Artikel "Komuniti" Terkini
EKSPO TERENGGANU 2018 : 5,000 Dijangka Sertai Pertandingan Memancing Tawar RM195,000
Seramai 5,000 peserta dijangka bakal memeriahkan pertandingan memancing terbesar di Pantai Timur bersempena Ekspo Terengganu 2018 'Terengganu Molek Doh' bertempat di Tasik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, pada 2 Mac 2018 (Jumaat) jam 8.30 pagi.Program julung kali itu dianjurkan Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu dan Nodin KTJ Fishing. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof akan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah acara itu pada jam 11.30 pagi.Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi RTM Terengganu, hadiah menarik melibatkan wang tunai lebih dari RM195,000 bakal menjadi rebutan pemancing.Katanya, juara akan membawa pulang RM50,000, naib juara (RM30,000) dan yang ketiga RM15,000, manakala masing-masing tempat keempat (RM5,000) dan kelima (RM2,000).Manakala tempat keenam hingga ke seratus bakal membawa pulang RM1,000. Turut menjadi rebutan cabutan bertuah berupa sebuah motosikal, dua unit tv led dan wang tunai. "Yuran memancing hanya RM100 dikenakan untuk satu joran dengan dua mata kail. Konsep pertandingan adalah menang sapu bersih,"katanya.
28 Feb 18
334
EKSPO TERENGGANU 2018 : Ampicoach Terus Jadi Tarikan
Hari ketiga Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus menyaksikan bas dua alam, Ampicoach terus mendapat perhatian pengunjung yang datang dari seluruh daerah.Ampicoach yang menjadi viral di media sosial sejak minggu lalu menjadi satu tarikan utama ekspo kali ini dan kebanyakan pengunjung teruja untuk melihat secara dekat bas dua alam yang dipandu uji dalam Sungai Terengganu, minggu lalu.Nurul AinurBagi Nurul Ainur Maznifa Mat Yusup, 20, dari Kampung Peroh, Hulu Terengganu berkata, dia mengetahui mengenai bas itu melalui televisyen dan tidak menyangka berpeluang melihatnya di depan mata.Nurul Ainur yang hadir bersama 40 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) daerah itu turut berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakannya yang lain kerana dapat pengalaman yang berharga dan boleh dikongsikan dengan keluarga yang lain."Saya nak naik bas ni kalau beri peluang, bas ni boleh masuk dalam air...saya tak takut pun kalau dapat naik,"katanya. Sementara itu, Nadiana Saimun, 39, dari Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu pula sanggup datang buat kali kedua ke ekspo ini bersama suami, Mohd. Kamal Arifin Jais, 49, dan anak sulungnya semata-mata untuk melihat bas sebutan ramai itu.Nadiana "Doh (sudah) mari hari pertama tapi dok (tidak) jumpa kat mana bas ni..sebab tu mari lagi hari ketiga memandangkan suami pulang dari kerja awal hari ini."Semasa di hari pertama saya tidak sempat untuk mencari di mana bas ini dipamerkan dan memandangkan suami pulang dari kerja awal hari ini jadi saya ajak mereka ke sini...cukup puas hati bila dapat tengok depan mata berbanding tengok dalam Youtube,"katanya lagi.Untuk rekod, Amphicoach yang bersaiz 12.2 meter panjang, 2.35 meter (lebar) dan 3.26 meter (tinggi) mempunyai kelajuan maksimum sebanyak 110km/j di darat serta 8 knots (air).
