lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Pesakit Kronik Terima Sumbangan Baiki Rumah RM11,000
Penderitaan seorang lelaki yang menghidapi penyakit ketumbuhan di kepala sejak 15 tahun lalu mendapat pembelaan apabila dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, untuk menyampaikan sumbangan bagi membaik pulih rumahnya yang kian uzur.A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, melawat pesakit kronik berkenaan Azuan Ahmad, di rumahnya, di Kampung Kijing,  Marang, semalam.Beliau menyampaikan bantuan berjumlah RM11,000 dan sumbangan peribadi serta akan memohon dari Tabung Darul Iman untuk menampung kos pembedahan Azuan yang dianggarkan menelan belanja RM65,000.Bapa kepada lima anak termasuk dua orang kurang upaya (OKU), masing-masing Mohd Safuan, 13, Mohd Sazuan Firdaus 10, Nurul Syahida Aliya 7, Mohd Hafiz Hazid,3, dan Mohd Hafiziad berusia 7 bulan itu,  merasa sangat lega dan bersyukur dengan keprihatinan kerajaan terhadap nasibnya itu.Menurut kakak iparnya, Norfaezah Mohd, Azuan terpaksa mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan yang dialami."Doktor yang merawat Azuan dari Hospital Universiti Sains Kubang Kerian akan membuat rawatan imbasan terlebih dahulu untuk menilai tahap akar yang telah tumbuh dalam otaknya sebelum membuat pembedahan."Besi yang berharga RM10,000akan dimasukkan kedalam kepala Azuan,"katanya.Katanya lagi, kos rawatan dan berulang alik dibantu oleh keluarga terdekat berikutan Azuan hanya bekerja sebagai buruh sahaja sebelum ini dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
26 Feb 17
71
Empty Image
Panel Penasihat Klinik, Bakal Jadi Rujukan Masyarakat Setempat
Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang bakal menjadi penghubung erat antara Pusat Kesihatan dan masyarakat sekitar Kuala Berang.Perhubungan dua hala itu sangat penting bagi menyalurkan maklumat kesihatan yang tepat kepada masyarakat dan peranan ini perlu diinstitusikan bagi kepentingan bersama.Pengerusinya, Amran Ahmad berkata  taraf kesihatan yang baik, segala objektif pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik dan fokus menjadikan daerah itu maju di masa akan datang dapat dicapai dengan jaya.“Sekiranya mutu kesihatan dipandang remeh oleh masyarakat, negeri ini akan jauh ketinggalan kerana masyarakatnya tidak sihat,"Bagi mengelakkannya, tanggungjawab diletakkan di bahu panel penasihat kesihatan sebagai penghubung Jabatan Kesihatan Negeri, Kerajaan Negeri dan juga masyarakat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika Program Ramah Mesra Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang Bersama Pengunjung Klinik di Kuala Berang hari ini.Turut hadir, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Terengganu, Dato' Dr Anwa Sulaiman, Pakar Perunding Perubatan Keluarga KK Kuala Berang, Dr Kamilah Mohamed bersama ahli-ahli panel penasihat KK Kuala Berang (wakil masyarakat & wakil klinik).Kata Amran,program itu akan diadakan secara berterusan bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli penasihat, pesakit dan anggota klinik."Antara aktiviti yang kita buat ialah adakan sesi beramah mesra bersama pengunjung dan mengagihkan minum pagi kepada pengunjung seawal  pukul lapan pagi, " Sesi ini juga membuka ruang kepada pengunjung klinik menyampaikan cadangan penambahbaikan dijalankan bagi meningkatkan kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan di klinik selain keselesaan pelanggan."katanya lagi.Beliau berkata rata- rata pesakit dan pengunjung klinik memberikan reaksi positif program tersebut."Insha Allah,pihak kami akan teruskan program seperti ini sebagai rutin bulanan panel dalam usaha mendekatkan diri sebagai penghubung masyarakat yang terbaik di sini."ujarnya.
