lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Mohalim Iklim Pertaruh Herow Band Dengan `Hanya Kamu Saja'
 Herow Band mempertaruhkan  akustik balada 'Hanya Kamu Saja'. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Kumpulan Herow band yang terdiri daripada lima anak muda dicetuskan oleh Mohalim Iklim bakal mewarnai persada tanah air menerusi lagu akustik balada 'Hanya Kamu Saja'. Kugiran yang ditubuhkan pada 2012 ditunjangi Syahidin, Salam dan Salihin Mohd Salim yang juga anak kepada Mohalim. Sementara dua lagi, Aiman Hakim dan Shahriman Sulaiman. Konsep kumpulan ini ialah membawa lagu-lagu berunsur pop, akustik dan balada dengan bakat mereka yang berusia 17 hingga 22 tahun itu diasah oleh Mohalim sendiri. Vokalis utama kumpulan, Muhd Syahidin, 21, berkata album yang baru dilancarkan itu mengandungi empat lagu dengan  taruhan `Hanya Kamu Saja' sebagai lagu hits dan dijangka menjadi siulan pendengar masa kini. Album terbitan Mohalim Audio Production (MAP) Muzik juga mengandungi lagu-lagu `Bersama Selamanya' , `Pergi' dan `Rindu Kuih Tempatan' dicetak sebanyak 500 unit dengan tawaran harga RM12 seunit. "Kami sering dijemput membuat persembahan di Pantai Timur khususnya Terengganu. Tetapi tidak menolak untuk membuat persembahan di seluruh negara jika diberi peluang untuk pergi lebih jauh. “Kumpulan ini pernah menjadi juara sebanyak tiga kali dalam persembahan busking di Terengganu pada 2014,"katanya kepada media di Majlis perjumpaan Bersama Media anjuran Unit Komunikasi negeri Terengganu (UKOM) sempena Aidilfitri 2017, di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah UKOM, Dato' Muda Mamat. Sementara itu, menurut pengurus kumpulan, Mohalim, pada sambutan hari raya tahun ini, kumpulan itu turut mencipta satu lagu yang berjudul `Joget Di Hari Raya' dan sudah dimuat naik di laman sosial YouTube.     Dalam pada itu, Mohalim juga mahu memeriahkan lagi persada seni negara dan melihat bakat anak-anak didiknya itu boleh diketengahkan lebih jauh sekali gus mampu menjadi ikon kepada golongan belia khususnya dalam industri muzik. “Oleh kerana kumpulan Iklim telah lama menyepi, saya mengambil satu inisiatif baru untuk terus menghasilkan kesinambungan dalam industri seni tanah air. “Hampir empat tahun saya mengambil masa untuk menubuhkan kumpulan ini. Ketika mereka masih di alam persekolahan saya mengajar cara-cara bermain gitar dan mengolah lagu agar dapat merealisasikan hasrat menubuhkan kumpulan baru yang sesuai dengan citarasa pendengar masa kini. “Untuk konsep dan lagu kumpulan ini, saya memberi kebebasan kepada mereka dan bukan mengikut konsep saya atau dibayangi oleh Iklim. “Harapan saya agar album ini mendapat sambutan kerana saya dapat melihat kesungguhan mereka untuk menghasilkan album dan produk sendiri tanpa pihak lain yang menguruskannya,”katanya. Selain menyanyi, Herow Band juga turut menceburi cabang perniagaan dengan menjual produk yang dihasilkan sendiri seperti  T-Shirt Herow Band dan minyak wangi “Herow” by Sembo yang dijual menerusi Facebook serta  Instagram.    
