Artikel "Komuniti" Terkini
Kurangkan Beban Kami - Ibu Tunggal
Penerima bantuan barangan dapur dan wang tunai berjumlah RM300 seorang daripada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil- wakil Rakyat (Serikandi) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Marang gembira dan terharu dengan keprihatinan badan itu tanpa jemu membantu mereka.Bantuan yang berjumlah RM270,000 kepada 900 ibu tunggal sempena program Jelajah Cakna Ibu Tunggal di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong disempurnakan Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria, semalam.Bagi Peah Deraman,64, dari Kampung Sena Rendang, Marang, beban memimpin keluarga amat berat jika tidak mendapat bantuan mana-mana pihak khususnya agensi kerajaan."Oleh itu bantuan dari Serikandi ini sangat membantu kami untuk menampung perbelanjaan serba-sedikit. "Selain Serikandi, agensi kerajaan negeri juga banyak memberikan bantuan kepada kami sama ada melalui pemberian barang keperluan, wang tunai serta latihan keusahawanan," katanya.Ini turut diakui rakan sekampungnya, Semek Malik, 60, yang berharap bantuan sebegini akan diteruskan pihak berkenaan demi meringankan beban golongan tidak bernasib baik seperti mereka."Saya bersyukur dan berdoa kerajaan yang banyak membantu rakyat kekal memerintah dan terus menjaga kebajikan," katanya.Sementara itu, seorang lagi penerima, Khatijah Awang, dari kampung Surau Haji Mat Din, berkata bantuan itu banyak meringankan beban keluarganya sekali gus dapat menguruskan perbelanjaan lain seperti menyediakan keperluan ubat-ubatan.
12 Apr 18
120
AmanahRaya Dedah Masyarakat Perancangan Dan Pengurusan Harta
Pegawai AmanahRaya, Ustaz Mohd Syazwan Mohd ketika menyampaikan ceramah Perancangan dan Pengurusan Harta (Faraid, Hibbah, Wakaf, Sedekah dan Nazar) bertempat di Masjid Haji Abdul Rahman Limbong, Hulu Terengganu, semalam.AmanahRaya Negeri Terengganu menganjurkan Ceramah Perancangan dan Pengurusan Harta (Faraid, Hibbah, Wakaf, Sedekah dan Nazar) bertempat di Masjid Haji Abdul Rahman Limbong, Hulu Terengganu, semalam.Pengurus Kanan Wilayah Timur AmanahRaya, Tuan Noraizan Tuan Long berkata, program julung kali diadakan untuk menyedarkan kepentingan penyelesaian dan pengurusan harta pusaka itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. “Kira-kira 200 orang mengikuti ceramah yang berfungsi sebagai wadah untuk masyarakat menimba ilmu berkaitan hal perancangan dan pengurusan harta pusaka,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Tuan Noraizan berkata, selain mendedahkan peserta program mengenai pengetahuan mendalam isu-isu dan cabaran yang timbul daripada harta terutama yang berkaitan dengan harta pusaka orang Islam, ceramah yang mendapat kerjasama jawatankuasa masjid terbabit juga turut memberi maklumat kepada orang ramai tentang permasalahan dan kaedah penebusan harta pusaka Islam.Katanya, masyarakat perlu didedahkan dengan cara pengagihan harta semasa hidup sebagai perancangan awal pengagihan harta bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul kepada harta yang ditinggalkan selepas kematian mereka.“Ini memandangkan, masalah tunggakan harta pusaka boleh mendatangkan implikasi yang buruk dari perspektif ekonomi, undang-undang, agama dan sosial,” ujarnya.
07 Apr 18
34
Pesta Buku @ PPAT 2018 Tawar Harga Buku Serendah RM1
Pelbagai judul novel , bahan bacaan termasuk buku latihan serendah RM1 bakal ditawarkan kepada pengunjung Pesta Buku @ PPAT 2018 di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.Pesta buku yang dijadualkan berlangsung selama lapan hari bermula 31 Mac itu menjanjikan pelbagai aktiviti menarik semata-mata mahu menarik orang ramai terutama golongan pelajar.Antaranya persembahan artis cilik Muhammad Irfan Yusmanizam atau lebih dikenali sebagai Mat ipang, pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck.Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed, berkata seramai 61 penerbit buku terdiri penerbit novel, alat bantuan mengajar dan juga jualan alat tulis akan turut serta pada pesta buku itu.“Pelbagai bacaan bacaan, novel dan buku latihan menanti pengunjung dengan harga sangat berpatutan.“Pendekatan ini dapat memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk memilih bahan bacaan yang terkini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.Program yang bermula dari 9 pagi sehingga 10 malam itu bakal dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.
