Artikel "Komuniti" Terkini
767 Orang Lantikan Baharu JPKK di Kemaman
KEMAMAN, 18 Disember - Seramai 767 orang Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) merupakan lantikan baharu bagi sesi akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, Hanafiah Mat berkata manakala seramai 1,076 orang kekal daripada lantikan sesi yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1,843 orang.
Katanya, JPKK merupakan tunjang utama serta barisan hadapan di peringkat kampung masing-masing.
"JPKK perlu menjadi mata dan telinga kerajaan dimana setiap permasalahan dan keluhan masyarakat hendaklah sentiasa ditangani dengan baik.
"Kalian merupakan cerminan kerajaan serta memainkan peranan penting dalam melaksanakan amanah dalam menjaga nama baik daerah dan kerajaan negeri amnya," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi dan Ahli JPKK yang berlangsung di Bilik Syarahan, Pejabat Daerah Kemaman, semalam.
Hanafiah ketika menyampaikan watikah kepada Pengerusi JPKK Mak Lagam
Tambah Hanafiah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata setiap jawatan yang disandang bukanlah satu keistimewaan, kelebihan atau kemegahan.
Tambahnya lagi katanya, tanggungjawab itu merupakan sangat berat dan memerlukan pengorbanan tinggi serta kerja keras secara bersungguh-sungguh.
"Ia bertujuan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dijaga dengan baik," ujarnya.
Hanafiah ketika berucap merasmikan program tersebut
18 Dec 23
3501
JPKK Gotong-royong Bersama Penduduk Baik Pulih Sistem Perparitan
DUNGUN, 18 Disember - Jawatankuasa Pembangunan Keselamat Kampung (JPKK) Kg Nyior bekerjasama bersama penduduk setempat membersih sistem perparitan yang terjejas.
Pengerusi JPKK Kg Nyior, Ahmad Busra Muda berkata salah satu punca utama langkah itu diambil ialah sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan baik.
"Kita perlukan tindak segera, jadi kita ambil inisiaif untuk gotong-royong bersama masyarakat memulihkan sistem saliran agar lebih lancar," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membuat tinjauan di kawasan berkenaan.
Hujan lebat yang berterusan beberapa hari lalu telah menyebabkan kawasan tertentu menghadapi masalah banjir akibat air sungai yang melimpah ke kawasan lebih rendah.
Tambahnya, beberapa rumah telah terjejas dengan air yang memasuki dapur dan ruang tamu, menjadikan penduduk tempatan sentiasa berjaga-jaga terhadap ketinggian air yang mungkin meningkat.
"Harapan keseluruhan adalah agar kerja-kerja penyelenggaraan ini dapat memberi kelegaan kepada penduduk setempat, menjadikan aliran air lebih terkawal, dan meminimumkan impak banjir di kawasan tersebut.
"Semoga langkah ini membawa keamanan dan kesejahteraan kepada semua penduduk yang terjejas," ujarnya.
18 Dec 23
282
MPD Tebang Pokok Berisiko Tumbang
DUNGUN, 18 Disember- Majlis Perbandaran Dungun (MPD) mengambil langkah segera dengan menebang pokok-pokok yang telah berusia di laluan utama Kampung Sura Lapangan Terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini terutamanya ketika berlaku ribut dan angin kencang pada musim tengkujuh ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin berkata, langkah tersebut sekali gus dapat meminimakan risiko kepada penduduk dan pengguna jalan di sekitar kawasan tersebut daripada dihempap pokok.
"Saya telah menerima aduan daripada penduduk mengenai dahan-dahan pokok yang berpotensi tumbang, yang telah menimbulkan kebimbangan di kalangan mereka yang melalui kawasan ini.
"Keselamatan rakyat adalah keutamaan kami. Saya mengalu-alukan tindakan cepat MPD dalam menangani isu ini dan bersyukur kerana pihak berkuasa sentiasa peka terhadap keperluan rakyat," ujarnya kepada pemberita sewaktu membuat tinjauan di lokasi pokok berisiko tumbang berkenaan.
Beliau turut menyeru penduduk setempat untuk terus mengadukan sebarang isu keselamatan kepada pihak berkuasa agar tindakan lanjut dapat diambil dengan segera.
Beliau juga menyatakan komitmen untuk terus bekerja keras demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Sura.
