lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
KKMM Turun Padang Selami Jiwa Penduduk Pulau Redang
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengadakan Program Menghubung dan Menyatukan (CTU) di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.Program dua hari berakhir Sabtu lalu, merupakan inisiatif baharu dalam usaha transformasi penyampaian perkhidmatan telekomunikasi dan internet ke kawasan-kawasan pedalaman yang tidak terhubung.Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato' Ibrahim Abdul Rahman berkata, selain elemen pendigitalan CTU juga mementingkan elemen kemanusiaaan dalam mempertingkatkan perkhidmatan rakyat.“Pulau Redang dipilih kerana walaupun ia sebuah pulau yang amat tersohor tetapi kemudahan yang sepatutnya rakyat di tempat lain nikmati masih boleh dipertingkatkan lagi di pulau ini.“Program ini bersifat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menyatukan lebih 12 agensi untuk turun bersemuka bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat," katanya.Turut hadir menyertai program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.Menurut beliau, agensi-agensi itu dapat mendengar terus dari rakyat yang memerlukan seperti isu talian internet yang perlahan, bantuan sara hidup dan sebagainya.Katanya, program ini kemudahan kepada rakyat seperti internet yang pantas juga dapat dipertingkatkan bagi keselesaan rakyat."Kementerian mengedarkan MyTV dan TV kepada penduduk yang memerlukan," katanya.Selain itu, katanya, atas nama NBOS lebih banyak agensi dapat menyumbang bagi memeriahkan program ini dan pihak Astro juga mengambil kesempatan untuk memberikan set Astro Njoi secara percuma.
21 May 17
179
Empty Image
60 Murid PPKI Berkhemah
Seramai 60 murid dari 12 sekolah Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Daerah Setiu menyertai program perkhemahan selama tiga hari bertempat di Pusat Latihan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Putera Jaya, Setiu yang berakhir Sabtu lalu.Program itu bertujuan untuk mendedahkan murid istimewa dengan aktiviti luar yang mencabar bagi memupuk semangat kerjasama dan membentuk sahsiah diri di kalangan mereka.Selain itu ianya juga akan memberi pengalaman baru kepada peserta supaya mereka dapat melalui pengalaman yang sama dengan murid aliran perdana.Pengerusi Latihan Pengakap Setiu, Shansuddin Ahmad berkata, antara aktiviti yang diadakan ialah kawad, pertolongan cemas, ikhtiar hidup, 'blind train' dan orienteering."Alhamdulillah murid-murid ini dapat melakukan semua aktiviti dengan baik melalui tunjuk ajar urusetia perkhemahan."Setiap aktiviti yang diadakan mempunyai tujuan tertentu untuk kepentingan peserta dan diharapkan mereka memperolehi banyak ilmu dan pengalaman baru menyertai program ini," katanya.Majlis perasmian penutup dilakukan oleh Penolong Pegawai PPD Setiu (Pengurusan Pembangunan Kemanusia), Mohamad Noor Ahmad mewakili Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu, Kipayatuallah Mohd Said.
09 May 17
225
Empty Image
200 Anak Perantau Besut Berkumpul Di Pantai Morib, Selangor
Semangat kekeluargaan dan persaudaraan  sebagai perantau mampu menjalin ikatan yang kuat dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.Perhimpunan Hari Keluarga Anak Perantau Besut di Pantai Morib, Selangor, boleh menjadi ukuran betapa kukuhnya semangat persaudaraan peserta terbabit.Program anjuran Komuniti Anak Perantau Besut (KAPB) dihadiri 200 peserta berjaya mendekatkan hubungan persaudaraan ketika berada di rantau orang.Program separuh hari itu dirasmikan oleh Penaung KAPB, Zahari Mat yang juga Pegawai Kebudayaan dan Kesenian, Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.Sempena program itu, pelbagai acara menarik termasuk sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa yang berjaya menarik perhatian peserta.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad memberi sokongan terhadap penganjuran program itu dengan menyampaikan sumbangan kepada KAPB.Nawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut, memuji usaha yang dilakukan pihak penganjur kerana menerusi program berkenaan berjaya mengumpul sebahagian besar warga Besut yang tinggal di Lembah Kelang.