24 Mar 18
137
10,000 Pengunjung Dijangka Hadir Minggu Sains Negara
Kira-kira 10,000 pengunjung, termasuk pelajar dan golongan belia dijangka hadir pada Minggu Sains Negara peringkat Negeri Terengganu 2018 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Chendering, Kuala Terengganu.Program selama tiga hari yang akan berakhir pada 5 April itu menyajikan pelbagai program menarik bertujuan menyemai kesedaran dan minat orang ramai khususnya pelajar terhadap ilmu sains.Antaranya Sea To Space Expo, pameran dan bengkel, cerapan matahari, cerapan langit siang dan malam, tayangan astronomi dan paling istimewa panampilan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al Musrie Sheikh Mustapha.Manakala bagi Science Troopersz sempena program sama turut diadakan melibatkan semua daerah termasuk Kemaman dan Setiu.Science Troopersz diadakan di sekolah-sekolah terpilih, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun; SMK Landas, Hulu Terengganu; SMK Lembah Bidong, Setiu dan Pasar Jertih, Besut.Program itu berlangsung selama lima hari, bermula 1 April.Ketua Pegawai Operasi PSKT, Afnida Alwi, berkata program berkenaan pastinya mampu memberi manfaat kerana dapat mendalami bidang sains secara lebih dekat serta secara praktikal.“Oleh itu, pihak kami berharap orang ramai mengambil peluang hadir ke program yang dianjurkan secara percuma itu dengan membawa keluarga masing-masing,” katanya.Perasmian program dijangka disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
20 Mar 18
111
LTdL 2018: Penduduk Terengganu Teruja Saksi Saingan
Peluang menyaksikan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang menamatkan peringkat ketiga semalam tidak dilepaskan segelintir penduduk Terengganu.Mohd Zakri Ibrahim, 37, yang berkerja sebagai penyelenggara elektrik di Kuala Nerus mengakui teruja dengan acara gemilang yang jarang disaksikan secara langsung di depan mata sendiri."Saya membawa anak- anak datang untuk memberi pengalaman menyaksikan acara peringkat antarabangsa ini. Saya harap kerajaan negeri akan terus jadi penganjur kerana Terengganu merupakan pengeluar bakat atlet basikal negara," katanya yang ditemani dua anaknya.Manakala, Zaharatul Aini Mohd Albakri,42 dari Pulau Pinang pula tidak menyangka kunjungannya ke Kuala Terengganu memberikan pengalaman berharga apabila berpeluang menyaksikan persaingan beberapa pelumba yang menamatkan perlumbaan di bandar Kuala Terengganu."Ini kali pertama saya saksikan LTdL. Ia sangat mengujakan kerana dapat melihat sendiri kelajuan dan semangat pelumba di garisan penamat," katanya.Bagi Zarif Syahmi Mohd Othman, 11, yang mengunjungi lokasi persaingan ditemani bapa dan sepupunya, Mohd Farish Mohd Rosdi,10, pula mengimpikan untuk menjadi pelumba negara suatu masa nanti."Seronok dapat lihat LTdL, saya sangat bersemangat dan mahu jadi seperti mereka suatu hari nanti," katanya.LTdL 2018 akan memulakan peringkat keempat bermula di Dungun pagi ini.
