lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
JPNT Cadang Perkenal Program Budayakan Penjagaan Kesihatan, Keselamatan
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bercadang memperkenalkan beberapa aktiviti baharu dalam membudayakan penjagaan kesihatan dan keselamatan di kalangan pelajar sekolah negeri ini, tahun hadapan.Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, antara aktiviti itu seperti asas pertolongan cemas termasuk bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR).CPR ialah satu teknik untuk menyelamatkan nyawa yang digunakan ketika kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut.“Tahun depan, kita akan perkenalkan teknik CPR kepada guru-guru terlebih dahulu, mungkin akan dibuat simulasi, diberi latihan dan disertakan video sebagai panduan untuk mereka aplikasikan sekiranya terdapat kecemasan melibatkan pelajar sekolah.“Selain itu, latihan renang juga akan diperkenalkan JPNT kepada pelajar sekolah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak bertemakan ‘Safe and Protect’ di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir, hari ini.Tambah beliau, selain itu, turut diperkenalkan seni mempertahankan diri, pendedahan oleh pasukan bomba mengenai aspek keselamatan dan perlindungan diri apabila binatang berbisa memasuk kawasan sekolah juga akan dilaksanakan.“Ini adalah antara perkara yang kita akan buat sebagai pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai aspek keselamatan dan perlindungan berdepan dengan situasi di luar jangka,” ujarnya.
15 Nov 16
79
Empty Image
Maidam Serah Lima Van Jenazah
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyerahkan lima van jenazah membabitkan peruntukan hampir RM615,000 kepada masjid dan komuniti terpilih di negeri ini.Masjid terpilih adalah Masjid Kampung Kuala Pueh dan Masjid Kampung Sekayu di Telemong,Masjid Gong Balai dan Masjid Binjai Rendah di Marang serta komuniti Jerangau Sungai di Dungun.Yang DiPertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata,  agihan van bernilai RM123,000 sebuah itu adalah sebahagian daripada peruntukan zakat supaya dapat meringankan beban masyarakat setempat di kampung berkenaan dan bagi kegunaan kariah apabila berlaku kematian."Pelbagai urusan dapat dipermudah sekiranya mempunyai van yang akan diletakkan di bawah pengurusan jawatankuasa masjid, termasuk membawa jenazah dan untuk kegunaan pesakit sama ada untuk ke klinik mahu pun hospital, ” katanya pada Majlis Penyerahan Van Jenazah,di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh,Telemong semalam.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Teknologi dan Transformasi Negeri ,A.Latiff Awang serta Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Terengganu,Mohd Rashdi Ab.Hamid@Aziz.Menurut Shaikh Harun, jawatankuasa masjid perlu ada jawatankuasa untuk memudahkan pengurusan penyelenggaraan berkaitan van jenazah dan juga kematian yang berlaku di kampung atau kawasan sekitar."Maidam memberi keutamaan kepada masjid yang betul-betul memerlukan terutama di luar bandar serta penempatan penduduk jauh dari tanah perkuburan,"katanya.
14 Nov 16
62
Empty Image
Skuad Sukarelawan TTB Bersiap Sedia Bantu Mangsa Banjir
Kira-kira 5,000 Skuad Sukarelawan TTB kini bersiap sedia membantu agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan anggota keselamatan sekiranya kejadian banjir berlaku pada bila-bila masa.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato' Rozi Mamat berkata skuad sukarelawan itu akan di bahagikan kepada lapan portfolio iaitu pendaftaran; perbekalan makanan; kebersihan; penginapan dan keselamatan; kesihatan dan perubatan; sukarelawan; aktiviti dan kerohanian serta bilik gerakan."Mereka akan mengambil cakna dengan memberi pelbagai bentuk bantuan daripada kampung ke kampung, termasuk membabitkan 19 kampung di DUN Telemong yang sebelum ini pernah terjejas teruk akibat banjir,"katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong berkata demikian pada Persembahan Bot dan Sukan Rakyat "Program Pencegahan Jenayah Dan Persiapan Banjir 2016" PDRM Bersama Masyarakat Hulu Terengganu, semalam.Rozi berkata, Skuad Sukarelawan TTB yang mempunyai aset 13 pacuan empat roda (4x4) dan empat lori,14 bot dan tiga jentolak, pastinya banyak membantu dalam pelbagai aspek terutama berkaitan operasi menyelamat dan memindah mangsa banjir, mengangkut barang dan membersih kawasan."Pada masa sama, kumpulan radio amatur akan diwujudkan bagi memudah cara mangsa dan pihak berkepentingan untuk berkomunikasi sekiranya berlaku kecemasan,"katanya..