27 Feb 18
553
EKSPO TERENGGANU 2018: 500 Belia Jadi Tourism Friends
Ahmad Razif bersama Tourism Friends. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 500 belia berusia lingkungan 21 hingga 40 tahun sudah menjadi sahabat pelancongan yang bertindak sebagai ejen mempromosi industri pelancongan Terengganu. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta, ahli-ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan, persatuan belia, kelab-kelab sukan dan rekreasi. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, selain memberi kesedaran kepada belia tentang produk pelancongan, ia juga bertujuan memupuk semangat mencintai alam, kesenian, budaya dan warisan negeri."Tourism friends juga diharap menarik golongan belia agar lebih "think tourism" dan "act tourism" di samping memupuk semangat kelesterian kepada alam semulajadi, seni, budaya dan warisan negeri.“Penubuhan Tourism Friends pastinya mampu mempromosi Terengganu secara lebih meluas termasuk ke luar negara melalui laman sosial, menambah dan mengaplikasi ilmu pelancongan serta mempergiatkan aktiviti keusahawanan pelancongan,” katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Buku Beautiful Terengganu dan Tourism Friends di Dataran Shahbandar, Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Terengganu Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
27 Feb 18
83
EKSPO TERENGGANU 2018: Hampir 30,000 Pengunjung Pada Hari Pertama
Hampir 30,000 pengunjung dijangka membanjiri Ekspo Terengganu 2018 di Pekarangan Stadium Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, pada hari pertama sehingga jam 10 malam ini.Kebanyakan pengunjung pelbagai peringkat umur mengakui teruja ke program itu kerana tidak mahu melepaskan hadiah lumayan yang ditawarkan, selain mengetahui pelbagai info berkaitan kerajaan.Nuliesa Elisa Abd Aziz, 24 dari Kuala Terengganu berkata, kemudahan penyaluran maklumat yang disediakan di tapak ekspo ini memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri pembangunan yang dilaksanakan disamping menterjemah permasalahan mereka melalui medium yang lebih mudah.“Kebanyakan masyarakat terutama orang muda kini hanya melihat maklumat melalui media sosial dan kebanyakan maklumat kurang tepat.“Kecenderungan golongan muda untuk ke muzium atau pusat informasi yang sangat rendah juga mengakibatkan mereka tidak mendapat maklumat yang banyak mengenai pembangunan negeri ini,” katanya.
25 Feb 18
39
Bayi Lahir Tanpa Saluran Makanan Dapat Perhatian Ahli Parlimen
Jailani menyampaikan cek sumbangan Bakti kepada Azmi di rumahnya di Taman Ajil Perdana baru-baru ini.Hulu Terengganu: Umar Al Rasyidin Mohd Azmi, sembilan bulan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada tiub yang ditebuk pada perut untuk minum susu kerana saluran makanannya tidak bersambung ketika lahir (Tracheo-Esophageal Fisrula Type c).Si kecil yang kelihatan aktif juga menghadapi masalah saluran pernafasan (Chronic lung disease) sejak lahir dan terbaharu masalah bengkak buah pinggang yang berjaya dikesan oleh doktor pakar yang merawatnya.Siti Nur Fatimah Abd Ghani ,36, seorang suri rumah sepenuh masa berkata adakalanya sedih melihat keadaan anaknya itu namun tidak mempunyai pilihan lain."Sebagai ibu....siapa yang tidak sedih melihat keadaan anak yang terpaksa memakai tiub sepanjang masa di perut tapi memang keperluan Umar untuk bantu dia minum susu dan ubat-ubatannya."Susu pun pakai susu khas RM500 hingga RM600 sebulan termasuk sebuah mesin oksigen yang dibeli untuk menyedut kahak membolehkan dia bernafas dengan baik,” katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Ajil Perdana, semalam.Suaminya, Mohd Azmi Mohd Ghani 36, yang bekerja sebagai pembantu makmal Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil berkata anak bungsu dari empat beradik itu telah melakukan dua kali pembedahan sejak tahun lepas untuk menyambung saluran makanannya."Kos pembedahan yang lepas menggunakan surat jaminan (GL) jadi memang kuranglah sikit beban kami suami isteri...kalau kerajaan tak bantu tentu kami terpaksa mencari kewangan lain, gaji saya cuma RM 1,400 je, tak cukup dan memang kami berterima kasih sangat kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi bantuan."Untuk kos suntikan vaksin yang melibatkan empat kali sebanyak RM18,000 pula saya ada memohon dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membantu dan sehingga sekarang dalam proses menunggu jawapan..harap tiada masalah pasal permohonan ini," katanya lagi.Sementara itu,Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Seri Jailani Johari berkata, pihaknya akan melihat apakah keperluan serta bantuan yang boleh diberikan kepada Umar bagi meringankan beban ibu bapanya."Kita lihat dan kaji, mungkin kita akan bantu dalam percepatkan surat kelulusan daripada JPA dan ini saya akan berurusan dengan pihak yang berkaitan, " ujarnya.Jailani berkata demikian ketika menyampaikan cek sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) bernilai RM2,000 kepada keluarga berkenaan sempena program ziarah kasih Ahli Parlimen.