24 Jul 17
786
Empty Image
Kami Sayang dan Rindu Saleem, Dari Jauh Kami Mendoakan - Mohalim Iklim
    Kenangan bersama Iklim dan Saleem tidak mudah untuk dilupakan - Mohalim (bekas Gitar Bass Iklim), kata Mohalim@ Mohd Salim (bass guitar). “Kami sayang dan sentiasa ingat dan kenangkan Saleem kerana kenangan sewaktu bersama-sama dalam kumpulan Iklim tidak pernah dilupakan,” "Kami akan cuba berpakat dan mengesan rakan-rakan sekumpulan yang lain untuk menziarahi bekas Vokalis Iklim ini  yang kini masih dirawat di Pusat Pakar, Hospital Universiti dalam masa terdekat, katanya yang amat sedih mendengar berita mengenai Saleem yang kini sakit dan dirawat dihospital. Mohalim ketika ditemui di Kuala Terengganu berkata, kenangan bersama Saleem sejak 1988 di zaman awal-awal kemunculan kugiran yang popular berasal dari Terengganu itu, tidak mudah untuk dilupakan.   Antara ahli kumpulan mereka waktu itu (1989), ialah: • A.M Saleem Abdul Majid (Saleem) – vocalist • Umarul – electric & acoustic guitar Huzali- keyboardist • Mohd Salim (Mohalim) – bass guitar • Kamaruddin (Kama) – drums Saleem sebelum ini dimasukkan ke wad pemantauan telah dipindahkan ke wad biasa, Pusat Pakar Universiti Kebangsaaan Malaysia (PPUKM) yang lebih privasi sejak Rabu lalu. "Saleem dipindahkan ke wad biasa selepas doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih. Tapi selepas itu kami tukar lagi ke bilik yang lebih privasi supaya dia dapat rehat dengan secukupnya. Saleem dimasukkan ke PPUM pada 4 Julai lalu akibat demam panas hampir sebulan. Ruslan: Mengapa tidak boleh dilupakan? Mohalim: Iklim adalah zaman kegemilangan kami dalam lagu-lagu Rock Balada (slow rock). Ruslan: Setakat ini rakan-rakan sekumpulan yang boleh berhubung antara satu sama lain. Mohalim: Kami sentiasa berhubung- Umarul ( di Bangi Selangor), Huzali (Wangsa Maju). Mereka masih lagi teribat dalam muzik di sana. Kama masih di Terengganu sebagaimana saya.   Ruslan: Adakah mereka ini tahu Saleem sedang dirawat? Mohalim: Saya telah memberitahu kawan kawan di Kuala Lumpur untuk pergi lawat Saleem. Buat masa ini saya dan Kama belum dapat pergi kerana saya kebetulan masalah ahli keluarga yang kemalangan jalanraya. Namun dari jauh saya sentiasa mendoakan agar Saleem kembali sembuh.   Ruslan: Adakah kemungkinan boleh mengadakan konsert kenangan Iklim selepas ini. Mohalim: Boleh jika ia mampu diurus secara profesional dan saksama. Tetapi buat masa ini masing-masing bergerak secara solo. Saya bersama Kombo RTM Kuala Terengganu.     Ruslan: Apa nasihat kepada Saleem? Mohalim: Rajin-rajinlah makan ubat dan berdoalah selalu kepada Allah. Semoga Allah merahmati kita dunia dan akhirat. Yang lalu biarlah berlalu, kepada Allah kita panjatkan doa dan keampunan.
16 Jul 17
1753
Empty Image
1,500 Peserta Hangatkan Run For Peace
Dato' Mohd Zubir mengibarkan bendera SGM dalam perasmian Run For Peace 2017. - Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Lebih 1, 500 peserta yang menyertai acara larian Run For Peace 2017 sepanjang lapan kilometer di Dataran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, semalam.Acara anjuran Soka Gakkai Malaysia (SGM) dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zubir Embong.Mohd Zubir berkata, acara itu sebagai satu langkah yang baik dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat untuk mengamalkan cara hidup sihat.Katanya, program itu sepatutnya lebih kerap diadakan supaya masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia ini dapat memahami dan menghormati antara satu sama lain.“Saya berharap agar masyarakat dapat mengekalkan cara hidup yang sihat untuk dijadikan sebagai contoh kepada generasi yang akan datang. Malah, kita harus mngekalkan keamanan dengan saling menghormati budaya dan agama lain di negara ini.“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur program kerana berjaya mengumpulkan masyarakat dalam acara ini. Saya berharap agar lebih ramai lagi yang akan menyertai Run For Peace pada masa hadapan,” katanya.Pengerusi Soka Gakkai Terengganu, Khor Wan Khoon berkata, aktiviti Run For Peace diadakan bermula hari ini (semalam) hingga 8 Ogos di 19 lokasi yang berlainan seluruh Malaysia.Katanya, selain untuk menyebarkan ideologi keamanan, GSM berharap dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat menggalakkan orang ramai untuk terus mengamalkan cara hidup yang sihat.Turut hadir, Suruhanjaya MCA negeri, Dato' Toh Chin Yaw, Setiausaha MCA Kuala Terengganu, Toh Seng Cheng, Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina, Tan Beng San serta Ahli Council SGM, Lim Tee Yen.