18 Dec 23
186
Antena Jabatan Amal Mudahkan Komunikasi Ketika Banjir
DUNGUN, 18 Disember - Pemasangan Antena Walkie menghubungkan antara Bilik Gerakan Dungun dengan Jabatan Amal Paka memudahkan urusan komunikasi ketika banjir.
Ketua Jabatan Amal Paka, Abdul Latif Rashid berkata, langkah pemasangan antena Walkie Talkie di Pusat Penyimpanan Alatan Jabatan Amal Paka memudah pelaporan.
"Pemasangan Antena Walkie Talkie ini adalah satu langkah kami untuk memastikan komunikasi yang berkesan dalam situasi darurat seperti musim banjir.
"Kami berusaha untuk meningkatkan koordinasi antara Bilik Gerakan Amal Dungun dan Jabatan Amal Paka demi memudahkan bantuan yang diperlukan dapat disalurkan segera kepada mereka yang memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika selesai menyiapkan pemasangan antena walkie talkie di Pusat Penyimpanan Alatan Jabatan Amal Paka.
Selain itu, pemasangan antena ini merupakan sebahagian dari persiapan menyeluruh yang dilakukan oleh Jabatan Amal Paka dalam menghadapi kemungkinan situasi darurat akibat banjir.
"Langkah ini diharapkan dapat meminimakan kesulitan dalam berkomunikasi dan memberikan respons yang lebih cepat terhadap keperluan masyarakat.
"Ketika musim banjir melanda, Antena Walkie Talkie ini akan menjadi alat yang sangat berguna untuk hubungan dua hala komunikasi antara pusat koordinasi dan lapangan," ujarnya.
18 Dec 23
76
80 Kanak-Kanak Sertai Khatan Beramai-Ramai
DUNGUN, 16 Disember - Seramai 80 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun menyertai program Khatan Jamaie 3.0.
Pengarah program berkenaan, Abdul Latif Rashid berkata, program yang menjadi tradisi saban tahun itu mendapat sokongan menggalakkan daripada ibu bapa.
“Kita baru buka penyertaan sudah ramai mula mengisi penyertaan.
“Bahkan kita belum pun menyebar luas maklumat kepada umum mengenai program ini, tetapi penyertaan sudah pun penuh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Khatam Jamaie 3.0 di Surau Darussalam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi, dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur.
“Tahniah penganjur Jabatan Amal DUN Paka dengan kerjasama dari penyediaan tempat, Surau Darussalam dan BOMBA Paka yang menjayakan program ini dengan baik.
“Memang tempoh waktu yang sesuai dengan cuti sekolah hujung tahun program sebegini diadakan,” ujarnya.
16 Dec 23
118
551 Mangsa Banjir Di Dungun
DUNGUN,16 Disember– Mangsa banjir di Dungun hari ini meningkat kepada 551 orang daripada 120 keluarga.
Melnurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun kembali dilanda banjir berikutan hujan lebat pada malam tadi.
“Sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Daerah Dungun iaitu Sekolah Kebangsaan(SK) Tebing Tembah, Balairaya Kampung Pelandang, Dewan Sivik Paka, SK Kampung Nyior, SK Balai Besar, SK Tok Kah, Dewan Sivik Seberang Pintasan, Dewan Majlis Sukan Negara(MSN) dan SK Pusat.
“Seramai 551 mangsa daripada 120 keluarga telah dipindahkan ke sembilan PPS berkenaan," lapor Sekretariat berkenaan.
Sementara itu, Ahli Parkimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli memohon agar semua penduduk di daerah Dungun ambil langkah berjaga-jaga memandangkan hujan masih turun.
"Saya mengharapkan mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak keselamatan yang menjalankan tugas menyelamat dan memindahkan mangsa banjir ke tempat yang selamat.
"Marilah kita berdoa agar dijauhkan dan diselamatkan diri dan keluarga daripada bencana ini," ujarnya lagi.
16 Dec 23
939
Jambatan Teladas Air Putih Tenggelam Ditelan Air
KEMAMAN, 14 Disember - Jambatan Teladas yang merupakan antara laluan utama warga Air Putih ditenggelami air sebentar tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam berkata ia susulan tinjauan pihaknya melihat keadaan semasa jambatan berkenaan pada pagi Khamis.
"Warga Air Putih yang berisiko banjir dinasihatkan supaya bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan.
