Artikel "Komuniti" Terkini
1,500 Warga Emas Di Besut Dapat Cermin Mata Percuma
Seramai 1,500 warga emas di Besut berpeluang mendaftar diri untuk mendapatkan cermin mata rabun dekat secara percuma yang diadakan selama dua hari di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih, semalam.Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih dengan kerjasama Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) dan Syarikat Korporat itu terbuka kepada semua penduduk berumur 45 tahun ke atas.Presiden PBPM, Hussin Awang Ngah berkata, penduduk di daerah itu memberi sambutan yang menggalakkan apabila 1,500 mendaftar nama sebaik sahaja kaunter pendaftaran dibuka pada jam 9 pagi dan berakhirlapan jam kemudian.Katanya, KRT Bandar Jertih diberi tanggungjawab mendaftar orang ramai bagi mendapatkan sumbangan oleh sebuah syarikat korporat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu.Beliau berkata, penduduk pelbagai kaum di daerah berkenaan termasuk kakitangan pelbagai jabatan berebut-rebut mendaftar nama sebaik sahaja kaunter pendaftaran itu dilancarkan pagi kelmarin dan berakhir petang semalam.“Saya amat gembira melihat ramai yang berkunjung ke Pusat Rukun Tetangga berkenaan, malah ada yang meminta tempoh pendaftaran itu dilanjutkan berikutan masih ramai yang berminat menyertainya,” katanya.Hussin berkata, beliau memilih KRT Bandar Jertih untuk mendaftar permohonan kerana badan bukan kerajaan itu mempunyai kaitan rapat dengan masyarakat setempat malah menerusi Program Sayangi Komuniti anjurannya sentiasa mendapat sambutan.Katanya, dia tidak menyangka dalam tempoh 18 jam kaunter pendaftaran dibuka ribuan penduduk mengambil kesempatan untuk mendapatkan cermin mata percuma itu.Beliau juga berharap supaya pendaftar bersabar menunggu proses untuk mendapatkan cermin mata terbabit daripada pihak penyumbang utama.Katanya, majlis penyerahan cermin mata terbabit kepada pemohon dijangka diadakan pada akhir Januari depan dan akan disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
26 Dec 17
224
25 Pasangan Bulan Madu Dalam Houseboat
Seramai 25 pasangan suami isteri menyulami pengalaman indah dan menarik apabila terpilih menyertai Proram Smartstart 2nd Honeymoon dalam houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.Program dua hari satu malam berakhir 21 Disember lalu anjuran Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) Teluk Ketapang, Kuala Nerus itu memberi pengalaman baharu kepada pasangan suami isteri yang sudah lama melayari kehidupan berumahtangga.Pengerusi Penganjur, Md Azmi A. Aziz berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan membangkitkan semangat kemesraan di kalangan pasangan terbabit.Katanya, sebahagian besar peserta yabg sudah mendirikan rumah tangga lebih 40 tahun dapat menikmati suasana baharu apabila menyertai program itu.Beliau berkata, sepanjang mengikuti progran itu peserta dapat mengikuti ceramah kekeluargaan yang disampaikan oleh penceramah khas dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu, Kamarudin Ali merasmikan program itu.Md Azmi berkata, menariknya program itu apabila diadakan di dalam bot dan peserta duduk bersila mendengar ceramah dalam sebuah dewan khas dalam bot berkenaan."Peserta solah-olah menikmati alam perkahwinan semula dan mengimbau zaman lampau tetapi dalam situasi yang berlainan, katanya.Peserta, Rusini Hassan,55, berkata program itu menjadi kenangan manis dalam sejarah hidupnya kerana berbulan madu di dalam bot.Katanya, walupun sudah berusia tetapi menerusi program itu ia membangkitkan kasih sayang pasangan suami isteri apa lagi ia diadakan dalam sebuah bot di tasik.
