lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Berbuka Puasa Rumah Rakyat Jalin Kemesraan Undang Berkat Ramadan
Berbuka Puasa Rumah Rakyat Jalin Kemesraan Undang Berkat Ramadan
SETIU,11 April –Melalui program 'Ramadan Kasih Sayang' Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail mengambil peluang bertandang ke rumah rakyat untuk bersama-sama berbuka puasa bagi mewujudkan mengeratkan hubungan kemesraan sekali gus mengundang keberkatan Ramadan. Shafizi berkata, mana-mana rumah rakyat melalui program tersebut bertujuan bagi mengeratkan hubungan diantara pihaknya dengan penduduk Baru Rakit dimana akan bersama-sama dengan 'tuan rumah' menyediakan juadah, memasak hingga berbuka bersama. “Kegiatan ini bertujuan untuk memupuk rasa persatuan, memberikan keceriaan dan kebahagiaan, serta sekaligus sebagai meningkatkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada ALLAH SWT. Semoga di bulan yang penuh berkah ini, kegiatan ini dapat menjadi amal ibadah bagi kita semua,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, semalam. Pada majlis berkenaan Shafizi turut menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga Fatimah Jusoh,53 selain menunaikan solat Maghrib berjemaah di Surau berdekatan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lingai, Mohamad Chik, berkata kehadiran Pegawai Penyelaras ke kampung itu menyerlahkan kasih sayang selain menunjukkan sifat prihatin serta sentiasa memahami denyut nadi rakyat. "Setiap kali tibanya Ramadan, Pegawai Penyelaras tidak pernah lupa, malah sentiasa meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama rakyat sambil menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan meskipun  sibuk mengalas tugasan sebagai Pegawai Penyelaras Dun Batu Rakit," katanya. Dalam pada itu itu tuan rumah Fatimah Jusoh di atas tindakan yang dilaukan Shafizi kerana sudi singgah di terataknya dan dan bersama–sama berbuka puasa di rumahnya. "Belum pernah lagi alami perkara ini sebelum ini, dan juga terima kasih di atas bantuan yang diberikan dapat mengurangkang sedikit bebanan yang kami sekeluarga hadapi. "Semoga kegiatan ini dapat diteruskan sepanjang Ramadan yang masih berbaki ini,"katanya.
11 Apr 23
250
140 Pelajar PASTI Ceria Dapat Baju Raya Baru
140 Pelajar PASTI Ceria Dapat Baju Raya Baru
BESUT, 10 April - Kecerian jelas terpancar pada wajah 140 orang pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Besut apabila mereka dibawa membeli baju raya baharu di Pasar Raya Pantai Timur. Pengerusi PASTI Kawasan Besut, Mohd Hilmi Hamdan berkata, pihaknya menganjurkan Program Beli Baju Raya PASTI selama dua hari dengan menyasarkan kepada pelajar yatim, asnaf dan fakir miskin. "Alhamdulillah, kita telah berjaya membeli baju raya baharu untuk 140 orang pelajar yang terpilih daripada1,290 keseluruhan pelajar PASTI Besut hasil kutipan dan sumbangan orang ramai dengan kos perbelanjaan RM70 setiap orang. "Daripada jumlah sumbangan sebanyak RM9,800 itu, kita menyasarkan kepada pelajar yatim, asnaf dan fakir miskin. Mereka bergembira dengan apa yang disumbangkan oleh orang ramai. Kami selaku pihak PASTI Kawasan Besut hanya menjadi pemudah cara dan perantara untuk membantu anak-anak pasti dan meringankan bebanan ibu bapa dalam membuat persiapan bagi menyambut hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Pengerusi PASTI membantu pelajar memilih pakaian "Saya mewakili pihak PASTI mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang baik daripada sekitar Besut dan juga dari luar Terengganu yang turut membuat sumbangan. Mudah-mudahan hal ini akan menjadi amal jariah dan pahala yang berpanjangan kepada semua penderma sekalian," ujarnya selepas program berkenaan. Turut hadir bersama dalam program tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhd Nurkhuzaini Ab Rahman dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Besut, Azbi Salleh yang turut memberi sumbangan kepada PASTI. Menurutnya juga, di peringkat PASTI Kawasan Besut akan meneruskan lagi program-program sebegini pada masa hadapan. Katanya, program itu telah pun diadakan sejak beberapa tahun yang lepas setiap kali Ramadan sempena menyambut ketibaan perayaan Aidilfitri. Penyerahan sumbangan kepada PASTI Kawasan Besut Dalam pada itu, ibu kepada pelajar, Siti Masitah Zakria, 28 menzahirkan rasa syukur dan terharu kerana dipilih menerima bantuan. "Saya menyucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PASTI Kawasan Besut kerana meringankan bebanan kami ibu bapa. "Setiap tahun anak saya terpilih menerima sumbangan baju raya. Anak saya pun gembira dapat beli baju raya baru. Semoga Allah membalas jasa pihak PASTI dan para penyumbang," ujarnya.  
