Artikel "Komuniti" Terkini
71 Sekolah Dan Tadika DUN Rantau Abang Terima Kek
DUNGUN, 21 Mei-Sebanyak 71 buah sekolah, tadika, kelas jahitan dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) menerima kek sempena Hari Guru 2023.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun adalah tanda penghargaan dan pengiktirafan negara terhadap jasa dan bakti guru dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.
"Kita berterima kasih kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang sudi menerima kehadiran kami, harapan kami guru-guru sentiasa bersemangat untuk mendidik dalam melahirkan modal insan negara," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui seusai kunjungan tersebut yang dijayakan oleh kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung dan ahli jawatankuasa PAS Cawangan yang dibahagikan kepada 11 kumpulan
"Jadi di pihak pelajar pula mestilah sentiasa berdisiplin, menghormati guru dan sentiasa berusaha untuk menjadi pelajar yang berguna kepada agama, bangsa dan negara," katanya.
18 May 23
310
Warga Politeknik Dungun Tabur Bakti Di Batam
DUNGUN, 16 Mei- Pelajar dan pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) bukan sahaja menggunakan kemahiran mereka untuk masyarakat Malaysia malah juga turut menyalurkannya kepada penduduk desa di sekitar kepulauan Batam.
Unit Komunikasi Korporat PSMZA dalam satu kenyataan memaklumkan, menerusi International TVET Skill Exchange Programme (PSMZA-UIS-STAI) seramai 19 orang pelajar dan 14 pensyarah serta pegawai kanan PSMZA berada di sana pada 11 hingga 20 Mei lalu.
"Program CSR Antarabangsa ini merupakan kolaborasi tiga institusi iaitu PSMZA, Universiti Ibnu Sina (UIS) dan Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Ibnu Sina Batam bertempat Dewan Utama, Universitas Ibnu Sina, Batam Indonesia," ujarnya.
Katanya lagi, peserta PSMZA telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan mensasarkan aktiviti khidmat berlainan kepada komuniti.
"Satu kumpulan telah membuat kerja-kerja pendawaian elektrik di beberapa surau terpilih, kumpulan kedua membantu dalam khidmat 'sharing knowledge',
"Dan kumpulan ketiga menyumbang khidmat urusetia dalam seminar kepada pengusahaan kerepek nenas, Alhamdulillah segala perancangan yang di atur berjalan dengan baik dan mencapai objektif program," jelasnya dalam kenyataan itu.
15 May 23
728
Ikhlas Berkhidmat Untuk Anak Pasti
Oleh : Fatimah Din
MARANG, 14 Mei- Terpaksa berjalan kaki apabila motosikal yang biasa dinaikinya tiba-tiba rosak, sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk berbakti kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
Penerima Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat, Salmah Ismail, 55 tahun menyingkap kembali kenangan sepanjang 33 tahun berkhidmat sebagai guru, mendidik anak-anak PASTI Kampung Kijing.
"Matlamat saya nak mendidik anak bangsa menjadi insan berguna kepada bangsa, agama, negara dan masyarakat serta ingin menjadi guru PASTI sehingga dipanggil Allah, " ujarnya yang mula berkhidmat pada tahun 1990.
Beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI Daerah Marang di Sambutan Hari Guru dan Jamuan Hari Raya PASTI Kawasan Marang yang diadakan di Dewan Sivik Wakaf Tapai di sini. M
Manakala penerima Anugerah Guru Cemerlang PASTI Kawasan Marang, Zaida Mohd Zalzali berkongsi kenangan manisnya apabila bersua mantan anak-anak murid yang masih mengingatinya.
"Selepas tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) saya bertugas sebagai guru PASTI sehinggalah sekarang.
"Hasrat saya sudah tentu ingin melihat semua anak-anak PASTI ini berjaya" ujarnya yang mengajar di PASTI Rusila.
15 May 23
346
Terapkan Sikap Sayang Alam Sekitar Kepada Generasi Muda
DUNGUN, 12 Mei- Golongan muda perlu diterapkan dengan kepentingan menjaga khazanah alam sekitar agar warisan negara itu terus dinikmati oleh generasi akan datang.
Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Zamra Derahman memuji program yang dianjurkan Kelab Pelajar Kejuruteraan Awam PSMZA dalam menjaga khazanah alam sekitar.
Katanya, program bertemakan 'Selamatkan Warisan Bakau Kita Melalui Pemulihan' itu merupakan inisiatif jabatan akademik PSMZA dalam melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri modal insan berminda kelas pertama.
"Sekaligus melahirkan graduan yang mempunyai daya pemikiran kritis, berkarakter global, sifat kepemimpinan tinggi, boleh bekerja dalam satu pasukan serta nilai tambah dalam aspek kemahiran insaniah," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat PSMZA.
Menurut jurucakap itu lagi, program CSR tersebut telah diadakan pada 8 Mei lepas di Ecocare Environmental Education Centre, Kertih dan melibatkan 30 peserta dalam kalangan pelajar serta sepuluh pensyarah.
