau merupakan seorang penghulu kampung.  "Kebetulan pula salah seorang menantu saya sendiri daripada kaum Cina, menunjukkan hubungan keluarga kami dengan masyarakat kaum Cina bukanlah perkara baru", ujarnya melalui satu hantaran di Laman Rasmi Facebook beliau semalam. Beliau turut menyeru buat semua rakyat Malaysia agar menjadikan perayaan ini sebagai salah satu cara untuk saling mengeratkan lagi silaturahim serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan kaum di tanah air tercinta ini. "Selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur bersama pimpinan PN dan GERAKAN pagi tadi, saya terus pulang ke Kampung Rusila bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama anak menantu sekeluarga," katanya.    
23 Jan 23
875
KOPERAT Sumbang 200 Beg Dan Alat Tulis
KOPERAT Sumbang 200 Beg Dan Alat Tulis
Oleh : Nurul Adilatul Akmal Mohd Azaha MARANG, 19 Januari- Seramai 200 orang pelajar daripada keluarga golongan B40 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat menerima sumbangan beg sekolah dan alat tulis daripada Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu(KOPERAT). Pengarah KOPERAT, Zaharudin Zaid berkata, pihaknya berhasrat untuk meringankan beban golongan berkenaan dalam menghadapi awal persekolah sesi depan. "Kami berharap dengan sumbangan ini akan memberi sinar harapan kepada anak-anak di DUN Alur Limbat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang lebih bermakna," katanya.  Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sumbangan Beg dan Alat Tulis Sekolah yang diadakan di Dewan Sivik Bukit Payong di sini, baru - baru ini.  Turut hadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman.  Sementara itu beliau berkata, pihaknya diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk mengatur strategi memenuhi keperluan rumah rakyat Terengganu.  “Kita ada banyak projek yang akan dilakukan di Alur Limbat dibawah Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.  “Kita jangkakan mengambil masa selama dua tahun untuk siapkan fasa pertama untuk perumahan yang dirancang, " katanya.    
19 Jan 23
356