lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
1,400 Peserta Meriahkan Kayuhan Hari Komuniti Bandar Hijau
Lebih 1,400 peserta memeriahkan program berbasikal sempena Hari Komuniti Bandar Hijau Majlis Daerah Besut (MDB), hari ini.Program bermula di Dataran Kota Putera Square, turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar dan Yang Dipertua MDB, Rashid Jusoh.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad yang juga ADUN Hulu Besut melakukan upacara pelepasan peserta.Rashid berkata, program itu antara lain bertujuan memperluaskan aktiviti berbasikal di kalangan masyarakat terutama golongan remaja.Katanya, program itu mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malah ia turut disertai oleh peserta dari Kelantan.Beliau berkata, kayuhan sejauh 34 kilometer itu sebagai suatu kegiatan riadah ke arah membudayakan gaya hidup cergas.Selain itu, katanya, aktiviti seumpama itu juga dapat memperkenalkan beberapa lokasi menarik daerah berkenaan kepada pengunjung luar.“Program kayuhan itu juga bagi menyemai kecintaan masyarakat terhadap keindahan persekitaran danbersama menjaga kebersihan,” katanya.Rashid berkata, pihak penganjur menyediakan hadiah bernilai RM58,000 termasuk cabutan bertuah kepada pemenang dan peserta yang bernasib baik.
18 Nov 17
36
Empty Image
Program Cakna Komuniti UniSZA Ceriakan Dataran Pertama
Ahmad Razif ketika merasmikan  Program Cakna Komuniti UniSZA. Foto oleh Zulkifli C W PutraUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) setia  meneruskan program kemasyarakatannya di mana kali ini menjadikan Dataran Permata, Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Nerus sebagai lokasi tumpuan ramai sempena Program Cakna Komuniti UniSZA,  selama dua hari dan berakhir hari ini.Perasmian program itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abdul Rahman petang  semalam  yang turut dihadiri pengurusan tertinggi universiti berkenaan diketuai Naib Canselornya, Prof Dato’  Dr Ahmad Zubaidi.Program itu diadakan antara lain bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti setempat mengenai pentingnya keceriaan dalam kehidupan serta bersemangat agar dapat membentuk komuniti yang berdaya saing.Di samping itu, Program Cakna Komuniti UniSZA dengan penglibatan kira-kira 500 pelajar semester satu itu juga untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga kampus universiti dengan masyarakat sekitar berasaskan pelbagai program menarik yang disediakan.Antara acara menarik turut memeriahkan program dua hari yang dijayakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pos Malaysia.
18 Nov 17
130
Empty Image
Pisang Goreng Dapur Kayu Tambat Selera Ramai
Mariam  mengoreng pisang menggunakan dapur kayuTidak hanya dikenali kerana keenakan dan kerangupan pisang gorengnya, kaedah memasak menggunakan dapur kayu turut menambah tarikan pelanggan.Malah, aroma pisang goreng menggunakan dapur kayu dan digoreng dalam kuali besar sejak 34 tahun lalu suatu keunikan yang sukar ditemui di mana-mana gerai sekali gus menambat selera ramai penggemar kudapan petang itu.Bagi pasangan suami isteri, Mamat Deraman,72, dan Mariam Mamat,65, cara tradisi perniagaannya itu walaupun dilihat sukar dan ketinggalan zaman, namun menjadi pelaris serta rezeki yang menarik pelanggan ke gerai mereka Jalan Kampung Kuala Pueh,Telemong,Hulu Terengganu.Mariam Mamat atau lebih dikenali sebagai Mok NgohIbu kepada tiga anak dan enam orang cucu itu mampu meraih hasil jualan sehingga RM200 sehari, hasil jualan pisang goreng di warungnya yang beroperasi bermula jam 2.30 petang hingga 7 petang setiap hari, sama ada dibungkus atau menjamu selera di gerainya."Setiap hari Mok Ngoh dapat habiskan kira-kira 40 kilogram pisang untuk penuhi permintaan pelanggan. Paling mendapat permintaan adalah pisang nangka, pisang relong dan kelat siam."Sebagai tambahan, keropok dan ubi juga di jual bagi tidak menghampakan pelanggan yang mahu pilihan lain. Ramai yang datang sejak anak-anak muda  tularkan di laman sosial..kadang-kadang sampai tak terlayan kami dibuatnya,"kata Mak Ngah kepada pemberita ketika ditemui di warungnya, semalam.Pok Mat membantu isterinya Mok Ngoh mengoreng pisangDia dan suaminya tetap mengekalkan cara tradisi menggoreng pisang menggunakan dapur kayu walaupun bahangnya cukup panas kerana inilah yang menjadi punca pisang goreng menjadi pilihan pelanggan kerana merasa lebih sedap dan rangup."Pisang yang digoreng menggunakan dapur kayu, rasanya lain daripada yang digoreng guna dapur gas sebab kurang serap minyak kerana api terhasil lebih panas berbanding penggunaan gas walaupun memakan masa untuk masak. Bahang apinya cukup panas bagi yang tak biasa tapi buat Mok Ngoh...dah kalih(biasa)."Pisang pula digoreng menggunakan resipi warisan keluarga dengan hanya