lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
JPNT Anjur Program Dedah Siswa Dengan Inisiatif Murni Kerajaan
Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT)mengadakan Program Gemilang Siswa bagi memberi pendedahan kepada golongan ini dengan inisiatif murni kerajaan supaya mereka dapat memanfaatkannya untuk menjadi insan yang gemilang.Pengarah JPNT,Nasrudin H.Mahmud berkata, masih ramai siswa yang tidak menyedari bahawa banyak kemudahan yang mereka nikmati adalah hasil daripada program kerajaan untuk membangunkan mereka."Siswa merupakan golongan terpelajar yang menjadi 'role model' khasnya kepada generasi muda yang membentuk pemikiran masyarakat dan negara pada masa akan datang kerana mereka inilah yang akan menerajui kepimpinan pada masa itu."Sebab itulah kita cuba beri kefahaman yang lebih mendalam tentang erti kemerdekaan, meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan negara di kalangan siswa supaya setiap mereka mempunyai rasa tanggungjawab mengekalkan perpaduan dan keamanan negara,"kata beliau ketika merasmikan Program Gemilang Siswa 2016 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Hulu Terengganu, Abdullah Mamat,Pegawai Khas Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Nik Azman Nik Abdul Razak dan Pegawai School Improvement Partner Plus(SIP)Pejabat Pendidikan Hulu Terengganu, Kasman Embong.Lebih 300 mahasiswa Politeknik Hulu Terengganu hadir memeriahkan Program Gemilang Siswa 2016 dalam membentuk jati diri sebagai ketahanan diri dan ketrampilan mahasiswa.Nasrudin berkata, melalui program ini juga ia dapat mengetengahkan peranan dan tanggungjawab Jabatan Penerangan Malaysia dalam menyebarkan maklumat kerajaan khasnya Gagasan 1Malaysia kepada seluruh mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam dan juga swasta.Tambahnya, melalui program terancang kerajaan itu juga, para siswa dapat menilai pelbagai usaha murni kerajaan yang bukan sahaja membantu para siswa, malah rakyat negara ini secara keseluruhannya.Sementara itu,Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP),Nur Hidayah Zainal,22, berkata program ini memberi kefahaman yang mendalam dengan erti kemerdekaan, meningkatkan rasa cinta dan sayang pada negara."Melalui program seumpama ini,kami sebagai siswa lebih memahami dasar-dasar kerajaan khasnya Gagasan 1Malaysia dan menyebar luas konsep ini sebagai penyampai kepada rakan-rakan lain,"katanya ketika ditemui Teganukita/The Iman Tribune selepas program.Nur Hidayah juga berkata, masih ramai siswa yang tidak menyedari bahawa banyak kemudahan yang mereka nikmati adalah hasil daripada program kerajaan untuk membangunkan golongan pelajar.Beliau juga bimbang tanpa pendedahan itu, para siswa akan mudah terpengaruh dengan dakyah yang merugikan masa depan mereka."Melalui penganjuran program seperti ini, siswa seperti kami akan dapat menghayati erti kemerdekaan,menyokong serta memberi pandangan bagi menjayakan dasar-dasar kerajaan tanpa mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyar melalui media sosial,"ujarnya lagi.
04 Oct 16
172
Empty Image
17 cedera termasuk 4 pelajar helikopter terhempas di Tawau
  Sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera apabila sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, pagi tadi.  Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus sebagaimana dilaporkan Berita Harian. Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut. Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk. Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sebelum disusuli dentuman kuat yang mengejutkan warga sekolah berkenaan. Difahamkan, sebahagian pelajar trauma dengan insiden berkenaan termasuk ada yang dilaporkan menangis.
03 Oct 16
57
Empty Image
Cucu nampak 'kucing besar'
  Penduduk FELDA Kota Gelanggi 3, di sini, gempar apabila apabila dikejutkan dengan kehadiran harimau di bawah rumah seorang peneroka, di sini, hari ini. Dalam kejadian 7.30 pagi itu, kehadiran harimau itu disedari cucu penduduk yang tinggal berhampiran rumah peneroka terbabit.   Ramli Othman, 60, berkata, sebaik dimaklumkan oleh cucunya yang berusia 10 tahun mengatakan ada kucing besar, dia dan seorang rakan segera meninjau lokasi yang dimaklumkan. "Disebabkan keadaan ketika itu masih samar dan gelap, saya masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil lampu suluh sebelum mengajak rakan yang kebetulan baru pulang dari kedai makan untuk sama-sama memeriksa. "Sebaik menghampiri rumah jiran, kami tidak melihat kelibat kucing besar tetapi dikejutkan dengan ngaumannya dari bawah rumah jiran," katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro. Katanya, sebaik mendengar ngauman itu, dia segera meminta seorang jiran untuk menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang kemudian tiba jam 9.30 pagi. Harimau berkenaan kemudian berjaya ditangkap dan dimasukkan dalam sangkar oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang yang tiba selepas dimaklumkan oleh anggota APM.
