Artikel "Komuniti" Terkini
`Nisan Kerek' Kampung Jenang Istimewa
Kampung Jenang, Marang sememangnya terkenal dengan aktiviti desa seperti menangkap ikan, menganyam atap daun nipah dan menghasilkan manisan dari air nira.Manisan atau lebih dikenali dengan panggilan 'nisan kerek', cukup unik dengan ramuan dan pembuatannya yang masih kekal secara tradisional dengan menggunakan dapur kayu api dan teknik mengacau secara manual.Pengusahanya, Norayati Yaakob,48, yang dibantu oleh suaminya Che Amid Mohd Amin,51, berkata, bagi menyediakan manisan, dia perlu menggunakan air nira kelapa, gula dan daun mengkuang.Katanya, setiap hari, tiga hingga empat gelen air nira kelapa diperlukan dan diambil dari kebun kelapa secara sistem pawah di Kampung Jenang, yang boleh menghasilkan sehingga 200 keping manisan.“Biasanya pokok kelapa dicaras mayangnya sebelum ditadah untuk mendapatkan air nira dan kerja itu perlu dilakukan setiap hari.Kalau banyak hasilnya maka banyaklah air nira untuk dimasak pada hari itu."Kadang-kadang jika terputus bekalan air nira,terpaksa kami membelinya dari orang kampung dengan harga RM35 hingga RM45 satu gelen yang boleh memuatkan sembilan liter. Saya pastikan bekalan air nira ni cukup sebab setiap 'nisang' yang dihasilkan mengandungi 70 peratus air nira dan hanya 30 peratus gula bagi menjaga kualitinya.“Selain itu, bekalan daun mengkuang diperoleh secara percuma dengan penduduk yang menghasilkan atap atau tikar mengkuang,kadang-kadang saya mencarinya sendiri di tepi sungai jika perlu,"kata Norayati.Menurutnya lagi, perusahaan itu bermula setiap jam sembilan pagi dengan proses memasak air nira selama empat jam sehingga pekat dan boleh dituangkan ke dalam kerek daun mengkuang sebelum disejukkan.Menurutnya lagi, manisan yang dijual dengan harga RM1.40 sekeping secara borong kepada pelanggan termasuklah kepada peniaga di Pasar Payang dan Batu Enam."Kadang-kadang ada juga pelanggan dari luar datang untuk membeli 'nisang' termasuklah daripada Kuala Lumpur terutama di musim perayaan."Alhamdulillah..setiap bulan ia mampu memberi purata pendapatan sebanyak RM3,000 dan RM7,000 jika tiba musim perayaan,"katanya.Dia yang tidak pernah menerima mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan berharap ada pihak yang boleh membantu mendapatkan peralatan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan."Saya tak minta banyak cuma sebuah peti sejuk untuk menyimpan air nira supaya tahan lebih lama dan kawah untuk memasak air nira kerana kos kedua-dua alat tersebut agak mahal,"katanya lagi.Bagi individu yang mementingkan kualiti biasanya memilih manisan berkenaan dalam resepi masakan dan kuih-muih untuk menghasilkan rasa yang enak, selain membangkitkan aroma yang menyelerakan.Sementara itu, Hawa Salleh,68, lebih gemar menggunakan manisan asli kerana rasanya yang sedap,enak dan kebersihannya lebih terjamin.Dia yang mengusahakan kuih-muih tradisional sejak 30 tahun lalu menggunakan manisan ini sebagai asas untuk memberikan keenakan kepada juadah yang dihasilkannya seperti kuih kasui, onde-onde, lompat tikam dan lebih 10 jenis dalam menu yang dijual di pasar."Kalau kita beli yang orang kita buat,rasanya lebih selamat dari kita beli hak orang luar buat.Kita mana tau cara proses masa buat 'nisang' ni..bersih ke tidak..ada campuran lain ke macam tambah gula secara berlebihan sebab mak cik pernah kena sebelum ni."Memang rasanya pelik..manis pun lain macam, selain sisa habuk dalam tu pun banyak, kena tapis sebelum guna.Sebab tu mak cik lebih yakin dengan 'nisang' kita ini,"katanya lagi.