menggunakan adunan telur,tepung gandum dan beras, air, kapur serta garam."Ada yang pernah minta resepi ini tapi berkata tak menjadi sebagaimana yang Mok Ngoh jual..orang kata air tangan takkan sama walaupun menggunakan resepi yang sama,"katanya.Menurut Mak Ngah lagi,suaminya yang  dikenali sebagai Pak Mat banyak membantunya dalam urusan membeli barang keperluan seperti pisang dan kayu api mentah.Setiap bulan, selain membantu di gerai Pak Mat ,perlu menyediakan 200 kilogram kayu getah yang dibeli dari kampung Tajin dengan harga borong bernilai RM70.Rohani(tudung merah jambu)sedang menikmati hidangan petang bersama rakannya.Seorang pelanggan, Rohani Hussain,46, berkata, hampir setiap minggu dia akan datang menikmati pisang goreng di situ kerana menggemari aroma dan rasanya yang enak berbeza dengan pisang yang digoreng menggunakan dapur gas."Biasanya setiap petang, saya akan datang dengan kawan-kawan menikmati hidangan petang di sini..memang sedap dan saya tak boleh nak beritahu bagaimana sedap dan rangup bila di makan...seharusnya cuba sendiri untuk tahu keenakannya,"katanya.
17 Nov 17
777
Empty Image
Peluang Anak Terengganu Tonjol Bakat, Keterampilan Diri Pada 18 November Ini
Tun Ahmad FaisalRakyat terengganu yang mahu mencuba nasib bagi menonjolkan bakat dan keterampilan diri untuk  mewakili Terengganu boleh menyertai Program Hari 100 Plus Aktifkan Malaysiaku yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, pada 18 November ini.Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata sepanjang larian sejauh 5 kilometer tersebut berlangsung, uji bakat terbuka akan diadakan bagi memilih 10 peserta bagi mewakili Terengganu ke Kuala Lumpur dalam pertandingan peringkat  akhir."10 orang wajah-wajah Terengganu akan dipilih untuk ke acara akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Disember di mana mereka akan digabungkan dengan peserta-peserta dan juga selebriti-selebriti lain."Syaratnya mudah saja. Dalam uji bakat ini, mereka mestilah berani, boleh bercakap dan berani tampil di hadapan kamera. Jikalau wajah-wajah ini sesuai untuk mewakili Terengganu di peringkat akhir, InsyaAllah mereka akan dibawa ke sana oleh penganjur," katanya.Dalam program tersebut sebanyak 3,000 helai baju-T akan diagihkan secara percuma kepada peserta yang mendaftarkan diri dengan 1,000 helai daripada 100 plus manakala 2,000 helai lagi daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.Tun Ahmad Faisal berkata, program tersebut adalah hasil kerjasama dari kerajaan negeri melalui JPNT dan Sky Event Management Sdn Bhd yang berkonsepkan  'fun run' dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat berumur 18 tahun ke atas."Ia terbuka kepada semua asalkan berusia 18 tahun ke atas dan acaranya berbentuk `fun run'."Larian ini akan diadakan di sekeliling Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan apa yang menarik adalah larian ini berbentuk larian berhalangan di mana kita akan pasang beberapa unit halangan di lokasi tertentu."Ini merupakan bukan halangan berbentuk cabaran tapi halangan yang akan memberi kemeriahan dalam larian itu nanti," katanya.Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya zumba, trak makanan serta acara pentas.Selain itu, raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan juga dijemput di majlis pelepasan yang dijangka bakal disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
15 Nov 17
51
Empty Image
200 Warga Emas Dapat Gigi Palsu Percuma
Seramai 200 warga emas terpilih menerima gigi palsu percuma yang melibatkan peruntukan RM21,000 menerusi Projek `Touch Point' anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.Pengarahnya, Dr Mohammad Omar berkata, semua peserta yang dipilih dari institusi dan pusat warga emas di Besut, Marang dan Dungun  menerusi  kendalian pasukan Klinik Pergigian Bergerak.Katanya, klinik berkenaan akan turun padang menemui warga emas terbabit menerusi program khidmat masyarakat yang bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan dan uzur."Kita melaksanakan program khidmat sosial yang melibatkan bantuan kewangan berjumlah RM21,000.“Sebagai permulaan 11 penghuni di rumah Warga Emas Nurul Saadah, Tok Dor, Besut, menerima gigi palsu terbabit,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Touch Point 'Critical Health Intervention For Rakyat Cabinet Away Day 2017 - Denture For The Elderly' di Rumah Warga Tua Nurul Saadah, Tok Dor, Besut, baru-baru ini.Mohammad berkata, jabatan juga akan memberi perkhidmatan pembedahan katarak secara percuma kepada 2,416 pesakit berkenaan.Beliau berkata, kos pembuatan bagi sepasang gigi palsu adalah antara RM500 hingga RM600 jika dibuat di klinik swasta.“Bagaimanapun di klinik kesihatan kerajaan caj yang dikenakan hanya sekitar RM100 bagi sepasang gigi palsu,” katanya.