03 Oct 16
65
Empty Image
Agro Peladang Johan Bangunan Swasta Dua Tahun Berturut-Turut
Komitmen berterusan bagi menceriakan suasana sekitar bangunan setiap kali sambutan bulan kemerdekaan menjadi faktor Peladang Agro  Resort (PARS), Setiu muncul johan Pertandingan Kecerian Bulan Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Terengganu, dua tahun berturut-turut.PARS diumumkan sebagai johan bagi kategori bangunan swasta di majlis penyampaian hadiah pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, di Kafe Bukit Panorama Kuala Terengganu, semalam, menganggap kemenangan itu adalah bertepatan dengan usaha mereka yang sentiasa menceriakan kawasan resort mereka dengan bahan-bahan yang membangkitkan patriotik setiap kali menyambut bulan kemerdekaan.Pengurus Besar Resort itu, Ahmad Sanusi Ibrahim berkata, kemenangan itu adalah hasil usaha bersama setiap kakitangan yang sentiasa memberi sumbangan idea dan tenaga bagi menceriakan suasana kawasan sekitar resort itu dengan bendera serta maklumat mengenai kemerdekaan."Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut bagi kami, sememangnya resort ini sentiasa peka dengan sambutan bulan kemerdekaan sejak ianya mula dibuka lagi dan kami sentiasa menghiasi bangunan dengan bendera-bendera serta maklumat tentang kemerdekaan pada setiap tahun."Terima kasih kepada Jabatan Penerangan Negeri Terengganu kerana menganjurkan pertandingan ini kerana program itu secara tidak langsung akan memberi semangat patriotik kepada semua yang terbabit  sekali gus sama-sama menjayakan sambutan bulan kemerdekaan," katanya.Sanusi berkata, pada sambutan bulan kemerdekaan tahun hadapan, beliau bercadang untuk mengadakan sambutan itu lebih meriah dengan menambah bilangan bendera dan gambar tokoh kemerdekaan bagi memberi semangat patriotik kepada kakitangan dan pengunjung resort itu.
28 Sep 16
33
Empty Image
Rumah Baharu Ubati Kesedihan Mangsa Kebakaran Di Kampung Undang
Kesedihan sembilan sekeluarga yang kehilangan tempat tinggal setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Undang, Marang kira-kira pukul 3 pagi tadi sedikit terubat apabila mendapat perhatian pemimpin setempat.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi kerajaan Negeri, A. Latiff Awang melawat tempat kejadian dan membawa khabar gembira kepada mangsa apabila bersetuju membina mereka rumah baharu, menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)."Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan akan memastikan mereka segera mendapat perlindungan. Kita bersetuju membina rumah PPRT bernilai RM40,000 di tapak yang sama,"katanya.Hadir sama, Penyelaras DUN Bukit Payong, Mohd Nor Endut.Sementara itu, mangsa kebakaran, Ibrahim Fikri Mat Nor,60, yang turut mendapat bantuan peribadi daripada A.Latiff dan Mohd Nor bersyukur menerima bantuan tersebut.Ibrahim berkata, keprihatinan pemimpin setempat dengan nasib yang dialami mereka sangat mengharukan.Katanya, kejadian berlaku dengan pantas  menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang dan hanya mampu menyelamatkan diri sahaja."Terima kasih kerana sudi melawat dan memberi bantuan yang begitu cepat dan sedikit mengurangkan rasa sedih kami atas apa yang berlaku ini."Kami menerima kejadian ini dengan tabah dan redha,"katanya.
