lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Orang Ramai Dijemput Meriahkan Program Nostalgia Ramadan
Orang ramai dijemput memeriahkan Program Nostalgia Ramadan  anjuran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang diadakan sepanjang bulan Ramadan ini bertempat di Pasarnita Tanjung, Kuala Terengganu.Datuk Bandar MBKT, Samiun Salleh berkata, beberapa aktiviti jualan akan berlangsung di lokasi tersebut termasuk jualan juadah berbuka puasa, pakaian dan kuih raya serta ‘food truck’.“Disamping sesi ceramah agama, penyediaan tempat untuk berbuka puasa dan ‘photo booth’, MBKT turut menyediakan kemudahan lain seperti pentas untuk aktiviti keagamaan dan persembahan, tayangan sembahyang terawih serta penyediaan kanopi untuk para peniaga,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, aktiviti jualan bermula pukul 3 petang sehingga waktu sahur.
16 May 18
161
Empty Image
PRU14 : Derita Bapa Tunggal Dapat Perhatian
Oleh : Ezzuan AhmadSeorang bapa tunggal yang menghidap penyakit kencing manis di tahap kritikal kini mampu tersenyum selepas kediamannya di Kampung Pinang Merah, Paka, yang rosak  sudah dibaiki semula.Abdul Rahman Mohammad, 62, kini tinggal bersama seorang anak lelakinya di rumah itu yang juga rumah pusaka peninggalan keluarganya sejak 30 tahun dahulu selepas kematian isteri tercinta, Kamisah Zakaria, 45, akibat penyakit barah otak.Lebih memeritkan lagi, penyakit kencing manis yang dihidapinya telah menyebabkan penglihatannya menjadi kabur dan tidak mampu untuk bekerja untuk mencari rezeki.Keadaan tersebut menyebabkan dia tidak mampu untuk membaiki kerosakan struktur rumahnya akibat dimakan oleh serangga perosak.Menurutnya, keadaan rumah kayu yang reput di beberapa bahagian menyebabkan kehidupannya menjadi semakin tidak menentu kerana risau rumah tersebut runtuh."Saya tidak boleh membuat kerja berat kerana penyakit saya ini dan hanya mengambil upah membuat kerja-kerja kampung sahaja,"katanya.Dengan pendapatan sebanyak RM500 sebagai tukang cuci di sebuah masjid, menurutnya adalah mustahil untuk membeli kayu dan papan yang baru bagi membaiki rumahnya itu."Duit yang ada hanya cukup untuk membeli barang keperluan harian dan makanan saya dan anak. Setiap hari saya runsing memikirkan keadaan rumah saya ini," katanya.Tambahnya, wakil rakyat yang telah dilantik (Pas) tidak pernah mengambil berat tentang keadaan diri dan kediamannya."Walaupun pejabatnya (wakil rakyat) dekat dengan rumah saya namun sehingga sekarang satu bantuan untuk baiki rumah saya tidak pernah diberikan," katanya.Simpati dengan keadaan tersebut, calon BN DUN Paka, Tengku Hamzah Tengku Deraman melalui Pejabat Penyelaras UMNO DUN Paka turun membantu membaik pulih kediaman Abdul Rahman.Menurut Tengku Hamzah, bantuan yang diberikan merupakan bantuan papan dinding dan kayu lantai bagi menggantikan bahagian yang rosak."Kita (BN) turun membantu meringankan beban beliau meskipun berada di dalam kubu kuat mereka (Pas) dan ini merupakan satu petanda bahawa rakyat mahukan BN untuk mengubah nasib hidup mereka."Kita juga akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memikirkan bantuan yang sepatutnya seperti bantuan elaun bulanan dan bantuan lain yang dirasakan perlu," katanya.