12 Nov 16
48
Empty Image
Terengganu International Bike Meet 25 Hingga 27 November Ini
Terengganu International Bike Meet yang bakal menghimpunkan peminat permotoran dalam dan luar negara akan diadakan di Pulau Warisan Kuala Terengganu dari 25 hingga 27 November ini.Program yang julung kali dianjurkan Terengganu Riders Group itu turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dijangka akan merasmikan himpunan pencinta roda dua itu pada 26 November.Pelbagai acara menarik disediakan termasuk pertandingan airbrush motosikal, pertunjukan pocket bike, skill riding dan pelbagai lagi.Yuran pendaftaran hanya RM50 seorang dan terbuka kepada semua jenis motosikal dimana peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah lumayan antaranya motosikal Yamaha 125ZR dan Yamaha Y15ZR.
09 Nov 16
131
Empty Image
Penduduk Kemaman Lebih Bersedia Hadapi Banjir
Seorang penduduk memindahkan barangan ke tempat lebih tinggi sebagai persediaan menghadapi musibah banjir yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Gambar oleh Tg Syamim Tg IsmailPenduduk di beberapa kawasan di Kemaman mula membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir akibat air pasang besar yang diramal berlaku pada 14 November ini.Tinjauan Teganukita di Kampung Pasir Gajah, Chukai dan Air Putih yang terjejas teruk akibat bencana alam itu pada 2013 dan 2014, mendapati penduduk mula memindahkan barang-barang terutama dokumen penting ke tempat lebih tinggi di dalam rumah masing-masing.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Pasir Gajah, Badrul Hisyam Jusoh berkata, majoriti penduduk kampung membuat persiapan awal dengan membina ruang khas untuk meletakkan barangan yang mudah rosak seperti perkakasan elektrik di tempat tinggi dan sebahagiannya pula sudah tersedia tempat penyimpanan barangan yang dibina selepas kawasan perkampungan itu terjejas teruk akibat banjir sebelum ini.“Dalam kejadian banjir pada 2013, kira-kira 1,000 daripada 2,130 penduduk kampung ini terlibat dengan bencana banjir dan terpaksa dipindahkan di pusat pemindahan. Suasana ketika itu sangat kelam-kabut. Pada masa yang sama, sistem telekomunikasi turut terjejas menyebabkan kesukaran untuk berhubung.“Kini, penduduk masih lagi trauma dengan bencana banjir besar yang pernah berlaku apabila harta benda musnah menyebabkan mereka lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada tahun ini,” ujarnya kepada Teganukita.Seorang penduduk, Rosli Yusoff, 50, berkata, oleh kerana ketika banjir melanda dia tiada di rumah,  semua perkakasan musnah dan dia hanya tinggal sehelai sepinggan tanpa sempat menyelamatkan apa jua barangan.“Mujurlah ketika kejadian kedua orang tua saya sempat dibantu orang kampung untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat. “Saya turut bersyukur kerana dengan keprihatinan kerajaan, pelbagai bantuan dalam bentuk makanan, keperluan asas dan sebagainya sampai dalam masa yang cepat kepada mangsa banjir di kawasan ini  termasuk keluarga saya,” ujarnya.Seorang lagi penduduk, Mohd Nazri Othman, 45, berharap bencana banjir tahun ini tidak seteruk tiga tahun lalu.“Kami, penduduk kampung sentiasa dalam keadaan berwaspada dan berjaga-jaga. Bila masuk musim tengkujuh, kita terpaksa mengangkat barang-barang ke tempat lebih tinggi memandangkan telah ada pengalaman menghadapi bencana banjir yang teruk,” ujarnya.Zaharah Umar, 69, dari Air Putih pula mengakui, telah membuat persiapan awal kerana air selalunya naik dengan cepat setiap kali musim tengkujuh sehingga menyebabkannya tidak sempat menyelamatkan barang-barang seperti yang pernah berlaku pada 2013.Katanya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, dia telah meletakkan semua dokumen penting serta barangan yang perlu dibawa di tempat yang mudah diambil, manakala selebihnya di tempat tinggi sekiranya berlaku banjir.“Memang kawasan rumah makcik selalu dinaiki air setiap kali banjir tetapi tidak teruk. Pada tahun 2013 memang makcik tidak akan lupa apabila rumah hanya nampak bumbung dan semua barang tidak dapat diselamatkan.“Makcik ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan kerana banyak bantu kami mangsa banjir termasuk bagi bantuan kewangan, barangan elektrik dan sebagainya. Tanpa bantuan daripada kerajaan mungkin sukar untuk kami mulakan hidup baru,” katanya yang masih sukar untuk melupakan detik cemas berdepan musibah banjir waktu itu.