09 May 17
147
Empty Image
41 Penternak Ikan Terima Bantuan
Seramai 41 penternak ikan aqua air tawar dan payau di Setiu menerima sebanyak RM26,900 di Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Bencana Agro Makanan Usahawan Tani Daerah Setiu, di Bandar Permaisuri, semalam.Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Setiu, Mohd Saipuddin Abas, berkata penerima bantuan itu dipilih oleh Jabatan Perikanan manakala peruntukan pula daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani."Untuk Daerah Setiu, penerima bantuan yang paling ramai adalah 34 orang iaitu mangsa akibat kesan el-nino (musim kemarau)."Kebanyakan peserta menerima sebanyak RM500 seorang tetapi ada juga yang mendapat RM1,000 dan lebih berdasarkan nilai kerugian yang mereka alami," katanya.Saifuddin berkata, dengan adanya bantuan itu penternak dapat membeli input seperti benih dan sebagainya untuk memulakan projek baru mereka.Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee.
07 May 17
39
Empty Image
Rakan Taman Pertama Di Setiu
Seramai 200 peserta terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Setiu (MDS) dan penduduk Taman Sri Intan, Sungai Tong, Setiu mengadakan gotong royong menanam pokok di kawasan taman itu, hari ini.Program yang pertama kali diadakan itu mendapat peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara berjumlah RM7,000 untuk membeli anak pokok dan penyelenggaraan.Yang Dipertua MDS, Mat Azmi Arshad berkata, aktiviti itu bukan sahaja bagi mengindahkan kawasan dan memperolehi hasil pada masa depan, ia juga secara tidak langsung mengeratkan hubungan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan masyarakat setempat."Kerja landskap ini jika tidak mendapat kerjasama yang baik dengan penduduk dan ianya tidak akan berjaya kerana ianya memerlukan penjagaan untuk mengelak berlaku perkara tidak diingini seperti kecurian dan sebagainya."Ada jenis pokok yang ditanam menjadi rebutan kerana harganya yang mahal, selain dipantau pekerja majlis di kawasan ini, penduduk juga perlu bersama menjaganya," katanya.Mat Azmi berkata, antara pokok yang ditanam adalah Kelapa Pandan, Merawan Siput, Tikoma, Manggis, Cengal, Merawan dan pokok Gaharu."Sebanyak 35 pokok ditanam pada hari ini dan kita berharap pokok-pokok dijaga dengan sempurna dan dapat membesar dengan baik untuk generasi akan datang," katanya.Selain gotong-royong menanam pokok, orang ramai turut membersih surau dan kawasan sekitar tempat penanaman pokok itu.Hadir sama, Setiausaha Majlis Daerah Setiu, Mohd Nasir Kasim dan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap, Zulkarnain Arifin.
