Artikel "Komuniti" Terkini
Pengunjung Taman Rekreasi Kg Sungai Serai Nikmati Satu Tan Buah-buahan
Setiausaha UMNO Bahagian Marang, Latif Mohd Noor (tiga dari kiri) menunjukkan buah durian berkualiti yang disediakan kepada pengunjung Taman Rekreasi Kampung Sungai Serai, semalam.Lebih 300 pengunjung yang membanjiri Taman Rekreasi Kampung (Kg) Sungai Serai teruja dapat menikmati satu tan buah-buahan sempena Program Makan Durian dan Buah-Buahan Tempatan, di Binjai Rendah, Marang, semalam.Buah-buahan seperti rambutan, duku, manggis dan durian jenis berkualiti tinggi yang disediakan tidak dikenakan sebarang bayaran sepanjang tiga jam program itu.Program anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Sungai Serai dan pemilik dusun buah-buahan di kampung itu adalah julung kali diadakan bagi mempromosi produk buah-buahan tempatan dari Kg Sungai Serai dan sekitarnya kepada.Pengerusi J3K Sungai Serai, Yusof Bakar, 52, yang bertindak sebagai penyelaras program berkata, program bertujuan untuk memastikan hasil titik peluh pekebun dapat untuk dikongsi bersama terutama dengan masyarakat kurang berkemampuan.“Pengeluaran buah-buahan bermusim seperti rambutan, duku, manggis dan durian tahun ini tidak banyak tetapi kerana harganya yang mahal sedikit membataskan orang ramai untuk menikmati buah-buahan tempatan dengan sepuas-puasnya“Jadi kita sepakat menganjurkan program untuk berkongsi sambil memperkenalkan produk pertanian di sini kepada orang luar selain bagi menghargai kerjasama diberikan Jabatan Pertanian, Peladang, Fama dan agensi lain,” katanya.Program dirasmikan, Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Pengkalan Berangan, Latif Mohd Nor.Hadir sama, Penghulu Mukim Binjai Rendah, Hakimi Iskandar Ahemed dan Penghulu Mukim Bukit Payong, Adnan Mohd Amin.Turut hadir, Pegawai Khas Adun Pengkalan Berangan, Mohd Fazli Ali.Yusof berkata, secara keseluruhannya, program berjaya mencapai matlamat untuk mempromosi hasil buah-buahan tempatan kerana rata-rata pengunjung berpuas hati malah mengakui kualiti buah durian antara yang terbaik.
19 Sep 16
1137
Subahanallah, Kampung Tidak Berpenghuni
Kampung paling hujung yang terletak di Hulu Besut ada sejarahnya yang tersendiri.
Dengan namanya yang begitu unik, Kampung Subahanallah yang terletak di Mukim Keruak merupakan sebuah kawasan yang tidak berpenghuni.
Menurut Pengerusi Homestay Keruak, Mohamad Abd Rahman, Kampung Subahanallah adalah salah satu tempat persinggahan pada masa dahulu.
“Kampung ini dahulunya dijadikan jalan pintas oleh penduduk Kelantan yang ingin ke Besut terutamanya perkebun.
“Mereka akan singgah di kawasan bukit kampung tersebut untuk bercucuk tanam kerana tanahnya yang subur,” katanya.
Tambahnya, menurut cerita orang lama sekitar kampung itu, pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajahan British di Pahang , Mat Kilau pernah singgah di Kampung Subahanallah untuk ke Hulu Terengganu.
Mohamad berkata, pada zaman remajanya , beliau pernah mengikut orang tua untuk ke kawasan tersebut bagi melihat sendiri keadaan kampung tersebut.
Ujarnya , menurut penceritaan yang diceritakan kepadanya kampung tersebut diberi nama Subahanallah kerana mempunyai sebab tersendiri.
“Bagi yang melalui laluan ini pada seketika dahulu, mereka perlu meredah hutan, sungai dan bukit.
“Sambil mereka berjalan , pekebun ini sering menyebut Subahanallah kerana penat berjalan dan kemudiannya ia digelar dengan nama sebegitu ,” katanya.
Kini, kampung tersebut dijadikan kebun kelapa sawit dibawah seliaan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan(FELCRA).
