Artikel "Komuniti" Terkini
Lebih 3,000 Pengunjung Sertai Hari Sukan Negara di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 14 Oktober- Lebih 3,000 pengunjung membanjiri Dataran Batu Buruk, di sini sempena sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri Terengganu, hari ini.
Dalam sambutan yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali itu, pelbagai acara diadakan termasuk Fun Walk, Fun Run dan Fun Ride sejauh 30 Kilometer (km) dari Dataran Batu Buruk ke Kuala Nerus.
Selain itu, terdapat penganjuran karnival silat pantai, kejohanan penalti pantai, kejohanan pentanque, trail walk community dan pameran oleh agensi serta jabatan kerajaan.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim.
Â
14 Oct 23
667
Kemaman Sahut Kempen Tanam 100 Juta Pokok
KEMAMAN, 11 Oktober - Kempen penanaman 100 juta pokok di seluruh negara mendapat respon positif daripada pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan di daerah in.
Terbaharu, Majlis Perbandaran Kemaman pada semalam telah mengadakan program penanaman pokok bagi merealisasikan Kempen 100 juta pokok.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Air Putih), Mohd Hafiz Adam, program melibatkan komuniti setempat, pihak swasta dan agensi pendidikan itu adalah satu pendekatan terbaik.
"Saya lihat pendekatan ini amat baik dan efisien untuk memberikan pendedahan kepada segenap lapisan komuniti dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.
"Tempat kita, jadi kitalah yang wajib tunaikan amanah untuk menjaga kelestariannya. Kita adalah generasi yang akan meninggalkan persekitaran yang baik, udara yang bersih kepada anak cucu kita..Perbuatan kita pada hari ini memberi impak kepada masa depan alam sekitar,"\katanya ketika ditemui media.
Jelas beliau, dalam program tersebut sebanyak 50 batang pokok gelam telah ditanam di sepanjang kira-kira 10 meter.
Katanya, beliau turut dimaklumkan bahawa program itu adalah penanaman pokok yang kedua dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).
"Kali pertama adalah penanaman pokok Ru di Pantai Teluk Mak Nik, sebanyak 300 pokok telah berjaya ditanam. Selain daripada itu, sebanyak 200 pokok lagi telah ditanam oleh Jabatan Landskap MPK di beberapa lokasi secara berjadual.
"Program tersebut juga turut melibatkan komuniti setempat dan di Bandar Baru Kijal ini adalah fasa pertama penanaman. Akan ada lagi fasa-fasa berikutnya yang akan dilaksanakan di Bandar Baru Kijal ini berdasarkan pelan yang telah dibangunkan oleh Jabatan Landskap MPK.
"Tahniah diucapkan kepada pihak MPK kerana sentiasa bersungguh-sungguh dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Kemaman. Bandar Baru Kijal telah dianugerahkan Bandar Rendah Karbon pada tahun ini.
"Saya kira ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan untuk MPK dan warga Kijal khususnya dan Negeri Terengganu amnya," katanya.
10 Oct 23
207
Ayuh Meriahkan Tasik Kenyir!
KUALA BERANG, 9Â Oktober- Kerajaan negeri Terengganu mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin mengadakan sebarang program mahupun aktiviti di Pulau Poh, Kenyir.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim, pihak kerajaan tidak menghalang bahkan menggalakkan penganjuran aktiviti di seluruh kawasan Tasik Kenyir umumnya.
"Kita mengalu-alukan mana-mana pihak untuk memeriahkan dan mengadakan program serta aktiviti di Pulau Poh ini. Sebarang program versi pelancongan boleh merujuk kepada Tourism Terengganu, manakala bagi penganjuran versi sukan boleh merujuk kepada saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Terengganu INC Challenge Series PTT XCO Jamborace & Funrace Kenyir 2023 bertempat di Dataran Pulau Poh, semalam.
Acara basikal lasak itu menyaksikan 10 kategori dipertandingkan selama dua hari berlangsung dengan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 menjadi ganjaran pemenang dan peserta bertuah.
