lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Hadiah Utama Program Senyum Syukurnya Negaraku Merdeka Tawar Tiga Kereta Untuk Warga Kuala Berang
Program Senyum Syukurnya Negaraku Merdeka yang julung kali diperkenalkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang berjaya menyemarakkan semangat patriotisme di segenap lapisan masyarakat sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, program diadakan bermula awal Ogos dan berakhir hari ini, dibuka kepada 6,014 rumah di DUN Kuala Berang dengan syarat mereka merupakan pengundi berdaftar di DUN tersebut.Katanya, Pejabat ADUN memperuntukkan hampir RM80,000 termasuk tiga kereta sebagai hadiah utama, satu kereta untuk cabutan bonanza, set sofa, peti ais, mesin basuh, penyaman udara dan televisyen serta pelbagai hadiah sagu hati untuk kesemua 111 penyertaan akhir."Kita bermula dengan pertandingan di peringkat kampung diuruskan oleh 37 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dengan tiga pemenang terpilih ke pertandingan akhir peringkat DUN."Daripada jumlah itu, 111 rumah yang layak ke peringkat akhir akan dibahagikan kepada sembilan zon dan dinilai oleh 27 juri yang dipilih daripada jabatan-jabatan sekitar Kuala Berang."Antara kriteria-kriteria dalam penghakiman kali ini adalah seperti kreativiti, keunikan, jumlah Jalur Gemilang, kekemasan, galeri dan beberapa lagi aspek penting dalam penilaian bagi memilih pemenangnya,"katanya kepada pemberita selepas meninjau proses penghakiman beberapa rumah penduduk yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan, semalam.Tengku Putera yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri berkata beliau teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk yang terlibat dan kesepakatan mereka dalam menghiasi kediaman masing-masing.Tambah Tengku Putera, program berkenaan menjadi satu permulaan dan pengukuhan dalam membentuk semangat patriotisme dan  kerjasama yang menjayakan konsep OKB 'Kami Berpadu Tuan Membantu'."Saya berpuas hati setelah melihat sendiri bagaimana usaha yang telah dilakukan oleh peserta untuk menjadi yang terbaik dalam pertandingan kali ini walaupun terpaksa mengeluarkan belanja sendiri dan ada yang sanggup berbelanja tinggi untuk mencipta kelainan di kediaman mereka."Malah pertandingan yang julung kali diadakan ini, saya lihat berjaya merealisasikan lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) seperti perpaduan, kekeluargaan,penyatuan dan ilmu sepanjang pertandingan ini berlangsung."Panjangkan semangat ini kepada generasi muda bagi membangkitkan rasa cinta kepada negara dan mensyukuri nikmat kemerdekaan,"ujarnya.
04 Sep 17
67
Empty Image
Sambutan Kemerdekaan Ke-60 Di Tanah Suci
  Sambutan hari kemerdekaan tetap diraikan jemaah haji Malaysia di Kota Suci Mekah sebagai tanda kecintaan kepada negara.                         Semalam (29 Ogos),  berlangsungnya majlis di sebuah hotel penginapan jemaah haji yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman.                       Dalam ucapan ringkas beliau, Dato’ Ibrahim berharap semangat cintakan tanah air tetap subur di kalangan rakyat negara Malaysia di mana pun mereka berada, sebagaimana dibukti di majlis yang dihadiri ramai jemaah haji.                         Beliau memuji langkah yang diambil oleh jemaah haji Program Khas Perdana Menteri yang mengadakan program ini bersama dengan solat hajat dan doa selamat.   Program Khas Haji Perdana Menteri diselaraskan oleh Dato’ Jailani Ngah selaku Pengerusi yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri.                              Ia membabitkan 1,200 jemaah haji dari seluruh Malaysia pada tahun ini.                         "Dalam tempoh 60 tahun negara kita merdeka, banyak kejayaan telah dicapai termasuk kecmerlamgan TH menguruskan jemaah haji setiap tahun yang diperakui di peringkat dunia,"  kata Dato' Ibrahim lagi.                    Pada sebelah malamnya, satu lagi sambutan merdeka dan solat hajat serta doa selamat diadakan di sebuah hotel (maktab) penginapan yang lain di Kota Mekah.                           Sambutan diadakan lebih awal kerana hari ini (30 Ogos ) jemaah akan berangkat ke Arafah untuk berwukuf dan seterusnya ibadat melontar di Mina.               Ruslan Abdul Rahman melaporkan dari Tanah Suci Kota Mekah                