20 Apr 17
1279
Kakitangan Terengganu Inc Bantu Bersih Madrasah Al-Hidayah
Add captionTerengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menganjurkan program ‘Way of Naqiya’ membersihkan kawasan Madrasah Al-Hidayah, Batu Burok, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Seramai 40 kakitangan dengan diketuai Pemangku Ketua Pegawai Operasi Mohd Roslan Mamat yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Rudirman Wan Razak bersama-sama penduduk kampung dan pelajar madrasah menyertai program tanggungjawab sosial korporat itu.Mohd Roslan berkata, mereka bersama-sama menyumbang tenaga membersih kawasan madrasah, mengecat perpustakaan dan menanam pokok.Katanya, dalam program sama sebelum ini, mereka turut membaik-pulih bangunan termasuk mengantikan peralatan elektrik, menambah kelengkapan belajar dan mengecat bangunan.“Program ini bertujuan menyokong serta memberi impak positif kepada pelbagai pihak, terutama bagi mewjudkan sifat saling membantu mereka yang memerlukan.“Untuk tujuan sama, satu kutipan khas sebagai sumbangan ikhlas daripada kakitangan Terengganu Inc. telah dibuat yang kemudiannya diserahkan kepada Pengasas Madrasah Al-Hidayah Mustapha Kamal Hamzah,”katanya.
10 Apr 17
760
Nelayan Di Merchang Labuh 20 Unit Unjam
A.Latiff melihat unjam yang dihasilkan para nelayan Pangkalan Merchang, di Jeti Pangkalan Merchang, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah KassimNelayan di Pangkalan Merchang termasuk dari kalangan sukarelawan perikanan (Super) Merchang hari ini meneruskan usaha melabuhkan 20 unit unjam kira-kira tiga batu nautika dari jeti pengkalan itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang berkata, melalui peruntukan yang disalurkan pihaknya sebanyak 100 unit unjam berjaya dibina melalui kerjasama para nelayan dimana 80 unit daripadanya telah dilabuhkan pada 24 Mac lalu.“Tujuan diletakkan unjam adalah untuk menggalakkan pembiakan ikan kerana unjam berfungsi sebagai pusat ikan berkumpul yang mana dikawasan ini lokasi pilihan nelayan menjalankan aktiviti menangkap ikan."Ini merupakan usaha para nelayan (Pangkalan Merchang) untuk menambah pendapatan,” ujarnya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Super Merchang dan Melabuhkan Unjam di Jeti Sungai Merchang, Marang, hari ini.Pada majlis itu, A.Latiff turut meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk persatuan nelayan zon pantai di kawasan itu.“Ianya bagi membiayai pembelian pukat dan sebagainya yang diperlukan oleh para nelayan di kawasan Pengkalan Merchang, Pengkalan Nelayan Jambu Bongkok, Pengkalan Nelayan Pasir Puteh dan juga Pengkalan Nelayan Gong Balai,” ujarnya.
03 Apr 17
393
Sambut Baik Tambah Super Bagi Bendung Kegiatan Tangkap Ikan Secara Haram
A.Latiff memakaikan jaket keselamatan kepada seorang ahli Super di Majlis Pelancaran Super Merchang dan Melabuhkan Unjam di Jeti Sungai Merchang, Marang, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah KassimKerajaan negeri menyambut baik usaha Jabatan Perikanan menambah jumlah sukarelawan perikanan (Super) yang berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak penguatkuasaan bagi membendung kegiatan penangkapan ikan secara haram.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang berkata, ketika ini terdapat kira-kira 315 Super di seluruh negeri ini dan 21 daripada mereka dari Daerah Marang.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, berkata penubuhan Super bertujuan membantu Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memantau dan mencegah pelanggaran peruntukan serta peraturan mengikut Akta 317 atau Akta Perikanan 1985 semasa rutin harian menangkap ikan. “Mereka bertindak sebagai mata dan telinga serta menyampaikan maklumat penting kepada jabatan dan pihak penguatkuasaan terutama sekali berkaitan kes seperti pencerobohan bot nelayan asing, pencerobohan zon tangkapan ikan, kerosakan bot nelayan dan informasi kecemasan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Super Merchang dan Melabuhkan Unjam di Jeti Sungai Merchang, Marang, hari ini.Pada majlis tersebut, seramai 17 nelayan membuat pendaftaran baru bagi menjadi ahli Super Marang.A. Latiff mengharapkan lebih ramai yang berdaftar sebagai ahli Super selari dengan hasrat penubuhan Super dari golongan nelayan di peringkat kebangsaan untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran nelayan serta orang awam tentang kepentingan menjaga ekosistem perikanan.Sementara itu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Pejabat Perikanan Daerah mengambil inisiatif dengan mendaftar semua nelayan sampan yang berdaftar sebagai ahli Super Terengganu.Setiap ahli Super Terengganu bakal dibekalkan dengan Radio Komunikasi Super Terengganu menjelang 2020.