18 Sep 16
1481
Impian Pengawal Keselamatan Diami Rumah Baharu Tercapai
Ghazali menyampaikan replika kunci kepada Bakri (dua dari kanan) sempena penyerahan rumah baharu menerusi Projek Baiti Jannati Tahun 2016, di Kampung Kua, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini. Foto oleh Mastura JamaldinKegembiraan jelas terpancar pada wajah pengawal keselamatan dari Kampung Kua, Ajil apabila hasrat untuk mendiami rumah yang lebih selesa, tertunai.Impian Bakri Abdullah, 50, sekeluarga untuk memiliki kediaman baharu terlaksana selepas menerima bantuan rumah bernilai RM50,000 melalui Projek Baiti Jannati, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dilengkapi tiga bilik tidur dan satu bilik air. Bakri ketika ditemui berkata, dia tidak mampu untuk membina rumah sendiri kerana hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Kua dengan pendapatan kurang dari RM1,000 sebulan.Menurutnya, dengan pendapatan kecil itu digunakan bagi menyara isteri, Haliza Abdullah, 45, seorang surirumah sepenuh masa dan perbelanjaan persekolahan empat orang anak mereka.Katanya, dia tidak menyangka pihak TNB memilih mereka menerusi projek sosial itu sekali gus mengubah kehidupannya menjadi lebih baik dan tidak perlu lagi tinggal di rumah berusia hampir 20 tahun lalu yang makin uzur."Rumah lama saya dulu memang uzur dan masa saya beli dulu cuma RM2,000 sahaja namun kini kami sekeluarga boleh tinggal dengan selesa di rumah baharu serta dapat meraikan dua perayaan dalam suasana yang lebih ceria. Malah pada musim banjir pun tidak merisaukan saya kerana sebelum ni kami terpaksa pindah demi keselamatan berikutan keadaan rumah yang terlalu uzur."Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya berikan kepada pengurusan TNB negeri kerana memberi rumah yang diimpikan untuk kami sekeluarga," katanya kepada pemberita selepas penyerahan kunci rumah pada hari ini .Majlis Kesyukuran Projek Baiti Jannati TNB Peringkat Negeri Terengganu ini disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.Sementara itu, Ghazali berkata, projek TNB mampu memberikan sinar baru kepada keluarga yang tidak berkemampuan untuk menikmati hidup yang lebih ceria dan selesa bersama keluarga.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil mahu supaya projek seperti itu diteruskan pada masa akan datang demi kepentingan semua pihak terutama masyarakat luar bandar yang kurang berkempuan.Sementara itu, Pengurus Besar Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir Bahagian Penjanaan, Mustafa Hashim berkata, TNB memilih Bakri sebagai penerima kerana dia layak dan hidup serba kekurangan.Malah pemilihannya dicadang dan dipersetujui oleh pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM).“Di Terengganu sahaja sebanyak RM350,000 diperuntukkan untuk membina tujuh buah rumah termasuk dua di Hulu Terengganu yang dijangka siap kesemuanya sebelum akhir tahun ini,” katanya lagi.Menurut Mustafa lagi, sejak diperkenalkan pada 2008, projek Baiti Jannati berjaya membina lebih 40 rumah untuk penerima di seluruh Terengganu.Baiti Jannati merupakan program tanggungjawab sosial TNB dengan menggunakan duit zakat badan korporat itu yang menjurus kepada kerja-kerja membaiki dan membina kediaman golongan sasaran antaranya orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin di luar bandar.
18 Sep 16
128
Pesara Guru Raih Hasil Tanam Nenas
Kegigihan seorang pesara guru mengusahakan tanaman nenas hampir dua tahun lalu di kawasan tanah berkelompok membuahkan hasil apabila tanamanya itu mula mengeluarkan hasil kira-kira sebulan lepas dan mampu memperolehi pendapatan baik.Mohd Yaman Mohamad dari Kampung Bukit Tok Hak, Calok, Setiu, mula mengusahakanya tanaman itu pada akhir tahun 2014 di atas tanah milik rakanya di Kampung Bukit Kecil, Setiu. "Selepas bersara sebagai guru kira-kira dua tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk mengusahakan tanaman nenas ini bagi mengisi masa lapang, selepas seorang rakan menawarkan tanahnya untuk diusahakan. "Pada mulanya saya kurang yakin juga dengan usaha ini kerana sebelum ini saya tidak mengusahakanya secara komersil tetapi selepas mencubanya, saya tidak mempunyai banyak masalah kerana nenas yang saya tanam membesar dengan baik sehingga membuahkan hasil sebulan lalu," katanya. Menurutnya, dia mula bekerja di kebun nenasnya kira-kira jam 8 pagi dan akan pulang waktu tengahari pada setiap hari."Biasanya saya akan ke kebun pada waktu sahaja dan sekali sekala saya menjengok juga kebun nenas ini pada waktu petang jika ada kerja yang perlu dilakukan Biasanya saya dibantu oleh dua orang anak dan isteri bagi meringakan kerja-kerja," katanya yang menerima bantuan baja dan racun dari kerajaan itu.Mohd Yaman, 57, berkata, selepas sebulan mengutip hasil tuaianya dia sudah memperolehi pendapatan kasar sekitar RM6,000 dan buah-buah itu akan habis di kutip pada bulan hadapan dan pendapatanya dijangka bertambah."Ini adalah tuaian pertama saya, dan pada bulan Januari tahun hadapan, peringkat ke dua nenas pula akan mengeluarkan hasil sebelum tanaman ini dilupus semua untuk tanaman kali ke dua pada tahun hadapan," katanya yang menjual hasil tanamannya itu kepada peniaga di gerai-gerai di tepi jalan sekitar kawasan Langkap dan ada juga yang datang membelinya di kebun.