10 Apr 23
442
607 Terima Kad Sejahtera Di DUN Rantau Abang
607 Terima Kad Sejahtera Di DUN Rantau Abang
DUNGUN 7 April - Seramai 607 orang penduduk dalam DUN Rantau Abang layak menerima Kad Sejahtera tahun ini yang telah masuk tahun keempat perlaksanaannya.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata inilah usaha kerajaan yang tidak pernah putus untuk menjaga kebajikan rakyat supaya dapat hidup selesa.  "Ada sahaja bantuan yang kerajaan salurkan untuk pelbagai golongan.  "Dengan  dari seawal anak yang baharu lahir iaitu Permata Sejahtera, kemudian Bantuan Persekolahan, I-Belia, I-Siswa, I-Fitri, Pencen Rakyat, banyak  lagi, bukti kecaknaan kerajaan kepada rakyat," ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Taklimat Kad Sejahtera Peringkat DUN Rantau Abang di Dewan Al Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor di Kampung Alor Mak Bah di sini baru-baru ini.  Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Komuniti dan Sosial, Terengganu Strategic and Integrity Institute(TSIS), Aminuddin Umat. Menurut  Alias, untuk melayakkan mereka mendapat bantuan daripada kerajaan negeri mereka mesti terlebih dahulu mengisi borang Profil Rakyat Terengganu (PRT20).  "Mula - mula  dulu, apabila kerajaan meminta rakyat mengisi  borang tersebut ramai yang tidak mempedulikan permintaan tersebut,  "Tetapi kini, mereka mula sedar tetapi masih ada lagi yang enggan, sedangkan kerajaan menilai dari data maklumat dan PRT20" katanya. 
07 Apr 23
201
Ziarah Ramadan PSMZA Bantu Pulihkan Semangat Kakitangan Ditimpa Musibah
Ziarah Ramadan PSMZA Bantu Pulihkan Semangat Kakitangan Ditimpa Musibah
DUNGUN, 6 April – Bersempena bulan Ramadan yang mulia, pihak pengurusan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)  telah mengadakan Program Ziarah dan Sumbangan Ramadan sebagai membantu memulihkan semangat kakitangannya yang telah ditimpa musibah.  Dalam satu kenyataan, Unit Komunikasi Korporat PSMZA berkata baru - baru ini, rombongan yang diketuai oleh Pengarahnya, Zamra Derahman telah menziarahi  seorang pensyarah yang menghidap kanser payudara tahap empat , Noorain Farhanah Abdul Ghani, 36, yang baharu sahaja bertukar dari Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ke PSMZA.  "Beliau telah lebih setahun bertarung melawan penyakit tersebut dan masih belum sempat untuk berkongsi dan mencurahkan ilmu buat anak- anak didik di tempat baharu. "Kini pulang ke kampung dan dijaga sepenuhnya oleh ibu beliau di Felda Tersat, Ajil," katanya.  Menurutnya lagi, keadaan Noorain yang juga seorang ibu tunggal amat menyedihkan kerana hanya mampu berbaring dan tidak dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa. "Penyakit tersebut telah mula  dikesan ketika sudah berada di tahap empat dan kini ianya  telah merebak ke tulang membabitkan komplikasi rangka. "Komplikasi tersebut menyebabkan beliau seolah- olah putus harapan dan hanya mengharapkan doa dan semangat dari ahli keluarga dan rakan sekerja," ceritanya lagi.  Katanya, memandangkan Noorain merupakan anak kelima dari enam orang adik beradik yang kebanyakannya bekerja sendiri di kampung.  "Manakala rumah yang didiami berada jauh dari pusat bandar yang mana memberi kesukaran buat beliau dan ibunya yang sudah melewati usia 70-an untuk keluar mendapatkan rawatan, bekalan perubatan serta bekalan makanan dan keperluan harian.  "Pihak pengurusan PSMZA mewakili Noorain Farhanah ingin memohon sumbangan ikhlas daripada orang awam bagi membantu membiayai kos perubatan dan keperluan harian beliau yang memerlukan belanja yang besar," jelasnya. Sumbangan ikhlas tersebut boleh disalurkan secara terus ke akaun beliau iaitu 163037113452 (MAYBANK), NOORAIN FARHANAH BINTI ABDUL GHANI.   
04 Apr 23
830
9,000 Kotak Kurma Diagih
9,000 Kotak Kurma Diagih
SETIU,  2 April - Bagi menyemarakkan suasana Ramadan pada tahun ini, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit telah mengagihkan 9,000 kurma kepada masyarakat di DUN berkenaan. Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, agihan itu dibuat melalui Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) secara mengikut cawangan Katanya, perkara itu telah menjadi acara rutin tahun setiap Kali menyambut Ramadan menerusi program 'Kasihmu Ramadan'. "Bertujuan memupuk semangat menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan masyarakat setempat. “Semoga bulan mulia yang disambut dengan meriah pada kali ini membawa seribu rahmat dan hikmah buat kita semua. "Dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit kecerian kepada semua penduduk bagi menyambut Ramadan ini," ujarnya ketika ditemui semalam. Mengulas lanjut,  beliau turut berharap bulan rakyat Batu Rakit dapat mengimarahkan masjid dan surau yang sedang rancak melakukan aktiviti keagaamaan termasuk Solat Tarawih. "Ramadan pada tahun ini suasananya kembali meriah di setiap kampung dengan alunan bacaan imam-imam semasa solat tarawih diadakan. "keadaannya sangat berbeza jika dibandingkan pada tahun ketika pandemik Covid-19 melanda," ujarnya.  
02 Apr 23
178
KRT Hulu Terengganu Agih 9 Ribu Pek Bubur Lambuk
KRT Hulu Terengganu Agih 9 Ribu Pek Bubur Lambuk
HULU TERENGGANU, 2 April – Sebanyak 45 kawah bubur lambuk dimasak oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah ini sempena Program Gerak Rahmah  2023 : Jom Masak Bubur Lambuk. Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Terengganu, Asronizam Mamat berkata, program yang diadakan secara serentak oleh KRT seluruh negara  itu bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan antara komuniti merupakan salah satu inisiatif oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Selain itu katanya, ia juga bertujuan untuk meneruskan kesinambungan program-program JPNIN untuk memperkasa, mempertingkatkan dan mempelbagaikan program KRT ke arah membangunkan komuniti rahmah. “Sebanyak  9,000 bekas bubur lambuk dapat disediakan dan diagihkan kepada komuniti setempat. “Program ini telah mula dilaksanakan pada tahun lepas dan ini merupakan tahun kedua pelaksanaannya dan gembira dengan sambutan daripada KRT yang melaksanakan program ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam. Antara KRT yang terlibat dalam pelaksanaan program ini adalah Kampung (Kg) Pengkalan Ajal, Kg Tok Randok, Kg.Gunung, Felda Tersat, Kg Landas, Kg Pantai Ali, Kg Kuala Ping, Kg. Sekayu, Pekan Kuala Berang, Sungai Bajar serta Felda Jerangau Barat dan Kg Teris.  