"Menerusi program itu peserta telah diberikan pendedahan tentang kepentingan aktiviti penanaman pokok bakau.
"Program sebegini mampu memupuk pelajar untuk lebih menghargai alam sekitar dan kepentingan menjaga ekosistem alam sekitar dengan lebih mendalam seperti yang terkandung dalam silibus kursus DCC50262 Environmental Pollution and Control," tambahnya lagi.
12 May 23
425
Lebih Lima Ribu Meriahkan Rumah Terbuka PKM Kijal
KEMAMAN, 11 Mei - Lebih 5,000 pengunjung hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal di sini semalam.
Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengunjung dan petugas yang telah menjayakan majlis tersebut.
Katanya, majlis itu menerima kunjungi daripada masyarakat setempat, wakil setiap Pejabat DUN dan Parlimen, Ketua-ketua Jabatan, semua agensi kerajaan pusat dan negeri yang sudi sama-sama memeriahkan majlis ini.
"Tak lupa juga kepada semua agensi swasta, anak syarikat kerajaan negeri, Perguruan Silat, Penghulu Mukim, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan seluruh jawatankuasa panatia program dan para petugas, pada majlis tersebut," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal bertempat di Perkarangan Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal semalam.
Diantara sebahagian tetamu yang hadir.
Tambah Hazri Jusoh, beliau mengharapkan agar majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah islamiyah sesama insan dengan tidak mengira fahaman politik.
"Politik-politik juga tapi silaturrahim sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu diteruskan bagi membentuk sebuah negara, negeri dan masyarakat yang harmoni," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa pilihanraya negeri (PRN) akan diadakan dalam masa terdekat dan mengharapkan ianya akan berlaku dengan aman.
"Tidak lama lagi PRN akan diadakan bagi memilih kerajaan untuk penggal baru dan kita mengharapkan agar setiap penyokong parti perlu berlapang dada supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini," ujarnya.
11 May 23
240
Lebih 5 Ribu Hadir Rumah Terbuka DUN Batu Rakit
SETIU, 9 MEI – Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit berlangsung dengan meriah apabila dikunjungi lebih 5,000 masyarakat sekitar Batu Rakit.
Pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat telah memenuhi Dataran Gong Lingai bermula sejak pukul 10 pagi lagi untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri pada kali ini.
Pelbagai sajian dan juadah raya tradisi Terengganu dihidangkan seperti Nasi Minyak, Opok-opok, Laksa dan kuih-muih serta dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu raya.
Pegawai Penyelaras (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, majlis rumah terbuka diadakan kali pertama di Dataran Gong Lingai merupakan tempat yang berada agak pedalaman sedikit berbading kampung-kampung lain di dun batu rakit ini.
“Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini seperti biasa setiap tahun dihadiri masyarakat di kawasan ini dan Alhamdulillah ramai juga orang luar daerah turut hadir.
“Terima kasih kepada semua yang hadir yang mana makanan dan juadah disediakan oleh UDM di kawasan ini,” katanya di sini hari ini.
Turut hadir memeriahkan majlis Datuk Bandar Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT), Ybhg Tuan Haji Rosli Latif, serta Ahli Parlimen Setiu, Yang Berhormat Shaharizukirnain Abdul Kadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Yang Berhormat Hishamuddin Abdul Karim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Yang Berhormat Maliaman Kassim.
Dalam pada itu seorang pengunjung, Faiz Awang, 36, berkata, dia bersama keluarga dan rakan-rakan hadir ke rumah terbuka Aidilfitri DUN Batu Rakit seawal pukul 11 pagi.
"Sambutan Hari Raya kali ini amat bermakna sekali di sini kami dapat bersama menikmati pelbagai makanan seperti lemang dan ketupat bersama masyarakat selain bertemu dengan Pegawai Penyelaras Dun.
“Kami amat teruja sekali dan berharap sambutan hari raya seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.
09 May 23
431
Lebih 3,000 Hadiri Sambutan Raya DUN Rantau Abang
DUNGUN, 1 Mei - Lebih 3,000 orang memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Rantau Abang yang menyaksikan tetamu hadir seawal 9.30 pagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, majlis yang sepatutnya bermula pada jam 11 pagi terpaksa diawalkan kepada 10 pagi memandangkan tetamu sudah ramai menunggu.
" Alhamdulillah sambutan orang ramai sangat baik dan gulai dua ekor kerbau dan seekor lembu habis begitu juga juadah-juadah yang lain," katanya.
Majlis tersebut telah diadakan di tapak Pasar Malam Pulau Serai dekat sini dan turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman dan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.
Sementara itu, dalam ucapan ringkasnya Ariffin menyatakan Pilihan Raya Negeri dijangka akan diadakan pada akhir Ogos.
"DUN Terengganu, insya-Allah akan dibubarkan pada bulan Jun nanti," katanya.