13 Nov 17
1447
Empty Image
Penduduk Tebakang Pupuk Muafakat Melalui Pesta Sukan Air
Persatuan Belia Setia Pakat dan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Kampung Tebakang menganjurkan Pesta Sukan Air pada 10 November lalu dalam usaha memupuk muafakat dan perpaduan di kalangan penduduk.Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang, Amirullah Othman berkata, sebelum berlangsungnya pesta berkenaan, pelbagai NGO termasuk KRT Kampung Tebakang serta penduduk kampung bekerjasama membersihkan kolam yang lama terbiar untuk dijadikan  tempat yang memberikan manfaat, peluang ekonomi serta boleh dijadikan sebagai tempat riadah dan sebagainya.“Usaha tersebut berhasil dengan perlaksanaan pesta sukan air berkenaan yang menuntut komitmen, kerjasama,  muafakat dan pengorbanan semua dari mula kerja-kerja membersihkan kawasan dan kolam sehinggalah perlaksanaan acara,” ujarnya kepada Teganukita, hari ini.Amirullah yang juga merangkap Pengerusi MAYC Marang berkata, penganjuran sukan air itu turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tebakang dan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Cawangan Tebakang.Katanya, antara acara yang diadakan untuk memeriahkan pesta berkenaan termasuk panjat tiang licin, lumba kayak dan rakit, pukul bantal, tangkap itik dalam air, sarung ketupat nasi, cucuk benang dalam jarum serta cabutan bertuah.Dalam pada itu, Amirullah turut memuji usaha NGO dan penduduk kampung berkenaan yang telah bertungkus lumus memastikan pesta air tersebut berjalan lancar dan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.“Tahniah kepada Pengerusi KRT Kampung Tebakang, Abd Karim Ibrahim merangkap Pengerusi Persatuan Belia Sepakat serta semua pihak yang membantu menjayakan program ini,” ujarnya.
12 Nov 17
230
Empty Image
Ahli Panel Lawat Homestay Teluk Ketapang
Tiga ahli panel dari Majlis Penilai Akhir Anugerah Pelancongan Malaysia Peringkat Kebangsaan melawat Homestay Teluk Ketapang, Kuala Nerus bagi menilai sesi akhir penganugerahan inap desa itu, di Balai Raya Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, semalam.Panel dari Tourism Malaysia dibarisi Datuk Mohd Azmi Razak, Abdullah Sidek dan Abdul Rauf Abu Hassan itu tiba kira-kira jam 8 pagi.Majlis turut dihadiri seramai kira-kira 70 penduduk setempat hadir untuk memeriahkan sesi penilai akhir anugerah itu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K) Teluk Ketapang, Zulaini Mohd berkata, pertandingan yang diadakan setiap tahun itu pernah dimenangi lima tahun lalu."Lima tahun lalu kami pernah memenangi pertandingan kategori ini dan berehat kerana tidak dibenarkan bertanding sehingga tahun ini kami bertanding kembali," katanya.Menurutnya, kriteria homestay menjadi pilihan pada pertandingan kali ini walaupun pelbagai kriteria lain turut dipertandingkan."Selain mahu menang bertanding, pihak kami juga mengharapkan homestay ini dapat diperkenalkan kepada pelancong dari dalam dan luar negara yang datang sempena Tahun Melawat Terengganu."Sempena majlis ini pelbagai demo makanan tradisional diadakan seperti ikan celup tepung, keropok lekor, lempeng kelapa dan kuih qasidah, selain memperkenalkan rumah ala kampung dan cara pembuatan kuih jala," katanya.Turut membantu melancarkan majlis ini antaranya amanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang, anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS), J3k dan Puteri UMNO.Zulaini berharap Kampung Teluk Ketapang berjaya dan terkenal seluruh Malaysia agar 'Tourist International Village' tercapai dan sekali gus dapat meningkatkan pendapatann penduduk kampung."Antara perubahan pada pertandingan tahun ini ialah, menyusun semula program kampung dan akan memasukkan Anugerah Kecemerlang Industri anjuran Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia), selain semua pertandingan yang ada pada masa depan," katanya.
