lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Politeknik Dungun Terima 422 Pelajar Baru
Politeknik Dungun Terima 422 Pelajar Baru
DUNGUN, 22 Ogos - Seramai 422 orang pelajar baharu akan memulakan sesi pembelajaran semester pertama tahun pengambilan sesi Jun 2023/2024 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).  Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, pendaftaran bermula pada 21 Ogos selama dua hari melibatkan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Teknologi Maklumat dan Komputer.  "Seramai 162 orang pelajar mendaftar untuk kursus di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 125 di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer, 90 orang Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan 67 orang pula mengambil kursus di Jabatan  Kejuruteraan Awam," ujarnya.  Menurutnya lagi, sebagai meraikan kehadiran mereka Majlis Pengenalan Kepada PSMZA sempena Minggu Transformasi Siswa (MTS) diadakan di Dewan Dagang, disini  yang dirasmikan oleh Pengarahnya, Zamra Derahman.  Beliau mengalu-alukan kemasukan semua pelajar dan mengucapan tahniah serta syabas.  "Tahniah dan syabas telah membuat keputusan yang tepat memilih tempat belajar dan menjadi sebahagian daripada warga PSMZA," katanya lagi. 
22 Aug 23
202
Tesdec Dan Pesaka Jalin Kerjasama
Tesdec Dan Pesaka Jalin Kerjasama
DUNGUN, 11 Ogos - Institusi pendidikan milik penuh kerajaan Negeri Terengganu, Tesdec Services Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan Pesaka Trengganu Berhad dalam projek solar bagi tujuan kelestarian alam sekitar.  Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec Berhad, Mohd Iskandar Muhammad Aziz berkata, ianya juga akan memberi penjimatan dalam perbelanjaan utiliti termasuklah memberi manfaat kepada syarikat. "Perjanjian ini juga adalah satu usaha di mana Tesdec Services Sdn Bhd akan memberi nilai tambah kepada Pesaka Trengganu Berhad dalam kemajuan dan pemasangan sistem PV solar di Pesaka serta kerjasama lain dalam mana - mana bidang berkaitan projek dari semasa ke semasa," ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Pemasangan Sistem Solar di antara Pesaka Trengganu Berhad dan Tesdec Services Sdn Bhd yang diadakan di Ulek Beach Resort, Dungun baru-baru ini.  Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pesaka Trengganu Berhad, Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Lembaga Pesaka Trengganu Berhad, Ghazali Sulaiman, Ahli Lembaga Tesdec Services Sdn Bhd, Dr Zakiyah Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec Berhad, Mohd Azrin Mohd Aris, Pengurus Besar Pesaka Trengganu Berhad, Hilmi Awang dan Pengurus Besar Tesdec Services Sdn Bhd,  Zulkifli Omar.  Sementara itu, Wan Hassan berharap menerusi perjanjian ini akan merapatkan lagi hubungan baik kedua-dua pihak.  "Ianya juga dapat memberikan manfaat dan impak yang positif diantara kedua - duanya," katanya.   
11 Aug 23
348
Politik Matang Sejahtera PAS, Redakan Sengketa Politik Terengganu
Politik Matang Sejahtera PAS, Redakan Sengketa Politik Terengganu
BESUT, 5 Ogos- Pendekatan politik matang dan sejahtera yang diamalkan parti PAS ketika mentadbir Negeri Terengganu memperlihatkan perkembangan positif apabila kempen yang memasuki tempoh seminggu berlangsung dalam suasana yang tenang dan 'sejuk'. Calon PAS bahagian pilihan raya N02 Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pendekatan tersebut diterapkan kepada semua peringkat kepimpinan. "Ketika saya menjadi wakil rakyat di sini pada penggal terdahulu, antara perkara utama yang dilakukan ialah meredakan sentimen kepartian dalam masyarakat. "Kalau di Besut ini, kalau kita tengok ketegangan politik amat ketara. "Dahulu terjadi pelbagai isu dan 'bertikam bayang' sesama sendiri, jadi saya berusaha mengurangkan perkara tersebut. "Orang UMNO kita buat kawan supaya ideologi perbezaan itu hanya semasa pilihan raya," katanya ketika ditemui semasa ziarah masyarakat di Kampung Persiaran Limbungan, hari ini. Menurutnya, sentimen itu berjaya diredakan apabila kerajaan negeri turut menggunakan kaedah yang sama terutama dalam pemberian kebajikan tanpa mengira perbezaan parti. "Janji apabila layak, mereka diberi bantuan. Dengan itu, rakyat menilai sendiri," katanya. Tambahnya, apa yang penting ialah masyarakat bersama-sama membangunkan negeri dan tempat masing-masing. Selain menjadi pelaksana kepada manifesto yang dijanjikan kerajaan negeri di peringkat DUN, Nurkhuzaini turut menyelesaikan isu tanah terkilan bagi lebih 1,000 penerima. "Kita berjaya menyelesaikan pemberian hak milik kepada 900 lebih penerima dan kini tinggal 300 lebih lagi senarai yang masih berbaki untuk diselesaikan selepas ini," ujarnya.  