20 Mar 18
258
Orang Asli Dewasa Sungai Berua Berkhatan
Seramai 20 peserta masyarakat Orang Asli Sungai Berua berusia dalam lingkungan lapan hingga 20 tahun menyertai program berkhatan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).Penolong Setiausaha Dakwah Saudara Kita (Maidam), Abdul Halim Lim Abdul Rahman berkata, inisiatif itu merupakan program kali ketiga yang dilaksanakan pihaknya menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan komuniti berkenaan turut melaksanakan kewajipan sebagai orang Islam dengan berkhatan."Kita buat secara percuma termasuk pendedahan mengapa perlunya berkhatan dan syukur mereka memahaminya dan menerimanya walaupun agak lambat tentang dakwah yang cuba disampaikan."Bukan sahaja masyarakat Orang Asli Sungai Berua yang terlibat dalam program seperti ini kerana pihak kami turut laksanakan secara bersama dengan dua lagi komuniti Orang Asli iaitu di Sungai Pergam di Kemaman dan Sungai Sayap di Besut yang melibatkan lebih kurang 291 keluarga secara keseluruhannya," katanya kepada pemberita selepas program berkhatan di perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu, hari ini.Abdul Halim berkata, pihaknya memperuntukkan hampir RM7,000 untuk program kali ini dengan setiap peserta akan mendapat sedikit barangan, cenderahati berupa kain pelikat dan wang tunai.Jelasnya lagi, pihaknya turut merancang selepas bulan Syawal, mereka yang dewasa belum berkhatan akan dibawa ke hotel untuk dikhatankan diajar pantang larang dan penjagaan yang perlu bagi memberi keselesaan, mengurangkan rasa rendah diri dan malu jika dibuat secara terbuka di perkampungan mereka.Seorang peserta, Faizal Hassan, 16, mengakui belum sempat berkhatankerana perasaan takut sentiasa menyelubunginya apabila mendengar perkataan khatan."Saya tahu khatan adalah satu kewajipan bagi orang lelaki Islam, saya cuba kumpulkan keberanian dan sebab itu saya melakukannya kerana keinginan berkhatan datang daripada hati saya tanpa ada paksaan.“Ada juga dengar orang cakap yang bukan-bukan tentang berkhatan, tetapi hati saya kuat pada kali ini...dah lama saya tangguh dan hari ini saya sudah pun melaluinya... Alhamdulillah tidak rasa sakit ," kata Faizal.Alias menunjukkan akar rempah gunung yang digunakan sebagai ramuan ubat bagi menyembuhkan luka berkhatanSementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Sungai Berua, Alias Pelong berkata, program itu perlu diteruskan setiap tahun perlu bagi memastikan kanak-kanak orang asli berkhatan seawal usia mereka.Tambahnya lagi, menjadi satu tradisi apabila selepas berkhatan, anak-anak tidak bergantung sepenuhnya kepada ubat moden dibekalkan sebaliknya mengamalkan minum air rebusan akar tumbuhan hutan dinamakan rempah gunung bagi cepatkan proses pemulihan.“Cuma ia tidak akan diminum pada hari sama ubat moden dimakan, sebaliknya diselang-seli setiap hari. Sebelum program, kami sudah ke hutan cari akar rempah gunung ini untuk direbus sebelum diberi minum kepada peserta berkhatan,”ujar Alias.
19 Mar 18
1425
Lulus Peruntukan RM500 juta Untuk Jalan Di Besut
Nawi beramah mesra dengan ahli mesyuaratKerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM500 juta untuk menaik taraf jalan dan pembinaan jambatan kedua merentangi Sungai Besut bagi mengatasi masalah kesesakan yang sering berlaku di bandar ini terutama pada musim cuti umum.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Nawi Mohamad berkata, pembinaan jambatan kedua berhampiran jambatan sedia ada di bandar Jertih diharap dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang sering menjadi rungutan penduduk daerah itu.Katanya, serentak dengan pembinaan jambatan baharu itu kerajaan akan melebarkan jalan daripada dua lorong kepada empat lorong bermula dari Kampung Gong Nering hingga ke Seberang Jertih."Selain itu menerusi peruntukan sama kerja menaik taraf jalan daripada dua lorong kepada empat lorong dari Hospital Besut ke Pasir Akar, Hulu Besut akan dilaksanakan.“Usaha menaik taraf jalan kepada empat lorong berkenaan juga bertujuan menyelesaikan masalah terputusnya hubungan penduduk Hulu Besut dengan bandar ini apabila berlaku banjir,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-5 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Daerah Besut, hari ini.Nawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut berkata, usaha memberi kemudahan seperti jalan dan jambatan yang dicadangkan itu akan terbantut jika penduduk Besut tidak memberi sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Plihan Raya Umum Ke-14.Oleh itu,katanya, beliau yakin ahli persatuan pesara kerajaan daerah ini akan terus menyokong BN kerana ingin melihat Besut iterus maju dan membangun dalam pelbagai bidang sebagaimana yang dirancang kerajaan.