14 Jul 17
269
Empty Image
Kugiran Anak Terengganu, Herow Band Bakal Gegarkan Industri Dengan `Hanya Kamu Saja'
Herow Band akan memeriahkan industri tanah air dengan mempertaruhkan mini album pertama berjudul Hanya Kamu Saja - Foto Zulkifli C W Putra Kugiran anak Terengganu, Herow Band akan melancarkan sebuah mini album pertama berjudul `Hanya Kamu Saja' yang bakal memeriahkan persada seni tanah air, tidak lama lagi. Bagi pelancaran tersebut, sebanyak 500 unit album dicetak dan akan dijual dengan tawaran RM10 pada hari pelancaran, manakala untuk hari seterusnya RM12 seunit. Herow Band yang ditubuhkan pada 2012 terdiri daripada lima anak muda Syahidin, Salam dan Salihin Mohd Salim yang juga anak kepada pemain gitar bass, Mohalim daripada kumpulan Iklim. Sementara dua orang lagi, Aiman Hakim dan Shahriman Sulaiman. Konsep kumpulan ini ialah membawa lagu-lagu berunsur pop, akustik dan balada Bakat mereka diasah dan di beri tunjuk ajar oleh Mohalim sendiri. Vokalis kumpulan, Muhd Syahidin,21, berkata album yang akan dilancarkan tidak lama lagi itu mengandungi empat lagu dengan memperjudikan `Hanya Kamu Saja' sebagai lagu hits dan dijangka bakal mendapat tempat di kalangan golongan muda.   "Kami sering dijemput membuat persembahan di Pantai Timur khususnya Terengganu. Malah, kami juga tidak menolak untuk membuat persembahan di seluruh negara jika berpeluang mengembangkan lagi bakat dan karier kami demi memeriahkan industri seni negara kita. “Kumpulan kami juga pernah menjadi juara sebanyak tiga kali dalam persembahan busking di Terengganu pada 2014,"katanya ketika ditemui wartawan Teganukita, semalam. Katanya, pada sambutan hari raya tahun ini, kumpulannya mencipta satu lagu yang berjudul `Joget Di Hari Raya' yang telah dimuatnaik di laman sosial YouTube. “Buat masa sekarang kami masih mengikat kontrak dengan Manis FM selama enam bulan dan membuat persembahan yang melibatkan agensi itu dan di mana-mana acara yang diminta,” katanya.   Mohalim Pengurus kumpulan, Mohalim pula berkata, dia mahu memeriahkan lagi persana seni negara dan melihat bakat anak-anaknya boleh diketengahkan untuk mewarnai industri muzik negara. “Oleh kerana kumpulan Iklim telah lama menyepi, saya mengambil satu inisiatif baru sebagai kesinambungan dalam industri seni tanah air. “Hampir empat tahun saya mengambil masa untuk menubuhkan kumpulan ini. Ketika mereka masih di alam persekolahan saya mengajar cara-cara bermain gitar dan memberi tunjuk ajar  supaya satu masa dapat menghasilkan kumpulan baru. “Untuk konsep dan lagu kumpulan ini, saya memberi kebebasan kepada mereka dan bukan mengikut konsep saya atau Iklim dalam menciptakan sesuatu yang baharu dan segar dengan halwa telinga pendengar terkini khususnya di kalangan anak muda masa kini. Walaubagaimanapun, saya akan sentiasa pantau dan memberikan sokongan penuh kepada mereka. “Harapan saya agar album ini mendapat sambutan kerana saya dapat melihat kesungguhan mereka dalam menghasilkan album dan produk sendiri tanpa ada pihak lain yang menguruskan,”katanya. Selain menyanyi, Herow Band juga turut mempelbagai punca pendapatan mereka dengan menjual produk yang dihasilkan sendiri, T-Shirt Herow Band dan minyak wangi `Herow by Sembo' yang turut dijual menerusi media sosial Facebook serta Instagram.            