15 Feb 17
479
Empty Image
Program Combi Bakal Diperluas Ke Seluruh Kampung Di Hulu Terengganu
Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) di bawah Kementerian Kesihatan akan dilaksanakan di semua kampung di daerah Hulu Terengganu dalam masa terdekat.Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu,Dr. Noriah Mahmud berkata, langkah itu mampu memberi kesedaran terbaik mencegah wabak denggi di kalangan penduduk."Combi boleh dilaksanakan dengan kerjasama J3k di setiap kampung bagi memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes dapat di hapuskan melalui gotong royong."Kesedaran menjaga kebersihan tempat tinggal merupakan perkara asas bagi memastikan kawasan berisiko tinggi pembiakkan nyamuk aedes dapat dihapuskan secara berkesan, "kata Noriah.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Gotong Royong Bebas Aedes Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Perkarangan Masjid Kampung Telemong , Hulu Terengganu, hari iniMajlis tersebut di rasmikan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu,Azmi Razik.Sebanyak 16 agensi yang terlibat antaranya ialah Kolej Kejuruwatan,Majlis Daerah Hulu Terengganu,Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu,Jabatan Kerja Raya,Pejabat Kesihatan dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah.Kata Noriah lagi,bagi menangani kes demam denggi, penduduk tidak perlu mengadakan gotong-royong setiap masa tetapi setiap penghuni perlu memeriksa tempat berisi air bertakung dalam atau luar rumah."Kita akan buat secara berterusan program Combi ini selama tiga minggu berturut-turut di dua zon lagi iaitu Ajil dan Kuala Berang bagi menjayakan misi ini,"Untuk hari ini sebanyak 17 buah kampung yang terlibat dengan banjir di zon Telemong,kita laksanakan gotong- royong secara besar-besaran dengan bantuan jabatan dan penduduk sekitar."katanya.Sementara itu,Azmi Razik berkata, peningkatan jumlah boleh didorong oleh sikap masyarakat yang mengabaikan faktor kebersihan dan mengambil mudah tempat-tempat pembiakan aedes.“Masyarakat tidak hanya boleh mengharapkan kepada pihak kerajaan sahaja untuk membendung masalah denggi ini, sebaliknya perlu ada kesedaran dalam diri mereka."Kerajaan boleh berusaha untuk bersihkannya tetapi kerjasama daripada rakyat perlu ada, barulah masalah ini dapat diselesaikan,”  katanya lagi.Setakat Februari 2017 tiada kes dilaporkan berbanding 60 kes dalam tempoh sama tahun lalu dan 58 kes di laporkan di daerah Hulu Terengganu bermula Januari tahun 2015 dengan satu kematian di bulan Jun  pada tahun tersebut.
10 Feb 17
354
Empty Image
Sedia Peruntukan RM40,000 Untuk Mangsa Kebakaran Di Kg Bukit Apit
Kerajaan negeri akan meluluskan peruntukan bina baru rumah RM40,000 kepada mangsa kebakaran di Kampung Bukit Apit,Ajil,Hulu Terengganu dalam masa terdekat.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri,Ghazali Taib berkata,peruntukan itu akan diluluskan segera memandangkan rumah warga emas tersebut musnah hampir 100 peratus dalam kebakaran semalam."Sebagai langkah drastik,saya mohon pihak Majlis Daerah dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu membersihkan rangka rumah dan kawasan sekitar tujuannya untuk menghilangkan rasa trauma mangsa dan keduanya memudahkan pembinaan rumah baru nanti,"Seterusnya, saya juga akan minta pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu( MAIDAM) untuk beri beberapa bantuan yang perlu dalam menunggu rumah baru tersebut siap..ini saya akan bincang sendiri dengan pihak Baitulmal nanti."kata Ghazali.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Kampung Bukit Apit,Ajil hari ini.Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) untuk melihat keperluan mangsa ini termasuk kelulusan segera bantuan warga emas setiap bulan untuk kos sara hidup.Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),Norazmy Adenan yang dihubungi berkata sebaik sahaja pihaknya mendapat laporan kejadian tersebut,beberapa kelulusan telahpun dibuat serta merta."Antaranya Tabung Bantuan segera (TBS) ,bantuan keperluan harian kepada mangsa (Pakaian, kelengkapan dan makanan) dan bantuan warga emas sebanyak RM300."Ini termasuklah bantuan mengurangkan trauma dengan menghantar Pegawai Psikologi bagi sesi intervensi krisis kepada mangsa."kata Norazmy.Peah Mamat,82,sedang berehat di tangga rumahnya ketika berlaku letupan disusuli kebakaran dalam kejadian tersebut jam 12.50 tengahari semalam.Anak mangsa ,Zaharah Mamat yang melihat asap tebal  segera menyelamatkan ibunya dengan membawa ke rumahnya yang bersebelahan tempat kejadian."Letupan sangat kuat dan api cepat marak...hanya sempat selamatkan mak saje tapi gagal selamatkan barang dalam rumah...hanya sehelai sepinggang."kata Zaharah.Sementara itu, Peah yang kelihatan masih lagi trauma hanya mampu menangis setiap kali ditanyakan soalan."Mak cik masih rasa sedih tengok rangka rumah kerana ini lah sahaja harta peninggalan yang mak cik ada..semua habis terbakar termasuk duit dan barang kemas,"Nak tidur pun tak boleh sebab bila pejam je mata ..nampak api...takut tu masih belum hilang lagi,"Rasa terharu sangat bila wakil rakyat mari tengok sendiri dan tolong bagi rumah baru pulak..terima kasih banyak-banyak cikgu Ghazali."kata Peah dalam tangisan.