05 Aug 23
105
Bidong Beach and Underwater Clean Up Didik Pelihara Khazanah Alam
Bidong Beach and Underwater Clean Up Didik Pelihara Khazanah Alam
SETIU, 1 Ogos- Bidong Beach and Underwater Clean Up merupakan satu program yang penting dalam menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya penjagaan kebersihan. Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, bukan setakat flora dan fauna, program tersebut turut menjadi satu daya tarikan dalam mendidik masyarakat dalam menghargai keindahan alam yang perlu dijaga serta dipelihara bersama. "Namun, usaha ini hanya dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh dan teratur melalui penglibatan pelbagai agensi.  "Dalam erti kata lain, merentas sektor, cabang disiplin dan mevariasikan kepakaran masing-masing dalam usaha menjadikan Pulau Bidong sebagai pulau yang selamat dan bersih," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bidong Beach and Underwater Clean Up di sini, hari ini. Tambahnya, khazanah alam semulajadi serta sejarah yang ada khususnya di Pulau Bidong perlu sentiasa dipelihara dan dilindungi untuk generasi hadapan.  Oleh itu, beliau menyifatkan, program berkenaan amat bertepatan sebagai platform memperkenalkan fungsi dan tanggungjawab Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu di dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi, habitat dan ekosistem di persekitaran Pulau Bidong yang akan menjadi salah satu Taman Negeri dibawah kendalian MPTN. "Usaha-usaha yang dilaksanakan bukan hanya memberi manfaat dan kesejahteraan kepada manusia bahkan kepada hidupan lain di atas muka bumi ini. "Bagaimanapun, kerajaan negeri sedar bahawa usaha-usaha yang dilaksanakan tidak akan tercapai tanpa kesedaran bersama daripada masyarakat awam," katanya. Dalam program itu, kira-kira 200 peserta melibatkan pelbagai agensi dan jabatan melaksanakan pembersihan sekitar pantai. Selain itu, seramai sembilan penyelam skuba dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), MPTN dan Kelab Sukan Skuba Bidong Laut turut melakukan pembersihan di perairan berhampiran jeti. Bertemakan 'Sayangi Pulau Bidong', program berkenaan juga menjadi medium lesedaran kepada segenap lapisan untuk terus membawa perubahan terhadap landskap perlindungan ekosistem dan pemuliharaan khususnya di negeri Terengganu.  
01 Aug 23
350
Kolaborasi Tingkatkan Daya Saing PSMZA
Kolaborasi Tingkatkan Daya Saing PSMZA
DUNGUN, 23 Julai - Kolaborasi antara pelbagai agensi dan industri akan meningkatkan daya saing Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)  sebagai sebuah institusi pendidikan berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang memenuhi kehendak industri. Jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA berkata, Sijil Kolaborasi (CoC) Strategik merujuk kepada suatu pernyataan atau perjanjian awal pihak-pihak terlibat untuk bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di peringkat jabatan dan institusi.  "Iaitu tanpa mewujudkan suatu ikatan undang-undang terhadap hasrat kerjasama yang ingin dilaksanakan di antara kedua-dua pihak," ujarnya  Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas majlis menandatangani CoC  Strategik yang berlangsung  di Dewan Dagang PSMZA baru-baru ini.  Majlis CoC Perdana terbabit melibatkan 13 agensi dan industri dari dalam dan luar Terengganu dan telah dirasmikan oleh Pengarah PSMZA, Zamra Derahman. "Dengan termenterainya ikatan perjanjian ini, diharapkan supaya segala aktiviti kolaborasi berimpak tinggi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik  "Semenjak 2011 sehingga ke hari ini, sebanyak 99 agensi dan syarikat industri yang telah menjadi rakan kolaborasi PSMZA," ujarnya. 
