lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Golongan OKU Teruja Hayati Keindahan Tasik Kenyir
Seramai 45 pelatih Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang, di Pulau Kerengga, Marang mendapat peluang sama seperti golongan normal lain apabila menghayati keindahan Tasik Kenyir dan menjinak ikan kelah di Santuari Kelah, Hulu Terengganu, baru-baru ini.Golongan orang kelainan upaya (OKU) itu  diiringi empat guru pengiring dan tiga kakitangan teruja dapat menikmati suasana santai sambil beriadah jauh dari kesibukan bandar.Seorang pelatih, Mohamad Izudin, 21, dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu yang kali pertama menyertai lawatan ke Tasik Kenyir bersama rakan OKU lain itu menyifatkan ia pengalaman yang sangat menyeronokkan."Saya dengan kawan-kawan dapat tinggal dalam `houseboat’ dan boleh sampai ke santuari kelah. Kalau boleh nak datang lagi jika diberi peluang pada masa akan datang."Dapat ke santuari kelah bermain dengan ikan memang satu aktiviti yang hebat. Mana ada peluang begini di tempat lain. Seronok sungguh,"katanya.Seorang guru pengiring, Nik Mohd Latif Nik Mat, 37, pula berkata, aktiviti luar bengkel yang dilaksanakan setiap bulan itu pada kali ini amat berbeza dan mengujakannya sepanjang lebih 10 tahun berkhidmat di pusat kebajikan berkenaan.Menurutnya, selain aktiviti di bengkel, pelatih juga didedahkan dengan aktiviti beriadah di luar pusat kebajikan sebulan sekali di lokasi berbeza.“Setiap bulan kami akan membawa pelatih keluar dari pusat latihan sebagai rutin dan menikmati suasana luar bengkel yang berbeza dari tugas seharian."Bagi saya yang juga pertama kali sampai di Kenyir dan bermain dengan kelah ini, suasana ini amat menyeronokkan. Pelatih juga terhibur, gembira dan seperti golongan normal yang lain mereka dapat menikmati anugerah alam ini dengan sepuas-puasnya,"katanya guru pengajar pembuatan perabot itu lagi.Tambahnya, golongan pelatih itu juga berhak mendapat manfaat serta menghayati keindahan alam yang terdapat di negeri sendiri, apatah lagi di tasik buatan sendiri yang menjadi sebutan seluruh dunia itu.Bengkel pemulihan berkenaan dibuka oleh kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mulai 24 Mac 1985 sebagai institusi yang menyediakan latihan dan kemahiran kepada OKU serta remaja yang tercicir dalam pelajaran.Pusat latihan yang menyediakan kursus jahitan, perabot, kimpalan dan pagar dawai menempatkan  pelatih yang berusia 17 hingga 40 tahun.
30 Oct 17
570
Empty Image
Persembahan Seni Bakat Cilik Di Kemaman Mengujakan
Seramai 300 jemputan termasuk ibu bapa dan guru sekolah di Daerah Kemaman turun memberi sokongan dan menyaksikan Persembahan Lantai Tari Cilik di Padang Astaka Kemaman, kelmarin.Pengurus tarian kumpalan Dshine Azizah Abdullah, 41, dari Dungun berkata, tujuan persembahan itu adalah untuk mencungkil bakat anak-anak kecil dan peringkat kanak-kanak di Kemaman."Dengan adanya persembahan ini kita semua dapat tahu bahawa anak-anak kecil ini sebenarnya ada bakat seni yang mampu diasah serta ditonjolkan kepada masyarakat."Terdapat tujuh buah sekolah di Kemaman yang terlibat dalam persembahan pada malam ini dengan variasi seni dan persembahan yang ternyata berjaya menguja dan menghiburkan tetamu terutama keluarga masing-masing yang datang memberi sokongan moral," katanya.Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Kemaman, Mohd Fikri Ibrahim yang merasmikan program itu.Menurut Azizah, persembahan pada malam itu melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun."Persembahan ini juga merupakan gabungan anak-anak seni Kemaman dan saya berharap agar bakat mereka tidak terhenti di sini, malah boleh ke peringkat seterusnya pada masa akan datang."Bagi penutup persembahan pada malam ini, ketujuh-tujuh buah sekolah bergabung untuk membuat persembahan bersama dengan iringan tiga buah lagu iaitu lagu Medley, 1Malaysia dan Gemuruh dan semua murid diberi sijil penyertaan manakala Azizah diberi cenderahati," katanya.Antara sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Ceneh Baru, SK Ceneh Baru 2, SK Ibok, SK Seri Gelugor, SK Rantau Petronas, SK Kijal dan SK Air Jernih.