16 Sep 16
222
Pehimi Sumbang 17 Lembu Korban
Sejumlah 17 lembu disediakan untuk program korban tahun ini kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih.Lembu sumbangan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof diagihkan menerusi 12 Pusat Daerah Mengundi ( PDM).Muhammad Pehimi yang juga Adun) Jertih turut melakukan upacara penyembelihan di beberapa PDM terpilihMajlis korban dilakukan serentak hari ini bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 2 petang iniAntara PDM terbabit ialah, Kubang Bemban, Alur Lintah, Tok Raja, Nyior Tujuh, Gong Gucil,Bukit Kenak, Simpang 3 Jertih, Bandar Jertih, Seberang Jertih, Padang Luas, Pelagat dan Padang Landak.Laporan Oleh : Mohammad Ishak
14 Sep 16
92
Parlimen Hulu Terima Tujuh Ekor Lembu Korban
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari menyumbangkan tujuh ekor lembu untuk dikorbankan di kawasan itu, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ini.Agihan haiwan ternakan itu dilakukan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Terengganu di Dataran Kuala Berang, bermula 8 pagi.Pegawai Khas Ahli Parlimen, Nik Azman Nik Abdul Razak berkata, Dato' Jailani yang sedang menunaikan ibadat haji berpesan supaya program korban pada kali ini hendaklah dilakukan secara gotong-royong sebagai lambang penyatuan semua pihak."Semua pihak perlu menjadikan sejarah ibadah korban sebagai panduan dalam mendidik jiwa supaya lebih ikhlas dan bersyukur.“Konsep itu perlu dijadikan panduan dalam hidup kita iaitu kesanggupan berkorban dari pelbagai sudut seperti masa, tenaga, wang ringgit serta buah fikiran demi kemajuan agama, bangsa dan tanah air,” katanya ketika ditemui Teganukita, di Dataran Kuala Berang selepas Majlis Korban Perdana Peringkat Parlimen Hulu Terengganu.Pada kali ini, sumbangan tujuh ekor lembu di agihkan kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO Ahli Lembaga Pelawat Hospital Hulu Terengganu, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Tanah Lot Batu 18 Ajil."Saya berharap dengan pemberian lembu-lembu ini memberi kita kekuatan dan menyemai semangat perpaduan sesama umat Islam. Jangan ada perpecahan di kalangan umat Islam dan bersatu hati dalam memastikan Islam terus menjadi agama yang suci,” kata Nik Azman lagi.Laporan Oleh : Mastura Jamaldin
14 Sep 16
73
13 Lembu Korban Perdana Di Kampung Tertak Batu, Marang
Lebih 100 penduduk menyertai gotong-royong sembelih 13 ekor lembu sempena Program Korban Perdana di Kampung Gertak Batu, Marang, hari ini.Program dirasmikan Pegawai Penyelaras DUN Rhu Rendang, Dato' Nik Dir Nik Wan Ku.Sebanyak 12 ekor lembu yang dikorbankan adalah hasil inisiatif penduduk kampung menerusi simpanan tabung sejak 10 bulan lalu dengan mengumpul RM50 sebulan.Sementara seekor lagi adalah sumbangan daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan.Program ini diketuai oleh Pengerusi Masjid merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dan Ketua Cawangan, Razali Mat Noor.Laporan Oleh : Amirullah Othman
13 Sep 16
1222
Tujuh Ekor Lembu Untuk Korban Sempena Aidiladha DUN Telemong
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Telemong, Dato' Rozi Mamat, hari ini menyerahkan tujuh ekor lembu kepada tujuh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) di daerah ini untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha esok.Rozi berkata, setiap Pengerusi J3K yang terlibat akan menguruskan ibadat korban dan agihan daging ini kepada penerima di peringkat cawangan atau kampung masing-masing.“Kita bersyukur kerana tahun ini masih ada lagi sumbangan yang diterima daripada pihak yang terbabit walaupun tidak banyak tapi cukup bermakna buat kita semua menyambut Hari Raya Aidiladha dengan keinsafan dan penuh sederhana.