29 Aug 17
126
Empty Image
Ketua Rombongan Haji Puas Hati Program Khas Haji PM
Ketua Rombongan Haji tahun ini bersamaan 1438H Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan kerjasama serta disiplin jemaah haji di bawah Program Khas Perdana Menteri (1MDB). "Saya berpuasti hati dengan kerjasama diberikan termasuk Pengerusi Program berkenaan, Dato' Haji Jailani Ngah dan kami sentiaaa berhubungan berbincang untuk kebaikan jemaah," katanya sewaktu menerima kunjungan Urusetia Induk Program malam kelmarin bertempat di Pejabat Urusan TH di Mekah, di Abraj Janaddriyah. Datuk Syed Salleh dalam pertemuan itu berkata, peningkatan jemaah haji seluruh dunia tahun ini adalah sebanyak 20 peratus atau 600 hingga 700 ribu yang sudah tentu memerlukan pengurusan yang sebaik mungkin. Dengan peningkatan jemaah dari seluruh dunia pada musim haji kali ini, jemaah Malaysia akan bergerak ke Arafah lebih awal. Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, langkah itu bagi memastikan operasi masya'ir jemaah Malaysia berjalan lancar. Beliau berkata, dengan pertambahan jemaah itu antara cabaran utama dihadapi ialah kesesakan lalu lintas. Berikutan itu, pihaknya memutuskan pergerakan jemaah Malaysia ke Arafah dibuat lebih awal pada 9 pagi, 8 Zulhijjah (30 Ogos). Katanya, sebelum ini, pergerakan jemaah Malaysia hanya bermula selepas solat Zuhur pada 8 Zulhijjah dan dijangka selesai menjelang tengah malam hari sama. Beliau berkata, semua jemaah akan dibawa secara berperingkat mengikut maktab penginapan masing-masing. "Sebanyak 20 bas disediakan bagi setiap maktab yang akan membawa jemaah dalam tiga perjalanan," katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan operasi masya'ir. Ini bermakna 280 bas perlu disediakan bagi membawa jemaah di 14 maktab membabitkan keseluruhan 840 perjalanan. Beliau berkata, pada musim haji kali ini, beberapa penambaikan dilakukan muassasah bagi memberi lebih keselesaan kepada jemaah. Katanya, di Arafah, pengurusan muassasah menyediakan khemah baru yang lebih stabil, kalis api serta mampu menahan tiupan angin kencang. "Ini tahun pertama kerajaan Arab Saudi mengenakan syarat ini di Arafah. Sebelum ini mereka menggunakan khemah dalam bentuk kain khemah saja. "Dengan khemah lebih besar ini, ia dapat memuatkan jemaah lebih ramai, keadaan juga lebih selesa kerana dinding khemah lebih stabil dan kukuh," katanya. Beliau berkata, di Arafah juga disediakan generator tambahan bagi membekalkan elektrik dan tidak hanya bergantung kepada bekalan yang disalurkan kerajaan. "Ini bermakna pada tahun ini setiap maktab ada generator sendiri sebagai sokongan. "Cuaca yang agak panas memerlukan pelbagai sumber bekalan elektrik yang tinggi untuk kipas berwap yang digunakan pada tahun ini," katanya. Anak batu untuk melontar disediakan: Katanya, penambahbaikan juga dibuat di Muzdalifah apabila tahun ini muassasah menyediakan anak batu melontar bagi setiap jemaah. "Sebelum ini, jemaah perlu mengutip sendiri anak batu di Muzdalifah, tahun ini muassasah sediakan 100 anak batu untuk melontar di Jamarat," katanya. Menurutnya, di Mina, penambahbaikan yang dibuat ialah alat penyejuk udara ditukar dengan set baru bukan saja di khemah Malaysia, malah khemah negara lain juga. Beliau berkata, alat urinal untuk membuang air kecil turut disediakan untuk kemudahan jemaah tanpa perlu menggunakan tandas. "Jemaah haji akan bermalam di Arafah dan pada esoknya iaitu 9 Zulhijjah (31 Ogos) selepas Zuhur masuklah waktu wukuf. "Kemudian pada 6.30 petang 9 Zulhijjah, jemaah akan mula digerakkan dari Arafah ke Muzdalifah. "Pada 9 Zulhijjah sekitar 11.45 malam iaitu detik separuh malam, jemaah akan mula digerakkan dari Muzdalifah ke Mina dan dijangka berakhir pada 9 atau 10 pagi, 10 Zulhijjah (1 September). "Di Mina, aktiviti utama ialah melontar di Jamarat serta aktiviti agama yang lain seperti zikir dan tazkirah. "Sebahagian besar jemaah akan balik dari Mina ke Makkah pada 13 Zulhijjah (4 September) untuk menyempurnakan tawaf dan saie haji seterusnya tahalul, maka sempurnalah ibadat haji mereka," katanya. Sementara itu Ketua Urusetia Program Khas Haji Perdana Menteri berterima kasih kepada pihak Tabung Haji yang telah memberi layanan dan kerjasama yang sungguh baik kepada jemaah di bawah program itu seramai 1 100 orang kesemuanya pada tahun ini. RUSLAN ABDUL RAHMAN MELAPORKAN DARI KOTA MEKAH