03 Apr 17
46
KTS Sasar 500 Peserta Sertai Larian Kesedaran Diabetes
Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) mensasarkan 500 peserta akan menyertai larian kesedaran mengenai diabetes menerusi `Run From Diabetes 2017’ pada 22 April ini.Program bertujuan membantu merealisasikan hasrat kerajaan bagi mengurangkan penyakit ini dari terus menular, akan bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengahari bertempat di KTS Hospital, Batu Buruk serta dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi MamatPengarah Perubatan KTS, Dr Mohamad Yusof Md Kassim, berkata program julung kali inisiatif dan anjuran KTS serta larian diabetis pertama di Terengganu, menawarkan empat kategori dan dibuka kepada semua warga Terengganu yang berminat.Katanya, kategori berkenaan adalah Sugar Rush terbuka belia lelaki dan wanita (15 tahun hingga 25 tahun), Caramel Latte terbuka lelaki dan wanita (26 tahun hingga 40 tahun), Golden Chocolate terbuka veteran lelaki dan wanita (41 tahun ke atas) dan juga Cotton Candy terbuka untuk keluarga atau berkumpulan untuk lima ahli (terbuka kepada semua peringkat umur).“Jarak larian antara 5kilometer (km), 4 km dan juga 2 km di mana setiap jarak larian KTS Hospital menyediakan hadiah kepada peserta larian untuk tempat pertama sehingga ketiga.“Pada masa yang sama, pelbagai akiviti menarik turut disediakan semasa program tersebut diantaranya; seminar kerjaya, food truck, street soccer, gerai jualan dan pameran, derma darah dan pemeriksaan kesihatan dan juga busking,”katanya dalam satu kenyataan kepada media.Mohamad berkata, kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 65,000 orang di Terengganu sahaja menghidap diabetis akibat amalan gaya hidup yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Tambahnya, angka tersebut semakin meningkat dan ia adalah suatu yang membimbangkan. Katanya, program ini merupakan satu kempen kesedaran mengenai penyakit diabetes di kalangan rakyat Terengganu dan misi KTS adalah untuk melihat lebih banyak maklumat disampaikan kepada orang ramai dengan mesej yang jelas supaya kekal sihat.Mohamad berkata, diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk serangan jantung, kegagalan fungsi jantung, kemusnahan buah pinggang, penyakit mata, kerosakan saraf dan ulser sehingga membawa kepada amputasi kaki. Menurut Penasihat Pusat Pengurusan Diabetes KTSH, Dato’ Dr. Surendranath Menon, sebenarnya penyakit itu boleh dicegah jika orang ramai memilih cara hidup yang sihat. Katanya, KTS menggalakkan orang ramai untuk menyahut cabaran mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat supaya dapat menikmati kehidupan yang bebas dari diabetes.“Ia bukanlah sukar tetapi memerlukan usaha untuk ingin berubah ke arah yang lebih baik. Bagi memerangi penyakit ini, seluruh keluarga seharusnya melibatkan diri dengan perubahan gaya kehidupan di mana pencegahan tidak akan berkesan sekiranya hanya anak-anak atau ibu bapa yang melakukannya tanpa didorong oleh langkah-langkah pemantauan yang berkesan,” katanya.