28 Oct 17
564
Empty Image
200 J3K, Ketua Kampung Di Kemaman Sertai Kursus Bantuan Hadapi Banjir
Seramai 200 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dan ketua kampung menyertai Kursus Bantuan Kecemasan dan Siap Siaga Bencana Daerah Kemaman di Pejabat Daerah Kemaman dan Waterfront Geliga, Kemaman, kelmarin.Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, kursus tahunan bermula 2014 itu diadakan bersempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)."Simulasi berkenaan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir tidak lama lagi."Kursus selama dua hari itu turut menekankan beberapa aspek pengurusan bencana banjir termasuk menguruskan keselamatan penduduk terjejas banjir, keselamatan di air dan pertolongan cemas," katanya.Turut hadir, Ketua Balai Bomba Daerah Kemaman, Yahya Hanafi.Menurut Che Ku, kira-kira lebih 20 anggota daripada beberapa agensi di bawah NADMA termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pejabat Daerah Kemaman terlibat menjayakan kursus sehari itu."Antara objektif kursus adalah untuk menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menghadapi banjir serta memperkasakan barisan hadapan yang bertindak menguruskan penduduk terjejas banjir di setiap kawasan yang dinaiki air."Turut diadakan beberapa demonstrasi menyelamat dalam simulasi atau situasi banjir sebenar bagi memberikan pendedahan kepada setiap peserta,"katanya.Che Ku berkata, pihaknya mengarahkan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar bekalan makanan ke semua pengkalan hadapan di seluruh daerah sebagai persiapan berlaku banjir.Tambah beliau lagi, pihaknya akan memastikan setiap penduduk di semua pusat penempatan sementara akan mendapat bekalan makanan permulaan terus untuk selama tiga hari sekali gus memastikan kebajikan mereka.
28 Oct 17
108
Empty Image
Kompleks Ibu Tunggal Di Chendering Bakal Siap Penghujung Tahun Ini
Kompleks ibu tunggal di Chendering, Kuala Terengganu bakal siap menjelang penghujung tahun ini.Terengganu bakal memiliki sebuah kompleks aktiviti ibu tunggal yang pertama di negeri ini apabila sebuah bangunan baru bernilai RM4.4 juta dijangka siap sepenuhnya pada Disember ini.Timbalan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Ramlah Idris berkata, kerajaan negeri membina sebuah pusat aktiviti yang dinamakan Kompleks Kegiatan Ibu Tunggal terletak di Chendering, Kuala Terengganu."Kerja-kerja pembinaanya di peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya Disember nanti."Selain itu terdapat sebuah bilik mesyuarat, tiga buah bilik aktiviti (spa, memasak, menjahit), sebuah pejabat pengurusan persatuan, surau, perpustakaan, gimnasium, cafe, enam buah kedai usahawan berserta lima buah kiosk," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Transformasi Ibu Tunggal- Kerana Dirimu Dicakna di Bandar Permaisuri, Setiu, semalam.Seramai 250 ibu tunggal dari Parlimen Setiu hadir pada program itu dan ianya dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu, Wan Nasiah Wan Abdul Majid.Hadir memberi ceramah pada program itu ialah Pakar Motivasi Dr. Robiah K. Hamzah.Ramlah berkata, antara kemudahan yang disediakan di kompleks itu seperti sebuah dewan utama yang memuatkan sehingga 250 peserta.Beliau berkata, kompleks itu juga dapat memberi kemudahan dan keselesaan serta dapat menampung lebih ramai ibu tunggal untuk menjalankan aktiviti yang memberi manfaat kepada golongan itu dan masyarakat sekitar amnya.Dalam pada itu, Ramlah berkata, sepanjang tahun ini, beberapa program sudah dan akan dilaksanakan seperti Program Bimbingan Usahawan, Bengkel Latihan dan Kemahiran Ekonomi, Bengkel Bimbingan Perundangan serta Program Pendampingan dan Kaedah Mediasi."Saya berharap agar golongan ibu tunggal akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan sentiasa bergerak ke hadapan bagi kelangsungan kehidupan.Tambahnya, sehingga kini, kira-kira 27,000 orang ibu tunggal yang berdaftar di seluruh Terengganu.