08 Nov 17
342
Empty Image
Pembedahan Katarak Secara Percuma Di Hospital Kemaman
Seramai 100 pesakit katarak dari seluruh Kemaman menerima rawatan pembedahan secara percuma di Hospital Kemaman sepanjang tiga yang berakhir semalam.Pengarah Hospital Kemaman, Amran Japar berkata, pembedahan dalam program kem katarak bermula 3 November lalu dapat membantu pesakit katarak yang tidak berkemampuan untuk mendapat rawatan secara percuma."Program Kem Katarak peringkat Hospital Kemaman ini adalah kesinambungan daripada program Hari Penglihatan Sedunia hari ini."Melalui kem ini dianggarkan seramai 100 pesakit katarak dari seluruh Daerah Kemaman akan mendapat manfaat daripadanya dan memberi peluang cerah untuk memulihkan penglihatan mereka kembali."Selain itu, pesakit katarak yang hadir pada hari ini disaringkan untuk menjalani pembedahan semasa kem katarak berlangsung dan hanya 70 orang pesakit sahaja yang lulus ujian pra-pembedahan," katanya sempena Hari Penglihatan Sedunia peringkat Hospital Kemaman 2017 di Dewan Ibnu Sinar, Hospital Kemaman.Turut hadir, Pakar Otftalmologi Hospital Kemaman, Norfarizal Ashikin Abdullah.Amran berkata, kos bagi pembedahan beserta kanta biasa dibayar oleh pesakit kira-kira RM500 hingga RM800 dan mampu menampung seramai 70 pesakit katarak."Sekarang ini pihak hospital berjaya menyelesaikan 40 pesakit dan kini hanya tinggal lagi 30 pesakit yang akan diselesaikan dalam masa tiga bulan akan datang."Tempoh untuk pesakit menunggu kira-kira enam bulan hingga satu tahun untuk membuat pembedahan,"katanya.Menurut Norfarizal pula, bantuan kanta secara percuma itu akan diberikan melalui Bank Kanta Intraokular Kebangsaan kepada pesakit yang kurang berkemampuan."Diharapkan dengan adanya Program Kem Katarak ini jumlah pesakit yang menunggu untuk menjalani pembedahan di hospital dapat dikurangkan dan seterusnya memberi harapan baru kepada mereka untuk mendapat penglihatan yang baik daripada hasil program ini."Tidak lupa juga terima kasih kepada Jabatan Otftalmologi Hosptial Sultan Nur Zahirah, Jabatan Anaestesiologi Hospital Kemaman dan Jabatan Otftalmologi Hospital Tengku Ampuan Afzan atas kerjasama dalam membantu Program Kem Katarak ini," katanya.
04 Nov 17
965
Empty Image
Majlis Restu Ilmu Bangkit Semangat Pelajar SMKCB
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru (SMKCB), Kemaman yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula Isnin ini, diraikan di Majlis Restu Ilmu, di sekolah itu, hari ini.Majlis dua jam bermula 8 pagi melibatkan 85 calon SPM dan 70 calon STPM sebagai medan pertemuan untuk guru memberi kata-kata semangat dan motivasi sebelum pelajar berkenaan menempuhi peperiksaan penting itu.Pengetua SMKCB, Tengku Shahrir Tengku Dahlan berkata, majlis itu sebagai penutup tirai pertemuan dengan pelajar bagi memastikan peperiksaan pada 6 hingga 28 November ini dapat ditempuhi dengan tenang dan lancar.“Saya berharap agar keputusan SPM dan STPM pada tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya.“Tidak lupa juga harapan daripada semua guru SMKCB agar ada calon SPM tahun ini mendapat semua A manakala bagi calon STPM pula mendapat 4 flat,” katanya.Hadir sama pada majlis itu, Penolong Kanan Pentadbiran, Ramlah Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mohd Abdillah Taha dan Penolong Kanan Kokurikulum, Hassan Mohd Nor.Pada majlis itu juga, Shahrir turut menyampaikan sedikit sumbangan alatan tulis kepada pelajar berkenaan.Shahrir berharap agar mereka dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan mencapai keputusan cemerlang demi masa depan masing-masing.“Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar, guru-guru SMKCB yang selama ini bertungkus-lumus bagi mengajar dan mencurahkan ilmu kepada para pelajar.“InsyaAllah segala ilmu yang dikongsi itu dapat membawa kebaikan kepada calon SPM dan STPM akan datang,” katanya.