26 Aug 17
153
Empty Image
Terima Kasih Muridku - Ustaz Syed Abd Hamid
 "Saya bersyukur kepada Allah SWT dan berasa amat terharu sebaik sahaja menjejaki kaki di Tanah Suci Mekah ini dengan usaha dan hadiah bekas seorang murid saya dahulu," kata Ustaz Syed Abd Hamid Syed Ali. Ustaz Syed, 58, melahirkan ucapan setinggi terima kasih kepada Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah yang juga Pengerusi Yayasan 1 Ummah Malaysia kerana membiayainya untuk menunaikan ibadat haji melalui yayasan berkenaan dan kouta Pengerusi yayasan itu. Bekas guru agama dan bahasa Arab beliau semasa di Sekolah Agama Batu Rakit, Wakaf Tengah (kini sekolah Pondok Moden) memberitahu, dia dan isteri tiba di Mekah sejak 12 Ogos lalu dan sudah kira-kira 10 hari berada di Kota Mekah. "Saya dan isteri sudah lama menunggu giliran untuk menunaikan ibadat haji dan bila mendapat tawaran sebagai hadiah dari bekas murid sempena sambutan hari guru sewaktu Dato' Haji Jailani berkunjung ke rumah saya, ia sangatlah menggembirakan bagi seorang bekas guru," beritahunya kepada penulis yang turut sama menyertai rombongan program haji khas Perdana Menteri.  Turut sama, Suhaimi Yusof @ Arifin yang juga murid kepada Ustaz Syed semasa di Tingkatan Satu hingga Tiga sekolah agama berkenaan. Jailani yang juga Pengerusi Program Haji Khas Perdana Menteri sebelum ini berkata, jasa Ustaz Syed sebagai pendidik dan guru agama memang besar dan tidak terbalas, hanya itu yang dapat beliau bantu sebagai hadiah untuk seorang guru yang berjasa  dan berkorban memberi ilmu kepada murid-muridnya hingga berjaya. Ustaz Syed mendoakan agar anak muridnya itu sentiasa dalam rahmat Allah dan hanya Allah yang dapat membalas jasa baik bekas muridnya itu.  "Saya doakan semua ahli rombongan khususnya di bawah kelolaan Dato' Haji Jailani sentiasa dalam kesihatan yang baik seterusnya dapat menyempurnakan ibadat haji ini, "katanya dalam suatu catatan ringkas. Ruslan Abdul Rahman melaporkan dari Kota Suci Mekah
22 Aug 17
267
Empty Image
Tiga Beradik Dapat Rumah Komuniti
“Saya bersyukur selepas lebih 20 tahun kami tiga beradik tinggal bersama nenek, akhirnya diberikan sebuah rumah percuma untuk tinggal berasingan,” kata Norehan Mohd Nor, 24, dari Kampung Belakang Gudang, Jertih.Tiga beradik berkenaan yang tinggal serta dibesarkan ibu saudara mereka mendapat perhatian masyarakat berikutan tinggal serumah dengan nenek yang beragama Hindu.Tiga beradik berkenaan, Norehan Mohd Noor, 24, serta dua adiknya Nur Shahira, 22, dan Mohamad Harris Izzudin, 20, tinggal bersama C. Cheniah, 65, di Lorong Selamat, Belakang Gudang, Jertih.Mereka tidak menyangka kisahnya yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan mendapat perhatian Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh yang bersetuju menyediakan rumah bagi membolehkan mereka tinggal berasingan dengan neneknya. Norehan yang bekerja sebagai kerani bersama adik-adiknya serta ibu kandung mereka mendapat rumah komuniti berukuran 600 kaki persegi, mempunyai tiga bilik termasuk bilik air dan dapur bernilai RM20,000 dalam satu majlis penyerahan oleh Idris, semalam.Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih.“Saya sebenarnya amat berat untuk berpisah dengan nenek, tetapi demi masa depan kami tiga beradik terpaksa memilih untuk tinggal berasingan,” katanya.Sementara itu, C. Cheniah turut mengucapkan terima kasih kepada Idris dan amat menghargai sumbangan rumah itu.Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mek Nab berkata, selama ini tiga beradik itu tinggal serumah dengannya serta suaminya yang berbangsa Cina sejak ibu mereka, Norain memeluk Islam dan tinggal di Klang, Selangor.
