lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Tahun Baru Cina Lebih Bermakna Untuk 20 Penduduk Tionghua Batu Rakit
Sambutan Tahun baru Cina tidak lama lagi semakin bermakna kepada 20 penduduk Tionghua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit apabila menerima baucer dana Tahun Baharu Cina di Batu Rakit, semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, setiap penerima mendapat RM400 dan RM200 setiap seorang."Tahniah kepada semua penerima, semoga pemberian dana ini dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina nanti," katanya.Bazlan berkata, kaum Cina di Batu Rakit semakin berkurang berbanding masa lalu kerana kebanyakan anak-anak mereka tidak lagi tinggal di kampung dan mengambil keputusan berhijrah untuk bekerja di luar selepas ibu bapa mereka meninggal dunia."Kini ada kira-kira 20 keluarga sahaja yang tinggal di DUN ini, bagaimanapun kami sentiasa menjaga kebajikan mereka. Saya juga berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan pelbagai bantuan untuk penduduk di DUN ini tanpa mengira bangsa dan latar belakang," katanya
25 Jan 17
41
Empty Image
RM185,900 Dana Tahun Baru Cina DUN Pengkalan Berangan
Seramai 521 penerima Dana Tahun Baru Cina melibatkan kos RM185,900, menerima baucer dana itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, Marang, kelmarin.Daripada jumlah itu, seramai 139 penerima untuk kategori warga emas yang melibatkan RM41,700, 17 Orang kurang Upaya (OKU) (RM5,100), 53 duda dan ibu tunggal (RM18,900) dan 312 golongan berpendapatan rendah (RM120,200).Adun Pengkalan Berangan, A.Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri menyampaikan bantuan itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Hwa, Wakaf Tapai. Add captionA. Latiff berharap bantuan itu dapat digunakan sebaik mungkin dan menambah keceriaan kepada penerima sempena sambutan perayaan itu, tidak lama lagi. Seramai 849 penerima dana itu di seluruh Marang melibatkan DUN Alur Limbat (313) dan Bukit Payung (15 orang).
24 Jan 17
34
Empty Image
Mangsa Kebakaran Dapat Perhatian Pemimpin
Nasib tujuh beranak apabila rumah yang mereka diami di Kampung Temala, Marang hangus dalam kebakaran semalam, mendapat perhatian Adun Pengkalan Berangan A.Latiff Awang.A.Latiff yang melawat keluarga mangsa turut menyampaikan bantuan peribadi  kepada Sauji Abdul Rashid, sebagai tanda prihatin dengan musibah yang berlaku.Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat siasatan kerugian mangsa supaya bantuan dapat disalurkan kepada Sauji yang tinggal bersama isteri dan lima anaknya.A.Latiff yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Marang melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kebakaran yang disebabkan litar pintas itu.
16 Jan 17
71
Empty Image
Polis, MCPF Ringankan Beban Mangsa Banjir
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Terengganu memperuntukkan RM31,000 untuk disalurkan kepada dua mangsa bencana banjir di Parlimen Marang, baru-baru ini. Penerima sumbangan dari keluarga kurang berkemampuan itu, masing-masing Ruzi Wan Abdullah dan Juhan Johari dari Merchang, Marang .Ruzi menerima bantuan RM20,000 untuk membaik pulih bekalan air paip dan membaiki jalan ke rumahnya, sementara Juhan pula menerima bantuan membaik pulih rumah dengan peruntukan sebanyak RM11,000.Pengerusi MCPF Negeri, A.Latiff Awang berharap penerima sumbangan itu dapat memanfaatkan bantuan dengan sebaik mungkin dan menjalani kehidupan lebih selesa bersama keluarga masing-masing selepas diuji dengan musibah banjir, baru-baru ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan berkata, pemilihan penerima sumbangan itu diputuskan oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri, selaku penaja utama program sosial itu."Kita berterima kasih kepada polis dan MCPF negeri kerana prihatin dan bersedia menghulurkan tangan membantu meringankan beban mangsa serta keluarga selepas bebrapa bahagian struktur rumah rosak akibat ditenggelami banjir baru-baru ini," katanya.  Beliau berkata demikian selepas merasmikan program sumbangan pasca banjir MCPF Terengganu.katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga di Mukim Merchang, Marang, kelmarin.Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Idris Abdullah dan Pengarah Penjara Marang, Penolong Komisioner Mohamad Ismail.Latif berkata, selain membuat saluran bekalan air bersih, pihaknya bersama PDRM dengan bantuan PGA juga turut membaiki sebuah rumah dengan kos sebanyak RM11,000. Katanya, selain memperuntukkan wang bagi membaiki rumah itu, pihak polis bersama PGA akan menggunakan kepakaran mereka membaiki rumah berkenaan. "Kerjasama daripada pelbagai ini, pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak polis, masyarakat dan beberapa lagi agensi yang terbabit, termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Jabatan Perpaduan Negara, Integrasi dan Nasional (JPNIN) dan Jabatan Penjara," katanya.Tambah beliau lagi, selain mengadakan program khidmat masyarakat, pihaknya juga akan meneruskan lagi kerjasama bersama pihak terbabit di masa hadapan dengan memperbanyakkan lagi program keselamatan negara, gotong-royong, program khidmat masyarakat, program pendidikan dan penerangan berkenaan jenayah dan keselamatan.