22 Oct 17
1439
Empty Image
Jawatankuasa Pembangunan Orang Asli Sungai Berua Ubah Hidup Orang Asli
Jawatankuasa Pembangunan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu akan menjadi satu pertubuhan yang bergerak aktif bagi mengubah kehidupan Orang Asli ke arah yang lebih baik dan tersusun.Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut, beliau akan melakukan sebaik mungkin untuk mengubah mentaliti serta cara hidup mereka setanding dengan Orang Asli di tempat yang lain.Jelasnya antara yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut adalah Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)."Jika dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Kuala Lipis, Pahang, mereka lebih ke hadapan dari segi kebersihan, pendidikan dan corak kehidupan seharian..dan ini adalah pilihan mereka sendiri."Apa yang kita lihat di sini (Orang Asli Sungai Berua),mereka jauh ketinggalan terutama dari segi kebersihan dan kerohanian maka penubuhan jawatankuasa ini diharap dapat mengubah sikap mereka agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik."Kita sudah berbincang termasuk mengadakan mesyuarat bagi memperbaiki kehidupan mereka dengan melakukan beberapa penekanan tertentu termasuk memperbaiki sosio ekonomi mereka,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Jaringan Komuniti Tautan Kasih Bersama Orang Asli Sungai Berua, baru-baru ini.Program tersebut merupakan anjuran bersama Institut Penyelidikan Kenyir, Universiti Malaysia Terengganu(UMT), Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi mengadakan pelbagai aktiviti bagi merapatkan jurang golongan itu mereka dengan masyarakat luar.Tambahnya lagi,penubuhan jawatankuasa ini juga akan membantu para penyelidik mengumpul pelbagai maklumat untuk kajian-kajian mengenai masyarakat Orang Asli yang dijalankan oleh mereka.
19 Oct 17
254
Empty Image
Program MyBN NBOS 'Touch Point' Secara Langsung Kepada Penduduk Setempat
Program My Beautiful Neighbourhood (MyBN)Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) Gotong Royong 2017 melibatkan 98 parlimen seluruh negara diyakini mampu memberi 'touch point' yang akan meninggalkan kesan secara langsung di kawasan kediaman penduduk setempat.Setiausaha  Bahagian, Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK)Terengganu, Jusman Ibrahim berkata,  peruntukan NBOS MyBN sebanyak RM30,000 setiap parlimen merupakan peruntukan khas kerajaan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan(ICU), Jabatan Perdana Menteri.Jelasnya, ia melibatkan kerjasama antara Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan/Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta sukarelawan yang memfokuskan kepada aktiviti gotong royong."Program ini lebih memfokuskan kepada aktiviti pembersihan, pengindahan dan keceriaan kawasan oleh penduduk setempat dan sukarelawan secara kerjasama di kalangan mereka yang terlibat."Kita berharap melalui program ini, ia mampu mengubah persekitaran kejiranan yang tidak terurus kepada persekitaran yang indah, selamat, bersih dan indah secara mampan,"kata Jusman kepada Teganukita selepas Program (MyBN)NBOS Peringkat Negeri Terengganu di PAKR Taman Desa Permai, Kampung Darat Pok Chan, Marang hari ini.Jusman mengecat pintu gerbang sambil  diperhatikan Rozali  dan Rohaya.Turut hadir, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Terengganu, TPr . Rohaya Abd Kadir dan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Rozali Salleh.Tambahnya lagi, paling penting program itu mampu mewujudkan perasaan cintakan persekitaran kejiranan dan mengeratkan ukhwah di kalangan penduduk setempat.