30 Apr 18
53
Empty Image
Kerajaan BN Tidak Jemu Bantu Tabika Kemas
Halina memerhati dua kanak-kanak Tabika Kemas menyertai Pertandingan Mari Bersolek. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas dengan menyalurkan peruntukan yang besar setiap tahun bagi memperkasakan lagi institusi pendidikan seliaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu.Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, setiap nilai ringgit yang diagihkan itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan Tabika Kemas dengan menyediakan kemudahan yang selesa dan kualiti pendidikan terbaik kepada masyarakat.Katanya, melihat perkara itu, masyarakat hari ini perlu menghargai jasa-jasa kerajaan yang telah membantu rakyat daripada pelbagai aspek bukan saja  berkaitan pendidikan malah tidak jemu menumpukan perihal kebajikan, perubatan, perumahan, peluang pekerjaan dan sebagainya.“Tidak ketinggalan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu juga setia menghulurkan pelbagai bantuan, termasuk bantuan persekolahan, dana perayaan, sumbangan untuk ibu tunggal serta dana pendidikan ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.“Apa yang dilaksanakan  kerajaan melalui jabatan dan agensi yang dilantik  itu pastinya bertujuan membantu menaiktaraf kehidupan rakyat daripada miskin kepada hidup sederhana,” katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kanival Sukaneka Kanak-kanak Tabika Kemas  DUN Seberang Takir, Padang Bola Taman Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Seramai 400 kanak Tabika Kemas di DUN itu menyertai pelbagai pertandingan antaranya tiup belon, bawa bola ping pong dalam sudu, kanggaru pintar, isi air dalam botol, gelek gelung rotan, lari kepit bola, rebut coklat dan sang tupai gigi epal.
29 Apr 18
234
Empty Image
PRU14 : Calon Parlimen Dungun Temui Mangsa Kebakaran
 Din Adam ketika bertemu mangsa kebakaran dalam lawatannya hari iniOleh : Ezzuan AhmadCalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Dato' Din Adam hari ini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sura Jeti, Kuala Dungun selepas kediamannya musnah dalam kejadian semalam.Beliau turun melihat sendiri kesan kemusnahan dan berkongsi kedukaan mangsa kebakaran, Sahuri Johari, 36, yang tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian itu.Katanya, bantuan yang diberikan berupa sumbangan makanan, keperluan asas dan pakaian kepada keluarga terbabit bagi mengurangkan kesusahan yang sedang mangsa hadapi."Kita bersimpati di atas musibah yang melanda keluarga terbabit dan ini menjadi tanggungjawab kita (BN) untuk membantu rakyat yang memerlukan. "Kita juga akan memikirkan bantuan lain yang dirasakan perlu untuk meringankan beban mereka " katanya kepada Teganukita.Menurut Din, bantuan itu merupakan tanggungjawab BN dalam memastikan tiada rakyat yang hidup dalam kesusahan meskipun berada di kawasan pembangkang."Ini merupakan tanggungjawab kami (BN) dalam memastikan tiada rakyat yang terlepas diberikan bantuan sekiranya memerlukan," katanya. Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman yang didiami mereka musnah keseluruhan akibat kejadian tersebut. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan keluarga terbabit kini menumpang sementara di kediaman saudara maranya.
29 Apr 18
36
Empty Image
RM331 Ribu Dana PROM Paka
Oleh:Ezzuan AhmadSeramai 1,656 wakil penerima dana bantuan Perantau Orang Muda ( PROM ), kerajaan negeri  menerima bantuan dana tersebut hari ini. Majlis pemberian dana tersebut diadakan di Dewan Sivik Paka melibatkan penerima dari 24 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Mukim Paka dan Rasau Kerteh.Majlis tersebut dirasmikan oleh calon BN Paka (N28),  Tengku Hamzah Tengku Deraman.Beliau yang juga Pegawai Penyelaras UMNO DUN Paka berkata, pemberian wang bantuan sebanyak RM200 bagi setiap penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM331,000."Pada kali ini wakil penerima akan dipermudahkan urusannya di mana kelulusan untuk mewakili anak mereka akan dipercepatkan berbanding sebelum ini ""Kita tidak mahu mereka ( Ibu bapa ) merasa terbeban untuk menguruskan surat pelepasan mengikut syarat dan prosedur sepertimana sebelum ini, " katanya ketika ditemui pada majlis tersebut, hari ini.Wakil penerima yang ditemui bersyukur dengan pemberian dana kepada anak mereka dan berharap bantuan yang sedemikian dapat diteruskan lagi untuk masa yang akan datang.Bagi Hasmah Hanafi , 65, pemberian sebegini patut diteruskan bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan dalam menguruskan kehidupan seharian mereka."Alhamdulillah dengan pemberian bantuan ini dapatlah mengurangkan beban yang ditanggung ketika rakyat terpaksa menghadapi kenaikan kos sara hidup, moga ianya dapat diteruskan " katanya.Sementara Aizah Husin, 51, berkata, rakyat seharusnya mengekalkan kerajaan yang sedia ada kerana sudah banyak bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dalam membela rakyat."Kita patut bersyukur dengan apa yang telah kita terima.Sudah banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan dari dahulu sehingga sekarang dan kita sendiri nampak kemajuan yang diperolehi," katanya.