02 Apr 17
193
30 Dialek Ulu Sedang Didraf Sebelum Didokumentasikan
Hulu Terengganu mempunyai lebih 30 loghat dengan setiap kampung berbeza dialeknya.Khazanah yang cukup unik dan bernilai kepada masyarakat itu akan dibukukan tidak lama lagi.Pegawai Pendidikan Daerah, Jalaluddin Ismail berkata, Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (Hutecs) yang di jadikan Pusat Kajian Dialek Ulu dengan pemantauan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu sedang membuat kajian menyeluruh mengenai dialek berkenaan untuk didokumentasikan bertujuan sebagai rujukan masa hadapan.Katanya, pelancaran draf awal buku dialek hulu akan dilaksanakan pada sambutan hari guru peringkat daerah tahun ini."Pihak kami dengan Hutecs sedang merangka khazanah ini melalui satu gerak kerja dalam bentuk ilmiah, budaya dan sejarah serta pembukuan ini akan menjadi satu sumbangan besar untuk generasi akan datang."Kita bimbang dengan asimilisasi yang berlaku pada masa sekarang di kalangan generasi muda,ada kemungkinan khazanah bahasa ini akan hilang dan tidak mustahil generasi akan datang tidak tahu mengenai loghat daerah ini yang cukup unik,"katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Menurut Jalaluddin, ia mencerminkan jati diri yang unik yang perlu dipertahankan dan sebagai orang Hulu Terengganu perlu bangga dengan loghat ulunya."Ia menjadikan Bahasa Melayu lebih kaya dan setanding dengan bahasa lain di dunia mengikut sejarah bahasa,"katanya lagi.Mengikut kajian, sebutan dialek Hulu Terengganu hampir kepada sebutan Bahasa Melayu Induk dan Bahasa Austronesian Kuno. Dialek ini memungkinkan teori bahawa ia dialek yang paling asli dan tua di Semenanjung Tanah Melayu.Pada tahun 1935, C.C.Brown menerbitkan tulisannya melalui Terengganu Malay dengan berpendapat bahawa daripada segi pembunyian dan tata ujaran, percakapan di Hulu Terengganu sangat berbeza dengan bahasa di daerah lain di Terengganu.Beliau menyifatkan unsur kosa kata Hulu Terengganu sebagai unsur yang tua, berbentuk kuno dan wujud di Pantai Borneo Utara, Kepulauan Maluku, Pergunungan Sumatera Selatan dan Gugusan Kepulauan Thailand.Dalam pada itu, antara kampung yang pekat dengan loghat hulunya adalah kampung sekitar seperti Tanjung Putat, Bukit Gemuruh, Kampung Buluh, Pasir Nering, Kampung Pauh, Jenagor, Gaung, Telaga, Butut, Basong dan Tajin serta kampung-kampung lain yang lebih jauh.
12 Mar 17
132
15 Remaja Ditahan Dalam Ops Banteras Pelajar Ponteng
Seramai 15 pelajar daripada empat sekolah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan Bukit Tunggal ditahan dalam Operasi Ponteng Sekolah, semalam. Dua daripada pelajar terbabit masing-masing didapati positif dadah dan merokok.Program yang terbahagi kepada lima zon, masing-masing Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal (zon satu), SMK Kompleks Gong Badak (zon dua), SMK Ibrahim Fikri (zon tiga), SMK Kompleks Seberang Takir (zon empat), kawasan Pantai Teluk Ketapang , Lapangan Terbang dan Tok Jembal (zon lima) bermula dari jam 8.30 pagi berakhir kira-kira empat jam kemudian.Naib Presiden Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kuala Nerus, Md Azmi Aziz, berkata seramai 120 orang terlibat dalam operasi membabitkan 22 agensi kerajaan termasuk Majlis Tindakan Mencegah Dadah (MTMD), Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Persatuan Kepolisan Komuniti Terengganu Rakan Cegah Jenayah, Briged Keselamatan, Skim Rondaan Sukarela dan Pemadam Daerah Kuala Nerus."Susulan penahanan dua pelajar yang didapati positif dadah dan merokok itu, mereka kemudiannya dibawa untuk tindakan selanjutnya di Pejabat Kesihatan Daerah dan AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan Terengganu)."Pelajar terbabit juga dirujuk kepada pegawai di PPD dan perlu mendapatkan khidmat kaunselor, selain memanggil ibu bapa masing-masing," katanya kepada Teganukita.Turut serta, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Che Soh Muda.Che Soh berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus menghargai kerjasama dan komitmen bersepadu semua pihak yang terlibat menjayakan program itu dalam usaha memerangi masalah ponteng sekolah."Kita juga mengenal pasti beberapa langkah dan strategi yang melibatkan `Outreach & Engagement' bersama Pemadam Kuala Nerus yang diketuai Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil bagi tujuan merealisasikan hasrat ibu bapa," katanya.
07 Mar 17
387
Pendaftar SSM Masih Layak BR1M Jika Penuhi Syarat
Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan mereka boleh mengemukakan rayuan di semua Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017.
Menurut sumber LHDN, pihaknya menafikan dakwaan pemohon yang memiliki pendaftaran peniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah tidak layak menerima BR1M.
Katanya, semua permohonan yang dikesan berdaftar dengan SSM masih dalam status tidak lulus berikutan perlu dibuat saringan untuk memastikan pemohon yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan ini.
“Tujuan kerajaan menyediakan BR1M adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Pemilik SSM yang berniaga kecil-kecilan dan memenuhi syarat kelayakan dari segi pendapatan dan sebagainya boleh mengemukakan dokumen berkaitan bermula tarikh tersebut untuk proses rayuan.
“Sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan, pemohon layak dipertimbangkan dan berhak mendapat peluang kedua selaras dengan keprihatinan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.