02 Apr 23
271
1,950 Mangsa Banjir Dungun Terima RM1,000
1,950 Mangsa Banjir Dungun Terima RM1,000
DUNGUN, 31 Mac- Seramai 1,950 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di Dungun menerima bantuan banjir bernilai RM1,000 daripada kerajaan negeri semalam. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, bantuan daripada itu melibatkan mangsa banjir di empat mukim. " Agihan selama dua hari berturut-turut ini, iaitu sejak Rabu melibatkan mangsa banjir di Mukim Besol dan Kuala Jengal, manakala hari ini (Khamis) mangsa banjir dalam Mukim Abang dan Jerangau," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Arena Merdeka di sini pada Khamis. Menurut Ahmad Kamal bantuan tersebut hanya untuk mereka yang terjejas banjir sahaja.  "Kepada yang tidak terjejas ataupun tidak menepati syarat dinasihatkan tidak mendaftar kerana bantuan ini disalurkan untuk mereka yang terjejas banjir," ujarnya lagi.  Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun yang berterima kasih atas kecaknaan kerajaan negeri kepada mangsa-mangsa banjir. "Hari ini sebahagian mangsa telah menerima dana bantuan banjir, walaupun bantuan ini mungkin tidak setimpal dengan kerosakan yang ditanggung tetapi diharapkan agar ia dapat menampung sedikit bebanan yang ada. "Musibah banjir yang berlaku adalah sedikit daripada ujian Allah jika dibandingkan dengan nikmat-nikmatNya kepada kita," katanya lagi. 
31 Mar 23
331
Bersyukur Tinggal Di Rumah Sendiri
Bersyukur Tinggal Di Rumah Sendiri
Oleh : Fatimah Din/ Foto: Fauzi Mat Adam MARANG, 31 Mac- Sepasang suami isteri melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan.  Haizatul Sakinah Aziz, 27, berkata, sebelum ini dia dan suaminya Abdul Wafiy Yusof@Jambul, 30, bersama anak menumpang di rumah abangnya.  "Kami sudah memohon rumah Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) ini sejak 2018 dan alhamdulillah akhirnya berjaya.  "Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu, ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Pejabat Pusat Khidmat DUN Bukit Payong, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung(JPKK) Tanjung dan mereka yang membantu sehingga impian kami sekeluarga menjadi kenyataan," kata  Haizatul yang bekerja sebagai tukang jahit. Dia ditemui wakil UPDI Marang di rumahnya di Kampung Tanjung, Kedai Buloh, Bukit Payong di sini baru - baru ini. Manakala suaminya terharu diatas kecaknaan dan keprihatinan Kerajaan Terengganu kepada rakyat yang sangat memerlukan sepertinya.  "Kalau ikut pendapatan saya memang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, jadi saya berharap kerajaan sekarang ini, patut dikekalkan untuk masa akan datang supaya orang-orang susah macam saya terus dibela," katanya yang bekerja sebagai buruh untuk menyara keluarga. 
31 Mar 23
158
'Street Dakwah' Medium Bertemu Rakyat.
'Street Dakwah' Medium Bertemu Rakyat.