25 Apr 18
37
Empty Image
PPAT Anjur Program Jom Baca 10 Minit
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) akan menganjurkan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Negeri tepat jam 11 pagi, hari ini.Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed berkata, semua individu, pejabat dan komuniti dimohon untuk berhenti sebentar daripada melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit. “Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda simbolik dan tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. “Program ini diadakan secara serentak di seluruh negara dan di Terengganu program ini diadakan di PPAT,” ujarnya.Katanya, penganjuran program tahunan kali kelima ini turut mendapat kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia.Marzialina berkata, orang ramai juga turut berpeluang menyertai Pertandingan Swafoto Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bertemakan Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit.“Syarat pertandingan cukup mudah. Orang ramai hanya perlu ambil gambar bertemakan Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dan muat naik medium sosial seperti Instagram dan Facebook dan layak  untuk memenangi hadiah menarik,” ujarnya.
23 Apr 18
772
Empty Image
PRU14 : Manifesto BN Penuhi Kehendak Rakyat
JohariBerita dan gambar oleh : Ezzuan AhmadManifesto tambahan yang diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, baru-baru ini dilihat sebagai satu manifesto yang mampu membela nasib rakyat.Dengan slogan tema 'Masa hadapan, kita bina bersama hari ini' dilihat sebagai langkah yang tepat untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai sebuah negeri maju dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat pada masa akan datang.Manifesto tambahan yang diumumkan  memberi penekanan khusus kepada memartabatkan agama Islam dan keharmonian beragama, mengurangkan beban rakyat dan membina generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR R.0).Ianya menyentuh 20 perkara penting seperti mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan dan pusat mencari kerja, JobsTerengganu serta memastikan keutamaan peluang pekerjaan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur diberikan kepada anak tempatan.Selain itu kadar tol Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) juga akan diturunkan sehingga 50 peratus secara berperingkat, status rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan ditukar kepada sewa beli daripada sewaan dan pembinaan tambahan 20,000 rumah mampu milik.Dengan memberi penekanan kepada memperkasakan pendidikan dan penglibatan wanita di dalam pelbagai sektor dilihat sebagai tunjang utama kepada manifesto tersebut.Orang ramai yang ditemui menyambut baik pengumuman tersebut dan dilihat sebagai satu manifesto yang mampu membela nasib semua golongan yang memerlukan.Bagi pekerja swasta, Johari Mat Ali , 48, pengumuman yang dibuat merupakan sesuatu yang ditunggu oleh rakyat dan pasti dapat direalisasikan seperti mana yang ditunaikan  sebelum ini."Satu peluang yang baik dan bagi anak muda,  menambahkan peluang pekerjaan adalah satu yang ditunggu - tunggu dan patut direbut oleh mereka."Manakala isu rumah juga pada masa sekarang menjadi satu isu utama dan janji kerajaan untuk membina lebih banyak rumah kepada golongan pertengahan adalah satu yang terbaik dan mampu memenuhi kehendak rakyat," katanya.AdawiyahBagi Adawiyah Abdul Mutallib, 31, Kerajaan BN tidak pernah melupakan apa yang telah dijanjikan sepertimana dalam manifesto sebelum ini.Sambil menyifatkan sebalik manifesto itu, banyak perubahan dari segi pembangunan telah berlaku sejak merampas kembali tampuk pemerintahan pada 1999 lalu."Saya yakin terhadap kerajaan yang ada sekarang akan mampu membawa lebih banyak kemajuan dalam menjaga kesejahteraan rakyat khususnya."Saya tetap akan mengundi Barisan Nasional kerana saya yakin dan sudah merasa nikmat pembangunan yang telah dilaksanakan oleh parti ini sejak sekian lama,"katanya.