14 Aug 17
139
Empty Image
Ketua Penyelia Atra Chukai Meninggal Dunia
Ketua Penyelia Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (Atra) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Che Wan Asri Che Wan Abdullah meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi akibat strok berdarah.Allahyarham Asri, 40, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.Arwah yang juga Pengerusi Biro Agama dan Pergerakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman meninggal dunia di sisi isterinya, Rosmawati Abd Razak, 39, dan tiga anak perempuan mereka iaitu Che Wan Norsyamila, 12,Che Wan Nor Iffah,9 dan Che Wan Norbalqis 8 tahun.Rosmawati berkata, arwah suaminya diserang strok ketika sedang beristirehat selepas menunaikan solat Maghrib semalam."Arwah mengadu kepada saya kakinya kebas hingga naik ke badan dan tidak dapat bercakap."Ketika itu juga arwah memberitahu kepada saya dan anak-anak yang beliau amat menyayangi keluarga dan selalu berpesan kepada anak-anak agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh," katanya.Menurut Rosmawati lagi, keadaan suaminya semakin teruk apabila tidak mampu bercakap sebelum tidak sedarkan diri dan segera dikejarkan ke Hospital Kemaman kira-kira jam 8 malam semalam."Tetapi disebabkan keadaannya yang semakin kritikal suami dipindahkan ke HTAA pada jam 11 malam," katanya.Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke rumah ibunya untuk urusan pengebumian.Rosmawati berkata, jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Kemaman kira-kira jam 10 malam selepas solat Isyak.Seramai kira-kira 300 orang hadir menziarah jenazah Allahyarham.
07 Aug 17
170
Empty Image
A. Latiff Ketuai Lawatan Penjara Ke Kelantan
Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Terengganu ke penjara Pengkalan Chepa Kelantan semalam, bagi berkongsi idea dan melihat pengurusan penjara serta banduan yang lebih efektif bagi menambah baik sistem sedia ada.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang selaku pengerusi lawatan itu, berkata program pertama kali itu  mampu mengeratkan silaturahim dan  bertukar-tukar pandangan antara dua pihak dalam usaha memperkasakan peranan jabatan masing-masing . "Pada program itu turut diadakan taklimat daripada Lembaga Hakim Pelawat Penjara Pengkalan Chepa dan sesi percambahan idea,"katanya ketika dihubungi Teganukita.Turut serta, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Penjara, Ahmad Saidi Hamzah dan Pengarah Penjara Negeri Kelantan, PKK Hamzani Che Ibrahim.Hadir sama, 24 ahli lembaga hakim pelawat penjara kedua-dua negeri.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Beranganberkata, kesemua ahli lembaga yang terdiri daripada pelbagai latar bidang profesional dan berkaitan turut mengadakan kunjungan hormat kepada Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Kelantan.
07 Aug 17
706
Empty Image
Taman Barangan Terpakai Terpanjang Bakal Dipamer Sempena Hari Koperasi Negara
Taman barangan terpakai terpanjang di Malaysia antara program menarik yang akan dipamerkan pada Hari Koperasi Negara 2017 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu bermula 10 hingga 12 Ogos ini.Aktiviti yang diusahakan dengan kerjasama  28 koperasi  di Terengganu dan  SW Corp Malaysia (SW Corp)  itu akan  menampilkan taman sepanjang 150 meter yang dibina menggunakan pelbagai barangan terbuang termasuk botol minuman, akhbar lama, tayar, tin kosong dan  bekas makanan.Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Mohd Ruslan Awang, berkata tema dan bentuk persembahan taman  bergantung kepada kreativiti setiap koperasi.Katanya, penyertaan mereka akan diadili sehari sebelum Hari Koperasi Negeri bermula, iaitu 9 Ogos kemudianya akan dipamerkan sepanjang tiga hari program berlangsung.“Apa yang dirancang ini bagi mendidik masyarakat menghargai barangan terbuang dan mengelak pembaziran.“Masyarakat boleh mengambil contoh dengan melakukan sendiri di halaman rumah masing-masing,”katanya kepada Teganukita.Menurutnya, SKM menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung akan hadir pada program yang turut diselitkan pelbagai program menarik lain, antaranya pertunjukan cating batik, persembahan kebudayaan, mencari harta karun dan bicara tokoh koperasi.“Ini merupakan kali kedua Hari Koperasi peringkat negeri diadakan yang bertujuan mendedahkan kepada orang awam berhubung peranan sebenar SKM iaitu untuk memastikan setiap koperasi yang ditubuhkan dapat dibangunkan dengan sempurna bagi meningkatkan ekonomi,”katanya.