07 May 17
154
Empty Image
SMK Chalok Ungguli Silat Daerah
Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas) muncul juara keseluruhan Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Setiu apabila memenangi lapan daripada 14 acara yang dipertandingkan.Pengerusi Unit Silat Daerah Setiu, Mohd Yasrizal Ab Manaf berkata, seramai 60 pelajar terlibat dalam pertandingan yang diadakan di Dewan SMK Chalok itu."Alhamdulillah kita berjaya mengadakan Pertandingan Seni Silat Peringkat Sekolah Daerah Setiu hari ini."Seramai 60 pelajar terbabit pada hari ini bertanding dalam empat kategori iaitu Seni Tari Silat, Seni Tempur Silat dan Silat Seni Asli (Silat Pulut)," katanya ketika selesai pertandingan itu, khamis lalu.Yasrizal berkata, selain untuk melahirkan bakat dalam seni silat, pembabitan dalam aktiviti itu juga mampu mendisiplin pelajar menjadi lebih berakhlak dan beradab.Dalam pada itu, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Kipayatuallah Mohd Said ketika berucap menutup program itu berkata beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang terbabit dengan penganjuran pertandingan seni silat itu.Katanya, beliau juga mengharapkan pelajar yang terbabit dengan seni mempertahankan diri berkenaan dapat terus aktif hingga ke peringkat lebih tinggi apabila menamatkan persekolahan nanti."Jangan putus asa, belajar hingga ke universiti persilatan ini, jangan hanya separuh jalan meminati seni ini dan jadikan ianya satu budaya dan saya berharap pelajar ini dapat mempeluaskan lagi bakat bakat mereka selepas ini."Melalui persilatan ini kita boleh membuka minda kita mnjadi pelajar yang positif dan terbuka," katanya.Setiu menjadi johan seni silat sekolah peringkat negeri selama tiga tahun berturut-turut bermula 2013.
07 May 17
778
Empty Image
500 Penduduk Jayakan Komuniti Kampung Lingai
Seramai 500 penduduk menjayakan Program Komuniti Masyarakat Kampung Lingai, di Kampung Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus, semalam.Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) Gong dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lingai itu diadakan bagi mewujudkan keharmonian dan mengeratkan perpaduan antara penduduk.Pengerusi J3K Lingai, Alias Mohd berkata, seramai 300 peserta terbabit dengan aktiviti seperti acara sukaneka dan pertandingan memancing."Seramai kira-kira 200 lagi ialah penduduk kampung dan sekitar yang hadir memberi sokongan dan menyaksikan program yang menjadi acara tahunan ini."Program bermula jam 8.30 pagi dengan beberapa acara sukaneka antaranya ialah lari dalam guni dan lari junjung kelapa, manakala sebelah petang pula diadakan pertandingan memancing melibatkan beberapa kategori.Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program itu terutama Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan juga penaja hadiah (TM Afiq).Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Bazlan.
02 May 17
278
Empty Image
RM86,600 Untuk Orang Muda DUN Batu Rakit
Sebanyak RM86,600 diperuntukkan kerajaan negeri menerusi dana Transformasi Orang Muda (TOM) kepada 433 remaja di Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini.Majlis penyerahan baucer TOM disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, di Masjid Assalam, Batu Rakit."Tahniah dan syabas kepada yang mendapat Dana Remaja Transformasi Orang Muda pada hari ini, terima kasih juga kepada kerajaan negeri atas peruntukan dana untuk remaja ini."Semoga sumbangan dana ini dapat memberi manfaat kepada remaja yang menerimanya," katanya.
25 Apr 17
37
Empty Image
81 Penuntut UniSZA Berbakti Di Kampung Seri Kenangan
Seramai 81 penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Khidmat Komuniti Dan Bakti Siswa di Kampung Seri Kenangan, Setiu selama dua hari, baru-baru ini.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, program anjuran Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) dan Majlis Profesor Negara dengan Kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Siswa UniSZA (Persis) bertujuan membantu masyarakat meningkatkan bidang ekonomi serta pendidikan."Kami amat berterima kasih kepada Kampung Seri Kenangan dan juga kepada Pegawai Daerah Setiu kerana sudi menerima kami dari Unisza untuk menjalankan aktiviti di kampung ini."Langkah kita bersama komuniti untuk menjalankan konsep ini supaya berlaku interaksi berpanjangan bukan sahaja pada hari ini tetapi terus pada masa hadapan, " katanya ketika merasmikan program itu, di Dewan Kampung Seri Kenangan.Hadir sama, Pengerusi J3K Kampung Seri Kenangan, Muhammad Saad dan Pengetua SMK Pelong, Zan Naim Senin.Menurutnya, melalui program ini pihak UniSZA dapat membantu komuniti dalam bidang pendidikan dan ekonomi.Tambahnya, apa yang dipelajari di universiti mestilah disalurkan di sesebuah daerah atau masyarakat bagi melahirkan insan yang hebat untuk kebaikan bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah.Sementara itu Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, pihaknya menyambut baik program itu dan mengharapkan supaya dapat diteruskan di kampung lain berikutan banyak manfaat yang diperolehi oleh masyarakat.Seramai 81 penuntut masing-masing 29 lelaki dan 52 perempuan serta beberapa pensyarah menyertai program y itu.Antara aktiviti yang diadakan ialah santai dan beriadah dengan keluarga angkat, pemeriksaan kesihatan dari klinik Unisza, Forum bertajuk Transformasi TN 50, program motivasi dan Bakti Siswa Pendidikan.Selain itu, aktiviti sukarelawanan komuniti dalam membantu mengindahkan kawasan kampung dan bakti siswa pendidikan di SK dan SMK Pelong turut diadakan.Majlis penutup disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor, pada keesokannya.