Bagi pihak kerajaan negeri, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd atas kejayaan menganjurkan program berbasikal tersebut buat julung kalinya di Pulau Poh memandangkan kawasan hutan dara tersebut baru dibuka secara rasminya pada bulan lalu.
"Kita berbangga dengan Terengganu Inc dalam menganjurkan aktiviti sukan dan merancakkan masyarakat dengan aktiviti-aktivi sihat.
"Apa yang menarik Terengganu Inc sering membuka tempat-tempat baru untuk penggiat sukan berbasikal dalam mereka menerokai tempat menarik di Terengganu," katanya.
09 Oct 23
923
Akhlak Terpuji, Berilmu Penting Kepada Graduan
DUNGUN, 1 Oktober - Graduan sepatutnya bukan sahaja mahir dengan ilmu kemahiran berkonsepkan 'pandai akal' semata-mata, bahkan perlu mempunyai keperibadian yang mulia.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, melahirkan manusia yang hanya mempunyai ilmu semata-mata tanpa disertakan kebersihan rohani akan membawa kepada keegoaan dan perdebatan yang tiada habisnya.
"Begitu juga dengan mereka yang berada dalam dunia perkerjaan tanpa memiliki ilmu, jiwa yang bersih dan kuat mereka tidak akan tahan dengan ujian.
"Mereka ini akan mudah tenggelam dalam lautan mencari kemasyuran dan mencari pujian, serta membawa kepada perpecahan dan kelemahan," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvokesyen UC TATI Ke-23 di Dewan Canselor University College TATI, baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti College TATI turut memberi pesanan kepada graduan untuk menghargai pengorbanan ibu bapa, keluarga dan warga pendidik yang telah banyak menyokong mereka.
"Manfaatkan sebaiknya peluang yang telah diberikan dan  bersedialah menghadapi dunia luar yang sentiasa berubah dengan ilmu pengetahuan sebagai senjata utama.
"Kejayaan sejati memerlukan kombinasi akhlak terpuji dan pengetahuan yang kukuh dalam menghadapi cabaran dunia moden yang berubah dengan cepat," ujarnya.
02 Oct 23
271
Mini Karnival Maulidur Rasul Memperingati Pengorbanan Nabi Muhammad
DUNGUN, 1 Oktober - Mini Karnival Maulidur Rasul SAW Peringkat DUN Paka diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam membimbing umat Islam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Dato' Satiful Bahri Mamat, berkata pentingnya mengambil pengajaran daripada kisah hidup baginda mulai dari kelahirannya hingga kewafatannya.
"Banyak contoh ikutan yang dapat dijadikan panduan bagi semua individu termasuklah ahli keluarga kita sendiri, sahabat-sahabat, dan jiran tetangga."
"Mini Karnival Maulidur Rasul ini juga merupakan sebuah tarbiah (pendidikan) untuk kita semua dan merupakan peluang untuk merenung dan memperdalam pemahaman kita tentang nilai-nilai yang diajarkan oleh Rasulullah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mini Karnival Maulidur Rasul SAW Peringkat DUN Paka di Taman Rekreasi Limbong, Paka.
Selain itu, beliau juga menekankan bahawa selain merenung sejarah baginda, kita juga perlu memanfaatkan ilmu pengetahuan, sumber kewangan dan tenaga yang kita miliki untuk menggerakkan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah.
"Ini adalah cara yang baik untuk menghormati warisan beliau dan meneruskan ajaran-ajaran mulia yang telah beliau sampaikan kepada umat Islam," jelasnya lagi.
02 Oct 23
105
Sukaneka Erat Hubungan Komuniti
DUNGUN, 30 September - Aktiviti sukaneka yang berlangsung di Kampung Tembesu Akar baru-baru ini mengukuhkan lagi hubungan di antara ahli komuniti tempatan.
Acara yang dianjurkan oleh Komuniti Rukun Tetangga Rumah Murah Kos 3 Kampung Tembesu Akar itu berjaya menyatukan penduduk kampung dalam satu semangat kebersamaan yang luar biasa.