06 Aug 17
58
Empty Image
243 Murid Sertai Program Back To School Petronas
Seramai 243 orang murid darjah satu hingga lima terlibat dalam Program Sentuhan Kasih ' Back To School ' Petronas di Dewan Petronas Chemicals, Kertih hari ini.Pengarah Urusan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group (PCG), Dato' Sazali Hamzah berkata, PCG yakin mampu memberi impak yang besar dalam membentuk sahsiah diri setiap insan."Selama 32 tahun penubuhan kami mengambil pelbagai inisiatif dalam mempertingkatkan taraf pendidikan komuniti.Matlamat kami untuk melihat komuniti dalam kawasan di mana kami beroperasi dan berkembang bersama demi mencetus momentum pertumbuhan,” ujarnya kepada pemberita selepas program tersebut.Turut hadir, Pengarang Pendidikan Berita Harian Fadzlena Jafar dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pengurusan Kurikulum ( Sains dan Matematik ) merangkap Ketua Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Dungun Azhab Abd Rahim serta Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Wan Mohd Hasnan Abdullah.Sazali berkata, masyarakat Kertih adalah satu aspek penting dalam operasi kami bagi menyediakan para pelajar dalam menduduki peperiksaan tahunan dan dapat meringankan beban kewangan ibu pada mereka."Dengan cara itu kami dapat mendekati dengan masyarakat setempat dan kami lihat satu peluang yang kami boleh meningkatkan taraf hidup serta menyumbang kepada perubahan positif untuk komuniti," katanya.Sazali berkata, beliau berharap dapat meningkatkan prestasi akademik anak-anak melalui penguasaan subjek seperti Sains dan Matematik."Pada tahun 2016 PCG menganjurkan program Sentuhan Kasih Petronas di Sipitang, Kertih dan Labuan dimana melibatkan 1,175 orang murid."Pada tahun yang sama PCG turut menganjurkan bengkel Sains dan Matematik bagi murid-murid dan guru-guru daripada 44 buah sekolah di seluruh negara," katanya.
31 Jul 17
226
Empty Image
ATM Anjur Karnival Semarak Merdeka
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Pejabat Ahli Parlimen Kemaman akan menganjurkan Karnival Semarak Patriotisma Merdeka 2017 pada 17 dan 18 Ogos ini bertempat di Padang Astaka Taman Bandar, Chukai, Kemaman.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, karnival berkenaan akan dimuatkan dengan beberapa aktiviti menarik."Antaranya pertunjukan pancaragam, pameran pelbagai aset kententeraan ATM dan beberapa pertunjukan khas lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan ke tapak Program Semarak Patriotisme Peringkat Parlimen Kemaman di Padang Astaka, Chukai bersama ATM, semalam.Menurut Shabery, objektif utama karnival berkenaan adalah untuk memberi penghargaan kepada Tan Sri Raja Mohamed Afandi selaku anak jati Daerah Kemaman yang dilantik menyandang jawatan tertinggi dalam ATM.Katanya, karnival tersebut juga dilihat dapat memberi peluang kepada warga Kemaman untuk melihat pelbagai aset kententeraan secara lebih dekat lagi serta mendekatkan tentera dengan rakyat.Beliau juga menyarankan supaya semua warga Kemaman dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program pertama kali diadakan itu."Serentak dengan penganjuran karnival itu turut diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Parlimen Kemaman," katanya.Tambahnya lagi, anggota tentera yang terlibat dianggarkan kira-kira puluhan ribu daripada ketiga-tiga cabang angkatan tentera iaitu darat, laut dan udara.Katanya, Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohamed Afandi Raja Mohamed Noor dijangka akan hadir ke program yang diadakan khas untuk warga Kemaman itu.Selain itu, menurut Shabery penduduk Daerah Kemaman juga amat berbangga dengan pelantikan Raja Mohamed.
31 Jul 17
366