KEMAMAN, 31 Mac - 'Street Dakwah' yang diperkenalkan oleh Kerajaan Terengganu melalui agensi Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) merupakan salah satu kaedah untuk menyantuni masyarakat secara langsung.  Pengarah Program Street Dakwah Ramadhan Di Hati Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal 2023, Wan Mohd Redzuan Mohd Kamar berkata, program kali ketiga yang dianjurkan di Bazar Ramadan Seri Bandi mendapat sambutan daripada masyarakat setempat.  “Objektif untuk menyampaikan dakwah Islam dalam bentuk santai dan bersahaja tercapai apabila rata-rata pengunjung yang ditemui menyatakan kaedah berkenaan bersesuaian dan perlu diketengahkan lagi. “Lebih bermakna kita juga berjaya menarik lebih ramai golongan muda dan tua untuk turut serta dalam program yang bermula jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang,” katanya. Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh turut hadir memeriahkan suasana.  Menurutnya yang juga selaku Pegawai DUAT DUN Kijal, program sebegini sudah banyak dilakukan di luar negara dan mengapa tidak pendekatan berkenaan digunakan sebagai medium dakwah untuk penduduk tempatan. “Kami berharap 'Street Dakwah' ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tanggungjawab berdakwah bukan hanya terletak dibahu pihak berkuasa semata-mata. “Sebaliknya, setiap individu muslim itu sendiri berperanan dan bertanggungjawab menyampaikan risalah dakwah dengan pelbagai medium mengikut kemampuan masing-masing,” katanya. Sementara itu, salah seorang jawatankuasa penganjur 'Street Dakwah', Abdul Halimi berkata, walaupun panas terik sejak awal lagi, ia tidak menghalang pengunjung untuk terus datang ke Bazar Ramadan Kampung Seri Bandi. Bazar Ramadan Kampung Sungai Ibok, Seri Bandi.  “Saya lihat dengan kehadiran pengunjung yang ramai hari ini, program seumpama ini boleh dipelbagaikan lagi bagi menarik minat anak muda untuk terlibat didalam aktiviti yang baik sebegini.  "Kerana ia jelas membuktikan pendekatan dakwah secara santai dan bersahaja semakin diminati,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sungai Ibok, Seri Bandi semalam. Program yang dianjurkan oleh DUAT DUN Kijal ini turut melibatkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal, JPKK setempat, Pemuda, Ameerah dan Sahabat DUAT Kijal.  Sebelum ini ia telah diadakan di dua lokasi yang berasingan iaitu di Kampung Bukit Kuang dan Kampung Meraga Beris dengan mengedarkan risalah dakwah Islam dan kejayaan yang dilakukan oleh kerajaan negeri beserta juadah untuk mereka berbuka puasa.
31 Mar 23
265
YBC Sempoi, Rakyat Chukai Lebih Kenal
YBC Sempoi, Rakyat Chukai Lebih Kenal
KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Kaedah yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat mengagihkan ikan tanpa diletakkan dalam plastik tidak perlu dijadikan isu besar kerana ia hanya perkara biasa bagi masyarakat yang tinggal di tepi pantai. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional itu telah dikenali sebagai 'YB paling sempoi' di negeri ini. "Nak (hendak) tahu sempoi ke tidak, sembanglah dengan YB Haji Hanafiah, bergurau tak kira siapa. Mesra, dekat dengan rakyat tanpa mengira siapa. "Tapi itulah rencam kepelbagaian pandangan, kita rai jerlah, Apa yang paling pasti, rakyat dalam kawasan DUN beliau lebih mengenali wakil rakyatnya,"ujarnya menerusi satu hantaran di facebooknya. Ujarnya lagi, bukan senang untuk puaskan hati semua orang walaupun dilihat Hanafiah sering kali berusaha membantu rakyat dengan pelbagai cara termasuk agihan 'ikan aya' itu sehingga menerima komen negatif kerana tular di media sosial. "Suasana ni biasa 'je' sesama orang kampung khususnya penduduk di tepi pantai, Itu tanda ikan baru naik dan masih segar. Penerima tiada rasa penghinaan pun. "Suasana nelayan nak kongsi ikan sekarang mungkin payah sikit sebab kos sara hidup yang makin meningkat dan harga ikan juga boleh tahan, adakalanya, bagi nelayan bot fiber, mereka balik dengan tangan kosong walaupun sehari di tengah lautan,"katanya. Sementara itu, Hanafiah semalam mengagihkan ayam mentah untuk keluarga yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf di desa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) semalam. "Kecil bagi kita, besar bagi mereka ... Tenang hati melihat mereka masih mampu mempamerkan senyuman,"ujarnya menerusi TikToknya.
29 Mar 23
616