15 Feb 18
148
Ziarah Perdana Wanita UMNO Libatkan 48 J3K Di DUN Ajil
Zurina (dua dari kanan) bertanya khabar warga emas Senik Mohamad di Kampung Tok Gebok, Ajil sempena ziarah perdana Wanita UMNO Dun Ajil hari ini.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, semangat tepat bagi usaha Penyelaras Wanita UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil melaksanakan Ziarah Perdana khususnya kepada individu yang memerlukan bantuan.Julung kali diadakan di 48 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) mencipta sejarah apabila melibatkan semua Jalinan Rakyat (JR) Wanita UMNO peringkat akar umbi turun serentak menziarahi lima rumah yang terpilih di setiap lokasi masing-masing.Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Zurina Abdul Rahman berkata program Ziarah Perdana di buat mengikut pecahan J3K bagi menyampaikan sumbangan dibantu oleh JR Wanita UMNO kerana mereka lebih mengetahui golongan sasaran di sesebuah kawasan tersebut."Sasaran utama ialah lima buah rumah yang melibatkan orang miskin, warga emas, pesakit kronik dan golongan asnaf di setiap J3K."Melalui program ziarah ini, Wanita UMNO akan menghulurkan sumbangan sekampit beras dan sedikit wang tunai bagi meringankan beban keluarga sebagai tanda prihatin selain sokongan moral kepada mereka terbabit."Selain itu, kita juga akan dapatkan maklumat terperinci untuk tindakan lanjut samada oleh wakil rakyat atau agensi-agensi yang berkaitan,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui di Pekan Ajil hari ini.Majlis pelancaran disempurnakan oleh isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib, Bibi Nazima Mohamed Akbar.Menurut Zurina, perlaksanaan ziarah ini bukan satu program bermusim seperti diwar-warkan oleh sesetengah pihak sebaliknya dilakukan secara berterusan dan merupakan program wajib bagi Wanita UMNO."Ini merupakan 'trademark' bagi Wanita UMNO sejak dahulu untuk turun padang ke peringkat akar umbi dan ternyata telah memberi impak positif kepada semua pihak setakat ini."Keprihatinan yang ditunjukkan adalah bertepatan dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya," ujar Zurina.
10 Feb 18
131
NC UCB Tulis Lebih 60 Buku Akademik
Tidak ramai mengenali nama penanya, namun Naib Canselor University College Bestari (UCB), Prof. Dr. Ab Aziz Yusof sudah menulis lebih 60 judul buku akademik sejak memulakan karier sebagai pensyarah hampir 20 tahun lalu.Ab Aziz yang berasal dari Kampung Rahmat, Felda Chalok , Setiu itu mula menulis buku ketika berkhidmat di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 1996."Minat untuk menulis timbul ketika saya bertugas sebagai pensyarah di UUM walaupun sebelum itu saya tidak pernah menulis buku akademik."Pensyarah tidak sepatutnya hanya hebat bercakap tetapi pensyarah juga perlu hebat menulis ini adalah kerana kekuatan sebagai pensyarah adalah dengan menulis buku akademik dalam bidang kepakaran masing-masing" katanya yang pernah belajar dalam bidang Sarjana Pengurusan Sumber Manusia dari University of Hull United Kingdom.Katanya, melalui penulisan para pelajar dan masyarakat juga boleh mengetahui kepakaran yang dimiliki oleh seseorang pensyarah."Buku pertama yang saya tulis ialah bertajuk "Asas-Asas Keusahawanan" yang diterbitkan oleh Prentice Hall."Buku pertama ini terdapat banyak kelemahan. Walau bagaimanapun dari sinilah saya mula menambahkan karya-karya saya untuk kegunaan pelajar universiti dan juga masyarakat" katanya.Buku-buku yang mendapat sambutan yang ditulis oleh beliau antaranya ialah 'Gelagat Organisasi-Satu Pendekatan Strategik', 'Pengurusan Perniagaan Islam', 'Teori Dan Amalan Keusahawanan' dan Penilaian Prestasi.Bapa kepada enam anak perempuan iaitu Nor Syuhada, 34, Nor Hidayah, 32, Nusaibah, 30, Nur Amalina, Nur Hakimah, 21 dan Nurain Najwa, 19 itu akan terus membudayakan penulisan ilmiah