lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
UMT Hargai Media Sempena Kedatangan Syawal
Dato' Muda Mamat (dua dari kiri ) bergambar bersama Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr Nor Aieni Mokhtar sempena kunjungan ke UKOM, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) meneruskan tradisi setiap tahun mengunjungi Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini sebagai menghargai kumpulan pengamal media yang banyak membantu mempromosikan institusi itu, bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.Selain UKOM, institusi pendidikan ulung di negara ini juga turut mengunjungi media lain, termasuk agensi di bawah Media Prima, Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia dan Bernama.Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, menerusi pendekatan strategik itu, secara tidak langsung boleh merapatkan hubungan antara UMT dengan pengamal media yang berupaya menaikkan imej kedua-dua pihak dan mencapai misi penubuhan masing-masing."UMT sangat menghargai peranan media dan banyak manfaat yang kita perolehi daripada hubungan baik dan sedia terjalin ini. Oleh sebab itulah kita mengambil kesempatan pada bulan Syawal yang bakal menjelang ini untuk bertemu mata dan menyampaikan sedikit cenderahati sebagai penghargaan kami kepada media,"katanya.Sementara itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat, berkata pihaknya berbesar hati menerima kedatangan pengurusan  UMT yang diketuai Nor Aieni sendiri kerana sudi meluangkan masa walaupun sentiasa sibuk dengan tugasan rasmi jabatan."Saya berharap hubungan baik yang terjalin sejak dahulu lagi dikekalkan bukan sahaja bersama UKOM malah media cetak dan alternatif yang lain dalam menyalurkan berita yang memberi faedah kepada semua pihak, masyarakat dan juga negeri khasnya,"katanya.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir.
20 Jun 17
216
Empty Image
Dua Persatuan Anggota Keselamatan Terima Sumbangan RM20,000
Ahmad Razif menyampaikan duit raya kepada anak yatim. Foto Zulkifli C W PutraKerajaan negeri menyalurkan sumbangan RM20,000 kepada  dua persatuan anggota keselamatan negara di Terengganu sebagai menghargai dan mengenang jasa pihak itu yang banyak berkorban menjaga keselamatan negara.Pasukan Gerakan Am (PGA) dan  Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Polis (PERKEP) masing-masing menerima peruntukan RM10,000.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia berharap pihak persatuan menggunakan dana yang disalurkan itu sebaik mungkin, terutama untuk menjaga kebajikan ahli.“Apa yang disalurkan itu juga bagi menghargai mereka yang banyak berkorban menjaga menjaga keselamatan negara, selain sanggup meninggalkan keluarga dalam tempoh lama kerana tugas,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anggota PGA, di PGA Kubang Badak, Kuala Nerus, petang semalam.Hadir sama, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pegawai Pemerintah PGA 9, Superintenden Endut Mehad.Pada Majlis itu, seramai 30 anak yatim Baitul Sakinah menerima sumbangan kuih raya dan  duit raya.Ahmad Razif turut memberitahu, majlis tahunan yang diadakan itu bukan saja bagi meraikan anggota dan pesara PGA  malah bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.“Kalau tidak kerana anggota-anggota PGA ini menjalankan tugas dengan baik, adalah mustahil  Malaysia diisytihar menjadi negara yang ke-29 teraman di dunia. “Saya turut menghargai isteri anggota PGA kerana bukan mudah untuk menjadi seorang isteri kepada anggota keselamatan  kerana sering ditinggalkan suami untuk mempertahankan negara,”katanya.