10 Jul 17
797
Empty Image
Doakan Saleem Kembali Sembuh - MB
Ahmad Razif dan isteri meluangkan masa melawat Saleem dan bertanya khabar artis itu ketika urusan rasmi ke Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah Abu Kasim   "Bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Terengganu, saya amat simpati kepada Saleem dan berharap Saleem serta keluarga tabah sabar menghadapi ujian Allah, " kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebaik sahaja menziarahi penyanyi terkenal dan ' evergreen' negara, A. M. Salim Abdul Majeed dari Permaisuri, Setiu, itu.   Ahmad Razif bersama isteri To' Puan Seri Hajah Halina Zakaria serta Setiausaha Politik, Dr Rozailan Mamat tiba di Pusat Perubatan HUKM, di Cheras di ibu kota kira-kira jam 1 tengahari untuk melawat dan melihat perkembangan kesihatan Saleem. Isteri Saleem, Julia atau Juriah Bachok turut menyambut ketibaan Ahmad Razif dan rombongan. Ahmad Razif berkata, beliau diberitahu oleh doktor yang merawat Saleem bahawa penyanyi yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu dan pernah membintangi filem itu dalam keadaan stabil serta masih dalam proses rawatan untuk pulih. Menurutnya lagi, kerajaan negeri akan melihat apa apa keperluan yang sewajarnya untuk membantu penyanyi yang mempunyai peminat di seluruh tanah air dan dan rantau ini seperti di Indonesia, Singapura dan Brunei itu. "Saleem sudah menyumbang kepada kemashyuran negeri dan kerajaan negeri akan membantu keperluan artis ini untuk melihat dia terus mewarnai persada seni tanah air kita.    "Saya harap peminat Saleem di mana jua berada, doakalah untuk Saleem agar kembali sembuh," ujar Ahmad Razif yang kelihatan sedih melihat keadaan artis itu.
08 Jul 17
244
Empty Image
Sambutan Raya Wisma Darul Iman Penuh Warna-Warni
Halina menyampaikan hadiah kemenangan kepada Penolong Pegawai Tadbir, Zulmiksyar, mewakili Kelab Permata selepas  diumumkan pemenang pertandingan gerai terbaik sempena Sambutan hari Raya Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Darul Iman hari ini, penuh warna-warni dan diceriakan dengan kehadiran Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria.Beliau dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada 80 pelajar sekolah rendah di sekitar Kuala Terengganu yang terdiri daripada anak yatim serta kurang berkemampuan sebelum menikmati juadah pelbagai menu yang disediakan semua kelab di WDI.Seorang pelajar, Ainur Zahirah Saiful Mazram, 12, dari Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi duit raya kepada pelajar sekolah sepertinya.Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, sambutan itu sudah menjadi acara tahunan bagi meraikan kakitangan serta semua rakan strategik dan pelanggan Pejabat SUK.Katanya, konsep Hari Raya pada tahun ini juga sepertimana tahun sebelumnya iaitu menyediakan juadah mengikut gerai dan turut diadakan pertandingan gerai terbaik.“Setiap kelab di WDI bertanding untuk menyediakan pelbagai juadah bagi meraikan tetamu pada hari ini, termasuklah hiasan gerai dan juadah makanan yang dihidangkan kepada para tetamu."Beraneka juadah telah disediakan antaranya sate, lemang, ketupat, mee soto, mee kari, nasi dagang, nasi minyak, cendol, buah-buahan, kuih tradisional dan sebagainya yang diajikan dengan penuh kreatif dan menarik,"katanya.Kelab Permata yang menyajikan hidangan sate beserta nasi impit menggunakan konsep `food truck' Visit Beautiful Terengganu 2017 muncul johan bagi pertandingan itu.Dalam pada itu, suasana diserikan dengan persembahan sketsa serta alunan lagu-lagu hari raya yang disampaikan oleh artis kebudayaan negeri Terengganu.Para jemputan terdiri daripada ahli kelab WDI, kakitangan jabatan-jabatan lain dan orang ramai sekitar Kuala Terengganu membanjiri majlis seawal jam 10 pagi hingga 3.00 petang.Sementara itu, Kelab Permata diumumkan sebagai johan gerai terbaik.