sepanjang hayat serta selagi diberi kekuatan oleh Allah SWT."InsyaAllah, selagi terdaya saya akan terus menulis buku tetapi mungkin tidak serancak dahulu kerana ia sudah menjadi sebati dengan minat dan karier saya," katanya yang pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dari tahun 1980 sehingga 1994.Beliau dilantik sebagai Naib Canselor UC B pada Oktober 2015 itu berkata, pendorong utama beliau dalam bidang penulisan buku itu ialah isteri dan arwah ibunya yang melihatnya menjadi pensyarah yang cemerlang."Isteri, Rasadah Mahmood, 58, arwah ibu, Allahyarhamah Wan Zainab Ismail, Allahyarham Prof Dato' Dr Fauzi Basri mantan Naib Canselor UUM ketika bertugas di UUM dahulu antara yang memberi dorongan kepada saya untuk menulis."Kini saya amat bersyukur kerana Pengerusi Pengelola UC Bestari YM Prof. Dato' Dr Tengku Mahmud Mansor juga seorang yang berminat serta sentiasa memberi galakan dan menjadi pendorong utama saya dalam bidang penulisan buku akademik di UC Bestari ini," katanya.Dalam pada itu, Ab Aziz mahu pihak tertentu perlu memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis buku akademik sebagaimana pengiktirafan yang diberikan kepada pengiat seni dan hiburan."Penulis buku adalah 'arkitek' kepada pembangunan masyarakat dan juga orang yang berjasa kepada negara, mereka ini perlu diberi pengiktirafan dan menerima anugerah yang sepatutnya," katanya yang juga antara penulis buku akademik yang aktif dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Sebagai penulis buku berpengalaman, Ab Aziz mengharapkan penulis supaya menjaga etika penulisan."Penulis perlu ada etika, jangan menciplak dan penulisan juga perlu mengikut kepakaran masing-masing," katanya yang pernah menuntut di UiTM di peringkat Diploma dan mendapat Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia.
07 Feb 18
390
GPMS Cadang Terengganu Youth City
Dato' Mohd Zubir Embong bersama para perwakilan pada Persidangan DUN Muda GPMS.Usul yang dibawa oleh Sharifah Nor Saidatul Husna Syed Anuar, wakil Kuala Berang dalam mewujudkan Terengganu Youth City (TYC) pada Persidangan DUN Muda Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu 2018 mendapat persetujuan majoriti.TYC bertujuan membawa pembangunan generasi muda Terengganu selari dengan hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menerapkan lima elemen penting.Menurutnya, pertama adalah mensasarkan peningkatan 50 peratus tenaga kerja tempatan di negeri Terengganu menjelang 2025 dan kedua mengukuhkan jati diri dan kerja-kerja sukaralewan terutama dalam kalangan belia berumur 18 tahun ke atas."Menjadi kuasa ekonomi digital Pantai Timur menjelang 2023 serta mewujudkan bank data belia menjelang 2020 juga antara elemen yang perlu diberi penekanan untuk menjayakan TYC."Terakhir, melahirkan New Talent Management Terengganu sekurang-kurangnya 1,000 orang setiap tahun bermula 2019 juga merupakan elemen bagi merealisasikan TYC,"katanya.Turut hadir Pengerusi GPMS Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Amirullah Othman dan Presiden Alumni GMPS, Syed Anuar Syed Mohamad.Menurut Tengku Haphiz berkata, usul tersebut telah mendapat undian terbanyak dan akan memulakan kerja awal dalam mewujudkan pusat tersebut dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT).Katanya, persidangan pada tahun ini berbeza berbanding tahun lalu yang mengusulkan tentang pembangunan ekonomi belia manakala untuk 2018, pihak GMPS ingin mewujudkan pusat bersifat fizikal."Pusat bersifat fizikal ini adalah agar kita dapat membantu belia Terengganu dalam sebarang bidang yang mereka minati."Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan peratus kes jenayah yang melibatkan para belia," katanya dalam satu kenyataan kepada media,"katanya.Sementara itu, Ahmad Zakuan Zakaria (pelajar UPM) dipilih sebagai pembahas terbaik persidangan kali ini.