02 Nov 17
386
Empty Image
Warisan Masyarakat Jambi Di Pasir Gajah
Struktur binaan masjid Engku Haji Mahmud, Kampung Pasir Gajah, Kemaman terasa bagaikan berada di Indonesia yang kaya dengan pelbagai keindahan seni bina lama dan reka bentuknya menggunakan sepenuhnya tradisi binaan Jambi, Sumatera serta berbumbung limas bungkus berkonsepkan bentuk bumbung lama di negara itu.Melihat masjid serta rumah lama yang dikenali sebagai Rumah Jambi, membuatkan ramai yang ingin menyelongkar sejarah kedua-dua struktur binaan yang kini menjadi sebahagian lokasi sejarah yang perlu dilawati sekiranya berkunjung ke kampung itu.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pasir Gajah, Badrul Hisyam Jusoh berkata, struktur atapnya diperbuat daripada genting dari Malabar dan India."Pada bahagian atas bumbungnya pula dipasang ukiran yang diperbuat daripada simen berbentuk tanduk kerbau atau sumbu badak selain terdapat ukiran simen berbentuk buah nanas."Bersebelahan masjid itu terdapat Rumah Jambi yang satu ketika dahulu diduduki oleh seorang pelarian yang berasal dari Jambi dan rumah tersebut merupakan satu-satunya binaan selain masjid yang menggunakan reka bentuk limas bungkus atau perabung lima dan dibina menghadap kiblat," katanya.Menurut Badrul, Masjid Jambi di Kampung Laut, Pasir Gajah dibina pada 1938 oleh sekumpulan orang Jambi, Indonesia yang belayar hingga ke Kemaman untuk mencari tempat perlindungan.Menurutnya, kisahnya bermula apabila sekumpulan orang Jambi seramai 13 orang termasuk anak raja Jambi melarikan diri ke Tanah Melayu apabila kawasan mereka diserang tentera Belanda ketika Perang Dunia Pertama meletus pada 1914.Badrul berkata, pelayaran mereka yang mengambil masa selama tiga bulan menerusi jalan darat dan air diketuai oleh Engku Mahmud Tengku Abu Bakar melalui pelbagai rintangan sehingga seorang anak raja Jambi meninggal dunia di hutan akibat sakit dan terpaksa menghentikan perjalanan seketika bagi menghormati pemergiannya itu.Beliau berkata, kesukaran perjalanan yang ditanggung berbaloi apabila kedatangan mereka ke Kemaman untuk mencari penempatan disambut baik oleh Pegawai Daerah Kemaman ketika itu iaitu, Haji Abdul Rahman Limbong yang mewakili Sultan Sulaiman yang turut membenarkan mencari  penempatan baru."Bermula dari situ, orang Jambi tersebut mula mencari penempatan dan kawasan mula-mula dituju adalah Dungun sehingga sampai ke Kuala Jengai dan Kuala Berang, namun masih tidak menemui kawasan sesuai sehinggalah kembali semula ke Kemaman."Akhirnya Engku Mahmud berjaya membuka sebuah perkampungan yang dinamakan Pasir Gajah kerana terlalu banyak gajah yang berendam di sungai berhampiran kampung tersebut ketika itu," katanya.Demikian kisah yang diceritakan oleh cucu saudara Engku Mahmud, Che Wan Muda Che Wan Su,73, yang diamanahkan untuk menjaga kedua-dua binaan sejarah itu sejak dulu lagi.
Tambah Che Wan lagi, dia sering melihat kelibat Engku Mahmud di sekitar kawasan tersebut dengan berpakaian jubah putih dan berserban di tangga rumahnya."Rumah berkenaan sudah lama ditinggalkan selepas mereka mengambil keputusan berhijrah ke Selangor. "Selepas ditinggalkan lima tahun lalu, pihak Muzium Negeri mengambil alih rumah tersebut dengan membaik pulih struktur binaannya bagi mengelakkan ia rosak dan musnah," katanya.
31 Oct 17
2792