01 May 23
202
Kerajaan Berbudi, Perantau Berbahasa
KUALA TERENGGANU, 25 April- Seiring kecaknaan kerajaan negeri kepada anak-anak Terengganu di perantauan, ramai dikalangan perantau anak negeri tampil menyumbang idea dan kemahiran dalam membangunkan negeri ke arah lebih baik.
Setiausaha Agong Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), merangkap Setiausaha Sekretariatnya, Awasi Mohamad memaklumkan, kerajaan Terengganu kini banyak membantu anak-anak negeri di luar melalui pelbagai insentif sebagaimana yang diberikan kepada rakyat di dalam negeri.
"Kami nampak kerajaan Terengganu prihatin kepada perantau.
"Banyak perkara yang anak-anak rantau dapat daripada kerajaan negeri. Sekarang ini, hampir semua yang rakyat Terengganu dapat, kita dapat antaranya insentif-insentif daripada Yayasan Pembangunan Usahawan, juga i-Perantau dan bantuan-bantuan lain seperti Tabung Darul Iman yang membiayai sebahagian kos perubatan.
"Begitu juga apabila kami menerima musibah, pimpinan sendiri turun ke lapangan menyantuni perantau," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Hari Raya Anak-anak Perantau Terengganu di Taman Tamadun Islam, malam tadi.
Sehubungan itu jelasnya, ramai anak-anak negeri mula tampil memberikan kerjasama dan idea-idea dalam memperkemaskan pentadbiran kerajaan negeri.
"PERANTAU membuat beberapa hubungan dengan anak-anak rantau, secara langsung dan tidak langsung kita menerima 'input' daripada anak-anak Terengganu yang profesional dalam bidang masing-masing.
"Banyak sebenarnya yang berjaya dalam bidang korporat di luar dan mereka tampil memberi 'input' terutama dalam Belanjawan, Manifesto, lalu kami mengumpulkannya dan menyalurkan kepada kerajaan negeri.
"Bahkan, perantau sendirit terlibat dalam merangka PITAS 2030," katanya.
Dalam majlis berkenaan yang dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, dianggarkan lebih 5,000 tetamu hadir menikmati hidangan yang disediakan.
"Bagi pihak Perantau, kita amat terharu dengan sambutan ini dan dari segi kecaknaan kerajaan negeri sendiri kepada perantau.
Sebenarnya, penerimaan para tetamu amat diluar jangkaan. kita sasarkan sekitar 2,000 tetamu tetapi saya anggarkan sekurang-kurangnya 4,000 telah hadir, tetamu datang seawal 7.30 ptg tadi dan ada yang balik awal barangkali kerana tidak cukup tempat.
"Insya-Allah, akan datang kita cuba dapat tempat yang lebih luas," katanya.
25 Apr 23
337
Eratkan Hubungan di Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 22 April - Rakyat negeri ini digesa mengambil kesempatan untuk menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk mengerakkan hubungan persaudaraan di bulan Syawal.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dengan menyuburkan amalan tradisi dalam masyarakat tersebut akan memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan.
"Tahun ini kita dapat meraikan lebaran dalam suasana yang lebih meriah memandangkan tiada lagi sekatan atau peraturan yang perlu kita patuhi sepertimana tiga tahun kebelakangan ini.
"Namun, ia tidak bermakna kita boleh mengabaikan aspek keselamatan memandangkan wabak penyakit Masih ada di sekeliling kita.
"Amalkan langkah-langkah pencegahan sekiranya terdapat simpton-simpton seperti demam, batik Dan selsema," ujarnya menerusi Perutusan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Terengganu Darul Iman.
Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesanan buat anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman di negeri ini semoga dilancarkan segala urusan dan perjalanan pulang semula nanti.
"Patuhilah Undang-Undang lalu lintas, pandu dengan cermat dan waspada bagi mengerakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
"Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali ke tempat bertugas.
"Akhir kata mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutama rakyat Terengganu yang dikasihi. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, segala silap dan salah mohon diampuni, semoga Syawal ini lebih beerti," ujarnya lagi.
23 Apr 23
188
Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 April - Lebih 15,000 rakyat negeri ini hadir memeriahkan rumah terbuka Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Seri Iman, di sini, hari ini.
Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang itu bukan sahaja dihadiri kalangan rakyat beragama Islam malah turut dimeriahkan dengan kehadiran komuniti bukan Islam untuk beramah mesra serta berswafoto dengan Ahmad Samsuri dan isterinya Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.
Paling ceria dan gembira adalah kalangan kanak-kanak yang menerima duit raya daripada pemimpin nombor satu negeri Terengganu itu.
Sepanjang majlis diadakan tiada riak keletihan dipamerkan Ahmad Samsuri, beliau melayani semua tetamu daripada pelbagai golongan dan usia sepanjang majlis diadakan.
Pelbagai juadah dan hidangan telah disediakan seperti laksa, sate, nasi dagang, nasi minyak, kambing bakar, Ketupat redang, nasi kampit dan pelbagai lagi juadah yang disediakan melebihi 200 hidangan.
22 Apr 23
548