28 Sep 16
27
Empty Image
Sepakat Kunci Kejayaan Tiga Kali Berturut-turut Taman Perumahan Kg Sekati
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Sekati, Md Yasin Embong meneriha hadiah dairipada Pengarah Penerangan Negeri Terengganu Nasrudin MahmudSemangat gotong-royong dan persepakatan yang jitu di kalangan penduduk Taman Perumahan Sakti, Kampung (Kg) Sekati, Kuala Terengganu membolehkan penempatan itu mengekalkan kejuaraan tiga tahun berturut-turut bagi kategori Taman Perumahan dalam Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016.Kemenangan itu membolehkan Taman Perumahan Sakti menerima hadiah wang tunai RM2500, sijil dan plak. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kg Sekati, Md Yasin Embong berkata, tujuan menyertai pertandingan yang dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu itu adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan menyedarkan semua penduduk erti kemerdekaan.“Di samping untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dari pelbagai lapisan bermula peringkat kanak-kanak, dewasa hinggalah warga emas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016 oleh Pengarah Penerangan Negeri Terengganu, Nasrudin Mahmud sempena Majlis Apresiasi Bulan Kebangsaan 2016 itu di Kafe Taman Panorama Kuala Terengganu, semalam.Md Yasin berkata, kemenangan itu begitu bermakna kerana membuktikan kerjasama penduduk yang bertungkus-lumus menyertai pelbagai aktiviti bagi memperindah taman perumahan tersebut."Kami membina replika Jalur Gemilang besar, menara Kuala Lumpur, kapal terbang, serta cendawan dengan penggunaan barangan kitar semula seperti surat khabar, tempurung kelapa dan tin susu bagi menghiasi setiap lorong rumah dan usaha itu berjaya membuahkan hasil,” ujarnya.Sementara itu, pemenang bagi kategori lain dalam pertandingan itu ialah Kampung Tanah Lot, Batu 18 Hulu Terengganu (Kampung Tradisional), Agro resort Peladang, Setiu (Bangunan Swasta), Komuniti 1Malaysia Mukim Pasir Semut, Kemaman (Anjung Komuniti 1Malaysia) dan Jailani Ismail (Pintu Gerbang).
27 Sep 16
400
Empty Image
J3K Kampung Seri Rahmat Juara Cabaran Cari Harta Karun Parlimen Setiu
Sabri melepas peserta cabaran pencarian harta karun Kembara Kasih Sayang Parlimen Setiu peringkat DUN Langkap yang berakhir di Sungai Tong, kelmarin.Pasukan gabungan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (J3K) Seri Rahmat dari Felda Chalok muncul juara pada cabaran pencarian harta karun Kembara Kasih Sayang Parlimen Setiu Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Setiu yang berakhir di Sungai Tong, kelmarin.Kumpulan yang dianggotai 12 peserta dengan menaiki tiga buah kenderaan, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 selepas menewaskan 444 peserta lain dalam pertandingan yang melalui empat DUN di Parlimen Setiu, bermula di Dataran Chalok Kedai, kira-kira jam 10 pagi.Program anjuran Pejabat Penyelaras UMNO DUN Langkap dengan kerjasama Pejabat Parlimen Setiu itu disertai 111 buah kenderaan dengan setiap kenderaan dinaiki empat peserta yang melibatkan 37 cawangan UMNO di DUN Langkap.Penyelaras UMNO DUN Langkap, Jazlan Mohamed Amin berkata, tempat kedua diraih pasukan J3K Banggol Setar manakala di tempat ketiga pula dimenangi pasukan J3K Seri Kenangan."Masing-masing membawa pulang wang tunai RM700 dan RM500, tempat keempat dan kelima ialah pasukan J3K Sungai Lerek dan Sungai Pinang masing- masing menerima hadiah RM400 dan RM300," katanya.Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Dato' Sabri Mohd.