06 Feb 18
485
Karnival Tentera Bersama Rakyat Tarik 10,000 Pengunjung
Seorang pengunjung melihat senjata yang digunakan oleh pihak tentera dalam karnival Tentera Bersama Rakyat. Foto oleh Foto Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Karnival Tentera Bersama Rakyat anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mendapat kerjasama dari pelbagai jabatan serta agensi lain berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung.Program yang diadakan di Padang Bola Telaga Daing, Kuala Nerus tersebut menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk rakyat di sekitar DUN Seberang Takir.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan adanya program sebegitu, ianya mampu memberi banyak manfaat kepada rakyat.Katanya, melalui sambutan yang menggalakkan itu, program tersebut mungkin akan diperluaskan dan untuk masa-masa akan datang."Jika kita dapat lihat di sini, sambutannya begitu baik sekali. Insyaallah kita akan jadikan program ini sebagai program tahunan, terutama di dDun Seberang Takir," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Tentera Bersama Rakyat di Padang Bola Telaga Daing, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir Panglima Briged Ke-8 Infantri Malaysia, Brig Jeneral Datuk Nazari Abd Hadi dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Sebelum merasmikan program tersebut, Ahmad Razif turut menyertai Senamrobik TTB bersama pengunjung pada jam 7 pagi.Program yang akan berakhir pada malam ini turut menyediakan Pasar Jualan Rakyat, pameran dan pemeriksaan kesihatan, sukaneka serta pertandingan mewarna.Selain itu, cermin mata percuma turut diberikan kepada pengunjung yang layak.Istimewanya program yang diadakan di padang bola tersebut, 'foodtruck' Chicken Cottage pertama kalinya di perkenalkan kepada pengunjung selain mereka dapat menikmati makanan secara percuma.
03 Feb 18
429
Terengganu Inc Bina Rumah Imam
Khairul Nizam menyampaikan kunci rumah imam kepada imam surau tersebut di Surau Kampung Balik Bukit, Dungun. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.Atas dasar Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), anak syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) membina sebuah rumah imam di Surau Kampung Balik Bukit, Seberang Pintasan, Dungun dan menambahbaik surau berkenaan melalui program 'Way of Naqiya 2.0'.Naib Presiden, Khairul Nizam Khalid Mirza yang mewakili Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, program tersebut adalah kesinambungan daripada inisiatif yang pernah dijalankan pada tahun lalu.Katanya, untuk 'Way of Naqiya 1.0', aktiviti pembersihan dan penambahbaikan Madrasah al-Hidayah di Batu Buruk, Kuala Terengganu telah dilakukan pada tahun lalu."Rumah yang dibina di surau ini adalah bagi menempatkan imam selain memberi tempat untuk mereka bermalam semasa mengadakan ceramah-ceramah keagamaan di sini."Selaras dengan apa yang diaspirasikan oleh Terengganu Inc iaitu 'Memanfaatkan Pelaburan Untuk Rakyat' program ini diadakan untuk memberi sokongan selain membantu komuniti setempat dalam mempelajari ilmu agama," katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah dalam Program 'Way of Naqiya 2.0' di Surau Kampung Balik Bukit, Dungun, hari ini.Turut hadir, Naib Presiden Komunikasi Strategik, Suridah Supian.Dalam pada itu Timbalan Pengerusi surau tersebut, Mazlan Tawang berkata, sumbangan yang disalurkan oleh pihak Terengganu Inc amat bermakna dalam menyiapkan rumah imam itu."Bagi pihak ahli jawatankuasa surau dan penduduk setempat amat terharu kerana telah memilih kawasan ini untuk progam CSR Terengganu Inc."Dengan adanya rumah untuk imam ini, ianya memudahkan mereka untuk bermalam di sini kerana kebanyakan imam yang hadir adalah dari kawasan luar," katanya.
01 Feb 18
223