10 Feb 17
555
Empty Image
Derita Zuhaimi Sedikit Terubat
Seorang pesakit lumpuh, Zuhaimi Abidin menerima sumbangan peribadi sebanyak RM1,000 dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang, di rumahnya di Marang, semalam.Zuhaimi, 36, penebang kayu dari Kampung Batu 13 1/2 Jalan Kuala Berang, Marang itu lumpuh seluruh badan sejak lima bulan lalu kerana terjatuh dari pokok.A. Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri akan berusaha untuk mendapat bantuan dari Tabung Darul Iman dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu untuk Zuhaimi."Alhamdulillah hari ini, saya menghulurkan sumbangan barangan berjumlah RM1,000  kepada Zuhaimi. "Barangan keperluan harian itu termasuklah pampers, susu, tisu lembab. Semoga sumbangan ini dapat memberi kegembiraan dan mengurangkan sedikit bebanan kepada keluarga ini, " katanya.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (J3K) Kampung Cerang Cina, Abd Rahman Mat.Penebang kayu itu kini terlantar dan dijaga dua adik perempuannya secara bergilir-gilir.Zuhaimi sebelum ini sudah menerima rawatan kira-kira sebulan di hospital termasuk menjalani pembedahan tulang belakang sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
07 Feb 17
83
Empty Image
20 Pesakit Kronik DUN Ajil Terima Bantuan TDI
Seramai 20 pesakit kronik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil menerima bantuan daripada Tabung Darul Iman(TDI) sebanyak RM12,700 bagi mengurangkan beban perubatan mereka.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat masalah mereka yang dikategorikan sebagai pesakit kronik melalui pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan khususnya menerusi TDI."Kita akan pastikan pesakit-pesakit kronik ini mendapat apa yang diperlukan seperti rumah sendiri, bantuan perubatan susulan dan keperluan rawatan yang lain."Permasalahan mereka ini saya akan bawa kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui peruntukan untuk golongan asnaf agar kebajikan mereka semua tidak terabai," katanya kepada pemberita.Ghazali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri mengunjungi dan menyampaikan sendiri cek bantuan kewangan itu kepada 20 pesakit kronik di DUN Ajil semalam.Seorang penerima, Wahid Hasan, 68, dari Kampung Kua berkata, sumbangan tersebut membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung sejak terlantar akibat angin ahmar lebih dua tahun lalu."Bila Yang Berhormat datang sendiri ke rumah saya dan menyerahkan cek ini, saya rasa terharu sangat...beliau(YB)memang sangat prihatin kepada kami semua."Terima kasih sangat sebab datang,rasa lebih semangat dan ceria,bila wakil rakyat sudi datang tengok dan bagi bantuan pulak..rasa lebih sihat hari ini,"kata Wahid.Beliau kini mengharapkan bantuan anaknya, Rosnani Wahid,46, untuk menguruskan keperluan hariannya kerana tidak lagi berupaya bergerak seperti biasa dan hanya terlantar di katil.