24 Dec 17
322
Pasangan Kembar Seiras, OKU Seronok Sertai Majlis Khatan Dun Telemong
YB Dato' Rozi Mamat mendukung peserta OKU Mohammad Zakry Aminuddin Zanfori,11 ke bilik berkhatan di Sekolah Kebangsaan Tengkawang.Perasaan seronok dan teruja malah terasa seperti putera raja apabila didukung oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Telemong, Dato' Rozi Mamat.Itulah reaksi Mohammad Zakry Aminuddin Zanfori,11, pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang juga pasangan kembar seiras ketika ditemui pada Majlis Berkhatan Perdana Dun Telemong di Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Telemong, hari ini.Mohammad Zakry Aminuddin yang lumpuh sejak dilahirkan berkata, dia merasa seronok kerana dapat merasai pengalaman berkhatan beramai-ramai, malah merasa teruja menunggu giliran untuk dikhatankan tanpa rasa gementar.“Semalam mari rasa takut, tapi rasa tu datang sekejap je...lepas tu hilang bila dengan kawan-kawan. Masa Cikgu Rozi dukung saya...rasa bangga sangat, tak dapat nak cerita perasaan masa tu ," katanya ketika ditemui.Bagi adik kembarnya, Mohammad Zakry Amiruddin yang dilahirkan normal, walaupun sebelum ini di perdengarkan pelbagai cerita ‘gerun’ daripada rakan sebaya yang sudah berkhatan, kehadiran kembarnya membuatkan dia lebih tenang dan memberi semangat."Seronok dan teruja sebab rasa macam dah dewasa. Langsung tak takut sebab anak lelaki kena berani...tak boleh nangis nanti orang tengok malu,"katanya.Ini diakui oleh ibu mereka Rohaya Ismail ,29, yang mengatakan anak kembarnya cukup bersedia dan terlalu teruja menunggu hari berkenaan."Saya memang puas hati dengan khidmat doktor di program ini. Lagipun ianya percuma dan meringankan beban saya dan suami bila buat dua orang serentak,"katanya ketika ditemui selepas majlis berkhatan tersebut.Majlis perasmian program berkhatan melibatkan 100 peserta yang diarak dengan lima buah tandu berhias sebelum di sembur air oleh pihak Bomba Kuala Berang itu disempurnakan oleh Adun Telemong.Sementara itu, Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri berkata, ia merupakan acara tradisi setiap kali cuti persekolahan khususnya bagi membantu mereka dari keluarga yang kurang berkemampuan.“Khatan percuma beramai-ramai ini lebih meriah pelbagai ragam dapat dilihat walaupun peserta ada yang masih muda tetapi mereka tetap bersemangat.“Kita akan teruskan usaha ini sebagai rutin tahunan untuk kanak-kanak di Dun ini, sebagai satu kenangan zaman kecil malah sambutan dari ibu bapa amat menggalakkan,”katanya.Beliau mengharapkan majlis berkhatan ini akan menjadi perangsang kepada anak- anak agar mereka menjadi insan berguna, berbakti kepada keluarga dan menjadi anak yang soleh pada masa akan datang.
16 Dec 17
281
Sumbangan Back To School Kurangkan Beban Keluarga
Mohd Fazli(berkerusi roda) mencuba baju sekolah kepada anaknya Muhammad Fakhriy Nasiruddin bersama dua lagi anak lelakinya Muhammad Faqeh Naqiuddin(kanan) dan Muhammad Fathun NajmuddinBantuan dalam bentuk baucer bernilai RM100 mungkin tidak besar nilainya tetapi bagi 165 ibu bapa yang anak mereka terpilih dalam Program ‘Back To School´ Parlimen Hulu Terengganu, sumbangan itu amat bermakna.Bagi seorang bapa, Mohd Fazli Abd Ghani,43, yang mengalami kecacatan kaki sejak 2013, bantuan itu amat meringankan bebannya yang hanya bergantung kepada duit Perkeso sebanyak RM 1,800 untuk menampung kehidupan tujuh daripada lapan anaknya yang masih bersekolah.Kakitangan Tenaga Nasional Berhad(TNB) bahagian penjanaan elektrik di Empangan Kenyir terjatuh ketika bermain bola pada tahun 2010 mengakibatkan kakinya dipotong pada 2013 dan terpaksa berhenti kerja selepas itu."TNB ada beri duit pampasan sebanyak RM100,000 dan saya gunakannya membina rumah untuk keluarga saya dan bagi sara hidup, saya bergantung kepada duit Perkeso setiap bulan lagipun isteri saya hanyalah surirumah,"ujarnya lagi.“Zaman sekarang, barang-barang sekolah mahal. Seorang kadang-kadang sudah cecah RM200 untuk beg, baju, kasut, alat tulis dan bermacam-macam lagi. Justeru, saya amat bersyukur dengan bantuan ini, ” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan sekolah 'Back To School' Parlimen Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Seramai 165 orang anak yatim, asnaf dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan menerima sumbangan set kelengkapan persekolahan percuma menerusi Program ‘Back to School’ peringkat Parlimen Hulu Terengganu.Program pada kali ini menyumbang sepasang baju beserta seluar, kasut sekolah, beg sekolah, kelengkapan alat tulis dan wang tunai bernilai RM100.Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari berkata program sebegini adalah bertujuan meringankan beban ekonomi golongan yang kurang bernasib baik bagi menghadapi persediaan kembali ke sekolah yang bakal tiba.“Sebagai Ahli Parlimen, saya memahami denyut nadi rakyat saya dalam ekonomi yang tidak menentu, keadaan cuaca yang menggugat ekonomi sesebuah dan ini merupakan inisiatif terbaik yang dilakukan oleh Parlimen Hulu Terengganu bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di sini.“Antara barangan yang diberi adalah baju, kelengkapan alat tulis, beg sekolah dan kasut sekolah dalam bentuk baucer bernilai RM100 yang boleh ditebus di majlis yang sama," katanya.
