Artikel "Komuniti" Terkini
500 Pelajar Miskin Daerah Besut Terima Sumbangan Pakaian Sekolah
Kesediaan syarikat korporat yang tampil membantu golongan miskin di daerah Besut melegakan ibu bapa kerana dapat menjimatkan perbelanjaan anak ke sekolah apabila penggal persekolahan dibuka awal tahun hadapan.Ini kerana mereka mendapat peralatan termasuk alat tulis, beg, pakaian seperti seluar, kasut dan baju sekolah.Bukan itu sahaja, pelajar terpilih turut menerima sumbangan wang tunai RM100 seorang.Seramai 500 pelajar miskin terbabit menerima sumbangan berkenaan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut Gong Kemuntong, Jertih, semalam.Program anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Besut itu turut disokong sembilan syarikat korporat bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan.
17 Dec 16
207
Jiran Prihatin- Bazlan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman mahu setiap jiran mengambil cakna jiran masing-masing dalam usaha untuk menghindarkan kegiatan tidak sihat di setiap komuniti.Bazlan berkata, sikap mengambil tahu apa yang berlaku kepada jiran boleh melahirkan generasi terbaik terutamanya kepada anak-anak remaja."Kawal anak-anak kita, bersama-sama kita menjaga termasuklah anak-anak jiran, tegur- menegur antara satu sama lain."Jiran pula jangan marah jika ada orang tegur anak kita. Insya-Allah kita dapat melahirkan generasi terbaik," katanya ketika berucap di majlis perasmian Program Berkhatan Beramai-ramai Dun Batu Rakit di Kampung Wakaf Cagak, Batu Rakit, semalam.Menurut Bazlan, program berkhatan beramai-ramai itu adalah satu contoh kerjasama yang baik antara penduduk dan kerajaan kerana masing-masing berperanan untuk menjayakan program itu.Pejabat DUN Batu Rakit turut membiayai sebanyak RM50 seorang kepada program itu untuk kos berkhatan selain sumbangan penganjur.Sementara itu, program anjuran Komuniti 1Malaysia Wakaf Cagak dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Batu Rakit dan Bomba itu disertai 37 kanak-kanak dan enam orang mudim.
17 Dec 16
231
Hafiz Jadi Hero Majlis Khatan Beramai-Ramai
Seorang kanak-kanak yang menjadi peserta pertama berkhatan beramai-ramai anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu, boleh digelar sebagai `hero’ dan contoh terbaik kepada rakan sebaya lain, apabila hanya menunjukkan muka bersahaja serta langsung tidak menangis ketika dikhatankan petugas perubatan.Ahmad Hafiz Danish Mohd Sharifudin, 10, dari Lorong Haji Da, Batu Buruk, yang ditemani ibunya, Hirza Aziz, 34, berkata dia sangat teruja menyertai acara itu bersama rakan-rakan yang lain, malah sudah nekad untuk tidak menangis sepanjang proses berkhatan itu.“Hanya rasa sakit sedikit sahaja. Saya boleh menahan rasa sakit itu dan malulah kalau menangis depan orang ramai,”kata anak sulung daripada dua beradik itu.Ibunya, Hirza pula bersyukur kerana Ahmad Hafiz selesai menjalani acara itu dan berjaya membuktikan kata-katanya sebelum itu untuk tidak menangis.“Dia diumumkan sebagai pemegang nombor giliran yang pertama, berupaya menjadi contoh kepada rakan dan peserta lain, supaya lebih kuat serta tidak menangis sepanjang majlis berkhatan itu. Syukur semua selamat dan kini anak saya sudah melalui fasa baru melalui alam dewasa dan berjaya melaksanakan perkara wajib dalam Islam ini,”katanya kepada Teganukita. Hafiz antara 200 peserta berkhatan beramai-ramai yang terpilih dari keluarga berpendapatan rendah di sekitar Kuala Terengganu diraikan sempena majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu.Program dirasmikan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi, di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Sementara itu, bagi Nik Mohd Farhan Nik Mohd Fazli, 10, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, pula dia sangat teruja untuk menyertai acara itu sejak tahun lalu, bagaimanapun tahun ini baru berpeluang menyertainya selepas dimaklumkan oleh bapanya, Nik Mohd Fazli Mat Yusof, 45, seminggu lalu.“Saya gembira sebab dapat sertai acara ini secara percuma. Dapat kurangkan bebanan ayah yang kerja buruh kasar.“Pada mulanya saya agak takut, tetapi sekejap sahaja rasa sakit itu semakin hilang. Lagipun ayah saya setia menemani sepanjang proses ini diadakan,”katanya.Bagi Mohd Haikal Harraz Anuar, 10, dari SK Durian Burung, pula dia bertuah kerana terpilih menyertai acara itu bersama rakan yang lain dan debaran berakhir apabila selamat dikhatan pegawai perubatan.“Abah dan ummi saya sentiasa memberi kata-kata semangat supaya tidak gentar. Sekarang saya sudah selamat menjalani perkara wajib sebagai lelaki dalam Islam. Alhamdulillah,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu lagi.