19 Jun 17
86
Empty Image
Dana Raya : Terima Kasih Kerajaan
Engku AinaRata-rata penerima bantuan Dana Raya tahun 2017 amat berterima kasih dan gembira dengan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Terengganu kerana mampu meringankan bebanan mereka untuk membuat persiapan lebaran kurang seminggu dari sekarang.Seorang penerima, Engku Aina Izzah Engku Mat, 26, Pegawai Khidmat Pelanggan Yayasan Islam Terengganu memanjatkan rasa syukur kerana masih menerima dana raya untuk kali yang kedua sejak tahun lalu dan bantuan itu dapat menampung perbelanjaannya untuk membuat persiapan hari raya."Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan dengan bantuan ini. Bukan semua dapat menikmati dana sepertimana yang disediakan oleh kerajaan negeri ini,"katanya.Mohamad HasifiSeorang pelajar Universiti Kolej Bestari, Setiu pula Mohamad Hasifi Mustapa,24, mengucapkan terima kasih dengan inisiatif kerajaan Terengganu yang tidak lupa untuk memberi dana kepada golongan pelajar seperti mereka."Sememangnya dana ini sangat membantu kami, ini kerana kami tidak mempunyai pendapatan yang tetap, dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan dapat dijadikan sebagai perbelanjaan harian”, katanya.MardiahSementara kakitangan syarikat swasta, Mardiah Suhanim Mohamad, 34, berkata, dengan dana raya yang diberikan oleh kerajaan ini dapat membantunya membeli pakaian raya anak-anak dan barang dapur. “Terima kasih Kerajaan Terengganu kerana memberi dana kepada golongan yang berpendapatan rendah seperti saya.“Malah, hanya Kerajaan Terengganu sahaja yang memberi bantuan seperti ini. Saya berbangga menjadi rakyat Terengganu,” katanya yang telah menerima dana buat kali kelima tahun ini.Untuk rekod, kerajaan negeri memperuntukkan RM88.7 juta bagi bantuan Dana Raya 2017 yang membabitkan seramai 239,323 penerima di negeri ini tahun ini.Bantuan melalui kaedah baucer kepada mereka yang layak sudah diagihkan sejak 27 Mei lalu.Jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding RM81.3 juta yang diperuntukkan kepada kira-kira 219,754 anak negeri pada tahun lalu.
19 Jun 17
281
Empty Image
Kelab WDI Agih 2,500 Bekas Bubur Lambuk
Nawawi bersama ahli kelab WDI bergotong royong memasak bubur lambuk. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailLebih 2,500 bekas bubur lambuk diedarkan Kelab Wisma Darul Iman kepada pengguna jalan raya, ahli kelab dan pelanggan sempena Program Memasak Bubur Lambuk di perkarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Proses memasak 15 periuk bubur lambuk secara bergotong-royong sesama ahli kelab yang turut disertai Pengerusi Kelab WDI yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Turut serta, Timbalan Setiausaha Kerajaan  (Pembangunan) Dato’ A Rahman Yahya.Bermula daripada kerja-kerja merebus beras, menyiang ikan, ulam-ulaman, menyediakan pelbagai bahan mentah sehingga pengagihan kepada penguna jalan raya, semuanya dijalankan secara bergotong royong sesama ahli kelab.Tugasan  yang bermula  seawal jam 8.00 pagi itu diagihkan mengikut  kelab masing-masing, antaranya Niners, Helang, Tiger, Virus,  Urus, Perbendaraan dan Permata perlu memasak sekurang-kurangnya seperiuk atau lebih.Wan Nawawi berkata,  program julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan antara ahli kelab, selain mahu merapatkan silaturahim antara pelanggan yang sering berurusan.“Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang berikutan banyak manfaat diperoleh,”katanya.
18 Jun 17
53
Empty Image
UniSZA, Pelancongan Agih Bubur Lambuk Kepada Orang Ramai
Sukarelawan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramaiTradisi memasak dan menyediakan juadah bubur lambuk secara bergotong-royong yang diamalkan sejak 2015 diteruskan Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu pada tahun ini.Melalui program itu, sebanyak 800 bekas bubur lambuk diagihkan kepada pengguna jalan raya dan 600 bekas lagi untuk jemaah Masjid UniSZA, Gong Badak, Kuala Nerus.Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA, Prof. Dr. Nik Wan Omar berkata, lebih 100 sukarelawan termasuk penduduk setempat terlibat menjayakan program  tahunan itu.Katanya, mereka bersama-sama menyediakan ramuan dan memasak lima kawah makanan tradisi yang menggunakan beras dan ikan masing-masing dengan anggaran 100 kilogram, ayam dan pelbagai jenis ulaman kampung sejak jam 8 pagi.“Penganjuran program tahunan ini bertujuan mengukuhkan hubungan antara masyarakat kampung, pelajar dan juga penggiat industri pelancongan, selain menghidupkan kemeriahan bulan Ramadan,”katanya.