14 Dec 17
178
Puteri UMNO Besut Anjur Program Di PPS
Idris menyuap pulut kuning kepada peserta bertindik Pada Program Bertindik Beramai-Ramai Pelbagai aktiviti berfaedah diadakan bagi menghilang rasa bosan mangsa banjir ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara ( PPS) yang disediakan pihak berkuasa.PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2, Besut dimeriahkan dengan Program Bertindik Beramai-Ramai untuk kanak- kanak mangsa banjir di pusat itu.Seramai 20 kanak-kanak perempuan menyertai program anjuran Puteri UMNO Bahagian Besut dengan kerjasama pejabat Kemas Daerah Besut, semalam.Program itu bertambah meriah dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, yang turut melakukan upacara menyuap pulut semangat kepada peserta terbabit.Ketua Puteri UMNO Besut, Erni Salwani Saidi berkata, pihaknya mengambil peluang menganjurkan program itu bagi memenuhi masa lapang mangsa banjir yang tinggal di PPS."Ia juga sebahagian daripada usaha mememenuhi aktiviti berfaedah bagi menghindarkan rasa bosan mangsa banjir sepanjang tempoh berada di situ."Selain itu kami juga nengadakan pertandingan mewarna dan ceramah motivasi kepada ibu bapa," katanya.
02 Dec 17
145
Perlaksanaan NBOS Hulu Terengganu Cemerlang
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu,DSP Adli Mat Daud membersihkan ruang tamu Fatimah Jusoh sambil di bantu oleh anggotanya.Semua jabatan dan agensi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melaksnakan Kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dengan cemerlang dalam tempoh gelombang pertama banjir yang melanda Hulu Terengganu baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu merangkap Komander Medan Operasi Bencana,DSP Adli Mat Daud berkata dengan kerjasama baik antara semua jabatan dan agensi serta masyarakat yang terlibat,tidak berlaku kejadian yang tidak diingini di daerah ini."Kita akan meneruskan kerjasama ini dan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi memantapkan lagi SOP banjir di daerah ini."Dan jika ada berlaku permasalahan berkaitan sebarang bencana boleh terus menghubungi agensi berkaitan untuk diambil tindakan seterusnya,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Tangan Bersalam PDRM Pasca Banjir di Kampung Kuala Ping,hari ini.DSP Adli Mat Daud menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada Fatimah Jusoh di rumahnya di Kampung Kuala PingMenurut Adli, program kemasyarakatan di bawah 'Community Polising' ini dilaksanakan oleh PDRM bagi membantu mereka yang terjejas selepas pasca banjir."Dengan kekuatan lima pegawai kanan dan 40 anggota kami jangka dapat bersama-sama masyarakat untuk bersih empat buah rumah yang dilanda teruk banjir baru-baru ini.“Pihak kami menasihatkan supaya mana-mana kediaman mereka yang sering dilanda banjir agar sentiasa bersiap sedia dan berpindah awal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,”katanya.Sementara itu, pemilik rumah Fatimah Jusoh, 54, berkata pertolongan pada hari ini bagaikan pucuk di cita ulam mendatang saat ditimpa musibah.Katanya, sebagai ibu tunggal kepada tujuh orang anak yang hanya mengharapkan hasil jualan roti canai,dia sudah tidak terdaya untuk membersihkan rumahnya kerana faktor kesihatan."Mak cik tinggal bersama dua orang anak sebab yang lain sudah berkeluarga jadi nak harapkan dua beradik ni memang tak sempat."Memang saban tahun la rumah mak cik dinaiki air setinggi 1.5 meter kerana terlalu dekat dengan sungai Telemong iaitu lebih kurang 100 meter,”katanya.