25 Apr 17
477
Empty Image
JKM Bantu Pesakit Kaki Gajah Di Chendering
Zainal (kanan) melihat keadaan Eizan menghidap Morbid Obesity di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah KassimPenderitaan seorang wanita yang mengalami jangkitan kuman pada lapisan kulit atau cellulitis sehingga mengakibatkan kaki dan tangan membengkak seperti kaki gajah, mendapat perhatian dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Terengganu.Akibat penyakit itu, kehidupan Eizan Nadia Zainuddin, 39, yang turut menghidap Morbid Obesity terjejas serta perlu mendapat rawatan secara intensif.Pegawai JKM Kuala Terengganu, Zainal Omar berkata, Eizan boleh diklasifikasikan sebagai pesakit  kronik kerana mempunyai berat badan 190 kilogram (kg) dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat, selain mengalami masalah kesukaran bernafas ketika tidur. Katanya, JKM memandang serius kes itu dan akan meluluskan segera bantuan bulanan sebanyak RM450 bagi meringankan beban yang ditanggungnya. Tambahnya, JKM juga akan melihat sumbangan lain yang sewajarnya termasuk bantuan bulanan RM300 untuk penjaga pesakit berkenaan.“Kes itu juga akan dirujuk kepada Tabung Darul Iman sebagai usaha menampung perbelanjaan rawatan yang dianggarkan RM400 hingga RM500 sebulan dan kos pembedahan yang mencecah hampir RM1,000,” katanya.Sementara itu, Eizan yang pernah bekerja di butik pengantin di Kuala Lumpur, berkata dia diserang cellulitis pada 2014 selepas luka pada tumit akibat terkena besi.“Sejak itu, kaki terutama sebelah kanan semakin membengkak sehingga terpaksa dirujuk di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya selama dua minggu, selain terlantar di hospital yang sama selama sembilan bulan.“Pada masa sama, saya terpaksa menjalani empat kali pembedahan untuk membuang air dan lemak dalam badan sepanjang tempoh tiga tahun,”katanya.Eizan berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Biro Media Awam Komunikasi UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Ahmad Zamri Sulong di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu.Katanya, sepanjang mendapat rawatan, berat badannya turun 60 kilogram (kg) kepada 190 kg, berbanding berat asal 250 kg.“Saya pulang ke Terengganu selepas dapat berjalan menggunakan tongkat dan ketika ini masih mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan,”katanya.Katanya, dia memerlukan sekurang-kurang RM400  sehingga RM500 sebulan untuk rawatan susulan dan berkemungkinan akan menjalani  pembedahan buat  kali kelima pada bulan depan.“Kos pembedahan dianggarkan mencecah hampir RM1,000. Nilai itu cukup besar, kerana saya tidak mampu bekerja, semuanya ditanggung ayah dan ibu di mana kedua-duanya sudah bersara,”katanya.
23 Apr 17
511