04 Jul 17
661
Empty Image
Air Cendol Tengah Bandar Punca Rezeki Pak Safril
Syawal memberi limpahan rezeki buat seorang warga emas yang mengusahakan jualan air cendol di tengah pusat Bandar Raya Kuala Terengganu apabila banyak menerima tempahan terutama untuk majlis rumah terbuka.   Mengekalkan resepi tradisional dan hanya menggunakan bahan asli, perniagaan diusahakan Safril Dalil, 60, atau dikenali sebagai Pak Safril sejak 30 tahun lalu mampu memberi pulangan berlipat kali ganda setiap kali kedatangan Aidilfitri.   Warga emas yang berasal dari Wakaf Mempelam itu berkata, lazimnya pada hari biasa dia hanya menjual sekitar 100 gelas air cendol, namun pada bulan Syawal dia terpaksa menggandakan bahan yang dijual disebabkan permintaan tinggi.   “Pakcik jual air cendol ini sudah lama sejak anak baru pandai merangkak dan sekarang dia pun dah mempunyai anak sendiri, pakcik masih kekal berniaga sebagai mata pencarian utama keluarga dengan dibantu isteri. "Inilah pekerjaan pakcik dari dulu sampai sekarang dan Alhamdulillah dengan rezeki ini kerana kalau tidak kita sendiri berusaha mana mungkin dapat menyara kehidupan sehingga anak-anak dewasa dan berdikari sendiri,” ujar bapa kepada empat orang anak itu kepada Teganukita, hari ini.   Safril berkata, bagi menjamin kualiti yang terbaik untuk pelanggan, dia masih mengekalkan bahan-bahan tradisi seperti manisan gula melaka, kacang merah, cendul dan juga pulut yang mampu memenuhi selera pelanggan. "Alhamdulillah musim raya ini permintaan terhadap cendol pakcik agak memuaskan, termasuk untuk majlis rumah terbuka, perkahwinan, jamuan keluarga dan sebagainya,” ujarnya yang turut menjual rojak buah dengan menggunakan motosikal, selain dibantu abangnya setiap kali menjalankan urusniaga itu.
04 Jul 17
384
Empty Image
Tidak Menang Tangan Layan Tamu Majlis Rumah Terbuka ADUN Batu Rakit
Bazlan bersalaman dengan tetamu di majlis rumah terbuka di kediaman beliau hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah Abu KasimKira-kira 10,000 tetamu membanjiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman yang diadakan di perkarangan rumah ADUN itu, di Batu Rakit, hari ini.Orang-ramai mula hadir kira-kira jam 10.30 pagi dan menjelang tengahari jumlah tetamu semakin ramai untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman tiba bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria kira-kira jam 1.40 tengahari disambut Bazlan dan isteri.Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee dan isteri, To' Puan Zaimah Ab Aziz turut hadir ke majlis itu.Turut hadir, Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh, ADUN Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor, ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan beberapa ketua jabatan negeri serta persekutuan.Bazlan mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat di DUN Batu Rakit dan tetamu yang hadir kerana memeriahkan sambutan itu sekali gus mengeratkan ikatan silaturahim antara penduduk.Sementara itu beberapa penyedia makanan yang ditemui berkata, mereka tidak menang tangan melayani tetamu di rumah terbuka Aidilfitri ADUN itu.Rahimah Sulong, 65 yang menyediakan makanan opok-opok berkata, beliau menyediakan kira-kira seribu keping makanan itu pada hari ini."Hari ini saya menyediakan 1,000 keping opok-opok dan jika tidak cukup saya ada sediakan lagi untuk tambahan," katanya.Seorang lagi penyedia makanan, Fadhil Razali, 35 berkata beliau menyediakan kira-kira 2,000 bekas cendol itu tetamu rumah terbuka itu.Manakala, Noraslina Ibrahim pula berkata, sebanyak 175 kilogram ikan selayang disediakan untuk ikan celup tepung digerainya."Saya harap ikan ini cukup tetamu yang hadir pada hari ini," katanya.Sehingga jam 3 petang, orang ramai masih lagi bertali arus menikmati juadah dan bertemu dengan wakil rakyat itu.