30 Nov 17
51
Penternak Bawa 14 Ekor Kambing Berlindung Di Rumah
Sebahagian Kambing yang sedang berehat di ruang tamu sambil diperhatikan Rohani.Jika lazimnya kambing bermalam di kandang tetapi berbeza pula di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, haiwan berkenaan mendapat layanan istimewa apabila berlindung di ruang tamu rumah penternaknya, sejak tiga hari lalu.Pemilik haiwan itu, Rohani Mamat, 57, ini merupakan kali pertama dia membawa 14 ekor kambingnya bermalam dalam rumah selepas kandang ternakan yang terletak bersebelahan kediamannya itu rosak teruk akibat ditimpa ribut pada Ahad lalu.Katanya, selepas kejadian tengah hari itu, dia dan suami, Ismail Othman, 60, meletakkan kesemua kambing berkenaan di bawah rumah untuk berteduh bagaimanapun terpaksa dibawa naik ke rumah ekoran hujan lebat dan kawasan sekitar yang mulai dinaiki air."Oleh kerana hujan lebat berterusan dan banjir maka tiada tempat untuk mereka bermalam jadi dalam pukul 3 pagi, saya biarkan 14 ekor kambing tu tidur di rumah sebab kasihan lagi pun sudah macam ahli keluarga sendiri."Sehingga hari ini sudah dua malam kesemuanya tidur dalam rumah. Saya cuma mahu haiwan peliharaan kami mendapat tempat berteduh yang selesa terutama pada musim tengkujuh ini,"kata ibu kepada tiga cahaya mata ini ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong, hari ini.Menurut Rohani, antara pengorbanan yang dia dan suami terpaksa lakukan ialah mencuci ruang tamu selang empat jam sehari bagi memastikan kawasan berkenaan bersih daripada sebarang najis kambing."Sebelum ini, kambing-kambing semuanya kami bela kat rumah ibu di Kampung Matang dan baru sahaja dipindahkan ke sini sebaik sahaja kandang bernilai RM5,000 siap dibina."Tapi kejadian ribut baru-baru ini musnahkan segalanya dan ini merupakan pengalaman pertama kami menghadapi musim bah kali ni,"katanya.
29 Nov 17
1034
50 Tahun Hadapi Banjir,Terima Dengan Redha
Segelintir penduduk di beberapa kampung di Telemong menyifatkan banjir yang melanda kawasan mereka adalah yang perkara biasa yang perlu dihadapi dengan redha dan tabah sejak bertahun-tahun yang lalu.Seorang warga emas, Rokiah Md Nor,72, yang tinggal di Kampung Kepah berkata, dia berasal daripada Tanah Merah telah menetap lebih dari 50 tahun sejak berkahwin dengan arwah suaminya dan kini tinggal bersama anak perempuannya serta menantu."Rumah tok dekat dengan Sungai Kepah jadi cepatlah kena banjir..memang tidak boleh nak lari, pindah saja pilihan yang ada."Tok cuma redha dengan kejadian ini sebab dah biasa banjir sejak pindah lagi...dah banyak kali berpindah randah setiap kali banjir berlaku di kampung ni," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pemindahan Dewan Seri Budiman Kampung Kepah, Hulu Terengganu, hari ini.Menurut Rokiah, sepanjang tinggal di kampung itu, banyak pengalaman banjir yang tidak dapat dilupakannya terutama banjir besar yang berlaku pada 1986 dan pada awal tahun ini apabila rumahnya hampir tenggelam."Awal tahun baru-baru ini, tiga kali kami terpaksa pindah dengan sehelai sepinggang..banyak barang dalam rumah rosak sebab banjir di luar jangkaan."Banjir mengingatkan tok tentang banjir yang pernah berlaku lebih 30 tahun dulu, apabila kampung hampir tenggelam semuanya,"katanya lagi.Sementara itu, anaknya, Hasnah Ismail, 40, pembantu guru tadika berkata walaupun sentiasa terpaksa berpindah paling awal setiap tahun tetapi tidak menghalangnya untuk terus tinggal di rumah tersebut."Rumah itu rumah pusaka, yang ditinggalkan oleh arwah ayah untuk mak dan anak-anaknya...jadi memang terasa sayang untuk pindah ke rumah lain."Kami cuma tiga beradik,yang sulung dan bongsu tinggal jauh dari sini maka tinggallah saya seorang untuk jaga mak lagi pun mak yang tidak mahu pindah..ada kenangan katanya pada saya,"katanya lagi..Hujan turun tidak berhenti sejak beberapa hari menyebabkan air naik mendadak dan hampir 85 peratus Kg Kepah, Kuala Ping, Tengkawang dan Tok Lawit ditenggelami banjir.