19 Mar 18
46
Anggota APM Siap Sedia Berdepan PRU
Anggota APM bersiap sedia hadapi PRU Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengerahkan anggotanya pada bila-bila masa bagi menjalankan tugas sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Ketua Pesuruhjaya APM, Mej Jeneral Dato' Azmy Yahya berkata, pihaknya dalam keadaan siap siaga bagi memastikan seluruh negara dalam keadaan aman dan sejahtera sepanjang tempoh kempen pilihan raya.Katanya, ketika ini APM mempunyai kekuatan 2.1 juta anggota seluruh negara dan sebahagiannya sukarelawan akan dikerah menjalankan tugas yang diperlukan dalam tempoh berkenaan."Semua anggota APM sudah dilatih untuk membantu orang ramai jika berlaku sebarang kes kecemaasan yang ada kaitan dengan tugas anggota pasukan berkenaan.“Semua pengarah APM seluruh negeri juga sudah diarah menyediakan pasukan anggota yang terbaik bagi mempastikan keadaan di kawasan masing-masing sentiasa dipantau,” katanya selepas majlis penghargaan kepada petugas Monsun Timur Laut (MTL), di Besut, hari ini.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh merasmikan program berkenaan serentak dengan pelancaran Skuad Sukarelawan APM Parlimen Besut.Azmy berkata, APM menyasarkan menjelang akhir tahun ini sejumlah 3 juta anggota agensi itu ditambah dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.Idris ketika merasmikan program itu, berkata beliau turut berbangga dengan perkhidmatan yang diberikan anggota APM yang sentiasa bersedia menjalankan tugas secara sukarela."Kenaikan tambahan elaun yang diumumkan kerajaan baru-baru ini diharap lebih ramai rakyat menyertai pasukan APM kerana ia satu tugas murni untuk negara."Bencana banjir yang berlaku di negeri ini tiap tahun bukti anggota APM sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa banjir,"katanya.
19 Mar 18
178
KPM Peruntuk RM18.3 Juta Agih Tablet Untuk 21,979 Guru Terengganu
lima guru dari sekolah sekitar Kuala Nerus menunjukan tablet yang diterima. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan kira-kira RM18.3 juta bagi mengagihkan tablet secara berperingkat-peringkat kepada 21,979 guru di seluruh Terengganu Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian tablet itu turut dilengkapi kad sim dan aplikasi khusus untuk guru."Sekarang ini pengagihan tablet di seluruh daerah sedang berjalan dan kita jangka selewatnya hujung bulan ini semua guru bakal memperoleh tablet berkenaan."Kita percaya melalui pemberian tablet kepada guru-guru ini akan memastikan usaha kita untuk memperkukuhkan kelas maya akan berjalan dengan lebih lancar,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebaik selesai menyempurnakan Majlis Pengagihan Tablet Guru KPM Daerah Kuala Nerus, di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail.Menurut Ahmad Razif lagi, penggunaan tablet itu juga secara tidak langsung akan memudahkan guru-guru memperoleh maklumat bagi proses pembelajaran di dalam kelas nanti."Kita harap kecemerlangan pendidikan terus terserlah dan gemilang dengan adanya bantuan tablet ini,"katanya.
14 Mar 18
485
Serikandi Gesa Orang Ramai Bantu Golongan Tidak Bernasib Baik
Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) menggesa orang ramai supaya sentiasa turun padang bagi melihat sendiri situasi golongan yang tidak bernasib baik.Yang Dipertuanya, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, dengan adanya program yang kerap kali diadakan ke rumah istimewa ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban serta menggembirakan perasaan mereka.“Mereka tidak mengharapkan apa-apa daripada kita. Cuma, sekiranya kita lebih prihatin, ia akan sekaligus dapat menjadikan dunia ini lebih baik.“Serikandi akan terus mengadakan program-program sebegini supaya kita juga dapat belajar apa itu erti syukur,” katanya.Beliau ditemui wartawan selepas mengagihkan sumbangan Serikandi kepada penduduk Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Halina berkata, Serikandi turut mengalu-alukan mana-mana organisasi dan badan-badan bukan kerajaan untuk bekerjasama dengan pertubuhan tersebut bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan.Dalam majlis berkenaan, Serikandi turut menyumbangkan RM1,000 sebagai sumbangan pentadbiran kepada Taman Sinar Harapan.
02 Mar 18
48