Pengerusinya, Zakariah Yusoff berkata, tujuan di sebalik acara ini yang telah berjaya menyatukan masyarakat serta mendapat sambutan yang menggalakkan.
“Program sebegini merupakan julung kali diadakan.Matlamat utama kita mengadakan program ini ialah untuk menghimpunkan dan menyatukan komuniti kampung," ujarnya.
Zakariah berkata, interaksi sesama jiran serta komuniti sekitar amat penting dalam kehidupan seharian.
“Apabila kita tinggal bersama komuniti, kita tidak boleh "duduk di bawah tempurung" tanpa menghiraukan keadaan masyarakat sekitar.
"Semua penduduk di dalam komuniti kampung ini, boleh turut serta dalam acara ini. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang atau perbezaan fahaman politik," ujarnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin yang menyatakan hasrat untuk mengadakan sukaneka secara besar-besaran di peringkat DUN Sura menunjukkan kesungguhan dalam memperkuat hubungan sosial dan komuniti.
“Melalui kekuatan yang kita ada di setiap kampung, kita mungkin boleh laksanakan acara ini di peringkat DUN Sura. Langkah ini berpotensi memberi impak positif yang lebih besar kepada penduduk kampung serta mengukuhkan perpaduan di seluruh kawasan DUN Sura," katanya.,
Â
30 Sep 23
679
Tiga Bayi Permata Maulidur Rasul Lahir Di Hospital Dungun
DUNGUN, 29 September - Tiga orang bayi dilahirkan di Hospital Dungun hari ini bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. 12 Rabiulawal.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin turut berkongsi kegembiraan menyambut kelahiran mereka sempena Program Permata Maulidur Rasul Peringkat Daerah Dungun.
Beliau mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan sumbangan dan cenderahati istimewa kepada para ibu dan bayi-bayi ini.
Dalam ucapan ringkasnya, Tengku Muhammad Fakhruddin berharap, setiap bayi yang disantuninya itu akan membesar dengan sihat, berakhlak mulia dan mengikuti teladan Rasulullah S.A.W.Â
Beliau juga menekankan pentingnya program Permata Maulidur Rasul ini sebagai bentuk kepedulian dan kasih sayang terhadap generasi muda, yang merupakan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.
Katanya, inisiatif ini tidak hanya memeriahkan perayaan Maulidur Rasul, tetapi juga mengingatkan kita semua tentang nilai kasih, kepedulian, dan perhatian yang selalu dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
"Program seperti ini adalah contoh nyata bagaimana kita semua dapat menyumbang dalam membentuk generasi mendatang yang lebih baik," katanya kepada pemberita.Â
Â
28 Sep 23
314
Rosol Turun Lapangan Tinjau Bekalan Keperluan Rakyat
HULU TERENGGANU, 26 September - Susulan isu bekalan dan harga beras yang menjadi keresahan dalam kalangan rakyat masa kini, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid turun ke lapangan bagi memantau sendiri masalah tersebut.Â
Menurut Rosol, hasil tinjauan beliau mendapati kadar harga dan bekalan barang berada pada tahap yang tidak memuaskan dan kenaikan harga seperti yang diketahui umum.Â
“Sebelum ini saya telah beberapa kali mendengar keluhan dan aduan daripada peniaga, pemilik pasaraya dan orang ramai mengenai isu bekalan dan harga beras ini.
“Hari ini saya turun ke lapangan bagi mendapatkan kepastian dan pengesahan hadapan mata sendiri, sebagai contoh harga beras jati lima kg yang dahulu di jual dengan harga RM16.20, tetapi sekarang di jual dengan harga RM20.50," ujar beliau yang juga mantan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata kepada pemberita.Â
Tambah Rosol lagi, terdahulu dalam sidang parlimen, beliau telah membangkitkan isu bekalan beras tempatan, yang ada beras import dengan harga yang tinggi, akan tetapi telah disindir oleh pemimpin kerajaan.