13 Oct 17
104
Empty Image
TI Sumbang RM200 Ribu Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin SMASZA
Dr. Wan Ahmad Rudirman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pengetua SMASZA, Aziz Muda dan disaksikan oleh Shafruddin.Terengganu Incorporated (TI) menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Kuala Terengganu, hari ini.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, sebagai sebuah syarikat GLC milik kerajaan negeri, TI terpanggil untuk membantu bagi menambah dana pembangunan masjid berkenaan melalui inisiatif tanggungjawab korporat (CR).Katanya, sumbangan itu diharap dapat mempercepatkan pembinaan masjid untuk digunakan dengan segera oleh pelajar-pelajar SMASZA dan komuniti setempat."Sumbangan moga menjadi pemangkin syarikat-syarikat korporat yang lain untuk turut sama menyumbang kepada tabung pembangunan Masjid Al-Muttaqin ini."Masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah orang Islam tetapi merupakan lambang kepada perkembangan syiar Islam. Melalui masjid, Rasullullah s.a.w membina masyarakat, menyebarkan ilmu dan melahirkan ahli suffah di seluruh dunia," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Pembangunan Tabung Pembangunan Masjid al-Muttaqin di SMASZA, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Timbalan Pesuruhjaya (Kewangan dan Pengurusan) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Azhar Jusoh.SMASZA merupakan sekolah agama yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu telah memulakan operasi pada tahun 1925 dan merupakan antara sekolah agama terawal ditubuhkan pada ketika itu.Berikutan pertambahan pelajar saban tahun, SMASZA telah memulakan inisiatif bagi membina sebuah masjid yang boleh menampung 850 orang sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa dengan keluasan 878 meter persegi.Tabung Pembangunan Masjid Al-Muttaqin SMASZA diwujudkan bagi membantu pengumpulan dana bagi pembinaan masjid berikutan kekurangan dana sejak ia mula dibina pada 2016.Selain daripada TI, sekolah tersebut turut menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat persendirian dan individu lain.Di majlis tersebut, sekolah berkenaan juga menerima RM50,000 sumbangan syarikat milik persendirian dan RM20,000 dari Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu yang menjadikan keseluruhan sebanyak RM270,000.
07 Oct 17
203
Empty Image
20,000 Penduduk Kuala Nerus Meriahkan Minggu Wanita Dan Kesihatan
Ahmad Razif ketika merasmikan Majlis Penutup Minggu Wanita dan Kesihatan di padang bola Perumahan Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W. PutraHampir 20,000 penduduk sekitar Kuala Nerus, terutamanya penduduk Seberang Takir memenuhi padang bola Perumahan Telaga Daing, Kuala Nerus sepanjang program Minggu Wanita dan Kesihatan yang berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu.Sepanjang tiga hari berlangsung, pelbagai acara disediakan kepada rakyat setempat bagi memeriahkan suasana di kawasan tersebut.Antara aktiviti yang diadakan adalah Basikal Fun Ride, Forum Perdana, Demo Kecantikan, Demo Masakan, Pertandingan Kuih Tradisional dan pelbagai acara menarik lain.Acara itu digerakkan untuk menghargai, memupuk kesedaran dan penglibatan wanita dalam peranan meningkatkan kesejahteraan kehidupan keluarga.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata penglibatan segenap lapisan masyarakat membuktikan sambutan Minggu Wanita dan Kesihatan Seberang Takir berjaya mencapai fokusnya yang bersifat kekeluargaan dan mengukuh hubungan masyarakat justeru, akan diteruskan sebagai acara tahunan.Katanya, menerusi platform itu secara tidak langsung semangat solidariti, muafakat dan kerjasama dalam kalangan penduduk dapat diterjemahkan dan diperkasakan demi manfaat bersama."Misalnya dalam pertandingan memasak bubur asyura semalam yang disertai oleh 45 kumpulan dengan juadahnya diagih-agihkan kepada masyarakat setempat, saya nampak peserta berbalah secara sahabat dan berbalah secara sayang yang sekali gus mengeratkan hubungan sesama mereka."Ini adalah cara hidup kita, yang perlu saling bantu-membantu jadi teruskan nilai-nilai murni yang dibuat ini kerana ia merupakan yang terbaik untuk meningkatkan kesejahteraan kehidupan," katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan majlis penutup program tersebut.Turut hadir, Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil, Ketua Pegawai Operasi Institut Jantung Negara, Akmal Arief Mohamed Fauzi dan  Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail.Pada majlis tersebut, bekas guru, Maimunah Yahya, 69, dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Seberang Takir di atas jasa yang diberikan kepadanya.Dengan anugerah tersebut, beliau turut dihadiakan wang tunai sebanyak RM500, plak dan sepersalinan pakaian.