22 Jul 23
417
Kerajaan Negeri Ajak Rakyat Sapu Bersih Terengganu
Kerajaan Negeri Ajak Rakyat Sapu Bersih Terengganu
KUALA NERUS, 16 Julai- Kerajaan negeri menasihatkan seluruh rakyat Terengganu supaya menggiatkan usaha menjaga kebersihan rumah dan persekitaran masing-masing bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak berkata, usaha memastikan rumah dan persekitaran bersih adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama. "Memang program sebegini dibuat sentiasa kerana ini merupakan antara inisiatif sempena Hari Denggi Asean yang disambut saban tahun. "Namun, yang wajib bagi kita adalah jaga persekitaran dan rumah kita, itu nasihat saya," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Gong Kijang, di sini hari ini. Dalam program bertema Terengganu Bersih, Sapu Bersih itu jelasnya, kecaknaan bersama akan membantu objektif mengurangkan kes dan mengelakkan kematian dapat dicapai. Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, Terengganu merekodkan 130 kes denggi sehingga Jun, dengan peningkatan 11.7 peratus berbanding tahun lalu (111 kes). "Kalau semua menjaganya, tiada tempat nyamuk membiak. "Diluar persekitaran, kita ada kontraktor kebersihan yang mana kerajaan negeri membelanjakan lebih RM30 juta setahun untuk mengekalkan kebersihan persekitaran," jelasnya. Dr. Alias menambah, kempen secara besar-besaran dengan usahasama kerajaan negeri, anak-anak syarikat dan pihak berkuasa tempatan adalah untuk mengingatkan rakyat supaya peka dalam menjaga kebersihan persekitaran kediaman masing-masing. "Seperkara lagi, jika dapat demam cepatlah ke klinik. Sekarang tiada sebab untuk beralasan tidak mahu ke klinik. "Kita ada klinik kesihatan, tambahan pula kepada golongan B40 kerajaan negeri telah berikan Kad Sejahtera sebagai suntikan kewangan dan kita ada kemudahan wad percuma kelas ketiga," katanya.  
16 Jul 23
510
Terengganu Rancakkan Aktiviti Pelancongan Berasaskan Penyu
Terengganu Rancakkan Aktiviti Pelancongan Berasaskan Penyu
KEMAMAN, 16 Julai - Kerajaan negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman komited merancakkan aktiviti sektor pelancongan berasaskan penyu di daerah ini. Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata usaha itu adalah wajar kerana kegiatan tersebut akan memberi impak yang besar di daerah terbabit.  "Ini akan memberikan tarikan kepada pelancong luar dan juga domestik untuk datang ke Kemaman dengan tujuan melihat penyu. "Dengan itu industri hiliran sektor pelancongan di daerah ini juga perlu dilibatkan seperti menyediakan bilik penginapan yang baik, tempat makan yang dipantau kebersihannya serta menjaga mutu makanan yang disajikan,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Kempen Penggalakkan 'Terengganu Turtle Tourism' Peringkat Daerah Kemaman Sempena Sambutan Hari Penyu Sedunia Tahun 2023, di Pantai Teluk Mak Nik, di sini, baru-baru ini. Mengulas lanjut katanya bersempena dengan sambutan hari penyu sedunia, kerajaan Terengganu bertekad merancakkan aktiviti pelancongan berasaskan pengalaman bersama reptilia itu di negeri ini. "Justeru dalam mengalakkan aktiviti pelancongan ini sebagai sumber ekonomi kita perlulah menjaga ekosistemnya agar tidak tergugat yang akan mengakibarkan kerugian kepada kita semua. "Matlamatnya adalah untuk terus melihat sepanjang pantai di negeri Terengganu ini di Kemaman ini akan terus menjadi lokasi paling banyak berlaku pendataran penyu dan terus kekal di masa akan datang,"ujarnya.  
16 Jul 23
329
YaPIEM, PSMZA Penuhi Hasrat B40 Tunai Ibadah Korban
YaPIEM, PSMZA Penuhi Hasrat B40 Tunai Ibadah Korban
DUNGUN, 4 Julai- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Cawangan Terengganu dengan kerjasama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) berjaya menunaikan hasrat golongan B40 untuk menyertai ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha kali ini. Ketua Unit Komunikasi PSMZA, Mohd Khairul Azman Abu Bakar berkata, menerusi Program Infak Qurban YaPEIM 1444H/2023 , dua ekor lembu telah diserahkan sendiri oleh Pengurus YaPIEM Terengganu, Kartina Ahmad dan Yusridin Md Nor kepada pihaknya.  "Lembu ini dinamakan 'lembu wakalah' dimana untuk pihak kami mencari peserta seramai 14 orang iaitu mereka yang sebelum ini tidak pernah menyertai ibadah korban,  " Peserta terpilih terdiri daripada empat orang kakitangan PSMZA, lima orang daripada Unit Pembersihan dan lima orang lagi daripada Unit Keselamatan," ujarnya.  Menurut beliau yang juga pengarah program itu, pengagihan daging korban telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA, Zamra Derahman. "Daging korban diagihkan kepada kakitangan PSMZA, keselamatan dan kebersihan, juga pelajar serta komuniti sekitarnya.  Salah seorang peserta Asmazita Shaikh Ahmad, 44, gembira terpilih sebagai peserta untuk menyertai ibadah korban terbabit yang menjadi keinginannya selama ini.  "Sebelum ini tidak pernah korban, maklumlah kita tak mampu tapi alhamdulillah, terima kasih ada orang yang sudi bantu menunaikan hasrat saya dan kawan-kawan," katanya. 