08 Nov 16
385
Empty Image
Duta Madu Kelulut Walk 2016 Teruskan Misi Rentasi Malaysia
Duta ‘Madu Kelulut Walk 2016’, Sabri Ali, anak jati Kemaman yang berjaya berjalan kaki merentasi beberapa negeri meliputi Sabah dan Sarawak, semalam meneruskan perjalanannya di negeri kelahiran pula, bagi melengkapkan misi sejauh 2,000 kilometer (km) dalam masa 50 hari sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016. Program Kelulut Walk 2016 yang bermula pada 8 Oktober lalu di Taman Botani Negara Shah Alam dan dijadualkan berakhir pada 30 November ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) melibatkan perjalanan Sabri merentasi 14 negeri.Misi berkenaan bagi mempromosi kebaikan penggunaan madu kelulut kepada masyarakat seluruh Malaysia.Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Mohd Nasir Warris berkata, Sabri atau lebih mesra dipanggil Pak Sabri tiba di Pintu Gerbang sempadan Kelantan-Terengganu pada 30 Oktober lalu selepas berjalan sejauh 45 km dari Kawasan Pembangunan Pertanian ( IADA ) Kemasin-Semerak, Kelantan.Katanya, antara kawasan yang dilalui Sabri di Terengganu melibatkan enam daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang, Dungun dan Kemaman bermula 1 hingga 6 November ini.Mohd Nasir berkata, majlis pelepasan misi itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa di Jeti Kuala Besut, semalam.Turut hadir, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Katanya, Program Kelulut Walk 2016 akan dijadikan sebagai satu platform untuk mempromosikan madu kelulut serta produk hasilan daripada kelulut negeri ini kepada masyarakat setempat dari golongan kanak-kanak hingga dewasa.Menurut Mohd Nasir, misi berjalan kaki secara solo juruteknik itu bakal mencatat sejarah tersendiri apabila akan disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai perjalanan (jalan kaki) solo terjauh di negara ini setelah mencapai sasaran 2,000 km merentasi 14 buah negeri.
02 Nov 16
203
Empty Image
UMNO Marang Rai Anak Yatim Madrasah Dari Kemboja
UMNO Bahagian Marang meraikan kunjungan 15 pelajar Madrasah Maaz Nurul Islam dari Kemboja yang terdiri daripada anak yatim ke negeri ini.Kunjungan balas pelajar berkenaan sepanjang lima hari yang berakhir hari ini, bertitik tolak daripada lawatan Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang ke Kemboja, dua tahun lalu.A. Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, berkata pelbagai program dianjurkan bagi meraikan kedatangan pelajar berkenaan di seluruh Dewan Undangan Negeri di Marang oleh pemimpin setempat supaya mereka dapat merasai pengalaman manis dan dihargai sepanjang di daerah itu khasnya dan Terengganu amnya.Antara program yang diatur seperti ramah mesra dan minum pagi bersama pimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong di Pejabat DUN Bukit Payong, dijemput ke Program Tilawah al-Quran di Masjid Tok Dir, kunjungan ke Asrama Anak Yatim Perkaya.Selain itu, mereka juga berkesempatan Solat Maghrib dan Isyak berjamaah, beramah mesra bersama masyarakat Kampung Kelulut serta bersama kepimpinan UMNO DUN Alor Limbat, selain diraikan di majlis makan malam di Restoran Sri Wangsa serta di kediaman Ketua UMNO Bahagian Marang.Katanya, pihaknya memberi layanan yang cukup istimewa kepada anak yatim dari Kemboja ini bagi membalas layanan baik ketika menerima kunjungan beliau suatu masa dahulu, selain mahu merapatkan hubungan silaturahim antara sesama Islam dari dua negara Islam yang berbeza adat budaya mahupun sosio ekonomi.Tambahnya, segala kekurangan dan kesempitan hidup yang dilalui oleh pelajar di Kemboja memberi banyak keinsafan kepada semua hadirin di setiap majlis yang dianjurkan kepada mereka, menerusi perkongsian pengalaman dari mereka  yang menyertai rombongan itu.