“Penyerahan tersebut dilakukan setiap tahun di peringkat akar umbi kerana pelaksanaan ibadah membantu menyatupadukan penduduk,”katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban DUN Telemong 2016 Kepada Pengerusi J3K yang terpilih, di Telemong, hari ini.Pada kali ini, lembu korban disumbangkan oleh Gabungan Pemborong Quari(GPQ) sebanyak lima ekor dan dua ekor lagi daripada Syarikat Perkayuan Negeri Terengganu.Sebanyak tujuh buah kampung terpilih untuk menerima lembu korban iaitu Kampung Lerek, Kampung Kuala Jeneris, Kampung Teris,Kampung Temir,Kampung Hulu Sat, Kampung Pelandan dan Kampung Iman Lapar.Menurut Rozi lagi, pada tahun depan ,program seperti ini akan diteruskan dengan penglibatan kampung lain pula supaya semua kampung di dalan DUN Telemong dapat merasai nikmat daripada ibadah korban ini.Sementara itu, Pengerusi J3K Kuala Jeneris, Awang Pipir berkata, sumbangan lembu ini cukup bermakna kepada segelintir komuniti kampung yang tidak mampu melakukan ibadah korban sendiri."Insha-Allah saya akan lakukan ibadah korban ini pada hari raya kedua dan mengagihkan daging kepada semua penduduk kampung untuk dinikmati sama ada daging mentah atau kita adakan jamuan sekampung,"katanya lagi.Oleh : Mastura Jamaldin
11 Sep 16
171
140 Ekor lembu Untuk Bahagian Kuala Nerus
UMNO Bahagian Kuala Nerus menyumbangkan sebanyak 140 ekor lembu kepada 122 cawangan dalam bahagiannya dan 18 pelbagai agensi untuk dikorbankan pada Aidiladha ini.Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Nerus, Mohammad Yusof berkata, program itu adalah kali ketiga diadakan, sejak tahun 2014 . "Program kita ini adalah program agihan lembu untuk ibadah korban pada tahun ini, yang biasa kita buat dan kali ini adalah tahun ke tigabersama kepimpinan UMNO Bahagian menyumbangkan lembu kepada sebanyak 122 cawangan untuk dikorbankan pada tahun ini."Pada hari ini kita sumbangkan sebanyak 140 ekor dan termasuk akan agihkan kepada beberapa pihak selain Umno cawangan, antaranya ialah PGA (Pasukan Gerak Am) dan Rejimen Askar Melayu (RAMD) dan lain-lain. Saya mengharapkan program ini akan berterusan kerana ia akan dapat manfaat semua pihak," katanya.Dalam pada itu, Naib Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Haji Apli Yusof yang mewakili Ketua Bahagian, Ahmad Razif Abd Rahman mahu semua ahli UMNO Kuala Nerus bersatu dan mengelakkan perpecahan untuk mempastikan kemenangan di setiap Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada pilihanraya umum akan datang. Ketua Bahagian yang juga Menteri Besar, Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan, Dato' Basir Ismail berada di Mekah menunaikan fardhu haji. "Setiap kepimpinan di peringkat cawangan perlu bekerja lebih kuat bagi menarik sokongan rakyat di Kuala Nerus ini supaya memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang," katanya sambil mengucap terima kasih atas inisiatif Ketua Bahagian dan Timbalan.Laporan Oleh : Ruslan Abd Rahman & Aminuddin Ismail
10 Sep 16
131
Kanak-Kanak Dijumpai Lemas Tergelincir Ke Tali Air Di Dungun
Seorang kanak-kanak perempuan yang tergelincir ke dalam tali air berdekatan rumahnya di Taman Setia, Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dijumpai mati lemas, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Jas Wari Awang@Mohamad berkata mangsa, Siti Nor Auni Sufiya Mohd Rosli, 7, dijumpai kira-kira pukul 11.50 malam tadi oleh pasukan penyelamat.
Katanya mangsa ditemukan lebih satu kilometer dari lokasi beliau dilaporkan terjatuh.
“Walaupun cuaca gelap, kita tetap meneruskan operasi pencarian sebelum menemui mayat kanak-kanak malang itu terlekat pada beting pasir,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, mangsa dikatakan bermain-main di kawasan itu bersama dua rakannya kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
Bagaimanapun ketika bermain, mangsa tergelincir ketika cuba mengambil seliparnya yang tercabut di tali air itu.
Sumber : BERNAMA
09 Sep 16
225