13 Dec 16
309
100 Kanak-Kanak Teruja Dirai Di Majlis Berkhatan DUN Bukit Payong
Seramai 100 kanak -kanak teruja menyertai program berkhatan beramai- ramai anjuran Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri Bukit Payong di Perkarangan Pasar Kedai Buloh, Bukit Payong, Marang, kelmarin.Program tersebut menjadi aktiviti tahunan setiap kali tiba musim cuti persekolahan yang bertujuan meringankan beban ibu bapa masing-masing, selain peserta turut menerima sumbangan RM20 sebagai duit poket.Hadir merasmikan program Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyakarat Negeri, Roslee Daud.Peserta berkhatan berkenaan diarak bermula dari Masjid Surau Panjang menuju ke perkarangan Pasar Kedai Buloh dengan diserikan bunyi paluan kompang oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Tok Dir.Kemudian mereka dimandikan menggunakan semburan air dari jentera Bomba oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang sebelum menjalani proses berkhatan.
13 Dec 16
545
JKKK Kg Alur Tuman Rintis Kem Bestari Solat Geng Surau Di Kalangan Kanak-Kanak
Menyedari pentingnya menjaga kesempurnaan dalam solat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Alur Tuman menganjurkan Kem Bestari Solat Geng Surau di Surau Hujung Da, Alur Tuman, Marang.Program selama tiga hari, berakhir semalam, disertai 31 kanak-kanak-kanak berumur tujuh hingga 14 tahun.Program dirasmikan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang Dato Nik Dir Nik Wan Ku.Pengerusi J3K Kampung Alur Tuman, Khasperi Muda berkata, pelbagai pengisian program dianjurkan antaranya, membetulkaan bacaan dalam solat, pembelajaran mengenai tertib solat dan adab ketika berada dalam masjid serta surau.Katanya, aktiviti sampingan pula seperti qiamullail, cara berwuduk, pertandingan azan, gotong -royong membersih kubur, bacaan Surah Yasin, tahlil serta tazkirah dan ceramah agama.“Kerjasama daripada masyarakat setempat sangat baik dan ini memudahkan perjalanan aktiviti-aktiviti yang mampu memberi manfaat dalam meningkatkan pengetahuan dalam ibadat yang menjadi tuntutan utama sebagai umat Islam. “Program dianjurkan ini adalah siri kedua, malah kita bercadang akan menjadikan sebagai acara tahunan,” katanya..
12 Dec 16
306
Sukan Bermandi Lumpur DUN Jabi Meriah
Suasana meriah dan riuh-rendah mewarnai Kampung Lubuk Paku, Jabi, Besut, sempena Program Sukan Rakyat D' Baroh Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi Parlimen Setiu, semalam.Lebih 2,000 penduduk sekitar termasuk peserta menjayakan program yang pertama kali diadakan dengan pengisian acara seperti menangkap ikan, pukul bantal, bola baling, bola jaring, lumba kubota dan tangkap itik di petak tanaman padi yang dipenuhi air dan berlumpur.Program bertujuan mendekatkan generasi muda dengan sukan tradisional dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk.Pengerusi penganjur, Mohd Fahami Zakaria berkata, program anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kerandang dan Kampung Tempinis itu pertama kali diadakan dan sambutannya amat mengalakkan."Lebih 2,000 hadir termasuk 300 peserta sukan. Program yang bertemakan menghayati kehidupan desa ini menampilkan 14 acara sukan dan penyertaan daripada penduduk dari enam buah kampung amat mengalakkan."Kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan sekiranya mendapat persetujuan pemimpin atasan kerana ia banyak membantu ke arah perpaduan dan merapatkan hubungan di kalangan penduduk sekitar, selain mengekalkan sukan tradisi di kalangan generasi muda, "katanya.
11 Dec 16
376
UMNO Kuala Terengganu Ringankan Beban Keluarga Kurang Berkemampuan
Lebih 200 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan di sekitar Kuala Terengganu diraikan sempena majlis berkhatan beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Terengganu, hari ini.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi, berkata pihaknya akan memastikan pada masa- masa akan datang, acara tahunan itu dapat diperluaskan supaya golongan sasar terutama keluarga yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah dari 109 cawangan seluruh parlimen berkenaan diberi keutamaan."Kita akan meneruskan program tradisi ini pada tahun seterusnya dengan mengenalpasti kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan supaya dapat meringankan bebanan keluarga masing-masing."Jika pada tahun lalu lebih 100 peserta terlibat. Tahun ini bilangan peserta meningkat kepada 200 orang," katanya.Beliau yang juga Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan simbolik majlis anjuran Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu dengan memandikan peserta dengan pancutan air dari jentera bomba.Turut hadir, Pegawai Pembangunan Kuala Terengganu, Rozalina Mokhtar dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Ruslee Bidi.Sabri berkata, pihaknya memperuntukkan RM20,000 bagi menjayakan program yang melibatkan peserta berusia 10 hingga 12 tahun itu yang berlangsung dua hari itu.Tambahnya, bukan sahaja program berkhatan, pihaknya juga memanfaatkan musim cuti persekolahan untuk memberi bantuan tidak formal seperti menganjurkan aktiviti menggunting rambut secara percuma.Dalam pada itu, UMNO Kuala Terengganu berterima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Bomba, Rela dan semua kepimpinan parti di Parlimen itu.