15 Jan 17
31
Empty Image
Perkeso Bayar Faedah RM5.9 Juta Sepanjang 2016
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu membayar faedah berjumlah RM5.9 juta dengan membabitkan 1,177 kes sepanjang 2016 di seluruh Terengganu.Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, daripada jumlah itu, faedah hilang upaya kekal (HUK) mencatatkan pembayaran tertinggi dengan RM2.75 juta diikuti hilang upaya sementara (HUS) sebanyak RM1.2 juta manakala RM1.12 juta bagi pencen penakat.Katanya, faedah lain seperti faedah orang tanggungan (FOT) pula membabitkan bayaran sebanyak RM129,487, faedah pengurusan mayat (FPM) (RM370,000), pencen ilat (RM217,104), bayaran ganti belanja RM121,241), elaun jemaah doktor (RM52,160) dan `return to work' (RM3,600)."Menjadi kewajipan kepada semua majikan-majikan di Terengganu ini untuk mendaftar dan mencarum dengan pihak Perkeso kerana caruman ini amat penting buat pencarum biarpun sedikit nilainya."Sehingga ke hari ini kita memiliki seramai 23,562 majikan berdaftar di Terengganu dengan 14,963 daripadanya di bandar raya ini di samping Dungun (3,752 orang) dan Kemaman (5,027 orang)," katanya.Beliau menyatakan demikian selepas penyampaian sumbangan pencen kepada isteri anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd. Syawal Mohd. Yusof, 35, yang meninggal dunia ketika menyertai misi mencari dan menyelamat pemancing hilang di kawasan Hutan Simpan Sungai Lut, Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu, 3 Disember tahun lalu.Sumbangan itu disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang ketika melawat rumah mangsa di Kampung Mia, Tanjung Putat semalam.Anisha Jusoh@Jaafar, 34, menerima pencen berjumlah RM650 sebulan sepanjang hayat di samping faedah pengurusan mayat sebanyak RM1,500 berikutan kematian suaminya.Menurut Nora, sehingga kini terdapat seramai 106,689 pekerja aktif didaftarkan di Terengganu.
14 Jan 17
45
Empty Image
200 Pelajar Marang Terima Zakat Tabung Haji
Seramai 200 pelajar dari keluarga miskin menerima sumbangan zakat berjumlah RM40,000 daripada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang, berkata pihaknya berharap semua penerima bantuan zakat TH itu dapat memanfaatkan bantuan sebaik mungkin untuk membuat persiapan persekolahan sesi 2017 yang akan bermula minggu depan."Terima kasih kepada Tabung Haji kerana memilih Marang untuk menerima bantuan zakat ini kepada pelajar yang sangat memerlukan, sekali gus mampu meringankan bebanan keluarga masing-masing."Program yang menjadi satu tanggungjawab sosial korporat TH sangat bermakna kepada golongan miskin dan memerlukan pada musim-musim ibu bapa menyiapkan persiapan menjelang sesi persekolahan baru ini,"katanya. A. Latiff yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyampaian zakat berkenaan, di Dewan Sivik Binjai Rendah, Marang.Turut hadir, Pengarah Tabung Haji Negeri Terengganu, Dato Mohyen Mosman dan pemimpin setempat. Katanya, Marang cukup bertuah, kerana hanya parlimen itu satu-satunya terpilih menerima bantuan julung kali itu dari Tabung Haji.