07 Feb 17
38
Empty Image
Derita Suri Rumah Dapat Perhatian Pemimpin
      Penderitaan seorang suri rumah, Rahmah Abd Rashid,47, yang menghidapi penyakit buah pinggang, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib, hari ini.Beliau yang tinggal di Kampung Kua, Ajil, menerima sumbangan daripada Tabung Darul Iman (TDI), berjumlah RM1,800 bagi meringankan bebanan yang ditanggung sejak tiga tahun lalu.Rahmah berkata, sumbangan tersebut meringankan sedikit bebannya dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri serta Adun Ajil yang sangat prihatin dengan keadaan dirinya.Menurutnya, selepas didiagnosis menghidap penyakit itu dan kedua-dua buah pinggang tidak berfungsi, dia tidak lagi mampu berjalan, selain hanya mampu berbaring dengan bantuan anak-anak dan suami.Kini Rahmah menjalani rawatan peritoneal dialisis (PD) di rumahnya dan sebulan sekali dia akan dibawa oleh anaknya ke Hospital Hulu Terengganu bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.Ditanya rutin hariannya melakukan rawatan PD, setiap hari dia akan dibantu oleh anak dan adiknya, Hadijah Abd Rashid,44."Dalam sehari proses membuang air kotor dan memasukkan ubat ke dalam badan dilakukan sebanyak empat kali. Semasa melakukan rawatan ini perkakas perlu dijaga dengan baik supaya tidak dijangkiti kuman."Proses tersebut mengambil masa selama satu jam untuk selesai....selepas membuat rawatan, badan akan rasa letih dan lemah menyebabkan saya akan berbaring sepanjang hari, tidur pun tidak nyenyak dengan keadaan seperti ini," katanya.Ibu kepada 11 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Kadir Awang,52, itu kini menetap di rumah sewa kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.Namun beliau bersyukur impian untuk mempunyai rumah sendiri akan tertunai tidak lama lagi apabila Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (Maidam) meluluskan sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar ( PPRT) bernilai RM40,000 kepada mereka sekeluarga.Katanya lagi, lima anaknya yang masih bersekolah mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM350 sebulan, sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka sekeluarga."Suami saya hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM150 seminggu tidak mencukupi untuk menanggung kehidupan kami sekeluarga.Hendak belanja pun terpaksa berjimat,"Walaupun anak-anak yang sudah bekerja ada membantu, seboleh-bolehnyanya saya tidak mahu terlalu bergantung dan menyusahkan mereka kerana masing-masing mempunyai kehidupan dan komitmen sendiri lagipun mereka cuma kerja kampung sahaja,"katanya lagi.
07 Feb 17
90
Empty Image
ISU: Pokok Sutera Flos- Fitnah Dosanya Lebih Besar Dari Membunuh
“Ahmad Razif telah dikaitkan dan dituduh sesuatu yang dia benar-benar tidak tahu tentang perkara berkenaan, kata Zaini Ibrahim, Pengarah Perunding Irzi Sdn Bhd, perunding utama bagi projek perbandaran” Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman tiba-tiba telah difitnah oleh pihak tertentu hanya kerana ghairah untuk menimbulkan keraguan rakyat kepada kepimpinannya. Seorang pemimpin yang memiliki akhlak mulia sudah tentu dicemburui ramai pihak yang ingin mencari kesalahannya jika ada, bagi tujuan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, sekaligus kerajaan negeri.  Lantaran tidak ditemui kesalahan-kesalahan, lalu direkacipta atau diada-adakan sesuatu yang langsung tiada kaitan dengan beliau. Tidakkah pembuat fitnah lupa Firman Allah yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh”   (Al-Baqarah: 217) Ahmad Razif telah dikaitkan dan dituduh sesuatu yang dia benar-benar tidak tahu tentang perkara berkenaan," kata Zaini Ibrahim, Pengarah Perunding Irzi Sdn Bhd, perunding utama bagi projek perbandaran. Pokok Brazil eksotik ditanam di kawasan pembangunan bandar baru Kuala Nerus telah menjadi kontroversi apabila fitnah itu ditularkan. Kalaulah pokok itu diletakkan di depan kediaman atau rumah Ahmad Razif bolehlah dikaitkan dengan sebarang salah gunakuasa- ini diletakkan oleh kontraktor di TEMPAT AWAM tapak projek bandar baru Kuala Nerus yang masih dalam proses pembinaan. Difahamkan Ceiba Chodatii , juga dikenali sebagai pokok sutera flos, mempunyai batang berbentuk botol, dipilih oleh kontraktor projek dan ditanam pada Disember tahun lepas di salah sebuah pintu masuk projek yang terletak di Kuala Nerus, kira-kira 14 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Pokok khas telah menjadi buah mulut orang apabila seorang pemfitnah menyebarkan fitnahnya melalui FB. Pemilik FB itu mengenalkan dirinya sebagai Razak Bidin? Ia kemudiannya dilebar ulas secara negatif dan buruk sangka oleh beberapa pihak lain.  