10 Dec 16
302
Tiga Beradik Kembar Berkhatan Serentak
Tiga beradik kembar mendapat perhatian umum apabila mereka menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu, Tok Dor, Besut, hari ini.Ketiga-tiga mereka, Mohd Zikrulah Shihan, 9, Amirullah dan Nasrullah, dari Kampung Kelubi Putih, Jabi, walaupun masih kecil tetapi sepakat untuk berkhatan lebih awal kerana seronok melihat rakan lain turut menyertai program berkenaan. Kembar tiga itu antara 150 peserta yang menyertai Majlis Berkhatan dan Bertindik anjuran Pejabat Penyelaras DUN Jabi,sempena cuti persekolahan tahun ini.Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Ketika ditemui, tiga beradik berkenaan melahirkan rasa gembira kerana turut terpilih menyertai majlis berkhatan secara beramai-ramai.Mohd Zikrulah berkata mereka sepakat untuk menyertai majlis itu kerana seronok melihat rakan-rakan lain yang turut berbuat demikianKatanya, walaupun sebahagian besar rakan lain ramai yang lebih tua tetapi mereka juga ingin membuktikan tidak takut untuk berkhatan“Hari ini kami gembira kerana dapat melakukan upacara berkhatan beramai-ramai dan penuh semangat,” KatanyaIbunya, Rosilawati Abd Rahman. 40, berkata, beliau hanya mengikut kehendak tiga beradik berkenaan yang ingin menyertai majlis berkhatan terbabit.“Saya amat gembira kerana ia pilihan anak-anak dan tidak takut untuk menyertai berkhatan,” Katanya.
08 Dec 16
336
Tahap Rasa Selamat Penduduk Terengganu 95.3 Peratus
Kajian terbaharu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mendapati tahap rasa selamat di kalangan penduduk di Terengganu antara yang tertinggi berbanding negeri lain, iaitu pada paras 95.3 peratus.Pengarah JPNIN Terengganu, Dato’ Gandesan Lecthumanan, berkata peratusan itu menjadikan negeri ini tersenarai dalam kelompok tertinggi berbanding negeri maju lain di seluruh Malaysia."Pihak kami mendapatkan maklum balas daripada hampir 26,033 responden di seluruh negeri hasil kaji selidik yang dijalankan melalui peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri ini. Kajian sebegini dilakukan dua kali setahun."Kita melihat perbezaan politik di negeri yang majoriti bangsa Melayu tidak menjejaskan rasa tenang dan selamat malah penyertaan kelompok masyarakat tanpa mengira fahaman itu dalam KRT dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) banyak membantu termasuk menjaga keharmonian dan mencegah jenayah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Budi Dijunjung Martabat Dijulang, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi..Hadir merasmikan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud .Katanya, sejumlah 401 KRT sudah ditubuhkan sehingga kini dengan sejumlah 352 SRS dan daerah Kuala Terengganu mencatat jumlah tertinggi iaitu 103 KRT dan 113 SRS.“Pihak kami menyasarkan jumlah KRT dapat ditingkatkan kepada 450 pada tahun depan di samping tumpuan turut diberikan untuk menarik penglibatan golongan muda untuk berperanan lebih besar dalam KRT dan SRS,” katanya.
05 Dec 16
91
JaPen Terengganu Anjur Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia Khamis Ini
Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JaPen Terengganu) akan menganjurkan Sepakat Komuniti 1Malaysia (K1M) di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu selama dua hari bermula Khamis ini.Pengarah JaPen Terengganu, Nasrudin H. Mahmud berkata, pelbagai acara menarik disediakan sepanjang karnival berlangsung temasuk ceramah perdana hal ehwal Islam, pertandingan mewarna dan pameran jabatan serta agensi kerajaan.Katanya, selain itu turut diadakan taklimat bajet negeri Terengganu 2017 pada 9 November bermula 9 pagi di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu.“Orang ramai juga berpeluang melihat dan membeli barangan yang dihasilkan oleh ahli K1M seperti makanan ringan dan hasil kraftangan selain menyertai cabutan bertuah untuk mereka yang hadir pada majlis itu.“Penganjuran Karnival K1M bertujuan menjalin hubungan dan kerjasama antara K1M di negeri ini selain menggalakkan keterlibatan ahli K1M dalam mengurus program secara bersama,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Nasrudin berkata, karnival yang membabitkan pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta itu diharap mampu mendekatkan masyarakat setempat dengan pihak kerajaan selain dapat memberi perkhidmatan terus kepada rakyat.Katanya, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari dijangka akan merasmikan karnival itu pada 9 November 2016.“Sehubungan itu, masyarakat di daerah Hulu Terengganu terutama di sekitar tapak karnival dijemput hadir bagi memeriahkan karnival K1M selain berpeluang mendapat maklumat tepat mengenai agensi yang mengambil bahagian pada karnival itu,” ujarnya.
05 Dec 16
39