06 Mar 17
71
Pasar Percuma Ringankan Beban Rakyat Tidak Berkemampuan
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan dalam program pasar percuma di Seberang Takir, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Pasar percuma atau 'free market' berupaya meringankan beban rakyat setempat yang kurang berkemampuan dan meningkatkan ekonomi peniaga kecil.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO), agensi serta persatuan itu tanpa melibatkan peruntukan kerajaan mampu memupuk rasa kasih- sayang dan nilai murni dalam jiwa masyarakat.Katanya, program itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya kerana memberi manfaat kepada yang terlibat serta akan diteruskan lagi pada masa akan datang."Dengan cara tersebut, kita dapat membudayakan masyarakat di Terengganu supaya yang mempunyai kesenangan berpeluang membantu golongan kurang berkemampuan."Program sebegini juga sudah tentu sedikit sebanyak meringankan beban kepada orang-orang yang susah selain dapat membantu usahawan kerana dalam masa yang sama kita turut melaksanakan pasar tani jadi secara tidak langsung akan membantu mereka," katanya.Beliau ditemui pemberita dalam majlis Pasar Percuma di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Tambah Ahmad Razif, selain pasar percuma, aktivitk senamrobik juga diadakan berkonsepkan menangani kos sara hidup."Sesiapa sahaja yang datang menyertai program tersebut dan bersenam menerima RM5 seorang."Mungkin selepas pada ini kita akan tukar kaedahnya dengan memberi kupon bernilai RM5 untuk mereka berbelanja di pasar tani," katanya.Program yang diadakan di Seberang Takir tersebut merupakan kali ketiga dianjurkan selepas pertama kali diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan seterusnya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.
03 Mar 17
98
Anak Istimewa Nur Sofeatul Dapat Perhatian Adun Ajil
Tidak seperti anak yang lain saat dilahirkan ke dunia, Nur Sofeatul Aiesha terpaksa menanggung derita kerana menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala atau lebih sinonim dengan penyakit kepala besar.Anak istimewa itu mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib dan isteri, Bibi Nazima Mohamed Akbal yang melakukan kunjungan ke rumahnya, di Taman Ajil Perdana, Pekan Ajil, hari ini.Ibu bayi berkenaan, Nurfaiz Mohd Rani, 33, berkata anaknya yang berusia dua tahun itu dikesan mengidap 'Alobar Holoprosencephaly' sejak berada dalam kandungannya setelah pemeriksaan ultrasound dijalankan pada usia kandungan 38 minggu.“Kini pada usia dua tahun, berat badannya cuma sembilan kilogram (kg) tapi kepalanya seberat empat kg sehingga menyukarkan pergerakannya."Sebagai ibu sudah tentu saya sedih melihat keadaan anak saya namun apakan daya, ini ujian Allah SWT dan saya perlu tabah menghadapinya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya sempena kunjungan tersebut.Menurut Nurfaiz, anaknya itu kini memerlukan kerusi khas yang dapat menampung kepala untuk memudahkan urusan mereka ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah tiga atau empat kali sebulan bagi sesi fisioterapi."Mujurlah bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat meringankan beban bagi membeli susu dan pampers kerana pendapatan suami saya Zamani Salleh, 43, sebagai peniaga pasar malam dalam lingkungan RM1,200 sebulan,"katanya lagi.Sementara itu,Adun Ajil,Ghazali Taib berkata pihaknya akan melihat apakah keperluan yang diperlukan oleh anak istimewa tersebut bagi meringankan beban keluarga termasuk mendapatkan bantuan dari Tabung Darul Iman yang diselaraskan oleh kerajaan negeri.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Tugas-Tugas Khas negeri berkata pihaknya sekarang sedang berusaha untuk membantu keluarga tersebut akan memastikan kebajikan anak ini terpelihara dari segi bantuan yang akan di terima."Dan sebagai permulaan kita akan bantu dengan sedikit sumbangan malah Zamani merupakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan pemberian Rumah Mampu Milik dengan bayaran hanya RM189 sebulan sahaja,"kata Ghazali.Jelasnya lagi sebagai Pengerusi Kolej Universiti Tati,beliau akan meminta pelajar dalam jurusan kejuruteraan mencipta satu peralatan khas yang sesuai bagi kegunaan Nur Sofeatul Aiesha untuk bergerak lebih lancar dalam setiap urusan yang sebelum ini agak terbatas."Kerajaan negeri akan salurkan bantuan mengikut keperluan dan saya harap keluarga ini tabah menghadapi dugaan ini."katanya lagi sewaktu menziarahi keluarga ini di rumahnya.
02 Mar 17
120