28 Dec 16
280
Empty Image
Nisan Kerek Batangan Tersohor
Nisan kerek Manis Sokmo Enterprise yang dihasilkan di Kampung Batangan, Marang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Usaha tanpa mengenal erti putus asa. Itulah resepi utama kejayaan pengusaha manisan kampung atau nisan kerek Manis Sokmo Enterprise, Suri Abdul Ghani dari Kampung Batangan, Marang.Perusahaannya yang bermula sejak 2004 itu secara kecil-kecilan sebelum berkembang maju dan dikenali di serata negeri berkat sokongan dan usaha bersama keluarga.SuriSuri berkata, bantuan dan inisiatif yang disediakan kerajaan banyak membantunya untuk mengembangkan perusahaan produk makanan itu.“Saya bermula dengan bangsal kecil pada 2004. Namun selepas saya menyertai Amanah Ikhtiar Malaysia, banyak ilmu yang saya perolehi terutama untuk menjadi seorang usahawan berjaya.“Dari situlah saya tahu cara untuk membesarkan perniagaan. Kursus-kursus yang dianjurkan banyak mengajar saya untuk mencari bahan mentah, membuat pembungkusan, mencari pasaran luar dan banyak lagi,” katanya kepada Teganukita.Tambahnya, diawal penglibatannya dalam perusahaan manisan itu, beliau turut memohon bantuan perniagaan daripada Jabatan Pertanian Malaysia.“Pada masa itu, kebetulan Jabatan Pertanian ada menyediakan peruntukan kepada usahawan. Berkat kesungguhan, saya dapat peruntukan tersebut dan digunakan untuk membaiki bengkel serta membeli mesin bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti manisan kampung ini,” katanya.Menceritakan pengalamannya, Suri berkata produknya kini mulai dikenali apabila boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar sekitar Terengganu.Selain nisan kerek, produk keluarannya yang lain adalah manisan ori, dodol daun palas dan gula-gula kelapa.Suri berkata, pada awalnya produk-produknya hanya dibekalkan di pasar sekitar Marang sahaja namun apabila permintaan makin meningkat, ia mula memasuki pasaraya-pasaraya.“Sekarang ini produk-produk saya boleh didapati di Pasaraya Mydin, Sabasun, Nirwana, Tunas Manja, Hock Kee Seng, Tree Leaf dan sebagainya disebabkan saya dah dapat apa yang dikehendaki untuk masuk ke dalam pasaran,” katanya. Dalam pada itu, Suri berkata, dia turut menghasilkan nisan kerek asli yang diperbuat daripada 100 peratus air nira.“Untuk nisan kerek, kita ada empat kategori. Pertama 100 peratus asli, kedua kita ada ori iaitu campuran air gula 10 peratus, ketiga (50 peratus gula) dan yang paling murah dan senang didapati adalah 90 peratus gula.“Yang paling istimewa adalah asli 100 peratus kerana ianya sukar diperolehi di mana-mana tempat. Kebiasaannya, ianya dibuat berdasarkan tempahan sahaja dan kita buat dalam kuantiti sedikit kerana harganya lebih mahal,” katanya
23 Dec 16
1732
Empty Image
Penduduk Kampung Sambut Baik Penganjuran Batangan Jamboree 2016
Petugas membersihkan kawasan sebagai persiapan penmganjuran program Batangan Jamboree 2016, Sabtu ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailPenduduk Kampung Batangan, Marang, menyambut baik usaha kerajaan dan penganjur program Batangan Jamboree 2016 (BJ16), Sabtu ini kerana mampu memperkenalkan kampung mereka kepada masyarakat dalam dan luar negara, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk setempat.Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Batangan, Wahid Mat Dahan, amat teruja dan gembira apabila kerajaan negeri melalui Sekretariat Beautiful Terengganu memilih kampung tersebut sebagai lokasi utama program yang dijangka akan menarik kira-kira 2,000 peserta dan pengunjung dari dalam dan juga luar negara.Katanya, program yang pertama kali diperkenalkan di Terengganu itu secara tidak langsung dapat mempromosikan tarikan serta produk kampung secara meluas.Wahid Mat Dahan“Kampung Batangan terkenal dengan produk manisan seperti dodol daun palas, manisan kampung dan gula-gula kelapa yang dihasilkan oleh penduduk kawasan ini.“Dengan adanya program sebegini, ianya dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat,”katanya yang ditemui Teganukita, hari ini.Tambahnya, persiapan bagi menjayakan program itu sedang giat diatur dan berkeyakinan acara itu akan berjalan lancar serta mendapat sambutan baik.Menurutnya, sehingga kini, persiapan tempat sudah siap hampir 80 peratus termasuk menyediakan tiga tapak parkir untuk pengunjung.“Saya berharap program ini akan berjalan lancar dan bakal menjadi perangsang untuk menganjurkan program yang sama pada tahun hadapan,” katanya.Bagi Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman pula menyifatkan BJ16 yang julung kalinya diadakan itu adalah satu penghargaan bagi golongan belia setempat termasuk di Marang, apabila daerah itu dipilih untuk penganjuran  program itu.Amirullah Othman“Saya kira ini adalah satu penghormatan kepada kami selaku belia di Marang yang juga merupakan peserta dalam program apabila Kampung Batangan dipilih sebagai venue utama BJ16 ini.“Ianya secara tidak langsung dapat menaikkan nama Batangan itu sendiri  dan menjadi lokasi pilihan terbaik untuk penganjuran sukan lasak serta ekstrim di persada antarabangsa apabila terdapat peserta dari luar negara di kejohanan ini nanti,” katanya.