29 Nov 17
80
Ibu Dalam Pantang Diselamatkan Dalam Banjir
SitiSeorang ibu sempat menyelamatkan menantunya yang sedang berpantang sejak lima hari lalu, di rumahnya ke kawasan selamat selepas kediaman mereka di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, mula dinaiki air malam tadi.Siti Mat Zin ,58, berkata menantunya Siti Sarah Besar bersama cucunya terpaksa dipindahkan segera erikutan limpahan air dari Sungai Ping yang mendadak menenggelamkan persekitaran dan memasuki rumahnya."Mak cik pindah lewat malam dengan dibantu anak lelaki yang hantar ke Masjid Assyakirin ini sebab air naik laju dari tahun lepas manakala barang-barang dalam rumah dah lama simpan atas nasihat wakil rakyat kami Cikgu Rozi.Norlin"Cuma mak cik bersyukur sebab sempat pindahkan anak menantu mak cik yang dalam pantang bersalin lima hari ke rumahnya di Padang Tengir. Ketika itu air sudah di paras lutut," kata Siti kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Pemindahan Banjir Kuala Ping.Bagi Norlin Mohammad,34, juga berasal dari kampung Kuala Ping berkata, air yang naik tiba-tiba menyebabkan dia dan 10 ahli keluarga yang lain mula berpindah bermula jam 3 pagi.Menurutnya, persiapan menaikkan barang-barang dalam rumah dilakukan sejak awal lagi apabila melihat keadaan hujan lebat yang turun tanpa henti dan air sungai mula naik.Seramai 103 orang daripada 55 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Masjid Assyakirin selepas kediaman mereka terjejas ekoran banjir melanda Telemong.Hujan yang turun tidak berhenti sejak petang semalam menyebabkan air naik dengan cepat dan hampir 85 peratus Kampung Kuala Ping, Tengkawang dan Kampung Tok Lawit ditenggelami air banjir.Jalan utama juga dinaiki air yang mengakibatkan tiga buah kampung itu terputus hubungan dan ditutup kepada semua kenderaan berikutan dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1.5 meter.
27 Nov 17
127
Penduduk Tebakang Hidupkan Permainan Tradisi
Seramai 50 penduduk Kampung Tebakang, Marang menerusi Persatuan Belia Setia Pakat dan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Kampung Tebakang menganjurkan pertandingan permainan tradisional, di kampung itu,semalam.Pengerusi Persatuan Belia Sepakat yang juga merangkap Pengerusi KRT Kampung Tebakang, Abd Karim Ibrahim berkata, kejayaan Pesta Sukan Air kampung berkenaan baru-baru ini turut mendorong penganjuran program itu, dalam usaha memupuk muafakat dan perpaduan di kalangan penduduk.Menurut Abd Karim, antara permainan tradisi yang popular dipertandingkan contohnya seperti permainan congkok, gasing pukul, pekong cetong, game tanah, tarik upih pinang, 'zero fan', jalan tapak gajah (tempurung), bedil buluh, petik mata dan letak air dalam botol.Katanya, bagi memperkenalkan permainan tradisi yang terdapat di seluruh negara kepada masyarakat kampung, sebagai permulaan pihaknya bercadang menganjurkan dalam skala yang lebih besar awal tahun depan.
18 Nov 17
773