"Sekiranya diminta untuk berpindah maka hendaklah disegerakan supaya mengelakkan berlaku perkara yang lebih musibah," katanya selepas tinjauan banjir pada hari ini.
Tambah Hafiz, kejadian itu berlaku berikutan hujan lebat yang berlaku di daerah ini sejak semalam.
Katanya, beliau mendoakan agar perkara yang tidak dingini tidak berlaku dan keadaan cuaca di Terengganu bertambah baik.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu bermula hari ini hingga esok (Jumaat).
14 Dec 23
850
KBSS Serah Sumbangan Air Minuman Kepada Anak Didik Akademi Pesilat Cilik
DUNGUN, 14 Disember - Kelab Belia Sahabat Sejahtera (KBSS) mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan beberapa kotak minuman air botol 100 plus kepada anak-anak didik Akademi Pesilat Cilik (APC) bagi memberi semangat kepada mereka yang menyertai Kejohanan Karnival Silat Kebangsaan (KSK) Negeri Terengganu 2023.
Pengerusi KBSS, Farhan Yaacob berkata, sumbangan yang diberikan diharapkan dapat membantu anak-anak pesilat dari Paka mempersiapkan diri dengan lebih baik pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 17 Disember ini.
Selain itu, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya dan berjaya membawa pulang pingat ke Paka dalam kejohanan tersebut.
"Kami mendoakan kejayaan kepada semua anak-anak Paka yang menyertai kejohanan ini serta semoga ada pingat dibawa pulang ke Paka insyaAllah," ujarnya kepada pemberita selepas membuat penyerahan air 100plus di pusat latihan APC, semalam.
Katanya, APC telah melahirkan beberapa pesilat berbakat dari kalangan anak-anak Paka, dan ada beberapa pesilat telah berjaya di peringkat yang lebih tinggi beberapa tahun lalu.
"KSK Negeri Terengganu 2023 dijangka akan menarik penyertaan daripada pelbagai akademi silat di seluruh negeri bakal mengadakan kejohanan berkenaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 14 Disember hingga 17 Disember.
"Semoga kehadiran mereka di KSK Negeri Terengganu 2023 dapat menjadi sumber inspirasi dan kebanggaan bukan hanya untuk Paka, tetapi untuk seluruh negeri Terengganu," ujarnya.
14 Dec 23
160
JPKK Perlu Amanah Laksana Tugas
DUNGUN, 14 Disember – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang baru dilantik perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, mereka perlu membuktikan keupayaan serta tanggungjawab di kampung masing-masing.
Katanya, penting untuk JPKK mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk secara langsung serta menganggap setiap kritikan sebagai peluang untuk pembaikan.
"Kita perlu memahami bahawa mencari kesempurnaan bukanlah mudah, tetapi kita harus menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.
"Sabarlah dalam menghadapi kritikan, dan lihatlah setiap cabaran sebagai peluang untuk mencari keredhaan Allah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Watikah Pelantikan JPKK Daerah Dungun di Dewan Majlis Perbandaran Dungun.
Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua ahli JPKK untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh ikhlas.
"Kita semua manusia, dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Melalui JPKK, kita mempunyai peluang untuk membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat," ujarnya.
14 Dec 23
237
1515 JPKK Dungun Terima Watikah
DUNGUN,12 Disember- Seramai 1,515 orang Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Daerah Dungun telah menerima watikah pelantikan dalam satu majlis hari ini.
Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata JPKK perlu berfungsi sebagai penyampai maklumat serta membantu memudahkan urusan antara rakyat dan kerajaan.
"Selain menyampaikan dasar-dasar kerajaan, JPKK juga perlu menyalurkan permasalahan rakyat agar pihak kerajaan dapat menanganinya dengan seberapa segera," katanya menerusi hantaran 'facebooknya' hari ini.
Majlis perasmian pelantikan tersebut telah disempurna oleh Pegawai Daerah Dungun, Jusman Ibrahim di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini pagi tadi.
Wan Hassan turut melahirkan harapan supaya semua JPKK mengikhlaskan diri dalam menjalankan amanah yang diberi dan menjadikan ia sebagai peluang untuk meraih pahala dengan sentiasa membantu penduduk kampung yang memerlukan.
"Semoga dengan pelantikan ini akan memudahkan urusan rakyat dalam banyak perkara terutama berkaitan kebajikan rakyat. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah dilantik", ujarnya lagi.
12 Dec 23
447