21 Dec 16
53
Empty Image
Gunting Rambut Percuma Di Bangunan UMNO Gong Kapas Sabtu Ini
Sempena sesi persekolahan baru yang bakal bermula tidak lama lagi, UMNO Bahagian Kuala Terengganu mengambil inisiatif memberi peluang ibu bapa yang mempunyai anak lelaki berusia antara tujuh hingga 12 tahun di sekitar Kuala Terengganu menyertai program gunting rambut beramai-ramai secara percuma, Sabtu ini.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, program bermula jam 9 pagi di Bangunan UMNO Kuala Terengganu, Gong Kapas itu merupakan aktiviti tahunan pihaknya sebagai persiapan akhir sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan.“Program itu walaupun kecil bagi mereka yang berkemampuan, sebenarnya cukup bermakna kepada golongan berpendapatan rendah, apatah lagi jika  mempunyai anak lelaki yang ramai dan masih bersekolah."Anak  yang bakal memulakan persekolahan tidak lama lagi pastinya memerlukan perbelanjaan besar bagi menyediakan pelbagai keperluan sekolah. Jadi, program secara percuma ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan mereka,”katanya.Sabri berkata, sambutan yang diterima setakat ini amat memberangsangkan dan pihaknya mempelawa lebih ramai  ibu bapa memanfaatkan aktiviti itu. 
21 Dec 16
541
Empty Image
Kisah Kucing Ibu Tunggal Jadi Viral
“Saya menerima puluhan panggilan  dari pecinta kucing  dan tidak ketinggalan menerima kunjungan orang ramai yang berhajat mahu menderma makanan kucing, sejak kisah kucing saya mendapat liputan meluas di pelbagai saluran media.   “Panggilan yang diterima bukan saja peminat kucing dari Terengganu malah dari Singapura, masing-masing melahirkan rasa prihatin tentang nasib kucing belaan saya,”seorang ibu tunggal, Roslena Mohammed, 52.   Roslina yang juga bekas guru Kelas al-Quran & Fadhu Ain (KAFA) yang memiliki 40 ekor kucing di rumahnya di Kampung Gong Gemia, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.   Dalam laporan media hari ini, Roslena menyatakan, dia menyayangi semua kucing yang dipeliharanya tidak ubah seperti anak sendiri dan kerana itu berasa bertanggungjawab memastikan haiwan terbabit cukup makan selain memperoleh rawatan sewajarnya sekiranya sakit.   “Saya tak kisah dengan cakap-cakap orang sekeliling kerana sikap saya terlalu mementingkan kucing berbanding keperluan diri sendiri. Paling penting semua kucing cukup makanan dan sihat.   “Mulanya hanya seekor kucing terbiar yang dipelihara namun semakin lama ia membiak dan bertambah selain kucing terbiar lain turut menumpang teduh di rumah kerana saya sentiasa menyediakan makanan untuk kucing terbiar di luar rumah,” katanya.   Roslena memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan bagi memastikan keperluan kucing yang dipelihara itu dipenuhi termasuk makanan, ubat-ubatan dan pasir najis.   Menurut Roslena ketika dihubungi Teganukita berkata , terima kasih di atas keprihatinan pelbagai pihak, termasuk Pengawai Penyelaras DUN Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi yang tidak keberatan singgah ke rumahnya untuk bertanya khabar.   “Hasil sumbangan diperoleh ini pasti melegakan saya, di mana tidak perlu lagi memikirkan keperluan kucing, terutama berkaitan makanan dan pasir dalam singkat ini.   “Saya berharap, perkara seumpama ini berkekalan dan apa yang dibelanjakan RM80 sehari untuk keperluan itu, boleh digunakan kepada perkara lain,”katanya.            
19 Dec 16
75