Beliau berharap agar pihak kerajaan khususnya kementerian yang berkenaan segera bertindak bagi merawat keresahan dikalangan rakyat sekarang, sekali gus membuktikan keprihatinan, keikhlasan dan komitmen kerajaan membela nasib mereka.
Sementara itu, Pengurus Besar Xiri Group cawangan Kuala Berang, Teong Gaik Lan, berkata isu bekalan beras tempatan yang masih belum selesai sejak beberapa bulan yang lalu cukup meresahkan.Â
“Bekalan beras tempatan tiada sejak bulan Jun yang lalu, harga beras kini naik sebanyak 20 peratus, Manakala bekalan gula juga tidak banyak kerana kenaikan harga," ujarnya.
26 Sep 23
459
Diskusi Dua Hala Rangka Pelan Strategik Dun Sura
DUNGUN, 25 September - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin telah mengadakan sesi perbincangan dengan pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Dungun.
Diskusi ini bertujuan untuk merangka pelan strategik pembangunan Dun Sura dan menentukan hala tuju yang akan diambil oleh kawasan ini.
Dalam pertemuan yang berlangsung, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin menekankan pentingnya kolaborasi di antara pelbagai pihak yang terlibat dalam pembangunan kawasan Dun Sura. Beliau juga mengambil inisiatif untuk menerima pandangan dan cadangan dari para hadirin, termasuk wakil daripada agensi kerajaan dan NGO setempat.
"Saya amat berbesar hati kerana dapat berjumpa dengan wakil-wakil dari pelbagai agensi dan NGO yang berperanan penting dalam pembangunan Dun Sura. Kami perlu bekerjasama untuk merangka pelan strategik yang berkesan bagi memastikan kesejahteraan dan kemajuan kawasan ini," kata Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin selepas pertemuan bersama Ketua Polis Daerah (OCPD) Dungun.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen kuat ADUN Sura dalam memastikan kepentingan penduduk kawasannya diutamakan dalam setiap usaha pembangunan. Rakyat Dun Sura dapat berharap kepada lebih banyak inisiatif yang akan memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam masa akan datang.
Â
25 Sep 23
1249
Graduan Politeknik Dungun Terima Biasiswa Universiti UK
DUNGUN, 25 September - Tiga graduan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) terpilih sebagai penerima anugerah Biasiswa Kecemerlangan Akademik (Academic Excellence Scholarship) daripada University of Plymouth, United Kingdom.
Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA, ketiga - tiga mereka iaitu Muhammad Sanif As Sani Mohammad, Ng Man Yew danbFatinie Nabilla Zaidi merupakan lepasan Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi akan menerima setiap seorang RM93,500.
"Ng dan Fatinie akan melanjutkan pelajaran dalam bidang BSc (Hons) Computer Sciences (Software Engineering) manakala Sanif dalam bidang BSc (Hons) Computer Sciences (Cyber Security) di Peninsula College Malaysia (The Ship Campus) di Batu Kawan, Penang," ujarnya.Â
Berkongsi rahsia kejayaan, Â Ng Man Yew, 21 berkata, beliau kebiasaannya akan membuat ulangkaji pada jam 1 pagi memandangkan waktu itu tiada gangguan.Â
" Saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang ahli forensik, namun atas faktor kewangan dan pilihan yang terhad, saya memilih untuk menjadi seorang 'programmer'," ujarnya.Â
Manakala Sahif dan Fatinie Nabilah Zaidi yang berkongsi kejayaan memberitahu, mereka sering merujuk kepada pensyarah di jabatan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dalam pembelajaran.Â
"Hubungan baik yang terjalin bersama pensyarah-pensyarah di jabatan banyak membantu dalam mencapai kejayaan pada hari ini.Â
"Selari dengan bidang pembelajaran yang dipilih, kami bercita-cita untuk menjadi pakar IT yang berjaya pada suatu hari nanti, insya-Allah," jelas mereka yang bersyukur dengan kejayaan tersebut.
Â
25 Sep 23
680