02 Jul 17
267
Empty Image
Teruskan Aktiviti Rondaan Di Bulan Syawal
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu meminta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) meneruskan aktiviti cegah jenayah di musim perayaan termasuk pada Ramadan dan Syawal ini.Pengarahnya, Burhanuddin Daud berkata, tiada istilah cuti bagi aktiviti mencegah jenayah malah pasukan SRS digalakkan lebih banyak menjalankan aktiviti rondaan berbanding biasa. "SRS di KRT ini penting kerana mereka lebih mengenali jiran tetangga dan antara satu sama lain dalam masalah sosial, kecurian dan sebagainya yang berlaku di sekeliling mereka. "Sebab itu, di bulan Ramadan dan Syawal juga rondaan diteruskan secara lebih aktif," katanya kepada pemberita selepas menyertai program agihan bubur kacang anjuran Kasut You, baru-baru ini. Beliau berkata, perkara itu bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini dan juga kesempatan yang boleh diambil oleh mereka yang berniat jahat. Selain itu, pihaknya juga ingin mengingatkan kepada pemastautin di negeri ini yang mahu pulang berhari raya agar mengisi borang atau memaklumkan di balai polis berdekatan. "Sebelum ini, JPNIN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan borang balik rumah, rumah selamat kepada orang ramai dalam satu program.rondaan bersama di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. "Jadi, pemastautin yang ingin pulang berhari raya di kampung halaman, sila hantar borang yang diedarkan itu ke balai polis berdekatan.
24 Jun 17
189
Empty Image
Permintaan Air Tuak Meningkat Mendadak Di Bulan Ramadan
Ismail menunjukkan proses mengumpul air tuak sambil disaksikan Yang Dipertua Daerah Marang, Rozali Salleh (dua dari kiri) ketika lawatan ke kawasan perusahaan itu, baru-baru ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Air tuak atau air nira lazimnya mendapat sambutan ramai penggemar di bulan Ramadan sebagai pilihan utama juadah untuk berbuka puasa.Seorang pengusaha air tuak kelapa pandan, Ismail Sulaiman, 56, berkata ketika Ramadan, permintaan air tuak akan meningkat lebih tinggi iaitu sehingga tiga kali ganda berbanding dari hari-hari biasa.Menurutnya, kebiasaan jualan mencapai 30 liter sehari, tetapi pada bulan Ramadan boleh meningkat kepada 100 liter sehari.“Kawasan ini tidak ramai yang menjual air tuak pandan, kalau ada pun, hanya yang menjual air tuak biasa sahaja.“Ramai orang datang membeli air tuak dengan saya kerana hanya saya seorang sahaja yang menjual air tuak kelapa pandan di kawasan ini. Malah, saya boleh menjual dengan harga borong RM40 untuk 10 liter air tuak," katanya yang sudah mengusahakan perniagaan itu sejak 2005 lagi.Perkataan tuak ini merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol. Rasanya agak masam manis dan ianya tidak memabukkan.Terdapat beberapa jenis air tuak antaranya tuak nipah, tuak tar, tuak sagu dan yang paling popular ialah tuak kelapa, dikatakan tuak yang paling sedap ialah yang dihasilkan dari pokok kelapa wangi dan kelapa pandan.
21 Jun 17
724