04 Jul 23
378
Dr. Sam Gembira Anak Muda Libat Diri Ibadah Korban
Dr. Sam Gembira Anak Muda Libat Diri Ibadah Korban
MARANG, 29 Jun- Penglibatan golongan muda dalam melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha mampu memberi pendedahan betapa pentingnya ibadah berkenaan dalam kehidupan Muslim. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata penglibatan golongan belia itu turut menjadi latihan untuk menyesuaikan diri mereka dalam masyarakat. "Saya amat gembira dengan anak-anak muda di Terengganu yang masih ramai melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. "Perlu kita ingat bahawa ibadah korban ini telah ada sejak dari zaman Nabi Ibrahim AS dan kepada umat Nabi Muhammad SAW, ada kaedah-kaedah yang digariskan sebagaimana saranan Baginda SAW. "Ibadah ini akan berterusan sehingga kiamat, jadi penglibatan semua pihak termasuk anak-anak muda di semua tempat, termasuk juga di negeri-negeri lain, haruslah sama-sama digerakkan supaya mereka mengetahui peri pentingnya ibadah ini dalam kehidupan mereka," katanya ketika ditemui selepas aktiviti ziarah di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Kerak, hari ini. Tambahnya, peranan yang mampu dimainkan oleh anak muda hakikatnya amat besar dan memberi kesan kepada negeri dan negara. "Kita semua memahami betapa pentingnya anak-anak muda dalam negara kita, termasuklah dalam sistem demokrasi. "Mereka ada peranan masing-masing, Sebab itu, saya menyeru kepada semua anak muda supaya bersama-sama melibatkan diri dalam program-program seperti ini, program-program kerajaan dan ini merupakan sumbangan mereka sendiri, sama-sama terlibat dalam mengurus tadbir sesebuah negeri," katanya. Terdahulu, deliau dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman turun ke beberapa lokasi sembelihan lembu korban sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, pagi ini bagi menziarahi komuniti setempat yang melaksanakan ibadah tersebut. Tahun ini, sebanyak 93 ekor lembu dikorbankan di DUN Rhu Rendang. Dr. Samsuri sendiri menyumbangkan 43 ekor lembu untuk seluruh DUN berkenaan, melibatkan 28 kampung keseluruhannya selain ke surau-surau, taman perumahan dan agensi-agensi yang ada di DUN itu. "Tahun lepas kita buat secara besar-besaran di suatu tempat, tetapi tahun ini diagihkan kepada semua kampung supaya komuniti setempat dapat merasai kemeriahan suasana korban ini," ujarnya.    
29 Jun 23
363
70 Calon Cemerlang SPM, STAM DUN Rantau Abang Dirai
70 Calon Cemerlang SPM, STAM DUN Rantau Abang Dirai
DUNGUN, 27 Jun – Seramai 70 orang pelajar di DUN Rantau Abang yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2022 telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Dungun Escapade Resort di Pulau Serai, di sini. Kesemua calon cemerlang SPM dan STAM itu menerima hadiah berupa wang tunai yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun dan isteri, Rugayah Mahmood.  Alias dalam ucapannya mengharapkan para pelajar menanam azam untuk meneruskan pelajaran ke peringkat tertinggi demi mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. "Sekarang ramai yang tidak mahu menyambung pelajaran mereka, sedangkan di usia remaja ini kita perlu gunakan peluang yang ada untuk belajar seberapa tinggi, untuk masa depan," katanya.  Sementara itu, salah seorang pelajar cemerlang SPM 2022 yang memperoleh 12A mengakui, setiap orang berhak berjaya tetapi mestilah berusaha untuk memperolehinya.  Nur Arisyah Syafiqah Mohd Zain, 18, berkata, tiada alasan terlambat berusaha untuk mencapai kejayaan dalam SPM selagi belum tiba hari peperiksaan. "Berusahalah disamping jaga hubungan kita dengan Allah dan kedua ibubapa, solat awal waktu, banyakkan selawat dan  sentiasa 'call' ibu atau ayah minta ampun serta doa dan restu dari mereka, " kata bekas pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu itu. Manakala rakan sekolahnya juga berjaya mendapat keputusan yang sama, Nur Arifah Mohd Sabri,18, merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang sentiasa ada ketika diperlukan.  "Selain mengadakan kelas tambahan, mereka juga meluangkan masa untuk kami bertanya apa yang tidak difahami walaupun di luar masa sesi persekolahan," katanya yang bercita-cita untuk menjadi akauntan.                     A
27 Jun 23
384