28 Oct 16
152
Empty Image
Singgahan Pedagang Buka Penempatan Payang Kayu, Kuala Berang
Biarpun lokasinya kira-kira 60 kilometer jauh dari pusat bandar Kuala Terengganu, ia tidak pernah menghalang hampir 500 warga Kampung Payang Kayu, Kuala Berang untuk saling bantu-membantu menjaga keindahan dan keceriaan desa mereka.Penduduk yang menghuni 117 rumah di kampung tersebut, saling bekerjasama dalam melakukan aktiviti dalam komuniti termasuk gotong-royong menceriakan halaman rumah masing-masing.Penduduk kampung itu bekerja kampung seperti menorah getah, menanam kelapa sawit, termasuk menternak lembu dan  kambing sebagai sumber pendapatan.Menceritakan tentang asal usul kampung itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Payang Kayu, Ramli Omar berkata, daripada apa yang diceritakan secara turun temurun daripada nenek moyangnya, ia bermula dengan kisah pedagang dan pokok Kepayang.“Suatu masa dahulu, terdapat serombongan pedagang dari negeri Johor datang untuk berniaga di sini dan salah seorang daripadanya membawa burung ketitir tetapi terlepas ketika dalam perjalanan itu. Walau bagaimanapun, pedagang terbabit tidak berputus asa menjejaki burung ketitirnya sehinggalah sampai di bawah sepohon kayu Kepayang yang rendang. “Memandangkan hari telah petang, rombongan berkenaan mengambil keputusan bermalam di situ dan keesokannya terperanjat apabila melihat burung yang dicari sedang bertenggek di atas pokok Kepayang tempat mereka berteduh.“Selepas peristiwa itu, ketua rombongan pedagang telah mendapat ilham untuk mendirikan sebuah kampung di kawasan berkenaan dengan menamakan penempatan baru itu sebagai Kampung Payang Kayu dan daripada peristiwa itulah kampung tradisional ini mendapat nama,” ceritanya. Ramli berkata, komitmen dan  semangat permuafakatan penduduk nyata berbaloi apabila Payang Kayu berjaya menjuarai Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung Peringkat Negeri Terengganu 2008/2009.
27 Oct 16
1351
Empty Image
MB Suntik Moral Calon Peperiksaan SMKA Dato' Haji Abbas
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman meluangkan masa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato' Haji Abbas bagi memberi suntikan moral dan motivasi kepada guru serta calon peperiksaan, sempena Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin, di sekolah itu, semalam.Majlis tersebut diadakan khusus untuk peperiksaan Pentafsiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tidak lama lagi.Ahmad Razif dalam ucapannya di majlis itu berkata, sumbangan guru dalam mendidik anak-anak bangsa supaya berjaya dalam kehidupan mereka wajar dihargai.“Sumbangan guru-guru yang telah mendidik anak-anak kita sukar untuk dibalas. Peranan mereka amat penting demi melihat kejayaan anak didik mereka."Mereka bukan hanya mengajar pelajar pada waktu yang ditetapkan tetapi juga kelas-kelas tambahan bagi memastikan matlamat dan hasrat untuk melihat hasil yang baik pada masa depan,” katanya.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.
07 Oct 16
390
Empty Image
Serlah Bakat Luar Biasa Golongan Kurang Upaya - Halina
Pertandingan Bakat Kesenian Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Negeri Terengganu 2016 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, semalam dapat memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik mengetengahkan bakat luar biasa yang ada pada mereka.Yang Dipertua Serikandi, Halina Zakaria berkata, program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) dengan kerjasama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) tersebut merupakan program tahunan yang sering dilakukan sebagai mengiktiraf dan menyanjung golongan itu yang mampu menonjolkan diri dalam masyarakat.Beliau berkata, pertandingan tersebut dianjurkan bertujuan untuk menyerlahkan bakat kesenian golongan itu, selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kelebihan yang ada pada mereka.“Selain itu, pertandingan ini juga dapat mengiktiraf bakat yang dimiliki oleh golongan OKU dan seterusnya menjadi sumber kepada pendapatan mereka.“Ia juga dilihat telah memberi kesan kepada kemajuan golongan OKU terutama dalam menonjolkan bakat kepada orang ramai. Sekiranya bakat kesenian mereka terus digilap dan diketengahkan,  tidak mustahil untuk mereka dikenali dan berjaya dalam bidang ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tersebut di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.Seramai 340 orang terdiri daripada peserta, penyokong dan penyelia serta petugas pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.  Tambahnya, Serikandi akan terus memberi sokongan dalam bidang-bidang yang diceburi oleh OKU termasuk dalam bidang bakat kesenian.“Saya berharap agar bakat kesenian golongan OKU ini akan terus digilap serta diketengahkan menerusi pertandingan sebegini selain dijadikan sebagai tempat bermulanya kelahiran bakat-bakat seni yang bermutu, dikenali, dan dihormati di Malaysia, seterusnya pada peringkat antarabangsa.“Serikandi juga akan terus melaksanakan program yang dapat mempersiapkan golongan OKU ini untuk hidup berdikari dalam kalangan masyarakat. Ia bukanlah peranan yang dimainkan oleh seseorang individu atau sesebuah keluarga sahaja tetapi haruslah dilaksanakan secara kolektif oleh seluruh masyarakat,” katanya.
05 Oct 16
144