14 Jun 17
35
Empty Image
60 Pelajar UCB Terima Zakat
Seramai 60 penuntut Kolej Universiti Bestari (UCB) menerima sumbangan zakat berjumlah RM42,000 dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan orang perseorangan di kolej universiti itu, hari ini.Majlis Cakna UC Bestari itu disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutifnya, Dato' Tengku Mahmud Mansor di Dewan Teater UCB, Setiu.Turut menerima sumbangan pada majlis itu ialah seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Aliff Norhakim Majid berupa sebuah kerusi roda bernilai RM9,000.Dalam ucapannya, Tengku Mahmud mengumunkan derma siswa iaitu bantuan bulanan RM300 kepada dua pelajar OKU di kolej universiti itu."Seramai lapan pelajar OKU lagi yang menyambung pelajaran mereka di sini akan menerima bantuan itu selepas ini."Kita akan terus membantu pelajar anak yatim, pelajar OKU dan pelajar kurang kemampuan untuk mereka meneruskan pengajian sehingga tamat di UCB," katanya.Hadir sama di program itu ialah Naib Canselor UCB, Prof Dr. Ab. Aziz Yusof.
05 Jun 17
93
Empty Image
NGO Disaran Perbanyak Program Islamiah
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu disarankan agar bersama- sama penduduk setempat memperbanyakan aktiviti kemasyarakatan dan  program islamiah di setiap surau dan masjid terutama sepanjang Ramadan.Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, antara program yang mudah untuk dilaksanakan, tadarus al-Quran, solat sunat dhuha berjemaah, bacaan Surah Yasin dan berselawat."Menerusi program seumpama itu pastinya dapat menarik lebih ramai masyarakat, terutama golongan belia untuk mengunjungi rumah Allah,"katanya.Beliau berkata demikian pada Program Agihan Bantuan Kepada Ibu Tunggal Kuala Nerus di Surau Muhajirin, Telaga Batin, Seberang Takir, semalam.Program anjuran Puteri UMNO Kuala Nerus itu dimulakan dengan solat sunat dhuha berjemaah, bacaan Surah Yasin dan berselawat.Halina berkata, program itu akan diteruskan dengan mengagihkan barangan keperluan dapur dari rumah ke rumah."Penganjur program akan menumpukan penduduk yang kurang bernasib baik, antaranya ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya dan penduduk berpendapatan rendah ,"katanya.
02 Jun 17
79
Empty Image
Pemimpin Bersama Komuniti Di Felda Selasih Meriah
Lebih 2,000 hadir menjayakan program Pemimpin Bersama Rakyat bersama Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan yang diadakan di Felda Selasih, Parlimen Setiu, hari ini.Program yang bermula jam 8.30 pagi itu didahului ucapan Pengerusi J3K Felda Selasih, Wan Nawi Wan Kadir dan diikuti ucapan oleh Iskandar sebelum ucapan perasmian oleh Che Mohd Zulkifly.Dalam ucapannya, kedua-dua pemimpin itu mahu orang ramai terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang supaya rakyat dapat terus menikmati kehidupan yang sejahtera dan menerima pelbagai bantuan yang diberi oleh kerajaan.Kedua-dua pemimpin itu juga mengingatkan hadirin supaya tidak mudah percaya dengan beberapa tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui media sosial hari ini.Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan futsal, tendangan penalti bola padang, jaringan bola jaring, berbasikal oleh kanak-kanak sekolah dan remaja, pertandingan gubahan, gerai jualan, 'booth' Askar Wataniah, Bomba dan JPJ.Pertandingan lumba basikal sejauh 35 kilometer turut diadakan dan disertai 200 peserta dari beberapa negeri yang berakhir di kawasan Air Terjun Selasih.Turut diadakan juga ialah pemeriksaan kesihatan percuma oleh Komuniti Sihat.Seramai 280 remaja dari beberapa kampung di DUN Jabi menerima dana Transformasi Orang Muda (TOM) tadi.Program berakhir kira-kira jam 1 petang dengan majlis penyampaian hadiah dan jamuan makan tengahari dengan lauk gulai kawah.