07 Oct 17
211
Empty Image
Jualan HPPNK Cecah RM270 Juta
  Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK17) berjaya mencatat nilai jualan keseluruhan mencecah hampir RM270 juta sekali gus membuktikan kejayaan penganjurannya.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, HPPNK17 yang berlangsung selama empat hari dan berakhir 1 Oktober lalu di MAEPS Serdang itu menjadi satu sumber pendapatan baharu kepada golongan berkenaan."Hasil jualan itu hampir menyamai rekod jualan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) sedangkan kapasiti HPPNK hanyalah kira-kira 20 peratus berbanding MAHA. "Saya amat teruja dan bangga melihat lebih ramai generasi muda menceburkan diri dalam bidang penyediaan makanan yang berasaskan hasil pertanian."Bukan itu saja, saya juga yakin masa hadapan bidang pertanian dan penghasilan produk makanan dalam negara ini amat cerah melalui sumber-sumber baharu daripada sektor pertanian," Katanya.Pihak wartawan bertemu ramah Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek ketika di Majlis Santai Bersama Menteri MoA sempena penganjuran Program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kerteh baru-baru ini.Menurut Shabery, HPPNK17 penuh dengan generasi muda berpakaian seorang ‘chef’ dan terlibat dalam penyediaan makanan sempena pesta' Terokai Dunia Makanan' sepanjang program itu."Lebih 15 ribu nelayan dari seluruh negara dijangka akan berkampung di pantai berkenaan sempena GNN 2017 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober ini."Program GNN dijangka melibatkan himpunan lebih 300 bot nelayan dari seluruh negara disamping pelbagai acara menarik diadakan seperti Forum Perdana, Pertandingan Wau dan Pesta Sukan Air," Katanya.
06 Oct 17
34
Empty Image
Warga Emas Uzur Bersyukur Terima Bantuan Rumah Baharu
A.Latiff (tengah) menyerahkan sumbangan berupa barangan dapur kepada Kelsom ketika menziarahi warga emas itu di Kampung Batu Kelikir, Marang. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.Kehidupan seorang warga emas di Kampung Batu Kelikir, Marang yang mendiami rumah pusaka yang uzur dengan atap bocor serta dinding berlubang dan reput, kini berubah apabila dibantu pemimpin setempat.Jika sebelum ini, Kelsom Salleh, 93, tidak mempunyai pilihan lain kerana kedaifan hidup  menghalangnya daripada memiliki sebuah rumah yang lebih baik dan terpaksa mendiami rumah usang peninggalan arwah suaminya itu dengan ditemani anaknya, Saadiah Mat Adam,80.Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A.Latiff Awang membawa berita gembira apabila meluluskan pembinaan rumah baharu menerusi Program Cakna @ Komuniti.Cucunya, Ngah Ismail, 58, yang mewakili neneknya yang sakit tua berkata  dan kadang kala tidak boleh bertutur dengan jelas mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang membantu neneknya itu.“Terima kasih juga kepada yang terlibat meroboh dan membina rumah baru untuk tok, InsyaAllah rumah baru nanti akan beri lebih keselesaan kepadanya.“Sebelum ini, jika hari hujan atap akan bocor, emak yang menjaga tok terpaksa memindahkan tok ke tempat yang lebih selamat,” ujarnya kepada Teganukita pada program ziarah dan tinjauan kerja-kerja meroboh rumah oleh A.Latiff di Kampung Batu Kelikir, Marang, semalam.Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang, Senator To’ Puan Zaiton Mat Amin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Zuhami Omar.Pembinaan kediaman baharu untuk Kelsom yang bernilai RM18,000 itu menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), iaitu pengli­batan semua peringkat termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat.Para sukarelawan terdiri daripada anggota RELA, Giat Mara, JKKK dan juga komuniti setempat bergotong-royong meroboh dan membina rumah baru di tapak asal kediaman warga emas itu.Sementara menanti rumah baharu siap, Kelsom dan Saadiah akan tinggal buat sementara waktu di rumah Ngah yang terletak bersebelahan rumah pusaka itu.
02 Oct 17
235