25 Sep 16
56
Empty Image
Perkampungan Hainan Terbesar 'Tersembunyi' Di Kemaman
Siapa sangka kawasan terpencil di Daerah Kemaman terdapat sebuah perkampungan Cina yang masih mengekalkan adat, budaya dan tradisinya.Demikian kehebatan sebuah perkampungan Hainan di Kampung Baru Ayer Jernih, yang masih kekal kewujudannya sejak lebih 100 tahun lalu.Umpama berada di sebuah pekan kecil di Negara China, kawasan perkampungan tersebut dilatari dengan pemandangan deretan bangunan lama dua tingkat yang amat klasik diperbuat daripada kayu selain menggunakan reka bentuk lama dengan kebanyakan rumah masih menggunakan pintu papan berlapis.Sebaik melangkah ke situ, pintu gerbang yang dihias indah seakan mengalu-alukan kedatangan pengunjung selain penduduknya yang peramah dan mesra.Keriuhan suara penghuninya jelas kedengaran tatkala sekumpulan warga emas yang asyik bermain mahjung di kedai kopi bersama-sama rakan mereka yang turut menambahkan lagi aura suasana desa.Pekan Air Jernih merupakan perkampungan Hainan terbesar di Malaysia yang mempunyai kepadatan hampir 1,000 orang penduduk.Hampir 75 peratus penduduk di kawasan tersebut melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi dan pertanian seperti lada hitam dan getah.Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, ramai generasi baru perkampungan tersebut berhijrah ke bandar menyebabkan jumlah penduduk semakin berkurangan dan hanya warga emas yang masih tinggal di situ.Perkampungan tersebut turut mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti sekolah, klinik, dewan, tokong, balai polis dan tanah perkuburan.
24 Sep 16
1523
Empty Image
Peserta Berbaju Melayu Curi Tumpuan Di LAJSM
  Memilih pakaian tradisional baju Melayu sempena Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2016, menyebabkan Mohd Shahril Alias, 33, dari Kuala Berang, Hulu Terengganu menjadi tumpuan ramai peserta serta orang ramai di kejohanan itu, hari ini.   Dia yang menyertai larian bagi kategori 21 kilometer tertutup lelaki berkata dengan mengenakan pakaian warisan lengkap berbeza berbanding peserta lain memberikannya lebih semangat untuk menghabiskan larian.   “Ini merupakan kali ketiga saya menyertai Larian Jambatan Sultan Mahmud. Pada tahun lepas, saya mengenakan pakaian seragam sekolah.   “Selain memberi saya lebih semangat apabila mengenakan uniform berbeza dari peserta lain, ianya juga dapat menarik perhatian orang lain untuk turut sama menghabiskan larian mereka,” katanya kepada Teganukita.   Shahril yang bekerja kilang di Shah Alam, Selangor berkat, tema baju Melayu yang dikenakannya pada tahun ini juga mempunyai sebab tersendiri.   “Saya mengenakan baju Melayu pada tahun ini disebabkan pada petang ini majlis sambut menantu akan diadakan di rumah saya.   “Untuk tahun hadapan pula, saya bercadang untuk mengenakan pakaian seperti nelayan jika saya menyertai larian ini,” katanya.
24 Sep 16
376
Empty Image
Sikap Tidak Ambil Tahu, Punca Peningkatan Jenayah
Foo Chek Seng memberi penerangan kepada pelajar mengenai bahayanya jenayah pada Program Cakap-Cakap Sains di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.  Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPeningkatan kadar jenayah kecurian, penculikan, penagihan dadah dan sebagainya, disebabkan sikap masyarakat yang tidak mahu mengambil tahu, selain menganggap diri dan keluarga terkecuali daripada kejadian jenayah itu.DSP Kor Suksis,  Jabatan Pecegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Kuala Lumpur, DSP Foo Chek Seng, berkata sikap itu antara faktor peningkatan kadar jenayah di kebanyakan lokasi, terutama di kawasan perumahan dan perkampungan. Katanya, mereka tidak mahu mengambil tahu dan menjadikannya sebagai pengajaran,  tetap bersikap mengabaikan keselamatan harta benda dan diri walaupun pelbagai  laporan dihebahkan media.“Sebagai contoh, apabila meninggalkan kediaman, gemar meletakkan kunci rumah di tempat tidak selamat seperti di bawah pasu bunga, dalam kasut dan pelbagai ruang yang mudah dikesan penjenayah.Add caption“Tidak terkecuali, ketika berjalan seorang diri, terutama golongan wanita, secara sengaja membawa beg tangan secara salah dan  menampakkan barang kemas,” katanya.Menurutnya, dia sarankan agar masyarakat sewajarnya prihatin dengan masalah itu, perlu berkerjasama dengan polis dalam menyebarkan maklumat, mengadakan program dan kerapa mengadakan rondaan.“Langkah itu pastinya mampu mengurangkan kadar jenayah dan juga mampu mewujudkan hubungan baik antara polis dan masyarakat, “ katanya Beliau berkata demikian selepas Program Cakap-Cakap Sains di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Prof Madya Dr Wan Norliza Mahadi.
21 Sep 16
1150