21 Apr 18
61
Empty Image
Kerajaan BN Bela Nasib Rakyat - Halina
Berita dan gambar oleh: Ezzuan AhmadJelalah Cakna Ibu Tunggal Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil - Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi ) akan tetap diteruskan meskipun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi mencapai sasaran bertemu mesra dan membantu ibu tunggal di seluruh daerah.Yang Dipertuanya, To' Puan Seri Halina Zakaria berkata, bantuan bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal dalam menguruskan kehidupan seharian mereka setelah ketiadaan suami di sisi.Katanya, kira-kira 32,000 ibu tunggal  yang berdaftar di negeri ini akan diberi bantuan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM6.4 juta . "Kerajaan negeri di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Syarikat Air Terengganu (Satu) merupakan penyumbang utama kami dalam menjayakan program murni ini."Ibu tunggal akan diberi bantuan wang tunai sebanyak RM200 dan bantuan barangan dapur sebanyak RM100 bagi setiap seorang " katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan program tersebut di Dewan Balora, Bandar Al Muktafi Bilah Shah, Dungun, pagi tadi.Pada program tersebut, seramai 800 orang ibu tunggal di sekitar Dewan Undangan Negeri Bukit Besi menerima bantuan wang tunai dan barangan keperluan pada majlis tersebut.Tambah beliau, sehingga April, program itu sudah menjelajah ke lima lokasi iaitu Telemong, Bukit Payung, Wakaf Mempelam, Pengkalan Berangan, Kuala Nerus dan Jabi."Bukit Besi merupakan kawasan yang ke enam dalam siri jelajah kami dan InsyaAllah selepas pilihan raya kami akan terus menjelajah sehingga hujung tahun ini," katanya.Beliau berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan untuk memastikan tiada yang terpinggir."Rakyat perlu bijak untuk memilih parti yang betul-betul akan membela nasib rakyat dan bukan parti yang hanya pandai menabur janji sahaja hanya untuk kepentingan politik peribadi," katanya.Sementara itu , ibu tunggal yang ditemui menyatakan rasa penghargaan mereka di atas bantuan yang diberikan dalam meringankan beban yang ditanggung setelah ketiadaan suami.Bagi Aishah Minah Embong, 70, bantuan yang diberi sedikit sebanyak meringankan bebannya yang terpaksa menjadi ketua keluarga setelah pemergian suami tercinta lima tahun lalu."Suka sangatlah boleh bantuan begini. Memang perit membesarkan anak - anak dengan sumber kewangan yang terhad tapi alhamdulillah kerajaan banyak membantu golongan seperti kami," katanya.Seorang lagi penerima, Maziah Ismail, 49, menyarankan supaya dikekalkan kerajaan yang sedia ada pada masa sekarang kerana telah terbukti dalam membela nasib golongan yang memerlukan."Banyak bantuan yang telah diberikan kepada rakyat yang memerlukan dan ini cukup membuktikan BN adalah parti yang terbaik untuk menrajui negara demi kebaikan semua," katanya.