Selasa lalu (31 Julai 17) , Ahmad Razif secara jujurnya menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang pokok itu sehingga berita tersebar di laman media sosial. Maka kenyataan itu bertepatanlah dengan apa yang diungkapkan oleh Pengarah Perunding Irzi Sdn.Bhd  Encik Zaini Ibrahim. Keseluruhan projek bandar baru, termasuk penanaman pokok sutera flos, berada di bawah pengawasan Jabatan Kerja Raya (JKR), dan pokok itu disumbangkan oleh kontraktor projek. "Menteri Besar telah dikaitkan dan dituduh dengan sesuatu yang dia benar-benar tidak tahu tentang perkara berkenaan," kata Zaini Ibrahim, pengarah Perunding Irzi Sdn Bhd, perunding utama bagi projek perbandaran. "Tidak ada sebutan pokok dalam kontrak,” katanya. Zaini menjelaskan  bahawa kos membeli pokok 3.5m itu adalah termasuk kos pengangkutan dari Brazil Ceiba pokok chodatii kedua, yang dijadual tiba dalam tempoh enam bulan, difahamkan akan ditanam di satu lagi pintu masuk ke bandar baru itu.  Harap mereka yang membuat fitnah ke atas Ahmad Razif telah bertaubat dan tidak akan mengulanginya lagi. -  MINGGU HADAPAN IKUTI WAWANCARA KHAS PENULIS DENGAN PENGARAH PERUNDING IRZI SDN BHD.  
02 Feb 17
258
Empty Image
Keluarga Besar Allahyarham Haji Omar Dan Wook Berkumpul
Sebahagian daripada keluarga pasangan Omar dan Wook yang menyertai majlis perjumpaan keluarga itu.Seramai 186 ahli keluarga pasangan Allahyarham Omar Che Mat dan Wook Awang dari Kampung Surau, Kuala Besut berkumpul pada majlis perjumpaan keluarga itu yang diadakan di sebuah resort di Merang selama dua hari berakhir kelmarin.Anak bongsu Allahyarham, Yusof Omar, 62 berkata, hari keluarga yang memasuki kali keempat diadakan itu adalah atas inisiatif abangnya Ismail Omar yang juga pengerusi sambutan."Alhamdulillah, sambutan begitu menggalakan iaitu seramai 186 ahli keluarga Haji Omar Gong Surau hadir memeriahkan program ini yang terdiri daripada empat generasi iaitu anak, cucu, cicit dan cuit," katanya.Yusof berkata, antara acara diadakan pada program itu, antaranya ialah solat berjemaah, sukaneka, persembahan malam gala dan penyampaian hadiah."Melalui program sebegini setiap anggota keluarga dapat berkenal mesra antara satu sama lain kerana kebanyakan mereka tinggal berjauhan dan jarang bertemu."Ada di kalangan ahli keluarga yang bekerja sebagai doktor, jurutera, guru, ahli perniagaan dan bekerja sendiri," katanya.Yusof berkata, Allahyarham Omar Che Mat mempunyai tujuh anak dan dua daripadanya sudah meninggal dunia."Anak-anak Haji Omar ialah Ismail Omar 77, Hasmah Hj Omar, 69 Rahinah Omar ,67 Ab Halim Omar, 64 dan Yusof Omar, 62."Anak lelaki semua pesara kerajaan, dua orang guru dan seorang pegawai penjara manakala dua perempuan adalah surirumah," katanya.
31 Jan 17
159
Empty Image
Kehadiran Pemimpin Beri Semangat Pesakit
Dalam kesibukan tugas sebagai exco kerajaan tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, menziarahi beberapa pesakit yang sedang dirawat di Hospital Besut, baru-baru ini.Lawatan mesra sempena sambutan Tahun Baru Cina itu turut disertai isteri beliau, To' Puan Roslida Daud.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan, perladangan dan Komoditi Negeri itu mengambil masa kira-kira dua jam melawat pesakit sambil beramah mesra dengan mereka.Seorang pesakit, Ghazali Che Noh, 49, berkata kunjungan pemimpin itu amat mengharukan dan dia turut berterima kasih dengan kesudian wakil rakyat berkenaan meluangkan masa walaupun sibuk dengan tugasan sebagai exco kerajaan negeri.Katanya, kehadiran pemimpin terbabit sedikit sebanyak membangkitkan semangat pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital itu.
30 Jan 17
77