23 May 17
37
Empty Image
KRT Dan SRS Bantu Kurang Jenayah
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman mengucapkan syabas kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di DUN itu.Berucap ketika hadir pada program Majlis Ramah Mesra SRS Wakaf Cagak, Kuala Nerus Dengan Kerjasama PDRM dan SRS DUN Batu Rakit serta Jom Ronda Bersama PDRM Ke Pos SRS baru-baru ini, Bazlan berkata, indeks jenayah di DUN itu berkurangan dan kes-kes jenayah terkawal sejak kebelakangan ini."Saya berharap semua KRT dan SRS di DUN ini terus aktif mengadakan rondaan kerana ianya begitu berkesan untuk mewujudkan kampung yang aman kerana kes-kes jenayah dapat dikurangkan."Jika kita renung melalui keikhlasan tugasan menjaga keselamatan harta benda orang ramai serta keharmonian penduduk ia adalah satu ganjaran rahmat Allah tanpa kita sedar, tahniah dan syabas kepada semua," katanya.Sementara itu, Pengerusi SRS Wakaf Cagak, Mohamad Abdullah berkata, rondaan bersama PDRM itu berkunjung ke lima pos SRS iaitu Pos SRS Wakaf Cagak, Pos Pekan Batu Rakit Utara, Pos Rumah Kos Rendah Awam Mengabang Lekor, Pos Mengabang Lekor dan Pos Pekan Batu Rakit Selatan."Turut sama dalam kunjungan itu ialah Ketua Balai Polis Batu Rakit, Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman dan beberapa anggota dari balai itu," katanya.Turut sama dalam Jom RONDA ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Terengganu, Burhanuddin Daud dan Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus Asmawati Chik @ Mohamad.
23 May 17
1033
Empty Image
RM5,000 Untuk Kelab Belia Seluruh Terengganu
Kerajaan negeri memperuntukkan RM5,000 setahun kepada persatuan dan kelab belia peringkat cawangan di seluruh Terengganu yang aktif bagi menjalankan aktviti masing-masing untuk manfaat ahli.Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman berkata jumlah itu adalah tertinggi berbanding peruntukan yang disediakan kepada kelab belia di negeri lain."Kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri terutama kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif di atas kecaknaan beliau kepada persatuan belia di negeri ini."Kita patut bersyukur kerana kita mendapat bantuan sebanyak RM5,000 setahun kepada persatuan belia yang aktif daripada kerajaan negeri."Saya berada di peringkat kebangsaan dan apa yang saya tahu bantuan yang kita terima ini adalah paling tinggi berbanding yang diterima persatuan belia di negeri-negeri lain," katanya yang juga Pengerusi Kawasan MAYC Marang itu.Bercakap dalam majlis perasmian mesyuarat agong tahunan persatuan itu di Seri Iman, Kuala Terengganu, Amirullah yang juga Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan itu berkata, beliau mahu semua persatuan belia di bawah MAYC terus aktif dengan mengadakan aktiviti dan program dari semasa ke semasa dan pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi menjayakan program itu.Sementara itu, seramai 200 ahli MAYC dari seluruh negeri menghadiri mesyuarat agong tahunan itu.Majlis perasmian dilakukan Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Terengganu, Mohd Mazlan Anis yang mewakili Menteri Besar.Turut hadir Setiausaha MAYC Terengganu, Mohd Faizal Harun yang juga Pengerusi MAYC Kawasan Kuala Terengganu.Hadir sama, Pengerusi Kawasan MAYC Dungun, Sofiza Mahmood, MAYC Kemanan, Mohd Sabri Ali, Hulu Terengganu, Anuar Hamzah dan Kuala Nerus, Mohd Khalid Muhammad.
22 May 17
344