21 Apr 18
94
Empty Image
Kompleks Kegiatan Ibu Tunggal Bernilai RM4.5 Juta Kini Siap
Kompleks Kegiatan Ibu Tunggal di Chendering, Kuala Terengganu yang bernilai RM4.5 juta kini siap sepenuhya dan hanya menunggu penyerahan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk beroperasi dalam tempoh terdekat.Bangunan itu  dilengkapi bilik mesyuarat, tiga buah bilik aktiviti (spa, memasak, menjahit), sebuah pejabat pengurusan persatuan, surau, perpustakaan, gimnasium, cafe, enam unit kedai usahawan serta lima unit kiosk.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, bangunan itu akan beroperasi tidak lama lagi sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada 32,161 ibu tunggal yang berdaftar dengan YPKT di seluruh Terengganu.Katanya, pusat sehenti untuk golongan ibu tunggal itu akan menjadi tempat bagi menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat dan dapat menjana ekonomi mereka bagi membaiki taraf kehidupan masing-masing.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri menerusi YPKT memperuntukkan pelbagai bantuan dan dana khusus untuk golongan ini termasuk bantuan perniagaan berupa pinjaman mudah tanpa faedah sehingga RM20,000 seorang."Pada tahun ini juga kerajaan menyediakan insentif perkahwinan RM1,000 seorang kepada ibu dan bapa tunggal yang berkahwin sebagai galakan dan perhargaan buat mereka."YPKT juga menyediakan kemahiran sokongan secara percuma kepada anak-anak ibu tunggal untuk tingkatkan kemahiran. Malah untuk persekolahan dan alam pendidikan anak-anak, kerajaan juga  menyediakan tuisyen bagi membantu meringankan beban ibu tunggal,"katanya.Menurut beliau lagi, pihaknya juga menyediakan RM5,000 kepada setiap 32 Kelab Ibu Tunggal Dewan Undangan Negeri bagi memastikan mereka juga tidak terlepas dari arus pembangunan negeri.Katanya, menerusi bajet tahun ini juga, kerajaan menyediakan RM1 juta yang mampu memberi manfaat kepada 15,000 ibu bapa tunggal bagi tujuan program peningkatan ekonomi, bimbingan perundingan, program pemantapan keluarga tunggal dan sokongan sosial serta program kesedaran penjagaan kesihatan.
15 Apr 18
92
Empty Image
Sasar Tambah 100 Peladang Muda Kuala Berang Pada 2018
Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang mensasarkan pertambahan 100 orang peladang muda dalam industri pertanian, penternakan dan perladangan pada tahun ini.Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari berkata, penglibatan lebih ramai peladang muda dapat memberi impak kepada perubahan dan penambahbaikan dari aspek teknologi yang baru dan pembangunan infrastruktur yang lebih efisyen."Daripada jumlah keahlian 3,282 orang ahli hanya 311 orang atau 9.5 peratus peladang muda yang berumur bawah 40 tahun yang telah berdaftar."Maka usaha-usaha berterusan pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang perlulah konsisten dan berterusan untuk menambahkan lagi bilangan peladang muda selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian kini sebagai sektor utama di dalam menjana pendapatan ekonomi negara," katanya.Jailani yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata demikian ketika merasmikan Program Muafakat Peladang di Dewan Komuniti Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini.Katanya lagi, sektor pertanian kini bukan sahaja dikehendaki menyumbang kepada keperluan pengeluaran bahan makanan negara, malahan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport utama makanan atau ‘a food exporting country’ di masa hadapan."Para peladang, penternak dan nelayan harus lebih inovatif, meningkatkan kepakaran dan berusaha dengan lebih gigih merebut peluang-peluang pelaburan dalam sektor pertanian yang kian berkembang."Kita di Hulu Terengganu ini juga mempunyai produk yang berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat yang lebih global."Sebagai contoh buah duku dan jagung yang terdapat di daerah ini boleh dipasarkan di negara luar namun perlu mendapatkan kaedah pemasaran serta pemprosesan yang terbaik, " katanya lagi.Pada majlis yang sama, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) turut menyampaikan zakat perniagaan bernilai RM35,000 kepada 200 ahli yang layak, serta penyampaian tabung pendidikan kepada anak ahli yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Seramai 40 peserta e-Kasih turut menerima sumbangan atau dividen e-Kasih berjumlah RM8,000 hasil Projek Ternakan Ikan Sangkar di Sungai Como yang diketuai oleh Jabatan Perikanan.
15 Apr 18
153